Anda di halaman 1dari 16

PERLAKSANAAN HUKUMAN HUDUD DI MALAYSIA DAN CABARANNYA

ABDUL MUSYRIF BIN MOHAMAD KHALIL (P54725)

1.0 PENDAHULUAN

Undang-Undang Hudud merupakan perintah Allah yang telah termaktub di dalam Al-
Qur’an. Semua sedia maklum bahawa segala perintah tuhan adalah wajib dilaksanakan oleh
hambanya.

Di Malaysia, beberapa pihak yang berkenaan telah berusaha untuk cuba meniupkan
kembali semangat kearah perlaksanaan hukum tersebut. Akan tetapi, dalam konteks Malaysia
yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen, dimana Perlembagaan Malaysia mempunyai
kedudukan tertinggi untuk dihormati dan diikuti oleh semua pihak, adalah amat sukar untuk
mendapatkan persetujuan mejoriti 2/3 daripada Ahli Dewan Rakyat yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama, bagi mendapatkan persetujuan sebulat suara, meminda Perlembagaan
Malaysia agar hukum Hudud dapat digazetkan sebagai Undang-Undang Negara Malaysia.

Hukum Hudud bukan sahaja ditentang oleh golongan bukan Islam di Malaysia bahkan
dikalangan mejoriti umat Islam itu sendiri. Diharap dengan perbincangan secara akademik,
seruan dakwah serta pemberian kefahaman kepada umat Islam itu sendiri yang merupakan kaum
mejoriti akhirnya akan mampu membuatkan hukum Hudud tersebut dapat dilaksanakan di
Malaysia pada masa mendatang. Insyaallah.

2.0 PENGERTIAN HUDUD

Hudud adalah suatu istilah undang-undang yang bererti hukuman-hukuman yang


ditetapkan oleh syarak yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah.1

Contoh-contoh kesalahan yang dihitung sebagai kesalahan yang membolehkan hukuman


hudud dilaksanakan adalah seperti mencuri, berzina, murtad, meminum minuman yang
memabukkan seperti arak serta Qazaf (Menuduh seseorang berzina tanpa bukti yang cukup).

Kesalahan-kesalahan tersebut jika didapati sabit kesalahan oleh mahkamah, maka


hukuman-hukuman ke atasnya telah pun ditetapkan oleh syarak. Manusia tidak mempunyai
sebarang hak untuk menambah, meminda atau mengurangkan hukuman itu walaupun sedikit atas
nama hudud itu. Manusia juga tidak boleh membatalkan hukuman itu selepas disabitkan
kesalahan. Semuanya itu adalah demikian bentuknya, kerana hukuman hudud itu adalah hak
Allah. Manusia hanya diperintah untuk melaksanakannya sepenuhnya.

2.1 KESALAHAN ZINA DAN PEMBALASANNYA


1
Dato’ Dr.Haron Din. 2007. Islam: Keadilan membebaskan manusia. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd. Cet. 1.
hlm. 117.

1
Zina merupakan satu kesalahan yang paling buruk kerana kesannya bukan sahaja
melibatkan kehormatan seseorang, tetapi juga merosakkan keturunan mereka pada masa-masa
mendatang. Justeru itu, ia diharamkan menerusi firman Allah S.W.T :
         

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang “
1
’’keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

Zina ditakrifkan sebagai persetubuhan yang berlaku tanpa pernikahan yang sah atau
pernikahan yang samar atau pemilikan hamba. Terdapat pelbagai takrif lain yang diberikan oleh
Ulama’. Apa pun juga bentuk dan takrifnya, zina tetap tidak terkeluar dari satu perbuatan yang
salah dan dilarang. Malah satu peruntukan pembalasan telah diwujudkan untuk pesalahnya.

Apabila dapat disabitkan kesalahan zina menerusi 4 orang saksi lelaki atau dengan
pengakuan penzina itu sendiri atau lain-lain cara yang dipertikaikan oleh sebahagia ulama’, maka
pembalasannya wajib dilaksanakan oleh pemerintah terhadap pesalahnya. Terdapat 3 bentuk
pembalasan yang diperuntukkan, iaitu :

1) Sebat.
2) Rejam sehingga mati.
3) Buang daerah / negeri.

2.1.1 Hukuman Sebat.

Maksud sebat disini ialah tindakan memukul penzina sebanyak seratus kali. Pembalasan
ini berdasarkan kepada firman Allah S.W.T :
           
            
   

“ Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang
dari kedua-duanya seratus kali sebat…”

2.1.2 Hukuman Rejam.

Maksud rejam disini ialah tindakan merejam penzina dengan batu atau apa sahaja
seumpamanya sehingga mati. Ia adalah khusus untuk penzina yang muhsan berdasarkan kepada
beberapa buah Hadis, diantaranya sabda Baginda S.A.W :

1
Al-Qur’an, Al-Isra, 17:32

2
“Tidak halal darah seseorang Islam yang mengucap ; sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
Allah dan aku adalah pesuruhnya, melainkan dengan salah satu diantara 3 sebab : Nyawa
dibalas dengan nyawa, duda/janda yang berzina dan orang yang meninggalkan agamanya dan
berpisah daripada jama’ah”.1

2.1.3 Buang Negeri.

Meskipun pada pendapat sebahagian ulama’, buang negeri bukanlah satu pembalasan
yang diwajibkan, tetapi mereka tidak menolaknya sebagai pembalasan ta’zir ke atas pesalah jika
ia didapati perlu oleh pihak pemerintah. Bagaimana pun, hanya ulama’ Mazhab Syafie dan
Hanbali sahaja yang telah mewajibkannya ke atas penzina yang belum muhsan bersama-sama
pembalasan sebat.

Sebagai satu pembalasan, ungkapan buang negeri atau al-taghrib bermaksud tindakan
memindah penzina dari negeri tempat dia melakukan zina ke negeri yang lain.

Dari segi perlaksanaannya pula, ulama’ Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat, ia
wajib dilaksanakan ke atas penzina lelaki dan juga perempuan, tanpa membezakan di antara
kedua-duanya. Tetapi ulama’ Mazhab Maliki mengatakan ia wajib dilaksanakan ke atas penzina
lelaki sahaja.

2.2 KESALAHAN QAZAF DAN PEMBALASANNYA

Dari sudut bahasa ia bermaksud tuduhan. Manakala dari sudut Istilah pula ia bermaksud
tuduhan melakukan zina terhadap diri seseorang dengan syarat-syarat tertentu.

Qazaf merupakan satu perbuatan yang dilarang. Pesalahnya, jika dapat disabitkan
kesalahannya, akan disebat sebanyak 80 kali sebatan berdasarkan kepada firman Allah SWT :
         
          

“Dan mereka yang melemparkan tuduhan zina terhadap orang-orang perempuan yang
terpelihara kehormatan mreka kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi lelaki, maka
sebatlah mereka sebanyak 80 kali sebatan dan (sesudah) itu janganlah kamu menerima
kesaksian mereka buat selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq’’ 2

2.3 KESALAHAN MINUM ARAK DAN PEMBALASANNYA

Walaupun pengharamannya berdasarkan kepada nas Al-Qur’an, namun pembalasannya,


iaitu sebat, berdasarkan kepada nas Hadith. Sabda Rasulullah S.A.W :

.‫ ثم إن شرب في الرابعة فاقتلوه‬، ‫ ثم إن شرب الخمر فاجلدوه‬، ‫ ثم إن شرب الخمر فاجلدوه‬، ‫من شرب الخمر فاجلدوه‬
1
Sunan Ibnu Majah , Abu Abdullah Muhammad Bin Yazid Al-Qazwini, Jilid 2 , Hadith No. 847 , Kaherah : Matba’ah
Isa al-babi al-halabi wa Shurakahu , 1972 M.
2
Al-Qur’an , An-Nur , 24 : 4.

3
“Sesiapa yang meminum arak maka hendaklah kamu sebatnya, kemudian jika dia meminumnya
lagi maka hendaklah kamu sebatnya, kemudian jika meminumnya lagi maka hendaklah kamu
sebatnya, kemudian jika dia meminummnya lagi pada kali keempatnya maka hendaklah kamu
membunuhnya.”1

Kadar sebat yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ada kalanya sedikit dan ada kalanya
banyak, tetapi ia tidak melebihi 40 kali sebat. Kadar itulah yang dilakukan oleh Abu Bakar
semasa pemerintahannya. Inilah yang menjadi pegangan Mazhab Syafie. Sebat yang melebihi
kadar itu dianggap sebagai ta’zir.

Akan tetapi, Abu Hanifah, Malik dan salah satu pendapat daripada Ahmad mengatakan
bahawa pembalasan sebat bagi kesalahan minum arak ialah sebanyak 80 kali sebat. Pendapat ini
berdasarkan kepada ijma’ para sahabat yang berlaku pada masa pemerintahan Umar R.A, iaitu
ketika beliau menjatuhkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebanyak 80 kali. Hukuman ini
tidak mendapat tentangan daripada para sahabat yang ada pada ketika itu dan ini dianggap
sebagai ijma’ para sahabat.

2.4 KESALAHAN CURI DAN PEMBALASANNYA

Kesalahan curi dari sudut bahasa ialah tindakan mengambil harta orang lain dari tempat
simpanannya (hirz). Dari sudut istilah pula, curi ialah tindakan pesalah mengambil harta
terhormat milik orang lain (tanpa kesamaran) yang cukup nisab dan tidak mudah rosak dari
tempat simpanannya yang setara dengan cara sembunyi.2

Tidak ada khilaf dikalangan Ulama’ Mazhab Sunni serta Ulama’ dari Mazhab lain,
sesiapa yang sudah baligh, sempurna akal fikiran dan mempunyai kebebasan bertindak, jika
sengaja mencuri suatu barangan yang cukup nisabnya (iaitu nisab curi) dari tempat simpanan
yang setara tanpa sebarang kesamaran tentang pemilikannya, wajiblah dikenakan pembalasan
potong seperti yang dijelaskan Allah di dalam firmannya :
           
  

“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan kedua-dua mereka sebagai satu pembalasan dengan sebab apa yang telah
mereka usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah daripada Allah. Dan (ingatlah)
Allah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.”3

2.5 KESALAHAN MURTAD DAN PEMBALASANNYA

Pengertian Murtad dari sudut bahasa bermaksud keluar dari sesuatu kepada yang lain.
Dari pengertian Istilahnya ialah tindakan keluar dari agama Islam sama ada menerusi niat atau
1
Riwayat At-Tarmizi
2
Muhammad Na’im Farhat, al-Tasyri’ al-Jina’I al-Islami, hlm 30.
3
Al-Qur’an, Al-Ma’idah, 5 : 38

4
perbuatan atau ucapan, sama ada ucapan itu bertujuan untuk mengejek atau melahirkan sikap
degil atau kerana keyakinan.

Seorang Islam yang sah murtadnya, sama ada lelaki atau perempuan, akan dikenakan
pembalasan oleh pemerintah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w, di dalam sebuah
Hadisnya :

‫من ب ّدل دينه فاقتلوه‬

“Sesiapa yang menukar agamanya, maka kamu bunuhlah dia.”1

Hadis di atas begitu jelas menunjukkan pembalasan yang layak bagi seseorang pesalah
murtad; iaitu hokum bunuh. Inilah pendapat jumhur Ulama’ Mazhab Hanafi yang mengecualikan
pesalah perempuan daripada hukum bunuh. Menurut pendapat mereka, pesalah perempuan
hendaklah dipaksa kembali kepada Islam dengan cara memenjarakannya sehingga dia kembali
menganut agama Islam ataupun meninggal dunia.

2.6 KESALAHAN BUGHAH (PENDERHAKAAN) DAN PEMBALASANNYA

Dari sudut bahasa al-Baghy bermaksud menuntut atau mencari sesuatu. Dari sudut istilah
pula, terdapat pelbagai takrif yang diberikan oleh para ulama’ diantaranya ialah: Penentangan
terhadap seorang pemerintah (Islam), dilakukan oleh sekumpulan orang (Islam) yang
mempunyai kekuatan sama ada berasaskan kepada bilangan yang ramai atau kepada kekuatan
senjata, mereka juga mempunyai ta’wil (alasan) dan seorang ketua yang mereka patuhi.

Perbuatan menderhaka dengan kekerasan terhadap seorang pemerintah yang sah


sekalipun pemerintahannya tidak adil, menurut pendapat ulama’ Mazhab Hanbali, ia adalah yang
tindakan dilarang. Sabda Rasulullah S.A.W :

‫من حمل علينا السّالح فليس منّا‬

“Sesiapa yang mengangkat senjata menentang kami maka dia bukanlah dari golongan kami.”2

Didalam menghadapi mereka, pemerintah diharuskan bertindak dengan 2 cara


berdasarkan kepada keadaan mereka, iaitu:

Pertama : Jika mereka tidak mempunyai kekuatan (senjata dan pertahanan), maka pemerintah
hendaklah menangkap dan mengurung mereka sehingga mereka bertaubat.

Kedua : Jika mereka mempunyai kekuatan (senjata dan pertahanan) dan bersedia untuk
berperang, sebagai langkah pertama, pemerintah hendaklah menyeru mereka supaya kembali
mentaatinya dan merujuk kepada pendapat jama’ah. Di samping itu, pemerintah dikehendaki
juga bertanya tentang sebab timbulnya penentangan mereka. Jika mereka menyebut tentang
1
Riwayat al-Jama’ah kecuali Muslim. Lihat Nail al-Authar, 7 : 216.
2
Riwayat Muslim, 1:22, 98, 99.

5
sesuatu kezaliman atau keburukan yang sedang berlaku didalam Negara dan dakwaan mereka itu
benar, maka pemerintah hendaklah memenuhi tuntutan mereka, kemudian menyeru mereka
supaya kembali mentaatinya dan pada saat itu mereka wajib mentaatinya. Sekirannya mereka
masih berdegil, pemerintah hendaklah memerangi mereka sehingga mereka dapat dihancurkan
atau mereka meletakkan senjata atau berhenti memeranginya atau menyerah diri atau tidak
berdaya lagi untuk berperang.1

3.0 PERLAKSANAAN HUKUMAN BAGI KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI


MAHKAMAH SYARIAH

Aspek mengenai hukuman dan penghukuman serta keberkesanannya merupakan aspek


yang jarang disentuh oleh sebarang penulis. Andainya iaah seolah-olah tiada apa yang boleh
diubah daripada peruntukan yang ada. Di dalam buku ‘Tinjauan Kepada Perundangan Islam’,
beberapa konsep perlaksanaan hukuman telah dihuraikan berasaskan perspektif Feqah sama ada
kesiksaan berdasarkan Qisas, Hudud mahupun Takzir.2

Begitu juga dengan penulis-penulis lain yang juga cenderung untuk mengemukakan idea
berkenaan dengan prinsip penghukuman berdasarkan hukum Islam. Paizah Haji Ismail banyak
menulis mengenai pandangan pelbagai ulama Feqah mengenai kaedah dan perlaksanaan
hukuman jenayah Islam seperti sebat dan hukuman mati. Misalnya dalam satu artikelnya beliau
mengemukakan pandangan ulama Feqah serta panduan mengenai kaedah perlaksanaan dan
prosedur hukuman sebat. Akan tetapi, beliau tidak mengulas mengenai pemakaian dan
perlaksanaan Kaedah Hukum Sebat Negeri Kelantan 1987 sedangkan kaedah tersebut sudahpun
wujud ketika itu. Penulisan isu yang sama juga diulang oleh Ashraf Mohd Hashim 3 yang
mempunyai banyak persamaan dengan apa yang ditulis oleh Paizah Haji Ismail.

Dari aspek hukuman Qisas, sekali lagi Paizah Haji Ismail menulis mengenai hukuman
mati di bawah hukum jenayah Islam dengan membawa huraian pendapat ulama’ tentang 2 prkara
berbeza, iaitu : Pertama, hukuman mati yang dibenarkan oleh hukum Islam iaitu terhadap
kesalahan murtad, zina dan pembunuhan. Yang kedua, beliau menghuraikan hukum mengenakan
hukuman mati terhadap kesalahan-kesalahan takzir.4

Mengenai perlaksanaan kesemua bentuk hukuman yang diperuntukkan dalam Islam serta
realiti di Mahkamah Syariah serta keberkesanan, belum ada sebarang penulisan yang kritikal
dibuat. Umum mengetahui bahawa peruntukan yang diberikan oleh Akta Mahkamah Syariah
(Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Pindaan) 1984 memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah
Syariah untuk menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun, denda tidak lebih daripada
RM 5000 atau 6 kali sebatan. Biarpun hukuman telah ditingkatkan, namun belum ada kajian atau

1
Abd.Karim Zaidan, Ahkam al-Dhimmiyyin, hlm 234.
2
Mat Saad Abdul Rahman, “Uqubah Dalam Jenayah Takzir dan Perlaksanaannya Dalam Masyarakat Majmuk.” Hlm
337.
3
Ashraf Mohd Hashim, “Kaedah Perlaksanaan Hukuman Sebat Di Dalam Islam,” Jurnal Syariah (2000), hlm 1-14.
4
Paizah Haji Ismail, “Hukuman Mati Di Bawah Undang-Undang Jenayah Islam”, Jurnal Syariah (1994), hlm 79-87.

6
penulisan yang mengkaji keberkesanan hukuman ini dalm membendung penglibatan masyarakat
dalam jenayah Syariah.

Mengenai hukuman sebat pula, biarpun diperuntukkan terhadap pelbagai kesalahan


Jenayah Syariah – malah kaedah perlaksanaannya juga dinyatakan di dalam Enakmen Prosedur
Jenayah Syariah – namun hukum sebat tidak pernah dijatuhkan terhadap pesalah, kecuali di
negeri Kelantan sahaja. Apabila negeri Kelantan meluluskan Kaedah-Kaedah Hukum Sebat pada
tahun 1987, pesalah pertama yang dikenakan hukuman sebat ialah orang yang disabitkan dengan
kesalahan meminum minuman yang memabukkan.1

Apabila hukuman tersebut diatuhkan dan diberi publisiti yang meluas di media cetak
tempatan, tinjauan rambang telah dilakukan di kelab-kelab malam dan restoran yang menjual
minuman keras. Didapati pemilik restoran dan premis hiburan menyimpul bahawa umat Islam
Kelantan sudah mula takut utnuk minum arak. Pelbagai reaksi telah diberikan mengenai perkara
ini. Sungguhpun demikian, perlu ada kajian saintifik yang lebih menyeluruh untuk mengukur
keberkesanan hukuman yang dijatuhkan disamping mencari langkah yang menjadikan sesuatu
hukuman itu lebih berkesan.

4.0 MASALAH RANG UNDANG-UNDANG HUDUD DI MALAYSIA

Rang Undang-Undang Hudud Kelantan dan Terengganu menimbulkan 3 jenis masalah.


Salah satu daripada masalah ini adalah masalah prosedur, dan ini dapat dilihat pada kurangnya
bidang kuasa perundangan yang boleh mengakibatkan percanggahan dengan Perlembagaan
Persekutuan. Terdapat juga masalah yang berkaitan dengan realiti masyarakat dan politik
Malaysia. Dalam konteks masyarakat berbilang agama, Rang Undang-Undang Hudud
menimbulkan persoalan sama ada negara ini harus ditadbir oleh 2 undang-undang yang berbeza,
sama ada 1 untuk orang Islam dan 1 lagi untuk bukan Islam ?

Selain itu, satu lagi bentuk masalah kesepaduan yang timbul adalah apabila hanya
terdapat 2 daripada 13 negeri di Malaysia telah merangka pelan berlainan untuk negerinya dan
seterusnya memaksa kerajaan pusat membuat pilihan yang sukar. Rang Undang-Undang ini
dilihat gagal memberikan pilihan yang bermakna kerana timbul keraguan tentang kebijaksanaan
membuat pendekatan harfiyyah terhadap pemahaman hudud. Ia juga tidak menunjukkan
sebarang usaha untuk menggunakan konsep Ijtihad bagi masalah-masalah baru agar dapat
memenuhi kehendak keadilan dan menggalakkan perkembangan polisi perundangan sosial.

5.0 HALANGAN-HALANGAN PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG HUDUD DI


DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

5.1 Kedudukan Islam Di dalam Perlembagaan Malaysia.

1
Lihat kes Pendakwa Syarie Kelantan lwn Yusnady Bin Josan, kes jenayah no 13/89, Mahkamah Qadhi Besar
Kelantan.

7
Perlembagaan mempunyai peranan yang penting dalam pentadbiran Negara. Ini kerana
boleh dikatakan semua institusi Negara dan kuasa-kuasa yang mereka miliki diperincikan oleh
dokumen perlembagaan. Bagaimanapun perlu juga diketahui bahawa tidak ada perlembagaan di
dunia ini yang dapat memperincikan segala-galanya secara hitam putih dalam dokumen tersebut.
Sebagai contohnya Perlembagaan Persekutuan kita sendiri tidak menyebut ‘kuasa kerajaan’ atau
‘kuasa Perdana Menteri’, meskipun ini semua sering disebut atau kelihatannya wujud.

Jadi, dalam senario yang diselubungi oleh ketidakpastian sedemikian, peranan mahkamah
menjadi penting. Ini amat dirasakan apabila berlaku pertikaian dan mahkamah akan membantu
mengenalpasti dan mengesahkan apa yang dianggap amalan atau sebaliknya. Bagaimanapun,
tidak semua keputusan mahkamah memberikan penyelesaian bahkan boleh menambahkan
kekeliruan terutamnya dalam konteks jangka panjang.

Senario tersebut sebenarnye turut relevan dalam perbincangan mengenai kedudukan


Islam dalam Perlembagaan. Kedudukan Islam dalam perlembagaan umumnya terbatas. Ini
berasaskan kepada peruntukan-peruntukan berkenaan yang Cuma mengisytiharkan Islam sebagai
agama rasmi1 tetapi dalam masa yang sama membataskan kedudukan itu. 2 Oleh kerana kita
mempunyai 2 sistem mahkamah – sivil dan syariah – dan mahkamah Syariah mempunyai bidang
kuasa yang terhad, tanggapan diatas tidak dapat tidak semakin kukuh. Meskipun demikian,
kedudukan Islam berbanding dengan agama-agama lain – yang bagaimanapun diberikan hak
untuk diamalkan dengan bebas dikalangan penganut mereka – adalah lebih tinggi. 3 Walau
bagaimanapun, apakah kedudukan Islam yang dikatakan lebih tinggi ini benar-benar terlaksana
masih lagi menjadi perdebatan.

Dalam aspek perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam, ianya tidaklah harus semata-
mata bergantung kepada peruntukan dalam Perkara 3 itu sahaja. Peruntukan tersebut adalah
peruntukan umum yang cuba member karakter kepada Perlembagaan dan pentadbiran negara
ini.4 Persoalan perlaksanaan Islam perlu dilihat dalam konteks perlembagaan secara keseluruhan.
Sewajarnya, dengan menggunakan peruntukan dalam Perkara 3 untuk menghukum
perlembagaan keeluruhannya adalah tidak tepat. Peruntukan tersebut tidak mampu untuk
memikul beban melaksanakan Islam yang begitu rumit dan berat. Untuk melaksanakan Islam,
Perlembagaan perlu dipinda untuk menjelaskan apa-apa yang masih kabur dan tidak jelas.

5.2 Bidang Kuasa Persekutuan dan Negeri-Negeri.

Pembahagian kuasa antara pihak berkuasa pusat dan negeri-negeri juga perlu disentuh
kerana ia melibatkan soal bidangkuasa ke atas Islam. Seperti yang diketahui umum persoalan
1
Lihat Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3(1) : Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan.
2
Ibid. Perkara 3(4) : Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam
Perlembagaan ini.
3
Ibid. Perkara 12 (2).
4
LA Sheridan. The Federation of Malaya Constitution : Text, Annotation and Commentary, Singapore: University Of
Malaya Press, 1961, hlm 4.

8
pentadbiran undang-undang jenayah dan keadilan diletakkan di bawah bidang kuasa
Persekutuan.1 Sementara itu Islam diletakkan di bawah bidang kuasa negeri. Bagaimanapun,
perlu dijelaskan bahawa perkara-perkara berhubung dengan Islam sebagaimana yang terdapat di
dalam kerangka perlembagaan sebenarnya berkisar kepada soal-soal undang-undang keluarga. 2
Malah ada undang-undang yang membataskan bidang kuasa mahkamah syariah.3

Jadi, persoalannya disini, apakah kedudukan ini menghalang perlaksanaan Undang-


Undang Jenayah Islam termasuk hukum hudud di Malaysia?Jawabnya, tidak. Apa yang
ditetapkan oleh perlembagaan ialah bahawa bidang berkenaan terletak di bawah bidang kuasa
pihak berkuasa persekutuan. Jadi, parlimen dan kerajaan Persekutuanlah yang bertanggungjawab
mengatur langkah ke arah melaksanakan undang-undang Islam. Ini termasuklah meminda
undang-undang yang ada supaya selari dengan Islam dan kemudian melaksanakannya.

Selain itu, sering juga disebutkan bahawa Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa
perlembagaan tersebut adalah undang-undang tertinggi dan undang-undang lain terbatal
sekirannya ia bertentangan dengan undang-undang persekutuan itu. 4 Ini disebut sebagai
peruntukan utama yang menghalang pelaksanaan Islam kerana ia tidak merujuk kepada Al-
Qur’an dan As-Sunnah. Bagaimanapun perlu disebut juga bahawa apa yang dikatakan sebagai
Perlembagaan itu sebenarnya tidak jelas. Dalam banyak hal, apakah yang dikatakan
perlembagaan itu masih bergantung kepada tafsiran mahkamah. Seperti yang disebutkan di atas,
perlembagaan tidak menyebut semua hal secara terperinci dan jelas. Dengan kata lain, masih ada
ruang untuk berhujah bahawa peruntukan yang mengisytiharkan perlembagaan sebagai undang-
undang tertinggi Negara itu tidak semestinya mutlak dalam menghalang perlaksanaan undang-
undang Islam.

Dengan demikian boleh dikatakan bahawa perlembagaan tidak semestinya menghalang


perlaksanaan undang-undang jenayah Islam. Sekiranya pihak berkuasa persekutuan mahu
mengambil tindakan ke arah itu, undang-undang jenayah Islam boleh dilaksanakan di dalam
kerangka yang ada sekarang. Pihak berkuasa negeri boleh melaksanakan undang-undang
berkenaan tetapi ini memerlukan pindaan perlembagaan bagi (a) meminda perlembagaan dan
mengecualikan jenayah di bawah undang-undang Islam dari bidang kuasa Persekutuan. (b)
menaikkan atau mengubahsuai undang-undang yang membataskan bidang kuasa mahkamah
syariah tadi. Ini semua tidak terlalu sukar kerana pihak yang memerintah mempunyai mejoriti
yang cukup di Parlimen.

1
Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai 1 – Senarai Persekutuan; butiran 4 yakni “Undang-
Undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan…..”
2
Ibid. Senarai 2 – Senarai Negeri butiran 1.
3
Yakni Akta Mahkamah Syariah 1965, yang dipinda pada 1988. Di bawah statut ini, mahkamah syariah hanya boleh
menjatuhkan hukuman tidak melebihi 3 tahun penjara, denda tidak melebihi RM5000 dan sebat tidak melebihi 6
sebatan: lihat Abd. Jalil Borhan, “Penubuhan Mahkamah-Mahkamah Syariah dan bidang kuasanya di Malaysia”
dalam Ahmad Hidayat Buang (pnyt), Undang-Undang Islam di Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia, Kuala
Lumpur: Akademi Pengajian Islam, 1998, hlm 24-30.
4
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 4(1).

9
5.3 Isu Rogol Dan Bukti Zina.

Isu-isu ini telah menjadi focus suatu forum di Kuala Lumpur yang telah dianjurkan oleh
ISIS (Institute Of Strategic and International Studies atau Institut Kajian Strategik dan
Antarabangsa) dan Sisters In Islam pada November 1993.

Secara keseluruhannya, penceramah dan hadirin di forum tersebut begitu kritikal


terhadap Rang Undang-Undang Hudud kerana pada pandangan mereka Rang itu
mendiskriminasi kaum wanita. Selain rogol, 2 lagi isu yang diberi perhatian ialah peruntukan
Rang yang tidak menerima perempuan sebagai saksi dalam hudud dan juga isu ketidakterimaan
qarinah (bahan bukti) sebagai bukti dalam hudud.

Rang tersebut dikritik kerana langsung tidak menangani masalah rogol. Sementara Rang
menangani masalah zina, langsung tidak membicarakan soal rogol, mungkin kerana rogol telah
terangkum dalam Kanun Keseksaan. Namun demikian, Rang tidak memperjelaskannya dan tiada
sebarang usaha dibuat tentang bagaimana ia bercadang untuk membezakan antara zina dan rogol.

Oleh sebab tiada peruntukan yang membezakan antara zina dan rogol, definisi luas zina
dalam Rang mungkin akan meliputi rogol. Ini bermakna 2 jenis kesalahan yang berlainan akan
tertakluk di bawah satu peraturan. Kemunkinan ini diperkukuhkan lagi dalam Rang Undang-
Undang Hudud Kelantan, Klausa 46 (2) menyatakan bahawa ‘dalam perkara zina, kehamilan
atau kelahiran anak oleh seorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi
keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman
hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dia dapat membuktikan sebaliknya’.

Oleh sebab yang demikian, hal ini berpotensi untuk menyamakan rogol dengan zina.
Manakala zina ialah perhubungan seksual antara 2 orang yang rela, rogol adalah perhubungan
yang dipaksa dan tidak direlai oleh mangsa. Mengenakan hukum zina dalam kes rogol untuk
membuktikan dakwaan terhadap si perogol, mangsa rogol terpaksa mengemukakan 4 orang saksi
lelaki Islam yang akhil baligh serta adil yakni menunaikan apa-apa yang disuruh Islam, menjauhi
dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai perasaan dan
pendirian menghormati diri. Sekirannya si mangsa gagal berbuat demikian, maka dia pun boleh
dikenakan hukuman Qazaf.

Menurut seorang pengulas, ‘Memindahkan beban bukti kepada seorang wanita yang
hamil atau melahirkan anak adalah tidak munasabah’ selain menambah, ‘Kerajaan Negeri
nampaknya masih berkeras memelihara Klausa tersebut seperti yang telah didrafkan’ 1 walaupun
Klausa ini telah menjadi tumpuan kritikan dan perdebatan umum.

Seorang lagi hadirin forum di Kuala Lumpur itu, mengetengahkan isu penderitaan
mangsa rogol di Pakistan. Beliau menyatakan pengalaman di Pakistan sejak Ordinan Syariah
diluluskan pada Mei 1991 telah menunjukkan bahawa 60 hingga 70 peratus wanita yang berada
1
Rose Ismail, “Hudud Laws”, New Straits Times, 10 Julai 1994, ms 12.

10
di pusat tahanan telah didakwa dibawah kesalahan hudud. Satu kajian yang telah dijalankan oleh
1 jawatankuasa memansuhkan Ordinan Hudud, yang berpusat di Karachi, mendapati bahwa
dalam tahun 1991, lebih 2000 orang wanita menunggu perbicaraan dibwah undang-undang
tersebut. Kebanyakan daripada mereka dituduh berzina oleh saudara-mara yang bertujuan mahu
membelenggu mereka dalam perkahwinan paksa atau hanya kerana wanita tersebut
meninggalkan rumah bersama lelaki pilihan mereka. Tuan-tuan tanah yang kaya raya mencabuli
pekerja lading serta pembantu rumah, dan apabila mereka mengadu kepada pihak berkuasa yang
mereka telah dirogol, mereka pula yang dihukum di bawah Ordinan Syariah kerana tidak dapat
mengemukakan 4 saksi lelaki mulia berkeperibadian baik dan mulia untuk menjadi saksi
mereka.1

6.0 SIKAP PARTI POLITIK DAN NGO TERHADAP HUKUM HUDUD

Berikut adalah beberapa kenyataan ahli Parti Politik dan NGO terhadap hukum Hudud :-

 Kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit
Gelugor, P.Pinang, YB Karpal Singh ketika mengulas kenyataan YAB Tuan Guru Dato’
Hj.Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, mengenai cadangan beliau
mengenai perlaksanaan hukum hudud bagi mengatasi masalah sosial dan jenayah :
“Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh
diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun
Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang
hudud.”2 Beliau juga menafikan bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud
dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.3

 Kenyataan Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Perak, YB Lim Kit
Siang : “Hukum Hudud dan Negara Islam bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (PR).”
Beliau juga turut mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa
menekankan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara sekular.4

 Kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan ADUN
Seri Setia serta pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, YB Nik Nazmi Bin Nik
Ahmad : "PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah
Negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai." Selain, “Langkah
itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.” katanya dan menurutnya beliau
1
Rose Ismail, “Hudud Law In Other Countries”, kertas kerja dibentangkan di forum ISIS di Kuala Lumpur pada 19
November 1993, hlm 2. Satu rumusan kertas kerja ini boleh didapati di dalam sebuah rencana yang ditulis oleh
Linna Yong, “The Burden Of Proof In Hudud”, The Star, 27 November 1993, hlm 8.
2
Lihat : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-karpal-tolak-hukum-hudud-pandangan-
peribadi-kata-nik-aziz/ , 21 Ogos 2010.
3
Lihat : http://www.ibnuhasyim.com/2010/08/karpal-singh-nafi-tolak-hudud-nislam.html , 24 Ogos 2010.
4
Lihat : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hukum-hudud-dap-perlu-fahami-dasar-perjuangan-
pas/ , 23 Ogos 2010.

11
berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara
Islam.1

 Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan merangkap Exco Pembangunan Islam,


Pendidikan Dan Dakwah Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Hj Mohd Amar Bin Nik
Abdullah : “PAS dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah
bersetuju untuk tidak membincangkan soal perlaksanaan hukum Hudud yang menjadi
agenda perjuangan parti itu (PAS) selama ini.” Malah PAS mengakui hukum Hudud
tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.2

 Kenyataan Ketua Wanita UMNO yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil ketika mengkritik Rang Undang-
Undang Terengganu : “Kenapa PAS sentiasa menggunakan tafsiran yang negatif dan
minoriti apabila menangani isu-isu wanita dan menyatakan bahawa demi mendukung
keadilan di bawah undang-undang Islam, mereka seharusnya menggunakan tafsiran yang
tidak mendiskriminasi sesiapa jua.” Seterusnya menggesa agar Rang Undang-Undang
Hudud disingkirkan.3

Selain itu, Pengarah Pertubuhan Pertolongan Wanita, Ivy Josiah dan Sisters In Islam
menyokong gesaan Shahrizat. Wakil Wanita MCA Wilayah Persekutuan, Tai Sim Yew, Wakil
DAP serta Setiausaha Agung Wanita GERAKAN, Ng Siew Lai telah merakamkan kritikan
mereka terhadap Rang Undang-Undang yang telah dicadangkan.4

 Kenyataan Wathshlah G Naidu dan Lee Shook Fong dari Pertubuhan Pertolongan Wanita
(WAO) : “WAO berpegang teguh kepada prinsip bahawa Hukum Hudud ini bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan dan amat mendiskriminasi. Kerajaan pusat haruslah
prihatin terhadap suara rakyat dan menyediakan saluran untuk meneruskan perdebatan
terbuka bukan sahaja tentang hukum Hudud tetapi juga tentang amalan agama.”5

 Kenyataan Sisters in Islam, National Council of Women's Organisations (NCWO), All


Women's Action Society (AWAM), Association of Women Lawyers (AWL), Majlis
Pertubuhan Ibu-Ibu Tunggal Malaysia Malaysian, Association of Social Workers, Wanita
Ikram, Persatuan Komuniti Ikram, Kuala Lumpur Women's Aid Organisation (WAO),
Women's Crisis Center (WCC), Women Development Collective (WDC), Wijadi,
melalui artikel mereka : “Hudud di Terengganu - Undang-Undang untuk Melindungi
1
Lihat : http://www.anwaraidc.com/2010/08/hudud-tak-sesuai-nik-nazmi-diserang-pas.html , 25 Ogos 2010.
2
Lihat : http://www.isuhot.com/?p=1128 , 7 September 2010.
3
Lihat : ‘’Women, Unite: Oppose Hudud Laws, says Sharizat,’’ The Star, Kuala Lumpur, Mei 29, 2002, muka depan
dan ms 3.
4
Lihat : New Straits Times “PAS Hudud Laws : Keadilan wants victims treated fairly,” Mei 31, 2002, National ms 4.
5
Lihat : http://www.wao.org.my/news/20020701rencanahudud.htm , 12 Julai 2002

12
Perogol.” Menyatakan : “Rang Undang-Undang Hudud yang digubal oleh kerajaan
negeri Terengganu merupakan pencabulan ketara ke atas prinsip-prinsip keadilan dan
kesaksamaan dalam Islam.” Selain : “Kami menggesa kerajaan negeri Terengganu
supaya menghapuskan sikap prasangka terhadap kaum wanita serta juga
mempertimbangkan kesalahan di sisi perlembagaan mengenai perundangan atas perkara-
perkara jenayah yang di bawah bidang kuasa perundangan persekutuan. Apa yang
diperlukan ialah perdebatan awam yang seluas-luasnya tentang sama ada tujuan keadilan
jenayah dalam Islam mampu dicapai sekiranya dilaksanakan secara runcitan dalam dunia
yang serba tidak sempurna ini. Kesannya boleh membawa kepada penindasan dan
kezaliman, terutamanya terhadap kaum wanita, sebagaimana ditunjukkan telah berlaku di
beberapa negara Islam. Oleh yang demikian ia telah mencemar imej Islam dan Syariah.”1

7.0 FORMULA PENYELESAIAN – CADANGAN DAN RENUNGAN

Setelah diketahui sedikit sebanyak sifat dan jenis penghalang kepada perlaksanaan
undang-undang jenayah Islam (termasuk hudud) di Malaysia, bolehlah dicadangkan beberapa
langkah untuk mengatasinya.

Mengenai halangan yang terdapat di dalam perlembagaan, ia dilihat boleh diatasi sama
ada dengan cara mentafsirkan peruntukan-peruntukan yang dianggap menghalang secara yang
selaras dengan kehendak Islam, atau meminda peruntukan-peruntukan tersebut sekiranya
pendekatan melalui tafsiran yang mesra-Islam itu tidak dapat dilakukan atau terlalu lambat.

Bagaimanapun, cara ini juga belum pasti dapat menyelesaikan masalah kerana
sebagaimana yang dimaklumi pindaan perlembagaan yang dibuat untuk menghalang
campurtangan mahkamah sivil ke atas mahkamah Syariah masih belum terlaksana sepenuhnya
sehingga sekarang.2 Ini berpunca daripada sikap sebahagian daripada hakim-hakim yang enggan
mematuhi kehendak peruntukan yang jelas menggambarkan maksud parlimen itu. Kelihatannya
para hakim mengambil sikap yang bebas dan kreatif apabila dihadapkan dengan soal-soal Islam, 3
dan negeri tetapi mengambil pendekatan harfiah dan konservatif dalam soal-soal hak asasi.4

Walaupun sebahagian daripada formula penyelesaian ini kelihatannya bersifat undang-


undang – yakni meminda peruntukan-peruntukan yang menghalang tadi – ini tidak dapat lari
daripada faktor politik kerana inilah sebenarnya yang memulakan dan menyambung proses yang
kelihatannya lebih bersifat undang-undang itu. Sekiranya kemahuan politik tidak wujud atau
lemah, tidak mungkin sesuatu inisiatif itu akan bermula jauh sekali membuahkan hasil.
Mengenai sikap hakim pula, ia juga mempunyai kaitan dengan politik kerana para hakim akan

1
Lihat : http://www.sistersinislam.org.my/bm/skp/09052002.htm , 9 Mei 2002.
2
Iaitu pindaan ke atas Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan pada 1988. Sila lihat, Farid Sufian Shuaib, “The State
List and the Jurisdiction of Syariah Courts – The Jurisdictional Conflict Continues” , (1999) hlm 41.
3
Abdul Aziz Bari, “Murtad dalam konteks Kebebasan Beragama di Malaysia”, (1999) 3 JUUM 54.
4
Abdul Aziz Bari, “Kebebasan dan Hak Asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan – Satu Analisis Umum”, (2000) 4
JUUM 87.

13
mengambil iktibar dan isyarat daripada apa yang berlaku disekeliling mereka. Sekiranya
kepimpinan politik tidak menunjukkan semangat yang kuat, agak sukar untuk mengharapkan
perubahan yang signifikan dan mendasar di mahkamah. Ini tidak memeranjatkan kerana di
mana-mana pun para hakim pada hakikatnya dilantik oleh orang politik.1

Apa pun sebenarnya yang menjamin perlaksanaan Islam ialah apabila kuasa
pemerintahan di peringkat Persekutuan berada ditangan orang-orang yang komited dengan ajaran
Islam. Tetapi melihat kepada scenario yang ada dihadapan kita ini tidak mudah untuk berlaku.
Oleh sebab itu, haruslah rakyat sebagai pengundi yang komited terhadap Islam yang mempunyai
kuasa untuk meletakkan orang-orang yang komited dan berpandangan Islamik di tampuk
kekuasaan. Masalah kita sekarang ialah rakyat terbanyak sendiri masih kabur dan terkapai-kapai
apabila persoalan perlaksanaan Islam dibangkitkan. Nampaknya mereka tidak boleh diharapkan
untuk menukar pemerintahan kepada yang lebih mesra dan simpati kepada Islam. Ini diburukkan
lagi oleh kewujudan media yang berat sebelah.

