Anda di halaman 1dari 15

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA




SEMESTER SEPTEMBER 2011


HBEF1530


MASYARAKAT DAN TAMADUN




NAMA : NORIZAN BIN JAIDI
NO. MATRIKULASI : 820619135325001
NO. KAD PENGENALAN : 820619-13-5325
NO. TELEFON : 016-8839083
E-MEL : noey1906@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : Open University Malaysia, Miri, Sarawak
2











BIL. PERKARA HALAMAN
1.0 Pengenalan
- Budaya dan Tamadun
3
2.0 Konsep budaya 4
3.0 Ciri ciri budaya 5-7
4.0 Fungsi fungsi budaya 8-9
5.0 Kepelbagaian budaya
Masyarakat melayu
Masyarakat Cina
Masyarakat India
Masyarakat Pribumi Sabah dan Sarawak
Demografi pelbagai kaum
10-14

6.0 Kesimpulan 15
7.0 Rujukan 16
3


1.0 Pengenalan
Dalam tugasan ini saya akan menghuraikan tentang budaya dan tamadun. Manusia
merupakan mahkluk yang berbeza dengan haiwan kerana manusia mempunyai budaya
yang tersendiri. Apa itu budaya? Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan
dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi.
Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit termasuk sistem agama dan politik, adat
istiadat bahasa,perkakas, pakaian, bangunan dan karya seni. Bahasa seperti juga dengan
budaya merupakan bahagian yang tidak terpisah dari diri manusia sehingga banyak orang
cenderung mengganggapnya diwariskan secara genetis. Ketika seseorang berusaha
berkomunikasi dengan orang orang yang berbeza budaya dan menyesuaikan
perbezaannya membuktikan bahawa budaya itu dipelajari. Budaya bersifat kompleks,
abstrak dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunatif. Unsur-
unsur sosiobudaya ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia.Menurut ahli
antropologis iaitu E.B Tylor bahawa budaya merujuk kepada suatu keseluruhan yang
merangkumi pengetahuan, kepercayaan , seni, tatasusila, serta sebarang kemahiran dan
tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat. Manakala
tamadun pula berasal daripada perkataan Arab iaitu maddana,mudun, madain yang bererti
pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan
rohaniah. Perkataan tamadun dapat kita simpulkan kepada keadaan hidup bermasyarakat
yang bertambah maju.









4



2.0 Konsep Budaya
Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia
seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.Budaya boleh dibahagikan
kepada dua lapangan besar iaitu:
Budaya kebendaan
Budaya bukan kebendaan
2.1 Budaya kebendaan
Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta perahu,
senjata dan sebagainya. Sebagai contoh orang melayu mempunyai rumah yang berbeza
dengan orang inggeris atau orang eskimo.

2.2 Budaya bukan Kebendaan
Budaya bukan kebendaan ialah seperti kepercayaan ,adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani
kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana memberi hantaran kepada
pihak perempuan, manakala masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh
pihak perempuan kepada pihak lelaki. Dalam masyarakat Melayu faktor agama paling penting
kerana agamalah dasar tanggapan alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga
penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi
seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.






5



3.0 Ciri Budaya
Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada
tingkahlaku dan akal manusia :
Dipelajari
Dikongsi
Sejagat
Diwarisi
Berubah
Perlambangan
Pandangan semesta
3.1 Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur yang terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi,
budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk
menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusai perlu belajar. Sebagai contoh
menunjukkan budaya itu dipelajari , kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk
berbahasa dan berhubung.
3.2 Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini
bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. Nasi
lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya bahasa Melayu
adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.
Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti
perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya
menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
3.3 Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua
kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walau
6

bagaimanapun, budaya sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam,
pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota. Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang
terdapat dalam semua budaya iaitu peralatan dan kelengkapan hidup manusia, mata pencarian
hidup dan sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian, sistem pengetahuan serta agama
dan kepercayaan.
3.4 Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa
budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya
terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga
diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil
teknologi awal manusia masa lampau.

3.5 Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak
mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang
berlaku, rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah
tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti
perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya
kebendaan lebih cepat berubah. Perubahan ini disebabkan oleh beberapa faktor anataranya
ialah :
Pertambahan bilangan anggota masyarakat.
Pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
Penemuan dan penciptaan teknologi baru.
Pertembungan budaya.
Konflik yang berlaku.
Perubahan alam sekitar.



7



3.6 Perlambangan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberi makna tertentu
kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.
Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama
mereka seperti isyarat memanggil. Sebagai contoh menggangguk tandanya setuju dan
menggeleng tandanya tidak setuju.

3.7 Pandangan semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap alam sekeliling
ke dalam kehidupan seharian. Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai
pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemaahkan
dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa( seperti aur dengan tebing, ukuran
(sehasta, sepelaung) , tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.




















