Anda di halaman 1dari 23

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN muka surat

Pendahuluan Rukun Nikah Wali Wali Ijbar Wali Ikhtiar Perempuan Menjadi Wali Untuk Dirinya Masalah 1 : Tanpa Izin Wali Masalah 2 : Dengan Izin Wali Masalah 3 : Hakim Mengesahkan Perkahwinannya Masalah 4 : Tiada Wali dan Hakim Takrif Menegah Hukum Wali Menghalang Perempuan Berkahwin Tiada Wali Qarib atau Wali Menghalang Pandangan Abu Hanifah , Muhammad dan Ahmad Rahimahullah Janda Takrif Janda

3 4 5 5 6 7 9 9 10 11 11 13 15 16 17 17
1

KANDUNGAN Hukum Wali Bagi Janda Masalah 5 Penutup

muka surat 18 19 20

KAHWIN TANPA PERSETUJUAN WALI MENURUT PANDANGAN ULAMA

Pendahuluan
Sesungguhnya kewajipan menjadi wali sama seperti kewajipannya terhadap dirinya dan keatas perempuan yang diwalinya kerana ianya bertujuan untuk membina rumah tangga yang sesuai kepada perempuan yang diwalikannya. Ianya amat penting untuk kemaslihatan umat dan sangat dituntut bagi seorang perempuan dan walinya juga , namun disana terdapat segelintir masalah yang walinya tidak mahu menikahkan atau bersetuju dengan pilihan perempuan yang diwalikannya. Keadaan ini sering berlaku khususnya di Negara kita Malaysia , saban kali kita mendengar kisah kahwin lari ke Negara Thailand . Hal ini berlaku kerana ibu bapa enggan mengahwinkan anak-anak mereka yang telah sampai kepada hukum wajib kahwin . Ada segelintir ibu bapa yang mahu anak mereka berkahwin dengan pemuda pilihan mereka atas dasar persahabatan, perniagaan dan lain-lain lagi , akibatnya anakanak menjadi wadah matlamat ibu bapa tanpa memikirkan masa depan anak mereka dan ada segelintir ibu bapa yang enggan mengahwinkan anak mereka dengan pilihan mereka kerana menyangkakan anak mereka tidak sepadan dengan pasangan yang dipilih . Kebanyakan anak-anak muda yang terlibat dengan situasi sedemikian mengambil jalan mudah dengan berkahwin melalui wali hakim . Namun disana terdapat beberapa perbahasan di kalangan ulama yang timbul ekoran hukum kahwin wali hakim tanpa persetujuan wali mujbir.

Rukun Nikah Akad nikah merupakan salah satu proses yang wajib sebelum bergelar suami isteri , ia juga mempunyai beberapa rukun dan syarat yang perlu diketahui oleh setiap pasangan1. Terdapat lima rukun nikah yang perlu dipatuhi : 1. Siqah ( lafaz ijab dan qabul ) 2. Bakal suami 3. Bakal isteri 4. Dua orang saksi 5. Wali Ini merupakan matan ( transkrip asal ) yang telah disebut didalam kitab nihayah muhtaj dan iaitu lima , suami , isteri , wali , dua orang saksi dan siqah2 . Sekiranya salah satu rukun nikah di atas tidak dapat di penuhi dalam majlis akad nikah , akad nikah yang di lafaskan dikira tidak sah di sisi syara.

1 2

Dirasah fi fiqh as syafie ms Nihayah Muhtaj jilid 6 ms 205

Wali Hak syara yang telah diberikan kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu perintah yang telah ditetapkan atas seseorang secara hak iaitu dinisbahkan kepada perkahwinan dan wali terbahagi kepada dua jenis iaitu waji ijbar dan wali ikhtiar.

Wali Ijbar Wali ijbar ialah wali yang diharuskan mengahwinkan perempuan yang diwalikannya dengan redha perempuan itu atau tidak. Wali bahagian ini merupakan wali asal iaitu ayah dan datuk bagi perempuan.

