Anda di halaman 1dari 10

Penghargaan

Pisang emas di atas para,

Sudah masak boleh dimakan,

Budi baik jangan dilupa,

Jutaan terima kasih diungkapkan.

Syukur kepada Tuhan Maha Esa kerana saya dapat menyelesaikan tugasan kerja
kursus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuhnya penghargaan kepada Puan
Khadijah Binti Adenan. Pensyarah Kebudayaan Melayu (BMM1024), di atas kesudian beliau
membimbing dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa
memberi dorongan dan juga rakan-rakan saya yang banyak membantu saya secara
langsung atau secara tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini.
Kesimpulannya, pelbagai ilmu pengetahuan yang saya perolehi sepanjang meyiapkan kerja
kursus ini. Sekian terima kasih.

1
Kandungan Muka surat

Penghargaan
1.0 Pengenalan konsep budaya Melayu 3
2.0 Konsep budaya Melayu 3
2.1 Takrif Melayu 4
2.2 Elemen-elemen budaya 4
2.3 Ciri-ciri budaya 4
3.0 Konsep masyarakat 5
3.1 Ciri-ciri masyarakat 6
3.2 Jenis-jenis masyarakat 7
4.0 Bidang kebudayaan Melayu 7
4.1 Kebudayaan Melayu dalam bidang Politik 7
4.2 Kebudayaan Melayu dalam bidang Ekonomi 8
4.3 Kebudayaan Melayu dalam bidang Sosial 8
5.0 Kesimpulan 9
Rujukan 10

2
1.0 Pengenalan Konsep budaya melayu.
Kebudayaan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada satu
generasi kepada satu generasi yang berikutnya. Kebudayaan berkaitan dengan keseluruhan
sistem kehiduapan yang dipraktikkan oleh sesuatu masyarakat. Dalam kebudayaan itu,
terkandung unsur sosial, kepercayaan, sistem simbol, unsur teknologi, ekonomi yang
menjadi milik masyarakatnya. Budaya dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan
masyarakat yang lain. Budaya sesuatu masyarakat dapat memerlukan keperibadian
kebangsaan sesebuah negara.

2.0 Konsep budaya:

Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi
(cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinsikan sebagai
suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,
susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Pelbagai tafsiran yang telah diberikan tentang budaya berdasarkan tokoh-tokoh


akademik antaranya menurut E.B Tylor, budaya didefinisikan sebagai suatu kesatuan
kompleks, mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang,
adat resam dan lain-lain kebolehan manusia sebagai angggota sesebuah masyarakat.

Selain itu, Edward Sapir (1960) mentakrifkan bahawa budaya terbahagi kepada tiga
pengertian. Pengertian yang pertama ialah “budaya” yang bermaksud unsur-unsur yang
diwarisi secara sosial dalam kehidupan manusia, sama ada dalam bentuk kebendaan,
mahupun spiritual dan mempunyai permulaan dengan wujudnya manusia. Pengertian yang
kedua pula, “budaya” bermaksud membawa tradisi turun-temurun. Hal ini dapat mewujudkan
satu taraf ideal untuk anggota masyarakat dalam mencapai kecanggihan dari sudut tingkah
laku dan cara hidup mereka. Pengertian ketiga, “budaya” ialah pengertian sikap, pandangan
hidup serta unsur-unsur peradaban dan semuanya ini memberi tempat yang khusus kepada
masyarakat di seluruh dunia.

Seterusnya, Ibn Khaldun berpendapat bahawa budaya terbahagi kepada dua iaitu
“budaya” merujuk kepada kebiasaan sesuatu cara hidup masyarakat dan beliau juga
berpendapat bahawa “budaya” membezakan manusia dengan haiwan. Hal ini menyebabkan

3
manusia dapat berhubung antara satu sama lain melalui wujudnya idea intelek yang bernas.
Selain itu, manusia juga dapat menyesuaikan cara hidup dengan alam sekeliling. Oleh hal
yang demikian, proses penyesuaian melahirkan budaya yang berbeza-beza antara
kawasan.

2.1 Takrif melayu:

Asmah Omar (1985) berpendapat bahawa istilah “Melayu” itu perlu dilihat berdasarkan
pengertian yang sempit dan pengertian yang luas. Bagi pergertian yang pertama, “Melayu”
merujuk kepada bangsa Austronesia yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu,
manakala kedua adalah merujuk kepada kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan
pulau-pulau Melayu yang meliputi negara Indonesia ketika ini.

Secara amnya, budaya Melayu merujuk sesuatu perlakuan sesebuah bangsa Melayu yang
menjadi kebiasaan dalam seharian kalangan masyarakat. Sesuatu budaya kebiasaanya
menjadi turun-temurun dari satu generasi ke generasi yang lain.

2.2 Elemen budaya terbahagi kepada dua iaitu:

Elemen ini terbahagi kepada dua iaitu budaya material dan budaya bukan material.
Budaya material ini merujuk kepada objek fizikal yang direka atau dikongsi bersama oleh
ahli masyarakat. Sesebuah kelompok masyarakat iaitu “keahlian” atau kepakaran itu diwarisi
sejak zaman-berzaman telah mewujudkan hasil seni benda. Misalnya, rumah, perahu,
senjata dan sebagainya.

Selain itu, budaya bukan material. Merujuk kepada sesuatu tingkah laku atau perlakuan
seharian dapat menterjemahkan aspek dalaman manusia yang meliputi akal, fikiran dan nilai
sosial. Budaya bukan material dapat dilihat melalui kepercayaan, adat istiadat, undang-
undang dan kesusasteraan sesebuah bangsa atau masyarakat.

2.3 Ciri-ciri budaya.

Terdapat pelbagai ciri-ciri budaya antaranya, kebudayaan merupakan warisan turun-


temurun. Kebudayaan merupakan salah satu elemen tinggalan nenek moyang terdahulu
yang ditnggalkan untuk generasi seterusnya. Oleh itu, sesetengah budaya telah diwarisi
secara turun-temurun dalam kalangan masyarakat. Tanpa sekelompok masyarakat, maka
sesuatu budaya itu pasti tidak mungkin wujud. Hal ini kerana, ahli masyarakat menjadi

4
pendokong kepada sebuah kebudayaan tersebut. Misalnya, di Malaysia mempunyai
pelbagai budaya iaitu budaya Melayu, budaya Cina, dan budaya India yang diamalkan
secara turun-temurun sehingga hari ini.

Selain itu, Kebudayaan itu hak milik bersama. Perkongsian adalah setiap perlakuan itu
diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. Misalnya, pelbagai jenis makanan di
Malaysia seperti nasi lemak dan roti canai menjadi kegemaran masyarakat yang berbilang
kaum walaupun nasi lemak makanan budaya Melayu manakala roti canai makanan budaya
India. Walau bagaimanapun, perkara ini telah menjadi kebiasaan dan boleh dinikmati oleh
semua masyarakat

Seterusnya, kebudayaan bersifat sejagat atau universal. Kesejagatan budaya merujuk


kepada kebudayaan yang wujud dalam semua kelompok manusia. Setiap kelompok
manusia pasti memiliki kebudayaan tertentu walaupun mempunyai perbezaan antara
masyarakat. Perbezaan budaya ini wujud disebabkan oleh faktor pengaruh alam, pengaruh
luar dan tahap penyesuaian anggota.

Tambahan pula, simbol perlambangan. Perlambangan ini sebagai satu lambang dalam
budaya yang memberi makna tertentu kepada pendokongnya. Contohnya, bendera, logo,
lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan wujud turut membantu manusia
berhubung dan berkomunikasi sesame mereka seperti isyarat memanggil dan sebagainya.

3.0 Konsep masyarakat.

Terdapat pelbagai pandangan tokoh-tokoh akademik yang saling mentakrifkan konsep


masyarakat iaitu Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) mentakrifkan konsep masyarakat iaitu
masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama (di sesuatu tempat dengan
aturan dan cara tertentu) atau pergaulan.

Selain itu, Horton dan Hunt (1988) mentakrifkan masyarakat sebagai sekumpulan
manusia yang boleh berdiri sendiri (berdikari), menghasilkan sistem ekonomi yang boleh
menampung diri mereka tanpa bergantung kepada orang lain. Interaksi antara satu sama
lain dan perkongsian budaya turut wujud dalam kelompok manusia yang mendiami satu
kawasan yang sama. Malahan, ia juga turut mendirikan persatuan dan kumpulan dalam
kalangan mereka.

Seterusnya, Atan Long (1982) berpendapat bahawa satu-satunya masyarakat itu terdiri
daripada individu yang telah hidup dengan saling bertindak semenjak beberapa lama
dengan mempunyai kebudayaan yang merupakan keseluruhan cara hidup yang meliputi

5
kepercayaan, agama, sikap, pandangan hidup, yang meliputi kepercayaan, agama, sikap,
pandangan hidup, aspirasi, nilai dan ilmu pengetahuan yang telah diwarisi turun-temurun.

3.1 Ciri-ciri masyarakat.

Ciri-ciri masyarakat terdiri daripada berkelompok. Masyarakat merupakan manusia


yang hidup dalam berkelompok dan mempunyai peranan yang tertentu demi kebaikan
kelompok tersebut. Hal ini membolehkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.
Pelbagai nilai tertentu, adat istidat, ukuran tatatsusila yang perlu dipatuhi dalam hidup
berkelompok agar mewujudkan masyarakat yang sistematik dan bersatu padu.

