Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan Kepada Poligami.

Poligami dari sudut etimologinya berasal dari bahasa Greek iaitu polugamia. Poli membawa
makna banyak dan berbilang, manakala gami bererti perkahwinan. Menurut kamus dewan pula,
poligami bermaksud amalan beristeri lebih dari satu orang pada masa yang sama. Secara tidak
langsung dapat difahami bahawa poligami adalah berlawanan dengan monogami, iaitu yang
mempunyai seorang isteri sahaja pada satu masa. Seorang pakar bahasa Melayu, Asmah Hj.
Omar menerangkan erti poligami ialah “Kahwin lebih dari satu”.

Pengertian poligami dalam Bahasa Arab ialah Ta’addud al-Zawjat yang bermaksud perbuatan
seorang lelaki yang mengumpulkan dalam tanggungannya dua hingga empat orang isteri pada
satu masa dan tidak boleh lebih dari itu. Asal perkataan Ta’addud bererti bilangan, manakala
perkataan al-zawjat adalah perkataan jamak yang diambil dari perkataan al-zawjah yang bererti
satu isteri. Dua perkataan tersebut jika digabungkan membawa erti isteri yang banyak dan
berbilang-bilang.

Terdapat beberapa jenis poligami iaitu poligini (seorang lelaki mempunyai beberapa isteri),
poliandri (seorang wanita mempunyai beberapa suami) dan perkahwinan kelompok (campuran
poligini dan poliandri). Ketiga-tiga bentuk poligami tersebut ditemukan dalam sejarah, namum
poligini merupakan bentuk yang paling umum terjadi.

Dalil Pensyariatan Poligami.


1. Dalil al-Quran.

2. Dalil al-Sunnah.

‫ أسلم غيالن الثقفي وتحته عشر نسوة في الجاهلية فأسلمن‬:‫عن عبد هللا بن عمر قال‬
‫ فأمره النبي ﷺ أن يختار منهن أربعا‬:‫معه‬

Terjemahan:
Dari Ibn Umar r.a katanya: “Telah masuk islam Ghailan bin Salamah al-Thaqafi dan
disampingnya ada sepuluh orang isteri di zaman jahiliyah dan telah bersama-sama
memeluk islam. Maka Nabi s.a.w bersabda engkau ambillah empat sahaja dan ceraikan
yang lain.”1

Riwayat yang lain oleh Abu Dawud dari Qais bin al-Harith telah berkata:

1
Abi Isa Muhammad bin Isa al-Tirmidhi (t.t), Sunan al-Tirmidhi, j.2, no. hadith 138.
‫ أسلمت عندي ثمان نسوة فأتيت النبي ﷺ فذكرت له ذالك فقال‬:‫عن قيس بن الحارث قال‬
‫اختر منهن أربعا‬
Terjemahan:

“Aku telah memeluk Islam sedangkan ketika itu aku memiliki lapan orang isteri.
Kemudian aku menemui Nabi dan memberitahunya tentang hal ini. Baginda bersabda
pilih empat diantara mereka.”2

Hadith lain pula daripada Nawfal bin Mu’awiyah katanya:

‫ فارق واحدة وأمسك‬:‫ أسلمت وتحتى خمس نسوة فسألت النبي ﷺ فقال‬:‫عن نوفل بن معاوية قال‬
‫أربعا‬
Terjemahan:

“Aku telah memeluk Islam dan di sisiku ada lima orang isteri. Maka aku telah bertanya
kepada Rasulullah s.a.w, Katanya: Pisahkan seorang dan kekalkan empat orang.3

3. Ijmak Para Sahabat.


Para sahabat, tabi’in dan fuqaha berpendapat keharusan berpoligami hanya dibenarkan
setakat empat orang sahaja dengan syarat-syarat tertentu. Mereka melihat amalan
poligami ini sebagai satu isu yang mulia, malah Rasulullah s.a.w sendiri mengakui
poligami yang diamalkan oleh para sahabat dan tidak menentangnya. Di samping itu
ulama-ulama mujtahid yang empat juga mengakui hak poligami.

Syarat-syarat poligami.
1. Berkuasa Menangung Nafkah.
Nafkah di sini adalah berbentuk zahir. Para ulama telah bersependapat bahawa bagi
mereka yang berkemampuan untuk berpoligami itu mestilah berkuasa untuk
menanggung nafkah iaitu dari segi makanan, pakaian dan juga tempat tinggal bagi
semua isteri.4 Firman Allah s.w.t:

‫ض َو ِّب َما أَنفَقُوا ِّم ْن أ َ ْم َوا ِّل ِّه ْم‬


ٍ ‫علَ ٰى َب ْع‬
َ ‫ض ُه ْم‬ َّ َ‫اء ِّب َما ف‬
َّ ‫ض َل‬
َ ‫َّللاُ َب ْع‬ ِّ ‫س‬ ِّ ‫علَى‬
َ ‫الن‬ َ َ‫الر َجا ُل قَ َّوا ُمون‬
ِّ
Terjemahan:

