Anda di halaman 1dari 6

Teks Khutbah Jumaat :

Jumaat : Keistimewaan Yang Diabaikan


1 April 2016 / 21 Jamadulakhir 1437

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,


Pada hari yang mulia ini saya mengingatkan diri saya dan menyeru para jemaah sekalian,
marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, iaitu dengan
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan
kita tergolong di kalangan mereka yang beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan
kesejahteraan yang hakiki di akhirat.
Hari ini adalah hari Jumaat. Hari mulia bagi umat islam, penghulu bagi sekelian hari. Umum
mengetahui bahawa Allah telah menganugerahkan bermacam-macam keistimewaan dan
keutamaan pada hari Jumaat kepada umat ini. Malangnya keistimewaan dan keutamaan hari
Jumaat kadang-kadang dialpa, dilupa dan diremeh-remehkan begitu sahaja. Mimbar pada hari
ini ingin menyentuh tentang Jumaat dan keistimewaannya yang sering diabaikan.
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekelian
dalam bahasa arabnya jumuah yang berasal daripada perkataan jamaa, bermakna
berkumpul. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan
ilmu (melalui khutbah) dengan duduk sama rendah berdiri sama tinggi bersama-sama
jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu
inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa oleh hal yang
demikian itu, hari jumaat dikatakan hari untuk umat islam berkumpul, memanjatkan doa serta
membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada allah
S.W.T. Ini selaras dengan Firman Allah surah alJumah ayat ke 9 :




hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat pada hari jum'at, "
maka bersegeralah kamu kepada mengingat allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian
itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". (qs. 62:9)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pelbagai keistimewaan dan kelebihan hari Jumaat yang telah dinukilkan oleh para ulama
muktabar berdasarkan hadith-hadith yang sahih. Sehinggakan imam Ibn Qayyim menyatakan
terdapat lebih 33 kelebihan bagi hari Jumaat. Pada kesempatan ini, disenaraikan sebahagian
keistimewaan tersebut.
Keistimewaan Pertama : Hari dihapuskannya dosa-dosa.
Ini bersandarkan sebuah hadis rasulullah saw bersabda:
Sahabat nabi salman al farisi berkata: rasulullah saw bersabda:
"siapa yang mandi pada hari jum'at, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya,
berwangi-wangian, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi di antara
dua orang untuk dilewatinya, kemudian shalat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam
berkhutbah, niscaya diampuni dosa-dosanya di antara dua jum'at". (hr. Bukhari).
Keistimewaan kedua : Mendapat ganjaran pahala berlipat ganda bagi yang hadir awal ke
masjid bagi mendirikan solat Jumaat. Dalam mazhab shafei bersepakat mengatakan bahawa
sunat (mustahab) menghadirkan diri lebih awal ke masjid pada hari jumat. Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam menjelaskan tentang kelebihan orang-orang yang menghadirkan
diri lebih awal ke masjid pada hari jumat, Dalam sabda Baginda yang maksudnya :
apabila datang hari jumat, maka setiap pintu masjid ada malaikat yang mencatat orangorang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para
malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah).
Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang
menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi,
kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor
ayam,

kemudian

seperti

(hadis riwayat albukhari)

orang

yang

memberikan

sedekah

sebiji

telur.

berdasarkan hadis di atas jelas kepada kita bahawa orang yang meghadirkan diri ke masjid
lebih awal pada hari jumat adalah sangat dituntut dan mempunyai ganjaran dan balasan yang
besar. Maka adalah disunatkan kepada orang yang wajib atasnya sembahyang jumt supaya
menghadirkan diri lebih awal ke masjid bagi mengelak daripada terlepas pahala atau fadilat
datang awal ke masjid seperti mana maksud hadis di atas.
Dari itu semestinya kita datang awal ke masjid pada hari jumat dan ketika dalam perjalanan
menuju ke masjid hendaklah dengan khusyu dan merendah diri. Apabila sampai di masjid
jangan lupa berniat iktikaf ketika hendak masuk ke masjid. Dengan datang awal itu juga kita
berkesempatan melakukan perkara-perkara sunat yang lain seperti sembahyang sunat tahiyyat
al-masjid, membaca al-quran, beristighfar, berzikir dan berdoa, kerana pada hari jumat itu
mempunyai kelebihan dan kebesaran yang banyak dan ganjaran yang berlipat ganda.

Keistimewaan ketiga : Terdapat waktu mustajab untuk berdo'a.


Abu hurairah berkata rasulullah saw bersabda:


:

.
" sesungguhnya pada hari jum'at terdapat waktu mustajab, bila seorang hamba muslim
melaksanakan shalat dan memohon sesuatu kepada allah pada waktu itu, niscaya allah akan
mengabulkannya. Rasululllah saw mengisyaratkan dengan tangannya menggambarkan
sedikitnya waktu itu (h. Muttafaqun alaih).
Ibnu qayyim al jauziah - setelah meneliti perbedaan pendapat tentang bilakah waktu mustajab
itu ia mengatakan: "diantara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat,
sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadits yang sahih, pertama saat duduknya khatib
sampai selesainya shalat.
Kedua, sesudah ashar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi.
Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa khususnya pada dua waktu yang
telah dijelaskan iaitu semasa duduknya khatib sehingga selesai solat dan pada waktu selepas
asar sehingga sebelum masuk maghrib
Keistimewaan keempat : Keutamaan bersedekah pada hari Jumaat

Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya. Ibnu qayyim
berkata: "sedekah pada hari itu dibandingkan dengan sedekah pada enam hari lainnya laksana
sedekah pada bulan ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya". Hadits dari ka'ab z
menjelaskan:
"dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya".(mauquf shahih).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Berdasarkan keistimewaan dan kelebihan Jumaat yang dinyatakan sebentar tadi, marilah kita
rebutlah peluang dan ambillah kesempatan untuk melaksanakan sunnah-sunnah pada hari
Jumaat yang sering diabaikan ini. Mudah-mudahan ia menjadi bekalan amalan di akhirat
nanti. Amat rugilah bagi kita ummat islam yang diberi kelebihan oleh allah yang mempunyai
satu hari dalam seminggu untuk berbuat amalan yang dinilai dan diganjari pahalanya berlipat
ganda dari sisi allah sedangkan pada masa yang sama kita tidak mempedulikannya.

" "

Ya Allah Ya Tuhan Kami. Kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan-Mu, negara
kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan. Tanamkanlah
rasa kasih sayang di antara kami, kekalkanlah perpaduan di kalangan kami. Semoga
dengannya kami sentiasa hidup aman damai, makmur dan selamat sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai