Anda di halaman 1dari 7

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH

TINGKATAN 4 & 5

NOTA SEJARAH
PERUNDANGAN ISLAM

www.balohpedia.com
Nota ini boleh dimuat turun dari www.balohpedia.com

1. PENGERTIAN PERUNDANGAN ISLAM

Dari segi bahasa: Jalan lurus yang menunjukkan manusia kepada kebaikan.

Dari segi Istilah: Sesuatu yang disyariatkan oleh Allah kepada hambaNya daripada aqidah,
ibadat,akhlak, muamalat dan peraturan-peraturan kehidupan untuk memberi kebahagiaan di dunia
dan akhirat.

2. PRINSIP PERUNDANGAN ISLAM

a. Al-‘adalah (Keadilan)
Meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Semua golongan sama ada miskin atau kaya, berpangkat atau rakyat biasa akan mendapat
keadilan berasaskan undang-undang yang sama.

b. ‘Adamul haraj (Tidak menyusahkan)


Tidak membebankan manusia. Semua manusia mampu melakukan sesuatu suruhan atau
meninggalkan sesuatu larangan.
Ini terdapat dalam rukhsoh puasa, solat, haji dan lain-lain, bahkan harus makan makanan
yang diharamkan dalam keadaan dhorurat untuk menyelamatkan nyawa.

c. Qillatul Takalif (Sedikit Tanggungjawab)


Syariat yang dipertanggungjawabkan kepada manusia adalah sedikit, mampu ditanggung
oleh manusia.
Contohnya; Solat wajib cuma 5 waktu, Puasa wajib dalam Bulan ramadhan sahaja, dan haji
wajib sekali seumur hidup.

d. At-Taddaruj fi Tasri’ (Beransur-ansur)


Penurunan dan penguatkuasaan undang-undang Islam secara beransur-ansur.
Pengharaman arak dalam 3 pringkat. Bahkan al-quran diturunkan secara berperingkat
selama 23 tahun.

e. As-Syumul ( Menyeluruh)
Undang-undang Islam lengkap mencakupi seluruh kehidupan manusia dan sesuai pada
semua masa, tempat dan keadaan.
Bidang undang-undang Islam adalah luas mencakupi aspek aqidah, ibadah, muamalat,
munakahat, jinayah dan lain-lain lagi.

3. SKOP PERUNDANGAN ISLAM

a. Hubungan Manusia dengan Allah


Meliputi undang-undang aqidah, ibadah dan akhlak yang bertujuan menanam kepercayaan
dan ketaatan kepada Allah.

b. Hubungan Manusia dengan Manusia


Meliputi undang-undang keluarga, muamalat, jenayah dan sebagainya yang bertujuan untuk
memelihara diri, harta, keturunan, kehormatan dan akal.

c. Hubungan Manusia dengan Alam


Manusia mentadbir, memelihara dan memulihara alam serta sumber-sumbernya dengan
betul dan dilarang memusnahkan dan merosakkan alam.

4. KONSEP PERUNDANGAN ISLAM

1
Nota ini boleh dimuat turun dari www.balohpedia.com

a. Konsep Sabat
Tetap dan tidak berubah. Contohnya: Hudud dan Qisas

b. Konsep Murunah
Anjal iaitu boleh berubah mengikut kesesuaian dengan melihat kepada maslahat umum.
Contoh: makanan yang diharamkan diharuskan dalam keadaan dhorurat.

5. PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH

a. Sumber Perundangan
- Al-Quran dan al-Hadis

b. Perkembangan

i. Zaman Mekah
- Perundangan berlangsung selama 13 tahun
- Tertumpu kepada pembentukan skidah dan menjaga kesuciannya
- Membetulkan amalan yang diwarisi sejak zaman jahiliah seperti mengharamkan bunuh
diri, membunuh anak perempuan, zina dan menyembah berhala
- Disyariatkan solat, suruhan berbelanja harta ke jalan Allah, berbuat baik sesama
manusia.

ii. Zaman Madinah


- Perundangan berlangsung selama 10 tahun
- Rasulullah SAW menyatukan aqidah muhajirin dan ansar sebagai asas pembinaan umat
Islam
- Allah menyebut sifat-sifat orang munafik supaya umat Islam berhati-hati
- Allah juga menerangkan perihal orang yahudi serta kezaliman mereka membunuh para
nabi, memakan riba, mengambil harta tanpa hak dan sebagainya
- Allah mewajibkan puasa, zakat, haji dan syariat lain
- Allh mensyariatkan muamalat, munakahat, jinayah, peperangan, jihad, perjanjian damai,
harta rampasan dan tawanan perang.

6. PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN SAHABAT

a. Siapakah Sahabat?
Sahabat ialah mereka yang bertemu dengan nabi dalam keadaan beriman kepadanya dan mati
dalam Islam.

b. Bilakah Zaman Sahabat?


Zaman sahabat bermula dari wafat Nabi Muhammad SAW hingga pertengahan kurun 1.

c. Sumber Perundangan
Al Quran, al-hadis, al-Ijmak dan al-Qiyas.

d. Perkembangan Perundangan
- Pelaksanaan syariat yang diasaskan oleh Rasul SAW diteruskan
- Pengumpulan al-Quran dalam bentuk mashaf
- Pentafsiran al-quran secara meluas terhadap nas-nas berkaitan hukum bagi masalah baru
- Berlaku ijmak ulamak pada masalah baru
- Lahir fuqaha’ sahabat khususnya dalam bidang perundangan seperti Ali bin Abi Talib dan
Abdullah bin Mas’ud di Kufah, A’isyah dan Zaid bin Thabit di Madinah, Abdullah bin Abbas di
Mekah.
- Hasil ijtihad sahabat terhadap hukum baru yang wujud atas sebab maslahat:

2
Nota ini boleh dimuat turun dari www.balohpedia.com

 Menggugurkan bahagian mualaf daripada harta zakat yang diberi sejak zaman
Rasulullah SAW
 Talak 3 dengan satu lafaz dikira talak 3 sedangkan di zaman Rasul dikira talak 1
 Azan dua kali sebelum solat Jumaat di zaman Saidina Osman

7. PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN TABIEN

Siapakah Tabien?
Tabien ialah mereka yang bertemu dan bersahabat dengan sahabat Nabi dan meriwayatkan hadis
daripada mereka.

Bilakah zaman Tabien?


Zaman tabien bermula dari pertengahan kurun pertama hingga wala kurun ke 2.

Sumber Perundangan
Al Quran, Hadis, Ijmak Ulamak, Qias, Qaulu sahabi

Perkembangan perundangan

Tiga faktor perkembangan:


1. Perbincangan fiqh yang meluas dan banyaknya khilaf dalam pelbagai masalah kerana:

 Negara Islam telah berkembang luas , umat Islam pula terdiri dari pelbagai bangsa, bahasa,
pengetahuan dan kebudayaan.
 Terdapat pelbagai sumber rujukan dalam bidang perundangan.
 Umat Islam berpegang teguh dengan agama dan hukum Allah dalam muamalat mereka.
 Lahir ramai tokoh ilmuwan yang hebat kesan daripada suasana yang baik
 Keperihatinan para khalifah kepada ilmu fiqh dan para fuqaha sehingga pelbagai masalah
dapat diselesaikan.
 Para ulamak bebas memberi pandangan menyebabkan berlaku perbezaan pendapat
 Terdapat ramai fuqaha daripada kalanbgan shabat dan tabien mempunyai pelbagai
kebolehan dan kefahaman tentang al Quran dan as Sunnah
 Perbezaan kebudayaan dan pengetahuan dalam Negara yang didiami oleh fuqaha

2. Perkembangan dalam periwayatan hadis membawa kesan berikut:

 Penggunaan hukum-hukum yang meluas hasil istinbat hukum daripada as Sunnah.


 Berlaku unsur-unsur penambahan dalam hadis oleh golongan fasiq dan mereka yang Fanatik
dengan sesuatu mazhab.
 Penambahan dalam hadis nabi memberi cabaran kepada fuqaha untuk mengemaskini dan
memperkuatkan hadis nabi dari segi sanad dan matan.

3. Lahirnya dua aliran madrasah ilmu fiqh, iaitu:


 Madrasah Ahli Hadis di Madinah dan Hijaz
 Madrasah Ar Rakyu di Kufah dan Iraq.

8. PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN TABIE TABIEN

Siapakah Tabie Tabien?


Tabie Tabien ialah mereka yang bertemu dengan para Tabien, meriwayatkan hadis daripada mereka
dan mati dalam Islam.

Bilakah zaman Tabie Tabien?


Bermula awal kurun ke 2 hingga pertengahan kurun ke 4.

