Anda di halaman 1dari 95

Isi Kandungan

1. Pengenalan............2

2. Zikir Agung..............5

3. Ayat Lima..............16

4. Ayat Laqadja.........25

5. Zikir Ayat Kursi......34

6. Tahlil......................45

7. Maulid....................70

8. Doa Keselamatan..89
Pengenalan:

Zikir agung merupakan satu pakej yang


terkandung di dalamnya ayat-ayat Quran,
salawat, doa serta syahadat. Ia merupakan
satu pakej yang mana susunan ayat-ayatnya
berhubung kait di antara satu sama lain.

Hikmah:

1. Ia merupakan ibadah tambahan untuk umat


Islam di akhir zaman. Mengapa ianya tidak
berbentuk himpunan zikir sahaja sedangkan
kebanyakan tarekat banyak mengamalkan zikir.
Ini adalah kerana di akhir zaman banyak orang
yang lalai hatinya. Tetapi kalau membaca Al
Quran dan salawat, kalau lalai pun tetap dapat
pahala manakala jika khusyuk lagi besarlah
pahalanya. Kalau zikir pula jika dihayati dapat
pahala manakala yang lalai tidak dapat pahala.
Itulah kelebihan ayat Quran dan salawat. Sebab
itulah ia sesuai untuk dijadikan amalan
tambahan bagi mereka yang sibuk dan aktif .
Umat di zaman dahulu tidaklah sesibuk
sekarang, sebab itulah mereka boleh berwirid
dan zikir sambil duduk-duduk , manakala
membaca ayat-ayat Al Quran jika sambil berjalan
dan tidak khusyuk sekalipun tetap dapat pahala.
Itulah hikmahnya Tuhan menghadiahkan ayat-
ayat ini bagi umat Islam akhir zaman.
2. Kalau digabungkan semua huraian atau
makna ayat-ayat tadi, kehendak-kehendaknya
mengandungi keseluruhan tuntutan Al Quran
dan hadis. Sengaja Tuhan pilih ayat yang besar-
besar. Apabila digabungkan kehendak isinya,
itulah merupakan seluruh tuntutan Quran dan
Sunnah . Jadi kalau begitulah maksud ayat itu,
munasabahlah di akhir zaman ada janji dari
Tuhan , Islam akan kembali gemilang,
menawan dunia menjadi empire kali ke 2 untuk
mengamalkan semula seluruh isi
Al-Quran dan Sunnah.

3. Sebahagian ayat yang terkandung di dalam


zikir agung ini ada hubungan dengan sejarah.
terutama sejarah Tholut. Mengapa di ambil
sejarah Tholut sedangkan dia bukannya
seorang Rasul atau Nabi, mengapa tidak
dibaca ayat tentang Nabi Sulaiman atau nabi
Nuh yang mana perjuangan mereka lebih
hebat. Apakah maksud dan isyarat dari Tuhan?
Ia membawa erti bahawa Islam akan menjadi
empayar kali ke dua bukan ditegakkan oleh
pemimpin bertaraf Rasul dan Nabi tapi
pemimpin bertaraf wali seperti Tholut. Tholut
ke dua akan lahir di akhir zaman yang akan
menjadikan Islam bangun semula bertaraf
dunia.
Zikir Agung
Aku berlindung dengan Allah
dari syaitan yang direjam
Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kehadapan paduka Nabi Muhammad al-


Musthafa Rasulullah SAW, dan kepada
keluarganya dan sahabat-sahabatnya
sekelian, dan kepada sekelian Nabi-nabi
dan Rasul-rasul dan kepada sekelian wali-
wali dan orang-orang soleh, dan kepada
sekelian orang mukmin lelaki dan
perempuan dan orang muslim lelaki dan
perempuan yang masih hidup dan yang
telah mati, dan kepada ibu bapaku dan
kepada Abuya as- Syeikh al- Imam Ashaari
bin Muhammad at- Tamimi, dan kepada
Lebai Ibrahim, dan khasnya kepada Saiyidi
Syeikh Muhammad as- Suhaimi Imamul
Mahdi, moga-moga Allah Taala curahkan
rahmat kepada mereka sekelian, al-Fatihah.

*(Kita merasa kuat kerana diperjuangkan


oleh rangkaian orang-orang rohani. Bagi
mereka yang menguasai dan
menghayatinya akan mendapat respon
daripada orang yang disenaraikan itu.)
Dengan menyebut Nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang


Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang
menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah
yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah
kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami ke
jalan yang lurus. (Yaitu) jalan orang-orang yang
telah engkau berikan nikmat kepada mereka,
bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan
bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat.

*(Merupakan sebesar-besar hadiah dan semahal-


mahal bekalan kerana kita mendoakan ketaqwaan
dan siratul mustaqim kepada para penerimanya).
Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang
sebenar melainkan Allah dan aku menyaksikan
bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Abu Bakar
yang sangat kuat membenarkan Islam, Umar
yang dapat membezakan diantara baik dan jahat,
Uthman yang sangat taat kepada Tuhan yang
Maha Penyayang, Ali yang menjadi pendukung
agama, Muhammad Imamul Mahdi, kesemuanya
khalifah-khalifah Rasulullah SAW

*(Menyuntik kekuatan kepada kita apabila


mendapat TUJUH pemimpin besar yang sentiasa
memantau dan membantu dalam setiap pekerjaan
dan keperluan kita)
Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang
Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya
penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan
dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan
lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka
katakanlah : Cukuplah Allah bagiku, tidak ada
Tuhan selain dia, hanya kepadaNya aku
bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki
arash yang agung.
(At Taubah :128-129)

*(Mendapat Allah, Rasul dan imam Mahdi untuk


bertanggung jawab kepada kita dan menjadi
pembela kita. Allah berkata kalau ada masalah
katakan cukuplah Allah bagiku.)
Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci


Engkau, sesungguhnya aku termasuk
orang-orang yang zalim.
(Al Anbiya' : 87)

*(Bila kita menginsafi kezaliman kita


sebanyak 50 jenis, ia akan mendatangkan
rasa hamba. Orang yang mendapat rasa
hamba dalam miskin dia rasa kaya, dia
tidak sombong, dalam sakit dia rasa sihat,
dia mampu untuk merendah diri dan
sentiasa takut dengan Allah. Inilah dia
sekuat manusia).
Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Katakanlah : Dialah Allah yang maha Esa.


Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada
beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan
tidak ada seorang pun yang setara
denganNya. (Surah Al Ikhlas)

*(Menguatkan perasaan harap dan takut


pada Allah. Dalam ayat ini di senaraikan
empat sifat Tuhan yang hebat. Kalau kita
faham akan datang perasaan harap dan
takutkan Tuhan.)
Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
" Dan apabila kamu membaca al-Quran nescaya kami
adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak
beriman kepada kehidupan akhirat suatu dinding yang
tertutup. (Al Isra' : 45)
" Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu)
mereka tidak mengerti. (Al Baqarah : 171)
" Dan kami adakan dihadapan mereka dinding dan
dibelakang mereka dinding (pula), maka kami kaburkan
mereka sehingga mereka tidak melihat. (Yaasin : 9)

*(Menanamkan rasa gerun dengan Allah. Kita tidak


boleh buat silap dengan Allah. Kita sepatutnya rasa
takut, gerun dan tidak berani membuat dosa. Orang-
orang yang kecilkan Al Quran , tawarannya ialah dia
menjadi tuli, bisu dan buta. Bila Allah marah kita patut
rasa takut dan bertaubat di atas segala kebutaan kita
selama ini.)
Ya Allah kurniakanlah kesejahteraan dan
keselamatan kepda penghulu kami Muhammad
Nabi yang tidak membaca dan menulis. Dan
demikian juga kepada sekelian keluarganya dan
sahabat-sahabat seberapa banyak bilangan yang
Engkau tahu dan seberapa berat timbangan
yang engkau tahu dan sepenuh apa jua yang
Engkau tahu.

*(Rasulullah sebenarnya sentiasa bersama kita


walaupun kita tidak nampak. Apabila kita
berselawat ke atasnya membuatkan kita di
dekatkan dengan Baginda dan kita merasa kuat
apabila Rasulullah sentiasa mendoakan kita.)
Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dan sesungguhnya telah kami berikan kepada Daud kurnia


dari kami. (Kami berfirman) : Hai gunung-gunung dan
burung-burung bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud,
dan kami telah melunakkan besi untuknya. (Yaitu) buatlah
baju besi yang besar-besar dan tentukan ukuran dengan
tepat, dan kerjakanlah amalan yang soleh, sesungguhnya
aku melihat apa yang kamu kerjakan. (Saba' : 10)

*(Allah nak hadiahkan akhlak yang mulia hingga terbinanya


peribadi agung. Allah tawarkan pada hambaNya kalau kau
mahu menang terhadap nafsumu, kau akan dapat seperti
yang diberikan pada Nabi Daud iaitu binatang, gunung
dan besi dapat cair dan taatkannya. Itulah tawaran istimewa
dari Tuhan kepada hamba yang bertaqwa.)
Ayat Lima
1- Dengan menyebut nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad),


tentang, (kisah) ketua-ketua dari Bani Israil selepas
(wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata
kepada seorang Nabi mereka : "Lantiklah seorang
raja untuk kami supaya boleh kami berperang
(bersama-sama dengannya) pada jalan Allah".
Nabi mereka menjawab : "Tidakkah harus, jika
kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak
akan berperang?". Mereka berkata : "Mengapa
pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah,
sedang kami telah diusir dari kampung halaman
kami, dan (dari) anak-anak kami?". Maka apabila
perang itu diwajibkan atas mereka, mereka
membelakangkan kewajiban itu, kecuali
sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.
- (Al Baqarah : 246) l Allah Maha Berkuasa atas
apa yang dikehendakiNya (3x).

*(Tuhan berkata Aku Maha berkuasa terhadap apa


yang dikehendakiNya, jangan main-main dengan
Allah, Dia maha berkuasa ke atas apa-apa pun
kehendakNya.)
2- Sesungguhnya Allah telah medengar perkataan
orang-orang (Yahudi) yang mengatakan :
"Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-
orang kaya". Kami (Allah) akan akan menuliskan
perkataan mereka itu dan perbuatan mereka
membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan
yang membenarkannya, dan kami akan katakan
kepada mereka : "Rasalah kamu azab seksa yang
sentiasa membakar".- (Aali Imran : 181) l Allah
Maha Perkasa tidak memerlukan pembantu (3x).

*(Allah itu kuat, ada orang kata Allah miskin tapi


Allah kata Aku kuat , Aku boleh buat apa sahaja.)
3- Tidakkah engkau (wahai Muhammad, hairan)
melihat akan orang-orang yang (pernah)
dikatakan kepada mereka : "Tahanlah tangan
kamu (daripada bertindak melancarkan perang
yang belum diizinkan), dan dirikanlah solat serta
tunaikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak
berperang), kemudian apabila mereka
diperintahkan berperang, tiba-tiba segolongan
mereka merasa takut kepada manusia sama
seperti mereka merasa takut kepada (azab) Allah
atau lebih takut lagi. Lalu mereka (merayu kepada
Allah dengan) berkata : "Wahai Tuhan kami,
mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada
saat ini) ?. Mengapa Engkau tidak biarkan kami
hingga akhir hayat kami ?". Katakanlah (wahai
Muhammad) : "matabenda yang menjadi
kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja,
dan (balasan) hari Akhirat itu lebih baik bagi
orang-orang yang bertaqwa, dan kamu pula tidak
akan dianiaya sedikit pun - (An Nisa' : 77). l Allah
Maha Berkuasa terhadap sesiapa yang
melampau dan engkar (3x)

*(Maha kerasnya Allah ke atas orang-orang


yang derhaka)
4 - Dan bacakanlah kepada mereka (wahai
Muhammad), kisah mengenai dua orang anak Adam
(Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya,
iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu
persembahan korban (untuk mendampingkan diri
kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang
diantaranya (Haabiil), dan ditolak dari yang kedua
(Qabil). (Qabil) berkata : "Sesungguhnya aku akan
membunuhmu!". (Habil) menjawab : "Hanyasanya
Allah menerima dari orang-orang yang bertaqwa,.
- (Al Maidah : 27) l Allah Maha Suci memberi
hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya (3x).

*(Maha suci Tuhan di atas apa yg Dia inginkan, bagi


siapa yang tidak di beri petunjuk dia tidak akan
dapat.)
Katakanlah (wahai Muhammad) : "Siapakah Tuhan
yang memelihara dan mentadbirkan langit dan
bumi ?". Jawablah : "Allah". Bertanyalah lagi :
"Kalau demikian, patutkah engkau menjadikan
selain Allah sebagai pelindung dan penolong, yang
tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi
dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu
bahaya ?" Katakanlah lagi : "Apakah sama orang
yang buta dengan orang yang celik ? Atau apakah
sama gelap gelita dengan cahaya (terang) ? Atau
adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan
sekutu bagi Allah itu telah mencipta seperti ciptaan
Allah, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi
kesamaran bagi mereka ?". Katakanlah : "Allah
jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan
dialah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa".- (Ar
Ra'd : 16) l Allah Maha Kekal Selama-lamanya
mengurniakan kekuatan kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (3x).

*(Allah itu kuat dan memberi rezeki kepada sesiapa


yang Dia kehendaki. Dia menghukum dengan
setegas-tegasnya dan dia tidak perlukan
pertolongan sesiapa.)
Ayat Laqadja
Aku berlindung dengan Allah
dari syaitan yang direjam
Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kehadapan paduka Nabi Muhammad al- Musthafa


Rasulullah SAW, dan kepada keluarganya dan
sahabat-sahabatnya sekelian, dan kepada sekelian
Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan kepada sekelian
wali-wali dan orang-orang soleh, dan kepada
sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan dan
orang muslim lelaki dan perempuan yang masih
hidup dan yang telah mati, dan kepada ibu bapaku
dan kepada Abuya as- Syeikh al- Imam Ashaari
bin Muhammad at- Tamimi, dan kepada Syeikh
Muhammad Abdullah bin Muhammad Khairillah
As Suhaimi ,dan kepada Syeikh Muhammad
Khairillah As Suhaimi dan khasnya kepada Saiyidi
Syeikh Muhammad as- Suhaimi Imamul Mahdi,
moga-moga Allah Taala curahkan rahmat kepada
mereka sekelian, al-Fatihah.
Dengan menyebut Nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang


Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang
menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah
yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah
kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami ke
jalan yang lurus. (Yaitu) jalan orang-orang yang
telah engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan
jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan
(pula jalan) orang-orang yang sesat.

*(Merupakan sebesar-besar hadiah dan semahal-


mahal bekalan kerana kita mendoakan ketaqwaan
dan siratul mustaqim kepada para penerimanya).
Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang


Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya
penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan
dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan
lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka
katakanlah : Cukuplah Allah bagiku, tidak ada
Tuhan selain dia, hanya kepadaNya aku
bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki
arash yang agung.(At Taubah : 128-129)
Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

“ Dan apabila kamu membaca al-Quran


nescaya kami adakan antara kamu dan orang-
orang yang tidak beriman kepada kehidupan
akhirat suatu dinding yang tertutup. (Al Isra' : 45)

" Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab


itu) mereka tidak mengerti. (Al Baqarah : 171)

" Dan kami adakan dihadapan mereka dinding


dan dibelakang mereka dinding (pula), maka
kami kaburkan mereka sehingga mereka tidak
melihat.
(Yaasin : 9)
Sesungguhnya perintahNya itu apabila Dia
mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata
kepadanya : "Jadi!. Maka terjadilah ia.
(Yaasin : 82)

Ya Allah, sejahterakanlah keatas junjungan


kami Saidina Muhammad, dan keatas kaum
keluarga junjungan kami, Saidina
Muhammad
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu
dengan berkat dan haq ayat-ayat yang mulia ini
agar Engkau memelihara aku dari kecederaan,
senjata dan selainnya. Dan ditundukkan padaku
khadam-khadam ayat-ayat yang mulia ini, dan
mereka memenuhi kehendakku, sesungguhnya
Engkau Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.
Semoga Allah mengurniakan selawat dan salam
buat Junjungan kami Muhammad serta keluarga
dan sahabatnya
Zikir
Ayat Kursi
Aku berlindung dengan Allah
dari syaitan yang direjam
Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kehadapan paduka Nabi Muhammad al-


Musthafa Rasulullah SAW, dan kepada
keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekelian,
dan kepada sekelian Nabi-nabi dan Rasul-rasul
dan kepada sekelian wali-wali dan orang-orang
soleh, dan kepada sekelian orang mukmin lelaki
dan perempuan dan orang muslim lelaki dan
perempuan yang masih hidup dan yang telah
mati, dan kepada ibu bapaku dan kepada Abuya
as- Syeikh al- Imam Ashaari bin Muhammad at-
Tamimi, dan kepada Syeikh Muhammad
Abdullah bin Muhammad Khairillah As Suhaimi
,dan kepada Syeikh Muhammad Khairillah As
Suhaimi dan khasnya kepada Saiyidi Syeikh
Muhammad as- Suhaimi Imamul Mahdi, moga-
moga Allah Taala curahkan rahmat kepada
mereka sekelian, al-Fatihah.
Dengan menyebut Nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang


Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang
menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang
kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami
memohon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang
lurus. (Yaitu) jalan orang-orang yang telah engkau
berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-
orang yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan)
orang-orang yang sesat.

*(Merupakan sebesar-besar hadiah dan semahal-


mahal bekalan kerana kita mendoakan ketaqwaan
dan siratul mustaqim kepada para penerimanya).
Aku memohon perlindungan Allah
dari Syaitan yang direjam
Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

3- Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, yang Hidup dan


mencukupi dengan sendiriNya. Dia tidak mengantuk
atau tidur. Dia menguasai segala yang ada di langit
dan bumi. Tidak boleh menolong ( memberi syafaat)
disisinya (di padang mahsyar) melainkan dengan
izinNya. Dia tahu apa yang dihadapan dan di belakang
mereka, dan mereka tidak boleh tahu apa-apa dari
ilmuNya melainkan dengan kehendakNya. Tahta
kerajaanNya seluas langit dan bumi. Dia tidak penat
memelihara keduanya itu kerana Dia Maha Kuasa
lagi Maha Besar.
(Al Baqarah : 255)

Aku memohon keampunan dari Allah yang


maha Agung.
5

Dengan menyebut Nama Allah


yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang
menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang
kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami
memohon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang
lurus. (Yaitu) jalan orang-orang yang telah engkau
berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-
orang yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan)
orang-orang yang sesat.
Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Katakanlah : Dialah Allah yang maha Esa. Allah adalah
Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan
tidak ada seorang pun yang setara denganNya. (Surah
Al Ikhlas)

Dengan menyebut nama Allah


yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Katakanlah (wahai Muhammad) : "Aku berlindung kepda
Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari
bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan. Dan dari
bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan
makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada
simpulan-simpulan. Dan dari kejahatan orang yang dengki
apabila ia melakukan dengkinya". (Surah Al Alaq)
Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Katakanlah (wahai Muhammad) :"Aku berlindung kepada
Allah Pemelihara sekelian manusia. Yang menguasai
sekelian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh
sekelian manusia. Dari kejahatan pembisik, penghasut
yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisiskan dan
hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan
penghasut) Dari kalangan jin dan manusia. (Surah An
Nas)

Dengan menyebut nama Allah


yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Aku naik saksi Bahawa tiada Tuhan meainkan Allah,
dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh
Allah.
10

(X 3)
Ya Allah sejahterakanlah keatas penghulu
k a m i M u h a m m a d d a n k e a ta s a h l i
keluarganya.

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami


dengan membawa bukti-bukti yang nyata, dan Kami telah
menurunkan bersama-sama mereka al- Kitab dan
keterangan yang menjadi neraca (keadilan), supaya
manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami telah
menciptakan besi yang padanya mengandungi kekuatan
yang hebat serta berbagai faedah bagi manusia , dan
supaya Allah mengetahui siapa yang menolong
(agama)Nya serta menolong rasul-rasulNya, padahal
Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat
lagi Maha Perkasa. (Al Hadid : 25)
Tahlil
Dengan menyebut Nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Al Fatihah (sekali), Al- Ikhlas (11 kali)


Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar,
Al- Falaq (sekali),Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah
Maha Besar,
An- Nas (sekali), Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah
Maha Besar.

Dengan menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah


lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai
hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada engkaulah kami memohon
pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.
(Yaitu) jalan orang-orang yang telah engkau berikan
nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang
Engkau murkai dan bukan (pula jalan) orang-orang
yang sesat.

Dengan menyebut Nama Allah


yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alif Laam Miim. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan
padanya ; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Yaitu
mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang
mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki
yang Kami anugerahkan kepada mereka,
dan mereka yang beriman kepada kitab (Al Quran)
yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang
telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan
adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap
mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah
orang-orang yang beruntung.
Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, tiada
Tuhan melainan Dia ; yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia ; yang
Hidup dan mencukupi dengan sendiriNya. Dia tidak
mengantuk atau tidur. Dia menguasai segala yang ada
di langit dan bumi. Tidak boleh menolong (memberi
syafaat) disisinya (di padang mahsyar) melainkan
dengan izinNya. Dia tahu apa yang dihadapan dan di
belakang mereka, dan mereka tidak boleh tahu apa-
apa dari ilmuNya melainkan dengan kehendakNya.
Tahta kerajaanNya seluas langit dan bumi. Dia tidak
penat memelihara keduanya itu kerana Dia Maha Kuasa
lagi Maha Besar. Kepunyaan Allah -lah segala apa
yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika
kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau
kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan
membuat perhitunganNya dengan kamu tentang
perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang
dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang
dikehendakinya ; dan Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu.Rasul telah beriman kepada
Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhan-nya
demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya
beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya,
kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. (Mereka
mengatakan) :"Kami dengar dan kami taat. (Mereka
berdoa) : "Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan
kepada Engkaulah tempat kembali. Allah tidak
membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan)
yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari
kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) :
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami
jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau bebankan kepada kami beban
yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada
orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau pikulkan kepada kamu apa yang
tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami,
ampunkanlah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah
penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum
yang kafir. Dengan rahmatMu wahai Tuhan yang
Maha Mengasihani, kasihanilah kami (3x). Rahmat
Allah dan keberkatanNya ke atas kamu wahai keluarga
Rasulullah, sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi
Maha Mulia. Sesungguhnya Allah mahu
menghapuskan kecemaran dari kamu wahai keluarga
Rasulullah dan membersihkan kamu sebersih-
bersihnya. Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya
berselawat ke atas Nabi. Maka Wahai orang-orang
yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam
keatasnya akan sebagai salam yang sempurna.
Ya Allah kurniakanlah sebaik-baik selawat dan
salam ke atas makhlukMu yang paling bahagia
; penghulu kami Muhammad dan ke atas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Menurut
sebanyak bilangan pengetahuan-pengetahuan
dan perkataan-perkataanMu, pada setiap kali
ada sesiapa mengingatiMu dan setiap kali ada
sesiapa melupakanMu (3x). Ya Allah
kurniakanlah sebaik-baik selawat, salam dan
keberkatan ke atas makhlukMu yang paling
bahagia ; penghulu kami Muhammad dan ke
atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan
semoga Allah redhakan ke atas para junjungan
kami ; semua sahabat Rasulullah, dan cukuplah
Allah sebagai penolong kami, dan tidak ada
kekuasaan dan kekuatan melainkan pada Allah
yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku
memohon keampunan Allah yang Maha Agung
(3x). Ketahuilah bahawa sebaik-baik zikir itu :
Tiada Tuhan melainan Allah, yang Maha Hidup
dan Kekal, Tiada Tuhan melainkan Allah,
Muhammad pesuruh Allah. Inilah kalimah yang
haq. Kami berpegang dengannya hidup dan
mati, dan semoga Allah akan menghidupkan
kami di akhirat nanti di dalam golongan mereka
yang selamat dan sentosa.
Tiada Tuhan melainkan Allah dengarlah
Muhammad pesuruh Allah dengarlah

Kami memohon pada Allah (2x), dengarlah


Moga-moga Dia jadikan kami orang-orang soleh,
dengarlah

Kami memohon pada Allah (2x), dengarlah


Moga-moga Dia kabulkan hajat-hajat kami, dengarlah

Allah redhakan Muhammad, kami redhakan Allah,


dengarlah
Kami redhakan Muhammad, Muhammad redhakan
Allah, dengarlah

Wahai Nabi Allah, wahai kekasih Allah dengarlah,


Wahai kekasih Allah, wahai pesuruh Allah, dengarlah

Wahai wali-wali Allah, wahai wali-wali Allah, dengarlah


Tolonglah kami kerana Allah , dengarlah

Tolonglah kami pada jalan Allah, dengarlah


Moga-moga kami bertuah
dengan kemurahan Allah, dengarlah

Dan kami sudahi dengan


mendoakan kesejahteraan, dengarlah
Kepada Muhammad pesuruhNya yang terpilih,
dengarlah
Tiada Tuhan melainkan Allah (3x)
Muhammad pesuruh Allah

Kami memohon padamu (hai wali),


harap dapat berdampingan
Apa-apa hajat kami padamu tolonglah
kerana Allah

Wahai wali-wali Allah yang berbagai darjat


Persilakan datang dan tolong, kerana Allah

Dengan nama Allah kami buka pintu, tibalah


kekasih-kekasih Allah. Diedarkan gelas-gelas
minuman, kami meminumnya dengan nama Allah

Wahai Tuhan dengan berkat wali-waliMu,


tunaikan cita-cita kami
Moga-moga kami ria dan lapang untuk berusaha
keranaMu

Moga-moga Allah sejahterakan


Nabi yang mendapat petunjuk
Dan yang memberi syafaat (pertolongan)
di hari kiamat
Tiada Tuhan melainkan Allah (3x)
Muhammad pesuruh Allah yang dimuliai

PadaMu Allah kami mohon supaya diampunkan


dosa-dosa kami
Dan ringankan keberatan dosa-dosa kami yang
banyak dosa

Cenderongkan hati kami pada kebenaran


dan peliharalah hati kami
Dari kesesatan dan nafsu yang jahat,
wahai Sebaik-baik Penjaga

Kami memohon supaya dihari


didedahkan segala rahsia
Ditutup kesalahan-kesalahan kami
dan dihapuskan dosa-dosa kami

D a n w a h a i Tu h a n , s e j a h t e r a k a n l a h
setiap hari dan malam
Pada Ahmad Nabi yang terpilih dari keluarga
Hasyim
Tiada Tuhan melainkan Allah( 3x)
Muhammad pesuruh Allah yang disuci

Engkau (Muhammad) bagai purnama


malah lebih berseri
Wajahmu umpama titisan air yang manis
dan lazat

Wahai perhiasan dan sasaran segala


harapan
Siapakah pernah melihat lebih elok dari
wajahmu ?

Maka tiada anak cucu Hawa dari sulbi Adam


Dan hatta di dalam syurga tiada siapa
menyamaimu

Kerana bahagianmu yang pertama


umpama matahari, keduamu bintang
Ketigamu umpama purnama penuh yang
bersinar

Dan kempatmu umpama kafur wangi,


kelimamu umpama ambar
Dan keenammu permata yakut dan bakimu
permata
Maka lima jarimu memberi lima erti
Demikian itu sebagai isyarat maka
perhatikanlah

Jari tengahmu Abu Bakar dan jari manismu


Umar
Jari kelingkingmu Uthman dan ibu jarimu Ali

Manakala jari telunjukmu itulah penyudah


segala Rasul
Dia tidak lain melainkan dirimu, Muhammad
Nabi yang disuci

Muhammad pesuruh Allah dan kakbah


kiblatku
Dan agamaku lebih tinggi dan mulia
dari lain-lain agama

Rasulullah pensyafaatku dan Allah Maha


Pengampun
Maka tiada Tuhan melainkan Allah
dan Dia Maha Besar

Moga-moga kesejahteraan Tuhanku


setiap siang dan malam
Keatas Ahmad nabi pilihan yang disuci
Ketahuilah bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah (33x), Muhammad pesuruh Allah. Ya
Allah sejahterakanlah ke atas Muhammad, Ya
ALLAH kurniakanlah selawat dan salam
keatasnya (3x), Ya Allah sejahterakanlah ke
atas Muhammad, wahai Tuhan kurniakanlah
selawat dan salam keatasnya. Maha suci Allah
dari segala kekurangan dan Maha Terpuji (7x).
Maha suci Allah yang Maha Agung dari segala
kekurangan dan Maha Terpuji, Maha suci Allah
yang Maha Agung dari segala kekurangan
dan Maha Terpuji. Ya Allah kurniakanlah
selawat dan salam ke atas kekasihMu ;
penghulu kami Muhammad dan ke atas
sekelian keluarga dan sahabatnya (3x), Ya
Allah kurniakanlah selawat, salam dan
keberkatan ke atas kekasihMu ; penghulu kami
Muhammad dan keatas sekelian keluarga dan
sahabatnya.

Al Fatihah
Doa Tahlil

Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam ke


atas penghulu kami Muhammad ; penghulu
segala nabi dan rasul, dan ke atas sekelian
keluarga dan sahabat baginda semuanya.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,
kerana Dia banyak mengurniakan nikmat-
nikmatNya dan membalas baik lebih dari
kadar amal yang dibuat. Ya Tuhan kami,
Engkau berhak dipuji kerana kemuliaan ZatMu
dan kebesaran kerajaanMu. Ya Allah
sampaikanlah pahala dari apa yang telah
kami baca ini ke hadrat penghulu kami dan
junjungan kami Muhammad SAW, moga-
moga bertambah kemuliaannya, dan ke hadrat
nenek moyang baginda dan para saudaranya
dari kalangan nabi-nabi dan rasul-rasul
alaihimussolatu wassalamu, moga-moga
bertambah kemuliaan mereka, dan ke hadrat
kaum keluarga dan sahabat baginda
sekeliannya. Juga kepada arwah sekelian
imam-imam mujtahid, ulama-ulama yang
beramal, para ahli feqah dan ahli hadith
para pembaca Al Quran dan ahli tafsir, para
penghulu ahli sufi serta sekelian pengikut
mereka yang jujur hinggalah hari kiamat. Ya
Allah, kasihani kami dan ibu bapa kami serta
ummat Muhammad (3x), selamatkan kami dan
ibu bapa kami serta ummat Muhammad di
dunia dan akhirat. Ya Allah, bukakan hati kami
dan sekelian keturunan kami sebagai hati wali-
wali Allah (3x), yang tidak berasa takut atau
sedih terhadap hal-hal dunia. Ya Allah, kami
memohon keampunan dan kesihatan dalam
perkara agama, dunia dan akhirat. Wahai
Tuhan kami, kurniakan pada kami kebaikan
di dunia dan akhirat serta peliharakan kami
dari azab neraka. Moga-moga Allah
mengurniakan selawat keatas junjungan kami
dan penghulu kami Muhammad, keluarga
baginda serta para sahabatnya. Maha suci
Tuhanmu ; Tuhan yang Maha Mulia itu
daripada sifat-sifat kekurangan yang disifatkan
oleh orang-orang kafir terhadapNya. Dan
selamatlah ke atas para rasul, dan pujian
sebenar bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maulid Nabi
Apakah engkau benar-benar kenal Nabimu? Iaitu
kenal secara lahir dan batinnya, jasmani,maknawi
dan rohaniahnya dan peribadi nabimu pasti engkau
akan jatuh hati padanya. Engkau akan cinta, engkau
akan menyebut selalu namanya melalui selawat
dan ingatan terhadapnya. Engkau akan terasa
terhutang budi padanya, kerana kedatangannya
dan jasanya kepada dunia.

Muhammad nabimu S.A.W. Nabimu dia seorang


manusia teristimewa. Luar biasa yang tiada
taranya. Dia adalah manusia yang paling mulia di
sisi Allah Taala. Mari kita bercerita tentangnya
secaranya secara ringkas, agar engakau kenal
nabimu sendiri. Siapa dia yang sebenarnya? Dia
adalah Muhammad anak Abdullah, ibunya Aminah,
bangsa Quraisy dari Bani Hashim. Nasabnya
hingga ke nabi Ibrahim. (di sini Berdiri)
Ya Allah selawatkanlah keatas Muhammad
Ya Allah selawatkanlah Dan selamatkanlah
dia

Marhaban, selamat datang untuk rasul


Marhaban, selamat atas dekat dan
kedatangannya

Telah terbit bulan purnama kepada kami


Dari Thaniyyatil Wada'

Dan kami melihat cahaya memancar yang


menerangi bumi

Kami wajib bersyukur


Baginda tidak menyeru melainkan kepada
Allah

Wahai nabi yang diutus kepada kami


Engkau dengan syariat yang ditaati

Kegembiraan dan ucapan tahniah


Kerana engkau telah datang
Wahai nabi yang qana'ah
Engkau penolong kami semua
Wahai nabi yang elok pekertinya

Ya Rasulullah kami datang untuk menziarahimu,


Kami memohon darimu
Syafaat di sisi Tuhan semesta Alam

Lindungilah kami dan selamatkanlah kam


Dari akibat buruknya perpecahan

Wahi nabi jadilah engkau pensyafaat kami semua


Di hari Mahsyar dan perhimpunan

Dan tolonglah kami dalam setiap ujian,


Wahai nabi yang menolong setiap yang
menolong
Selawat dari Allah sentiasa untuk nabi
Yang dia umpama matahari dunia

Ya Allah selawatkanlah ke atas Muhammad


Ya Allah selawatkan dan selamatkanlah dia

Juga buat semua ahli keluarga dan sahabat


baginda
Selama mana ada orang yang bersa'ie kerana
Allah

Ya Allah selawatkanlah ke atas Muhammad


Ya Allah selawatkan dan selamatkanlah dia
Dia adalah anak yatim piatu: seorang anak yang tidak
pernah mermanja pada ibu dan bapanya seperti orang
lain. Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara
pula oleh keluarga yang miskin.

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang


paling dicintai Tuhan; iaitu yang diberi nama Nur
Muhammad. Dari Nur Muhammad itulah seluruh yang
ada dicipta dan diwujudkan: Syurga, Neraka, dunia,
akhirat, para malaikat, arasy, kursi, sirat, manusia, jin,
haiwan jamadat dan lain-lainnya.

Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW,


Yang lain tidak akan diwujudkan.kalau begitu, rupanya
nabi kita membawa rahmat zahir dan batin kepada
semua makhluk Tuhan.dia adalah makluk yang awal
wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad di kalangan
para nabi. Dia adalah satu-satunya nabi yang diisrakkan
dan dimikrajkan. Mukanya laksana bulan
purnamakerana cahanya yang terang. Dia hamba Allah
yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan.
Kerana itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah, ketua
para rasul dan para anbiya, penghulu seluruh orang
yang bertaqwa, imam seluruh manusia.
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup
seluruh syariat. Orang yang memberi syafaatul kubro
di akhirat dan orang pertama masuk syurga. Al-Quran
kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap
mukjizatnya yang kekal dan paling agung. Tiada siapa
yang dapat menirunya. Dia memiliki dunia dan akhirat
seakalipun dia tidak boleh membaca dan menulis.
Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang
tiada taranya. Bahkan lebih mulia dari para malaikat.
Terutamanya kasih sayangnya kepada manusia begitu
terserlah, tawadhuknya atau merendah diri pakaian
peribadinya. Kerana itulah dia sanggup duduk, makan,
minum, tidur, baring dengan fakir miskin, menziarahi
orang sakit, mengiringi jenazah. Tiada seorang pun
yang melihat mukanya melainkan jatuh cinta padanya.
Bahkan macam orang mabuk yang tidak boleh
melupakannya. Sangat kasih dan simpati pada fakir
miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
Pemurahnya laksana angina kencang yang sangat
lajunya. Orang yang bergaul dengannya maca-macam
yang dapat dirasa. Adakalanya macam ibu dan ayah,
adakalanya macam kawan yang membela dan setia,
adakalanya dirasakan guru, adakalanya bagaikan
pemimpin, adakalanya bagaikan ketua tentera.
Setiap orang semajlis dengannya merasakan dapat
layanannya yang memuaskan darinya. Kerana
akhlaknya yang tinggi dia dapat pujian dari Tuhannya.

Keberaniannya luar biasa. Dia boleh lalu seorang


diri di hadapan musuh-musuhnya. Tidak sedikitpun rasa
takut dengan raja-raja. Setiap orang yang meminta tidak
pernah dikecewakan, sekalipun terpaksa berhutang
dengan manusia. Ibadahnya banyak terutama
sembahyang hingga bengkak-bengkak kakinya kerana
terlalu lama berdiri di hadapan Tuhannya.
Tidak mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan.
Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada
sesiapa sahaja. Satu perbuatan yang luar biasa. Tidak
menghina, mencaci, dan merendah-rendahkan orang
lain. Sangat pemalu dan merendah diri, sangat menerima
keuzuran orang, sangat tahan menerima ujian berbagai-
bagai keadaan dan bermacam-macam bentuknya.kerana
itulah dia dapat menjadi ketua ulul azmi daripada
keseluruhan para rasul alaihimusolatuwassalam.
Dia juga suka kepada seseorang kerana Allah dan murka
juga kerana Allah.Hatinya begitu jaga, matanya sahaja
yang tidur tapi hatinya tidak tidur.kerana itulah dia tidur
tidak membatalkan wudhuknya. Di dalam hidupnya 74
kali berlaku peperangan, 27 kali dia ikut sama atau turut
serta. Tapi pelik, tidak pernah dia membunuh musuh-
musuhnya walaupun seorang.

Anak-anak didikannya itulah dia para sahabat hingga


dia berkata: "Sahabat-sahabatku laksana bintang di
langit, yang mana satu kamu ikut, kamu akan mendapat
petunjuk.""para ulama umatku laksana para-para nabi
Bani Israil". Jolokan ini tidak didapati oleh umat-umat
nabi sebelumnya. Kerana menegakkan kebenaran,
pernah dilemparkan dengan najis, dibaling dengan batu
hingga berdarah, dibuang daerah selama tiga tahun,
dikepung hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan
tanahair dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan
penderitaan.

Kemuliaannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan


terserlah.iaitu namanya dikampilkan dengan Tuhannya.
Iaitu di dalam dua kalimah syahadah. Bahkan tidak sah
islam seseorang kalau tidak diucapkan namanya
bersama dengan nama Tuhannya.
Doa yang hendak dikabulkan, awal akhir kenalah
menyebut namanya. Doanya sangat Kabul, bahkan
siapa yang hendak berdoa bertawassul dengannya
lebih diterima doanya. Siapa yang banyak bersalawat
dengannya diberi syafaat di akhirat. Siapa yang selalu
menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat.
Mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak menunjukkan
kebenarannya. Tertulis dibelikatnya khatamun nuwwah.
Peluhnya bak mutiara, wanginya lebiyh wangi dari
kasturi.orang tidak dapat menentang matanya kerana
kehebatannya amat terserlah di wajahnya. Terutama
musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya
bila bertembung dengan pandangannya.
Banyak-banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka
oleh Allah Taala kepadanya. Sehinggakan sebahagian
perkara yang belum terjadi seperti peristiwa akhir
zaman dapat diceritakannya.
Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Taala. Hinggakan
makanan yang berlebihan tidak disimpan dimalamnya.
Bahkan diberi pada yang berhak. Apabila dia membuang
air tiada kesannya selepas membuangnya. Lalat tidak
pernah hinggap pada badannya. Kalau dia berpaling,
dia berpaling dengan seluruh badannya. Tidak makan
seorang diri melainkan berkawan. Kalau dia tidak suka
dia tidak makan makanan itu. Sangat menghormati
dan memuliakan tetamunya. Terlalu menjaga hak-hak
jirannya walaupun orang kafir. Terlalu mengutamakan
orang lain dari dirinya sendiri. Tidak pernah melaknat
sekalipun binatang. Apa yang diperkatakan ibarat
mutiara.
Apa yang diperkatakan ibarat mutiara. Kerana itulah
sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya.
Didikan dan pimpinannya sangat berjaya. Diantara
kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku,
yang telah dicatat di dalam sejarah. Dapat melahirkan
orang yang sangat takut kepada Allah Taala. Bahkan
Tuhan dijadikan idola mereka. Dapat menyatukan
manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa,
dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya.
Bahkan dapat menanamkan kasih sayang satu sama
lain dikalangan manusia. Melahirkan manusia yang
begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya. Berjaya
melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya.
Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan
dosa. Berjaya menjadikan orang merasa berpuas hati
di bawah naungan pimpinannya sekalipu yang bukan
islam. Mereka merasakan manusia adalah pelindung
dan penyelamat kepada seluruh makhluk sekalipun
binatang.
Itulah dia Muhammad SAW. Itulah dia nabi kita,
manusia luar biasa, yang istimewa, yang kejadian
dan akhlaknya yang paling sempurna tiada
tandingannya. Baru sedikit sahaja kita menceritakan
tentangnya sudah mengkagumkan kita. Apakah
peribadi sebegini tidak menjatuhkan hati padanya?

Apakah manusia ini kita boleh lupakan begitu sahaja?


Apakah kita tidak terasa dia adalah manusia yang
terlalu berjasa kepada seluruh manusia? Apakah kita
tidak terasa terhutang budi padanya? Bahkan patut
bersyukur padanya setiap masa. Bolehkah kita
samakan dia dengan pemimpin-pemimpin lain di
dunia? Jauh panggang dari api, macam langit dan
bumi.

