Anda di halaman 1dari 29

Nama: Muhammad Syarifulhuda Mohd Azeri

I/C: 960408-12-5965
M/P:Pendidikan Syariah Islamiyah
Arak

Zina

Membunuh diri

Berkelakuan ganas dan mendedahkan aurat

Harta waqaf
Arak
Pengertian Arak (al-khamru)

Bahasa : al-khamru bererti penutup dengan erti menutup akal daripada


mengetahui keadaan yang sebenar.

Syarak : al-khamru bererti setiap minuman yang memabukkan.


Sejarah Pengharaman Arak
Oleh kerana arak merupakan salah satu daripada kegemaran
masyarakat arab jahiliah dan pada permulaan Islam,maka langkah
pengharaman telah dilakukan secara berperingkat-peringkat.
1. Pada awalnya, Allah telah menurunkan 43 surah An-Nisa yang
menasihatkan orang Islam supaya jangan menunaikan solat jika
mereka mabuk: Jangan kamu menghampiri solat ketika kamu
mabuk sehingga kamu mengetahui pap-apa yang kamu katakan
2. Kemudian, Allah telah menurunkan ayat 219 surah Al-Baqarah
yang menjelaskan kepada manusia bahawa pada arak itu
terdapat kebaikan dan keburukan itu lebih besar daripada
kebaikannya: Mereka bertanya engkau tentang arak dan
judi,katakanlah kedua-duanya dosa besar walaupun bermanfaat
kepada manusia,dosa kedua-duanya lebih besar daripada
manfaatnya.
3. Akhir sekali, Allah menurunkan ayat 90 surah Al-Maidah yang
mengharamkan terus arak daripada diminum,: Wahai orang-
orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan
berhala dan menilik nasib adalah amalan keji. Ia sebahagian
daripada amalan syaitan. Maka jauhilah daripadanya mudah-
mudahan kamu berjaya.
Tujuan dilakukan secara berperingkat-peringkat adalah untuk mendidik
masyarakat Islam agar mereka dapat meninggalkan arak secara
beransur-ansur.
Orang Yang Terlibat Dan Hukuman Minum Arak

Mereka yang terlibat:-


Orang yang memerahnya.
Orang yang meminta arak itu diperah untuknya.
Orang yang meminumnya.
Orang yang membawanya.
Orang yang meminta arak itu dibawa untuknya.
Orang yang memberi minum arak kepada orang lain.
Orang yang menjual arak.
Orang yang mendapat hasil daripada arak.
Orang yang membeli arak.
Orang yang meminta dibeli arak untuknya.
Minum arak hukumnya haram. Orang yang minum arak
dihukum had(sebat).
Jumhur ulama, peminum arak disebat 80 kali sebatan
Imam Syafie,peminum arak disebat 40 kali sebatan
Sementara hamba yang meminum arak dihukum separuh
daripada hukuman orang yang merdeka.
Sabit Hukuman Minum Arak
Jumhur ulama bersependapat bahawa seseorang itu boleh disabitkan
hukuman minum arak berdasarkan kepada dua perkara :-

Pengakuan orang yang minum


Disaksikan oleh dua orang saksi yang adil

Bau arak

Imam Malik berpendapat hukuman juga boleh disabitkan engan bau arak pada
seseorang jika saksi yang adil memberikan penyaksian. Alasan mereka
kesaksian atas bau adalah sama kesaksian atas suara dan tulisan.
Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah berpendapat tidak boleh disabitkan
hukuman yang berdasarkan kepada bau arak. Alasan mereka ialah kerana
adanya persaman di antara bau sesuatu dengan sesuatu yang lain. Dan ini
adalah syubhah sedangkan hukuman had tidak boleh dilaksanakan kerana ada
syubhah.
Hikmah Diharamkan Arak Dan Cara Mengatasi
Gejala Ini
Hikmah
Arak adalah punca kepada berlakunya pergaduhan di antara anggota masyarakat.
Arak merosakkan kesihatan. Ia menjadi punca kepada pelbagai penyakit seperti
sakit jantung, paru-paru dan sebagainya.
Arak adalah ibu kepada segala kemaksiatan.
Arak akan melalaikan diri seseorang daripada mengingati Allah dan melaksanakan
perintahNya.

Cara mengatasi gejala ini


Menjelaskan kepada mereka tentang bahaya meminum arak.
Mengadakan kempen secara besar-besaran supaya menjauhi arak.
Mengamalkan cara hidup yang sihat dalam masyarakat.

DADAH
Memandangkan penyalahgunaan dadah juga boleh merosakkan akal dan kesihatan
seperti arak, maka ulama telah qiaskan dadah dengan arak. Maka dadah juga
adalah haram hukumnya.


Zina
Pengertian Zina
Zina ialah setiap persetubuhan yang dilakukan bukan kerana pernikahan
yang sah.

Zina boleh disabitkan melalui:-

Pengakuan oleh penzina sendiri.


Dengan disaksikan oleh empat orang saksi yang benar-benar melihat
perbuatan tersebut.
Jenis-Jenis Perzinaan
Zina muhsan
Penzinaan yang dilakukan oleh orang yang telah berkahwin.
Ulama telah bersepakat bahawa penzina muhsan hendakah
direjam hingga mati sepertii mana Rasulullah telah
menjatuhkan hukuman rejam ke atas Maiz.
Zina ghaira muhsan
Penzinaan yang dilakukan oleh orang yang belum berkahwin.
Hukuman ke atas penzina ghaira muhsan ialah disebat seratus
kali seperti mana firman Allah dalam ayat 2 surah an-
Nur :Orang yang berzina perempuan dan lelaki endaklah
dihukum sebat tiap-tiap seorang
dari keduanya seratus kali
Menurut Imam Syafie, penzina ghaira muhsan selain
daripada disebat seratus kali hendaklah dibuang negeri
selama satu tahun. Ia berdasarkan kepada saba nabi yang
bermaksud:Teruna dan dara yang berzina disebat seratus
kali dan dibuang negeri selama satu tahun
Syarat-Syarat Saksi Penzinaan
Lelaki - hendaklah orang menyaksikan perbuatan zina itu terdiri daripada orang
lelaki.
Berakal - tidak sah penyaksian oleh orang gila.
Baligh tidak sah penyaksian oleh kanak-kanak yang belum baligh.
Melihat kejadian zina hendaklah benar-benar melihat kejadian zina di antara
lelaki
dan perempuan tersebut seperti melihat masuk hujung
keris
ke dalam sarungnya.
Penyaksian itu hendaklah benar-benar membuktikan berlakunya zina. Sekiranya
penyaksian itu tidak membuktikan zina maka tidak diterima. Seperti penyaksian
tentang seorang gadis yang berzina. Tetapi apabila diperiksa oleh doktor didapati
masih mempunyai dara, maka ia terlepas dari hukuman hudud.
Penyaksian itu hendaklah dilakukan dalam satu majlis dan satu masa. Kesemua
saksi zina hendaklah memberikan penyaksian dalam majlis itu.
Keterangan saksi hendaklah dibuat tidak lama selepas kejadian zina. Penyaksian
ke atas perbuatan zina itu hendaklah diberi selepas sahaja melihat perbuatan zina
tersebut.
Syarat-Syarat Pengakuan Zina
Pengakuan itu hendaklah diterima di hadapan pemerintah (imam)
atau wakilnya.
Pengakuan itu hendaklah dibuat oleh orang yang berakal dan
baligh.
Pebgakuan itu hendaklah dibuat dengan mulut atau perkataan.
Pengakuan itu hendaklah dibuat dengan jelas dan terang tentang
perbuatan zina sehingga tidak menampakkan kesamaran atau
keraguan. Hukuman zina akan gugur sekiranya berlaku keraguan
Sabda Rasulullah: Gugurlah hukuman hudud sekiranya ada
keraguan.
Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mensyaratkan pengakuan itu
dilakukan sebanyak empat kali. Tetapi menurut Imam Syafie dan
Imam Maliki, memadai dengan sekali pengakuan sahaja
Menurut mazhab Syafie dan Hanbali, pengakuan dikira sah
sekalipun tidak dikenali pasangannya atau pasangannya mengakui
pengakuan tersebut. Tetapi pasangan yang membuat pengakuan
sahaja yang dikenakan hukuman sebaliknya yang mengingkari
tidak dikenakan hukuman.
Bahaya Zina Dan Cara Mencegah Maksiat Zina

Antara bahayanya :-
Boleh dihinggapi penyakit seperti siflis, AIDS dan sebagainya.
Boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah instiusi kekeluargaan.
Melahirkan keturunan dan zuriat yang tidak diketahui ibu bapanya.
Menimbulkan pelbagai gejala sosial serta perbuatan yang tidak
bermoral.
Berlaku pengguguran, pembunuhan serta pembuangan bayi-bayi yang
tidak berdosa.
Menjatuhkan maruah bangsa dan negara.

