Anda di halaman 1dari 7

KAMUS

ISTILAH
TASAWWUR
ISLAM
KSSM
KAMUS ISTILAH TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 4
BIL ISTILAH PENGERTIAN
PELAJARAN 1
1 Ad-din Islam adalan cara hidup yang lengkap merangkumi akidah,
ibadah dan akhlak
2 Islam Taat patuh kepada Allah, meninggalkan larangannya, sejahtera
dan selamat
3 Iman Membenar dengan hati, ikrar dengan lisan dan beramal dengan
anggota
4 Ihsan Kesungguhan dalam ibadat dan pekerjaan semata-mata kerana
Allah
5 Rukun Asas atau prinsip yang mendasari sesuatu
6 Qada’ Sesuatu yang berlaku kepada makhluk Allah semasa hidup
7 Qadar Sesuatu hal yang telah ditentukan Allah yang akan berlaku
kepada makhlukNya
8 Salafussoleh Golongan umat islam generasi terdahulu yang hidup kurun
pertama hingga kurun ketiga hijrah
PELAJARAN 2
9 Akidah Keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah, sifat-sifat
yang sempurna berdasarkan dalil aqli naqli
10 Nabi Lelaki pilihan Allah diberi wahyu dan tidak diperintah untuk
menyampaikannya
11 Rasul Lelaki pilihan Allah yang diberi wahyu dan diperintah untuk
menyampaikannya kepada orang lain
12 Dalil Naqli Dalil yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah
13 Dalil Aqli Dalil yang lahir daripada akal yang sejahtera
PELAJARAN 3
14 Ibadah Pengabdian kepada Allah melalui perbuatan, perkataan,
pengakuan (3P) hati ikhlas semata-mata kerana Allah
15 Fardu Ain Kewajipan individu atas sesuatu amalan yang dituntut secara
tegas oleh syarak ke atas setiap mukallaf
16 Fardu Kifayah Kewajipan secara kolektif atas sesuatu amalan oleh syarak ke
atas seluruh orang islam secara umum
17 Asnaf Kelompok yang berhak menerima zakat
PELAJARAN 4
18 Akhlak Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong seseorang
berbuat sesuatu tanpa pertimbangan yang mendalam (spontan)
19 Akhlak Akhlak terpuji bersumberkan wahyu Al-Quran dan Al-Sunnah
Mahmudah
20 Akhlak Akhlak terkeji yang dilarang oleh Al-Quran dan Al-Sunnah
Mazmumah
PELAJARAN 5
21 Rabbaniyyah Ketuhanan, segala hukum, konsep, prinsip nilai dan peraturan
dalam ajaran islam adalah bersumberkan wahyu Allah
22 Syumuliyyah Lengkap, agama islam bersifat lengkap dan sempurna meliputi
semua aspek kehidupan
23 Alamiyyah Sarwajajat, islam agama yang sesuai bagi semua manusia,
tempat dan zaman
24 Waqtiyyah Realiti, islam agama praktikal, mampu diamalkan oleh semua
golongan manusia
25 Thabat Tetap teguh, perkara yang tetap (qat’iiy) tidak boleh diubah
dasar, prinsip menurut islam
26 Murunah Luwes,anjal,boleh berubah mengikut kesesuaian,namun masih
tetap pada prinsipnya
PELAJARAN 6
27 Insan Makhluk ciptaan Allah yang mempunyai akal untuk beribadat
kepadaNya dan memakmurkan
28 Nutfah Percantuman sperma dan ovum
29 Alaqah Percantuman nutfah yang menjadi segumpal darah
30 Mudghah Alaqah yang menjadi seketul daging
31 Dam dan Lahm Daging membaluti tulang
32 Alam Roh Alam yang dirahsiakan oleh Allah
33 Alam Rahim Alam manusia di dalam kandungan ibu
34 Alam Dunia Alam nyata yang didiami manusia
35 Alam Barzakh/ Alam pemisah antara alam dunia dan alam akhirat
Kubur
36 Alam Akhirat Alam yang kekal abadi setelah kiamat
37 Alam Alam nyata yang dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal
Musyahadah
38 Alam Ghaib Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal
PELAJARAN 7
39 Madani Masyarakat dan generasi yang maju dari segi pemikiran, rohani
dan kebendaan
