Anda di halaman 1dari 25

KOLEJ ISLAM ANTABANGSA SULTAN ISLAM PETRA (KIAS)

AL-AHWAL AS-SYAKHSIYYAH
(SFA2013)

TAJUK : ISU SEMASA


(FASAKH KERANA TIDAK BAYAR NAFKAH)

NAMA : MUHAMMAD SYAZWAN BIN MOHAMAD


ROPI

NO. MATRIK : 21022088


KOS : IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH
NAMA PENSYARAH : USTAZ HAMIDI BIN ABDUL GHANI
SESI : SEMESTER 1 (2021/2022)

i
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


PENGHARGAAN 1
PENDAHULUAN 2
PENGERTIAN FASAKH 3
DALIL DAN HUKUM FASAKH 4
PENGERTIAN, DALIL DAN HUKUM 5-6
NAFKAH TERHADAP ISTERI
PERBAHASAN EMPAT MAZHAB: 7-8
i. MAZHAB SYAFIE
ii. MAZHAB HANAFI
iii. MAZHAB MALIKI
iv. MAZHAB HANBALI
KESAN-KESAN FASAKH 9
MAQASID SYARIAH 10
PRO KONTRA 11
ISU SEMASA: 12-15
 KERATAN AKHBAR
ISU PERUNDANGAN 16
KES BERKAITAN: 17-19
 JURNAL HUKUM
 MANUAL UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM
KESIMPULAN 20
RUJUKAN 21
LAMPIRAN 22

ii
iii
PENGHARGAAAN

Alhamdulillah, Maha Suci Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang dicurahkan
kepada hambanya.Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dan
para sahabat.

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dari Nya. Saya telah menyelesaikan
tugasan yang diberi. Tajuk tugasan iaitu FASAKH KERANA TIDAK BAYAR NAFKAH.

Penghargaan ini saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana mereka sentiasa doakan saya
dan menyokong dari segi kewangan untuk menghasilkan tugasan ini.

Selain itu, tidak lupa juga kepada pensyarah saya, Ustaz Hamidi Bin Abdul Ghani yang
telah mengajar al-Ahwal as-Syakhsiyyah. Dengan izin Allah,beliau sudi memberi tunjuk ajar
kepada saya walaupun beliau dalam keadaan sibuk. Semoga jasa baiknya diberi ganjaran
daripada Allah S.W.T.

Saya juga ingin memberi ucapan penghargaan ini kepada kawan-kawan saya yang sudi
berkongsi ilmu dan segala bantuan yang diberikan, khususnya dalam menghasilkan tugasan
ini dan segala bantuan yang diberi amatlah saya hargai.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah dikongsi harap dapat memberi manfaat
kepada semua.

1
PENDAHULUAN

Fasakh adalah satu daripada hak suami isteri yang termaktub di dalam undang-undang
substantif berdasarkan kepada peruntukan undang-undang keluarga Islam setiap negeri di
Malaysia. Hak ini telah disebut dengan jelas dan hampir keseluruhan alasan yang
diperuntukkan adalah melibatkan kesalahan di pihak suami yang boleh mengakibatkan
pengabaian, penganiayaan dan kezaliman kepada isteri. Tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa fasakh adalah jalan terakhir yang terpaksa dipilih oleh seseorang isteri yang tidak lagi
dapat meneruskan kehidupan bersama dengan suaminya.

Oleh kerana fasakh adalah kuasa hakim untuk membubarkan perkahwinan tanpa lafaz
dan kebenaran dari suami, maka pihak isteri hendaklah mengemukakan bukti kukuh untuk
meyakinkan Hakim Bicara bahawa alasan-alasan untuk sabitan fasakh tersebut adalah benar
dan menepati kehendak Syarak. Dalam masa yang sama, suami juga akan diberi ruang yang
saksama untuk membela diri di atas pertuduhan yang dikemukakan oleh pihak isteri.

Terdapat beberapa jenis fasakh dan salah satunya adalah Fasakh kerana suami tidak
memberi nafkah. Fasakh kerana suami tidak memberi nafkah sedangkan nafkah adalah wajib
diberi oleh suami kepada isteri.