3
Nota ini boleh dimuat turun dari www.balohpedia.com

Sumber Perundangan
i. Sumber yang disepakati:
Al Quran, Al Hadis, Al Ijmak, dan Al Qiyas.

ii. Sumber yang tidak disepakati:


al-Istihsan, Masolih Mursalah, Istishab, saddu zarai’, Qaulu Sahabi, ‘Amal ahlu Madinah, Syar’u Man
qablana, al ‘uruf dan al ‘adat.

Tahap Perkembangan
 Lahir para fuqaha dan para mujtahid yang besar dan mengasaskan mazhab-mazhab fiqh
seperti Syafei, Maliki, Hanafi dan Hanbali.
 Lahir ulamak terkenal dalam ilmu hadis, Mustolah hadis dsb
 Pembukuan ilmu fiqh dengan kaedah-kaedah khusus sehingga lahir ilmu fiqh
 Lahir pelbagai istilah khusus dalam fiqh dan perundangan

Sebab Berlaku Perkembangan Fiqh di Zaman Tabie Tabien

 Galakkan daripada Khalifah abbasiah kepada para fuqaha dalam perkembangan Fiqh
 Negara Islam telah berkembang luas menyebabkan berlaku percampuran pelbagai adat,
kebudayaan dan ikutan
 Lahir mujtahid yang masyhur dalam bidang fiqh berusaha memperkembangkannya
 Berlaku penyusunan dan pembukuan as sunnah yang membezakan antara sohih dan dhoif
untuk memudahkan para fuqaha mengistinbatkan hokum
 Bermulanya penyusunan ilmu fiqh mengikut mazhab seperti al Muwattok oleh Imam malik
dan al-Um ole Imam Syafei

9. SEBAB PERUNDANGAN ISLAM DIPERLUKAN

Sebab-sebab Perundangan Islam diperlukan:


a. Perundangan Islam adalah sesuai dengan naluri dan fitrah manusia kerana ia diturunkan oleh
Pencipta manusia iaitu Allah SWT.
b. Sebagai panduan yang sempurna mencakupi semua aspek kehidupan
c. Mewujudkan keadilan sejagat menjaga hak-hak asasi manusia
d. Memperkukuh aqidah yang benar dan membentuk akhlak yang mulia
e. Sebagai wasilah menyuruh melakukan perkara yang makruf dan mencegah perkara yang
munkar.

10. KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM

Keistimewaan Perundangan Islam Ciri-ciri Undang-undang Penjajah Barat


Mengutamakan bangsa mereka
Menjaga maslahat manusia dan
1 menyebabkan berlaku monopoli dan
menolak mudarat
diskriminasi
Digubal oleh mereka yang pakar
2 Dicipta oleh Allah berdasarkan kebudayaan dan akal
semata-mata
Meliputi hubungan manusia dengan Undang-undang barat menumpukan
3 Allah, manusia sesama manusia dan kepada keperluan anusia sepenuhnya
manusia dengan alam. dan terpisah dari hal ugama
Sistem undang-undang yang lebih
Adanya ganjaran di akhirat bagi
4 berpihak kepada yang kuat dan yang
setiap ketaatan
lemah akan tertindas
Setiap yang menerima hukuman di
Tidak mampu memberi kesejahteraan
5 dunia akan terlepas siksaan di
kepada masyarakat
akhirat
6 Kekal hingga kiamat Selalu dimansuh dan digubal yang lain

4
Nota ini boleh dimuat turun dari www.balohpedia.com

11. PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN PENJAJAHAN BARAT

A. Perlaksanaan Perundangan Islam Sebelum Penjajahan Barat


- Melaka telah menggubal undang-undang tempatan yang terkenal dengan nama Hukum
Kanun Melaka (HKM)
- HKM adalah undang-undang yang berdasakan Undang2 adat disamping undang2 Islam.
- HKM menjadi sumber undang-undang lain seperti HK Pahang, Undang-undang Kedah dan
Undang-undang 99 Perak.
- Sejarah Melayu telah mencatatkan bahwa Islam adalah agama rasmi Melaka.
- Raja-raja Melayu melantik Qadi sebagai penasihat hal ehwal agama

Aspek yang terdapat dalam HKM


a. Undang-undang Perkahwinan
Terdapat fasal yang menyebut tentang wali, ijab, qabul, saksi, fasakh, talak, idah dll
b. Undang-undang Muamalat
Pengharaman riba, syarat-syarat sah jualbeli, khiar, kebankrapan, pinjaman dll
c. Undang-undang Jenayah
Mengandungi undang-undang hudud, qisas dan ta’zir seperti murtad, bunuh, zina, minum
arak, qazaf dsb
d. Undang-undang Keterangan Islam
Peraturan keterangan semasa perbicaraan, iqrar, pemeriksaan saksi, sumpah dsb

B. Perlaksanaan Perundangan Islam Selepas Penjajahan Barat


Undang-undang Islam mula tergugat dengan kedatangan penjajah Inggeris bermula di pulau Pinang
seterusnya ke negeri-negeri lain.

Langkah-langkah Inggeris memperkenalkan undang-undang mereka;

Membolehkan Inggeris menubuhkan Mahkamah


keadilan dan menguatkuasakan undang-undang
1. Meluluskan Piagam Inggeris. Mulanya undang-undang Inggeris dipakai jika
Keadilan 1807, 1826, tidak bertentangan dengan adat tempatann dan agama
1855 Islam, tetapi akhirnya undang-undang Islam diketepikan
dan undang-undang Inggeris njuga dipakai.

2. Membuat Perjanjian Melalui Perjanjian pangkor Raja-raja Melayu menerima


dengan Raja-raja Melayu sistem residen yang bertindak sebagai penasihat.

3. Ordinan Mahkamah Inggeris telah menubuhkan sistem kehakiman


persekutuan dan mengenepikan mahkamah Syariah
1948
daripada hirarki mahkamah Persekutuan.

Hakim Inggeris dilantik di mahkamah-mahkamah awam


dan menerima secara bebas pelaksanaan undang-
undang Inggeris di Tanah Melayu.
Kesannya:
 Undang-undang Islam telah dihadkan
4. Enakmen Undang-
perlaksanaannya dalam hal-hal kekeluargaan,
undang Sivil 1937,
pewarisan, ibadat khusus dsb
1951,1955
 Terdapat kes yang melibatkan orang Islam
5 dipindahkan ke Mahkamah sivil
 Keputusan mahkamah syariah kadang-kadang
dibatalkan oleh Mahkamah Sivil
Nota ini boleh dimuat turun dari www.balohpedia.com

Kesan Negatif Penjajahan Barat Terhadap Undang-Undang Islam

1. Wujud dualisma dalam sistem perundangan di Malaysia iaitu sivil dan syariah.
2. Mahkamah Syariah dikeluarkan dari hirarki mahkamah Persekutuan. Ia diletakkan dibawah
kuasa negeri.
3. Undang-undang persekutuan telah membataskan bidang kuasa mahkamah Syariah.
4. Undang-undang Inggeris diguna sepenuhnya di mahkamah Sivil
5. Undang-undang islam dihadkan bidang kuasanya hanya dalam hal kekeluargaan, pewarisan,
kesalahan jenayah yang terhad.
6. Raja Melayu sebagai ketua agama Islam negeri mempunyai kuasa yang terhad
7. Undang-undang Inggeris telah mempengaruhi sistem Kehakiman.

Perbezaan Undang-Undang Islam dengan Undang-Undang Manusia

Undang-Undang Islam Undang-undang Manusia (Barat)


1 Bersumberkan wahyu Allah Sumber akal (nafsu)
Mengutamakan keadilan untuk Tiada keadilan mutlak untuk semua
2
semua manusia manusia
Lengkap meliputi semua aspek Tidak lengakap. Hanya berupa
3 kehidupan manusia dan sesuai undang-undnag setempat yang diubah
hingga kiamat mengikut kehendak
Skop merangkumi hubungan
manusia dengan Allah, manusia
Hanya terhad kepada hubungan
4 dengan manusia dan manusia
manusia dengan manusia
dengan alam

Meliputi dunia dan akhirat. Hukuman Meliputi aspek dunia. Hukuman di


5 di dunia menghapuskan hukuman di dunia tidak semestinya terlepas
akhirat hukuman akhirat
Terdapat hukuman yang tetap dan
Tiada yang tetap. Sentiasa berubah
tidak boleh diubah spt hudud da
6 mengikut zaman, masa, tempat dan
nada hukuman yang boleh diubah
budaya masyarakat.
mengikut maslahah umum spt takzir

www.balohpedia.com

Anda mungkin juga menyukai