Anda di halaman 1dari 33

POLIGAMI

FKIK3013
Fiqh Kekeluargaan Islam (Perkahwinan)

Nurlisa Wasin
Pengertian dan Dalil Poligami
Pengertian Poligami

Mengahwini perempuan lebih daripada


seorang melalui akad nikah yang sah
Dalil Keharusan Poligami – Surah An-Nisaa’ 4:3
Sebab-Sebab Poligami
Diharuskan dalam Islam
Sebab-sebab Islam mengharuskan poligami
5. Isteri mandul
4. Dapat membela anak yatim dan
janda 6. Suami yang terlalu
kuat nafsu seks
3. Dapat menghindari perbuatan
maksiat

2. Dapat melindungi wanita yang


tidak bernasib baik 7. Kaum wanita lebih ramai
dari kaum lelaki

1. Dapat menyambung keturunan


kerana isteri pertama tidak dapat
memberikan zuriat
Syarat-Syarat Berpoligami
Syarat-syarat yang digariskan untuk membolehkan seseorang lelaki berpoligami

3
5
2
1
4

Islam dan Tidak


Berlaku adil
bertakwa serta menghimpunkan
kepada semua Berkemampuan Tidak melebihi
memahami antara
isteri dari segi dari segi zahir 4 orang dalam
konsep poligami perempuan itu
nafkah zahir dan batin satu masa
mengikut syariat dengan
dan batin
Islam mahramnya
Adil dalam Poligami
Maksud adil dalam poligami
Keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka.
Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak.
Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan semua
aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir. Perasaan dan kasih sayang
pula tidak termasuk di dalam tuntutan keadilan kerana ia di luar kawalan manusia dan bersifat relatif.
Walaupun begitu suami tetap dilarang daripada menzahirkan secara jelas tentang perbezaan ini
berdasarkan firman Allah dan surah An-Nisaa’ ayat 129 :
Adil dalam poligami
Adil dalam menyediakan kediaman

 Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu


inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan
isteri
 Pengasingan bergantung kemampuan suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah
rumah untuk setiap isteri bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu
rumah yang sama.
 Walau bagaimanapun, dari segi psikologi, menempatkan isteri-isteri dalam rumah yang sama
akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan
Adil dalam poligami
Adil dalam giliran bermalam

 Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan
isterinya yang lain.

 Kelonggaran boleh diberi pada malam-malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu di qada
balik kepada isteri tua. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Anas r.a.
Mafhumnya : “Di antara sunnah ialah apabila seorang lelaki berkahwin dengan anak dara lalu dia
bermalam dengannya selama tujuh malam. Sekiranya janda, selama tiga malam” (Riwayat Muslim)

 Keadilan dalam giliran bermalam ini masih relatif sifatnya dan perlu dinilai mengikut situasi seseorang
isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut. Ini berdasarkan
hadis Nabi yang diriwayatkan dari Al-Bukhari. Mafhumnya : “Saudah telah memberikan giliran beliau
kepada Aisyah dan Rasulullah telah bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan
Saudah.”
Adil dalam poligami
Adil dalam Musafir

 Menurut Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteri-isteri sekiranya beliau
menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya musafir. Dengan itu, suami tidak wajib
mengganti giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya.

 Jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami wajib mengqada giliran
bermalam kepada isteri yang tidak memperoleh haknya pada masa musafir tersebut.

 Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aisyah r.a menerusi hadis Bukhari : 7

‫ان رسول هللا صلى هللا عليه وسلم إذا أراد سفرا أقرع بين أزواجه‬
Mafhumnya : “Nabi Sallallahu A’laihi Wasallam apabila keluar bermusafir,
baginda akan menjalankan undian di antara isteri-isterinya.
Poligami Dalam Undang-Undang
Keluarga Islam Di Malaysia
Poligami Dalam Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia

 Poligami dibenarkan dengan syarat suami mendapat kebenaran bertulis


daripada Mahkamah Syariah. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta
Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Menurut
seksyen ini, permohonan suami dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara
yang ditetapkan dan disertai suatu akuan.
 Isi kandungan akuan meliputi :
 Alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu.
 Keadaan kewangan suami -memberi butir-butir komitmen, kewajiban dan
tanggungan kewangannya yang patut ditentukan serta bilangan tanggungan
termasuk orang yang ditanggungnya berikutan perkahwinan baru tersebut.
 Pemohon juga perlu menyatakan sama ada izin atau pandangan isteri atau
isteri-isteri telah diperoleh
Perkembangan Undang-Undang
Poligami di Malaysia
Perkembangan Undang-Undang Poligami di Malaysia

Pada awalnya, terdapat ketidakseragaman Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
mengenai poligami di beberapa buah negeri di Malaysia yang telah disalahgunakan oleh golongan-
golongan tertentu.

Peruntukan mengenai izin atau tidak daripada isteri ada terkandung dalam Seksyen 23 Akta 303,
Pulau Pinang 1985, Johor 1990, Negeri Sembilan 1984, Seksyen 17 dalam Undang-Undang
Keluarga Islam Kedah 1979, Pahang, Selangor dan Melaka.

Namun, Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan, Terengganu dan Perak tidak memperuntukkan
bahawa pandangan isteri diperlukan untuk menentukan layak atau tidak suami berpoligami. Syarat
utama Enakmen Undang-Undang Keluarga di Kelantan, Terengganu dan Perak hanyalah perlu
mendapat kebenaran bertulis daripada Kadi atau Hakim Syar’ie dan keputusan terletak pada
kebijaksanaan Hakim sepenuhnya. Syarat-syarat lain seperti kemampuan suami dari segi
kewangan, keizinan dan pandangan isteri pertama sama ada patut atau perlu dan suami boleh
berlaku adil terhadap semua isteri adalah tidak diperuntukkan dalam prosedur poligami di tiga buah
negeri ini
Perkembangan Undang-Undang Poligami di Malaysia

Penyeragaman Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri


berdasarkan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan yang dipersetujui
oleh Majlis Raja-Raja pada bulan Mac 2001 telah membawa beberapa pindaan penting
dalam undang-undang tentang poligami di kebanyakan negeri di Malaysia.

Secara keseluruhan, pindaan yang dibuat tertumpu pada penambahbaikan dari sudut
prosedur permohonan poligami dan memberikan perlindungan kepada isteri-isteri sedia
ada.

Pindaan ini dibuat sebagai usaha memperkemas undang-undang poligami sedia ada dan
menjaga kebajikan semua pihak terutama kepada isteri-isteri dan anak-anak dari teraniaya
Prosedur Permohonan Poligami
Menurut Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor)
 Seksyen 23 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor
memperuntukkan :

 “Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan
mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat
akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain”

 Berdasarkan peruntukan ini, sekiranya lelaki yang ingin berpoligami tidak mendapat

Prosedur kebenaran bertulis daripada Hakim Syarie, maka perkahwinan itu tidak boleh
Permohonan didaftarkan kecuali setelah Mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan itu sah
Poligami Menurut
Enakmen Undang- menurut Hukum Syarak. Perkara ini dinyatakan dalam Seksyen 23 (2) Enakmen
Undang Keluarga
Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor iaitu :
Islam (Negeri
Selangor)
 “Tiada Perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah (1) boleh
didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa
perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah
memerintahkan supaya perkahwinan itu di daftarkan tertakluk kepada seksyen 124”
 Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor juga
menyatakan bahawa permohonan mendapat kebenaran berpoligami hendaklah
dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang telah ditetapkan dan disertai
ikrar.