2
PENGERTIAN

FASAKH

Memfasakhkan akad nikah bermaksud membatalkan dan melepaskan ikatan pertalian


antara suami isteri. Fasakh boleh terjadi kerana syarat-syarat yang tidak dipenuhi pada akad
nikah atau kerana hal-hal lain kemudian yang membatalkan perkahwinan.[1]

Selain itu, fasakh maksudnya rosak atau batal. Memfasakh akad nikah bererti
membatalkan dan melepaskan ikatan perkahwinan antara suami isteri. Fasakh itu boleh
berlaku kerana syarat-syarat yang tidak dipenuhi pada akad nikah atau kerana hal-hal lain
yang dating kemudian sehingga membatalkan kelangsungan perkahwinan.[2]

Seterusnya, fasakh ditakrifkan sebagai pembubaran atau pembatalan perkahwinan oleh


perintah kehakiman. Perpisahan melalui dikri mahkamah adalah juga dikenali sebagai tafriq
dalam bahasa Arab.

Mengikut Seksyen 2 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah


Persekutuan) 1984, Fasakh didefinisikan sebagai pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu
hal keadaan yang diharuskan oleh Hukum Syara’ mengikut Seksyen 5.[3]

Di samping itu, fasakh bermaksud pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang


diberikan kepada hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai
kepada kedua-dua suami dan isteri, secara umumnya hak fasakh diberikan kepada isteri
memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talak. Tidak ada peruntukan yang
khusus mengenai fasakh dalam al-Quran, tetapi ulama-ulama Islam merujuk kepada
pemakaian umum ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang memberikan alasan-alasan tertentu
untuk tujuan fasakh.[4]

____________________________________________

[1] Fikih Sunnah 8, m/s:124

[2] Fiqh Wanita, m/s:289

[3] Jurnal Hukum, m/s:1

3
[4] MANUAL UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, m/s:176-177

DALIL DAN HUKUM (FASAKH)

DALIL(FASAKH)

(‫ وكذا إن أعسر بالصداق قبل الدخول‬،‫فإن أعسر بنفقتها فلها الفسخ‬.)

[Kalau suami tidak berkemampuan untuk memberi belanja isteri, maka isteri boleh
membatalkan (fasakh) nikah. Begitu juga kalau suami tidak berkemampuan membayar
maskawin sebelum campur (dukhul)].[1]

HUKUM FASAKH

Pada dasarnya peruntukkan perceraian fasakh tidak dinyatakan secara terang di dalam al-
Quran. Keharusan fasakh hanya didasarkan kepada larangan melakukan kemudaratan
sepertimana sabda Rasulullah S.A.W:

‫ال ضرر وال ضرار‬

Maksudnya: Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan.

Fasakh kerana kegagalan memberi nafkah

Selain daripada alasan di atas, menurut Hukum Syara’, apabila suami tidak memberi nafkah
kepada isterinya sedangkan ia mempunyai harta atau pekerjaan, haruslah bagi isteri
menuntut fasakh, kerana memberi nafkah kepada isteri adalah wajib. Sabda Rasulullah
S.A.W.:

‫ولهن عليكم رزقهن وكسوتهن بالمعروف‬

Maksudnya: Dan bagi isteri-isteri itu wajib atas kamu(suami-suami) memberi nafkah dan
pakaian mereka dengan cara yang baik.[2]

_______________________________________

[1] Kitab‫ كفاية األخيار‬,m/s:525-527

4
[2] Jurnal Hukum, m/s:1-4

PENGERTIAN, DALIL DAN HUKUM (NAFKAH TERHADAP ISTERI)

NAFKAH (TAKRIF NAFKAH)

Asal makna nafkah ialah mengeluarkan atau menghabiskan. Perkataan nafkah


(mengeluarkan atau menghabiskan) hanya digunakan dengan makna yang baik sahaja.

Nafkah daripada segi istilah ialah semua perkara yang diperlukan oleh manusia seperti
makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.

Dinamakan nafkah ialah kerana ia dikeluarkan atau dihabiskan dengan tujuan


mendapatkan keperluan di atas.[1]

NAFKAH SUAMI KEPADA ISTERI

Ijma’ ulama mengatakan suami wajib memberikan nafkah kepada isterinya.

DALIL DAN HUKUM SUAMI WAJIB MEMBERIKAN NAFKAH


KEPADA ISTERINYA

Kewajipan ini berpandukan kepada dalil al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.

