Anda di halaman 1dari 7

1.

0: PENGENALAN
Sudah menjadi fitrah manusia menginginkan hidup berpasangan dan ingin
mendirikan rumah tangga. Hakikatnya, kehidupan perkahwinan itu merupakan suatu
tujuan yang sangat diinginkan oleh Islam kerana ia adalah salah satu sunnah
Rasulullah S.A.W seperti dalam dalil yang disyariatkan oleh Allah S.W.T dalam
Surah An-Nur ayat 32:

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan)


dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-
hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah
akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah
kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah
kurniaNya), lagi Maha Mengetahui”.
(Surah An-Nur: 32)

Allah S.W.T telah menjadikan semua makhluk di muka bumi ini berpasangan
sama ada lelaki mahupun perempuan (Zanariah Dimon, 2019). Hidup
berumahtangga adakalanya bahagia ada juga yang menjadi sebaliknya. Krisis rumah
tangga sering berlaku apabila suami isteri mempunyai masalah dan jalan
penyelesaian kepada masalah itu adalah melalui perceraian sekiranya tidak lagi
bersefahaman. Menurut Marzulina Omar (2003) dalam Islam, kuasa talak hanya
terletak pada suami, namun ini tidak bermakna para isteri tidak boleh menuntut hak
untuk bercerai. Seorang isteri boleh memohon perceraian melalui fasakh.
Oleh yang demikian, tugasan pertama kerja kursus Fiqh Kekeluargaan Islam
FKIK3013 menuntut saya untuk membuat satu kajian ilmiah dengan memilih salah
satu bidang pengurusan perkahwinan dalam Islam. Saya telah memilih isu berkaitan
dengan pembubaran perkahwinan iaitu fasakh memandangkan isu ini sangat relevan
untuk dibincangkan dan perlu diperinci kerana ilmu tentang fasakh masih lagi kurang
diketahui oleh masyarakat di Malaysia khususnya bagi kaum wanita.

1
2.0: PEMBUBARAN PERKAHWINAN MELALUI TUNTUTAN FASAKH
2.1: Maksud Fasakh
Menurut Muhammad Fathi Yusof (2016) dalam bukunya berjudul Fiqah
Perkahwinan, fasakh merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud
rosak atau batal. Dari segi syarak, fasakh adalah melepaskan ikatan
perkahwinan dengan kuasa kadi atau hakim disebabkan oleh syarat-syarat
yang tidak dipenuhi semasa akad nikah atau disebabkan oleh kecacatan
yang tertentu di dalam rumah tangga. Dalam buku yang berjudul 501 Soal
Jawab Perkahwinan Islam (2000), menyatakan bahawa fasakh adalah
pembatalan perkahwinan pasangan suami isteri melalui kuasa hakim
disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Zaini Nasohah (2002) menyatakan
bahawa fasakh boleh dituntut oleh suami atau isteri dengan alasan yang
munasabah disertakan dengan sebab-sebab yang kukuh. Namun,
kebiasaannya pihak isteri akan memohon fasakh memandangkan suami
memilik kuasa untuk talak seperti biasa. Lateefah Kassim et al ( 2017)
menyatakan bahawa fasakh adalah salah satu daripada hak suami isteri yang
termaktub dalam undang-undang substantif berdasarkan kepada peruntukan
undang-undang keluarga Islam seluruh Malaysia.

2.2: Analisis Kes Perceraian Melalui Tuntutan Fasakh


Dalam penulisan jurnal Noratiqah Sabri (2017), beliau telah memfokuskan
kepada ketidakadilan yang berlaku dalam kalangan wanita sahaja. Hal ini
kerana, kajian tersebut adalah bertujuan melihat hubungan pemeliharaan hak
wanita melalui pelaksanaan hukum fasakh. Di Malaysia, sumber-sumber
berita banyak melaporkan lambakan kes dan juga isu keganasan rumah
tangga yang mana boleh memberikan kesan negatif dalam kehidupan
masyarakat seharian.
Antara kes yang berlaku melibatkan hubungan suami isteri adalah di
Kuala Lumpur. Dalam kes ini, suami telah memaksa isterinya melacur hanya
kerana ingin membayar ansuran bulanan kereta. Perkara itu berlarutan
selama satu tahun dan isteri tersebut dipaksa untuk melayani lebih daripada
10 orang lelaki dalam tempoh masa tersebut. Laporan polis telah dibuat
berikutan wanita tersebut berjaya meloloskan diri (Mohd Firdaus & Raja
Noraina, 2011).

2
Selain itu, terdapat kes yang berkaitan dengan pencabulan hak
seorang suami ke atas isterinya yang pernah viral di Youtube suatu ketika
dahulu tentang kes pukul isteri di dalam lif. Rakaman video tersebut
memaparkan tindakn seorang lelaki memukul seorang wanita yang
merupakan isterinya secara bertubi-tubi dan telah menendang isterinya di
hadapa dua orang anak mereka (Mohd Iskandar Othman, 2013).
Seterusnya, seorang penganggur di Seremban dijatuhkan hukuman
penjara selama lapan tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah
kerana telah mengelar muka dan tubuh isterinya dengan pisau (Meor
Riduwan, 2014). Dalam kes lain yang berlaku di Kuala Lumpur, seorang
suami sanggup menyimbah air panas ke atas isterinya setelah memukul
sehingga terjatuh dan memijak kepala mangsa berulang kali disebabkan
cemburu buta. Bukan itu saja, lelaki tersebut juga telah mengambil wang
isterinya dalam anggaran sebanyak RM 1,400 (MyMetro, 27 September
2014).
Berdasarkan fakta-fakta tersebut, sudah cukup untuk mensabitkan
ketidakadilan terhadap wanita yang berkahwin sedang berlaku dalam
masyarakat di sekeliling kita. Peningkatan kes perceraian yang tinggi boleh
dianggap bahawa wanita kini berusaha untuk mendapatkan hak mereka
dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Menurut Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (2014), statistik perceraian pada tahun
2009 ialah satu perceraian pada setiap 15 minit. Melalui statistik ini, kita
dapat menilai bahawa institusi kekeluargaan semakin hari semakin
membimbangkan.
Di samping itu, gejala isteri yang digantung tidak bertali semakin
berleluasa dalam masyarakat kini. Antara isunya adalah melibatkan isteri
yang ditinggalkan suami tanpa khabar berita, dalam tempoh yang lama dan
tidak diberikan nafkah. Malah, tiada tindakan yang jelas di ambil berkenaan
dengan kedudukan atau status perkahwinan tersebut, gara-gara ‘malas’
untuk berurusan dengan mahkamah. Sedangkan menurut Halina Mohd Noor
(2019) pembatalan perkahwinan merupakan sesuatu perkara sangat penting,
yang membolehkan seseorang wanita itu menuntut hak melalui undang-
undang, seperti nafkah iddah, mutaah, tuntutan harta sepencarian, dan hak
penjagaan bagi anak-anak yang ditinggalkan suami.
Noratiqah Sabri (2017) menyatakan, wanita yang menghadapi
masalah digantung tidak bertali, menjadi keharusan untuk membuat
permohonan cerai dari mahkamah melalui tuntutan fasakh. Berdasarkan kes-

3
kes keganasan rumah tangga yang berlaku ini, keperluan untuk memberi
kefahaman terhadap isteri-isteri yang didera atau dipukul oleh suami tentang
tuntutan fasakh di Mahkamah adalah sangat penting. Perkara ini penting bagi
mengelakkan kecederaan yang lebih serius dari segi fizikal dan mental yang
berpanjangan atau kehilangan nyawa selain membela hak sebagai seorang
isteri.

2.3: Hukum Dan Kesan Memohon Tuntutan Fasakh


Memandangkan isu perceraian semakin meningkat, usaha pemeliharaan hak
wanita dari sudut institusi kekeluargaan juga perlu diperluaskan terutamanya
hak dalam urusan perceraian dan hak selepas perceraian fasakh.
Jika seseorang isteri itu mengetahui hak-haknya, maka fasakh adalah
salah satu jalan keluar daripada penderitaan perkahwinan (Mariam Abd.
Majid & Syafirul Zarif, 2017). Seseorang isteri yang menderita disebabkan
sikap suami kebiasaannya membuat tuntutan fasakh (Nur Juwariyah
Mohammed, 2011). Hukum perceraian suami isteri melalui permohonan
fasakh adalah diharuskan dan firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa ayat
128:

“Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari


suaminya nusyuz (kebencian) atau tidak melayaninya, maka
tiadalah salah bagi mereka suami isteri mahupun perdamaian
di antara mereka berdua kerana perdamaian itu lebih baik bagi
mereka daripada bercerai-berai. Sedang sifat bakhil kedekut itu
memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika
berlaku baik dalam pergaulan dan mencegah diri daripada
melakukan kezaliman, maka sesungguhnya Allah Maha
Mendalam Pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan.

4
Kebanyakan fasakh yang dituntut adalah disebabkan faktor kecacatan
atau keaiban yang boleh menjadi asas terhadap permohonan fasakh.
Menurut Raihanah Abdullah et al. (2016), perceraian secara fasakh akan
meninggalkan kesan dari aspek hukum ke atas suami isteri tersebut seperti
berikut:
a) Suami isteri terputus ikatan perkahwinan dan hilang kewajipan
sebagai suami isteri terhadap pasangannya,
b) suami isteri haram untuk bersama-sama dan tidak boleh rujuk
kembali dalam tempoh iddah kerana fasakh termasuk dalam Talak
Ba’in sughra yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan akad nikah baru
c) suami isteri harus berkahwin semula dan tinggal bersama, tetapi
hendaklah dengan akad dan mahar yang baru.

2.4: Perbahasan Sebab Membolehkan Fasakh


Seorang isteri boleh memohon perceraian secara fasakh kepada mahkamah
syariah jika terdapat sebab-sebab kecacatan atau keaiban yang terdapat
pada suaminya. Perceraian fasakh adalah cara membubarkan perkahwinan
berdasarkan sebab-sebab tertentu. Menurut seksyen 52 (1) Akta Undang-
undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat
beberapa sebab yang membolehkan seseorang wanita itu membuat
permohonan fasakh berdasarkan kepada analisis kes perceraian yang
dibincangkan.
Berdasarkan kepada situasi analisis kes perceraian yang telah
dibahaskan, isteri yang menjadi mangsa kezaliman rumah tangga berhak
menuntut hak dan memutuskan ikatan perkahwinan melalui tuntutan fasakh.
Menurut Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri (2011) dalam buku Al-Fiqh Al-Manhaji
Mazhab As-Shafie seseorang wanita boleh menuntut fasakh apabila
perbuatan suaminya boleh memudharatkan isteri baik dari segi mental dan
fizikal. Contohnya seperti isteri sentiasa dipukul, dicaci maki, diancam dan
menjadikan kehidupan isterinya menderita. Perkara ini secara tidak langsung
boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan jika perkahwinan ini diteruskan.
Antara sebab lain seorang isteri boleh memohon fasakh mengikut
Undang-Undang Keluarga Islam adalah suami memaksa isterinya hidup
melacur seperti kes perceraian di atas. Seharusnya, seorang suami itu
melindungi isterinya tetapi dalam kes ini, suami sanggup melacurkan isterinya
hanya kerana ingin membuat bayaran kereta secara ansuran. Malah lebih
menjijikkan apabila si suami sanggup memberikan isterinya kepada 10

5
pelanggan lelaki semasa isterinya dipaksa hidup untuk melacur. Justeru,
menurut Abe Sohpian et al (2014) dalam Undang-Undang Keluarga Islam
ada menyatakan bahawa jika seorang suami memaksa isterinya hidup
melacur maka isteri tersebut berhak menuntut fasakh untuk membubarkan
perkahwinannya.
Di samping itu, seorang wanita yang kehilangan suaminya sama ada
di darat atau di laut yang tiada khabar berita sama ada masih hidup atau mati
dan tidak tahu sama sekali di mana keberadaan suaminya maka perkara ini
disebut sebagai suami mafqud. Isteri yang mafqud suaminya harus
melaporkan kepada hakim. Tempoh jangka masa untuk mengesahkan
kehilangan suaminya itu adalah selama 4 tahun bermula dari tarikh si isteri
melaporkan kehilangan suaminya. Tujuaanya, Islam hendak melindungi hak
wanita supaya tidak terumbang-ambing dan boleh meneruskan kelangsungan
hidup tidak seperti digantung tak bertali. Maksudnya, isteri yang mafqud
suaminya juga berhak menuntut untuk membubarkan perkahwinan jika
didapati suaminya hilang dan kehilangan suaminya itu menyebabkan dia
berada dalam kesusahan. Justeru, menurut Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (2013) seorang isteri boleh menuntut fasakh kepada hakim di
mahkamah dengan mengemukakan alasan seperti berikut:
a) suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan
nafkahnya selama tiga bulan
b) suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih
c) Suami telah tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah
tentang kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh
setahun
d) suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang menghidap
penyakit kusta atau vitiligo atau menghidap penyakit kelamin dalam
keadaan boleh berjangkit
e) isteri setelah dikahwinkan oleh wali mujbir sebelum dia mencapai
umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18
tahun dan belum disetubuhi oleh suaminya
f) walaupun empat bulan berlalu tetapi isterinya masih belum
disetubuhi oleh kerana suaminya sengaja enggan menyetubuhinya.
g) suami menghidap penyakit mati pucuk yang tidak boleh
memberikan zuriat kepada isterinya.

6
5.0 KESIMPULAN
Bercerainya suami isteri disebabkan fasakh berbeza dengan perceraian yang
disebabkan oleh talak. Hal ini kerana perceraian talak mempunyai talak raj’ie dan
talak ba’in. Talak raj’ie tidak mengakhiri ikatan pernikahan secara terus-menerus
manakala talak ba’in pula mengakhiri ikatan pernikahan secara terus-menerus
(Nurhidayah Hashim, 2007).
Pasangan suami isteri yang bercerai disebabkan fasakh tidak pula
mengurangi bilangan talak itu. Mereka boleh bersama semula dengan syarat
menggunakan akad yang baru dan si suami masih lagi memiliki kuasa sebanyak tiga
kali talak. Jika bercerainya suami isteri disebabkan kemahuan suami dan sama
sekali tidak ada pengaruh isteri di dalam perceraian itu maka ianya dikira sebagai
perceraian talak. Jika bercerainya suami isteri itu disebabkan kemahuan isteri dan
bukan kerana kemahuan suami atau disebabkan kemahuan suami tapi atas
pengaruh isteri, maka perceraian itu dikira sebagai perceraian fasakh.
Kesimpulannya, seorang isteri juga mempunyai hak untuk membela dirinya
sekiranya dia ditindas dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Pihak mahkamah juag
memainkan peranan penting dalam membatu golongan wanita membela nasib
mereka terutamanya dalam perkahwinan. Oleh yang demikian, pemahaman tentang
tuntutan fasakh adalah penting agar dapat membuka minda rakyat Malaysia tentang
hak pembelaan seorang wanita.

Anda mungkin juga menyukai