40 Amar Makruf Menyuruh kepada kebaikan
41 Nahi Mungkar Menegah kejahatan
PELAJARAN 8
42 Wahyu Kalam Allah kepada nabi melalui perantaraan malaikat Jibril @
secara terus daripada Allah
43 Akal Keupayaan berfikir yang dikurnia Allah kepada manusia
PELAJARAN 9
44 Adab Tingkah laku sopan, berbudi bahasa, pekerti yang mulia
45 Etika Prinsip moral @ nilai akhlak yang menjadi pegangan manusia
46 Al-Quran Kalam Allah kepada Rasulullah melalui malaikat Jibril untuk
disampaikan kepada manusia
47 Al-Sunnah Segala perkara yang disandarkan kepada nabi sama ada
perbuatan,perkataan, pengakuan sifat fizikal @ akhlak
48 Al-Ijmak Kesepakatan para ulama’ mengenai sesuatu hukum syarak
berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah selepas kewafatan nabi
49 Al-Qias Menyamakan sesuatu hukum yang tiada nas (hukum cabang)
dengan sesuatu hukum yang ada nas (hukum asal) kerana ada
persamaan illah (sebab)
PELAJARAN 10
50 Keluarga Unit sosial yang dihubungkan melalui pertalian darah,
perkahwinan @ anak angkat
PELAJARAN 11
51 Pergaulan Komunikasi antara seseorang individu dengan individu lain
berteraskan syariat islam
PELAJARAN 12
52 Hiburan Sesuatu perkara yang dapat menghiburkan hati seseorang selari
dengan kehendak syarak
PELAJARAN 13
53 Kesenian Islam Aktiviti seni @ hasil karya yang dicipta menggunakan bakat bagi
menzahirkan keindahan yang menepati syarak
54 Estetika Cabang falsafah yang mengkaji keindahan cita rasa dan lain-lain
KAMUS ISTILAH TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5
BIL ISTILAH PENGERTIAN
PELAJARAN 1
1 Ekonomi Islam Ilmu yang diguna manusia untuk memenuhi keperluan
ekonomi individu dan masyarakat berasaskan syariat
2 Ekonomi Ilmu tentang asas-asas pengeluaran, pembahagian,
penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta isu-isu
kewangan yang berkaitan
3 Ekonomi Sistem ekonomi yang ditentukan oleh manusia, anjal dan
Konvensional berubah mengikut ketentuan masyarakat
PELAJARAN 2
4 Muamalat Hubungan sesama manusia dalam segala aspek kehidupan
seperti kekeluargaan, ekonomi, politik dan lain-lain
5 Gharar Ketidakpastian dalam sesuatu akad @ kontrak jual beli sama
ada kuantiti, kualiti dan lain-lain
6 Al-Wadi’ah Mewakilkan sesuatu barangan @ harta kepada pihak lain
(Simpanan) untuk disimpan
7 Al-Mudarabah Pelabur memberi modal kepada pengusaha untuk
(Pelaburan) diperniagakan dan keuntungan akan dibahagikan mengikut
perjanjian
8 Al-Murabahah Jual beli sesuatu barangan denagn makluman harga kos
(Jualan bersama-sama tambahan margin keuntungan
penambahan
untung)
9 Al-Musyarakah Akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dan
(Syarikat) keuntungan dalam sesuatu perniagaan
10 Al-Rahnu Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk
(Gadaian) mendapatkan hutang
11 Al-Ijarah Perjanjian yang membolehkan seseorang mengambil faedah
(Sewa-menyewa) atau manfaat daripada milik orang lain dengan bayaran
tertentu
12 Al-Bai’ Bithaman Penjualan barangan berasaskan pembayran tertangguh pada
Ajil (Jualan harga tertentu secara ansuran atau sekali gus mengikut
dengan bayaran tempoh yang telah ditetapkan
tertangguh)
13 Takaful (Insurans Pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah melalui
Islam) caruman sejumlah wang yang akan disalurkan kepada pihak
yang mengalami kemudaratan atas dasar ta’awun dan
tabarru’
14 Margin Perbezaan antara dua jumlah
15 Ta’awun Tolong-menolong antara rakan peserta skim takaful yang
ditimpa musibah
16 Tabarru’ Peserta skim takaful mendermakan sebahagian @
keseluruhan wang sumbangan yang dibayar
17 Jizyah Cukai terhadap orang bukan islam yang menetap dan
berlindung dalam negara islam
18 Ghanimah Harta rampasan dalam peperangan
19 Fai’ Harta yang dikuasai orang bukan islam tanpa melalui jalan
perang
PELAJARAN 3
20 Perundangan Hukum-hukum yang ditetapkan Allah kepada manusia yang
Islam merangkumi semua aspek kehidupan seperti akidah, ibadah,
jenayah dan lain-lain
21 Syirik Perbuatan menyekutukan Allah dalam pelbagai bentuk seperti
perbuatan, perkataan dan iktikad (kepercayaan)
PELAJARAN 4
22 Al-Qadha Menyelesaikan pertikaian antara dua pihak @ lebih melalui
(Kehakiman) undang-undang berdasarkan hukum syarak
23 Hudud Kesalahan dan hukuman mengikut ketetapan syarak yang
wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah
24 Qisas Kesalahan dan hukuman mengikut ketetapan syarak yang
wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia yang
dizalimi secara fizikal
25 Takzir Kesalahan dan hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak
dan diserahkan kepada budi bicara hakim untuk diputuskan
26 Diat Harta yang wajib diberikan kepada waris orang yang dibunuh
sebagai ganti hukuman qisas yang tidak dapat dilaksanakan
27 Ijtihad Usaha untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan baharu
melalui kajian @ penyelidikan berdasarkan sumber dan
kaedah yang sah
PELAJARAN 5
28 Pentadbiran Menyelaraskan tenaga manusia agar mengikut satu
perancangan untuk mencapai sesuatu objektif yang
ditetapkan
29 Pengurusan Mengguna serta menyelenggara sumber manusia dan sumber
alam untuk kebajikan manusia
30 ‘Asabiyyah Perasaan taasub perkauman
31 Syura Setiap keputusan dicapai dalam mesyuarat yang dijalankan
32 Efisien Individu, organisasi, mesin dan lain-lain yang boleh
menjalankan tugas dengan cekap tanpa pembaziran waktu
dan tenaga
33 Efektif Tindakan dan usaha yang mendatangkan hasil seperti
diharapkan
PELAJARAN 6
34 Sistem Satu kaedah pemerintahan sebuah negara yang ditadbir
Pemerintah Islam berdasarkan ajaran islam serta melaksanakan syariat islam
35 Khilafah Sistem pemerintahan islam yang dinaungi oleh seorang
pemimpin Islam yang adil, taat patuh kepada syariat Allah
36 Khalifah Individu yang diamanahkan oleh Allah untuk mengurus dan
mentadbir dunia mengikut syariat Allah
37 Rakyat Seluruh penduduk dalam sesebuah negara yang berkewajipan
untuk mentaati khalifah selagi tidak bercanggah dengan
syariat Islam
38 Musyawarah Mesyuarat yang dijalankan bagi melakukan pertimbangan
(Al-Syura) secara kolektif dan membuat keputusan yang paling berkualiti
berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
39 Keadilan Membuat keputusan secara saksama bersumberkan al-Quran
(Al-‘Adalah) dan al-Hadis berdasarkan ketentuan akidah, syariat dan akhlak
40 Kebebasan Khalifah perlu melindungi hak dan kebebasan individu yang
(Al-Hurriyyah) tidak bercanggah dengan syariat Islam
41 Persamaan Setiap individu dilayan dan dihormati tanpa mengira pangkat
(Al-Musawah) atau kedudukan masing-masing
42 Adil Sesuatu tindakan atau keputusan diambil menyebelahi pihak
yang benar
43 Amar makruf Perintah supaya mengerjakan perbuatan atau amalan yang
baik
44 Nahi mungkar Melarang perbuatan atau amalan yang jahat

Anda mungkin juga menyukai