Anda di halaman 1dari 5

KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN.

Antara kaedah yang telah dinyatakan dalam RPH berkaitan khutbah


Jumaat ialah:-

1. Kaedah Hafalan

Contohnya guru membacakan dalil kewajipan Khutbah Jumaat


dengan jelas. Kemudian guru meminta seorang murid mengulang
bacaan guru. Manakala murid-murid yang lain pula diminta mengikut
bacaan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan suara yang kuat
sambil melihat slide. Semua ini antara tujuannya supaya pelajar
dapat mengingat dalil tersebut.

Kaedah hafalan merupakan satu aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara langsung.
Kaedah ini dianggap penting untuk menguat dan mengembangkan
ingatan dan ia memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi
mengingatkan apa yang dipelajari melalui lisan dan bertulis.

Kaedah hafalan merupakan kaedah pembelajaran yang penting dalam


pendidikan Islam. Kaedah ini digunakan dalam pengajaran al-Quran.
Pada peringkat hafalan, guru tidak menghuraikan maksud
disebabkan ketidakmampuan kanak-kanak memahaminya.

2. Kaedah Syarahan / Kuliah

Contohnya guru menerangkan definisi Khutbah Jumaat kepada


murid.

Kaedah kuliah atau syarahan merupakan kaedah penyampaian


pengajaran yang umumnya digunakan di pusat pengajian tinggi. Pada
hari ini, kaedah tersebut semakin popular. Kaedah ini merupakan
kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam
memberi huraian, penjelasan serta penerangan daripada pihak
pelajar.

3. Kaedah Soal Jawab

Contohnya guru menyoal murid : Apakah mesej yang ingin


disampaikan dalam tayangan tersebut? Lalu, murid-murid pun
memberikan pelbagai jawapan. Jawapan yang tepat adalah tentang
khutbah Jumaat.

Kaedah ini adalah sejenis kaedah interaksi pengajaran dan


pembelajaran antara guru dengan pelajar. Tujuan kaedah ini adalah
untuk merangsang pemikiran. Menyoal merupakan sebahagian
daripada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru
dengan pelajar. Soal jawab dapat dilakukan sepanjang masa
pengajaran, sama ada pada peringkat awal, tengah ataupun akhir bagi
menguji dan menilai tahap kognitif pengetahuan ataupun
pemahaman. Menurut Salihan Slais (1993), kaedah ini dapat
membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir. Fenomena
ini akan dapat menumpukan perhatian dan fikiran tentang apa yang
diingati.

4. Kaedah Perbincangan

Contohnya Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan


menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat.

Tujuan kaedah ini dalam konteks pengajaran dan pembelajaran


adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara
beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik yang sudah ditentukan
akan berlaku. Kaedah ini juga bertujuan bagi menggalakkan
perkembangan mental para pelajar.

Tujuan perbincangan hendaklah jelas dan guru perlu memberitahu


pada pelajar sebelum memulakan perbincangan supaya pelajar dapat
membuat persediaan dan matlamat perbincangan dapat dicapai.
Kemudian guru mengemukakan tajuk. Semangat kerjasama juga
dapat dipupuk dalam diri pelajar. Peranan guru menerusi kaedah ini
adalah bagi merancang ataupun menentukan semua isu utama dalam
topik yang akan dibincangkan. Guru juga perlu memastikan setiap
pelajar berpeluang memberikan pendapat ataupun mengemukakan
soalan.

5. Kaedah Permainan

Contohnya guru memberi arahan kepada murid supaya bersedia


untuk menjawab teka silang kata. Teka silang kata juga sebenarnya
merupakan salah satu daripada kaedah permainan.
Permainan menjadi satu keperluan semulajadi bagi kanak-kanak.
Situasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik
darjah untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Permainan
adalah satu cara bagi melatih pelajar memperoleh sesuatu maklumat
berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik permainan yang
dijalankan. Kaedah bermain sesuai untuk pendidikan pra sekolah dan
sekolah rendah. Kaedah ini boleh digunakan dalam pengajaran
pendidikan Islam. Ia dapat menjadikan pengajaran di sekolah
menjadi menarik dan praktis.

Permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang


manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan
pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan
memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka
mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan tahap mereka.
Kaedah permainan bukan sahaja dapat menghiburkan hati pelajar
malah turut membantu mereka bagi menguasai pemahaman
berkaitan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Antara kelebihan kaedah ini ialah:


1) murid tidak berasa bosan
2) melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka
3) guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan
kelemahan murid semasa bermain

Kelemahan kaedah ini pula ialah:


1) menambah atau membebankan guru untuk menyediakan ABM
2) Tidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini
3) Menambahkan penggunaan wang sekolah

6. Kaedah Latih Tubi

Contohnya guru meminta murid mendengar rakaman tentang


Khutbah Jumaat dan meminta murid menyenaraikan rukun Khutbah
Jumaat yang terdapat dalam rakaman tersebut. Di akhir pengajaran,
guru telah memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan
di rumah.

Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam kaedah latih


tubi. Ia adalah corak pengajaran bagi memberi kemahiran dan
kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Demikian juga
kemahiran pergerakan otot. Contohnya membaca al-Quran diajar
dengan kaedah latih tubi ini.
Ia adalah kaedah latihan yang bertujuan menyampaikan kemahiran
dan kecekapan kepada pelajar. Kaedah latih tubi dapat dibahagi
kepada 2 bentuk iaitu secara bertulis ataupun secara pertanyaan
terus kepada pelajar semasa proses pengajaran. Latih tubi secara
bertulis adalah pengedaran soalan yang bercetak kepada semua
pelajar dan pelajar akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh
guru. Manakala latih tubi secara pertanyaan terus pula adalah guru
akan memberi soalan terus kepada semua pelajar di dalam kelas.
Kemudian pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang
dikemukakan oleh guru.

7. Kaedah Bercerita

Contohnya selepas menayangkan video berkaitan Khutbah Jumaat,


guru boleh bercerita tentang suasana khutbah Jumaat.

Dalam pedagogi, guru dilatih supaya dapat menguasai prinsip-prinsip


bercerita untuk disesuaikan dengan orang yang mendengar cerita
tersebut. Bercerita sahaja tanpa menguasai prinsip-prinsip dan
kemahiran tertentu adalah sia-sia kerana tidak akan memberi kesan.

Dalam pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas


dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar
supaya berakhlak mulia. Oleh yang demikian, sewajarnya cerita-
cerita yang dipilih itu adalah cerita-cerita yang baik dan banyak
memberikan contoh teladan. Pencerita pula mestilah orang yang
dapat dijadikan teladan. Janganlah teladan baik yang diceritakan itu
tidak pula tergambar pada sahsiah guru di samping penggunaan
bahasa dan gaya yang sesuai.

Ia adalah satu kaedah yang berkesan bagi digunakan oleh setiap guru
dalam pengajaran. Tujuan kaedah ini adalah melatih kemahiran
mendengar di kalangan pelajar di samping mengulang sebut fakta
daripada cerita yang disampaikan oleh guru.
8. Kaedah Ulangan

Contohnya guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru.

Kaedah ulangan ialah melakukan pembacaan ataupun mengingat


sesuatu perkara secara berulang kali ataupun berterusan. Kaedah ini
menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar
apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah ini berpusatkan pelajar dan guru. Guru akan menggunakan
kaedah ini dengan cara mengulangkaji pelajaran yang lepas, sama ada
bertanya kepada guru ataupun persendirian.

Anda mungkin juga menyukai