8




4.0 Fungsi-Fungsi Budaya

Budaya dalam pengertian biasa ialah salah satu cara hidup manusia dan membawa makna
yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu perlu
dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi kehidupan hidup. Antara fungsi budaya bagi
kesejahteraan manusia ialah seperti berikut:
Memenuhi dan menyediakan keperluan
Sebagai panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku
Mengatur hubungan sesama manusia
Sebagai penggalak kepada manusia untuk mencipta
Sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti

4.1 Memenuhi dan menyediakan keperluan
Semua manusia di muka bumi ini memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang
demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian , kayu-kayan untuk
pembinaan rumah dan sebagainya, keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada
keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu
mewarisi ilmu pelayaran maka akan dibinanya kapal.

4.2 Budaya sebagai panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku
Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia
memperolehi keperluannya hasil tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan
memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberi
panduan. Sebagai contoh masyarakat Melayu, apabila berjalan melalui orang tua hendaklah
tunduk sebagai tanda hormat.

4.3 Budaya mengatur hubungan sesama manusia
Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan
sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran
Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian , kebudayaan memainkan peranan
mengatur hubungan sesama manusia. Sebagai contoh dalam masyarakat Melayu yang muda
mesti menghormati orang yang lebih tua seperti tidak menyampuk apabila orang tua bercakap.
Selain itu, masyarakat melayu menghormati tetamu dengan menjamu minuman dan makanan.
9



4.4 Budaya sebagai penggalak kepada manusia untuk mencipta
Perbezaan fizikal alam menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Dengan perbezaan ini
wujudlah sifat ingin mencipta sesuatu. Orang eskimo memerlukan baju tebal untuk hidup
dalam iklim yang sejuk. Manakala orang Malaysia memerlukan pakaian yang nipis sesuai
dengan iklim khatulistiwa yang panas. Begitu juga orang zaman batu di mana mereka
mencipta senjata daripada batu untuk memburu binatang sebagai makanan. Maka, dengan
adanya budaya ini, ia mendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan
memudahkan segala urusan.

4.5 Budaya sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti
Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Sesuatu bangsa atau
masyarakat dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita
mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya
dalam ekonomi dan perindustrian. Manusia juga akan bersatu apabila anggota masyarakat
mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerjasama bagi mencapai sesuatu. Sebagai
contoh masyarakat Melayu apabila mengadakan majlis perkahwinan, mereka akan bersama-
sama dengan masyarakat setempat untuk membantu melancarkan perjalanan majlis. Di sini
kita dapat melihat budaya itu sendiri dapat menyatukan masyarakat.












10



5.0 Kepelbagaian Budaya
Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada tiga kaum utama,
iaitu Melayu, Cina, India dan kaum-kaum peribumi yang lain. Meskipun masyarakat kita
berbilang bangsa dan mempunyai latar belakang yang berbeza, namun masyarakat Malaysia
boleh hidup bersatu padu dengan aman dan damai. Sudah 52 tahun kita merdeka daripada
penjajahan kuasa asing dan masyarakat Malaysia terus berusaha memajukan negara.
Kepelbagaian budaya Malaysia yang merupakan aset penting kepada negara kita dalam
menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan terkenal di seluruh dunia. Kepelbagaian
budaya ini wujudnya daripada penghijrahan golongan Cina dan India ke Tanah Melayu
semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Secara umumnya, orang Cina berhijrah ke Tanah
Melayu untuk bekerja sebagai pelombong di lombong bijih timah. Manakala golongan India
berhijrah ke Tanah Melayu untuk tujuan bekerja sebagai peladang di ladang-ladang getah.
Sebahagian kecil lagi penduduk di Malaysia terdiri daripada penduduk peribumi yang berasal
dari Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi negara tetapi Bahasa Inggeris turut digunakan secara meluas.

5.1 Masyarakat Melayu
Kaum Melayu merangkumi sebahagian besar daripada penduduk di Malaysia, iaitu sebanyak
54% daripada penduduk Malaysia. Baju Melayu bersama songkok merupakan pakaian
tradisional bagi kaum lelaki Melayu. Baju ini biasanya dipakai bersama-sama samping dan
songkok. Baju ini dipakai oleh umat Islam semasa waktu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri
dan sebagainya. Bagi kaum wanita pula, baju kurung dan baju kebaya merupakan antara
pakaian tradisional. Pakaian-pakaian ini biasanya bermotifkan flora dan geometri. Motif fauna
tidak digunakan secara meluas kerana dilarang dalam ajaran Islam. Dari segi adat
perkahwinan pula, kaum Melayu memulakan proses perkahwinan dengan merisik. Ibu bapa
seseorang lelaki akan memutuskan sama ada anak mereka cukup umur untuk berkahwin.
Mereka akan menjalankan tugas mencari pasangan hidup bagi anak lelaki mereka. Namun,
dalam era moden ini, kebanyakan ibu bapa membiarkan pilihan isteri kepada anak mereka.
Antara sifat-sifat yang dikagumi oleh bakal mentua pada masa dahulu ialah kemahiran
11