 Dalil daripada al-Quran :

‫الرجال قومون على النساء بما فضل هللا بعضهم على بعض وبما أنفقوا من أمولهم‬

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum
perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa
keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan
(memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka”.(An-Nisa’:34)[2]

____________________________________________________

[1] Munakahat: Undang-Undang&Prosedur, m/s:56-59

5
[2] FIQH MANHAJI KITAB FIKAH MAZHAB SYAFIE, m/s:731-741

Ayat di atas menunjukan bahawa suamilah yang bertanggungjawab memberikan nafkah.

 Dalil daripada hadis ialah sabda Rasulullah S.A.W.:

‫فالتقوا هللا في النساء فإنكم أخذتموهن بأمان هللا واستحللتم فروجهن بكلمة هللا ولكم عليهن أن ال يوطئن فرشكم أحدا تكرهونه‬
‫فإن فعلن ذلك فاضربوهن ضربا غير مبرح ولهن عليكم رزقهن وكسوتهن بالمعروف وقد تركت فيكم ما لن تضلوا بعده إن‬
‫اعتصمتم به كتاب هللا‬

“Bertaqwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan perempuan(isteri). Kamu


mengambil mereka dengan amanah Allah dan kamu menghalalkan kemaluan mereka dengan
kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah tidak membenarkan
sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu(memasuki rumahmu). Jika
mereka melakukannya, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak terlalu menyakitkan
(tidak mendera). Kewajiban kamu pula ialah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka
dengan baik. Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu satu perkara yang kamu tidak
akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepadanya iaitu kitab Allah”[1]

________________________________________________

[1] FIQH MANHAJI KITAB FIKAH MAZHAB SYAFIE, m/s:731-741

6
PERBAHASAN EMPAT MAZHAB TENTANG FASAKH KERANA
SUAMI TIDAK MEMBERI NAFKAH

MAZHAB SYAFIE

Mazhab Syafie berpendapat bahawa fasakh dibenarkan atas alasan pihak suami
menjadi bapa sehingga tidak mampu memberi nafkah minimum yang ditetapkan, tetapi
pembubaran perkahwinan tidak boleh diarahkan jika suami berkemampuan, walaupun tiada
berita mengenainya dan tiada nafkah boleh diperolehi daripada hartanya. Mazhab Syafie
membenarkan fasakh kerana suami gagal memberi nafkah. Sekiranya suami tidak memberi
nafkah kerana kemiskinan dan isteri masih bersabar serta tetap tinggal bersama suami, maka
semua jumlah nafkah yang tidak dijelaskan dikira hutang dan perlu dilangsaikan oleh suami.
Selain itu, tempoh masa suami diberi peluang memberi nafkah setelah isteri mengemukakan
aduan tidak memberi nafkah ialah tiga hari. Pada hari keempat, sekiranya suami masih
gagal memberi nafkah, bila isteri membuat aduan , maka hakim boleh memerintahkan fasakh.
[1] Imam Syafie juga memperbolehkan perceraian antara suami isteri melalui keputusan
hakim apabila suami tidak memberi nafkah, iaitu manakala pihak isteri itu sendiri yang
menuntut perceraian, sedang si suami memang tidak punya harta.[2]

MAZHAB HANBALI
Mazhab Hanbali membenarkan fasakh kerana suami gagal memberi nafkah.[1] Imam
Hanbali memperbolehkan perceraian antara suami isteri lewat keputusan hakim apabila
suami tidak memberi nafkah, iaitu manakala pihak isteri itu sendiri yang menuntut
perceraian, sedang si suami memang tidak punya harta yang nyata.[2][3]

_____________________________________________
[1] Jurnal Hukum,m/s:4

-‫ النهاية‬, m/s: 290

[2] -Fiqh Wanita,m/s:416

- ‫كتاب الفقة على المذاهب األربعة‬,m/s:375

- ‫الفقه اإلسالمي وأدلة‬,m/s:7400

7
[3] ‫الفقه االسالمي وادلته‬, m/s:283.

