Anda di halaman 1dari 47

‫‪ar- Risalah al- Jamia’h‬‬

‫تأليف ‪:‬‬
‫السيد الشريف العالم العالمة‬
‫الحبيب أحمد بن زين بن علوي الحبش‬
‫‪1‬‬
1
‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬
،‫ مزیده‬6‫ ویكافئ‬،‫ نعمو‬5‫ حمداً یوافي‬،4‫ العالمين‬3‫ رب‬2‫الحمد اهلل‬

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Pujian yang memenuhi nikmat-
nikmatNya dan memadai dengan tambahan nikmatNya.

1
Setiap penulis memulai penulisan kitabnya dengan basmalah kerana mengikuti Kitabullah
yang Mulia [ al-Quran ] dan mengamalkan hadis yang diriwayatkan dari Nabi SAW dalam
sabdanya yang bermaksud “ segala sesuatu yang baik dalam urusan agama yang tidak
dimulai dengan bismillah maka akan terputus [ rahmatnya ] “.
2
Bermakna pujian, sedang definisinya adalah perbuatan yang menyuarakan keAgungan
pemberi nikmat kepada para pemuji dan lainnya, kerana kedudukanNya sebagai pemberi
nikmat.
3
Bermakna pemilik atau empunya
4
Maksud alam adalah manusia, jin dan malaikat
5
Memenuhi hak-hak nikmat itu dan membalasnya
6
Senilai atau sebanding
2
11
‫ وسلم‬10‫ وصحبو‬9‫ محمد وعلى آلو‬8‫ على سيدنا‬7‫وصلى اهلل‬

Selawat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan


para sahabat serta salam kepada mereka

7
Allah memerhati dengan rahmat yang disertai kemuliaan.
 Selawat dari Allah adalah rahmat
 Selawat dari malaikat adalah memohon ampun
 Selawat dari manusia adalah permohonan dan doa
8
Junjungan bermaksud :
 Seseorang yang menjadi pemimpin kaumnya
 Seseorang yang menjadi tempat tumpuan manusia ketika mereka berada dalam
kesulitan
 Orang yang tidak dipengaruhi oleh amarah
 Seseorang yang mempunyai ramai tentara atau pengikutnya
9
Orang orang yang beriman dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Muthalib
10
Mereka adalah orang yang bertemu dengan Nabi dalam keadaan beriman kepadanya
ketika hidup dan mati
11
Keamanan dari segala bentuk bencana
3
‫ على كل مسلم ومسلمة‬12‫قال رسول اهلل صلى اهلل عليو وسلم ( طلب العلم فریضة‬
13
ً‫) وقال صلى اهلل عليو وسلم ( من سلك طریقاً یلتمس فيها علما‬
) ‫سلك اهلل بو طریقاً إلى الجنة‬

Rasulullah bersabda “ menuntut ilmu adalah fardhu ( wajib ) bagi setiap orang
islam “. Beliau juga bersabda “ barang siapa menempuh / melalui suatu jalan
yang didalamnya menuntut akan ilmu, nescaya Allah SWT
memudahkan jalan menuju ke syurga “.

12
Ilmu yang diwajibkan itu adalah : ilmu aqidah / ibadah yang wajib dan ilmu yang
menjelaskan tentang pergaulan ( kemasyarakatan ) serta meninggalkan hal-hal yang
dilarang
13
Berjalan dalam suatu jalan tertentu ilmu mempelajari sesuatu ilmu agama
4
،ً‫ من بعض كتب حجة اإلسالم الغزالي غالبا‬14‫ فهذه مسائل مختصرة‬:‫وبعد‬
‫ نرجو لو من ااهلل أن یكون من أىل العلم‬،‫من عرفها وعمل بها‬
.17‫ وبااهلل التوفيق‬16ً‫ وباطنا‬15ً‫ظاىرا‬

Maka ini beberapa masalah yang diringkaskan dari sebahagian kitab-kitab Hujjatul
Islam Imam al-Ghazali rah, kebanyakannya. Siapa yang mengetahui masalah ini
dan beramal dengannya saya berharap kepada Allah SWT
menjadikan orang tersebut sebagai ahli ilmu zahir dan batin,
dan kepada Allah lah segala taufiq.

14
Ringkas tulisannya tetapi sangat banyak manfaatnya
15
Orang beramal atau menjaga ilmu syarak
16
Ilmu berkaitan dengan hati dan hakikat
17
Allah Taala bagi kekuatan kepada hambanya untuk beribadah kepadanya
5
[ RUKUN – RUKUN ISLAM ]

،22‫ وأن محمداً رسول اهلل‬21‫ أن ال إلو إال اهلل‬20‫ شهادة‬:‫ خمسة‬19‫ اإلسالم‬18‫أركان‬
،‫ الصالة‬23‫وإقام‬

Rukun-rukun islam ada lima :

Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh
Allah dan mendirikan solat

18
Yang bermaksud bahagian yang paling asas di dalam ibadah. Sedangkan defenisinya
rukun adalah bahagian dari sesuatu [ ibadah itu ] yang tanpanya maka tidak akan sah
ibadah tersebut
19
Islam secara bahasa menyerah atau tunduk. Defenisinya adalah tunduk kepada hukum
syariat dalam pelaksanaannya
20
Makna bersaksi adalah berkeyakinan dan percaya
21
Iaitu aku bersaksi dengan hatiku dan kunyatakan kepada orang lain bahawa tidak ada
sembahan yang benar selain Allah Taala
22
Iaitu aku bersaksi dengan hatiku dan kunyatakan kepada orang lain bahawa Muhammad
adalah utusan Allah yang diutuskanNya kepada seluruh alam
23
Selalu mengerjakan solat lima waktu secara istiqomah
6
30
‫ من استطاع‬29‫ البيت‬28‫ وحج‬،27‫ رمضان‬26‫ وصوم‬،25‫ الزكاة‬24‫وإیتاء‬
.31ً‫إليو سبيال‬

dan mengeluarkan zakat dan puasa bulan ramadhan dan menunaikan


haji ke Baitullah bagi siapa yang mampu melaksanakannya

24
Iaitu memberi zakat kepada mereka yang berhak menerimanya
25
Makna zakat dari segi bahasa adalah sesuatu yang berkembang dan menyucikan.
Sedang dari segi istilahnya adalah perbuatan yang mengeluarkan harta atau fitrah dalam
bentuk tertentu
26
Menahan diri dari hal-hal yang dapat membatalkan puasa dari terbit fajar hingga
terbenamnya matahari, dengan niat tertentu dan dalam bentuk tertentu
27
Ramadhan adalah bulan yang kesembilan dari bulan bulan hijrah
28
Haji bermaksud menuju ke Baitul Haram [ Kaabah ] untuk beribadah
29
Yang bermaksud rumah Allah [ Kaabah yang mulia ]
30
Memiliki perkara-perkara yang diperlukan untuk perjalanannya pergi dan pulang dari
mengerjakan haji serta untuk menafkahi keluaranya yang wajib dinafkahinya selama
perjalanannya hingga balik dari mengejakan haji
31
Rukun islam ini bersumberkan dari hadis Nabi SAW
7
،34‫ فمن لم یكن مخلصاً فهو منافق‬.33‫ والتصدیق‬32‫مع اإلخالص‬
36
‫ فهو كافر‬35‫ومن لم یكن مصدقاً بقلبو‬

Disertai dengan keikhlasan dan membenarkan ( semua rukun islam ). Barangsiapa


yang tidak ikhlas ( dalam menjalankannya ) maka ia adalah seorang munafik.
Dan barangsiapa yang tidak membenarkan dari dalam hatinya,
maka ia adalah seorang kafir.

32
Dalam setiap perkataan, perbuatan, mengikuti dan cinta. Ikhlas adalah amal perbuatan
yang dilakukan kerana Allah. Hakikat ikhlas itu adalah menyucikan amal dari kekotoran
riya [ beramal untuk mencari perhatian makhluk ] dan setiap kelakuan itu kerana Allah.
33
Membenarkan adalah menerima dan berlapang dada
34
Munafik adalah mereka yang menampakkan diri seakan akan orang islam namun
didalam hatinya mereka menyembunyikan kekafirannya
35
Seperti seseorang yang mengalami keraguan terhadap hal-hal yang diwajibkan di
dalam islam atau pada sebahagian rukun islam seperti meyakini halal sesuatu yang
diharamkan atau sebaliknya yang disepakati oleh seluruh ulama.
36
Kafir adalah mereka yang tidak mempercayai ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW,
seluruhnya atau sebahagian darinya [ ajaran ]
8
[ PEGANGAN IMAN ]

‫ ال شریك‬،40‫ وأنو تعالى واحد‬،39‫ أن اهلل تعالى موجود‬38‫ أن تعتقد‬37‫وأصل اإلیمان‬


) ‫ لو ; ( ليس كمثلو شىء وىو السميع البصير‬. 43‫ وال شبو‬،42‫ وال ِمثل‬،41‫لو‬

Bermula asal ( hakikat ) iman adalah : berkeyakinan bahawa Allah SWT Maha Ada.
Dan Dia Maha Esa tiada sekutu, tiada seumpama dan tiada menyerupai
denganNya. Firman Allah yang bermaksud “ tiada suatu pun yang menyerupai
denganNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat “.

37
Hakikat iman adalah mempercayai apa yang disampaikan oleh Nabi SAW daripada Allah
dan beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat serta ketentuan Allah yang
baik atau buruk.
38
Iaitu dengan keyakinan yang kuat didalam hatimu, tanpa ada keraguan.
39
Makna wujud adalah : sesungguhnya zat Allah itu wujud dan tidak pernah lenyap / tidak
wujud
40
Makna Maha Esa adalah : tidak berbilang zat, sifat dan kehendakNya
41
Tidak ada sekitu bagiNya pada kewujudan Allah, zatnya, sifat-sifatnya. Semua itu telah
sabit pada hukum aqli dan naqli dan kesepakatan ulama
42
Makna semisal adalah : yang menyerupai seluruh sifatnya dengan selain dirinya
43
Makna serupa adalah : yang sama dengan selain dirinya walaupun hanya satu sifat
9
49
‫ والمعصية‬48‫ والطاعة‬47‫ والحياة‬46‫ وخلق الموت‬،45‫ و األرض‬44‫خلق السموات‬
،52‫ وجميع الكون وما فيو‬51‫ والسقم‬50‫والصحة‬

Dia mencipta langit dan bumi, kematian dan kehidupan,


perbuatan taat dan maksiat, kesihatan dan sakit, serta sekelian alam ( makhluk )
serta seisinya

44
Yang terdiri dari tujuh tingkat dan didirikan tanpa tiang
45
Dan dihamparkan
46
Kematian adalah terpisahnya ruh dengan jasad
47
Kehidupan adalah terdapatnya ruh didalam jasad
48
Perbuatan taat secara bahasa adalah segala perbuatan baik. Sedangkan secara syarak
adalah segala perbuatan yang mendatangkan redho Allah dan pelakunya mendapatkan
pahala sebagai anugerahNya
49
Perbuatan maksiat secara bahasa adalah perbuatan yang buruk. Sedangkan secara
syarak adalah segala perbuatan yang mendatangkan murkanya Allah dan pelakunya
mendapat hukuman sebagai keadilan diaats perbuatannya
50
Keselamatan jasad daripada sakit dan segala bahaya
51
Kesakitan jasad seluruh badan atau sebahagiannya
52
Segala sesuatu yang bergerak, diam, berbicara semua adalah makhluknya dan dibawah
kehendaknya. Dia memiliki kehendak pada semua perbuatan sesuai dengan keinginannya
dan dengan apa yang diinginkannya
10
‫ وال‬،‫ ال تزید وال تنقص‬،55‫ وآجالهم‬54‫ وقدر أرزاقهم‬،53‫وخلق الخلق وأعمالهم‬
.59‫ وإرادتو‬58‫ وقدره‬57‫ إال بقضائو‬56‫یحدث حادث‬

dan mencipta sekalian perkerjaan mereka ( makhluk ).


Dia menentukan kadar rezeki mereka dan ajal mereka, tidak bertambah atau
berkurang ( dari ketentuanNya ) tidak terjadi kecuali dengan ketetapan,
kekuasaan dan kadarNya.

53
Allah mencipta segala perbuatan, bercakapan serta keyakinan dari hamba-hambanya.
54
Segala sesuatu yang bermanfaat bagi manusia samada perkara [ rezeki ] itu halal
ataupun haram
55
Allah Taala menentukan kematian seseorang itu
56
Iaitu di alam ini, samada kejadian yang kecil atau besar yang tersembunyi atau nyata
57
Maknanya adalah dengan kehendak Allah Taala yang azali
58
Kehendak Allah mencipta sesuatu itu sesuai dengan ketentuannya
59
Sifat Allah yang menunjukkan berkehendak pada menjadikan sesuatu perkara pasri
akan terjadi dan apa-apa yang tidak dikehendakinya terjadi pasti tidak akan terjadi
11
‫ یعلم خائنة‬، 65‫ بصير‬،64‫ سميع‬،63‫ متكلم‬، 62‫ مرید قادر‬، 61‫ عالم‬،60‫وأنو تعالى حي‬
66
‫األعين‬

Sesungguhnya Dia Maha Hidup, Maha Mengetahui, Maha Berkehendak,


Maha Kuasa, Maha Berkata-kata, Maha Mendengar, Maha Melihat.
Mengetahui segala tipu daya penglihatan

60
Tidak akan mati selamanya, dengan kehidupannya tanpa ada permulaan dan tanpa ada
pengakhiran. Bahkan Dialah yang menghidupkan dan mematikan
61
ilmuNya meliputi segala sesuatu
62
Maha Kuasa adalah sifat azali bagi zatNya dan dengan sifat itu Dia boleh mengadakan
atau meniadakan makhluk. Maka tidak ada sesuatu yang terjadi tanpa pengetahuaanNya
dan kehendakNya
63
Sifat yang azali terdapat pada zatNya yang tidak menyerupai dengan perkataan
makhluk tanpa suara dan huruf
64
Tidak ada yang terlepas dari pendengaranNya walaupun suara itu sangat lembut [
tanpa bunyi ] . Dia mendengar pergerakkan langkah kaki semut, di tengah gurun yang
tandus, dan di malam yang sangat gelap.
65
Tidak terlepas dari pandangan Allah daripada sesatu walaupun sangat halus,
penglihatan Allah bukan dengan selaput mata, kelopak mata
66
Tipu daya penglihatan bermaksud memandang kepada perkara yang tidak dihalalkan
dan diharamkan oleh Allah seperti memandang saudaranya dengan pandangan
meremehkan
12
،70‫ خلق كل شيء‬،69‫ وأخفى‬68‫ ویعلم السر‬،67‫وما تخفي الصدور‬
.72‫ القهار‬71‫وىو الواحد‬

dan apa-apa yang tersembunyi didalam hati. Dan mengetahui akan segala perkara
rahsia dan tersembunyi. Pencipta segala sesuatu dan
Dia Maha Esa lagi Maha Kuat.