 Antara isi kandungan ikrar/akuan ialah :


1. Menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan ini dikatakan
Prosedur patut dan perlu.
Permohonan
Poligami Menurut 2. Pendapatan pemohon pada masa itu.
Enakmen Undang- 3. Butir-butir komitmennya dan kewajipan serta tanggungan kewangannya yang patut
Undang Keluarga
Islam (Negeri ditentukan.
Selangor) 4. Bilangan orang tanggungannya termasuk orang yang akan menjadi tanggungannya
berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan.
5. Sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya sedia ada terhadap
perkahwinan yang dicadangkan itu telah diperoleh atau tidak.
 Manakala Seksyen 23 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor
menyatakan – apabila Mahkamah menerima permohonan kebenaran berpoligami,
Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya sedia ada, wali
Prosedur kepada bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh
Permohonan
Poligami Menurut memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir
Enakmen Undang- semasa permohonan itu didengar. Pendengaran permohonan diadakan secara
Undang Keluarga
Islam (Negeri tertutup.
Selangor)
Berdasarkan Seksyen 23 (5) (a) (b) (c) dan (d) Mahkamah perlu berpuas hati terhadap empat
perkara sebelum memberi kebenaran berpoligami iaitu
bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal
seperti kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar
01 mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang
sedia ada; (nota:suami perlu kemuka bukti bertulis seperti laporan perubatan tentang ketidakupayaan isteri)

bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki
02 Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang-orang
tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu; (nota:suami perlu kemuka penyata gaji
yang menunjukkan beliau layak dari segi kewangan untuk menanggung kesemua isteri dan anak-anak)

bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya menurut kehendak Hukum
03 Syarak; dan (nota:memerlukan keterangan pihak suami sendiri atau dikemukakan 2 saksi lelaki untuk
mengesahkan keupayaan suami memberi layanan adil dan saksama kepada semua isteri)

bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar'ie kepada isteri atau isteri-isteri
04 yang sedia ada. (nota:sama seperti nombor 3)
Kes Aisyah binti Abdul Rauf lawan Wan Ahmad Yusof bin Wan Othman

 Jawatankuasa Rayuan membenarkan rayuan si isteri dan kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Syariah
diketepikan.
 Jawatankuasa Rayuan tidak berpuas hati sama ada keperluan-keperluan dalam perenggan (a), (c) dan (d) telah
dibuktikan. Menurutnya, keempat-empat keperluan ini sama penting dan hendaklah dibuktikan secara
berasingan.
 Pemohon (suami) juga tidak memberikan apa-apa alasan mengapa dia patut berpoligami dan dengan itu gagal
memenuhi syarat dalam perenggan (a). Menurut jawatankuasa jika 1 syarat tidak dipenuhi, ini mencukupi untuk
menolak permohonan.
 Jawatankuasa Rayuan juga mendapati bahawa Hakim gagal memberi penjelasan atas keterangan pemohon
yang mana beliau berpuas hati bahawa pemohon berupaya berlaku adil. Jawatankuasa Rayuan memutuskan
bahawa keempat-empat syarat berpoligami itu tidak bertentangan dengan Al-Quran kerana ia memastikan
keadilan dalam berpoligami yang dituntut sebagai wajib dalam Al-Quran.
Poligami Tanpa Kebenaran
Mahkamah
Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah

Maksud Poligami Tanpa


Hukuman
Kebenaran Mahkamah

seorang lelaki yang telah Seksyen 124 Enakmen Undang-


mempunyai isteri telah berkahwin Undang Keluarga Islam Selangor
dengan perempuan lain tanpa menyatakan : “Jika seseorang lelaki
berkahwin lagi di mana-mana jua pun
mendapatkan keizinan secara
dalam masa perkahwinannya yang
bertulis dari Mahkamah bagi sedia ada masih berterusan tanpa
membenarkan dia berkahwin kebenaran secara bertulis terlebih
seorang lain dahulu daripada Mahkamah maka dia
adalah melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah dihukum denda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau penjara
tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya denda dan penjara itu.”
PROSEDUR PENDAFTARAN POLIGAMI TANPA
KEBENARAN MAHKAMAH DI NEGERI SELANGOR

1.Pihak-pihak membuat laporan berkaitan perkahwinan tersebut di Pejabat Agama Islam


di mana sepatutnya perkahwinan itu berlaku.

2.Siasatan akan dibuat oleh Pejabat Agama Islam dan kes akan dipanjangkan ke
bahagian pendakwaan untuk proses pendakwaan. Pendakwa akan membawa kes
tersebut kepada Hakim Syarie untuk disahkan.

3.Hakim Syarie akan memanggil pasangan berkenaan dengan 2 orang saksi bagi mengukuhkan
keterangan pasangan tersebut. Di peringkat ini, Mahkamah akan menetapkan sama ada
perkahwinan sebagai sah atau batal. Setelah penentuan kesahan perkahwinan, kes akan dibawa
semula ke unit pendakwaan.

4. Pendakwa akan menjalankan siasatan dan meneruskan pendakwaan ke atas


pasangan tersebut atas tuduhan berpoligami tanpa kebenaran. Jika sabit kesalahan,
pasangan akan dikenakan penalti

5. Setelah selesai pendakwaan, pihak-pihak hendaklah memfailkan permohonan


pendaftaran nikah di Mahkamah Tinggi Syariah.
Faktor Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah
a. Prosedur permohonan poligami yang ketat

 Peraturan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam dilihat sebagai sesuatu yang rumit dan
membebankan bagi sesetengah suami. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah untuk bernikah di
negara lain tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.

 Undang-undang ini bukanlah untuk menyusahkan tetapi merupakan undang-undang pentadbiran yang
bertujuan mentadbir proses poligami agar teratur, licin, dan menepati tujuan dan syarat berpoligami.
Orang yang diberi amanah dalam hal ini adalah Hakim yang memang merupakan orang yang
berwibawa di dalam perkara ini.

 Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim masih berpeluang membuat rayuan ke
Mahkamah yang lebih tinggi. Proses ini bertujuan memastikan bahawa keputusan Mahkamah
walaupun di dalam perkara poligami merupakan keputusan yang adil dan matang serta jauh dari
dorongan perasaan atau keinginan nafsu kerana adanya sistem rayuan terhadap keputusan Mahkamah
Faktor Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah
b. Dakwaan bahawa peruntukan yang ada
bertentangan dengan Hukum Syarak

 Pendapat ini kurang tepat kerana tujuan undang-undang diwujudkan bukan untuk menyekat dan
mengharamkan poligami, tetapi bertujuan untuk memastikan yang ianya tidak disalahgunakan
yang akhirnya mendatangkan kezaliman kepada isteri-isteri dan anak-anak memudaratkan hidup
mereka dan merosakkan pendidikan dan psikologi anak-anak mereka.

 Ia juga bertujuan memastikan keadilan kepada isteri sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah
An-Nisaa’ bahawa jika suami tidak dapat berlaku adil dan memudaratkan isteri maka mereka
diarahkan beristeri hanya seorang sahaja. Oleh itu, peruntukan dalam enakmen negeri-negeri ini
tidak bertentangan dengan Hukum Syarak kerana peruntukan yang ada ini adalah bagi
memastikan keadilan bagi pihak isteri
Faktor Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah
c. Tidak mendapat kebenaran isteri

 Berdasarkan Seksyen 24 (4) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor ada


menyatakan mengenai keizinan dan pandangan daripada isteri-isteri sedia ada terhadap
perkahwinan yang dicadangkan.

 Menurut Hukum Syarak, syarat yang memerlukan izin isteri pertama untuk berpoligami adalah
tidak mutlak. Walaupun begitu, masalah ini telah diselesaikan dengan adanya peruntukan lain
dalam Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga negeri-negeri yang menghendaki Mahkamah
memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isteri sedia ada, untuk hadir ke Mahkamah untuk
memberikan keterangan secara tertutup tentang perkahwinan yang dicadangkan apabila
permohonan poligami diterima oleh Mahkamah. Di sini menunjukkan kepentingan atau keperluan
pihak isteri hadir ke Mahkamah dalam menentukan suami layak atau tidak untuk berpoligami.

 Walaupun suami mendapat keizinan isteri untuk berpoligami, namun Mahkamah tetap mengambil
kira faktor kelayakan suami untuk berkahwin lagi. Ini kerana, terdapat kes Mahkamah menolak
permohonan poligami walaupun telah mendapat izin isteri pertama kerana suami gagal
membuktikan bahawa dia berkemampuan untuk beristeri lebih dari seorang.
Faktor Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah
d. Permohonan poligami ditolak

 Faktor berlakunya poligami tanpa izin Mahkamah juga disebabkan permohonan untuk
mendapatkan kebenaran bertulis dari mahkamah untuk berpoligami telah ditolak kerana
Mahkamah dapati bahawa pemohon tidak layak dan tidak mampu untuk beristeri seorang lagi.
Kesan Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah

-Boleh dikenakan penalti iaitu denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 6
bulan atau kedua-duanya.

Undang- -Suami mesti memulangkan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian kepada isteri yang
Undang sekiranya masih belum dijelaskan semasa akad nikah. Jika suami gagal berbuat demikian, jumlah
tersebut boleh dituntut sebagai hutang oleh isteri sedia ada (perkara ini jarang terjadi pada masa ini,
namun jika ada ia tetap dianggap hutang terutamanya mas kahwin yang wajib dibayar oleh suami
mengikut hukum syarak)

-Poligami tanpa kebenaran mahkamah biasanya dilakukan tanpa pengetahuan isteri sedia ada dan
anak-anak. Pasangan yang berpoligami tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan
sempurna sebaik mungkin kerana hidup dalam buruan. Pasangan ini tidak dapat memupuk kasih
Institusi sayang dalam keadaan biasa kerana takut perkahwinan mereka diketahui isteri sedia ada.
Keluarga
-Kesannya menyumbang kepada kadar perceraian kerana isteri rasa ditipu dan dikhianati suami
sendiri. Mungkin juga disebabkan sikap suami yang mula mengabaikan tanggungjawabnya selepas
beristeri baru.
Kesan Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah

-mendatangkan kesan rumit terutama jika berlaku perceraian kerana perkahwinan poligami ini tidak
memenuhi peruntukan Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri.
-Perkahwinan tanpa kebenaran tidak semestinya tidak sah, namun, jika perkahwinan didapati tidak
sah, pasangan akan difaraqkan (dipisahkan) dan akan dikenakan penalti.
Pasangan -Isteri tidak dapat menuntut hak dalam perkahwinan seperti tuntutan nafkah isteri dan anak-anak, hak
penjagaan, tuntutan harta pusaka sekiranya suami meninggal dan sebagainya.
-Pihak perempuan juga tidak boleh memohon pembubaran perkahwinan kerana perkahwinan
memang tidak wujud dari awal lagi.

-Sah atau tidak perkahwinan poligami tanpa kebenaran Mahkamah perlu ditentukan dahulu sebelum
perkahwinan itu boleh didaftarkan di bawah Akta atau Enakmen yang berkuat kuasa. Penentuan
kesahan perkahwinan akan menimbulkan isu berkenaan kedudukan anak-anak hasil perkahwinan ini.
Institusi
Keluarga
-Jika perkahwinan poligami tanpa kebenaran ini diputuskan oleh Mahkamah sebagai tidak sah, anak-
anak yang dilahirkan adalah dianggap anak luar nikah (status hubungannya dengan “bapa” tidak
wujud sama sekali). Akibatnya anak-anak menghadapi pelbagai masalah di masa hadapan
Sekian, Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai