Anda di halaman 1dari 20

1 Pendahuluan Al Quran menjelaskan bahawa orang yang keluar dari agama Islam kepada kufur, adalah orangyang mensia-siakan

amalannya di dunia dan menunggu bencana besar di Akhirat.Ulama Muslimin tidak khilaf bahawa antara yang terpenting dalam kehidupan seseorang Muslim ialah menjaga agama dan melaksanakan kewajipannya tidaklah bertentangan dengan dasar kebebasan beragama, kerana undang-undang murtad hanya berkuasa ke atas orang-orang mulim sahaja . Mereka yang menganut agama samawi selain Islam seperti Kristian dan Yahudi boleh hidup aman damai berpegang kepada agamanya dalam Negara yang mempraktikkan undang-undang Islam . Hukuman yang diprakyikkan oleh Negara ke atas orang-orang Muslim yang keluar dari agama Islam sebenarnya adalah suatu penjagaan terhadap Negara dan warganya yang Muslim dan melaksanakan Syariat dalam iklimnya . Kebanyakkan negara-negara Islam termasuk Malaysia dan lain-lain mencatat perlembagaannya, bahawa agama rasmi Negara adalah agama Islam . Peruntukan itu sebenarnya sebagai memperakui realiti dan mengingatkan tentang kewajipan yang difardukan Allah s.w.t ke atas setiap Negara yang dimuliakan dengan Islam sebagai agamanya . Bab 1 : Konsep Jenayah Murtad 1.1. Definisi Murtad Bahasa


Riddah/murtad menurut bahasa adalah kembali : Perbuatan murtad adalah bentuk perbuatan kufur yang palina jahat dan dengan kemudaratan sampai mati maka amalan perbuatan atau kebajikan menjadi lebur .1 Syara
1

Drs. Aliy Asad , Fatchul Muin , Jakarta , 1979m/1400h ,jil3, hlmn278

-, ) ( - ) ( ) ( )( )(
Murtad menurud syara adalah: Memutuskan keIslaman dengan bermaksud kufur seketika atau masa akan datang maka tetap menjadi kufur seketika atau mengucapkan ucapan kufur atau melakukan perbuatan kufur dengan diiringi Itikad sikapnya itu atau diiringi maksud menentang atau meremehkan yang dilakukan oleh orang mukallaf dalam keadaan bebas membuat , maka tindakan murtad oleh anak kecil,orang gila ,orang dipaksa murtad yang hatinya tetap mumin adalah tidak termasuk dalam hukuman hudud.2 1.2 Dalil Murtad Al Quran


barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, Maka mereka Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka Itulah
3

penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya

1.3 Rukun Murtad Rukun murtad atau riddah terbahagi kepada 2 iatu : a) Keluar dari agama Islam

2 3

Drs. Aliy Asad , Fatchul Muin, Jakarta, 1979M/1400H, jil3 , hlmn 278 Al Quran surah Al Baqarah 2:218

3 b) Niat (kasad Jinayah) ,iatu bahawa penjenayah sengaja mendatangkan perbuatan atau perkataan yang mengkufurkannya sedang ia tahu perkataan atau perbuatan itu membawa kekufuran. Oleh itu tidak kufur orang yang melakukan perbuatan yang membawa kekufuran .sedang ia mengetahui maknanya, atau orang yang tersalah lidahnya tanpa qasad ,seperti orang yang mahu berkata : wahai tuhan ,Engkau Tuhanku, dan aku hambamu,berkata : wahai Tuhan Engkau hambaku dan aku tuhanmu4 1.4 Syarat-Syarat Murtad atau Riddah .Tidak dihukum murtad orang yang mengeluarkan perkataan atau perbutan kufur kecuali apabila sempurna syarat berikut : a) Baligh.Kanak-kanak yang mengeluatkan perkataan atau perbuatanyang membawa kekufuran tidak memberi kesan kerana ia tidak dibebankan dengan hokum taklif dan tindakannnya adalah lagha di sisi syara. b) Berakal.Perkataan atau perbuatan yang dilakukan oleh orang gila tidak diambil kira . Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Diangkat kalam dari mencatat (dosa) pada tiga: kanak-kanak sehingga ia baligh ,orang yang tidur sehingga ia jaga dan orang gila sehingga ia sembuh. c) Tanpa raksaan. Seseorang yang dipaksa mengeluarkan perkataan atau perbuatanperbuatan yang mengkufurkannnya, tidak dihukum kufur dengan syarat paksaan itu melibatkan kebinasaan nyawa atau marwah kehormatan atau anggota badan atau penyeksaan yang tidak tertanggung. Hal seperti ini apabila paksaan tanpa hak . Kiranya paksaan dengan hak seperti di katakan : Sama ada kamu mengikut agama kamu atau murtad ,lalu dia mengeluarkan kalimat yang mengkufurkan ,maka dia dihukum murtad kerana dia diberi pilihan diantara dua perkara wajib dipilih salah satu daripadanya

Dr. Muhammad Hj. Md. Daud dan Dr. Ahmad Kamarudin Hj. Hamzah,Fiqh muamalat dan Jenayah/Fiqh ii,Selangor, 2001,hlmn 249

4 1.5 Faktor-faktor yang menyebabkan murtad a) Disebabkan Itiqad: 1) Tidak mengakui bahawa Allah SWT ialah Tuhan yang berhak 2) Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Nabi Muhmmad itu adalah utusan Allah atau mengingkari salah seorang Rasul-rasul yang telah terdahulu daripada Nabi Muhammad saw. 3) Tidak mengakui bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad dengan perantaraan melalui Malaikat Jibril. b) Disebabkan perbuatan sengaja: 1) 2) 3) c) Sujud menyembah berhala. Sujud menyembah matahari. Sujud kepada makhluk lain seperti manusia, haiwan dan pokok

Disebabkan perkataan sengaja: a) b) Mengatakan Allah ada sekutunya dan berbilang-bilang atau mengatakan Allah tidak berkuasa di muka bumi ini. Mengatakan hukum-hukum Islam tidak wajib dilaksanakan pada masa sekarang kerana tidak sesuai dengan keadaan hidup masyarakat hari ini.5

1.6 Garis Penentu Murtad Murtad boleh berlaku melalui tiga perkara berikut :

Dr. Ahmad Fathi Bahsani, Darul Nahdoh Al Arabi, Beirut,jilid3, hlmn 128

5 a) Menolak hukum yang telah disepakati dan pasti diketahui umum ( malum min ad-Din bid-dhoruroh). Contohnya menolak kewajipan zakat, puasa, dan haji, menolak pengharaman arak atau riba atau menolak bahawa al Quran adalah kalam Allah Azza wa Jalla. Senua hokum ini diketahui oleh setiap muslim baik ulama mahupun orang biasa . Oleh itu, menolak perkara ini menjadi punca murtad . Namun bagi seseorang yang menolak sesuatu hukum yang tidak disepakati atau sesuatu hukum yang disepakati tetapi tidak diketahui oleh ramai orang , penolakkan tersebut tidak menyebabkan kemurtadan . Contohnya orang yang menolak syariat menganjurkan sembahyang dhuha atau menolak hukum haram mengahwini wanita yang diceraikan sebelum tamat iddah. b) Melakukan Sesutu perbuatan yang hanya dilakukan oleh orang kafir. Contohnya sujud kepada berhala atau melakukan ibadah seperti ibadah orang kafir. Demikian juga melakukan sesuatu perbuatan yang bercanggah dengan pegangan agama Islamnya seperti sengaja mencampakkan al Quran ke tempat najis. Sama hukum seperti al Quran termasuklah buku-buku hadis dan tafsir. Dengan syarat apa yang dilakukan , adalah secara sukarela bukan dipaksa. c) Mengucapkan sesuatu yang bercanggah dengan pegangan Islam sama ada apa yang diucapkan itu lahir daripada keyakinannya atau keengkarannya atau untuk mempersenda. Contohnya orang yang mengutuk agama Allah, seseorang nabi atau berkata Islam tidak sesuai dengan kemodenan , pencipta alam ini tidak wujud , zakat tidak perlu dalam masyarakat sosialis, mewajibkan wanita berhijab adalah kolot. Semua ucapan ini boleh menyebabkan kemurtadan tanpa mengira sama ada ia disebabkan oleh keyakinan atau kemarahan atau keengkaran. Ramai yang mengutuk agama atau mengutuk Allah Azza wa Jalla dalam keadaan marah, bertengkar atau mempersenda, sama ada semata-mata untuk menjadi bahan ketawa, main-main atau mengejek. Contohnya seseorang itu berkata kepada rakan yang menasihatinya : Esok kalo engkau masuk syurga, tutuplah pintunya dan jangan benarkan saya masuk. 6
6

Dr. Mistofa al-Khin,Dr.Mustofa al-Bugha, dan Ali asy-Syarbaji,Fiqhul Manhaji Ala Mazhabil Imam asSyafie,Pustaka Salam Sdn Bhd, jilid 7dan 8, hlmn 2042

