Anda di halaman 1dari 8

Syirik, kufur, nifaq, fasik dan zalim

Syirik, kufur, nifaq, fasik dan zalim dari Kuliah Akidah Perbandingan Akidah Ahlus Sunnah dan Khawarij. Bahagian 6.

Syirik, kufur, nifaq, fasik dan zalim. Lima perkara ini setiap satunya mempunyai dua bahagian iaitu akbar dan asghar. Syirik besar ialah syirik akbar iaitu syirik yang berkaitan dengan menyembah Allah bersama dengan selain daripada Allah. Manakala syirik kecil ialah syirik asghar iaitu riak yang bermaksud menunjuk-nunjuk dengan perbuatan, sumaah pula menunjuk-nunjuk dengan percakapan seperti kita bercakap supaya orang mendengarnya dan menyampaikan pula kepada orang lain. Jika perkataan syirik adakah Allah tidak mengampunkan syirik yang mana satu sebenarnya (syirik besar atau syirik kecil)? Syirik akbar (syirik besar) tidak diampunkan oleh Allah melainkan taubat ketika masih hidup. Syirik kecil sebagai contoh di dalam bentuk riak ada khilaf di kalangan ulama. Ada yang menyatakan boleh diampunkan dan ada yang menyatakan tidak boleh diampunkan. Tetapi masih lagi ada khilaf. Kufur Kufur besar ialah menolak agama Islam. Kufur kecil ialah sebahagian amalan yang disifatkan kufur. Contohnya mencaci orang Islam adalah fasik dan memerangi orang Islam hukumnya adalah kufur. Fasik kecil adalah maksiat. Fasik besar adalah menolak agama Islam. Nifaq besar adalah zahirnya Islam tetapi batinnya kufur. Nifak @ Munafik Nifaq kecil adalah empat amalan iaitu tipu, mungkir janji, extreme dan kianat di dalam amanah. Nifaq biasanya digunakan untuk zahirnya Islam, batinnya kufur. Ertinya kita perlu tahu apakah yang biasa dan apakah yang jarang-jarang. Kita perlu melihat sesutau dalil berdasarkan kepada yang kebiasaan dan jarang-jarang ini. Nifaq juga sama, apabila kita sebutkan dia ini munafiq ertinya hipokrit yang bermaksud menzahirkan Islam menyembunyikan kufur. Adakah Munafiq itu masih Muslim? Jawapannya sebenar-benarnya dia tidak Muslim tetapi hukum kita berurusan dengannya adalah urusan Islam. Contohnya jika dia menyembelih kambing bolehkah kita memakannya? Jawapannya boleh tiada masalah. Jika dia mati adakah kita akan solat keatasnya iaitu solat jenazah? Jawapannya solat. Hakikat sebenarnya dia adalah kafir tetapi kita tidak tahu secara pasti. Kita hanya ada petanda-petanda kemungkinan dia ini munafik. Perkataan munafik biasanya zahir Islam, batinnya kekufuran. Tetapi ada juga perbuatan-perbuatan yang disebut sebagai munafik iaitu, tanda -tanda munafik ialah tiga. Di dalam riwayat lain ditambah kepada empat.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tanda orang munafik itu ada tiga iaitu jikalau berkata dia berdusta, jikalau berjanji dia tidak menepati janjinya, dan jika diberi amanah dia akan berkhianat. (HR Bukhari dan Muslim) Jika dia khianat sahaja bolehkah kita sebutkan dia sebagai munafiq dan akan kekal di dalam neraka? Ianya tidak boleh kerana dia hanya ada satu ayat yang dipanggil nifak kecil. Nifak kecil tidak boleh digunakan hukum nifak besar. Zalim Kemudian yang akhir sekali ialah zalim yang besar adalah syirik. Zalim kecil adalah tidak adil. Kebiasaannya syirik digunakan untuk menyembah Allah dan selain daripada Allah. Zalim pula biasanya digunakan untuk tidak adil. Ramai orang marah pemerintah dan berkata pemerintah sebagai zalim. Maksud mereka zalim disitu ialah tidak adil. Itu kebiasaan yang digunakan tetapi zalim juga membawa maksud syirik. Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar (Surah Lukman) Jadi bolehkah kita gunakan ayat ini kita letakkan kepada orang-orang yang zalim di kalangan pemerintah bahawa mereka sebenarnya telah zalim dan hukum kezaliman itu adalah syirik? Dengan itu mereka adalah orang-orang yang musyrik. Ini tidak boleh kerana itu adalah tidak adil, bukanya mereka membuat syirik. Jadi ini adalah secara kasarnya maksud tentang perkara ini. Syirik kecil adalah termasuk di dalam dosa besar. Kufur Kufur biasanya digunakan untuk yang menolak agama Islam. Kufur ini apabila Islam datang dia tahu tetapi dia menolaknya. Amalan yang bersifatkan kufur, boleh atau tidak seseorang itu berdasarkan hadith yang menyatakan memerangi orang Islam adalah kufur. Contohnya dia melihat orang yang sedang berperang seperti di Libya, maka dia menyatakan memerangi orang Islam adalah kufur. Dua-dua saling memerangai maka duaduanya kafir dan dia menyatakan Libya bukan Negara Islam lagi. Perkara ini tidak benar kerana amalan ini adalah amalan kufur asghar iaitu kufur kecil tetapi kita berikan hukum sebagai kufur akbar, maka ini tidak benar. Jika kita melihat orang melakukan kufur asghar bolehkah kita beri hukum kufur akbar? Iainya tidak boleh. Fasik Fasik pula biasa digunakan untuk maksiat. Sebagai contoh dalam kes nikah yang perlu kepada saksi yang adil. Jika dua saksi itu fasik adakah nikah itu sah? Mengumpat adalah dosa kecil atau besar? Jawapan dosa besar. Menipu adalah dosa besar, maka seorang yang menipu adakah dia adil ataupun fasik? Jawapannya ialah dia adalah orang yang fasik dan tidak adil. Contohnya apabila nikah tadi saksi duanya kita selalu melihat kerjanya mengumpat, batu api dan sebagainya, maka adakah dia adil? Jawapannya dia tidak adil maka sahkah nikah tersebut? Ulama kita menyatakan disebabkan zaman telah bertukar, kurangnya orang yang adil, ramai orang yang fasik dan susah mencari orang yang adil, maka hukumnya dipermudahkan. Maksudnya di sini orang yang fasik juga boleh menjadi saksi dalam pernikahan itu tetapi carilah yang terbaik di kalangan yang fasik. Itu adalah maksiat, tetapi orang yang membuat maksiat bolehkah kita hukumnya sebagai orang yang melakukan fasik yang besar iaitu kufur. Ada beberapa ayat yang menunjukkan amalan kufur sebagai fasik dan juga nifaq sebagai fasik. Jadi kita perlu berikan setiap satu dalil itu di letakkan pada tempatnya. Rakaman oleh Abu Aqif Studio

MAKSUD IMAN DARI SEGI DARI SEGI 2.

BAHASA : percaya ISTILAH : Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM membentuk insan muslim sejati supaya istiqamah dalam ibadat melahirkan generasi berakhlak mulia

3.

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN SYIRIK MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya JENIS-JENIS SYIRIK : 1. Syirik Jali - Maksud : perlakuan syirik secara terang-terangan - Contoh : menyembah patung dan berhala menyembah bulan atau matahari mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan - Akibat : rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat 2. Syirik Khafi - Maksud : tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat - Contoh : riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri), ujub (mengagumi diri sendiri), takbur (membangga diri) - Akibat : dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat sukar menerima pandangan orang lain Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana : Ia membatalkan iman seseorang Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik Mencemarkan kesucian agama Islam Cara mengelak perbuatan syirik Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik

3.

4.

5.

Kesan syirik Membatalkan iman Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah Dimurkai Allah

KUFUR

MAKSUD : tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W JENIS-JENIS KUFUR : 1. Kufur Hakikat : - Maksud : ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah - Contoh : tidak mengakui balasan diakhirat menolak hukum yang terdapat dalam al-quran menyatakan solat fardhu merugikan masa menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi 2. Kufur Nikmat : - Maksud : mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan - Contoh : menggunakan nikmat kejalan maksiat enggan mengeluarkan zakat / sedekah boros membelanjakan harta FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR : pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup KESAN PERBUATAN KUFUR .

RIDDAH MAKSUD : berpaling atau keluar daripada agama islam SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam

SEBAB -

/ FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH lemah pegangan agama jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam terpengaruh dengan tawaran kebendaan

AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD hubungan suami isteri terfasakh haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam haram dikebumikan diperkuburan Islam menjadi penghuni neraka selama-selamanya CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huruhara LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD berpegang teguh dengan ajaran islam menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah mendalami ilmu-ilmu agama LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad KESAN PERBUATAN MURTAD

KHURAFAT MAKSUD Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial

membuang ancak bagi menghalau hantu mengunjungi kubur yang dianggap keramat

FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT menyebabkan syirik dan batal iman membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

SIHIR

MAKSUD ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia CONTOH menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR perasaan dendam seseorang terhadap orang lain iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang ada perasaan benci terhadap seseorang CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR merosakkan akidah dan membatalkan iman memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR supaya akidah seseorang tetap terpelihara supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah

NIFAK

MAKSUD Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK berdusta apabila bercakap khianat apabila diberi amanah bersikap melampaui batas apabila bertengkar selalu mungkir janji CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah bercakap benar apabila berbicara bersifat jujur dan amanah menunaikan janji

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK menghilangkan sikap percaya-mempercayai melemahkan perpaduan masyarakat menghancurkan kekuatan umat islam

4.

CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN Berpegang teguh pada ajaran Allah Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah Dilaknat dan dibenci oleh Allah Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA ORANG FASIK Tidak beriman sepenuhnya

5.

6.

ORANG MUNAFIK

ORANG YANG SEMPURNA IMAN

kepada Allah Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah Keimanan mereka berpura-pura sahaja Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayatyat Allah Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan

Anda mungkin juga menyukai