Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 1

1.0 PENGENALAN

Pada 26 Jun 2018, siswa guru elektif fiqh kekeluargaan Islam telah menghadiri
satu kursus ‘ Kekeluargaan Islam’ yang telah diadakan di Auditoorium TESL. Seramai
70 orang siswa guru yang mengambil elektif (FKIK3013) Fiqh Kekeluargaan telah
melibatkan diri di dalam kursus ini. Kursus ini diadakan dalam satu hari, dua orang
penceramah telah dijemput bagi menyampaikan perkongsian tentang perkahwinan
dan penceraian secara menyeluruh dan memberikan kami idea sebenar mengenai
reality sebenar kehidupan berumahtangga dan mengenalpasti prosedur-prosedur
yang perlu diikuti.

2.0 DEFINISI PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN

2.1 Definisi Perkahwinan

Dalam Islam, perkahwinan juga dikenali sebagai nikah. Menurut bahasa, nikah
ialah cantum atau himpun (Muzayyanah Abdullah, 2011) Menurut Noresah (2014),
nikah adalah suatu akad (perjanjian) yang mengandungi lafaz atau ucap ijab dan kabul
yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan. Manakala, takrif
nikah mengikut syara’ adalah akad antara calon suami dengan wali pihak perempuan
bagi membolehkan lelaki dan perempuan tersebut bergaul sebagai suami isteri yang
sah mengikut syariat Islam (Osman Jantan, 2001). Maksud bagi akad tersebut, ijab
dari pihak wali atau wakil perempuan dan kabul dari pihak calon suami atau wakilnya.

Dalam Islam, perkahwinan merupakan satu perlakuan dalam melaksanakan


tuntutan fitrah manusia. Hal ini dibuktikan dalam dalam firman Allah s.w.t surah An-
Nisaa ayat pertama:
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan
kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang
kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah
hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa
memerhati (mengawas) kamu.”
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pernikahan yang mengikut hukum syarak
sangat penting dalam kehidupan sebagai seorang Muslim. Hal ini kerana bagi
mendapatkan hubungan yang halal dan keredhaan di sisi Allah s.w.t.
2.1.1 Hukum-hukum Berkahwin
Hukum Perkahwinan menurut Asy-syeikh Atiqah (2005) Harus. Tiada tuntutan
yang mendesak. Contoh, Arif masih ingin berkahwin tetapi belum mempunyai kerjaya
yang tetap atau masih belajar. Wajib. Mampu dari zahir dan batin. Contoh, Afiq ingin
berkahwin, sudah mempunyai pasangan, belum mempunyai kerjaya, tetapi tidak
mampu menjaga perhubungan dengan pasangannya. Sunat. Mampu dari segi zahir
dan batin, tidak dikhuatiri menghampiri zina. Contoh, Yusof mampu dari segi zahir dan
batin tapi mampu mengawal diri daripada melakukan perbuatan yang keji. Makruh.
Tidak mampu bagi nafkah zahir tetapi berkeinginan untuk berkahwin. Contoh,
Riidzuwan takut (bukan dalam keadaan yakin) berlaku perkara zalim kepada menimpa
bakal isterinya, tetapi dia tidak mampu memberi nafkah. Haram. Tidak mampu
melaksanakan kewajipan, keadilan atau melakukan kezaliman kepada pasangan.
Contoh, Wandy diyakini akan menzalimi atau memudaratkan wanita tersebut.
2.1.2 Rukun Nikah
Rukun pertama, bakal suami perlulah Islam, lelaki. Tidak beristeri empat dalam
satu masa, bukan muhrim dan bukan dalam ihram (haji atau umrah). Rukun kedua,
perlu adanya bakal isteri dan bakal isteri tersebut perlulah Islam, perempuan, bukan
isteri orang, bukan muhrim, bukan dalam iddah dan bukan dalam ihram. Rukun ketiga
pula adalah wali. Wali perlulah Islam, lelaki baligh dan berakal, bukan dalam ihram,
merdeka dan tidak ditegah daripada membelanjakan hartanya. Rukun keempat pula
adalah saksi. Saksi perlulah Islam, dua orang lelaki baligh, adil, memahami lafaz ijab
dan Kabul serta sejahtera pancainderanya. Rukun yang terakhir adalah ijab dan
Kabul, Ijab adalah lafaz yang diucapkan oleh wakil wali bagi wanita. Manakala Kabul
pula adalah jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami.

