Anda di halaman 1dari 1

ACEH: SEJARAH JIHAD DAN PENDIDIKAN

Seri Kembangan, 6 Jun 2017 (Selasa) Alhamdulillah, Kembara Edutrip Siri 1 ke Aceh anjuran KRS
Musleh dan Unit KoKurikulum IKRAM Musleh pada 30 Mei hingga 3 Jun 2017 berjaya dilaksanakan di
bawah bimbingan PM Dr.Hafidzi b. Mohd Noor. Seramai 22 orang termasuk wakil Sekretariat KRS
Musleh, Kapten KRSM Rofazlin b. Jusoh sebagai ketua rombongan menziarahi beberapa tempat
bersejarah umat Islam berjuang berjihad menentang penjajah (Belanda dan Portugis). Antara tempat
yang dilawati adalah Inong Balee, Indrapatra Indrapuri, Masjid Tuhaa, Tanoh Abee, Makam Sultan
Iskandar Muda, Kuburan Massal, Aceh Tsunami Museum dan Kapal PLTD Agong I. Tiga orang serikandi
Islam yang terkenal di Aceh adalah Laksamana Tengku Keumala Hayati, Tengku Fakinah dan Cut Nyak
Dien. PM Dr Hafidzi banyak menekankan kesedaran umat Islam di Aceh yang sebenarnya jihad adalah
sewajibnya melalui pendidikan. Jihad tanpa pendidikan tidak ke mana.

Di Aceh, kami disantuni oleh Ust.Irawan Abdullah yang merupakan Wakil Rakyat kawasan Aceh Besar
dan Ust.Fakhrurazi Saad. Kami berbuka puasa di Masjid Oman dan Masjid Agung Al-Makmur. Di
masjid itu, para pemuda datang awal mengimarahkan masjid dengan tilawah Al-Quran dll. Suasana
Ramadhan begitu dirasai kerana kawasan perniagaan memulakan jualan selepas waktu Asar. Waktu
berpuasa pula agak panjang (lebih kurang 14 jam). Walaupun dalam keadaan sebegitu, rombongan
trip ini begitu bersemangat dan teruja apabila diberikan maklumat berkenaan tempat bersejarah
yang diziarahi. Moga Kembara Edutrip kali ini memberikan banyak pengajaran dan pengetahuan
berkaitan umat Islam di Aceh.

Anda mungkin juga menyukai