Anda di halaman 1dari 81

FIQH KORBAN

Oleh:
ABDUL MUKTI BIN
BAHARUDIN
PENGENALAN
Ibadah korban melibatkan banyak
perkara:
1. Jual beli
2. Wakalah
3. Sembelihan
4. Hadiah
5. Sedeqah
6. Nazar
7. Qismah
Proses korban dikira lengkap apabila
melibatkan perkara-perkara berikut:
i. Pembelian binatang korban
ii. Niat
iii. Sembelih
iv. Pembahagian daging korban
DEFINISI
KORBAN
DEFINISI KORBAN

Penyembelihan al-an’am (binatang


berkaki empat) pada Hari Raya al-
Adha dan pada hari raya Tasyrik (hari
keceriaan/kegembiraan bagi orang
miskin) bertujuan mendampingkan diri
kepada Allah s.w.t.
WAKTU
KORBAN
WAKTU KORBAN

Waktu korban bermula selepas terbit


matahari pada Hari Raya Korban, iaitu
sekadar tempoh masa dua rakaat solat
sunat hari raya dan dua khutbah yang
ringkas, iaitu pada 10 Zulhijjah
sehingga terbenam matahari pada 13
Zulhijjah.
WAKTU KORBAN

Waktu yang afdhal menyembelih


binatang korban ialah pada 10
Zulhijjah. Dan dilewatkan berkorban
sehingga naik matahari segalah.
Apa hukum korban pada waktu
malam?

Hukumnya makruh, jika tiada


keperluan untuk korban pada waktu
malam. Ini kerana seolah-olah ia
seorang yang kedekut.
HUKUM
KORBAN
Jumhur ulama:
Hukum korban adalah SUNAT
MUAKKAD sama ada bagi orang-
orang yang sedang mengerjakan haji
atau tidak. Namun kadang kala menjadi
WAJIB dengan sebab dinazarkan.
Dinazarkan:
Contohnya: “ Bagi Allah (maksud
nazar) atas aku melakukan korban
dengan binatang ini”.
“Aku jadikan (maksud nazar) haiwan
ini sebagai korban”.
Maka WAJIBlah dia melakukannya.
SUNAT KIFAYAH jika dalam rumah
ada beberapa orang. Kalau
penghuninya seorang sahaja, maka
jadi SUNAT AIN.

MAKRUH meninggalkan ibadat


korban.

Mazhab Hanafi:
WAJIB atas orang yang bermukim.
RUKUN
KORBAN
RUKUN KORBAN
i. Orang yang berkorban
ii. Binatang korban
iii. Niat
iv. Penyembelihan
i. Orang yang berkorban
Dituntut kepada orang Islam,
merdeheka (bukan hamba), mukallaf
(berakal, baligh dan sampai seruan
Islam), matang (mampu menguruskan
harta) dan berkemampuan (orang yang
mempunyai lebihan perbelanjaan
tanggungan yang wajib pada Hari Raya
Korban dan Hari Tasyrik).
Tidak boleh berkorban untuk
organisasi yang bukan manusia. Oleh
itu jika sesebuah organisasi atau
syarikat ingin melaksanakan korban, ia
mesti menghadiahkan kepada mana-
mana pengarah atau kakitangannya.
Ketika itu barulah sah korban dan ia
menjadi korban oleh individu yang
ditentukan namanya sahaja dan bukan
atas nama syarikat.
PERMASALAHAN:
Hukum berkorban untuk orang mati,
anak-anak yang masih kecil (belum
baligh) dan janin di dalam perut.

# Tidak sah berkorban untuk si mati


melainkan dia berwasiat supaya
dilakukan korban untuknya. Jika dia
berwasiat supaya melakukannya,
sahlah dibuat korban untuknya.
# Sah berkorban untuk orang yang
tidak mukallaf dengan syarat tidak
melibatkan (diambil) harta orang yang
tidak mukallaf tersebut. Ini kerana
mereka adalah mahjur alaihi - tidak
diizinkan oleh syarak menguruskan
harta mereka sendiri.
# Tidak sah berkorban untuk janin.

