Anda di halaman 1dari 5

Apakah kahwin lari?

Istilah ‘kahwin lari’ bukannya bermaksud berkahwin sambil berlari tetapi ia merujuk kepada
pernikahan yang dijalani oleh pasangan dalam keadaan mereka melarikan diri daripada
prosedur biasa Mahkamah Syariah. Biasanya mereka lari ke negara jiran untuk bernikah
secara mudah.

Dalam kes tertentu khususnya  kes ingin berpoligami, terdapat juga pasangan yang kahwin
lari dengan membawa lari bersama wali dan saksi untuk mengenepikan prosedur undang-
undang.

2)      Apa puncanya?


Antara punca utamanya:
a)      Mereka mahu berpoligami tetapi tidak dapat melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh
undang-undang dan (atau) tidak mahu perkahwinan tersebut diketahui oleh isteri pertama.
b)      Pilihan mereka tidak direstui oleh orang tua.

3)      Apakah kesan kahwin lari terhadap keluarga ?.


a)      Perpecahan keluarga dan memutuskan silaturrahim: Di antara matlamat perkahwinan itu
adalah untuk mencapai kebahagiaan, ketenangan dan mengeratkan dua buah keluarga. Oleh
itu, kahwin lari adalah dilarang kerana dikhuatiri akan berlaku perpecahan dalam kedua-dua
belah pihak keluarga. Di samping itu, ia tidak mengikuti sunnah Rasulullah SAW yang
mensyariatkan perkahwinan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim dan melahirkan
kegembiraan semua pihak yang terlibat.

b)      Anak-anak terpinggir hak sebagai anggota masyarakat: Anak-anak yang lahir daripada
perkahwinan yang tidak didaftarkan juga menerima tempias kesan yang tidak baik. Segala
perkara rutin yang memerlukan dokumen yang sah tentunya tidak akan dapat dibuat
disebabkan ketiadaan dokumen yang diperlukan. Umpamanya perkara-perkara yang
melibatkan kesihatan, persekolahan dan tabungan di bank.

c)      Menghilangkan hak bapa sebagai wali: Bapa yang memberi nafkah, menyediakan tempat
tinggal dan memenuhi keperluan seorang anak selama ini diperlekehkan haknya untuk
menjadi wali. Sudah tentu ia menimbulkan perasaan pedih, geram dan dendam yang sukar
sembuh. Bahagiakah perkahwinan tanpa   restunya?

4)      Apakah kesannya dari segi hukum dan undang-undang ?


-           Perkahwinan menjadi sah sekiranya menepati rukun dan syarat-syarat sah
perkahwinan dari segi hukum syarak.
-           Dari segi undang-undang, perkahwinan perlu didaftarkan di Mahkamah Syariah dan
pasangan akan didenda kerana berkahwin tidak mengikut prosedur.
-           Mereka yang berkahwin lari beranggapan walaupun ia merupakan kesalahan, tetapi ia
bukan masalah yang berat. Ini kerana perkahwinan yang sah tetap boleh didaftarkan melihat
kepada tempat pernikahan dijalankan itu berada lebih dua marhalah (lebih kurang 91
kilometer) dari tempat tinggal wali. Akan tetapi sebenarnya, perkara yang lebih penting
daripada jarak jauh itu adalah penafian bapa sebagai wali itu sama ada munasabah atau tidak.
-           Wali hakim hanya boleh memainkan peranan dalam keadaan bapa masih wujud,
sekiranya terdapat sebab-sebab yang dibenarkan, iaitu dalam keadaan yang memenuhi hukum
syarak. Sebaliknya, sekiranya keengganan wali itu disebabkan alasan yang munasabah, maka
tidak wujud ruang bagi mana-mana wali hakim untuk mengambil peranan. Dan yang lebih
penting lagi untuk diketahui, keengganan wali atas alasan yang munasabah boleh
membatalkan pernikahan tersebut.
-           Bidang kuasa Peruntukan sudahpun wujud dalam Seksyen 13(b) Undang-undang
Keluarga Islam yang memperuntukkan bahawa, “Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui
dan tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan kedua-dua pihak kepada
perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada –
(a) Wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut hukum syarak;
atau
(b) Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu
bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh
Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan,
memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut hukum syarak;
persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut
hukum syarak atau jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan
persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi”.
-           Sebenarnya konsep dua marhalah bagi tujuan pernikahan sebegini hanya sesuai bagi
keadaan perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara dan tidak memungkinkan bagi
pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut untuk kembali ke tanah air dalam tempoh tertentu
sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 31 Akta Undang-undang Keluarga Islam.
Dalam keadaan ini, sekiranya perkahwinan yang hendak dilangsungkan itu tidak
mencapai rukun nikah seperti lazimnya iaitu tidak adanya wali, maka barulah wali hakim
akan mengambil tempat wali asal untuk menyempurnakan rukun nikah tersebut.