2
Abu Dawud Sulayman Ibn al-Asy’ath, Sunan Abi Dawud, Bab al-Nikah, no. hadith 2241.
3
Al-Baghawi, Syarh al-Sunnah, j.9, Beirut: al-Maktab al-Islami, Kitab al-Nikah, no. hadith 2289.
4
Mustafa Khin (2012), Fiqh Manhaji, j.2, Dar al-Qalam, h. 171.
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum
perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa
keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
(Surah al-Nisa’: 34)

Menurut Imam al-Syafie, dalam menentukan nafkah ini adalah bergantung kepada
kemampuan suami untuk menanggung kehidupan ahli keluarganya. Isteri pula tidak
boleh menuntut haknya melebihi dari apa yang termampu oleh suaminya.5 Perkara ini
boleh dilihat melalui firman Allah s.w.t melalui firmanya:

‫س إِّ َّل ُو ْس َع َها‬


ٌ ‫ف نَ ْف‬ ِّ ‫علَى ْال َم ْولُو ِّد لَهُ ِّر ْزقُ ُه َّن َو ِّكس َْوت ُ ُه َّن بِّ ْال َم ْع ُر‬
ُ َّ‫وف َل ت ُ َكل‬ َ ‫َو‬
Terjemahan:

dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut
cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut
kemampuannya.

(al-Baqarah: 233)

2. Keadilan Antara Para Isteri.


Apa yang dimaksudkan dengan keadilan ialah khusus kepada perkara yang dapat
dilakukan oleh suami mengikut tabiat semulajadinya sebagai manusia. Sekiranya
dirasakan si suami tidak dapat memenuhi syarat poligami, terutama sekali dalam
berlaku adil, dia hanya berhak untuk berkahwin seorang sahaja. Ini berdasarkan maksud
firman Allah s.w.t dalam Surah al-Nisa’ (4):3 yang bermaksud: “Suami yang tidak
dapat berlaku adil jika menambah isteri, maka islam mengenakan hukuman ke atas
dirinya dengan mengharuskan dia berkahwin seorang isteri sahaja.”6
Para ulama juga bersepakat mengatakan bahawa syarat adil itu adalah
melibatkan dalam soal kebendaan seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman
dan waktu bermalam serta segala perkara yang berkaitan dengan pergaulan antara
suami dan isteri. Mereka juga bersependapat bahawa si suami wajib berlaku adil pada
setiap isteri dalam membahagikan malam tetapi tidak wajib dalam hal melakukan
persetubuhan dengan isteri-isteri mereka kerana hukumnya hanyalah sunat sahaja.
Dalam soal kasih sayang, si suami tidak mungkin dapat berlaku adil kerana ianya di
luar kemampuan manusia untuk melaksanakannya.7
Dakwaan sesetengah golongan yang mengatakan bahawa suami disyaratkan
berlaku adil kepada semua isterinya dalam semua perkara termasuk soal kasih sayang
adalah kurang tepat. Ini kerana perkara tersebut di luar kemampuan seseorang untuk

5
Syarbini al-Khatib (1958), Mughni al-Muhtaj, j.3, Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi, h. 252.
‫ فَإ ِّ ۡن ِّخ ۡفت ُ ۡم أ َ َّل ت َعۡ ِّدلُواْ فَ ٰ َو ِّحدَة ً أ َ ۡو َما َملَ َك ۡت أ َ ۡي ٰ َمنُ ُك ۡم‬6
7
Dr. Mustafa al-Siba’i
berlaku adil terhadap isteri-isterinya maka tidak menjadi syarat adil. *kena cari ayat
quran dan hadith sebagai hujah.

Hikmah Dan Keperluan Poligami


Amalan poligami ini sebagaimana yang diterangkan sebelum ini bukanlah sesuatu yang
wajib dan tidak pula sunat, tetapi islam hanya mengharuskannya. Adapun dalam banyak hal,
memang monogami itu lebih baik, lebih mendekati fitrah manusia, lebih mengukuhkan
hubungan keluarga. Tetapi keperluan masyarakatlah yang kadangkala menjadikan poligami itu
sesuatu yang penting. Sepertimana hari ini dalam kehidupan seharian terdapat berbagai
kenyataan tentang masalah masyarakat yang harus diakui. Ada kalanya masalah-masalah
tersebut hanya dapat diselesaikan dengan jalan poligami.

Jadi bagi mereka yang mempunyai anggapan yang salah terhadap institusi poligami ini,
mahupun yang menentangnya patutlah cuba mencari jalan untuk memahami dan seterusnya
menghargai piawaian yang ditetapkan oleh agama Islam demi memenuhi tuntutan zaman dan
keadaan semulajadi manusia. Perlu diingatkan bahawa keizinan untuk beristeri lebih dari
seorang itu hanyalah untuk orang yang betul-betul mampu dan amat memerlukannya.

Anda mungkin juga menyukai