berumah tangga, seperti memasak dan menjahit. Selepas itu, adat meminang pula dijalankan
yang dijadikan tanda persetujuan antara kedua-dua buah pihak. Dalam masa ini, perundingan
mengenai mas kahwin, tarikh perkahwinan dan sebagainya dibincangkan antara kedua-dua
pihak. Semasa adat peminangan, pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin kepada pihak
perempuan diiringi dengan hadiah-hadiah lain seperti pakaian, kasut, sarong, dan sebagainya.
Adat ini kemudiannya diikuti dengan istiadat menghantar belanja dan mas kahwin. Selain mas
kahwin, cincin permata, buah-buahan, kuih-muih, sirih dan kain turut dihantar dari rumah
lelaki ke rumah perempuan. Upacara akad nikah pun diadakan oleh imam untuk menikahkan
pengantin lelaki dengan pengantin perempuan. Upacara berandam oleh mak andam serta
berinai mendahului adat ini. Akhir sekali, upacara bersanding akan dijalankan di rumah
pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan diarak dari rumahnya ke rumah pengantin
perempuan diiringi keluarganya dan bunga manggar. Ramai tetamu yang dijemput dan kedua-
dua pengantin akan bersanding di pelamin. Air mawar akan dipercikkan pada mereka.
Kebiasaannya, pertunjukan silat diadakan sebagai hiburan kepada para tetamu. Sebelum
Semua masyarakat Melayu beragama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan. Oleh yang demikian, penganut Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan setiap
tahun hijrah dalam bulan Ramadhan. Berpuasa merupakan suatu kewajipan kepada orang
Islam untuk menahan diri daripada menipu, berkata buruk atau sia-sia, dan daripada
bertengkar atau bergaduh dengan orang lain. Ibadat puasa juga diamalkan bagi mengelakkan
manusia daripada terpengaruh oleh hawa nafsu. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk
bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat
Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Pada pagi Syawal pertama,
anak-anak akan memohon maaf daripada ibu bapa mereka. Duit raya selalunya diberikan oleh
orang dewasa kepada kanak-kanak dalam sampul duit yang selalunya berwarna hijau atau
kuning Mereka akan bersembahyang di masjid sebelum melawat kubur arwah saudara
mereka. Salah satu lagi upacara yang diraikan oleh masyarakat Melayu ialah Hari Raya
Korban atau dikenali sebagai Aidiladha. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas,
dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Aidiladha adalah perayaan yang
istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi
Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam
memenuhi perintah Allah s.w.t.. Pada hari ini, umat Islam akan menyembelih lembu atau
kambing bagi memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim a.s.

12

5.2 Masyarakat Cina
Samfu merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki Cina manakala cheongsam merupakan
pakaian tradisional bagi kaum perempuan. Biasanya, pakaian ini berwarna merah yang
melambangkan tuah. Oleh sebab itu, masyarakat Cina amat suka pada warna merah. Sebelum
zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya,
keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan
keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya.
Berikut merupakan rumusan perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia. Lazimnya,
masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina selama 15 hari. Pada malam Tahun Baru Cina,
ahli-ahli keluarga akan berkumpul di meja makan untuk menjamu selera. Upacara ini
dilakukan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli keluarga yang mungkin
sudah lama tidak bertemu. Pada hari pertama Tahun Baru Cina, orang tua yang sudah
berkahwin akan memberikan angpau kepada kanak-kanak. Buah limau juga diberi semasa
melawat saudara-mara sebagai tanda mudah mendapat rezeki. Orang Cina tidak dibenarkan
memakai baju berwarna gelap seperti hitam. Masyarakat Cina juga tidak boleh mengeluarkan
kata-kata kesat kerana percaya akan ditimpa nasib buruk sepanjang tahun. Selain itu,
masyarakat Cina tidak boleh menyapu lantai pada hari pertama kerana mempercayai bahawa
tuah akan disapu keluar dari rumah. Pada hari ke-15, iaitu Cap Goh Mei, masyarakat Cina
akan menjamu bersama-sama sekali lagi dengan ahli-ahli keluarga. Pada hari ini juga,
perempuan muda yang tidak berkekasih akan membaling buah limau mandarin ke dalam
sungai supaya mendapat jodoh yang sesuai kelak.
5.3 Masyarakat India
Kedatangan awal orang India adalah ketika penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama
mereka. Seterusnya kedatangan orang India adalah sebagai pedagang pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Pada zaman Kerajaan Melaka, pengaruh Tamil-Muslim berperanan penting
dalam sistem pemerintahan; malahan terdapat penempatan orang India di Melaka yang
dikenali sebagai Kampung Kling. Ketika pendudukan Pulau Pinang oleh Inggeris, banyak
orang India yang berhijrah dan bekerja di ladang tebu atau sebagai pekerja domestik. Di
peringkat awal, sebahagian besar daripada penduduk India di Tanah Melayu terdiri daripada
mereka yang berasal dari India Selatan (Tamil Nadu). Mereka dibawa masuk melalui sistem
kontrak oleh agen-agen dan selepas tahun 1910, sistem kontrak telah ditukar pada sistem
kangany. Kangany, seorang yang telah bekerja di Tanah Melayu mencari buruh-buruh baru
13

untuk dibawa ke Tanah Melayu. Kangany merupakan seorang mandur. Orang India yang
berhijrah adalah terdiri daripada orang-orang Tamil, Malayali, Telegu dan Sikh. Penghijrahan
secara beramai-ramai di kalangan orang India ke Tanah Melayu ialah di tahun-tahun 1880-an
akibat dari pembukaan ladang-ladang kopi di Tanah Melayu. Petempatan orang-orang India
lebih tertumpu di kawasan pantai barat Tanah Melayu seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura,
Pulau Pinang di kawasan ladang.
5.4 Masyarakat Pribumi Sabah dan Sarawak
Penduduk di Sabah dan Sarawak adalah berbilang bangsa. Perbezaan dapat dilihat dari segi
kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya. Terdapat 23 suku kaum di Sabah,
namun antara suku kaum yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Suluk dan Orang Brunei.
Kebanyakan daripada mereka nerasal dari Kalimantan, Pulau Mindanao dan Kepulauan Sulu
serta dari Brunei. Di Sarawak antara suku kaum yang terkenal ialah Melayu Sarawak,
Melanau, Iban, Bidayuh, Penan dan Kelabit. Kebanyakan dari suku kaum di Sarawak berasal
dari Sumatera, dan Kalimantan. Kebanyakan daripada mereka tinggal di kawasan persisiran
pantai dan kawasan pendalaman seperti di Sunagai Sekrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai
Rejang. Ada di antara mereka yang tinggal di kawasan hutan dan berpindah-randah seperti
orang Penan.
5.5 Demograsi kelompok pelbagai budaya di Malaysia
Demografi kelompok di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kaum Melayu
merupakan tknik terbesar, golongan bumiputera dianggap kaum asal Malaysia merangkumi
Melayu, Dayak, Iban, Kedazan, Kadazan Dusun yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Nisbah
Melayu (54%), cina (25%), India (7%), Asli,Sikh dan etnik Sabah dan Sarawak ( melebihi
separuh populasi di negeri tersebut).
Kumpulan Etnik 1991 2000 2006
Melayu 8,521,900 11,680,400 13,475,100
Bumiputera lain 1,778,000 2,567,800 2,931,400
Cina 4,623,900 5,691,000 6,219,600
India 1,316,100 1,680,100 1,858,500
Lain-lain 572,400 269,700 318,900
Jumlah 16,812,300 21,889,900 24,803,500
14


6.0 Kesimpulan
Seperti yang kita tahui budaya adalah bersifat menyeluruh merangkumi pengetahuan,
seni, kepercayaan dan cara hidup sesuatu masyarakat. Secara umumnya, setiap masyarakat
mempunyai budaya yang tersendiri yang menjadikan sesuatu masyarakat itu unik. Ciri-ciri
budaya itulah yang membentuk jati diri dan identity sesuatu bangsa. Malahan, budaya itu
melambangkan bangsa dan agama. Walau bagaimanapun, pertembungan antara budaya
telah memperkayakan lagi nilai-nilai yang ada dalam masyarakat. Budaya juga bukan
bersifat menyekat dalam sesebuah masyarakat atau pun membebankan. Budaya adalah
satu alat untuk membantu masyarakatnya untuk menjalani kehidupan harian mereka.














15

7.0 Rujukan
Kamus Dewan(1999). Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur.

Syed Ismail & AhmadSubki (2008). Budaya dan pembelajaran,Penerbitan Multimedia. Sdn
Bhd.

Ting Chew peh (1985).Konsep Asas Sosiologi. Dewan bahasa Pustaka dan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf
Prof Dr Mohamed Yusoff Ismail,Prof Madya Hazidi Abdul Hamid,Dr Sarjit Singh, Azhar
Ahmad Nizar & Sheikh Faikis Abu Bakar (2011) Masyarakat dan Tamadun. Meteor
doc.sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Anda mungkin juga menyukai