Bab 2 Hukuman orang murtad 2.1 Hukuman Ulama` fiqh bersepakat menyatakan bahawa murtad merupakan salah satu tindakan yakin yang diancam hukum berat dan termasuk antara dosa-dosa besar. Firman Allah SWT Al Quran


Maksud Ayat Al Quran barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, Maka mereka Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka Itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.. Kes murtad adalah dikategorikan dalam kes hudud menurut fiqh Islami. Ada beberapa hukuman yang dikenakan ke atas orang murtad. Antaranya: a) Istitab Tuntutan bertaubat sebelum dikenakan hukuman bunuh ke atas orang yang murtad adalah wajib berdasarkan kepada pendapat Jumhur Ulama`. Mereka diberi peluang sebanyak 3 kali.Sekiranya mereka enggan bertaubat, hendaklah di bunuh. Ini berdasarkan peristiwa yang berlaku ke atas Muaz bin Jabal ketika dia diutus

7 oleh Rasulullah saw ke Yaman. Rasulullah menyatakan kepadanya: Mana-mana lelaki yang murtad, maka ajaklah kembali pada Islam, jika ia tidak mahu kembali, maka bunuhlah mereka.{Hadith Riwayat al-Thabrani} Riwayat lain juga menyatakan: Bahawa seorang wanita bernama Ummu Marwan telah murtad, lalu sampai kepada Rasulullah saw. Lalu Rasulullah menyuruh para sahabat mengajaknya bertaubat, apabila ia bertaubat biarkan, maka apabila ia tidak bertaubat maka bunuhlah dia.{Hadis riwayat ad Daruqutni dan al-Baihaqi.} Manakala, Mazhab Hanafi berpendapat, adalah dianjurkan sekiranya orang yang murtad diberi peluang bertaubat dan kembali kepada Islam. Walaubagaimanapun, perkara ini tidaklah wajib dilakukan. Sekiranya, mereka enggan mahu bertaubat, maka hendaklah diteliti dahulu keadaannya, sama ada masih ada harapan yang dia ingin bertaubat ataupun jika dia sendiri meminta penangguhan, maka dia diberi masa selama 3 hari. Jika dalam kedua-dua keadaan tersebut tidak berubah (mereka tetap enggan bertaubat) maka hendaklah dibunuh segera Ini berdasarkan hadis riwayat dari Umar b.al-Khattab ketika sekumpulan tentera datang kepadanya. Para tentera ini menyatakan kepada Umar bin al-Khattab bahawa salah seorang di antara mereka telah murtad, lalu mereka membunuhnya. Tetapi Umar ketika itu menyatakan Kenapa tidak kamu penjarakan dahulu dia selama 3 hari, kamu beri dia makan setiap hari dengan makanan yang lazat, mudahmudahan dia bertaubat. Kemudian Umar berkata Ya Allah, ampunilah hambamu ini, sesungguhnya aku tiada pada saat itu, aku tidak memerintahkannya, dan aku juga tidak redha dengan perlakuan tersebut. {Hadith Riwayat Imam Malik, as-Syafie dan al-Baihaqi} 1) Pendapat Ulama` Tentang Jangka Masa Untuk Bertaubat a) Ibn Hajar al-Asqalani: Sekali sahaja sudah memadai atau wajib sebanyak 3 kali. Sama ada 3 kali itu dilakukan dalam sehari, atau dalam 3 hari. Sedangkan Saiyidina Ali berkata bahawa jangka masa bertaubat selama sebulan.

8 b) Imam al-Zuhli: Sebanyak 3 kali. c) Ulama` Mazhab Syafie: Wajib dilakukan sebaik sahaja orang tersebut murtad. Jika dia bertaubat maka terselamatlah dia, tetapi jika tidak maka dibunuh. Oleh itu pelaksanaannya tidak boleh dilewatkan seperti hukum hudud yang lain. Menurut mereka, arahan bertaubat dibuat dalam masa 3 hari berdasarkan hadith dari Saidina Umar seperti yang telah dinyatakan d) Mazhab Hanbali: 3 hari (sependapat dengan Imam Maliki, Ishaq dan Ulamak Mazhab Hanafi) 2) Pendapat yang paling rajih mengenai tempoh istitab Jangka masa 3 hari itu bermula dari hari dikeluarkan hukum kesahihan murtadnya. Bukan pada hari berlakunya murtad dan bukan pula pada hari di bawa kes tersebut kepada hakim. Ini adalah pendapat mazhab Maliki dan ini juga adalah pendapat yang paling rajih. Hukuman istitab ini mempunyai hikmah yang sangat besar dalam hukuman murtad. Pada masa inilah orang yang murtad akan didatangi oleh para alim ulama` dan pendakwah untuk berbincang tentang segala permasalahan yang dialami oleh orang murtad yang menjadi keinginannya untuk meninggalkan Islam yang syumul. Justeru itu, tiada siapa yang layak berkata tiada hikmah jika dilaksanakan hukuman ini di Malaysia akibat suasana yang berbeza. (http://www.parti.pas.org/utama) b) Hukuman Bunuh Ulama` bersepakat tentang wajibnya hukuman bunuh ke atas orang yang murtad. Hukuman bunuh ini dilaksanakan setelah orang yang murtad itu tidak mahu bertaubat. ebagaimana S hadith berikut:

