Anda di halaman 1dari 1

BAGAIMAN ACUAN BEGITULAH KUIHNYA 

Bagaimana acuan begitulah kuihnya membawa maksud perangai anak kebiasaannya


mengikut perangai ibu atau bapa. Penggunaan ‘acuan’ di dalam peribahasa yang dikaitkan
dengan ‘ibu bapa’ menunjukkan ketersiratan makna yang digambarkan oleh masyarakat
Melayu melalui penggunaan objek di sekeliling mereka. Bentuk ‘kuih’ yang dihasilkan
daripada ‘acuan’ secara tidak langsung menggambarkan cerminan yang menjadi ciri-ciri
utama makna peribahasa yang bertemakan kekeluargaan. Peribahasa ini tidak susah untuk
difahami makna implisitnya kerana ‘acuan’ dapat difahami sebagai ‘ibu bapa’, manakala
‘kuih’ dapat difahami sebagai ‘anak-anak’ apabila merujuk kepada konteks ayat di dalam
cerpen. Rutin masyarakat Melayu terdahulu gemar menghasilkan pelbagai jenis kuih.
Sehingga kini, terdapat pelbagai jenis kuih yang masih wujud seperti kuih bahulu. Bahulu
memerlukan acuan untuk menghasilkan bentuk kuih yang menarik. Terdapat pelbagai acuan
kuih bahulu. Ada yang bujur dan ada yang bulat. Terpulang kepada pembuatnya yang
menginginkan bentuk bahulu mengikut minatnya.

Anda mungkin juga menyukai