Anda di halaman 1dari 12

NAMA PELAJAR:

________________________________________________________

KELAS:

________________________________________________________

#ISTILAH DIHATI

1
KAMUS ISTILAH TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 4 KSSM

BIL TAJUK ISTILAH MAKSUD


TEMA 1: Cara hidup yang lengkap merangkumi akidah,
1 ISLAM Al-Din ibadah dan akhlak.
SEBAGAI
AL-DIN Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong
2 Akhlak sesuatu perbuatan dan perlakuan tanpa
memerlukan pertimbangan yang mendalam
Akhlak terpuji yang bersumberkan wahyu al-Quran
3 Akhlak Mahmudah dan As- Sunnnah
Keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah
4 Akidah SWT serta sifat-sifat kesempurnaan-Nya
berdasarkan dalil naqli dan aqli
Akhlak terkeji yang dilarang oleh Al-Quran dan As-
5 Aklak Mazmumah
Sunnah daripada diamalkan
Amanah
6 Al- Amanah
Bijaksana
7 Al- Fatanah

8 Al- Khianat Pecah amanah

9 Al- Kitman Menyembunyikan

10 Al- Kizb Bohong

11 Al- Siddiq Benar


(Sarwajagat) iaitu Islam ialah agama yang sesuai
12 Alamiyyah bagi semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat
dan zaman.
13 Al-Baladah Bodoh
14 Al-Tabligh Menyampaikan

15 Asmaul husna Allah memiliki nama-nama yang indah


Kelompok yang berhak menerima zakat iaitu asnaf
16 Asnaf fakir, asnaf miskin, asnaf amil, asnaf mualaf, asnaf
riqab, asnaf fisabilillah, asnaf ibnu sabil.
Dalil yang lahir daripada akal yang sejahtera
17 Dalil aqli
Dalil yang bersumberkan nas Al-Quran dan As-
18 Dalil naqli
Sunnah
Kewajipan individu atassuatu amalan yang dituntut
secara tegas oleh syarak ke atas setiap mukalaf.
19 Fardu Ain
Pengamalannya mendapat pahala dan pengabaian
tanpa uzur syar'ie mendapat dosa.

2
Kewajipan secara kolektif yang merujuk kepada
suatu amalan yang dituntut oleh syarak ke atas
seluruh kaum Muslimin secara umum untuk
20 Fardu Kifayah
mengerjakannya. Apabila sebahagian daripada
mereka melaksanakannya, maka sebahagian yang
lain terlepas daripada kewajipan tersebut.
21 Ghaibiyyah Perkara-perkara ghaib
Pengabdian kepada Allah SWT melalui perbuatan,
perkataan dan pengakuan hati yang ikhlas semata-
22 Ibadah
mata kepaadaa-Nya yang berlandaskan syariat Allah
SWT.
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu ibadah dan
23 Ihsan pekerjaan semata-mata kerana Allah SWT.

24 Ilahiyyah Ketuhanan

Membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan


25 Iman dan beramal dengan anggota badan terhadap
segala perintah dan suruhan Allah SWT.
Taat dan patuh kepada perintah Allah SWT,
26 Islam meninggalkan larangan-Nya, beroleh kesejahteraan
dan keselamatan apabila berserah kepada-Nya.
(Luwes atau anjal) boleh berubah mengikut
27 Murunah kesesuaian, namun masih tetap pada prinsip
asasnya.
Lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu
28 Nabi kepadanya dan tidak diperintahkan
menyampaikannya kepada orang lain.
29 Nubuwwah Kenabian dan kerasulan

Ibadah dengan cara menahan diri daripada


melakukan perkara-perkara yang membatalkan
30 Puasa
puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari
berserta niat.
Sesuatu yang berlaku kepada makhluk Allah SWT
31 Qadak semasa hidupnya.

Sesuatu hal yang telah ditentukan oleh Allah SWT


32 Qadar yang akan berlaku kepada makhluk-Nya, sebelum
makhluk itu dijadikan.
(Ketuhanan) iaitu segala hukum, konsep, prinsip,
33 Rabbaniyyah nilai dan peraturan yang terkandung dalam Islam
adalah bersumberkan wahyu Allah SWT
Lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu dan
34 Rasul diperintahkan menyampaikannya kepada orang
lain.