# Tidak sah berkorban untuk orang


hidup melainkan dengan izinnya.
Kecuali:
i. Kerajaan berkorban untuk rakyat.
ii. Wali atau penjaga berkorban untuk
orang-orang di bawah jagaannya.
iii. Ketua keluarga berkorban untuk
ahli keluarganya.
# Menghadiahkan pahala korban
kepada orang lain - dibolehkan.
ii. Binatang korban
Al-An’am:
a. Unta
b. Kerbau
c. Lembu
d. Kambing
e. Biri-biri
Syarat sah binatang korban:
i. Cukup umur:
ditentukan dengan 2 perkara, sama ada
penetapan umur:
a. Unta - 5 tahun
b.Lembu, kerbau dan kambing - 2
tahun
c. Biri-biri - 1 tahun
Atau bersalin gigi (giginya gugur).
Biasanya dua batang gigi. Sekiranya
gugur satu batang sahaja, maka
memadai).
CONTOH GIGI BINATANG

Gigi susu (Milk teeth) :


Dua Gigi (Two Tooth) :
Umur kurang daripada 1
umur 1 - 1.5 tahun
tahun
Sepasang gigi pemotong
Kesemuanya gigi sementara
kekal
ii. Tidak cacat
Tiada kecacatan yang mengurangkan
daging atau mengurangkan kesihatan.
Syarat sah binatang korban:
Dalam kitab Majmuk, Imam Nawawi
menjelaskan kecacatan binatang
korban:
Mata:
Buta kedua mata - tidak sah.
Buta sebelah mata - tidak sah.
Buta malam - sah
Mata juling - sah
Lemah penglihatan – sah
Telinga:
Telinga kecil - sah
Tidak ada telinga (sejak lahir) atau
ada sebelah sahaja – tidak sah
Terpotong bahagian hadapan tanpa
terputus - makruh
Terpotong bahagian belakang tanpa
terputus, cuping telinga pecah tanpa
terputus, cuping telinga berlubang
kecil – makruh
Telinga bertindik (ada lubang) –
Fatwa kerajaan Kedah – tidak sah.
Pandangan kedua – sah kerana lubang
itu kecil.
Cuping telinga berlubang besar- tidak
sah
Kedua-dua telinga tercabut atau
sebelah sahaja atau sebahagian sahaja
– tidak sah
Hidung:
Terputus - tidak sah
Lidah dan gigi:
Pecah gigi hadapan sahaja - sah
(Imam Nawawi)
Tiada gigi (ronggak) – tidak sah –
(binatang korban adalah umpama
hadiah kepada seseorang).
Terputus lidah semuanya atau
sebahagiannya - tidak sah
Ekor dan punggung:
Terpotong ekor semuanya atau
sebahagiannya – tidak sah
Adapun yang dilahirkan tanpa
berekor sejak dilahirkannya adalah
sah dibuat korban. (Sabilal Muhtadin
2/227)
Tiada punggung kesemuanya atau
sebahagiannya – tidak sah
Lain-lain kecacatan:
Binatang yang gila – tidak sah
Berkudis – tidak sah – disamakan
dengan binatang yang berdaging
kurang dan cacat.
Kalau ada ulat di dalam kepala atau
perut – sah korban. Sebab ia tidak
zahir sebelum korban.
Lemah sehingga tidak mampu
mengikut kawan-kawannya ketika
mencari makan – tidak sah
Binatang yang dikasi – sah
Binatang yang ditanda dengan cop
(besi panas) – sah
Kudung sebelah kakinya – tidak sah
Tiada tanduk sejak lahir – sah
Tanduknya pecah – sah, tetapi
makruh
Binatang bunting tidak sah dibuat
korban kerana ia dianggap aib dan
cacat. (Mughni al-Muhtaj). Jika baru
mengetahui selepas disembelih, maka
sembelihan itu tidak dikira sebagai
korban. (Semoga orang yang
berkorban itu mendapat pahala
korban).
Penentuan cacat pada binatang itu
sedikit atau banyak:

Jika kecacatan itu dapat dilihat dari


jauh atau terlalu jelas, maka itu
dikatakan kecacatan yang berat. Maka
tidak sah dibuat korban.
Kecacatan yang berlaku selepas
ditentukan binatang korban dan ketika
hendak menyembelih:

Imam Nawawi berkata: Jika sekiranya


binatang korban sudah direbahkan,
tiba-tiba matanya terkena pisau
sembelihan, lalu buta, maka tidak sah
dijadikan korban.
Binatang korban yang afdhal dari sudut
jantina:
Jantan lebih afdhal dari yang betina.

Betina boleh dibuat korban walaupun


ia baru bersalin (berdasarkan pendapat
Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Ar-Ramli
dalam Nihayah). Cuma berdosa kerana
menyakiti anaknya yang masih kecil.
WARNA BINATANG
Keutamaan warna binatang (menurut
turutan): putih – kuning – kelabu –
merah – belang putih dan hitam –
hitam
iii. Al-An’am
Sah binatang kacukan sekiranya ia
dikacuk antara dua jenis al-an’am. Jika
salah satunya bukan al-an’am, maka
tidak boleh berkorban. Contohnya
selembu, iaitu kacukan antara seladang
dan lembu.
BAHAGIAN KORBAN:
Bahagian korban – semua al-an’am
dibahagikan kepada 7 bahagian
melainkan kambing. Dan boleh dengan
niat yang berbeza pada 7 bahagian
tersebut. Tidak sah seekor kambing 2
orang. Dan tidak sah juga satu
bahagian dengan 2 niat yang berlainan.
iii. Niat:
Bermula waktu niat (sah niatnya) -
setelah memiliki binatang korban dan
ditentukan binatang yang hendak
dikorbankan sehingga permulaan
penyembelihan dilakukan.
Apabila seseorang berniat sebelum
disembelih binatang korbannya, ia
tidak lagi wajib mengulangi niat pada
waktu binatang korban disembelih.
Begitu juga tidak wajib baginya
mengulangi niat ketika diwakilkan
sembelihan binatang korban kepada
orang lain.
Wakil tidak wajib berniat korban ketika
menyembelih kerana niat korban orang
yang mewakilkan sudah memadai.
Bahkan jika orang yang diwakilkan itu
tidak mengetahui bahawa binatang
yang disembelih itu adalah binatang
korban sekalipun, tidak mengapa (sah).
iv. Penyembelihan:
Maksud sembelih: Menghilangkan
nyawa binatang bertujuan menjadikan
daging binatang tersebut halal
dimakan.

Di dalam proses sembelih perlu ada 2


perkara:
a. Ilmu
b. Pengalaman
Cara menyembelih:
a. Normal
b. Terdesak – boleh sembelih di mana-
mana bahagian yang mempercepatkan
kematiannya.
Rukun penyembelihan:
i. Penyembelih
Syarat sah penyembelih:
a. Islam – paling baik ialah memilih
muslim yang fakih dalam bab korban.
b. Ahli kitab
ii. Binatang yang disembelih
Syarat sah binatang sembelihan:

a. Halal dimakan
b. Masih hidup
c. Mati akibat sembelihan
Syarat sah penyembelihan:
a. Diputuskan semua 2 saluran iaitu
halkum (pernafasan) dan urat merih
(makanan). (2 urat yang wajib putus
dan 2 urat yang sunat putus- wadajain
(salur darah) - di bahagian tepi –kanan
dan kiri)
b. Dilakukan dengan sengaja.
c. Dilakukan kerana Allah.
d. Tidak disertakan dengan perbuatan
lain untuk mematikan binatang
sembelihan.

# Dalam mazhab Syafie - orang gila


dan perempuan sah sembelihannya
RUKUN KORBAN
Sunat sembelihan:
Membaringkan binatang atas rusuk
kiri.
Menghadapkan leher binatang ke arah
kiblat.
Mengutamakan orang yang paling
afdhal (fakih) melakukan sembelihan.
Menggunakan alat sembelihan yang
paling tajam.
Membaca basmalah, bersalawat dan
bertakbir bagi penyembelih sahaja,
ketika berkorban, iaitu sebelum dan
selepas basmalah.
Berdoa ketika sembelih
Menyembelih dengan tangan kanan
Memotong urat wadajain
Menyembelih dengan lemah lembut
dan menekan sedikit pada 2 urat
tersebut.
Kesalahan ketika sembelihan:

Kesalahan yang membatalkan


sembelihan.
Kesalahan yang mencacatkan
sembelihan, tetapi tidak
membatalkannya.
Kesalahan yang mencacatkan sembelihan,
tetapi tidak membatalkannya:
Menjatuhkan binatang korban dengan
kasar.
Menindih binatang dengan melampau.
Menggunakan pisau yang tumpul.
Mencabut bulu binatang sebelum
daripada disembelih.
Melambat-lambatkan sembelih selepas
daripada binatang diikat.
Melapah sebelum binatang mati.
TAMBAHAN:
# Makruh sembelih binatang di depan
kawannya.
# makruh mengasah pisau di depan
binatang korban.
# Imam Nawawi: ikat kaki binatang –
tiga sahaja. Bukan keempat -
empatnya.
WAKALAH
Lafaz niat wakalah untuk pelaksanaan
korban:
Akad orang yang berkorban menyuruh
seseorang mewakilinya:
“Saya (nama orang yang berkorban)
bersetuju mewakilkan Pengerusi Surau
(nama surau) melaksanakan korban saya
untuk tahun ini dengan bayaran
RM800.00 bagi satu bahagian berserta
upah RM100.00 kerana Allah s.w.t.”
Wakalah (sembelih):
Lafaz wakalah: “Lembu ini awak
tolong sembelihkan”.
Kaedah yang mudah: Afdhal sembelih
binatang korban diberikan kepada
orang yang berkorban.
Kalau tidak, baru wakil yang
sembelihkan.
Individu yang mewakilkan korban
perlu tahu:
Kadar harga yang ditawarkan bagi
satu bahagian (unta, lembu dan
kerbau) atau seekor (kambing).
Kadar upah yang diambil.
Cara pengagihan daging korban.
Mengetahui orang yang akan menjadi
wakil untuk menyembelih binatang
korban
PEMBAHAGIAN
DAGING
KORBAN
a. Korban nazar:
Nazar: Mesti berlafaz. Niat di hati tidak
dikira nazar.
Perkara yang dinazarkan mestilah
perkara sunat.
Semua daging perlu diberikan kepada
orang miskin (mazhab Syafie – orang
miskin tempatan) dalam keadaan
mentah.
b. Korban sunat:
Wajib diberikan sedikit dalam keadaan
mentah kepada orang miskin (cukup
seorang) kadar yang dikatakan
sekurang-kurang sedekah (tidak
memadai menjadikan makanan dan
menjemput fakir miskin). Contohnya
setengah kilogram.
Paling baik: Sedekahkan semuanya,
melainkan diambil sedikit (untuk
mengambil berkat).

Pertengahan:
1/3 – orang yang berkorban
1/3 – sedekahkan kepada fakir miskin
1/3 – dihadiahkan kepada sahabat
handai dan jiran tetangganya sekali
pun kaya
Daging yang disedekahkan kepada
fakir miskin menjadi hak miliknya.
Maka dia boleh melakukan apa sahaja
mengikut kehendaknya, termasuk
menjualnya. Tetapi orang yang kaya
tidak boleh menjualnya kerana
pemberian korban itu sebagai hadiah
untuk dimakan.
c. Korban si mati yang mewasiatkan:
Semua daging korban wajib diberikan
kepada orang miskin dalam keadaan
mentah. Jika tidak dibuat, wajib diganti
dagingnya.
Menurut pendapat yang muktamad dalam
mazhab Syafi`i, HARAM memberi daging
korban, sama ada korban sunat atau korban
wajib kepada kafir sekalipun kafir zimmi
(Hasyiah al-Baijuri 451/2).
Begitulah juga hukumnya dengan daging
akikah. Malah, jika daging berkenaan
diberikan juga kepada orang kafir, maka ia
WAJIB diganti (Hasyiah al-Shabramallisi
141/8, al-Tarmasi 647/6).
# Orang yang mengguruskan korban
wajib tidak boleh memakan daging
tersebut. Orang yang di bawah
tanggungannya juga tidak boleh makan
daging tersebut.

# Daging korban yang wajib - wajib


disegerakan. Dan korban yang sunat -
sunat disegerakan.
Golongan yang afdhal disedekahkan
(miskin):
a. Mempunyai pertalian kekeluargaan.
b. Orang yang soleh
c. Ada harapan untuk dijinakkan
hatinya.
d. Mesti dipastikan mereka berada di
kawasan tempat binatang dikorbankan.
‫والسالم‬

Anda mungkin juga menyukai