Anda di halaman 1dari 3

DALAM KITA GHAIRAH MENUJU KE ALAF 21,

JANGAN KITA LUPA PADA JUNJUNGAN YANG MULIA,


MUHAMMAD S.A.W, KERANA BAGINDA,
RAHMAT ALLAH DIKURNIAKAN KEPADA KITA DENGAN TIDAK TERHINGGA,
BENARLAH MUHAMMAD ITU RAHMATAN LIL ALAMIN,
BUKAN SAHAJA MANUSIA, BAHKAN,
HAIWAN DAN TUMBUHAN TURUT MERASAI RAHMAT YANG DIBAWA OLEH
RASULULLAH S.A.W..
AYUH BERSAMA DENGARKAN DAN HAYATI BAIT-BAIT DIKIR INI.

MAHABBAH RASUL (KASIH RASULULLAH)

ALLAH, ALLAH AZ ZAWAJJAL, TUHAN KAMI..,


KAMI MINTA AMPUN AKAN, DOSA KAMI..,
DENGAN SOLAWAT, KAMI MULA MAJLIS INI..,
MOGA BERKAT MAJLIS KITA HARI INI.



Mahabbah Rasul jadi perlumbaan,
Bagi sekalian makhluk Tuhan,
Tidak kira manusia atau haiwan,
Bukit bukau dan tumbuh tumbuhan,

Seekor unta datang berlari lari,


Berlutut dan mengucup kaki Nabi,
Mengalir air matanya menangisi,
Kerana rindu kepada Nabi,
Mengadu domba tentang badan sakit,
Kerja banyak makannya sedikit,

Di dalam peristiwa Israk wal Mikraj,


Batu yg besar tersangatlah berat,
Ingin menjadi pengikut yang taat,
Lalu timbullah dan jua terangkat,
Lantas ditahan oleh malaikat,
Maka terapunglah hingga kiamat,


Sebatang tamar yang sudah kekeringan,
Merintis menangis kerna ditinggalkan,
Hingga tangisannya telah didengarkan,
Kepada para sahabat yang beriman,
Lalu baginda turun menenangkan,
Berhentilah menangis berkat usapan,



Saidina Thauban kekuningan badan,
Sakit kerana asyik memikirkan,
Apakah dirinya akan dimasukkan,
Ke dalam syurga bersama Rasul junjungan,
Kerna baginya jika berasingan,
Tiada nikmatnya syurga pilihan,



Ingatlah wahai teman sekalian,
Nabi Muhammad pernah berpesan,
Seseorang itu akan dibangkitkan,
Bersama siapa yang paling dicintakan,

Kami berdoa padamu Allah,


Cintakan kami kepada Rasulullah
Kami berdoa padamu Allah,
Cintakan kami kepada Rasulullah
Kami berdoa padamu Allah,
Cintakan kami kepada Rasulullah

DII

Anda mungkin juga menyukai