3
35 Rukun Asas atau prinsip yang mendasari sesuatu.

Golongan umat Islam generasi terdahulu yang


36 Salafussoleh hidup dalam kurun pertama sehingga kurun ketiga
Hijrah.
Ibadah yang mengandungi perkataan dan
37 Solat perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram
dan disudahi dengan salam.
(Lengkap) iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi
38 Syumuliyyah Muhammad SAW lengkap dan sempurna serta
meliputi kehidupan di dunia dan akhirat
Berserah kepada Allah SWT setelah berusaha dan
39 Tawakal
berdoa
(Tetap dan teguh) iaitu perkara tetap (qat'iyy), tidak
40 Thabat boleh diubah dasar, prinsip dan pelaksanaannya
menurut Islam
41 Utopia Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilaksanakan.

(Realiti) Islam ialah agama praktikal, mampu


42 Waqi’iyyah diamalkan oleh semua golongan manusia.
Ibadah dengan cara mengeluarkan harta yang
43 Zakat tertentu pada kadar yang tertentu dengan syarat-
syarat tertentu.
TEMA 2: Keupayaan berfikir yang dikurniakan oleh Allah SWT
44 MANUSIA Akal kepada manusia untuk membezakannya dengan
SEBAGAI haiwan.
HAMBA Alam yang kekal abadi setelah terjadinya kiamat.
45 Alam Akhirat
DAN
KHALIFAH Alam yang memisahkan antara alam dunia dengan
Alam Barzakh/
46 ALLAH SWT alam akhirat
Alam Kubur
Alam nyata yang manusia diami.
47 Alam Dunia
Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera
48 Alam Ghaib dan akal. Kewujudannya dapat diketahui dan
diyakini dengan penjelasan al-Quran dan hadis
Alam nyata yang dapat ditanggapi oleh pancaindera
49 Alam Musyahadah dan akal manusia tentang kewujudannya

Alam ketika manusia berada dalam kandungan


50 Alam Rahim
ibunya.
Alam yang dirahsiakan oleh Allah
51 Alam Roh
(Zigot) Segumpal darah
52 Alaqah
Makhluk ciptaan Allah yang dikurniakan akal dan
53 Insan ditugaskan untuk mengabdikan diri kepada Allah
SWT serta memakmurkan alam.
4
Manusia wajib mengabdikan dirinya kepada Allah
54 Hamba SWT dengan mematuhi segala suruhan-Nya dan
menjauhi larangan-Nya
55 I'zham dan Lahm (Embrio) Tulang dibaluti daging

Manusia wajib mentadbir dan memakmurkan bumi


56 Khalifah selari dengan kehendak syariat.

Masyarakat dan generasi yang maju dari segi


57 Madani pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

(Embrio) Segumpal daging


58 Mudghah
Tempat balasan seksaan yang disediakan oleh Allah
59 Neraka SWT kepada orang yang ingkar terhadap perintah-
Nya
(Concentration) Percantuman sperma dan ovum
60 Nutfah dan disenyawakan di dalam rahim
Tempat yang paling indah dan dipenuhi kenikmatan
61 Syurga untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh
kepada Allah SWT.
Kalam Allah SWT yang disampaikan kepada para
nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat Jibril
62 Wahyu
a.s atau terus daripada Allah SWT

TEMA 3: Tingkah laku sopan, berbudi bahasa, pekerti yang


63 SISTEM Adab halus dan mulia.
SOSIAL
ISLAM Kesepakatan para ulama mengenai sesuatu hukum
64 Al-Ijmak syarak berasaskan al-Quran dan al-Sunnah selepas
kewafatan Rasulullah SAW
Menyamakan sesuatu hukum yang tiada nasnya
65 Al-Qias dengan sesuatu hukum yang ada nasnya
disebabkan adanya persamaan illah (sebab) hukum.
Kalam Allah yang mukjiz (luar biasa), lafaznya dalam
bahasa Arab dan maknanya daripada Allah SWT
66 Al-Quran
yang termaktub dalam mushaf, dipindah secara
mutawatir (berturutan).
Segala perkara yang disandarkan kepada Nabi
67 Al-Sunnah Muhammad SAW dari segi perkataan, perbuatan,
pengakuan, sifat fizikal atau akhlak.
Cabang falsafah yang mengkaji konsep berkaitan
68 Estetika keindahan, cita rasa dan lain-lain.

Prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi


69 Etika pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan manusia.

5
Hak-hak asas yang diperlukan oleh setiap manusia
70 Hak Asasi Manusia untuk menjalani kehidupan dengan sejahtera.
Perkara yang dapat menghiburkan dan
Hiburan (menurut
71 menggembirakan hati seseorang yang selari dengan
Islam)
kehendak syariat.
Unit sosial yang dihubungkan melalui pertalian
72 Keluarga darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
Aktiviti seni atau hasil karya yang dicipta dengan
menggunakan bakat dan kreativiti manusia bagi
73 Kesenian Islam
menzahirkan keindahan dan kehalusan yang
menepati syarak.
Pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama
74 Mahar ada dalam bentuk wang atau benda bernilai.
Lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan
75 Meminang untuk dijadikan isteri
Akad yang menghalalkan lelaki dan perempuan
76 Perkahwinan untuk dijadikan isteri.

Pergaulan dalam Komunikasi antara seorang individu dengan individu


77 lain berteraskan syariat Islam
Islam
Sistem yang mengawal dan memberi panduan
78 Sistem Sosial Islam berkaitan caara manusia berhubung antara satu
sama lain.
79 Ta'aruf Saling mengenali

80 Ta'awun Saling bekerjasama

81 Tafahum Saling memahami

6
KAMUS ISTILAH TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 KSSM

BIL TAJUK ISTILAH MAKSUD


TEMA 1: Penjualan barangan yang berasaskan
SISTEM EKONOMI Al-Bai' Bithaman Ajil pembayaran tertangguh pada harga tertentu
1 DAN KEWANGAN ( Jualan dengan secara ansuran atau sekali gus mengikut
ISLAM bayaran tertangguh) tempoh yang telah ditetapkan.

Perjanjian yang membolehkan seseorang


Al-Ijarah (Sewa-
2 mengabil faedah atau manfaat daripada milik
menyewa)
orang lain dengan bayaran tertentu.
Pelabur memberi modal kepada pengusaha
Al-Mudarabah
3 untuk diperniagakan dan keuntungan akan
(Pelaburan)
dibahagikan mengikut perjanjian.
Al-Murabahah Jual beli sesuatu barangan dengan makluman
4 (Jualan penambahan harga kos bersama-sama tambahan margin
untung) keuntungan.
Akad antara dua orang atau lebih untuk
Al-Musyarakah
5 berkongsi modal dan keuntungan dalam
(Syarikat)
suatu perniagaan.
Proses menyerahkan harta sebagai
6 Al-Rahnu (Gadaian)
cagaranuntuk mendapatkan hutang.
Al-Wadiah Mewakilkan sesuatu barangan atau harta
7 kepada pihak lain untuk disimpan.
(Simpanan)
Golongan yang tidak layak menguruskan
8 Anak yatim harta warisan sebelum mencapai umur
dewasa.
Institusi kewangan harta dalam Islam yang
menerima sesuatu harta dan menyimpannya
9 Baitulmal
untuk diagihkan untuk kepentingan
masyarakat dan negara.
Ilmu tentang asas-asas pengeluaran,
pembahagian, penggunaan barang-barang
10 Ekonomi
dan perkhidmatan serta isu-isu kewangan
yang bersangkutan dengannya.
Ilmu yang digunakan oleh manusia bagi
memenuhi keperluan ekonomi individu dan
11 Ekonomi Islam masyarakat berteraskan aturan syariat Islam
serta mencegah ketidakadilan dalam
pemerolehan dan penggunaan sumber alam.
Harta yang dikuasai daripada orang bukan
12 Fai'
Islam tanpa melalui jalan perang
13 Ghanimah Harta rampasan dalam peperangan
Ketidakpastian dalam sesuatu akad atau
kontrak jual beli sama ada dari segi kuantiti,
14 Gharar
kualiti, harga, waktu penyerahan dan
sebagainya.

7
Golongan yang tidak layak menguruskan
Gila/ orang tidak
15 harta kerana mereka tidak boleh
siuman
mengendalikan harta dengan baik.
Sesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah
16 Hak milik
kepada hambaNya
Hak milik khusus seseorang individu yang
17 Hak milik individu diperoleh dengan cara yang sah menurut
syarak seperti rumah, tanah.
Harta yang menjadi hak milik semua
18 Hak milik negara warganegara secara bersama seperti sekolah,
pejabat kerajaan, hospital.
Pemilikan secara bersama oleh anggota
masyarakat terhadap sesuatu sumber,
19 Hak milik umum
barangan atau perkhidmatan seperti jalan
raya, sungai, laut.
Anugerah Allah SWT kepada manusia dan
20 Harta boleh dimiliki melalui usaha dan ikhtiar.
Badan atau agensi milik kerajaan dan swasta
Institusi Kewangan yang mengutip sumber-sumber kewangan
21
Islam dan mengagihkannya mengikut muamalat
Islam.
Cukai yang dikenakan kepada orang bukan
22 Jizyah Islam yang menetap dan berlindung dalam
sebuah negara Islam
Golongan yang tidak mencapai tahap
23 Kanak-kanak kematangan berfikir dan tidak dapat
membezakan kebaikan dengan keburukan.
24 Margin Perbezaan antara dua jumlah.
Hubungan antara manusia dengan manusia
lain dalam segenap segi kehidupan yang
25 Muamalat
merangkumi kekeluargaan, ekonomi, politik,
pemerintahan, jenayah dan sebagainya.
Tatacara urusan harian sesama manusia
dalam memenuhi keperluan masing-masing
26 Muamalat Islam
melibatkan transaksi kewangan berlandaskan
syariat Islam.
Orang yang telah akil baligh atau cukup umur
27 Mukallaf dan diwajibkan mematuhi segala hukum
Islam.
Satu kegiatan yang dilakukan bagi
28 Pekerjaan mendapatkan sumber pendapatan dan
memiliki harta dengan cara yang halal.

8
Sesuatu yang dikurniakan oleh Allah SWT
kepada hamba-Nya untuk dimiliki dan
29 Pemilikan harta dimanfaatkan menurut kehendak syarak
seperti tanah, rumah, kenderaan dan
sebagainya.
Golongan yang tidak layak menguruskan
Safih (orang terencat harta kerana tidak mempunyai kemampuan
30 untuk membuat penilaian yang sempurna
akal/ lemah akal)
berasaskan keutamaan.
Sistem ekonomi yang ditentukan oleh
Sistem Ekonomi manusia dan tidak mempunyai piawaian yang
31 mutlak tetapi bersifat anjal dan berubah
konvensional
mengikut ketentuan masyarakat.
Tolong- menolong antara dua rakan peserta
32 Ta'awun skim takaful yanng ditimpa musibah tertentu
Peserta skim takaful mendermakan
sebahagian atau keseluruhan wang
33 Tabarru'
sumbangan yang dibayar semasa menyertai
skim takaful.
Pelan perlindungan berdasarkan prinsip
syariah melalui caruman sejumlah wang yang
Takaful (Insurans
34 akan disalurkan kepada pihak yang
Islam)
mengalami kemudaratan atas dasar ta'awun
dan tabarru'.
Harta yang diserahkan untuk faedah orang
35 Wakaf
ramai yang berkaitan dengan agama Islam.
TEMA 2: SISTEM Al-Qadha Menghukum, menyelesaikan, menetapkan,
36 PERUNDANGAN memutuskan, dan mencegah.
(kehakiman)
DAN KEHAKIMAN
Harta yang wajib diberikan kepada waris
ISLAM
37 Diat orang yang dibunuh sebagai ganti hukuman
qisas yang tidak dapat dilaksanakan.
Orang yang tertarik nafsu syahwatnya
38 Gay/ Homokseks kepada orang yang sejenis dengannya.
Kesalahan dan hukuman mengikut ketetapan
39 Hudud syarak yang wajib dilaksanakan sebagai
menunaikan hak Allah
Usaha untuk mendapatkan sesuatu
kesimpulan baharu melalui kajian atau
40 Ijtihad penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah
yang sah (dalam kaitannya dengan agama
Islam)
Menyelesaikan pertikaian atau tuntutan
41 Kehakiman Islam antara dua pihak atau lebih melalui proses
undang-undang berdasarkan hukum syarak.