67
Allah mengetahi segala yang tersembunyi di dalam hati dan apa-apa yang terlintas di
dalam hati manusia yang tidak disampaikannya kepada orang lain
68
Sesuatu yang tersembunyi didasar hati manusia yang hanya diketahui olehnya pada
hari ini
69
Sesuatu yang tersembunyi didasar hati manusia yang belum diketahui olehnya pada
hari esok
70
Yang mencipta segala sesuatu yang tidak ada kepada ada
71
Maha Esa iaitu dalam zatNya, sifatNya dan kehendakNya
72
Menguasai seluruh ciptaan dan tidak ada yang boleh menandingiNya
13
،77‫ إلى جميع الخلق لهدایتهم‬76‫ ورسولو‬75‫ عبده‬74ً‫ سيدنا محمدا‬73‫وأنو تعالى بعث‬
.‫ الظاىرة‬80‫ وأیده بالمعجزات‬،79‫ ومعادىم‬78‫ولتكميل معاشهم‬

Dan Allah SWT membangkitkan penghulu kami Nabi Muhammad sebagai hamba
dan rasulNya kepada seluruh makhluk, sebagai petunjuk bagi mereka, bagi
menyempurnakan kehidupan dan tempat kembali mereka ( akhirat ). dan
menguatkan ( nabi ) dengan berbagai
mukjizat yang nyata.

73
Mengutus iaitu mengirimnya sebagai pemberi khabar dan peringatan
74
Adalah nama yang paling utama diantara nama-namanya yang lain. Nama itu diberikan
kepadanya oleh datuknya Abdul Muthallib semasa hari yang ketujuh setelah kelahirannya.
75
Beliau disifatkan sebagai hamba mengosyaratkan bahawa kedudukan dan kerendahan
hatinya serta penghambaan adalah sesuatu yang bertetapan dengan kedudukan beliau
SAW
76
Rasul adalah seorang manusia yang merdeka, laki-laki, tidak memiliki penyakit yang
menyebabkan sesorang akan jauh darinya
77
Sebagai pembimbing menuju kepada kebaikan
78
Kehidupan dunia mereka
79
Kehidupan akhirat
80
Mukjizat adalah segala perkara yang menyalahi adat di dalam diri seseorang dan juga
untuk menentang dan mengalahkan musuh
14
‫ عن اهلل تعالى من‬82‫ في جميع ما أخبر بو‬81‫وأنو عليو الصالة والسالم صادق‬
‫ ومن سؤال‬،‫ والبرزخ‬،‫ وغير ذلك من أمور اآلخرة‬،‫ والحوض‬،‫ والميزان‬،83‫الصراط‬
.‫وعذاب القبر ونعيمو‬،‫الملكين‬

Dan Baginda seorang yang jujur atas segala pengkhabaran yang disampaikannya
dari Allah SWT iatu tentang Shiroth, mizan, telaga, dan lain-lainnya
dari perkara yang berkaitan dengan akhirat, alam barzakh,
pertanyaan dari dua Malaikat ( di kubur ),
dan azab kubur serta kenikmatannya.

81
Jujur iaitu sifat seseorang yang memberitakan sesuatu sesuai dengan kenyataannya
82
Yakni dari Allah berupa hukum hakam, larangan, berita gembira dan ancaman, perkara
yang ghaib baik dunia atau ukhrawi. Maka Dia menwajibkan kita mnegimani semua itu.
83
Shirath adalah jambatan yang terbentang di atas neraka jahanam. Jambatan itu lebih
halus dari sehelai rambut dan lebih tajam dari mata pedang. Setiap manusia akan lalu di
atasnya. Dikatakan bahawa panjang jambatan itu adalah tiga ribu tahun. Seribu tahu
menaik, seribu tahun mendatar dan seribu tahun menurun.
15
،‫ حق‬87‫ والجنة‬،‫ حق‬86‫ حق والمالئكة‬85‫ وجميع كتب اهلل المنزلة‬84‫وأن القرآن‬
.‫ وجميع ما جاءنا بو سيدنا محمد صلى اهلل عليو وسلم حق‬،‫ حق‬88‫والنار‬

Dan sesungguhnya al-quran dan segala kitab-kitab Allah yang telah diturunkan
adalah benar. Para malaikatNya adalah benardan syurga adalah benar
dan neraka adalah benar, dan segala sesuatu ( ajaran ) yang datang
dari Nabi Muhammad SAW adalah benar.

84
Iaitu firman Allah yang membacanya termasuk bahagian dari ibadah
85
Kitab yang diturnkan dari langit sangat banyak sekali dan diwajibkan kita beriman
kepadanya. Diantaranya adalah :
 Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s
 Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s
 Injil diturunkan kepada Nabi Musa a.s
 Al-Furqan diturunkan kepada Nabi Muhammad saw
86
Malaikat adalah makhluk yang dicipta dari cahaya. Malaikat tidak makan dan tidak
minum dan tidak tidur dan tidak bermaksiat kepada Allah, sentiasa menunaikan perintah
Allah.
87
Syurga adalah negeri kenikmatan yang diciptakan sebagai ganjaran. Terdapat tjh
tingkatan didalamnya. Syurga yang paling tinggi adalah syurga Firdaus, Aden, Kludh, Naim,
Ma’wa, Darus Salam dan Darul Jalal.
88
Neraka adalah negeri seksa. Terdapat tujuh tingkatan didalamnya. Yang tertinggi
adalah Jahannam, Lazha, Huthamah, Sa’ir, Saqar, Jahim, Hawiyah.
16
( FARDHU WUDHUK )

،92‫ النية‬:‫ األول‬:91‫ ستة‬90‫ الوضوء‬89‫فروض‬

Fardhu wudhuk ada enam perkara :

1) Niat

Syarahan Ringkas :
Niat terbahagi kepada dua bahagian :
i. Seseorang yang sihat ; mesti ada ketika niat adalah
[ menghilangkan hadas, bersuci untuk solat, atau fardhu wudhuk ]

89
Fardhu dari segi bahasa bermaksud bahagian atau sesuatu yang pasti atau harus.
Sedangkan menurut fekah adalah segala hal yang diminta oleh syariat dengan permintaan
yang wajib.
90
Dari segi bahasa adalah suatu perbuatan yang menggosok anggota. Sedangkan
menurut fekah adalah menggosok bahagian yang tertentu dari anggota badan disertai
dengan niat yang tertentu.
91
Terdapat dalilnya dari al-quran dan hadis
92
Niat dari segi bahasa bermaksud tujuan. Menurut ilmu fekah adalah bermaksud
melakukan sesuatu bersamaan perbuatan yang dilakukan. Tempatnya dalam hati.
Diwajibkan mengucapkan niat itu ketika membasuh muka