Antara lagkah-langkah pencegahan:-


Melaksanakan hukuman rejam atau sebat yang berdasarkan hukum
Islam terhadap orang yang melakukan zina.
Menutup pusat-pusat hiburan dan pelacuran serta mengharamkan
aktiviti yang boleh mendorong kepada berlakunya perbuatan zina.
Memberi penjelasan kepada masyarakat tentang bahaya zina dan akibat
daripada perbuatan zina.
Memberi penekanan terhadap pendidikan agama terhadap masyarakat.
Hukuman Zina Dan Hikmahnya
Cara melaksanakan hukuman zina
Orang telah sabit kesalahan zina hendaklah dihukum sebat atau
direjam di hadapan khalayak ramai
Sekurang-kurangnya orang yang mesti hadir semasa hukuman itu
dijalankan ialah empat orang

Hikmah Hukuman
Supaya menjadi peringatan kepada orang lain yang ingin
melakukannya.
Untuk memberi pembalasan terhadap jenayah dan dosa yang telah
dilakukan dan membersih dosa-dosa penzina kerana melanggar
larangan Allah.
Untuk mendidik masyarakat supaya menjauhi perbuatan jenayah
terutamanya perbuatan zina.
Hukuman
Membunuh Diri
Pengertian

Mengambil nyawa sendiri dengan menggunakan cara seperti terjun dari tempat
tinggi, minum racun, menggunakan senjata tajam dan menjerut leher dengan tali.
Larangan Membunuh Diri
Allah mengutuk perbuatan bunuh diri dengan apa cara sekalipun.
Antara cara membunuh diri seperti yang disebut di dalam hadis ialah terjun
dari tempat yang tinggi, meminum racun dan menggunakan senjata tajam.
Orang yang membunuh diri akan mendapat siksaan Allah di akhirat. Antara
bentuk siksaan ialah mereka akan menggunakan cara yang sama untuk
menyiksa dirinya dengan cara yang digunakan untuk membunuh dirinya
dahulu.
Perbuatan membunuh diri juga dikira sebagai satu jenayah kerana
dengannya manusia menzalimi diri mereka sendiri.
Sesungguhnya manusia tidak ada hak untuk mengambil nyawa mereka
sendiri sebaliknya di amanahkan untuk menjaga dan memelihara diri
daripada kerosakan.
Antara punca manusia membunuh diri ialah:-
Lemahnya pegangan agama
Kelemahan iman
Tiada kesabaran di dalam menghadapi kesusahan dan ujian
Menghadapi kekecewaan hidup
Hukum
Berkelakuan
Ganas Dan
Mendedahkan
Aurat
Hukum Berkelakuan Ganas Dan Mendedahkan
Aurat

Kandungan hadis menunjukkan gambaran dua golongan manusia


yang disiksa di dalam neraka.
Orang yang banyak melakukan keganasan dan perbuatan yang
mengancam keselamatan orang lain.
Perempuan yang tidak menutup aurat mereka di hadapan bukan mahram.

Pengertian aurat
Aurat bererti bahagian tubuh yang wajib ditutup oleh seseorang sama ada
lelaki atau perempuan daripada pandangan orang-orang yang bukan
mahramnya.
Menutup aurat bagi wanita muslim dari pandangan lelaki bukan
mahramnya adalah wajib sebagaimana firman Allah dalam suran an-Nur,
ayat 31:-
Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka
menahan pandangan dan memelihara kehormatan dan janganlah mereka
menampakkan perhiasan kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan
hendaklah melabuhkan kain tudung ke dadanya dan janganlah
menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka
Batas-Batas Aurat Wanita
Aurat dengan lelaki ajnabi


Menurut mazhab Syafie dan mazhab Hanbali, aurat perempuan
terhadap lelaki ajnabi ialah seluruh anggota badan termasuk muka
dan kedua tapak tangan. Hujah mereka berdasarkan firman Allah:
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka.

Ayat tersebut telah mengharamkan para wanita menampakkan
perhiasan mereka. Larangan menampakkan perhiasan di dalam ayat
tersebut meliputi semua perhiasan sama ada perhiasan alami seperti
muka atau perhiasan buatan seperti pakaian, celak dan sebagainya.

Menurut mazhab Maliki dan mazhab Hanafi, aurat perempuan di
hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh badan kecuali kedua-dua tangan
dari hujung jari sehinggalah pergelangan tangan. Hujah mereka ialah
firman Allah: Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan
kecuali yang biasa nampak daripadanya.