." , : "
Maksudnya: Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka, hendaklah kamu membunuhnya. {Hadith Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasai dan Ahmad}

9 c) Adakah wanita murtad sama hukumannya dengan lelaki murtad? Jumhur ulama` selain Mazhab Hanafi telah sepakat tentang kewajipan membunuh orang yang murtad baik lelaki mahupun wanita. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Mana-mana lelaki yang murtad dari Islam, hendaklah kamu menyerunya kembali kepada Islam jika dia mahu, jika tidak pancunglah tengkuknya. Dan mana-mana wanita yang murtad hendaklah kamu menyerunya kembali kepada Islam jika dia mahu, jika tidak pancunglah tengkuknya. (Ibid) {Hadith Riwayat al-Thabrani} Dalil ini jelas menunjukkan bahawa hukuman wanita murtad adalah sama dengan lelaki yang murtad. Hukuman Saidina Abu Bakar r.a yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap wanita murtad di zaman pemerintahannya di hadapan para sahabat menjadi dalil persepakatan mereka dalam hukuman Saidina Abu Bakar r.a. Manakala, menurut Mazhab Hanafi, wanita yang murtad tidak boleh dikenakan hukum bunuh ke atasnya, tetapi mereka hanya dipenjara dan dipukul sebanyak 3 hari sekali untuk meminta dia kembali masuk Islam. Terdapat dalil yang membuktikan tidak harus membunuh wanita yang murtad sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud, Jangan kamu bunuh para wanita. {Hadith riwayat Abu Daud dan al-Hakim} d) Orang murtad tidak dibunuh dalam keadaan-keadaan tertentu demi menjaga maslahat semasa Jumhur ulama` tetap berpendapat orang yang murtad perlu dibunuh dalam semua keadaan selagi tiada syubhat yang menghalang pelaksanaannya. Ini berbeza berdasarkan hadith berikut:

.. , : , ,, : , ,

10

, ) : ( , : , ,
Maksudnya: Sesungguhnya seorang telah kembali dari Tustar lalu berjumpa Umar r.a, lalu Umar bertanya kepadanya: Apa yang mereka berenam daripada Bakr bin Wail telah lakukan, adakah mereka murtad dan menyertai kumpulan Musyrikin? Berkata si pengadu : Wahai Amirul mukminin, kaum yang murtad dari Islam lalu masuk ke dalam kumpulan Musyrikin, dibunuh dalam peperangan. Lalu Umar berkata (inna lillahi wa inna ilaihi rajiun) Lelaki itu berkata: Adakah jalan lain bagi si murtad itu selain bunuh? Umar menjawab: Ya, Aku mengajak mereka kembali kepada Islam, kiranya mereka enggan aku akan memenjarakan mereka. {Riwayat Imam Abd Razak as-Sanaani, Imam al-hafiz al-baihaqi as-Syafie dan Ibn Hazm al- Zohiri} Berdasarkan hadis di atas, Umar r.a tidak memandang hukuman bunuh adalah satu hukuman yang mesti dilaksanakan dalam setiap keadaan. Ini bermakna, ianya boleh ditangguh perlaksanaannya dalam keadaan darurat atau mana-mana keadaan yang seumpama dengannya. Ini bukan bermakna bahawa hukuman ini adalah tazir. Perlu dibezakan bahawa pelaksanaan hukuman hanya ditangguh atau dipanjangkan tempoh pemenjaraan dan istitab. Maslahat terbahagi kepada beberapa pembahagian. Antara yang terpenting adalah seperti berikut: i ) Maslahat Mutabarah: Kepentingan yang terdapat sokongan dari nas alQuran dan hadith dan bertepatan kandungannya. Maslahat ini diterima secara sepenuhnya oleh ulama`.