Itu menimbulkan keperluan dakwah dan penerangan yang lebih meluas. Tetapi ini tidak
mudah untuk dilakukan kerana selain wujudnya halangan dan sekatan, usaha-usaha sedemikian
juga memerlukan kepakaran dan kewangan yang bukan kecil. Usaha-usaha sedemikian juga
perlu dijalankan secara berterusan dan ini menekankan kepentingan kuasa politik juga.

8.0 KESIMPULAN

Hasil daripada pembacaan terhadap kajian-kajian yang telah dipaparkan, penulis


berpendapat bahawa begitu kurang kajian yang dijalankan bagi mentafsir serta menganalisis
masalah-masalah yang melibatkan penguatkuasaan kesalahan-kesalahan di bawah Rang Undang-
Undang Hudud itu sendiri. Begitu juga dengan kajian mengenai keberkesanan contohnya
Mahkamah Syariah dalam menjalankan peranan dan fungsinya terutama dalam aspek-aspek
seperti menjatuhkan hukuman terhadap sesuatu jenayah, pendakwaan sesuatu kesalahan,
pembuktian sesuatu kes jenayah dan sebagainya. Hal tersebut amat berguna kerana sekiranya
terdapat bukti pengumpulan data mengenai keberkesanannya, maka ia sedikit sebanyak akan
dapat membantu menyedarkan masyarakat terhadap peri pentingnya perlaksanaan hukuman
hudud kepada masyarakat. Hampir semua penulisan adalah berkenaan konsep dan prinsip
hukuman dalam perundangan Islam serta kaedah melaksanakannya seperti yang digariskan oleh
para Fuqaha’ terdahulu. Diharap, dengan adanya kajian yang bersifat analisis dan akademik oleh
beberapa pihak akan dapat memberikan kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat dari
pelbagai agama dan keturunan supaya perlaksanaan hukuman Hudud akan berjaya dilaksanakan
di Malaysia tanpa sebarang kritikan dan masalah.

RUJUKAN
1
Abdul Aziz Bari, “Perlembagaan Malaysia – Asas-asas dan Masalah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2001, hlm 121-128.

14
Abu Abdullah Muhammad Bin Yazid Al-Qazwini. 1972. Sunan Ibnu Majah. Kaherah :
Matba’ah Isa al-Baaby al-Halabi Wa Shurakahu.

Imam Al-Shaukani, Muhammad Bin Ali Bin Muhammad. t.t. Nail al-Authar. Kaherah :
Matba’ah Mustafa al-Baaby al-Halabi Wa Awladuh.

Muhammad Na’im Farhat. 1984. al-Tasyri’ al-Jina’I al-Islami. Jeddah : Dar al-Isfahani Li al-
Tiba’ah.

Abd.Karim Zaidan. 1976. Ahkam al-Dhimmiyyin Wa al-Musta’minin Fi Dar al-Islam. Beirut :


Mu’assasah al-Risalah.

Haron Din, Dato’ Dr. 2007. Islam: Keadilan Membebaskan Manusia. Kuala Lumpur: PTS
Millennia Sdn.Bhd. Cet. 1.

Mat Saad Abdul Rahman, Dr. 2006. Pembalasan Kesalahan Jenayah Dalam Masyarakat
Majmuk. Petaling Jaya : Intel Multimedia And Publication.

Abdul Aziz Bari, Prof Dr. 2005. Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya : Intel
Multimedia And Publication.

Abdul Aziz Bari, Prof Dr. 2001. Perlembagaan Malaysia – Asas-Asas Dan Masalah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Hashim Kamali, Prof Dr. 2003. Hukuman Dalam Undang-Undang Islam, Suatu
Penilitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan Dan Terengganu. Petaling Jaya : Ilmiah Publishers
Sdn. Bhd.

Ahmad Hidayat Buang (Editor). 2005. Mahkamah Syariah Di Malaysia, Pencapaian Dan
Cabaran. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Ahmad Hidayat Buang. 1998. Undang-Undang Islam Di Mahkamah-Mahkamah Syariah di


Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, UM.

Ashraf Mohd Hashim. 2000. Kaedah Perlaksanaan Hukuman Sebat Di Dalam Islam. Jurnal
Syariah UM.

Paizah Haji Ismail. 1994. Hukuman Mati Di Bawah Undang-Undang Jenayah Islam. Jurnal
Syariah UM.

Abdul Aziz Bari. 1999. Murtad Dalam Konteks Kebebasan Beragama di Malaysia. 3 JUUM 54.
Jurnal Undang-Undang UIA.

Abdul Aziz Bari. 2000. Kebebasan Dan Hak Asasi Di Bawah Perlembagaan Persekutuan – Satu
Analisis Umum. 4 JUUM 87. Jurnal Undang-Undang UIA.

15
LA Sheridan. 1961. The Federation of Malaya Constitution : Text, Annotation and Commentary.
Singapore: University Of Malaya Press.

Rose Ismail. 10 Julai 1994. Hudud Laws. New Straits Times.

Rose Ismail. 19 November 1993. Hudud Law In Other Countries. Forum ISIS di Kuala Lumpur.

Linna Yong. 27 November 1993. The Burden Of Proof In Hudud. The Star. Kuala Lumpur.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-karpal-tolak-hukum-hudud-
pandangan-peribadi-kata-nik-aziz/

http://www.ibnuhasyim.com/2010/08/karpal-singh-nafi-tolak-hudud-nislam.html

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hukum-hudud-dap-perlu-fahami-dasar-
perjuangan-pas/

http://www.anwaraidc.com/2010/08/hudud-tak-sesuai-nik-nazmi-diserang-pas.html

http://www.isuhot.com/?p=1128

http://www.wao.org.my/news/20020701rencanahudud.htm

http://www.sistersinislam.org.my/bm/skp/09052002.htm

16

Anda mungkin juga menyukai