Kewajipan wali ijbar keatas perempuan yang berikut : 1. Anak dara : kecil atau dewasa berakal atau gila

dan bagi ayah mengahwinkan anak dara yang kecil atau dewasa tanpa izinnya dan sunat meminta izinnya3

Oleh itu ayah atau datuk yang merupakan wali mujbir berhak menikahkan anak daranya tanpa izinnya bertepatan dengan hadis :

" " " "


3

matan al minhaj

Janda lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya dan anak dara minta izin dari dirinya dan tanda izinnya adalah diamnya dan dalam riwayat lain anak dara dikahwinkannya oleh bapanya

Hadis ini menunjukkan wali harus mengahwinkan anak dara secara umum kecil atau besar dengan izin atau tanpa izinnya. Dalam masa yang sama hadis membezakan antara janda dan dara, janda lebih berhak keatas dirinya dalam berkahwin. Ini menunjukkan hukum anak dara berbeza dengan janda bahawa minta izin anak dara bukanlah hakikat yang wajib. Hal ini ditetapkan kerana anak dara tidak mengetahui suasana perkahwinan sehingga mereka baligh dan berakal, maka anak dara ini terdedah kepada tersilap memilih caloh yang sesuai baginya.

2. Kecil : maka bagi ayah dan datuk mengahwinkannya tanpa izinnya


3. Gila : sama ada anak dara atau janda , kecil atau dewasa maka harus bagi bapa

dan datuk untuk mengahwinkannya dengan syarat jelas kemaslihatan bagi mereka

Wali ikhtiar Wali ikhtiar merupakan golongan lelaki yang layak menjadi wali untuk menikahkan perempuan setelah mendapat keizinan dan persetujuan perempuan , bermakna wali tidak boleh bersendirian dalam perkahwinan selain diizinkan perempuan yanmg diwalikannya bahkan sempurnanya pilihan suami setelah mendapat redha wali dan perempuan bersama. Kemudian bersendirian wali ketika akad nikah.

Wali ini perlu mengikut tertib yang telah ditetapkan seperti berikut :

1. Bapa 2. Datuk sebelah bapa 3. Saudara lelaki seibu sebapa 4. Saudara lelaki sebapa 5. Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah 6. Anak saudara lelaki sebapa ke bawah 7. Bapa saudara seibu sebapa 8. Bapa saudara sebapa 9. Anak bapa saudara seibu sebapa 10. Anak bapa saudara sebapa 11. Sultan Hikmah daripada susunan ini supaya dapat mengurangkan malu untuk proses perkahwinan.

Perempuan menjadi wali untuk dirinya Abi Hanifah Jumhur ulama : harus bagi perempuan untuk mewaliakn akad nikah4 : Tidak sah seorang perempuan mewalikan dirinya bahkan mesti

diwalikan oleh golongan lelaki5. Sekiranya perkahwinan itu tidak diwalikan oleh seorang wali maka perkahwinan itu dianggap tidak sah seperti seorang perempuan mewalikan dirinya untuk berkahwin, tanpa izin wali dan arahan hakim maka perkahwinan itu batal mengikut kesepakatan ulama fiqh As-Syafie berdasarkan dalil berikut :
4

fathul qadir jilid 2 ms 353 al muqni jilid 7 ms 227

1. Firman Allah S.W.T :


Adalah lelaki itu pemimpin keatas perempuan Makna pemimpin keatas perempuan iaitu ketua ke atas kemaslihatan perempuan, maka perkahwinan merupakan salah satu daripada kemaslihatan iaitu kebaikan bagi perempuan.

2. Rasullullah bersabda :


Tidak menikahkan perempuan akan perempuan dan tidak menikahkan perempuan akan dirinya
3. Perempuan tidak aman atau selamat dalam pernikahan kerana kurang akalnya

dan cepat tertipu mengenainya maka tidak harus melaksanakan perkahwinan bagi dirinya seperti keadaan mereka membazir pada harta.
4. Tidak sesuai dari segi adat seorang perempuan berurusan secara langsung

tentang perkahwinan kerana tujuannya untuk menjaga malu pada diri.


5. Perempuan itu tidak bercampur sesama lelaki dalam kehidupannya , maka dia

akan tertipu dengan lelaki yang tidak sekufu dengannya dan ia akan memberi kesan buruk kepada perkahwinannya kelak.
6. Kata Imam As-Syafie tentang dalil :


Maka janganlah kamu larang perempuan itu hendak mengahwini bekas suaminya kembali - Surah al-baqarah ayat 2326 Dalam dalil diatas secara jelas ditujukan kepada wali, jika tidak , tiada faedah didatangkan perkataan larang didalam ayat7 .

Masalah
1. Tanpa izin wali

Dikhususkan lagi dalam masalah ini, sekiranya tetap dilakukan pernikahan dan persetubuhan berlaku maka wajib bagi suami membayar mahar misli bukan mahar musamma yang disepakati kerana rosaknya pernikahan, dan kerana pilihan perempuan untuk berkahwin tanpa izin walinya. Maka nikahnya batal dan apabila telah bersetubuh, suami perlu membayar mahar kerana telah menghalalkan faraj perempuan tersebut dan gugur hukum hudud sama ada akad haram atau syubhah tersilap isteri. Ulama berselisih pandangan tentang sah nikah atau tidak , tetapi telah sepakat atas haramnya kerana berturut-turut melakukan yang haram dan tidak dikenakan hukum hudud dan kafarah.
2. Dengan izin wali

Pandangan Asoh

6 7

Tafsir Quran Karim Prof. Dr. H.Mahmud asni tolib jilid 3 ms 125

Sekiranya wali mengizinkan perempuan untuk menikahi dirinya, maka pada pandangan yang lebih tepat asoh ianya tidak harus baginya.

Pandangan Abu Sor perkahwinan pada situasi ini sah, kerana perempuan

Sesunggunhnya

merupakan " " ahli yang sah untuk jual beli dan sebagainya, pada hartanya selain dari akad nikah. Sesungguhnya menghalang dari akad nikah adalah hak wali, maka apabila wali mengizinkan gugurlah penghalang seperti sahnya hukum akad jual beli.

Imam Syafie

Imam syafie telah menyalahkan pandangan Abu Sor , katanya pandangan ini salah dengan hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah daripada Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :


Tidak menikahkan perempuan akan perempuan dan tidak menikahkan perempuan akan dirinya. Imam al-Zarkashi telah menambah seperti apa yang telah dinaqalkannya daripada Ibnu Majah maka sesungguhnya penzina perempuan ialah mereka yang menikahkan dirinya sendiri .
8

3. Perempuan mewalikan dirinya dan hakim mengesahkan perkahwinannya.Ulama

berselisih pandangan atas dua gambaran :

Pernikahannya batal dan batal hukum sah yang dijatuhkan hakim kerana bercanggah dengan hadis rasullullah s.a.w :

hasyiah umairah jilid 3 ms 221

10


Mana-mana perempuan yang bernikah tanpa izin walinya, maka nikahnya terbatal, maka apabila mereka dihalang maka sultan wali bagi siapa yang tiada wali baginya, maka jika berkahwin ia, maka baginya maharnya kerana menghalalkan farajnya.

Pernikahannya sah, tidak batal hukum hakim atas sahnya, ada pun ulama yang berhujah dengan hadis maka nas hadis tidak tetap pada hukum kerana ianya perlu di tawil.