2.2 Definisi Perceraian


Perceraian ialah perihal bercerai. Perceraian bermaksud menamatkan
hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan qadi.
Perceraian dari segi bahasa bermaksud berpisah. Dalam ilmu fiqh, cerai menurut
syarak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dan menamatkan hubungan suami isteri
(Zulkifli Mohd. Yusof, 2010) Perceraian yang biasa kita dengar atau yang diamalkan
oleh orang Malaysia ialah cerai melalui lafaz talak yang hanya boleh dibuat oleh
suami. Talak adalah hak suami kerana hanya suami yang boleh melafazkannya. Di
dalam surah Al-Baqarah, ayat 229 ada menyebut berkenaan dengan talak.

Maksudnya: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu
bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya
atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi
kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka
(isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat
menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-
duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka
berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus
dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan
hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar
aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Nabi S.A.W dalam sebuah hadis bersabda "Tidak ada perkara halal yang
dibenci oleh Allah selain daripada talak." Dan: "Mana-mana wanita yang meminta
talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau
syurga."
Daripada ayat al-Quran dan hadis di atas jelas bahawa perceraian adalah
diharuskan namun ia adalah perkara yang paling dibenci Allah SWT. Jika seorang
suami melafaz talak kepada isterinya, perbuatan itu tidak berdosa namun ianya
dibenci Allah. Bagi isteri pula, jika dia memohon cerai tanpa sebab, apatah lagi jika
dia melakukan perkara-perkara yang menyebabkan suami terpaksa menceraikannya,
maka wanita tersebut tidak akan masuk syurga.
Rukun talak ada lima iaitu, suami. Yang kedua adalah, lafaz yang digunakan.
Yang ketiga adalah kepada siapa talak itu diqasadkan (diniatkan). Rukun keempat
adalah isteri dan yang kelima adalah talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami
(http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0213&sec=Keluarga&pg=ke
_03.htm, 2009)

3.0 PROSEDUR PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN


3.1 Prosedur Perkahwinan
3.1.1 Prosedur Perkahwinan Bagi Lelaki
Yang pertama, pemohon perlulah mengisi “borang permohonan lelaki (Borang
2A)”. Seterusnya, cetak borang permohonan. Yang ketiga, dapatkan pengesahan
daripada Penolong Pendaftar Perkahwinan atau imam jurunikah. Yang keempat,
hantar borang ke Pejabat Agama Islam Daerah yang telah anda daftarkan untuk
mendapat Kebenaran Berkahwin. Yang kelima, terima borang 3A-Kebenaran
Berkahwin Dalam Negeri Selangor (Lelaki) bagi pemohon yang berkahwin dalam
negeri Selangor atau terima borang 3B-Kebenaran Berkahwin Luar Negeri Selangor
(Lelaki) bagi pemohon yang berkahwin luar negeri Selangor. Yang keenam, serahkan
Surat Kebenaran Berkahwin kepada pihak perempuan.
3.1.2 Prosedur Perkahwinan Bagi Perempuan
Yang pertama, pemohon hendaklah mengisi “Borang 2C- Permohonan
Kebenaran Berkahwin (Perempuan)”. Seterusnya, pemohon hendaklah mengisi
“Borang 2D- Persetujuan Wali dan Wakalah Wali” dengan menekan butang borang
2D setelah selesai mengisi borang 2C. Yang ketiga, cetak borang permohonan. Yang
keempat, dapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Perkahwinan atau
imam jurunikah. Yang keempat, hantar borang ke Pejabat Agama Islam Daerah yang
telah anda daftarkan untuk mendapat Kebenaran Berkahwin. Yang kelima, terima
borang 3C-Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor (Perempuan) bagi
pemohon yang berkahwin dalam negeri Selangor atau terima borang 3D-Kebenaran
Berkahwin Luar Negeri Selangor (Perempuan) bagi pemohon yang berkahwin luar
negeri Selangor. Yang keenam, akad nikah akan dijalankan. Yang ketujuh, pemohon
akan menerima Surat Perakuan Nikah sementara selepas akad nikah daripada
Penolong Pendaftar Perkahwinan atau imam jurunikah. Yang kelapan, pemohon
perlulah mengambil Surat Perakuan Nikah daripada Pejabat Agama Islam Daerah
(http://ncr.jais.gov.my/index.php/dashboard/perkahwinanProcedur, 2011)
3.2 Prosedur Perceraian
Suami atau isteri perlulah menyerahkan Borang Permohonan Perceraian yang
telah dilengkapkan (mengikut format borang). Yang kedua, bayar yuran pendaftaran
(mengikut kadar ketetapan negeri masing-masing). Yang ketiga, daftar kes cerai di
kaunter. Yang keempat, terima tarikh dan masa hadir ke Mahkamah (Tarikh untuk
suami dan isteri hadir ke mahkamah hendaklah tidak melebihi 21 hari dari tarikh kes
didaftarkan).
Seterusnya, suami dan isteri perlu hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Yang kedua, bawa bersama dokumen asal seperti berikut, Sijil Nikah atau Sijil Rujuk,
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau Pasport. Yang ketiga,
Mahkamah mendapatkan persetujuan perceraian daripada suami dan isteri. Yang
keempat, suami melafazkan cerai talak satu (1). Yang kelima, Mahkamah akan
sahkan lafaz cerai suami dan mengeluarkan perintah perceraian. Yang keenam,
suami dan isteri terima rekod perceraian. Yang ketujuh, suami dan isteri bawa rekod
perceraian dengan segera ke Jabatan Agama Islam untuk daftar cerai. Yang kelapan,
suami dan isteri menyerahkan rekod cerai kepada Jabatan Agama bersama dokumen
asal seperti berikut, Sijil Nikah atau Sijil Rujuk, Kad Pengenalan atau dokumen
pengenalan diri atau Pasport, Perintah Daftar Cerai dan Rekod Perceraian Pasaangan
tersebut perlulah bayar yuran daftar cerai (mengikut kadar yang ditetapkan oleh
negeri-negeri). Akhir sekali, Jabatan Agama Islam akan daftar cerai dan akan
keluarkan sijil cerai.
4.0 BENTUK-BENTUK KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM NEGERI BERSERTA FAKTA KES
4.1 Seksyen 49. Perceraian khul’ atau cerai tebus talaq
Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq dengan kerelaannya sendiri,
tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau cerai tebus
talaq, Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talaq dipersetujui oleh
pihak-pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan perceraian dengan cara
penebusan, dan perceraian itu adalah ba-in-sughra atau tak boleh dirujukkan.
Kemudian, mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus talaq itu dengan
sewajarnya dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada
Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
Seterusnya, jika jumlah bayaran tebus talaq tidak dipersetujui oleh pihak-pihak itu,
Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut Hukum Syarak dengan memberi
pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak itu. Akhir sekali, jika
suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau tidak hadir di hadapan
Mahkamah sebagaimana diarahkan, atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada
kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian, Mahkamah hendaklah
melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah
seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.
Contoh fakta kes, “Jimmy cerai isteri secara khuluk RM1”. Dalam kes ini,
pengacara Jimmy Shanley telah menceraikan Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie
Abd Halim Abu Samah selepas kedua-dua pihak setuju untuk bercerai.
4.2 Seksyen 124. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah
Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa
perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara
bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah, maka dia adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara
tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.
Contoh fakta kes, “Tertuduh Berpoligami tanpa Kebenaran bertulis Mahkamah
Selepas Permohonan Ditolak” Di atas pengakuan salah tertuduh, tertuduh Mohd
Salleh Idros Bin Haji Zakaria, No. Kad Pengenalan: 511014-01-5233 disabitkan
melakukan kesalahan dibawah Seksyen 123 Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam Selangor 1984 (Pindaan 1988) iaitu Berpoligami Tanpa Mendapat Kebenaran
Bertulis Dari Mahkamah Syariah. Diatas sabitan bersalah terhadap tertuduh Mohd
Salleh Idros Bin Haji Zakaria, No. Kad Pengenalan: 511014-01-5233 di bawah
Seksyen 123 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan
1988) iaitu Berpoligami Tanpa Mendapat Kebenaran Bertulis Dari Mahkamah Syariah,
Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 999.90 atau jika
gagal 3 bulan penjara dan 25 hari penjara. (http://jakess.blogspot.com/2006/03/kes-
poligami-tanpa-izin.html, 2006)

Laporan disediakan oleh,

____________________
Hafiz bin Kamaruddn
Setiausaha Kumpulan G5.6
RUJUKAN

Asy- Syeikh Atiqah Saqar. 2005. Masalah-masalah dalam Keluarga. Kuala Lumpur:
Jasmin Enterprise.

Kes Poligami Tanpa Izin. Dicapaii pada 20 Julai 2018 di


http://jakess.blogspot.com/2006/03/kes-poligami-tanpa-izin.html, 2006

Muzayyanah Abdullah. 2011. Mudahnya Berkahwin dalam Islam. Batu Caves: PTS
Islamika Sdn. Bhd.

Noresah Baharom, et al. 2014. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Osman Jantan. 2001. Pedoman Mu’amalat dan Munakahat (Civil Transaction).


Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd Sngapura.

Prosedur Perkahwinan. Dicapai pada 20 Julai 2018 di


http://ncr.jais.gov.my/index.php/dashboard/perkahwinanProcedur

Rukun Talak. Dicapai pada 20 Julai 2018 di


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0213&sec=Keluarga&
pg=ke_03.htm, 2009

Zulkifli Mohd. Yusoff. 2010. Kamus Al-Quran. Batu Caves: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai