Anda di halaman 1dari 9

KOLEJ VOKASIONAL MIRI

FOLIO PENDIDIKAN ISLAM


TAJUK : NUSYUZ

NAMA DAN NOMBOR PENGENALAN :

1. DYG HANA KHAIRANIE BINTI ABG MOHD AHADIE ZAINIE


(050117-13-0702)

2. MASTURINA BINTI ROSLI


(051130-13-0843)

3. MIFTAHUL HUMAIRA BINTI MOHD MAHIZAN


(051011-10-0462)

KOD PENDIDIKAN ISLAM : A06300

KURSUS : SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN TAHUN 2 SEM 3

NAMA PENSYARAH : PUAN SITI NAFEESHA BINTI ISHAK


ISI KANDUNGAN :

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1

2. LAPORAN KES 2-3

3. FAKTOR / PUNCA KES 4

4. KESAN DAN AKIBAT 5

5. CADANGAN PENYELESAIAN 6

6. SUMBER RUJUKAN 7

PENGENALAN
Perkataan nusyuz telah disebut dalam al-quran yang memberi pelbagai maksud
dari segi bahasanya. Menurut istilah syarak, nusyuz ialah sikap suami isteri yang
cuai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pasangan sebagaimana
yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t tanpa mempunyai sebarang alasan untuk
tidak melaksanakan amanah tersebut melainkan dengan adanya keuzuran syarie.

Menurut Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengatakan bahawa nusyuz dari segi


Bahasa ialah ingkar. Manakala dari segi istilah adalah tindakan yang dilakukan oleh
isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tiada alasan munasabah
mengikut hukum syarak. Nusyuz boleh berlaku sekiranya si isteri keluar rumah
dengan tujuan yang tidak penting tanpa izin suami,tidak melayan suami tanpa suatu
keuzuran, bermusafir tanpa keizinan suami, membantah dan mengingkari perintah
suami yang tidak bertentangan dengan syarak serta melakukan reaksi yang tidak
baik terhadap suami.

Pendapat kedua mengatakan bahawa nusyuz secara bahasa ialah penentangan


atau lebih umumnya adalah pelanggaran isteri terhadap perintah dan larangan suami
secara mutlak, akan tetapi nusyuz juga dapat terjadi kepada suami apabila seorang
suami tidak menjalankan kewajiban yang menjadi hak-hak isteri, seperti tidak
memberikan nafkah dan sebagainya.

Pendapat yang terakhir ialah tanda-tanda isteri mendapat gelaran nusyuz


apabila si isteri bermasam muka atau berkata kasar dengan si suami sedangkan si
suami dalam keadaan yang lemah lembut,bermanis muka dan tetap sabar.Malahan
apabila kedua suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri kemudian
satu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah .

LAPORAN KES
Menurut Razali Haji Nawawi (1998), nusyuz merupakan suatu isu yang kritikal kerana
kelakuan-kelakuan yang disenaraikan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
negeri Selangor 1984 berkaitan nusyuz isteri adalah umum dan kabur. Keadaan ini
menurutnya, amat menuntut para kadi agar mengambil sikap cermat dan berhati-hati dalam
mentafsirkannya. Bagi menjadikan perkara ini lebih kemas, beliau melontarkan suatu
cadangan agar peruntukan berkaitan nusyuz ini diikatkan, iaitu suatu kelakuan nusyuz
daripada isteri itu tidak dikira nusyuz apabila pihak suami terlebih dahulu melakukan nusyuz
terhadap rumah tangga.

Perkara yang hampir sama juga disuarakan oleh Musa Awang ( 2004) yang menyatakan
bahawa peruntukan nusyuz dalam Undang-undang Keluarga Islam hanyalah samar-samar
dan lebih menyentuh tentang kesan nusyuz daripada segi nafkah dan bukannya peruntukan
khusus tentang nusyuz. Menurutnya lagi, peruntukan samar-samar itu tidak memadai untuk
menyelesaikan polemik dalam masyarakat. Ekoran daripada tiadanya tafsiran dan
peruntukan bagi membolehkan suami mengisytiharkan isterinya nusyuz, maka ia telah
mengundang lakuna. Apabila terdapat kesamaran dan kekaburan peruntukan tentang isteri
nusyuz dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, sudah tentu ia mengganggu
kelancaran dalam pengendalian dan penetapan keputusan kes-kes berkaitan dengannya.

Menurut Hamdi Ishak (2010), antara yang menjadi cabaran dan masalah kes-kes nusyuz di
Mahkamah Syariah ialah prosedur tuntutan nusyuz yang berubah-ubah dan kurang jelas.
Perkara ini disuarakan juga oleh Musa Awang (2004) yang pernah mengemukakan
permohonan seorang suami untuk mensabitkan isteri nusyuz. Walau bagaimanapun,
permohonan itu ditolak mentah-mentah oleh mahkamah dengan alasan nusyuz adalah di
bawah bidang kuasa Bahagian Pendakwaan Pejabat Agama Islam. Malangnya, apabila
aduan nusyuz ini dimajukan pula ke bahagian tersebut, tiada tindakan susulan diambil untuk
mendakwa isteri tersebut di mahkamah. Perkara ini secara tidak langsung telah menidakkan
kuasa suami gara-gara ketiadaan undang-undang yang membolehkan suami bertindak
balas terhadap perlakuan isteri yang kadangkala memang ternyata telah nusyuz.

Selain itu, Hamdi Ishak (2010) juga menyatakan bahawa beban pembuktian dalam kes-kes
isteri nusyuz juga adalah berat. Menurut beliau, peruntukan sedia ada terlalu banyak
memberi kelebihan kepada pihak isteri sehingga ia kelihatan seolah-olah menidakkan kuasa
suami untuk bertindak balas ke atas isterinya yang diyakini telah nusyuz. Kenyataan ini
dilihat ada kebenaran jika diteliti dalam kes Aisny lwn. Haji Fahro Razi sebagai mana yang
disebut oleh Ahmad Mohamed Ibrahim (2000). Dalam perbicaraan kes ini, terdapat
beberapa isu yang ditimbulkan, antaranya ialah pertikaian oleh kedua-dua belah pihak
berkenaan lafaz taklik yang dipakai di negeri Selangor, iaitu mengenai kewajipan suami
memberi nafkah kepada isterinya tanpa menyentuh soal ketaatan isterinya kepada suami
dan pertikaian oleh kedua-dua pihak tentang masalah isteri berpindah rumah tanpa keizinan
suaminya. Namun, berdasarkan keputusan Lembaga Rayuan, dakwaan pihak suami
bahawa responden berpindah rumah tanpa keizinannya telah ditolak oleh Yang Arif Hakim
dan pihak isteri tidak dianggap nusyuz sekaligus melayakkannya untuk mendapat nafkah.

Sungguhpun isu yang dibangkitkan di atas menunjukkan pihak suami seolaholah dinafikan
haknya, perkara sebaliknya pula disebut oleh Maznah Mohamad (2000), iaitu kerap berlaku
kekurangan alasan yang diberikan oleh Yang Arif Hakim untuk menguatkan hukuman atau
perintah. Beliau memberi contoh kes mal Rokiah lwn. Mohd Nazeri yang memaparkan hakim
telah memutuskan bahawa pihak isteri telah nusyuz dan tidak berhak untuk diperuntukkan
nafkah idah kerana keluar rumah kelamin semasa idah walaupun si isteri mendakwa
tindakannya itu berdasarkan keizinan suami. Hakim menetapkan keputusan itu walaupun
suami tidak hadir untuk menafikan atau mengesahkan perkara tersebut. Melihat kepada
kedua-dua penghakiman kes di atas, dapat dirumuskan bahawa kadangkala berlaku
penghakiman yang tidak konsisten dalam kes nusyuz.

Menyedari akan kewujudan permasalahan-permasalahan ini, suatu kajian khusus


mengenainya amat relevan dijalankan. Kesamaran dan kekaburan dalam isu nusyuz perlu
diatasi demi memastikan keberkesanan penyelesaian masalah kekeluargaan melalui fiqh
Islam dapat ditonjolkan serta aspek keadilan dalam menunaikan hak-hak pihak yang
bertelingkah dapat dizahirkan.

FAKTOR / PUNCA KES


Terdapat banyak punca yang berlakunya seorang isteri menjadi nusyuz.Antara puncanya
adalah seorang isteri menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang
munasabah menurut hukum syarak dan tindakan tersebut dianggap derhaka.Akan
tetapi,tidak semua isteri yang bersikap nusyuz kepada suaminya.Selain isteri yang bersikap
nusyuz suami juga boleh mendapat gelaran nusyuz apabila si suami tidak menjalankan
tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak.

Punca yang pertama menyebabkan seorang isteri menjadi nusyuz adalah meninggalkan
rumah tanpa izin suami tanpa alasan atau kebenaran.Sebagai mana seorang isteri tanpa
sebab yang syar’i (diizinkan syarak) tidak boleh keluar dari rumah suami iaitu rumah
kehidupan suami-isteri (bait al-zaujiyah) tanpa keizinan suami. Para ulama telah
memberikan pe

Antaranya, hadis Nabi s.a.w:

“Apabila isteri-isteri kamu meminta keizinan kamu untuk ke masjid pada waktu malam maka
izinkanlah mereka” (Riwayat al-Bukhari).
Dalam riwayat Muslim tidak disebut ‫( بالليل‬pada waktu malam).

Hadis ini menunjukkan wanita hendaklah meminta izin keluar rumah sekalipun ke masjid.

Dalam Fath al-Bari disebutkan:

“Dijadikan hadis ini dalil bahawa wanita tidak boleh keluar dari rumah suaminya kecuali
dengan izin suami” (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/347. Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Punca yang kedua ialah seorang isteri tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri
seperti tidak menjaga makan pakaian si suami dan anak-anak serta si isteri tidak mahu
mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan
syariat.Malahan si isteri tidak ingin tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang
munasabah.

Punca yang terakhir apabila si isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu
rumah atau tempat lain tanpa sebab yang sah mengikut hukum syarak.Selain itu,apabila si
isteri menjauhkan diri daripada suaminya dan si isteri mempunyai hubungan sulit dengan
lelaki lain tanpa suami mengetahui.

KESAN DAN AKIBAT


Terdapat banyak kesan nusyuz tidak kira dalam kalangan suami,isteri,keluarga dan
masyarakat.Kesan yang terdapat dalam kalangan isteri adalah hilang hak nafkah daripada
suaminya.Sekiranya isteri tersebut bermadu,dia akan kehilangan giliran bermalam bersama
suaminya.Tetapi jika si isteri kembali mentaati si suami hak isteri akan di kembalikan.

Kesan yang kedua di kalangan keluarga juga dapat menyebabkan jiwa dan minda anak-
anak akan menjadi tertekan dengan tindak-tanduk ibu bapa mereka setiap hari.Apabila ibu
bapa sudah berselisihan faham kasih sayang terhadap anak-anak akan terjejas dan
berkurangan.

Kesan yang ketiga di kalangan masyarakat adalah hubungan akrab antara keluarga
suami dan isteri akan terjejas dan kekok apabila berjumpa.Anak-anak akan menerima kesan
yang tidak baik di sekolah seperti rakan-rakan mereka akan memandang rendah dan
menjauhi mereka.

Kesan yang terakhir adalah terhadap suami iaitu suami akan merasa tidak dihormati
dalam rumah tangga.Selain itu,suami akan merasa tercabar dan hilang pertimbangan
terhadap isteri.Malahan suami akan bertindak kasar dan menggunakan kekerasan terhadap
isteri dan anak-anak untuk melepaskan kemarahannya.

Kesimpulannya,sebagai seorang isteri hendaklah mentaati dan bertanggungjawab


terhadap suami dan anak-anaknya.Malahan hubungan antara anak-anak dan mentua akan
menjadi baik dan bahagia.

CADANGAN PENYELESAIAN
Antara cadangan penyelesaian yang dapat kami cadangkan adalah seorang isteri
hendaklah sentiasa mentaati suami kerana syurga seorang isteri berada di bawah tapak kaki
suami. Selain itu, suami juga sentiasa menasihati dan mendidik isteri supaya berubah
kejalan yang benar .Jika cara menasihati tidak berjalan maka lakukanlah cara memukul
tanpa menyakiti tujuannya supaya memeranjantkan isteri atas tindakan keterlaluannya
terhadap suami tetapi pukulan itu perlulah berlandaskan niat untuk mendidik isteri .Akhir
sekali, cara pemulauan di tempat tidur disarankan kepada suami untuk bertindak kerana
isteri yang nusyuz ini akan merasa tertekan jika si suami enggan tidur bersamanya dan isteri
kembali taat dan tidak ingkar terhadap suami.

SUMBER RUJUKAN
 http://blogbersama6.blogspot.com/2016/11/unit-6-nusyuz-pemusnah-
kebahagiaan_26.html?m=1
 https://www.slideshare.net/sitinurrabiah/pendidikan-islam-44984451
 https://akumuslim.asia/nusyuz-maksud-huraian-lengkap/
 https://www.islamituindah.info/nusyuz-apa-itu-nusyuz-dan-apakah-kesan-
nusyuz-terhadap-keluarga-baca-biar-faham/
 https://www.researchgate.net/publication/
350088856_Kata_Kunci_Hak_Isteri_Perceraian_Nafkah_Undang-
undang_Keluarga_Islam
 https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2019/12/04/fatin-bekas-isteri-
farhan?itm_source=parsely-api
 http://www.esyariah.gov.my/Misc/htdocs/faqbm/FaqDisplayByQuestionBM.jsp?
FaqGroupId=175&FaqId=19

Anda mungkin juga menyukai