4. Sekiranya perempuan ditempat yang tiadanya wali keatasnya dan tiada wali

hakim, ulama berselisih pandangan : 1. Perempuan itu tidak boleh mengahwinkan dirinya
2. Perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya kerana darurat 3. Bakal suaminya menjadi walinya9

raudoh at tolibin jilid 7 ms 50

11

Sebelum kita mengetahui hukum berkahwin tanpa persetujuan wali, kita harus mengetahui apakah pandangan ulama mengenai keengganan wali untuk menikahkan siapa yang dibawah waliannya.

Takrif menegah Bahasa : Menghalang melakukan sesuatu ,cegahan yang bersangatan . mencegah ke atas seseorang beserta nyata situasinya beserta nyata kehendaknya . Menghalang perempuan : menghalangnya berkahwin dengan zalim .
10

Maksud menghalang wali pada istilah fuqaha :


1. Hambali

: Menghalang siapa yang diwalinya untuk berkahwin apabila

diminta oleh perempuan yang diwalinya dalam keadaan sekufu11

2. Syafie

: Terjadinya tegahan wali apabila diminta oleh perempuan yang lagi bijak atau bodoh untuk berkahwin

diwalinya yang telah baligh, berakal

dengan yang sekufu, wali yang tidak mujbar menghalang perkahwinan12

3. Hanafi

: Wali mencegah perempuan yang kecil untuk mengahwini lelaki

yang sekufu dengan mahar misli " " atau lebih mahal13

4. Maliki
10 11 12 13

: terdapat beberapa penjelasan mengenai keenggana wali :

almukjam alwasit jilid 2 ms 613 kashful qina jilid 3 ms 30 muqni al muqtaj jilid 3 ms 153-154 ahkammussiqarr jilid 1 ms 227

12

Wali tidak mujbar : sekiranya wali tidak mujbar enggan mengahwinkan perempuan

yang diwalinya yang sekufu dengan redhanya atau mahu perempuan yang diwalinya mengikut pilihan yang sekufu mengikut pandangannya, maka adalah sekufu disisi perempuan yang diredhainya atau yang dituntut daripadanya lebih utama dari sekufu disisi wali iaitu wajib mengikut sekufu disisi perempuan . apabila keadaan ini berlaku hakim perlu meminta wali menyatakan penjelasan tentang penegahannya, sekiranya wali gagal mengemukakan alasan yang betul dan boleh diterima maka perwakilan wali akan terus berpindah kepada hakim tanpa berpindah kepada wali yang lebih jauh dahulu.

Wali mujbir : sekiranya wali ini menghalang maka halangannya tidak dikira sebagai hukum penghalang dengan keengganannya bagi lelaki yang sekufu, sekiranya tegahan itu berulang-ulang sehingga nyata tegahannya dan kemudharatannya walaupun menegahnya lelaki yang sekufu disisi anaknya sekali sahaja , yang demikian itu mengetahui bapa akan kelembutan dan kasihan belas atas anaknya dan kejahilannya (anak) iaitu mengetahui kebaikan bagi anaknya, mungkin ayah mengetahui hal yang sebenar bagi anaknya atau keadaan tunang anaknya yang yang tidak sesuai dan tidak menghasilkan kebahagiaan dengan mengahwininya maka ayahnya tidak dikira sebagai penghalang sehingga jelas apa yang dihalangnya tidak sesuai14.

5. Zaidiah

: hakikat " "iaitu wali menghalang perempuan yang merdeka ,

baligh, dan berakal dari mengahwini lelaki disisinya sekufu pilihannya15.


14 15

ash syarhu alkabir oleh dardir dan hasyiah addesuki jilid 2 ms 231-232 syarhu alazhar jilid 2 ms 227

13

Kesimpulannya mengenai pendapat fuqaha tentang menegah wali iaitu halangan daripada pihak wali keatas perempuan untuk berkahwin dengan lelaki yang sekufu pilihannya16.

Hukum wali menghalang perempuan berkahwin Syara menegah wali daripada menghalang perkahwinan perempuan yang hendak dinikahinya yang sekufu baginya.

Dalil naqli surah al baqarah ayat 232 :


Apabila kamu menceraikan perempuan, kemudian telah habis idahnya, maka
17

janganlah kamu larang perempuan itu hendak mengahwini bekas suaminya kembali

: Hadis

16
17

mufassal fi ahkam marah wa baitul muslim jilid 8 ms 36 Tafsir quran karim Prof.Dr.H.Mahmud Yunus

14

: : : ( ) 232/2( ) :
: Telah berkata Maqal bin Yasar Telah berkahwin kakak bagiku daripada seorang lelaki maka telah menalaknya , sehingga apabila selesai eddahnya, telah datang lelaki itu meminanginya, maka kataku baginya : engkau mengahwininya, memuliakannya maka kau ceraikannya kemudian datang untuk meminangnya, tidak, demi Allah, tidak dia kembali kepada engkau selamanya , dan adalah tidak terkesan dengannya , dan adalah perempuan itu hendak untuk kembali semula kepadanya , maka turunlah ayat dan jangan engkau menghalangnya maka kataku : sekarang aku melakukannya wahai Rasullullah s.a.w. Dia berkata maka kahwininya. (Hadis sohih riwayat Al-Bukhari) Seorang wali yang menghalang perkahwinan perempuan dibawah waliannya adalah fasiq sekiranya mengulanginya kerana ia adalah maksiat yang kecil. Apabila wali menghalang pernikahan maka berpindahlah hak wali kepada wali yang jauh disisi Imam Ahmad kerana keuzuran untuk mengahwinkan daripada wali yang hampir. Maka milik pewalian kepada wali yang jauh, seperti sekiranya wali yang hampir gila, seperti minum arak semua walinya maka mereka menegah kahwinnya maka menjadi wali akan hakim.

15

Tiada wali qarib atau wali menghalang Seperti yang diketahui sekiranya terdapat wali yang hampir maka wali yang jauh akan di batalkan , tetapi apakah hukum sekiranya tiada wali hampir " ? " seperti seorang lelaki ingin mengahwini seorang perempuan yang sekufu serta perempuan tersebut setuju untuk dinikahi tetapi tiada wali maka perwalian ketika itu berpindah kepada sultan tetapi terdapat sedikit perbincangan mengenainya :

1. Sekiranya tiada wali ketika itu kerana bermusafir yang mengharuskan qasar solat

dan dia (wali) tidak mewakilkan kapada sesiapa untuk menjadi wali sepanjang pemergiannya , maka ketika itu harus bagi sultan atau naib sultan negeri perempuan tersebut untuk menikahkannya kerana tiada wali bagiannya dan berkahwin adalah hak baginya , apabila sultan tidak dapat melaksanakannya akan diganti oleh hakim. Harus sultan mengahwinkannya kerana susah untuk minta izin dari wali maka jadilah ia seperti hukum wali yang hilang.

2. Adapun sekiranya tiada wali kerana bermusafir yang dekat iaitu jarak yang tidak

mengharuskan qasar solat , sesungguhnya pada keadaan ini terdapat khilaf di kalangan ulama

Pandangan yang asoh pada mazhab As-Syafie : tidak harus bagi hakim mengahwinkan perempuan tersebut kecuali diizinkan oleh walinya kerana wali ini dihukumkan seperti ada dengan dalil bahawasanya tidak harus baginya berbuka puasa dan solat qasar dalam tempoh musafirnya. Sekiranya hakim mengahwinkan perempuan tersebut kemudian kembali

16

walinya dan berkata wali itu aku berada dekat dengan negeri ini ketika akad nikah sesungguhnya dalam keadaan ini akadnya tidak sah.

Harus bagi hakim untuk mengahwinkannya dalam keadaan itu kerana susah untuk mendapat keizinan wali supaya tidak memudaratkan pasangan18

Pandangan Ibnu Khas : Kuasa wali berpindah kepada wali yang jauh, ini bukanlah pandangan yang masyhur.

Sunat bagi hakim sekiranya tiada wali bagi menjalankan perkahwinan untuk meminta izin kepada siapa yang dipindahkan proses pewalian kepadanya untuk menikahkan perempuan tersebut19. Pandangan Abu Hanifah, Muhammad dan Ahmad Rahimahullah Sekiranya tiada wali (ayah) ketiadan yang pasti, harus bagi datuknya

mengahwinkannya dan sekiranya ketiadaannya tidak pasti atau tetap, tidak harus bagi datuknya untuk mengahwinkannya

Ulama-ulama Abu Hanifah tetang had ketiadaan yang pasti : 1. Sebahagian mereka berpendapat jarak musafirnya bermula dari Raqqah hingga ke Basrah 2. Sebahagian lain berpendapat jaraknya bermula dari Baqdad hingga ke Rayyi
3. Pandangan Imam Muhammad : Apabila bermusafir daripada satu daerah ke satu

daerah seperti bermusafir dari Kufah ke Baqhdad maka menjadi ia ketiadaan


18
19

Dirasat fi Fiqh As syafie bi kulliah al azhar oleh doktor Ibrahim soleh Ibrahim ms 67-68 al muhazzab oleh annawawi jilid 2 ms 37

17

yang pasti, sekiranya bermusafir hanya dalam satu daerah maka ia merupakan ketiadaan yang tidak pasti.

Kata Imam As-Syafie Rahimahullahhu Taala : Sekiranya tiada wali,

hakim hendak

menjadi wali menikahkan perempuan sunat baginya ( hakim) untuk meminta anak-anak atau saudara-saudara lelakinya yang layak menerima asobah dalam pusaka untuk menjadi wali terlebih dahulu , sekiranya tiada terus kepada"02"

Janda Wali mujbir hanya berkuasa penuh terhadap perempuan yang masih dara untuk menikahkannya tanpa persetujuan permpuan tersebut. perkahwinan dikira sah tanpa persetujuan perempuan tersebut. hal ini berbeza dengan janda kerana wali wajib mendapat persetujuannya sebelum menikahkannya dengan lelaki yang sekufu .

Takrif janda : Janda ialah seorang perempuan yang hilang daranya dengan sebab bersetubuh di kemaluannya sama ada persetubuhan yang halal dari perkahwinan atau persetubuhan yang haram seperti zina atau persetubuhan yang tidak disifatkan halal atau haram seperti persetubuhan yang syubhah samada berlaku ketika jaga atau dalam keadaan tidur. Sekiranya dara hilang tanpa sebab bersetubuh di kemaluannya seperti hilang kerana memasukkan jari kedalamnya atau gugur kerana dipukul, maka dalam keadaan ini perempuan itu tetap dihukumkan dara kerana tidak disentuh lelaki dan kerana masih ada malu yang perlu ada pada seseorang dara, adapun hilang daranya disebabkan keuzurannya dan kehidupannya. Sebahagian ulama berpandangan janda ialah perempuan yang hilang daranya sama ada dengan bersetubuh atau selainnya.
20

al bayan fi mazhab imam as syafie jilid 9 ms 177

18

Hukum wali bagi janda Wali berkongsi kuasa dalam pernikahan janda , ini bermakna wali seperti ayah atau datuk perlu meminta persetujuan untuk menikahkannya dengan seorang lelaki . Pernikahan dikira tidak sah sekiranya tidak mendapat persetujuan dan redha janda dengan dalil Hadis 1 :

Dari apa yang diriwayatkan bahawasanya Khunsa binti Khuzam al-Ansoriah telah meriwayatkan bahawa bapanya telah mengahwinkannya dan adalah dia seorang janda, maka menegahnya demikian itu . Maka telah dia datang kepada Rasullullah S.A.W. maka telah menolak nikahnya.