17
ii. Seseorang yang tidak sihat, contoh sentiasa dalam keadaan
berhadas seperti salisul baul, salisul rih atau istihadhah : mesti ada
dalam niat adalah [ untuk membolehkan solat ]
{ kitab Nail ar-Raja’ }

Wudhuk mereka ini diqiaskan seperti tayamum. Oleh itu, satu wudhuk
hanya boleh digunakan untuk satu perkara fardhu sahaja, tetapi boleh
digunakan beberapa perkara sunat.
{ kitab I’anah ath-Tholibin }

Diantara kepentingan niat adalah :


i. Membezakan antara ibadah dan adat
ii. Membezakan tingkatan ibadah [ ibadah fardhu atau sunat ]

18
‫ والذقن‬94‫ وح ّده من منابت شعر الرأس إلى منتهى اللحيين‬93‫ غسل الوجو‬:‫الثاني‬
،95‫طوالً وعرضاً من األذن إلى األذن‬

2) Membasuh muka, hadnya adalah dari tempat tumbuh rambut di kepala


hingga akhir dua tulang janggut dan dagu bagi pihak panjang dan lebarnya
dua anak telinga.

Syarahan Ringkas :
Membasuh bahagian luar pada wajah seluruhnya, walaupun dengan
perbuatan orang lain dengan tanpa izin atau dengan cara ia terjun ke
dalam umpama sungai dengan syarat seseorang itu sedar akan
perbuatan itu [ ada orang lain basuh wajahnya dan terjun dalam
sungai ].

Membasuh disini adalah dengan erti kata semua anggota wudhuk


yang wajib dibasuh mesti mengalirkan air, menurut kesepakatan
ulama.
{ kitab Bahjatul Wasail }

Menyapu; cukup dilakukan dengan sekadar membasah dengan


sedikit air. Membasuh; hendaklah menggunakan air yang dapat
mengalir ke seluruh anggota badan yang wajib dibasuh.

{ Kitab Mishbahud Duja }

93
Ia dipanggil wajah kerana ia adalah bahagian badan yang diarahkan kepada sesuatu
yang dihadapinya
94
Tulang rahang adalah tempat tumbuh gigi bahagian bawah iaitu bagahian yang nampak
darinya pada bahagian dagu
95
Membasuh kedua telinga itu tidak diwajibkan hukumnya, tetapi disunnahkan
19
‫ شيء من بشرة الرأس‬98‫ مسح‬:‫ الرابع‬،97‫ إلى المرفقين‬96‫ غسل اليدین‬:‫الثالث‬
،99‫أو شعر في حده‬

3) Membasuh dua tangan hingga ke siku


4) Menyapu sebahagian dari kulit kepala atau sehelai rambut dalam
had kepala.

Syarahan Ringkas :
Dan wajib membasuh segala sesuatu yang berada ditempat yang
wajib dibasuh, seumpama ;

i. Bahagian tubuh yang merekah dan lubangnya tidak tertutup


ii. Tempat ada duri yang tidak tenggelam durinya dalam
bahagian tubuh, sehingga kelihatan duri itu dibahagian luar.
Kerana sesuatu yang nampak dikira bahagian zahir.
iii. Kuku, sekalipun panjang, dan tidak dimaafkan sesuatu dari
benda yang berada di bawahnya.

Disunatkan ghurrah iaitu melebihkan mengusap kepala. Bukan sahaja


bahagian depan kepala bahkan lebih afdhal seluruh kepala atau
rambut.

96
Iaitu setiap bahagian tangan yang asal atau begitu juga daging yang tumbuh di atas
tangan yang asal
97
Iaitu tempat berkumpulnya tiga tulang
98
Terhasilnya basuhan itu walaupun hanya dengan sekali
99
Syarat rambut yang sah dibasuh adalah rambut yang jika diuraikan tidak keluar dari
batas kepala.
20
101
‫ الترتيب‬:‫ السادس‬،100‫ غسل الرجلين مع الكعبين‬:‫الخامس‬
. 102‫على ىذه الكيفية‬

5) Membasuh dua kaki hingga ke dua mata kaki ( buku lali )


6) Tertib seperti tatacara ini

Syarahan Ringkas :
Dan disunatkan tahjil pada membasuhnya yakni membasuh lebih dari
buku lali. Sekiranya seseorang itu hanya mempunyai satu kaki sahaja,
maka wajib dibasuh kaki itu. Jika yang teringgal itu atas buku lali maka
tidak wajib membasuhnya dan ia menjadi sunat untuk dibasuh.

{ Kitab Mishbahud Duja }

Jikalau seseorang itu membasuh anggota dengan serentak, maka


tidaklah dianggap kecuali hanya dikira dengan membasuh muka
sahaja.
{ kitab Bahjatul Wasail }
Catatan
Ketika membasuh anggota wudhuk, tanpa khilaf disyaratkan air
hendaklah mengalir pada anggota yang dibasuh.

{ kitab Kifayatul Akhyar }

100
Iaitu dua tulang yang timbul diantara tapak kaki. Diwajibkan pula membasuh
sebahagian dari betis agar dapat memastikan bahawa dia menggosok seluruh bahagian
yang wajib.
101
Tidak mendahulu anggota yang satu dari satu yang lain
102
Seperti yang tersebut diatas
21
105
‫ أو خروج مني‬104‫ من مجامعة‬103‫وإن كان عليو جنابة‬
‫ أو غيره‬106‫بنوم‬

Dan sesungguhnya bagi yang berjunub kerana jimak atau keluar mani saat dia
tidur atau dengan sebab lainnya,

103
Junub dari segi bahasa bermaksud jauh. Menurut ilmu fekah adalah suatu perkara
yang tidak dapat dilihat dengan panca indera yang terjadi pada tubuh seseorang yang
menghalanginya untuk solat kerana ditegah oleh syarak. Mandi wajib ini ada enam
perkara :
 dikhususkan bagi wanita ;
1) haid 2) nifas 3 ) wiladah

 dikhususkan bagi lelaki dan wanita ;


1 ) jimak 2 ) mengeluarkan mani 3 ) mati
104
bertemu dua kemaluan
105
Mani adalah cairan berwarna putih pekat yang keluar dalam keadaan terpancut.
Keluarnya kerana syahwat dan terasa nikmat serta mengakibatkan tubuh terasa lemah
106
Dengan melihat mani pada pakaiannya
22
.109‫ مع نية رفع الجنابة‬108‫ غسل جميع بدنو‬107‫لزمو‬

lazimlah ( wajib ) baginya mandi seluruh badannya, disertai niat


mengangkat hadas besar.

107
Diwajibkan baginya meratakan air keseluruh tubuh ketika saat hendak mendirikan
ibadah seperti solat
108
Baik seluruh rambut atau kulit yang tebal atau nipis yang Nampak ata tersembunyi
109
Seperti berniat “ aku mandi wajib “ atau “ aku berniat menghilangkan hadas besar “.
Tidak boleh niat mandi sahaja begitu jga diwajibkan mengucap niat semasa membasuh
anggota yang pertama kali walaupun basuh dibahagian bawah terlebih dahulu. Sebeluam
itu dihadirkan, jika kita sudah membasuh mana-mana bahagian dari tubuh kita, maka
pembasuhan itu tidak dikira.
23
( PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK )

.110‫ الخارج من أحد السبيلين القبل أو الدبر على ما كان‬: ‫و ینقض الوضوء‬

1) Membatallah akan wudhuk itu oleh keluarnya sesuatu dari salah satu dari
dua jalan qubul ( kemaluan depan ) dan dubur ( kemaluan belakang ) dalam
segala bentuk.

Syarahan Ringkas :
Keluarnya sesuatu itu dengan yakin dengan sifat bagaimana adanya
ia, dalam keadaan kering atau basah, bersih atau kotor walaupun
seumpana kayu, cacing yang mengeluarkan kepalanya kemudian ia
masuk kembali, dan angin walaupun keluar dari kemaluan depan
atau belakang.

{ Kitab Bahjatul Wasail }

Jika darah yang keluar itu darah bawasir yang ada dalam dubur
[ bukan bahagian luarnya ] maka batallah wudhuk itu.

{ Kitab Mirqotul Sho’udi at-Tashdiq }

110
Apa pun yang keluar dari dua kemaluan akan membatalkan wudhuk, walaupun yang
keluar itu sesuatu yang biasa seperti air kencing, najis. Ataupun yang tidak biasa seperti
cacing, batu, guli dan sebagainya sama ada kering atau basah bersih atau kotor.
24
113
‫ إال نوم ممكن‬112‫ بنوم أو غيره‬111‫ زوال العقل‬:‫وینقض الوضوء‬

.‫ من األرض‬114‫مقعدتو‬

2) Membatallah akan wudhuk itu oleh hilangnya akal dengan sebab tidur atau
kerana sebab-sebab lain, kecuali jika tidur tetap akan tempat duduknya
dari bumi ( tempat tidur).

Syarahan Ringkas :

Jikalau seseorang itu tidur dalam keadaan ihtiba iaitu merapatkan


punggungnya dan dua betisnya dengan diikat dengan kain atau
seumpamanya atau tidur dalam keadaan bersandar pada sesuatu,
seandainya sesuatu itu tidak ada pasti ia jatuh, maka wudhuknya
tetap sah.

Syeikh Damiriy berkata ; Dan jikalau seseorang menyumbat ke dalam


duburnya dengan kain, dan ia tidur dalam keadaan bukan duduk,
maka menjadi batal wudhuknya.
{ Kitab Mirqotul Sho’udi at-Tashdiq }

111
Iaitu lenyapnya daya pemikiran untuk membezakan sesuatu secara yakin. Aqal dari segi
bahasa bermakna pencegah. Sedangkan dari segi feqah dengannya dapat membezakan
antara sesuatu yang baik dan kurang baik.
112
Iaitu terangkatnya kesedaran akal kerana gila, pengsan, atau mabuk.
113
Keadaan duduk yang tepat adalah tidak ada jarak diantara dubur dengan tempat duduk.
114
Seperti tanah atau haiwan tunggangan.
25
‫ ببطن‬119‫ منو أو من غيره‬118‫ آدمي‬117‫ أو دبر‬116‫ قبل‬115‫ مس‬: ‫وینقض الوضوء‬
.ً‫ و لو ولده و لو ميتا‬121ً‫ كبيراً كان أو صغيرا‬120‫الكف وبطون األصابع‬

3) Membatallah akan wudhuk itu oleh menyentuh qubul atau dubur anak
adam, milik sendiri atau orang lain, dengan tapak tangan dan tapak anak
jari, baik orang dewasa atau anak kecil walaupun anak sendiri atau juga
mayat.

Syarahan Ringkas :

Sekalipun kemaluan itu sudah terpisah dari anggota badan manusia


tersebut, selagi ia dinamakan kemaluan. Meskipun menyentuh itu
secara terlupa atau terpaksa.
{ Kitab Mirqotul Sho’udi at-Tashdiq }

115
Dalam hal ini, yang batal wudhuk adalah orang yang menyentuh. Sedangkan orang yang
disentuh tidak batal.
116
Iaitu bahagian zakar sahaja
117
Bahagian lubang dubur iaitu bahagian yang bertemu pada tempat keluarnya kotoran.
118
Kemaluan manusia. Manakala qubul dan dubur haiwan tidak membatalkan wudhuk jika
disentuh dengan telapak tangan.
119
Maksudnya memegang qubul dan duburnya sendiri atau milik orang lain. Sebab
memegang kemaluan orang lain lebih berat [ daripada memegang milik sendiri ] kerana
melibatkan kehormatan orang lain.
120
Telapak tangan adalah jika kedua tapak tangan itu dirapatkan antara satu sama lain
maka akan tertutup, jadi itulah yang dipanggil tapak tangan.
121
Walaupun berumur satu hari. Dan juga disentuh dengan sengaja atau lupa.
26
125
‫ بال حائل‬124‫ أجنبيين‬123‫ كبيرین‬122‫التقاء بشرتي رجل و امرأة‬: ‫وینقض الوضوء‬
.126‫إال ظفراً أو شعراً أو سناً فال ینقض الوضوء‬

4) Membatallah akan wudhuk itu oleh bersentuhan kulit antara lelaki dan
perempuan yang dewasa yang bukan mahram tanpa berlapik, kecuali jika
menyentuh kuku, rambut atau gigi, maka tidak membatalkan wudhuknya.

Syarahan Ringkas :

Yakni yang jelas jantina mereka itu. Maka batal wudhuk seseorang itu
meskipun sebagai orang yang disentuh.

Catatan :

 Memegang : kemaluan yang memegang itu batal


 Menyentuh : kulit yang disentuh dan yang
menyentuh itu batal

{ Kitab Mishbahud Duja }

122
Jika salah satu darinya menjadi mayat, yang batal hanya wudhuk yang masih hidup.
123
Keduanya telah mencapai batas usia keinginan syahwat. Batasan yang dikira
mempunyai syahwat adalah ; bagi perempuan mempunyai keinginan dan suka kepada
sesuatu. Bagi lelaki adalah kemaluannya mulai menegang apabila melihat perempuan.
124
Iaitu semua yang halal dinikahinya dan tidak ada hubungan nasab atau persusuan atau
perkahwinan.
125
Tidak membatalkan wudhuk jika bersentuhan terjadi dengan menggunakan penghalang
[ kain ] walaupun nipis, maka ia tetap dikira sebagai berlapik.
126
Kerana menyentuh dalam hal-hal tersebut tidak akan menimbulkan syahwat
27
( SYARAT - SYARAT SAH SOLAT )

129
‫ أو غلبة ظن‬128‫ أو اجتهاد‬127‫ معرفة دخول الوقت بيقين‬:‫ویشترط لصحة الصالة‬
.131‫ لم تصح صالتو‬130‫فإن صلى مع الشك‬

1) Mengetahui masuk waktu dengan yakin atau ijtihad atau sangkaan yang
kuat. Jika seseorang melakukan solat diiringi dengan keraguan maka
solatnya tidak sah.

Syarahan Ringkas :

Jika seseorang melakukan solat disertai dengan ragu-ragu dalam


masuknya waktu sekalipun pelaksaan solat terjadi dalam waktunya
atau dalam keadaan sangkaan yang kuat telah masuk waktu solat,
namun sebenarnya masih belum masuk waktu, maka solatnya tidak
sah juga.
{ Kitab Bahjatul Wasail }

127
Seperti mengetahui masuk waktu dengan menyaksikan sendiri atau mendengar azan.
128
Dengan cara bersandar kepada tanda-tanda seperti berkokok ayam yang telah di uji.
129
Sangkaan yang kuat itu adalah dengan bertaqlik kepada seseorang yang memiliki
keahliaannya untuk berijtihad.
130
Keraguan adalah seperti kebingungan dalam menentukan salah satu daripada dua
perkara.
131
Walaupun ternyata ia benar-benar mengerjakan solat pada waktunya. Kerana ia tidak
memiliki pengetahuan masuknya waktu solat yang ia merupakan syarat sah solat.
28
. ‫ طاىر مباح‬134‫ بساتر‬133‫ و یجب ستر العورة‬. 132‫و یشترط معرفة القبلة‬

2) Mengetahui arah kiblat.

3) Dan diwajibkan menutup aurat dengan penutup yang


bersih dan harus.

Syarahan Ringkas :

Wajib mengetahui arah kiblat dengan yakin jikalau berada dalam


jarak yang dekat dengan cara melihat atau menyentuh. Dan dengan
sangkaan yang kuat dalam jarak yang jauh atau bersandarkan berita
oran yang dipercayai dalam hal periwayatannya melihat kaabah
atau dengan berijtihad atau mengikuti orang yang dipercayai.

{ Kitab Bahjatul Wasail }

132
Iaitu kearah Ka’abah
133
Aurat dari segi bahasa adalah kekurangan. Manakala dari segi fekah adalah sesuatu
yang wajib ditutupi dan haram dipandang.
134
Iaitu tercegah daripada terlihatnya bahagian kulit dari jarak pandangan ukuran dua
orang yang berhadapan saling bercakap-cakap bagi seseorang yang memiliki penglihatan
yang normal. Syarat penutup aurat adalah ;
 harus berbentuk sesuatu benda [ zat ], tidak dikira dengan tertutupnya badan kita
disebabkan kegelapan
 harus sesuatu itu dipakai ditubuh badan, tidak dikira dengan khemah yang kecil
 harus ditutup aurat itu dari arah keliling, depan, belakang dan atas. Tidak dikira
dari arah bawah kerana susah untuk ditutup.
29
‫ و یجب على القادر‬.137‫ و البدن و المكان‬136‫ من الثوب‬135‫و یجب رفع النجاسة‬
139 138
ً‫أن یصلي الفرض قائما‬

4) Dan mewajibkan menghilangkan najis yang terdapat pada baju, tubuh


dan tempat.

5) Dan mewajibkan bagi yang mampu agar melakukan solat fardhu dalam
keadaan berdiri.

135
Iaitu najis yang tidak dimaafkan dalam syariat. Najis dari segi bahasa adalah sesuatu
yang menjijikkan. Manakala dari segi syariat adalah segala sesuatu yang menjijikkan dan
mencegah keabsahan solat kerana tidak diizinkan oleh syariat. Sedangkan yang diizinkan
oleh syaraiat adalah seseorang yang tidak menemukan dua alat bersuci ( air atau tanah )
dan dia terkena najis. Maka dalam situasi begini di izinkan melakukan solat kerana
menghormati waktu dan wajib mengulangi solat apabila mempunyai air atau tanah.
136
Termasuk dari pakaian adalah sesuatu yan terbawa dan yang bersambung dengannya.
137
Adalah segala sesuatu yang bersentuh dengan orang yang melakukan solat.
138
Segala solat yang dinamakan fardhu seperti qhado, fardhu kifayah dan nazar.
139
Berdiri tegak diatas kedua kakinya atau salah satu darinya. Jika berdiri padahal
bergantung dengan tali pada udara dengan tiada i’timad [ bersandar ] diatas sesuatu
dari dua kakinya, maka tiada sah solatnya walaupun tersentuh kedua kakinya sekalipun.
30
[ RUKUN – RUKUN SEMBAHYANG ]

،‫ مع النية‬141‫ وتكبيرة اإلحرام‬،140‫ النية‬:‫فروض الصالة‬

1) Niat
2) Takbiratul ihram dilakukan bersama niat

Syarahan Ringkas :

Niat dengan hati, kerana sesungguhnya niat bermaksud tujuan. Dan


seseuatu itu tidak akan terjadi kecuali dengan hati. Maka ucapan
sahaja tidak memadai [ tidak sah ] jikalau tidak disertai dengan
kehadiran hati.

{ Kitab Bahjatul Wasail }

140
Diwajibkan menghadirkan niat ( dalam hati ) bersamaan dengan takbiratul ihram.
 Jika solat fardhu : wajib menghadirkan ; a ) qosad b ) ta’arudh c ) ta’ayin
 Jika solat yang berwaktu : a ) qosad b ) ta’ayin
 Jika solat sunat mutlak : a ) qosad
Sedangkan menyebut jumlah rakaat, menhadap kiblat, tunai atau kerana Allah Ta’ala
itu hukumnya sunat.
141
Dinamakan takbiratul ihram adalah kerana selepas ucapan takbir itu, diharamkan hal-
hal yang membatalkan solat.
31
،‫ وإخراج الضاد من الظاء‬،‫ والتشدیدات األربع عشرة‬142‫وقراءة الفاتحة بالبسملة‬
143
‫وليس في الفاتحة ظاء‬

3) Membaca al-fatihah bersama basmalah dan empat belas tasydidnya dan


mengeluarkan ( dari al-fatihah ) huruf dhad dari huruf zha, sebab dalam al-
fatihah tidak ada huruf zha.

Faedah :

Diantara rahsia 7 huruf yang tidak terdapat dalam al-fatihah adalah ;

i. [ ‫ الثبور‬: ‫ ] ث‬bermaksud pembinasaan Allah terhadap orang kafir

ii. [ ‫ جهنم‬: ‫ ] ج‬bermaksud neraka jahanam


iii. [ ] bermaksud keburukan atau kerugian
iv. [ ] bermaksud pohon makanan penghuni syurga
v. [ ] bermaksud senjata malaikat yang menyiksa penghuni neraka
vi. [ ] bermaksud kegelapan dan kesesatan
vii. [ ] bermaksud terbukanya keburukan

142
Menurut mazhab syafie ayat ini merupakan sebahagian dari surah al-Fatihah.
143
Huruf yang tidak terdapat dalam surah al-Fatihah adalah [ ‫] ظ ث ج خ ز ش ف‬
32
‫ فيو‬146‫ ویطمئن‬145‫ بحيث تنال راحتاه ركبتيو‬،‫ ویجب أن ینحني‬،144‫ثم الركوع‬
،147‫وجوباً حتى تسكن أعضاؤه‬

4) Kemudian rukuk, dan diwajibkan ( saat rukuk ) bahawa membongkokkan


( badan ) dengan sekira-kira mencapai dua tapak tangan ke lututnya. Dan
diwajibkan thomaninah saat melakukannya hingga tetap anggota
badannya.