5)      Apakah nas-nas yang melarang kahwin lari dan yang berkaitan dengannya?
Nas yang melarang kahwin lari:
Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi yang
bermaksud:
"Tidak sah perkahwinan melainkan dengan adanya wali."

Dalil Kewajipan Mentaati Pemimpin Dalam Perkara Yang Tak Bertentangan Dengan Syariat 

Daripada Adi Bin Hatim, kami bertanya, “Wahai Rasulullah! Kami tidak menanyakan

kepadamu tentang taat kepada pemimpin yang bertakwa, tetapi tentang orang yang

berbuat demikian dan demikian (kezaliman atau melakukan yang keji).” Maka Rasulullah

SAW menjawab: “Bertakwalah kamu kepada Allah dan dengar serta taatlah (kepada
pemimpin.” (Zilalul Jannah fi Takhrijus Sunnah 2/508. al-Albani menyatakan hadis ini

adalah hadis yang sahih. Lihat: as-Sunnah Ibnu Abi Asim).

Imam Bukhari mengkhususkan satu bab berkenaan hadis ini dalam pembahasan al-

Ahkam dari kitab sahihnya, iaitu bab firman Allah yang bermaksud: Taatilah Allah dan

Rasulnya serta Ulil Amri (pemimpin) antara kamu.

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah: “Di dalam hadis ini disebutkan tentang

wajibnya mentaati para pemimpin, tetapi ia terbatas dalam hal-hal yang bukan maksiat”. 

Dan lafaz dari Muslim: “Kecuali apabila kamu melihat bahawa pemimpin itu telah kafir
secara terang-terangan dengan bukti (kenyataan dalil) dari Allah”. (Sahih Muslim
3/1470)

Rasulullah SAW menyeru kami (agar patuh dan taat), maka kami pun membaiatnya, dan
baginda meminta dari kami adalah: Agar kami membaiatnya atas dasar mendengar dan
taat dalam suka mahupun duka, dalam keadaan susah ataupun senang dan dalam
keadaan tidak kita sukai atau kita suka serta supaya kita tidak merampas kekuasaan dari
ahlinya. Kemudian baginda berkata: Kecuali kamu melihat kekafiran yang telah nyata
oleh kamu dengan pembuktian dari Allah Taala (dalil dari al-Quran yang membuktikan
kekafirannya). (Syarah Muslim. Kitabul Imarah, bab Wujubu at-Taah al-Umara fi Ghairi
Masiyah wa-Tahrimuha fi al-Masiyah. Oleh Imam Nawawi. H/R Muslim)

6)      Bagaimana jika wali yang fasiq (banyak melakukan dosa besar) menghalang anaknya
berkahwin kerana anti kepada pilihan anaknya terhadap seseorang yang beragama?
Bolehkah si anak kahwin lari?
Seandainya hubungan tidak direstui disebabkan hal-hal yang remeh-temeh dan ia
dibangkitkan oleh ahli keluarga, kahwin lari bukanlah penyelesaian yang bijak kerana
Mahkamah Syariah bersedia untuk mendengar permohonan bagi kes seumpama ini.
Sebagaimana yang disebutkan oleh Seksyen 13(b) sebelum ini, sekiranya wali enggan
memberikan persetujuan tanpa alasan yang sempurna, Mahkamah akan membenarkan
perkahwinan yang diniatkan itu untuk diteruskan dengan menggunakan wali hakim. Inilah
jalan penyelesaian yang sebenar, iaitu membawa masalah ke muka pengadilan. Di sini tidak
timbul soal menjadi anak derhaka atau membelakangi orang tua kerana undang-undang
mengatasi semua orang dan setiap orang tertakluk kepada undang-undang. Tanpa mengira
siapa pun seseorang itu, ia perlu mematuhi undang-undang dan menerima keputusan yang
dikeluarkan oleh mahkamah.

Kesimpulan: Orang yang berkahwin lari membuat satu keputusan penting dalam hidupnya
secara sangat tidak bijak! Kalaupun tidak risau tentang hukuman Allah, tunggulah saat
undang-undang dan masyarakat menghukumnya. Segeralah untuk memenangi kembali hati-
hati yang kau telah lukai. Bukankah menyambung silaturahim itu suatu kebahagian hidup dan
kewajipan agama?
awin Lari
by Muhammad Abduh Tuasikal, MSc • 07/01/2012 • Pra Nikah • Comments (0) • 447
Kawin lari yang dimaksud di sini bisa jadi berbagai macam pengertian. Bisa jadi, tanpa wali
nikah, atau ada wali (tidak jelas) dan tidak ada izin dari wali sebenarnya. Ada juga kawin lari
dengan kumpul kebo, tinggal satu atap tanpa status nikah. Boleh jadi ketika hamil mereka
menjalin hubungan RT secara resmi. Yang kami bahas di sini adalah kawin lari, lalu menikah
dengan wali yang tidak jelas (asal copot), jadi sama saja tidak memakai wali. Dan yang wajib
ada wali adalah si wanita, bukan laki-laki.
Padahal wali memiliki urutan yang ditetapkan oleh para ulama. Seperti ulama Syafi’iyah
membuat urutan:
1. Ayah
2. Kakek
3. Saudara laki-laki
4. Anak saudara laki-laki (keponakan)
5. Paman
6. Anak saudara paman (sepupu)
Dan pengertian wali wanita adalah kerabat laki-laki si wanita dari jalur ayahnya, bukan
ibunya. Jika masih ada kerabat yang lebih dekat seperti ayahnya, maka tidak boleh kerabat
yang jauh seperti paman menikahkan si wanita. Boleh saja jika si wali mewakilkan kepada
orang lain (seperti si ayah kepada paman) sebagai wali si wanita. Dan ketika itu si wakil
mendapat hak sebagaimana wali. Dan ingat, syarat wali adalah: (1) Islam, (2) laki-laki, (3)
berakal, (4) baligh dan (5) merdeka (Lihat Shahih Fiqh Sunnah, 3: 142-145).
Dalil-dalil yang mendukung mesti adanya wali wanita dalam nikah.
‫اط ٌل فَإ ِ ِن ا ْشت ََجرُوْ ا فَالس ُّْلطَانُ َولِ ُّي‬ ِ َ‫اط ٌل بَا ِط ٌل ب‬ ِ َ‫ت بِ َغي ِْر إِ ْذ ِن َولِيِّهَا فَنِ َكا ُحهَا ب‬ ْ ‫ أَيُّ َما ا ْم َرأَ ٍة نَ َك َح‬: ِ‫ال َرسُوْ ُل هللا‬
َ َ‫ ق‬: ‫ت‬ ْ َ‫ع َْن عَائِ َشةَ قَال‬
ُ‫ي لَه‬ َّ ِ‫َم ْن الَ َول‬
Dari ‘Aisyah, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seorang wanita
yang menikah tanpa izin walinya maka pernikahannya adalah batiil, batil, batil. Dan apabila
mereka bersengketa maka pemerintah adalah wali bagi wanita yang tidak memiliki wali”.
(HR. Abu Daud no. 2083, Tirmidzi no. 1102, Ibnu Majah no. 1879 dan Ahmad 6: 66. Abu Isa
At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan)
‫ الَ نِ َكا َح إِالَّ بِ َولِ ٍّي‬: ِ‫ قَا َل َرسُوْ ُل هللا‬: ‫ال‬ َ َ‫ي ق‬ ِّ ‫ع َْن أَبِ ْي ُموْ َسى األَ ْش َع ِر‬
Dari Abu Musa Al Asy’ari berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Tidak sah pernikahan kecuali dengan wali”. (HR. Abu Daud no. 2085, Tirmidzi no. 1101,
Ibnu Majah no. 1880 dan Ahmad 4: 418. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini
shahih)
‫ع َْن أَبِى هُ َري َْرةَ قَا َل الَ تُ َز ِّو ُج ْال َمرْ أَةُ ْال َمرْ أَةَ َوالَ تُزَ ِّو ُج ْال َمرْ أَةُ نَ ْف َسهَا َوال َّزانِيَةُ الَّتِى تُ ْن ِك ُح نَ ْف َسهَا بِ َغي ِْر إِ ْذ ِن َولِيِّهَا‬
Dari Abu Hurairah, ia berkata, “Wanita tidak bisa menjadi wali wanita. Dan tidak bisa pula
wanita menikahkan dirinya sendiri. Wanita pezina-lah yang menikahkan dirinya sendiri.”
(HR. Ad Daruquthni, 3: 227. Hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dan Syaikh
Ahmad Syakir)
Imam Al Baghawi berkata, “Mayoritas ulama dari kalangan sahabat Nabi dan sesudah
mereka mengamalkan kandungan hadits “Tidak sah pernikahan kecuali dengan wali”. Hal ini
merupakan pendapat Umar, ‘Ali, ‘Abdullah bin Mas’ud, ‘Abdullah bin ‘Abbas, Abu
Hurairah, ‘Aisyah dan sebagainya. Ini pula pendapat Sa’id bin Musayyib, Hasan al-Bashri,
Syuraih, Ibrahim An Nakha’I, Qotadah, Umar bin Abdul Aziz, dan sebagainya. Ini pula
pendapat Ibnu Abi Laila, Ibnu Syubrumah, Sufyan Ats Tsauri, Al Auza’i, Abdullah bin
Mubarak, Syafi’i, Ahmad, dan Ishaq” (Syarh Sunnah, 9: 40-41).
Demikianlah sebagian pemuda, demi cinta sampai ingin mendapat murka Allah. Kawin lari
sama saja dengan zina karena status nikahnya tidak sah.

Anda mungkin juga menyukai