Hadis 2 :


tidaklah bagi wali bersama janda itu suruhan

19

Adapun sekiranya janda itu masih kecil tidak harus mengahwinkannya sehingga dia sampai umur baligh dan perlu meminta izin darinya dikirakan seperti ketika besarnya. maka tidak harus melampaui atasnya ketika kecilnya .

Masalah 5 Sekiranya seorang lelaki meminang seorang janda , tetapi bapanya enggan menerima pinangannya dalam keadaan janda bersetuju , maka janda tersebut lari dan bernikah dengan lelaki tersebut, kemudian dalam masa yang sama bapa janda tersebut mengahwinkan janda tersebut dengan lelaki lain tanpa izin janda itu. Sekiranya suami yang pilihannya belum bersetubuh dengannya, maka sah nikah bapanya dan sekiranya telah bersetubuh, maka tidak sah nikah bapanya kerana janda telah bersetubuh dengan persetubuhan yang syubhah21.

21

dirasat fiqh syafie oleh Ibrahim

20

Penutup Masalah perkahwinan tanpa persetujuan wali dapat dielakkan sekiranya persefahaman diantara dua pihak khususnya pihak anak dan bapa dapat dipupuk melalui ilmu. Ini bermakna kedua dua pihak perlu memastikan hidup mereka sentiasa berada di dalam keadaan menimba ilmu . Dengan cara ini anak akan mengetahui cara menghormati bapa dan bapa akan lebih teliti melakukan sebarang keputusan khususnya berkaitan perkahwinan anak. Ibu bapa juga perlu untuk menjadikan anak sebagai rakan agar anak dapat menjadikan rumah sebagai medan terbaik untuk menyelesaikan segalah masalah yang timbul . Sekiranya suasana ini gagal dibentuk di rumah , anak akan mencari ruang yang lain khususnya teman istemewa untuk meluahkan masalah yang dihadapi , ekoran itu mereka akan lebih mempercayai teman istemewanya sehingga ingin menjadikannya teman hidup walaupun lelaki tidak sekufu. Akibatnya mereka akan ingin berkahwin walaupun tanpa persetujuan wali. Oleh itu ibu bapa perlulah memastikan anak mereka dijaga dengan kaedah yang betul mengikut panduan syara.

21

BIBLIOGRAFI

Doktor Abdul Karim Zaidan, 2000, Mufassal fi Ahkam Marah wa Baitul Muslim (Jilid 8), Muassasah Ar-Risalah : Beirut Lubnan Doktor Wahbah Zuhaili, 2006, Fiqh Islami wa Adillatuh (Jilid 9), Darul Fikr : Damsyik Ibnu Qudamah, 1995 , al-Mughni (Jilid 7) , Darul Hadis: Kaherah Ibrahim Mustafa , 1980, al-Mukjam al-Wasit (Jilid 2), Dar al-Dakwah : Istanbul Ibrahim Soleh Ibrahim, 2003, Dirasah fi Fiqh as-Syafie, Maktabah Mansourah: Mesir Imam al-Imrani, al-Bayan fi Mazhab Imam as-Syafie (Jilid 9), Darul Minhaj : Jeddah Imam Al-Ramli, Nihayah Muhtaj ala Syarh al-Minhaj (Jilid 6), Mesir Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad Syaukani, 1992, Fathul Qadir (Jilid 2), Darul Hadis: Kaherah Prof. Dr. H.Mahmud, 1969, Tafsir Quran Karim ,P.T. Hidakarya Agung : Djakarta Shamsudin Muhammad bin Muhammad Khatib Sharbini , Mughni al-Muhtaj (Jilid 3), Aktabah Taufiqiah : Kaherah
22

Shihabuddin Ahmad, 2005, Hasyiah Umairah (Jilid 3) , Darul Fikr: Lubnan

23

Anda mungkin juga menyukai