MAZHAB HANAFI
Mazhab Hanafi berpendapat tidak harus melakukan pemisahan antara suami isteri
dengan sebab gagal memberi nafkah, kerana kemungkinan suami merupakan orang yang
tidak mampu atau sebaliknya. Jika suami seorang yang tidak berkemampuan, maka ia tidak
dianggap zalim apabila gagal memberi nafkah.[1]

Mazhab Hanafi juga ingin membuat rumusan umum membezakan pengertian


pisahnya suami isteri sebab talaq dan sebab fasakh. Kata mereka: “Pisahnya suami isteri
kerana suami dan sama sekali tidak ada pengaruh isteri disebut talaq. Dan setiap perpisahan
suami isteri kerana isteri, bukan kerana suami, atau kerana suami, tetapi dengan pengaruh
dari isteri disebut fasakh.” [2]

MAZHAB MALIKI
Mazhab Maliki membenarkan fasakh kerana suami gagal memberi nafkah.[1] Imam
Malik memperbolehkan perceraian antara suami isteri melalui keputusan hakim apabila
suami tidak memberi nafkah, iaitu manakala pihak isteri itu sendiri yang menuntut
perceraian, sedang si suami memang tidak punya harta.[3]

[1] Jurnal Hukum,m/s:4

[2] Fikih Sunnah 8, m/s:125

-Fiqh Wanita(Perkahwinan), m/s:290

-‫ اإلقناع لطالب االنتفاع‬, m/s:383

- ‫احكام األحوال الشخصية في الشريعة اإلسالمية‬, m/s:167

[3] -Fiqh Wanita,m/s:416

- ‫كتاب الفقة على المذاهب األربعة‬,m/s:376

8
KESAN-KESAN FASAKH

i. Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempoh iddah.


ii. Tidak mengurangi jumlah talak.
iii. Talak suami tidak boleh berlaku ketika isteri dalam iddah fasakh.
iv. Mereka boleh berkahwin semula dengan akad nikah dan mahar yang baru.
v. Isteri tidak berhak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal(walaupun hamil).

9
MAQASID SYARIAH

Fasakh adalah untuk menjamin hak dan perlindungan kepada kaum wanita sekiranya
mereka teraniayai. Selain itu, ia menyedarkan kaum suami bahawa perceraian bukan hanya
dimiliki secara mutlak oleh suami sahaja dan isteri memperoleh kebebasan untuk memilih
sejauh yang dibolehkan agama. Seterusnya, ia juga terhindar dari kezaliman yang mungkin
dilakukan oleh suami atau isteri jika tidak ada fasakh dan sebagai jalan atau pintu darurat
bagi pasangan suami isteri yang memang tidak mungkin lagi bersatu dalam ikatan rumah
tangga dan jika meneruskannya dibimbangi lebih menderita hidpunya. Di samping itu juga, ia
menunjukkan keunggulan syariat Allah S.W.T. Yang Maha Mengetahui akan keperluan
hambaNya.

10
PRO KONTRA

PRO:

Dalam mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki berpendapat bahawa fasakh kerana
suami yang tidak memberi nafkah adalah harus, dibenarkan dan diperbolehkan dalam
Islam kerana suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan isteri adalah tanggungan suami.

KONTRA:

Dalam mazhab Hanafi berpendapat bahawa fasakh kerana suami tidak


memberi nafkah adalah tidak harus dan tidak dibenarkan kerana kemungkinan suami
merupakan orang yang tidak mampu atau sebaliknya. Jika suami seorang yang tidak
berkemampuan, maka ia tidak dianggap zalim apabila gagal memberi nafkah.

PENDAPAT PALING TEPAT:

Mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki adalah pendapat yang paling tepat kerana
berpendapat bahawa diharuskan dan dibolehkan fasakh kerana suami tidak memberi nafkah
kerana suami wajib memberi nafkah kepada isteri.

11
ISU SEMASA

 Hukum suami malas dan tidak bekerja dan suka menghabiskan harta isteri?
 Ia adalah diharuskan bercerai mengikut Hukum Syarak berdasarkan 2 sebab
berikut:
i. Suami telah dengan sengaja cuai memperuntukan nafkah zahir kepada
si isteri.
ii. Suami telah dengan sengaja melupuskan harta si isteri.

12
KERATAN AKHBAR

Gaji isteri lebih besar, suami ambil


kesempatan
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 JUN 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore25

“AWAK ada duit kan, guna duit awak dulu lah, nanti saya bayar balik,” inilah ayat
yang selalu digunakan suami kepada seorang wanita yang hanya mahu dikenali
sebagai Niza ketika mahu membeli sesuatu barang atau keperluan keluarga.

Sudahnya memang tidak dibayar semula, menjadikan Niza menyimpan sebal di


hatinya.

Memang Niza seorang isteri yang gajinya lebih besar daripada suami, namun tidak
menjadi asbab untuk suaminya terus menggunakan kelebihan itu dan mengabaikan
nafkahnya kepada keluarga.

Perkongsian ini diemelkan oleh Niza kepada penulis untuk dijadikan pengajaran buat
semua terutama wanita agar tidak terlalu percaya dengan pasangan sendiri.

Niza telah berkahwin dengan suaminya lebih 10 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak
yang berumur lapan, lima, dan tiga tahun.

Pada awalnya sehingga mereka memiliki dua anak, suami tidak lupa untuk
menunaikan tanggungjawab memberi nafkah dan membeli keperluan keluarga. Baju
raya, duit raya, suaminya memang tidak pernah culas.

13
Tetapi apabila suami diberhentikan kerja kerana masalah kewangan syarikat, semua
yang dilakukan dahulu berubah.

“Ketika itu saya faham keadaan suami, dan sememangnya saya ambil alih
pembayaran kereta, keperluan keluarga dan anak-anak kerana ketika itu juga saya
dinaikkan pangkat.

“Namun setelah lama berlalu, suami seakan sambil lewa untuk mencari kerja baharu
dan hanya harapkan saya untuk melunaskan segalanya. Puas saya nasihatkan suami
untuk mencari kerja dan bantu menampung perbelanjaan keluarga yang semakin
besar.

“Setelah setahun berlalu, saya disahkan hamil anak ketiga. Suami hanya menjawab
“awak ada duit kan, guna duit awak dahulu, nanti saya dapat kerja saya bayarlah
semula duit awak tu,” kongsinya.

Nekad minta cerai


Paling memeritkan kongsi Niza, apabila dalam suami menganggur, sempat juga dia
meminjam wang dengan syarikat peminjam wang berlesen (ah long).

Perkara itu terbongkar apabila, ah long mulai mencari suami kerana tidak
melunaskan hutang pinjaman.

"Padanlah kebelakangan ini, suami suka bergaya dan beralasan mahu bertemu rakan
kerana mahu berbincang tentang kerja.

"Tetapi hairannya, duit nafkah masih juga tidak diberi. Anak-anak diabaikan,
sehingga mereka tidak rapat dengan ayahnya seperti dahulu," katanya.

Isteri mana yang tahan dengan sikap suami yang sedemikian. Pulang awal pagi,
keluar tidak tentu masa. Sehingga ah llong mengugut si isteri dek kerana hutang
suami.

Akhirnya, biarpun Niza sayang dengan ikatan tersebut dan mulanya tidak mahu
memisahkan anak-anak dengan suami, dia ambil juga keputusan yang selama ini
dipendam untuk meminta cerai.

"Keputusan itu, menimbulkan kemarahan suami kerana baginya, sumber kewangan


dia akan terjejas jika saya meninggalkannya.

"Saya tekad ke pejabat agama untuk memfailkan fasakh, setelah memohon doa dan
melakukan solat untuk diberi petunjuk dipermudahkan segala urusan.

14
"Alhamdulillah, setelah melalui proses yang panjang kerana suami pada awalnya
menolak permohonan tersebut akur. Saya bersyukur dan berharap, dapat
membesarkan anak-anak kerana hak penjagaan anak diberi kepada saya.

"Suami boleh datang pada bila-bila untuk melihat anak dan memberikan nafkah anak
biarpun saya tahu, suami culas tentang nafkah itu. Tetapi saya sebagai ibu sedaya
upaya membesarkan anak-anak dengan sebaiknya dengan kudrat yang ada,"
katanya.

Melihat pada perkongsian Niza ini, sebagai wanita dan isteri, walau sekuat dan
setinggi mana gaji mereka, nafkah daripada suami dan perbelanjaan keluarga masih
tanggungjawab suami.