Lantaran itulah, orang yang benar-benar kenal


nabinya bersama Tuhannya, sanggup mati kerananya.
Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kepada
kita. Agar kita menjadi bangsa yang bertuhan,
merdeka, bersatu, berakhlak mulia, bertamadhun,
berkasih sayang, bertolong bantu, berharmoni,
bermaruah, bersih dari noda dosa. Allah.Dan akhirat
menjadi matlamat hidup kita.
Doa Maulid

Wahai Tuhan kami, Engkau keselamatan,


dan daripada-Mulah keselamatan. Kau Maha
Suci Tuhan kami lagi Maha Tinggi, hai Tuhan
yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Kami dengar dan kami taat hai Tuhan kami
dan kepada-Mulah kesudahan kami. Wahai
tolonglah tentera islam, dan askar-askar
yang mengesakan Tuhan dan binasakanlah
orang-orang kafir, orang-orang degil,
pembawa-pembawa bid'ah dan orang-orang
yang menyukutukan-Mu dan hancurkanlah
musuh-musuh-Mu, musuh-musuh agama
islam. Dan tolonglah kami terhadap mereka
wahai Tuhan sekelian alam. wahaiTuhan
pecahkanlah kumpulan mereka dan
bubarkan himpunan mereka dan kurangkan
bilangan mereka dan goncangkan kaki-kaki
mereka dan turunkan seksa yang pedih ke
atas mereka dengan rahmat-Mu wahai
Tuhan sekelian alam. Tuhan kami, wahai
Tuhan kami, tolonglah kami mengatasi orang
kafir. Hai Tuhan kami, ampunkanlah kami
dari dosa-dosa dan matikanlah kami sebagai
orang-orang islam.
Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan keampunan
buat abuya kami, pensyafaat kami: kekasihmu:
orang yang kau bantu dia: seorang seorang
imam lagi mujaddid: Abuya Sheikh Imam
Asyaari bin Muhammad At Tamimi. Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, luaskanlah rezekinya
dan kurniakanlah kebaikan pada amalanya
dalam kesihatan dan afiat. Ya Allah letakkanlah
dia dalam lindungan rahmat dan redha-Mu,
begitu juga para isterinya, zuriat-zuriatnya,
murid-muridnya, seluruh pemimpin kami, juga
buat kaum muslimin muslimat, mukminin
mukminat yang masih hidup mahupun yang
telah mati.

Ya Allah jadikanlah dia kekasih kami,


jadikanlah kami penolongnya, kabulkan doa
kami dengannya, ampunkan dosa kami
dengan berkatnya. Ya Allah kuatkanlah jemaah
kami dibawah bendera pimpinannya,
hidupkanlah kami dengan berpegang teguh
dengan sunnah, ketaatan dan cinta padanya.
Ya Allah kami bertawasul kepada-Mu dengan
khalifah-Mu yang terakhir Saidi Syeikh
Muhammad bin Abdullah As Suhaimi, Imamul
Mahdi dalam setiap pekerjaan kami.
Ya Allah, jadikanlah lisan kami sentiasa
menyebut-nyebut hari pertemuan dengannya,
hati kami merindui kezahirannya, anggota
kami mengerjakan kemurahan dan jasanya
dan perbuatan kami selari dengan minda
kekasihnya (Pemuda Bani Tamim). Ya Allah,
tinggikanlah kedudukannya kedarjat dan
maqam yang tertinggi, serta peliharalah dia
dan thoifah ini dalam lindungan rabbaniah-Mu
dari hati para penghasad dengki, tangan-
tangan yang khianat dan fitnah orang-orang
zalim. Dan moga-moga Allah sejahterakan
penghulu kamu Muhammad dan keluarganya
dan sekalian sahabat-sahabatnya. Maha Suci
Mu Tuhan. Tuhan yang mulia daripada segala
sifat kekurangan. Dan salam keatas sekalian
rasul dan pujian sebenar ialah bagi Allah Tuhan
semesta alam.
Doa
Keselamatan
Doa Keselamatan

Wahai Tuhan kami, Engkaulah keselamatan, dan


daripadaMulah keselamatan. Kau Maha Suci Tuhan
kami dan Maha Tinggi, hai Tuhan yang mempunyai
kebesaran dan kemuliaan. Kami dengar dan kami
taat, ampunkanlah kami hai Tuhan kami dan
kepadaMulah kesudahan kami. Wahai Tuhan,
tolonglah tentera-tentera Islam, dan askar-askar
yang mengesakan Tuhan dan binsakanlah orang-
orang kafir,orang-orang degil, pembawa-pembawa
bid'ah dan orang-orang yang menyekutukanMu dan
hancurkanlah musuh-musuhMu, musuh-musuh
agama Islam. Dan tolonglah kami terhadap mereka
wahai Tuan sekelian alam. Wahai Tuhan,
pecahkanlah kumpulan mereka dan bubarkan
himpunan mereka dan kurangkan bilangan mereka
dan goncangkan kaki-kaki mereka, dan turunkan
siksa yang pedih keatas mereka dengan
kekuasaanMu wahai Tuhan sekelian alam. Tuhan
kami, wahai Tuhan kami, tolonglah kami mengatasi
kaum kafir. Hai Tuhan kami ampunkanlah kami dari
dosa-dosa kami dan matikan kami sebagai orang
Islam. Dan moga-moga Allah sejahterakan penghulu
kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-
sahabatnya sekelian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan
yang mulia daripada segala sifat kekurangan. Dan
salam keatas sekalian rasul dan pujian sebenar
ialah bagi Allah Tuhan sekelian alam.
Ayat Menolak Sihir

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang


direjam. Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.

Nabi Musa berkata: "Apa-apa yang kamu


datangkan ini adalah sihir, sesungguhnya Allah
akan membatalkannya, sesungguhnya Allah
tidak menerima amalan mereka yang membuat
kerosakan".

Dan katakanlah (wahai Muhammad) : "Yang


Haq telah datang dan sirnalah kebatilan,
sesungguhnya yang batil itu pasti sirna". Dan
kami menurunkan di dalam Al-Quran itu ada
penyembuh dan rahmat bagi orang-orang
yang beriman, dan tidaklah bertambah pada
orang-orang zalim itu melainkan kerugian.
Selawat Badawi

Ya Allah, kurniakanlah kebahagiaan dan


keselamatan kepada cahaya segala cahaya,
rahsia segala rahsia, ubat segala penyakit dan
anak kunci pintu kesenangan ; dialah penghulu
kami dan junjungan kami Muhammad yang
terpilih, dan ahli keluarganya yang bersih, dan
sahabat-sahabatnya yang banyak membuat
kebajikan, sebanyak bilangan nikmatMu dan
kelebihanMu.
Doa Menolak Penyakit Berjangkit

Ada bagiku lima dengannya aku memadamkan


kepanasan penyakit berjangkit. Mereka itu ialah Nabi
yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah dan kedua
anak mereka (Hasan dan Husain).

Doa Taubat

Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku


tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu.
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkaulah
pengampun dosa-dosa besar.

Anda mungkin juga menyukai