9
Kepercayaan atau perbuatan karut yang
42 Khurafat bercanggah dengan ajaran Islam
Perempuan yang mengadakan hubungan seks
43 Lesbian
sesama perempuan.
Melakukan persetubuhan antara lelaki
44 Liwat dengan lelaki
Orang yang keluar daripada agama Islam,
45 Murtad sama ada melalui perbuatan, perkataan atau
niat.
Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah
SWT kepada manusia dalam pelbagai aspek
kehidupan sama ada yang berkaitan dengan
46 Perundangan Islam akidah, ibadat, akhlak, muamalat, munakahat
dan jenayah demi kebahagiaan di dunia dan
di akhirat.

Menuduh seseorang yang baik melakukan


47 Qazaf zina tanpa membawa empat orang saksi.
Kesalahan dan hukuman mengikut ketetapan
syarak yang waib dilaksanakan bagi
48 Qisas
menunaikan hak manusia yang dizalimi secara
fizikal.
Perbuatan menyekutukan Allah SWT dalam
sebarang bentuk sama ada melalui
49 Syirik perbuatan, perkataan, dan iktikad dengan
menjadikan sesuatu yang lain sekutu bagi
Allah SWT.
Kesalahan dan hukuman yang tidak
ditetapkan oleh syarak dan diserahkan
50 Takzir
kepada budi bicara hakim untuk
memutuskannya.
TEMA 3: SISTEM Sesuatu tindakan atau keputusan diambil
51 Adil
PENTADBIRAN menyebelahi pihak yang benar.
52 DAN Al-Adalah Keadilan
53 PEMERINTAHAN Al-Hurriyyah Kebebasan
54 ISLAM Al-Musawah Persamaan
55 Al-Syura Musyawarah (mesyuarat)
Perintah supaya mengerjakan perbuatan atau
56 Amar Makruf
amalan yang baik.
57 Asabiyyah Perasaan taasub perkauman.
Tindakan dan usaha yang mendatangkan hasil
58 Efektif
seperti diharap-harapkan.
Individu, organisasi, mesin dan lain-lain yang
59 Efisien boleh menjalankan tugas dengan cekap tanpa
pembaziran waktu dan tenaga

10
Individu yang diamanahkan oleh Allah SWT
60 Khalifah untuk mengurus dan mentadbir dunia
mengikut syariat Allah SWT.
Sistem pemerintahan Islam yang dinaungi
61 Khilafah oleh seseorang pemimpin Islam yang adil,
taat, dan patuh kepada syariat Allah SWT
62 Nahi Mungkar Melarang perbuatan atau amalan yang jahat.
Negara yang mengarahkan segala urusan
pemerintahan dan pentadbirannya tunduk
63 Negara Islam kepada hukum Islam yang bersumberkan al-
Quran dan al-Hadis serta ijtihad yang
sebenar.
Menggunakan serta menyelenggara sumber
64 Pengurusan manusia dan sumber alam untuk kebajikan
manusia
Menyelaras tenaga manusia agar mengikut
65 Pentadbiran satu perancangan untuk mencapai sesuatu
objektif yang ditetapkan
Perancangan dan pergerakan oleh sesuatu
organisasi berhubung dengan keadah,
Pentadbiran dan peraturan, tanggungjawab dan tugas dalam
66
Pengurusan Islam pengolahan sumber manusia dan sumber
alam selari dengan tanggungjawab sebagai
hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi.
Seluruh penduduk dalam sesebuah negara
67 Rakyat yang berkewajipan untuk mentaati khalifah
selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Satu kaedah pemerintahan sebuah negara
Sistem Pemerintahan yang ditadbir berdasarkan ajaran agama Islam
68
Islam serta melaksanakan syariat Islam.
Satu bentuk sistem yang dijalankan dalam
69 Sistem syura
pemerintahan dan pentadbiran negara.
Setiap keputusan dicapai dalam mesyuarat
70 Syura
yang dijalankan

11
12

Anda mungkin juga menyukai