Faedah :
Diantara kewajipan rukuk adalah ;

i. Membongkokkan badan bagi orang yang sihat, dengan sekira-


kira mencapai dua tapak tangan dengan lutunya. Jikalau
hanya sekadar meletakkan sahaja jari jemari diatas lutut maka
tidak memadai.
ii. Rukuk itu bukan dengan maksud yang lain
{ Kitab Mirqatul Shu’udi at-Tashdiq }

144
Rukuk adalah membongkokkan badan yang dilakukan oleh orang yang solat sehingga
kedua tapak tangannya mencapai kedua lutut nya dan direnggangkan jari-jari.
145
Rukuk yang sempurna adalah punggung dan kepalanya sama rata, dan kakinya lurus
serta kedua tapak tangannya mencapai dua lutut dan jari-jari dalam keadaan terbuka.
Bagi mereka yang solat dalam keadaan duduk sekurang-kurangnya adalah kepala itu
sejajar dengan lututnya, yang paling sempurna adalah sejajar dengan tempat sujudnya.
146
Thomaninah adalah diam seketika dari segala bacaan dan pergerakkan anggota
sekadar ucapan [ ‫] سبحان هللا‬.
147
Thomaninah dilakukan pada empat tempat ; rukuk, I’tidal, sujud dan duduk diantara dua
sujud.
33
،149ً‫ و یطمئن فيو وجوبا‬148‫ثم االعتدال‬

5) Kemudian I’tidal dan wajib thomaninah dalam melakukannya.

148
Adalah kembali kepada keadaan sebelum rukuk, dengan cara kembali berdiri tegak bagi
orang yang solat berdiri dan kembali duduk yang lurus bagi orang yang solat dalam
keadaan duduk.
149
Ketika permualaan mengangkat badan disunatkan mengucap [ ‫] سمع هللا لمن حمده‬
serta mengangkat kedua tangannya [ takbir ] sehingga dalam keadaan berdiri tegak.
Setelah berdiri tegak membaca [ ‫] ربنا لك الحمد‬
34
،151‫ و الجلوس بين السجدتين‬, ‫ مرتين‬150‫ثم السجود‬

6) Kemudian sujud dua kali


7) Dan duduk diantara dua sujud

Syarahan Ringkas :

Hendaklah ia tidak sujud diatas sesuatu benda yang bersambung


dengan tubuh seseorang itu, yang benda itu bergerak disebabkan
pergerakan seseorang itu ketika solat.
{ Kitab Mirqatul Shu’udi at-Tashdiq }

Di sunatkan duduk iftirasy dalam semua duduk, kecuali duduk tahiyat


akhir. Dengan cara meletakkan bahagian punggungnya diatas kaki
kiri. Manakala tapak kaki kanan itu ditegakkan jari jemarinya
menghadap kearah kiblat.

150
Sujud itu dengan tujuh anggota ; dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan bahagian batin
jari-jari kaki. Kaifiat sujud adalah ;
 Meletakkan dahinya yang terbuka pada tempat solatnya, sedikit menekankan dahi
dengan tanpa digerakkan
 Mengangkat bahagian punggung dan sekelingnya, lebih tinggi dari pada kedua
bahunya, kedua kakinya dan kepalanya
 Meletakkan bahagian dari kedua lutut, bahagian dalam kedua telapak tangan dan
bahagian dalam jari–jari kakinya.
Sujud yang paling sempurna adalah meletakkan dua lututnya terlebih dahulu, lalu tangan
dan diakhiri dengan dahi serta bersamaan hidung.
151
Rukun ini termasuk rukun yang pendek yang disyariatkan sebagai pemisah diantara
dua sujud.
35
152
.‫ویفعل باقي الركعات كذلك‬ ‫ویطمئن وجوباً في الكل‬

Dan diwajibkan thumaninah dalam melakukan semua perkara itu. Dan melakukan
hal itu dalam rakaat-rakaat yang lain.

Syarahan Ringkas :

Wajib melakukan thomaninah dalam setiap rukun, sama ada rukun


pendek atau rukun panjang kerana thomaninah adalah wajib dalam
solat.

Faedah :

Rukun pajang : rukuk, sujud, bacaan al-fatihah


Rukun pendek : I’tidal , duduk antara dua sujud

152
Maksudnya pada rukuk, I’tidal, dua sujud dan duduk diantara dua sujud.
36
،‫ والتشهد األخير و الجلوس فيو فرض‬.154‫ األول وقعوده سنة‬153‫والتشهد‬

Dan tasyahud pertama dan duduknya adalah sunat.

8) Dan tasyhud akhir ( bacaan ).


9) Dan duduk saat melakukannya ( tahiyat akhir ) adalah wajib.

Syarahan Ringkas :

Dan apabila kewajiban bacaan tahiyat akhir telah ditetapkan, maka


menjadi wajib pula duduknya. Berdasarkan kesepakatan Ulama
Fuqoha yang telah mewajibkannya, demikian faidah dari Imam Ibnu
Hajar al-Haitamy.
{ Kitab Bahjatul Wasail }

Faedah :

Dalam mazhab Syafie sunat mengangkat jari telunjuk ketika


mengucapkan kalimah [ illallah : ‫ ] إال هللا‬dan terus diangkat tanpa
menggerak-gerakkan jari sehingga mengucapka salam dengan
membengkokkan sedikit jari telunjuk.

Diantara hikmah mengangkat jari telunjuk adalah supaya kesatuan


hati, lidah dan anggota badan orang yang solat mentauhidkan Allah
di mana hatinya mengingatkan keEsaan Allah, lidahnya menyebut
dan jari mengisyaratkan keEsaan Allah.
{ Kitab Mishbahud Duja }

153
Dinamakan tasyahud kerana didalamnya terdapat dua kalimah syahadah
154
Jika seseorang meninggalkan keduanya [ duduk tasyahud awal dan bacaannya ] maka
ia hanya disunatkan menampalnya denga sujud sahwi.
37
،‫والصالة على النبي صلى اهلل عليو وسلم بعد التشهد و قبل السالم فرض‬
155
‫ و أقل السالم السالم عليكم‬،‫و السالم من الصالة فرض‬

10) Dan selawat kepada Nabi SAW setelah bacaan tasyahud ( akhir ) sebelum
salam adalah fardhu.

11) Dan salam hukumnya wajib. Sekurang-kurang salam “ assalamualaikum “.

Syarahan Ringkas :

Salam yang wajib adalah yang pertama [ dengan maksud keluar dari
solat ]. Wajib mengucapkan salam itu sampai huruf “ mim “ pada

kalimah “ ‫ “ عليكم‬dalam keadaan duduk atau pengganti duduk serta

dadanya masih dalam keadaan menghadap kiblat.

