Anda di halaman 1dari 14

FASAKH

MOHAMAD ZULFEIKRY BIN ZAKARIA

PENSYARAH
DR NUR AZMINA BINTI PASLAN
Apa Itu Fasakh?
 Fasakh adalah salah satu cara pembubaran ikatan perkahwinan yang ada di dalam
agama Islam.

 Menurut istilah bahasa, fasakh membawa maksud rosak atau putus.

Dari segi istilah syarak pula, ia membawa maksud fasakh adalah melepaskan ikatan
perkahwinan antara suami dengan isteri melalui kuasa yang ada pada hakim atau
kadi, atas sebab-sebab dan alasan-alasan yang dibenarkan oleh syarak.
 Bahasa yang lebih mudahnya adalah ia merupakan suatu proses untuk
membubarkan sesuatu ikatan perkahwinan melalui perintah mahkamah.

 Ia juga haruslah atas sebab atau alasan tertentu dan selain itu ia juga mestilah
merupakan alasan yang munasabah di dalam tuntutan fasakh dimana ia perlu
dibuktikan untuk meleraikan sesuatu ikatan perkahwinan
Siapa Yang Boleh Melakukan Tuntutan Fasakh?

 Biasanya, kita hanya tahu bahawa tuntutan cerai fasakh ini adalah hak yang ada pada seorang isteri
sahaja.
 tuntutan ini boleh dilakukan samada oleh suami atau isteri.

 Kedua-duanya boleh menfailkannya di mahkamah namun ia sangat jarang dilakukan oleh suami kerana
suami mempunyai hak dan kuasa untuk melafazkan talak.

 Tidak pula bagi seorang isteri dimana isteri tiada kuasa dan hak untuk melafazkan talak.

 Jadi, inilah hak yang ada pada isteri iaitu untuk membubarkan perkahwinan melalui tuntutan fasakh.
Siapa Berkuasa Untuk Meluluskan
Fasakh?
 Hanya hakim di mahkamah sahaja yang mempunyai kuasa untuk meluluskan
pembubaran perkahwinan ini atas permohonan samada daripada suami atau isteri.

 Namun, bukti haruslah diberikan secara kukuh dan ada prosedur-prosedur lain
yang akan dinilai sebelum sebarang keputusan dilakukan.
Sebab-Sebab Membolehkan Fasakh

 Untuk pengetahuan anda, setiap negeri mempunyai undang-undang keluarga Islam


tersendiri.

 Antara sebab yang membolehkan tuntutan fasakh adalah

1. Keberadaan suami tidak diketahui atau dikenal pasti selama lebih daripada tempoh satu
tahun;

2. Suami tidak memberikan sebarang peruntukan untuk nafkah selama tiga bulan

3. Suami telah dihukum penjara untuk tempoh selama tiga tahun atau lebih lama lagi;
4. Suami tidak melaksanakan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah
berdasarkan syarak selama tempoh satu tahun atau lebih.

5. Suami telah mengalami masalah mati pucuk dari sebelum atau semasa berkahwin hingga sekarang
dan dirahsiakan daripada isteri;

6. Suami telah menjadi gila selama dua tahun atau sedang mengidap beberapa penyakit seperti kusta,
vitiligo atau penyakit kelamin yang bersifat berjangkit;

7. Jika perempuan itu telah dikahwinkan oleh wali mujbir perempuan sebelum baligh, perempuan itu
juga masih belum disetubuhi suami dan masih belum lagi mencapai umur 18 tahun, dia berhak untuk
menolak perkahwinan tersebut.
 Sekalipun sebab-sebab diatas ini adalah diantara sebab yang agak kukuh untuk
membuat tuntutan, namun masih perlu kemukakan bukti yang kukuh.

 Jika tidak, pihak mahkamah berhak untuk menolak permohonan.


 Hukum Fasakh

 Hukum fasakh termasuk dalam kategori harus untuk isteri menuntut fasakh demi
menjaga kemaslahatan dan kebaikan untuk kedua-dua belah pihak.

 Apapun, haruslah dipastikan bahawa sebab tuntutan tersebut adalah seperti apa
yang dibenarkan dan dikemukakan juga bukti yang kukuh.
Hikmah Fasakh
 Melaluinya, ia memberi peluang kepada si isteri untuk membuat tuntutan pembatalan perkahwinan.
 Hal ini adalah perlu bagi mengelakkan daripada kemudaratan yang akan ditanggung oleh isteri sekiranya ikatan perkahwinan diteruskan.

 Selain itu, ia juga akan menjadi sebuah bentuk peringatan kepada suami agar sentiasa bertanggungjawab dalam menunaikan hak-hak
isteri dan keluarga kerana mereka sebenarnya tidak boleh melakukan apa-apa sahaja tanpa memikirkan isteri.

 Ia turut menghindarkan suasana yang tidak baik terhadap perkembangan fizikal, mental, dan emosi anak-anak.

 Hal ini kerana jika ia diteruskan, hubungan yang tidak baik antara suami dan isteri pastinya akan memberikan kesan kepada anak-anak.

 Bagi sesetengah kes pula, ia adalah penting untuk menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak sebagai akibat daripada suami yang
murtad.
Hak Isteri Selepas Fasakh
a. Tuntutan Mutaah

Tuntutan mutaah merupakan sejumlah harta yang wajib diberikan oleh suami kepada
bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri
dan bukan kematian suami.
Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat mengenai yang menyentuh mengenai
mutaah seperti:
 “Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah
menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa”.
(Surah Al-Baqarah : 241)

Ia boleh jadi dalam bentuk:

 Pakaian
 Barang
 Wang
 Semuanya perlulah bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan si suami.

 Islam tidak menetapkan kadarnya kerana ia perlulah bergantung pada keredhaan


dan persetujuan suami dan isteri.

 Namun, ada kalanya akan terjadi isu dalam menentukan kadar ini jadi Mahkamah
Syariah akan memutuskan kadar yang sewajarnya mengikut kemampuan suami.
 Antara kesan fasak kepada masyarakat adalah masyarakat akan lebih cenderung
dalam memilih pasangan hidup mereka sebelum mereka menjalinkan ikatan
perkhawinan terutama pada isteri yang bakal mencari pasangan
hidupnya(suami).selain itu, kesan fasakh juga dapat mengurangkan kes-kes
penderaan suami terhadap isteri. Hal ini kerana, perbuatan menzalimi isteri tidak
diajar dalam islam dan kes-kes kezalimam yang berlaku pada masa kini sangat
berleluasa.

Anda mungkin juga menyukai