Apabila, tanggungjawab itu, dipikul sepenuhnya oleh isteri tanpa bantuan suami, hati
yang lembut dan sayang, akan mula lenyap sehingga, perasaan benci lebih
mendalam daripada sayang.

_________________________________________________

15
http://www.sinarharian.com.my/femina/gaji-isteri-lebih-besar-suami-ambil-kesempatan-1.847835

ISU PERUNDANGAN

PEMBUKTIAN DALAM TUNTUTAN PENGABAIAN NAFKAH

Kadar nafkah perlu diberi menurut kemampuan suami dan juga perlu bersesuaian
dengan keperluan isteri. Sekiranya seseorang isteri tidak mendapat nafkah daripada suaminya
dalam tempoh-tempoh tertentu dan dia tidak sanggup untuk meneruskan hidup berumah
tangga dengan suaminya itu, maka si isteri berkenaan boleh memohon pembubaran
perkahwinan di mahkamah syariah. Permohonan boleh dibuat melalui dua cara sama ada
dengan cara fasakh mahupun dengan cara pengesahan cerai taklik.

PERUNTUKAN FASAKH DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA


ISLAM

Merujuk Akta undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 dan


Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 sebagai contoh, peruntukan
perceraian fasakh diperuntukan dalam seksyen 52. Seksyen 52 memperuntukan bahawa
seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-
syarat surat perakuan taklik yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada mahkamah
untuk menetapkan bahawa perceraian yang demikian telah berlaku.

Dalam konteks ini, sekiranya seseorang isteri dapat membuktikan bahawa suaminya
gagal memberikan nafkah kepadanya selama tiga bulan, maka mahkamah boleh
membubarkan perkahwinan berkenaan secara fasakh.

Dalam konteks dakwaan nafkah, isteri yang mendakwa suaminya tidak memberikan
nafkah kepadanya hendaklah mengemukakan bukti-bukti bagi membenarkan dakwaannya itu.
Sekiranya dia berjaya membawa bukti-bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-
undang keterangan Islam, maka hakim akan membuat keputusan membenarkan dakwaannya,
iaitu dengan memfasakhkan perkahwinan berkenaan. Sebaliknya, sekiranya isteri tersebut
tidak berjaya berbuat demikian, maka hakim akan memberikan peluang kepada suaminya
untuk bersumpah bagi menafikan dakwaan isterinya. Sekiranya suami bersumpah, maka
hakim akan menolak dakwaan isteri dan mengekalkan perkahwinan berkenaan.[1]

16
____________________________________________________

[1] FIQAH&PERSOALAN SEMASA, m/s:99-104.

KES BERKAITAN

JURNAL HUKUM

Salina binti Mohd. Dahlan lwn. Mohd. Salleh bin Haji Haron

[Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan Pahang (Y.A. Tuan Haji Abd. Rahman bin Md. Yunus)
10 Julai,2000] [Kes Mal No.80/99]

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Pahang,1987 – Permohonan perceraian di


bawah fasakh – Defendan didakwa tidak memberi nafkah zahir dan batin selama setahun –
Defendan juga dituntut membayar nafkah tertunggak sebanyak RM 5,000,00 – Defendan
melakukan darar terhadap Plaintif.

Fakta kes

Pasangan ini berkahwin pada 1 Jun 1997 di rumah bapa Plaintif di Kuala Lumpur SN No.
031946. Plaintif semasa berkahwin adalah seorang guru di Sekolah Kebangsaan Batu 3 ½
Jalan Cheras Kuala Lumpur. Defendan pula adalah seorang anggota polis di Kuantan Pahang.

Pada 1 Mac 1998 Plaintif dapat bertukar ke Pahang dan menjadi guru di Sekolah
Kebangsaan Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan. Semasa tinggal di Kuantan, Plaintif dan
Defendan tinggal di rumah teres 4 bilik;E 383, Taman Raya 2, Jalan Wong Ah
Jang,Kuantan.3 bilik di rumah ini dihuni oleh orang bujang yang merupakan kawan-kawan
kepada Defendan. Pada 16 Jun 1998 Plaintif keluar dari rumah bujang itu dan berpindah ke
rumah No. 4A, Jalan 4, Taman Tas, Kuantan tetapi Defendan tidak ikut sama berpindah.

Sebelum berpindah, Plaintif telah membuat aduan ke Pejabat Agama Islam Daerah
(PAID) Kuantan pada 5 Jun 1998. Pada 22 Ogos 1998 Plaintif telah membuat permohonan
untuk bercerai tetapi Defendan enggan untuk bercerai. Mahkamah Rendah Syariah telah
melantik Ahli Jawatankuasa Pendamai tetapi tidak Berjaya. Pada 1 Mac 1999 PAID
berpendapat mereka patut bercerai tetapi tiada laporan lengkap diberikan oleh PAID Kuantan
kepada Mahkamah.

17
Pada 14 Mei 1999, pelantikan hakam berlaku dan kehadiran hanyalah hakam Plaintif.
Hakam Defendan tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah. Hakam Plaintif menyatakan
mereka patut berpisah. Hakam Defendan pula menarik diri. Mahkamah Rendah Syariah
memerlukan hakam baru tetapi tidak diteruskan.

Di dalam kes ini Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 1 Jun 1997 di Kuala
Lumpur. Plaintif adalah seorang guru di Kuala Lumpur, manakala Defendan seorang anggota
polis di Kuantan. Pada 22 Ogos 1998 Plaintif telah membuuat permohonan untuk bercerai
tetapi Defendan enggan. Kedua pihak telah tidak tinggal bersama semenjak Plaintif keluar
dari rumah bujang pada 16 Jun 1998. Sebelum itu Plaintif telah membuat aduan di PAID,
Kuantan. Pada 22 Ogos 1998 Ahli Jawatankuasa Pendamai telah dilantik tetapi tidak Berjaya.

Pada bulan Julai 1999 Plaintif telah memfailkan kes di Mahkamah di bawah seksyen
52 untuk fasakh oleh kerana Defendan tidak memberi nafkah zahir dan batin selama lebih
setahun dan Plaintif merana (darar) dengan sikap Defendan. Plaintif mendakwa beliau
menyara dirinya sendiri setelah berpindah ke Kuantan. Plaintif juga mendakwa bahawa
Defendan berminat dengan kaum sejenis(homoseks). Semua permohonan didengar di
Mahkamah di mana Plaintif telah mengemukakan tiga orang saksi.

Diputuskan:

Hakim menerima permohonan Plaintif. Berdasarkan keterngan saksi-saksi yang dikemukakan


oleh Plaintif, Mahkamah berpuas hati Plaintif berjaya mengemukakan kepada Mahkamah
bahawa Defendan telah melakukan mudarat kepada Plaintif. Dengan alasan di atas maka
Mahkamah tidak ragu-ragu lagi untuk mensabitkan darar di pihak Plaintif dan dengan ini
Plaintif dibenarkan bersumpah dan memfasakhkan nikahnya dengan kehadiran pihak
Defendan.

Keputusan:

1. Sah pembubaran perkahwinan Salina binti Mohd. Dahlan dengan Mohd. Salleh bin
Haji Haron secara fasakh.
2. Fasakh sebagai talak satu bain sughra yang tidak boleh dirujuk.
3. Nafkah eddah dan tunggakan nafkah ditolak oleh Mahkamah.
4. Daftar cerai setelah tamat tempoh empat belas hari untuk rayuan jika ada sebarang
rayuan selepasnya.

18
___________________________________________________________

[1] Jurnal Hukum, m/s:287-295.

MANUAL UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Sebagaimana dalam kes taklik, permohonan fasakh juga hendaklah disokong dengan
keterangan. Beban pembuktian mencapai tahap syahadah telah dibincangkan dalam kes
Abdul Hanif lwn Rabiah[1] apabila pihak responden (isteri) telah membuat tuntutan fasakh
atas beberapa alasan termasuklah penganiayaan, gagal membayar nafkah dan gagal
menyediakan tempat tinggal. Hakim Mahkamah Rendah Syariah berpendapat bahawa
respoden telah gagal membutikan dakwaan bahawa beliau telah ‘lazim disakiti’ iaitu bukti
yang perayu menyakiti tubuh badan responden. Walaupun Hakim Mahkamah Rendah
mengakui perbuatan mencedarakan isteri dan gagal membayar nafkah ialah salah di sisi
Hukum Syarak, tetapi tuntutan fasakh telah ditolak disebabkan kegagalan pihak isteri
mengemukakan dua saksi lelaki atau satu lelaki dua perempuan yang menyaksikan perbuatan
suami tersebut dan menghukumkan isteri nusyuz kerana keluar rumah tanpa izin suami. Pihak
isteri telah merayu dan Hakim Mahkamah Tinggi telah membenarkan rayuan tersebut atas
alasan suami telah membiarkan isteri menderita dan tidak memberi nafkah dan suami juga
mengaku membawa isteri pertama tinggal bersama keluarganya.[2] Pihak suami telah merayu
tetapi rayuannya telah ditolak kerana kegagalan pihak suami untuk menyelesaikan pertikaian
dengan isterinya, tidak memberi nafkah dan gagal menyediakan tempat tinggal yang sesuai.
Apa yang menarik juga ialah Lembaga Rayuan menyentuh tentang tidak perlunya keterangan
diberi sebagai syahadah dan memadai diberi sebagai bayyinah dan qarinah. Mustahil bagi
seorang suami apabila dia memukul isterinya akan memanggil dua orang saksi lelaki untuk
menyaksikan pukulan itu.[3]

____________________________________________________________________

[1] (1996) 11 JH 47.

19
[2] Ibid., hlm. 48.

[3] Ibid., hlm. 53.

[4] MANUAL UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, m/s:178

KESIMPULAN

Kesimpulannya, fasakh adalah pembatalan dan ia juga adalah untuk menjamin hak
dan perlindungan kepada kaum wanita sekiranya mereka teraniayai. , ia menunjukkan
keunggulan syariat Allah S.W.T. Yang Maha Mengetahui akan keperluan hambaNya.

Selain itu, fasakh kerana suami menganggur juga termasuk salah satu daripada
beberapa jenis fasakh. Fasakh kerana suami menganggur diharuskan untuk para isteri yang
tidak diberi nafkah oleh suami kerana sebab-sebab tertentu. Suami wajib memberi nafkah
kepada isteri kerana isteri adalah di bawah tanggungan suami.

Di samping itu, ia juga diperbolehkan seelok-eloknya perceraian melalui hakim


apabila suami tidak memberi nafkah dan pihak isteri itu sendiri harus menuntut cerai jika
suami memang tidak boleh memberi nafkah kepada isteri.

20
RUJUKAN

1) ‫ تقي الدين أبي بكر بن محمد بن عبد المؤمن الحصني الحسيني‬،‫كفاية األخيار في حل غاية االختصار‬
2) ‫ الجزء الرابع‬،‫ عبد الرحمن الجزيري‬،‫كتاب الفقة على المذاهب األربعة‬
3) ‫ الجزء التاسع‬،‫ الدكتور وهبتي الزحيلي‬،‫الفقه االسالمي وادلته‬
4) ‫ الجزء الثالث‬،‫ الدكتور عبدهللا بن عبد المحسن التركي‬،‫اإلقناع لطالب االنتفاع‬
5) ‫ الجزء العاشر‬،‫ وهبة الزحيلي‬،‫الفقه اإلسالمي وأدلة‬
6) ‫ عبد الوهاب خالف‬،‫احكام األحوال الشخصية في الشريعة اإلسالمية‬
7) ‫ الشيخ زكريا عميرات‬،‫النهاية شرح متن الغاية والتقريب‬
8) JURNAL HUKUM Jilid XXI Bahagian I, Dato’ Haji Abu Naim Bin Haji Ikhsan,
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA PUTRAJAYA.
9) MANUAL UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, Abdul Monir Yaacob&Siti
Shamsiah Md Supi.
10) Munakahat: Undang-Undang&Prosedur, DR Haji Mohd Radzuan Ibrahim.
11) FIKIH SUNNAH 8, SAYYID SABIQ.
12) FIQH WANITA(PERKAHWINAN),Haji Muhammad Nasir,Lc.MA
13) FIQH MANHAJI (KITAB FIKAH MAZHAB SYAFIE) JILID 4, Dr. Mustofa Al-
Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.
14) FIQH WANITA, Anshori Umar, Asy-Syifa’
15) FIQH&PERSOALAN SEMASA, Zaini Nasohah, Mohammad Zaini Yahaya, Anwar
Fakhri Omar.
16) www.sinarharian.com.my

21
22

Anda mungkin juga menyukai