Selain itu, kebudayaan. Hal ini wujud disebabkan oleh salah satu cara hidup yang
perlu dipatuhi oleh semua masyarakat sama ada dari segi sistem sosial, organisasi sosial,
agama, politik, dan sebagainya. Masyarakat juga haruslah mempraktikkan kebudayaan
warisan nenek moyang mereka.

Seterusnya, berinteraksi. Interaksi antara satu sama lain dalam hidup bermasyarakat
amatlah penting untuk berkomunikasi bagi membincangkan hal-hal yang ada berhubung kait
dengan aktiviti sosial. Interaksi ini menggunakan bahasa sendiri dan bahasa ini digunakan
secara meluas.

Tambahan pula, berkepimpinan. Disebabkan oleh bilangan yang ramai dalam


bermasyarakat, maka haruslah mempunyai seorang pemimpin yang akan memimpin dan
mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan bagi mencorak kehidupan ahli masyarakatnya.

6
3.2 Jenis-jenis masyarakat

Masyarakat
Primitif

Masyarakat Masyarakat
Etnik Peasant

Jenis-jenis
masyarakat

Masyarakat
Kumpulan Masyarakat
dan Tribe
berkelompok

4.0 Kebudayaan Melayu.

4.1 Politik masyarakat Melayu

Kesenian politik membincangkan pemerintahan beraja. Sejak zaman Kerajaan


Melaka telah wujudnya sistem politik melayu yang berasaskan pemerintahan beraja.
Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya, iaitu Sistem Beraja
Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan pula terdiri
daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Sistem ini kekal
turun- temurun hingga kini disebabkan oleh sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga
unik. Jelaslah bahawa sistem pemerintahan beraja dapat menjadi warisan budaya yang
secara positif menjadi simbol maruah negara.

7
Seterusnya, sistem demokrasi berbentuk musyawarah yang dipimpin oleh ketua atau
pemangku adat setempat. Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini
ialah pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Hal ini kerana rakyat bertanggungjawab
untuk memilih Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hal ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan
yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam menentukan undang-undang
yang perlu dilaksanakan.

4.2 Ekonomi Masyarakat Melayu.

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber
yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang
pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Sara hidup berasaskan
pertaninan. Sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian.
Terdapat dua jenis padi yang ditanam iaitu padi sawah dan padi huma. Padi sawah ditanam
di kawasan lembah sungai atau kawasan tanah pamah. Hal ini kerana memerlukan air yang
banyak. Manakala, padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi kerana tidak memerlukan air
yang banyak. Terdapat tiga kaedah pengairan yang digunakan iaitu kincir air, terusan dan
empangan.

4.3 Sosial Masyarakat Melayu.

Terdapat pelbagai kesenian iaitu kesenian busana, permainan tradisional. Baju


kurung merupakan salah satu pakaian masyarakat Melayu yang longgar pada lubang
lengan, perut, dan dada. Pada mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran
Melayu dan kini dipakai oleh masyarakat biasa. Walaupun baju kurung atau baju Melayu ini
merupakan asimilasi bangsa ini namun pemakaiannya berupaya menjaga identiti Melayu.

Selain itu, nilai dan falsafah yang harus dipatuhi oleh masyarakat untuk melahirkan
masyarakat yang berguna. Antara nilai dalam budaya Melayu adalah bergotong-royong,
bertimbang rasa, bersopan santun, dan sebagainya. Amalan bergotong-royong sering
dilakukan semasa menanam dan menuai padi, membersihkan masjid dan sebagainya. Hal
ini menunjukkan sikap bersatu padu dalam kalangan masyarakat. Seseorang yang beradab
sentiasa menjaga perlakuan, pertuturan yang lemah lembut untuk tidak mewujudkan
pergaulan harmoni.

8
5.0 Kesimpulan

Kebudayaan dan kehidupan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Kebiasaannya,


kebudayaan bagi sesebuah kelompok masyarakat adalah berbeza-beza mengikut
persekitaran yang melingkunginya. Selain itu, hidup bermasyarakat sememagnya terdiri
dripada berkelompok, berbudaya, berinteraksi dan sebagainya bagi mewujudkan
masyarakat yang sistematik. Oleh itu, seorang pemimpin haruslah memainkan peranan bagi
memimpin dan bertindak sebagai jurucakap kepada kelompok berkenaan. Seterusya,
kebudayaan Melayu juga terdapat pelbagai aspek dari segi politik, ekonomi, sosial.

9
Rujukan

I. Buku:

Anwar Ridhwan. (2005). Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Hj. Omar. (1985). Susur-galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi

Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hunt, E.F. dan Colander, David C., (1996) Social Science: An Introduction to The Study of

Society. Massachusettes: Allyn and Bacon.

II. Jurnal:

Masyarakat, Kebudayaan Dan Politik,27(1). (2016). doi:10.20473/mkp.v27i1

10

Anda mungkin juga menyukai