11 ii) Maslahat Mursalah: Kepentingan yang tiada terdapat nas yang melarang dan juga nas yang menyokong. Maslahat ini diperselisihkan di kalangan ulama iaitu samada diterima atau ditolak. iii) Maslahat Mulgha: Kepentingan yang terdapat nas melarang dan bertentangan dengan nas, kebiasaan ia datang dari hawa nafsu. Maslahat ini ditolak secara sepenuhnya oleh ulama.) Justeru itu, setiap maslahat yang didakwa mestilah di pertimbangkan sebaiknya oleh golongan pemerintah dan para ulama demi memastikan maslahat yang timbul termasuk di dalam salah satu daripada kategori-kategori di atas.

e) Orang yang layak menjatuhkan hukuman bunuh Orang yang berhak memutuskan hukuman mati bagi orang yang murtad adalah hakim, pemerintah yang adil atau wakilnya. Dalam pelaksanaan hukum ini harus menggunakan alat-alat yang dapat meringankan penderitaan bagi orang yang dihukum. Seperti menggunakan pedang yang tajam atau senjata api. Tetapi harus diingatkan bahawa menggunakan api sebagai alat untuk menghukum seseorang adalah terlarang kerana ia seperti Allah menyiksa hambanya. f) Hukuman tazir Contohnya penahanan sementara, dera, denda Menurut Ulama` Mazhab Hanafi, sekiranya tidak dikenakan hukuman bunuh ke atas wanita, maka ditambah hukum lain bagi mereka, iaitu mereka dipenjarakan sehingga mati. Ini kerana menurut pendapat mereka wanita tidak boleh dibunuh. Ulama` Mazhab Maliki berpendapat, hukuman pengganti bagi anak kecil yang murtad adalah dipenjarakan seumur hidup, kecuali apabila mereka bertaubat. g) Hukum bagi harta orang murtad

12 Menurut jumhur ulama`, seluruh harta orang murtad adalah dibawah penguasaan hakim. Ia akan dikembalikan apabila dia bertaubat atau kembali kepada Islam. Manakala, bagi orang murtad yang mati, dibunuh atau lari ke negara musuh (harbi), terdapat perselisihan pendapat mengenainya: a) Abu Hanifah, Imam Syafii, Maliki dan Imam Ahmad :Harta orang murtad akan menjadi miliknya sekiranya dia kembali kepada Islam. Jika dia mati atau lari ke negara musuh, maka hilanglah hak pemilikan harta ke atasnya dengan sebab dia murtad. Abu Hanifah mengatakan segala hartanya semasa dia dalam Islam akan berpindah menjadi milik warisnya yang Muslim. Manakala, harta dari hasil usahanya semasa dia murtad, akan menjadi fai` bagi orang muslimin, dan ditempatkan di Baitulmal. b) Imam Abu Yusuf, Muhammad bin Hassan asy-Syaibani dan Ulama` Mazhab Hanbali: Orang murtad tidak akan hilang hak pemilikan harta semata-mata kerana dia murtad. Sebaliknya, ia hilang pemilikan ke atas harta tersebut apabila dia mati. c) Imam Abu Yusuf dan Muhammad bin Hassan asy-Syaibani: Apabila dia lari ke negara musuh ataupun mati, hilang pemilikan harta ke atasnya dan hartanya juga berpindah kepada ahli warisnya.

h) Hukum hutang orang murtad Riwayat daripada Abu Hanifah dan kata-kata Zufar menyatakan bahawa, segala hutang yang ditanggung semasa seseorang itu masih dalam Islam maka, hutangnya hendaklah dibayar dengan harta pencariannya semasa dia Islam. Manakala, jika hutang yang ditanggungnya semasa dia murtad, maka, hendaklah dibayar dengan harta pencariannya semasa dia dalam keadaan murtad i) Kelayakan / keahlian pada pewaris Menurut Abu Yusuf dan Muhammad, mereka mengatakan bahawa, jika warisnya adalah seorang Muslim yang merdeka, maka dia layak mewarisi harta tersebut samada ketika

13 berlakunya kematian atau semasa orang murtad itu dibunuh. Ini berlainan pula dengan pendapat Abu Hanifah yang mengatakan bahawa kelayakan pewaris dikira semasa berlakunya murtad sahaja. Dalam riwayat daripada Abu Hanifah, kelayakan terhadap pewaris untuk mewarisi harta orang murtad adalah ketika berlakunya murtad ke atas orang tersebut dan ianya berterusan sehingga orang murtad tersebut mati. Maka kelayakan itu berhak sekiranya pewaris itu seorang Muslim yang merdeka serta terus berkeadaan demikian sehingga orang murtad tersebut meninggal dunia, maka dia berhak mewarisi harta tersebut j) Hukum Fekah Berkaitan Murtad a) Membatalkan wudhu: - Menurut Maliki dan Hanbali: Terbatal wudhu. - Menurut Syafii dan Hanafi: Tidak menjadikan murtad sebagai sebab (wudu tidak terbatal). b) Membatalkan tayammum: - Syafii: Terbatal tayammum. Sekiranya dia kembali kepada Islam dan ingin mendidirikan solat maka dia wajib bertayammum semula. - Ulama` lain: Tidak wajib. c) Terbatal solat. d) Hukum qada orang murtad: -Hanafi: tidak wajib qada ibadah yang ditinggalkan kecuali haji. -Syafii: Wajib. e) Terbatal puasa. f) Membatalkan itikaf di dalam masjid. g) Kewajipan membayar zakat: -Syafii: Wajib mengeluarkan zakat sebelum murtad. -Hanafi: Memansuhkan hukum wajib mengeluarkan zakat (semasa murtad) kerana ia sama seperti orang kafir asli. Manakala harta zakat yang diperoleh sepanjang tempoh murtadnya ditangguhkan. Sekiranya dia kembali kepada Islam dan hartanya masih ada maka wajiblah zakatnya.

14 k) Hukum berkaitan pernikahan a) Hukum perkahwinan orang murtad: -Bagi orang yang murtad mereka tidak berhak berkahwin dengan sesiapun kerana mereka wajib dibunuh. b) Hukum mengahwini perempuan yang murtad -Imam Syafii: Terbatal. c) Hukum murtad suami dan isteri atau kedua-duanya sekali -Syafii, Hanbali dan Maliki: Sekiranya sebelum berlaku persetubuhan maka difasakhkan pernikahannya. Jika berlaku selepas persetubuhan maka ditangguhkan fasakh sehingga berakhir waktu iddah. d) Hilang hak menerima mahar.7 2.2 Penyelesaian Di Malaysia Struktur asas Pelembagaan itu mesti tidak menggubah atau meminda mana-mana satu daripada lima prinsip tersebut.

(a) (b) (c)

Perlembagaan Raja

itu

merupakan atau

Undang-Undang Constitutional

Tertinggi monarchy

berperlembagaan

Islam agama rasmi Persekutuan tetapi agama agama lain boleh diamal di Malaysia

(d) (e)

Pengasingan Kuasa antara 3 component iaitu Legislatif,Eksekutif dan badan Ciri Federal Perlembagaan itu sendiri

Kehakiman

Dr Ahmad Hajazi Ahmad Asqa, al Bayan fi Fiqh al imam as Syafie, Beirut, 2002M/1433H,jil12,hlmn 28

15 Isu murtad atau riddah merupakan suatu isu yang amat hangat di perdebatkan masa kini oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia..Bermula dengan isu kes Kementerian Dalam Negeri dengan Jamaluddin Othman @ Jesus Jamaluddin di mana melalui fakta dan alasan tahanan yang di keluarkan oleh pihak KDN ialah: Alasan-Alasan Untuk Perintah Tahanan

Bahawa kamu, Jamaluddin bin Othman alias Yeshua Jamaluddin, sejak tahun 1985 hingga ditangkap pada 27 Oktober 1987, telah melibatkan diri dalam satu rancangan untuk menyebarkan itu dan boleh boleh agama Kristian mendorong di kalangan orang-orang suasana negara. Melayu. Kristian Kegiatan di kamu ini kepada timbulnya keselamatan

ketengangan dan permusuhan di antara masyarakat Islam dengan masyarakat negara memudharatkan Mahkamah Federal melalui keputusan bersama yang dibuat oleh Abd.Hamid,Hashim Yeop Sani dan Ajib Singh,telah menolak rayauan yang dikemukan oleh pihak Peguam Negara bahawa walaupun pihak Kerajaan mempunyai alasan yang kukuh untuk menyabitkan tertuduh dibawah Akta Keselamatan dalam negeri dan menteri melalui peruntukan yang di beri melalui Sek.8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri(2)),tetapi Menteri tidak mempunyai kuasa untuk menyekat seseorang individu daripada mengamal dan menganut agama yang dipercayai saperti yang terkandung di dalam Per.11 Perlembagaan Persekutuan dan seseorang menteri tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana individu daripada menghadari mana-mana mesyurat atau seminar umum bagi tujuan keagamaan walaupun ianya adalah bertujuan menarik orang-orang Melayu keagama lain selain daripada Islam. Dalam erti yang ringkas dapat dirumuskan bahawa hak-hak kebebasan seseorang rakyat untuk menganut dan mengamal ajaran agamanya tanpa sebarang gangguan di jamin sepenuhnya saperti terkandung di Per.11 Perlembagaan Persekutuan oleh pihak judisari. Harus diingatkan kes tersebut sebelum terpindanya Per.121(1A) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah masih lagi di peringkat pengubalan.Maka dengan tersendirinya kes tersebut diikuti sebagai a binding precedentbagi kes-kesseterusnya sehingga termenterinya pindaan Per.121(1A) dan termenterinya Akta Kesalahan Jenayah Syaria (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997(Akta559) Ditto dengan kes Jamaluddin,dan termenterinya pindaan Per121(1A) dan Akta

16 Kesalahan Jenayah Shariah (WP)1997,masyarakat khasnya bangsa Melayu yang beragama Islam semacam tergamam dengan bermacam-macam kes permohonan untuk keluar daripada agama Islam oleh orang-orang Melayu itu sendiri.Ia seolah olah cuba mencabar kewibawaan serta kemantapan bangsa Melayu. yang berbajukan Melayu dan yang disarongkan dengan akidah keislaman semenjak ratusan tahun. Alasan dan bantahan yang dikemukakan oleh pihak yang ingin memurtadkan diri mereka dari segi procedur ialah pembelaan hujah berpandukan Per.11 Perlembagaan Persekutuan, yang tertakluk kepada Fasal(4),memgembangkan menyebut: agamanya. a) 11(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan b) Harus diingatkan juga tertera di Fasal (4)11(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putra Jaya dan Labuan,undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti agama Islam c) 11(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam,kesihatan awam atau akhlak(4) Ini dapat dilihat pada jarak masa yang diambil oleh Parliamen untuk meminda Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.(5) yang memperuntukkan:

Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal(1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah. Secara otomatik dengan pindaan Per.121(1A) wujudlah dua sistem penghakiman iaitu Mahkamah Sivil yang menguna pakai sistem perundangan sivil yang diasaskan oleh penjajah Inggeris dan sistem penghakiman Syariah dimana secara jelas mengariskan sistem penghakiman Syariah selaras dengan kehendak peruntukan Per. 3(1) Perlembagaan Persekutuan aman dan dimana damai secara di jelas mana-mana Pelembagaan bahagian mengariskan: Persekutuan. i) Agama Islam ialah agama Persekutuan,tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan Pemakaian dan penerimaa mahkamah terhadap pindaan 121(1A) terhadap warganegara yang berugama Islam dengan jelas dapat dilihat dari penghujaan dan keputusan Mahkamah Persekutuan oleh Tan Sri Harun Hashim didalam kes Mohammad Habibullah dengan

17 Faridah bte Dato Talib .Tan Sri Tinggi Harun di dalam Hashim merumuskan: perkara

tujuan Parliamen dengan adanya Perkara 121(1A) ialah untuk menyingkirkan bidangkuasa Mahkamah Mahkamah mana-mana yang termasuk di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Dengan erti kata lain secara dasarnya pindaan itu dilakukan adalah untuk memindahkan kuasa Mahkamah Sivil ke Mahkamah Syariah bagi mengadili kes-kes yang bersangkutan dengan warganegara yang beragama Islam dan secara mutlaknya mahkamah sivil tidak lagi mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes yang bersangkutan dengan warganegara yang beragama Islam. Tun Mohammad Azmi di dalam kes yang sama,melalui penggulungan hujahnya berpendapat ; adalah HAKIKAT yang terdapat di Malaysia bahawa rakyat yang menganut dan mengamalkan agama selain daripada agama Islam adalah dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan akan ketenteraman mereka mengamal dan menganut agama mereka.Ini juga bereti bahawa orang-orang Islam di Malaysia diberi jaminan bahawa mereka boleh menganut dan mengamalkan ugama mereka iaitu Islam dengan aman dan tenteram kerana Islam di Malaysia mempunyai kedudukan yang amat istimewa. Penghujahan di dalam kes Habibullah dengan Faridah Dato Talib merupakan ujian kes terhadap penerimaan pakai tafsiran Per.121(1A) kepada kes-kes yang seterusnya.Prinsip ikutan dan ianya mengikat mahkamah bawahan seterusnya menerima pakai tafisiran yang telah digariskan oleh Mahkamah Persekutuan.Ini dapat di ikuti kepada kes-kes yang dikendali selepas kes Habibullah. Di dalam keputusan,Md.Hakim Lee dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Soon Singh dengan PERKIM Kedah Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seseorang itu masih lagi seorang beragama Islam walaupun ianya melalui suatu prosess yang sah melalui poll deedssehingga Mahkamah Shariah memutuskan bahawa ianya bukan lagi beragama Islam.Di dalam Lim Chan Seng dengan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ,di mana persoalan yang timbul ialah adakah Mahkamah Tinggi masih mempunyai kuasa mendengar terhadap orang yang memeluk agama Islam tetapi melalui pool deedstelah mengistiharkan dirinya terkeluar daripada ugama Islam. Abd.Hamid,mengakui bahawa Mahkamah Tinggi masih mempunyai kuasa mendengar kes tersebut kerana berdasarkan terdapat di dalam undang-undang Pentadbiran Jabatan Ugama Islam Pulau Pinang kerana tidak terdapat apa-apa peruntukan didalam

18 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 mengenai prosedur untuk keluar dari agama Islam.Harus diingatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam dan Adat Istiadat orang Melayu jatuh di dalam bidang kuasa Kerajaan negeri. Ini bererti kuasa untuk membuat undang-undang Islam berserta dengal hal ehwal pentadbiran ugama Islam secara muktlak jatuh keatas jentera pentadbiran Kerajaan negeri.Ianya berkuasa sepenuhnya menggubal undang-undang syariah berpandukan hukum syarak,tetapi undang-undang yang di gubal hendaklah selari dan tidak bercanggah dengan intipati dan asparisi Pelembagaan Persekutuan,dimana sekiranya terdapat percanggahan maka Undang-undang Persekutuan mengatasinya dan undang-undang negeri tersebut adalah terbatal secara otomatik. Ianya termaktub di dalam Per.4 (1), Perlembagaan Persekutuan; 4(1)Perlembagann ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu8 Bab 3: Penutup Rumusan Sebagai kesimpulannya, jenayah murtad merupakan satu perbuatan yang sangat dikutuk oleh Allah. Ini sudah jelas berdasarkan dengan pengertiannya yang menunjukkan seseorang itu sudah melakukan dosa besar yang membawa kepada kekufuran. Sebab itulah Allah telah menggariskan hukuman yang berat terhadap orang murtad ini, antaranya yang paling utama ialah hukuman bunuh. Selain itu, terdapat juga hukum lain yang dikenakan ke atas orang murtad ini iaitu dari segi harta, perkahwinan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Islam sangat menganjurkan supaya orang murtad ini diseru untuk kembali kepada agama Allah sebelum dikenakan hukuman bunuh terhadap mereka. Ini adalah peluang kepada mereka untuk bertaubat kerana taubat seseorang itu sentiasa diterima oleh Allah melainkan seseorang itu tidak tetap hatinya. Ini bermakna, seseorang yang bertaubat, kemudian dia kembali murtad, kemudian dia bertaubat semula dan selepas itu dia kembali murtad. Maka, mereka yang terdiri daripada golongan ini taubatnya tidak
8

Farid Sufian Shuaib, Artikel Dip Syariah dan Legal Practices IIUM, 2007

19 akan diterima oleh Allah. Dengan itu, harus diingat, murtad ini sangat besar kesannya kerana perbuatannya yang dianggap kufur ini adalah berdosa dan dimurkai Allah .

SENARAI RUJUKAN al-Quran Dr.Mustof Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugha Dan Ali Asy-Syarbani, Fiqul Manhajiala Lumpur. Dr.Muhammad Hj.Md. Daud, Dr.Ahmad Kamarudin Hj.Hamzah, 2000,Fiqh Muamalat dan Jenayat/Fiqh 2: Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM. Dr.Ahmad Fathi Bahsani,1991, Mausuah Al Jinayah Fiqul Islamiah:Beirut Mahmud Ahmad Rasyid,2006, al-Fiqul wa adillatuh : Madinah Andalus. Drs. Aliy Asad,1979,Fat-hul Muin :Menara Kudus. H. Sulaiman Rasjid,1981, Fiqh Islam:Attahiriyah Jakarta. Dr.Ahmad Hijazi Ahmad Asyqa,2002,Al Bayan Fiqul Al Imam As Syafie:Beirut Mazhab Imam Syafie,2005: Pustaka Salam, Kuala

20

Anda mungkin juga menyukai