Anda di halaman 1dari 5

Syarat-Syarat Pelaksanaan Hukuman

Sebagaimana yang dinyatakan tadi, hukuman murtad ialah hukuman mati serta-merta. Namun
demikian, hukuman ini tidak boleh dilaksanakan melainkan setelah memenuhi syarat-syarat
berikut:

1. Baligh dan berakal. Perbuatan murtad oleh kanak-kanak dan orang gila tidak akan
diambil kira kerana mereka bukan mukallaf. Cuma, penjaga kanak-kanak tersebut
bertanggungjawab untuk menghukum, menegur dan meminta supaya dia bertaubat
dari apa yang dilakukan atau dituturkannya.
2. Diminta supaya bertaubat. Pesalah murtad tidak boleh dibunuh melainkan diminta
untuk bertaubat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun pesalah akan dibunuh
sekiranya masih enggan bertaubat. Dia tidak akan diberi tempoh setelah enggan
bertaubat.

Dalam sebuah hadis berkenaan perlantikan Abu Musa al-Asyaari sebagai pentadbir di
Yaman. Antara kandungan hadis ini dinyatakan:

Kemuadian Muaz bin Jabal r.a dihantar ke Yaman. Apabila beliau tiba, Abu Musa
memberikan kepadanya bantal (sofa) dan berkata: “Turunlah.” Pada ketika itu terdapat
seorang lelaki yang terikat. Muaz bertanya: “Apakah yang berlaku?” Abu Musa berkata: “Dia
seorang Yahudi yang memeluk Islam lalu kembali kepada agama Yahudi.” Abu Musa
berkata: “Duduklah.” Muaz berkata: “Saya tidak akan duduk kecuali setelah dia dibunuh.
Inilah hukuman Allah dan Rasul-Nya.” Beliau ulang sebanyak tiga kali. Lalu Abu Musa
memberikan perintah, lantas orang Yahudi itu dibunuh.

3. Kemurtadannya disahkan melalui pengakuan pesalah sendiri atau melalui saksi yang
sahih dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

1
Sifat Murtad
Namun satu persoalan yang lebih penting ialah tentang sifat yang wajar bagi hukuman bunuh
terhadap kesalahan murtad. Antara kaedah dalam Islam ialah perubahan hukum dengan sebab
perubahan zaman. Umat Islam kini berada dalam suasana yang lemah. Negara umat Islam
bukan negara yang kuat dalam aspek ekonomi dan ketenteraan. Selain itu, nilai sejagat yang
menekankan konsep kebebasan dan hak individu telah diterima baik oleh masyarakat.
Masyarakat pada zaman kini mengatakan sesuatu perkara yang berkaitan agama seperti gurau
senda antara satu sama lain baik dengan rakan-rakan ataupun orang sekeliling. Hal ini
dibimbangkan akan menyebabkan terpesong akidah dan jatuh murtad. Sekiranya seseorang
itu mengatakan tentang perkara yang menghina Allah ataupun Islam dengan bersaksikan
saksi yang jelas, maka jatuh keatasnya murtad.

Oleh itu, penetapan hukuman bunuh terhadap murtad akan menjejaskan imej Islam. Ini
kerana Islam akan dianggap sebagai agama yang bersikap keras dan tidak menghormati hak
asasi manusia. Bak kata pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelangan”. Perumpaan ini
boleh diambil kerana pada awal isu murtad timbul di Malaysia kerana seorang Wanita yang
pertama keluar islam pada tahun 90an. Hukuman ini juga akan menimbulkan kebimbangan
dalam masyarakat yang ingin hidup dengan aman damai dan harmoni. Akhirnya asas
keharmonian akan tergugat dan runtuh.