Ayat tersebut telah mengecualikan apa yang nampak dari perhiasan
itu yakni apa yang menjadi satu keharusan untuk membuka dan
menampakkan daripada perhiasan itu, iaitu muka dan kedua-dua
tangan daripada hujung jari sampai ke pergelangan tangan.
Aurat dengan mahram

Aurat wanita dengan mahramnya ialah anggota tubuh antara


pusat dan lutut. Begitu juga terhadap sesama wanita yang
beragama Islam boleh diperlihatkan badannya selain anggota
antara pusat dan lutut.
Menurut ulama mazhab Maliki, aurat wanita dengan mahramnya
yang lelaki ialah seluruh tubuh selain muka, leher, kepala, dua
tangan dan betis.
Pengecualian itu adalah kerana adanya keharusan pergaulan
kerana hubungan kekeluargaan di samping tidak timbulnya
fitnah sesama mereka.
Sementara itu bagi suami ia diperbolehkan untuk melihat seluruh
badan isterinya dan mencari kenikmatan dengan isterinya
dengan segala macam kenikmatan yang halal.
Aurat dengan perempuan bukan muslim

Ulama berselisih pendapat tentang aurat perempuan muslim dengan


perempuan bukan muslim.
Menurut al-Qurtubi, tidak boleh bagi seseorang wanita muslim
menampakkan apa sahaja daripada badannya di hadapan wanita
bukan muslim.
Imam al-Fakhrurazi berpendapat bahawa wanita-wanita Yahudi dan
Nasrani sama dengan wanita Muslim. Pendapat ini disokong oleh Ibnu
Arabi.
Hikmah menutup aurat

Dapat memelihara kemuliaan dan martabat manusia.


Dapat mengelakkan daripada berlakunya gejala sosial atau maksiat seperti
pergaulan bebas, penzinaan dan sebagainya.
Sebagai menjunjung perintah Allah.
Untuk membezakan ciri-ciri pakaian muslim dengan bukan muslim.

Keburukan mendedahkan aurat

Menjadi salah satu punca kepada berlakunya perkara-perkara jenayah


seperti rogol, gangguan seksual, penzinaan dan sebagainya.
Menimbulkan fitnah bagi wanita yang mendedahkan auratnya untuk
dipandang oleh orang lain.
Menimbulkan fitnah bagi lelaki yang tertawan dengan kecantikan wanita
yang boleh menimbulkan keretakan rumah tangga.
Berlakunya tabiat buruk seperti pergaulan bebas dan sebagainya.
Berkelakuan Ganas
Berkelakuan ganas bererti orang yang melakukan sebarang kegiatan
keganasan yang mengganggu ketenteraman awam atau yang melibatkan
kerosakan harta benda.

Islam sangat melarang berkelakuan ganas kerana:-

Perbuatan tersebut boleh mengancam keselamatan orang ramai.


Mayarakat akan hidup dalam ketakutan dan kegelisahan.
Untuk mengelak daripada berlaku pergaduhan dan permusuhan dalam
masyarakat.
Supaya masyarakat bebas mencari rezeki dengan tenang dan aman.
Harta Wakaf
Waqaf
Dari segi bahasa waqaf adalah seerti dengan habasa ( )yang bermaksud
menahan sesuatu.
Dari segi istilah ialah menahan harta yang kekal bentuknya (zat) yang
manfaatnya dapat digunakan untuk kebaikan. Harta yang diwaqafkan hendaklah
diserahkan kepada pihak yang telah ditentukan tanpa menghabiskan harta yang
asal.
Hukum waqaf adalah sunat.
Rukun-rukun waqaf
I. Orang yang mewaqafkan harta.
II. Orang yang menerima harta waqaf.
III. Harta yang diwaqafkan.
IV. Ijab dan kabul.
Syarat harta waqaf

Antara syarat harta waqaf ialah:-


Harta yang ditentukan.
Harta yang diketahui.
Harta yang diwaqafkan hendaklah merangkumi ain dan manfaatnya.
Harta yang dimiliki dengan cara yang sah.
Harta yang boleh diserah atau dipindah milik ketika waqaf.
Harta yang kekal manfaatnya.
Harta yang diambil manfaatnya dari harta yang halal.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan


waqaf
Diharuskan bagi penjaganya memakan harta waqaf bagi mengurusnya
dengan kadar yang sepatutnya.
Hukum harus untuk menguruskan harta waqaf yang terbiar kerana hasil
pendapatan daripada harta ini boleh digunakan untuk kemaslahatan
umat Islam.

Anda mungkin juga menyukai