Hukuman bunuh terhadap murtad yang dilakukan oleh Nabi SAW terbahagi kepada tiga
kategori:

1. Tindakan sebagai ketua negara


2. Tindakan sebagai hakim mahkamah
3. Tindakan sebagai utusan Allah SWT

Hukuman bunuh terhadap murtad bukan perkara yang kecil. Ia melibatkan nyawa manusia
dan campur tangan pihak yang lain. Justeru itu, tindakan Nabi SAW memerintahkan agar
murtad dibunuh mesti dinilai berdasarkan sifat ketua negara. Atas asas itu, Ibn Qudamah
menjelaskan bahawa hukuman bunuh terhadap murtad adalah tugas ketua negara. Tindakan

2
sebagai ketua negara adalah berdasarkan kepentingan maslahat. Oleh itu, ia berubah
mengikut suasana zaman dan keadaan. Maka hari ini, murtad dapat dibahagikan kepada dua

jenis:

1. Murtad yang tidak menghina.


2. Murtad yang menghina Islam.

Murtad yang tidak menghina ialah murtad yang tidak memperlekehkan Islam. Murtad ini
tidak melihat keistimewaan Islam kerana kemunduran dan akhlak buruk masyarakat Islam.
Mereka murtad namun mereka tidak melakukan sesuatu perkara yang memperlekehkan
Islam. Manakala murtad yang menghina Islam ialah murtad yang memperlekehkan Islam.
Selain murtad, individu tersebut menghina Islam dengan percakapan, tulisan dan sebagainya.
Termasuk juga perbuatan menghina dan mencaci Nabi Muhammad SAW. Ibn al-Munzir
menjelaskan bahawa para ulama sepakat bahawa sesiapa yang mencaci Nabi maka baginya
hukuman bunuh. Maka murtad sebegini ada kewajaran untuk dihukum bunuh.

Tanda-tanda Zahir Murtad


1. Mencaci Nabi Muhammad SAW atau mempersendakan Baginda seperti yang dilakukan
oleh musuh Islam yang menuduh Nabi Muhammad SAW kuat nafsu seks.

2. Mengingkari larangan Islam yang telah ditetapkan oleh Islam seperti mengingkari
pengharaman arak dan riba.

3. Mengingkari perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh Islam seperti solat lima waktu.

4. Mengingkari perkara yang telah disabitkan dengan dalil seperti mengingkari Al-Qur’an
sebagai kalam Allah SWT.

5. Mengingkari perkara-perkara yang telah diwajibkan oleh Islam seperti mengingkari


kewajiban berpuasa dan mengeluarkan zakat.

6. Mengingkari perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Islam secara qat’ie seperti
mengingkari pengharaman zina dan riba

3
Implikasi kepada Kesalahan Murtad
Apabila seorang muslim telah disahkan murtad serta enggan bertaubat, kesalahan ini
membabitkan beberapa implikasi penting selain daripada hukuman mati yang dinyatakan
tadi. Implikasi tersebut seperti berikut:

1. Kesemua hartanya akan ditahan. Harta ini akan diletakkan dibawah jagaan pemerintah
atau wakilnya dan akan hanya digunakan untuk keperluan. Sekiranya pesalah
bertaubat dan kembali kepada Islam, harta ini akan dikembalikan. Dengan ini jelas
bahawa kemurtadannya, harta ini masih diakui sebagai miliknya. Sekiranya pesalah
enggan bertaubat dan dihukum mati, hak miliknya dikira telah dibatalkan sebaik
sahaja dia murtad.
2. Kesemua urusan dan akad sivilnya seperti jual beli, anugerah, gadaian dan sebagainya
terbatal kerana statussebagai murtad menggugurkan segala kelayakannya.

3. Gugur segala hak untuk waris mewarisi antara dia dengan saudara maranya.
Sekiranya salah seorang saudaranya mati ketika tempoh kemurtadannya, dia tidak
berhak mewarisi pusaka walaupun pada dasarnya dia disenaraikan sebagai pewaris.

4. Pesalah dipisahkan daripada isterinya dan akad nikah mereka digantung. Sekiranya
pesalah bertaubat dan kembali kepada Islam dalam tempoh iddah, isterinya boleh
kembali tanpa akad baru. Di sini jelas akad asalnya masih sah. Sekiranya pesalah
tidak bertaubat dalam tempoh iddah, akad nikah akan terbatal. Dengan ini jelas akad
ini terbatal sebaik sahaja pesalah murtad. Sekiranya pesalah bertaubat selepas tempoh
tersebut,dia hanya berhak untuk kembali kepada isterinya melalui akad dan mahar
yang baru.

4
5

Anda mungkin juga menyukai