{ Kitab Bahjatul Wasail }

155
Lafaz salam yang sempurna adalah [ ‫ ] السالم عليكم ورحمة هللا‬hukum salam yang
pertama adalah wajib, sedangkan salam yang kedua adalah sunat.
38
‫سالم عليك أیها النبي و رحمة اهلل و بركاتو‬
‫وأقل التشهد الواجب‪ :‬التحيات اهلل ٌ‬
‫سالم علينا و على عباد اهلل الصالحين‪ ،‬أشهد أن ال إلو إال اهلل‬
‫ٌ‬
‫و أن محمداً‪ 156‬عبده و رسولو‪.‬‬

‫وأقل الصالة على النبي صلى اهلل عليو و سلم‪ :‬اللهم صل على محمد‪.‬‬

‫; ‪Sekurang-kurang bacaan tasyahud yang wajib‬‬

‫سالم علینا و على عباد اهلل‬


‫سالم علیك أیها النيب و رمحة اهلل و بركاتو ٌ‬
‫" التحیات اهلل ٌ‬
‫الصاحلنی‪ ،‬أشهد أن ال إلو إال اهلل و أن حممداً عبده و رسولو "‪.‬‬
‫; ‪Sekurang-kurang bacaan selawat‬‬

‫" اللهم صل على حممد "‪.‬‬

‫‪156‬‬
‫‪ ] sebagai bentuk‬سيدنا [ ‪Menurut sebahagian Ulama menganjurkan manambah lafaz‬‬
‫‪pengagungan dan membesarkan.‬‬
‫‪39‬‬
.158ً‫ جميعها وىي كثيرة جدا‬157‫وینبغي أن یأتي بالسنن‬
‫ وىو‬،161‫ وینبغي الحضور‬،160‫ اهلل وحده‬159‫وینبغي االعتناء باإلخالص و ىو العمل‬
،‫أن یعلم بما یقول ویفعل‬

Dan sepatutnya bahawa mendatangkan dengan segala sunat-sunat ketika


mengerjakan solat dan ia ( sunat-sunat ) amat banyak.

Dan sepatutnya mengambil berat tentang keikhlasan ( dalam mengerjakan solat ),


ikhlas adalah amal yang ditujukan hanya kepada Allah semata-mata.
Dan sepatutnya mendatangkan hudhur iaitu menyedari
apa yang diucapkan dan dilakukan.

157
Sunat itu terbahagi kepada mengikut waktu ;
 Sunat sebelum solat ; azan, iqamat dan solat sunat
 Sunat didalam solat ; qunut, tasyahud awal, tasbih, zikir, takbir perpindahan rukun
 Sunat selepas solat ; wirid selepas solat, doa dan solat sunat
158
Mereka yang ingin mendekat diri kepada Allah dan negeri akhirat, diantara cirinya
adalah tidaklah ia mendengar keutamaan atau amal baik yang dapat mendekatkan dirinya
kecuali segera berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Walaupun hanya
setahun sekali, sebab sesungguhnya hasilnya ilmu itu dengan beramal.
159
Iaitu amal yang diredhai oleh Allah dari perkataan, perbuatan dan niat.
160
Iaitu tanpa tujuan lain yang menyertai dari keinginan hawa nafsu dan ego
161
Kosongnya hati seseorang dari sega lintasan hingga ia menyedari apa yang diucapkan
dan apa yang dikerjakan.
40
،163‫ و حضور القلب‬162‫والخشوع وىو سكون األعضاء‬
.‫ فإنما یتقبل اهلل من الصالة بقدر الحضور‬،‫ و تفهمها‬164‫وتدبر القراءة‬

.‫ و ىو العمل ألجل الناس‬167‫ و غيرىا‬166‫ في الصالة‬165‫ویحرم الریاء‬

Dan khusyu’ iaitu tetapnya anggota badan dan menghadirkan hati dan memahami
makna bacaan. Maka sesungguhnya Allah menerima solat seseorang sesuai
dengan kadar menghadirkan hatinya ( tidak lalai ).

Dan diharamkan riya didalam solat dan juga dalam amalan yang lainnya. Maksud
riya iaitu beramal kerana mengharap sesuatu dari manusia.

162
Tenangnya anggota badan dari melakukan hal-hal yang tidak bermanfaat.
163
Iaitu hatinya tidak disibukkan oleh lintasan-lintasan dan was-was.
164
Memperhatikan makna bacaan.
165
Riak disebut perbuatan syirik kecil.
166
Solat fardhu atau pun sunat.
167
Seperti puasa, sedekah, haji, zikir segala amal ibadah lain.
41
[ PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT ]

.172‫ إن كثُر‬171ً‫ و ناسيا‬170‫ و لو بحرفين‬169ً‫ عمدا‬168‫ویبطل الصالة الكالم‬

1) Berkata-kata dengan sengaja walaupun dua huruf dan berkata kerana lupa
jika banyak.

168
Sedikit atau pun banyak
169
Bukan kerana lupa. Walaupun dengan sebab paksaan atau menangis, tiupan [ siulan ],
rintihan, tertawa atau berdehem.
170
Dua huruf yang berturut-turut, sekalipun tidak mempunyai faedah [ maksud ] kerana
paling sedikitnya kalimah yang dibentuk menjadi ucapan adalah terdiri dari dua huruf
pada umumnya atau dari satu huruf yang memberi faham seperti [ ‫ ف‬: penuhilah,
‫ ق‬: jagalah, ‫ ع‬: muatkanlah, ‫ ل‬: kuasakanlah, ‫ ط‬: masukilah ]. Kerana ucapan tersebut
adalah ucapan yang mengandungi makna dalam bahasa arab.
171
Bahawa dirinya sedang solat seperti seseorang yang mengucapkan salam didalam
solat kemudian ia berbicara dengan meyakini bahawa dirinya telah menyempurnakan
solat.
172
Batasan banyak menurut ‘uruf [ kebiasaan ] adalah lebih dari empat kalimah menurut
Ibnu Hajar. Sedangkan menurut al-Qalyubiy, jika lebih dari enam perkataan maka batallah
solat.
42
،174‫ كثالث خطوات‬173‫ویبطلها العمل الكثير‬

2) Banyak bergerak, seperti melangkah tiga langkah.

Syarahan Ringkas :

Pergerakan yang banyak itu bukannya termasuk bahagian dari


pekerjaan solat. Gerak yang banyak adalah gerakan anggota yan
anggap besar, seperti menggerak dua tangannya dan kepalanya
secara bersamaan meskipun terlupa, kerana perbuatan yang banyak
dapat memutuskan rangkaian solat. Dan kerana perbuatan itu
dianggap tidak memerlukan dalam solat.

Dan jikalau seseorang ragu-ragu dalam satu pekerjaan adakah sedikit


atau banyak pergerakkan itu, maka perbuatan yan diragukan itu
dikira yang sedikit.
{ Kitab Bahjatul Wasail }

173
Iaitu pergerakan yang tidak termasuk dengan pergerakan dalam solat.
174
Atau tiga kali pukulan atau gerakan anggota besar yang terturut-turut.
43
.176ً‫ وانكشاف العورة إن لم تستر حاال‬،175‫واألكل و الشرب‬

3) Makan dan minum


4) Terbuka aurat jika tidak segera ditutup.

Syarahan Ringkas :

Yakni sampainya makanan dan minuman ke rongga walaupun sedikit.


Kecuali jika ia lupa bahawa ia sedang solat dan sekalipun dipaksa,
kerana perbuatan itu sangat menafikan makna solat.

{ Kitab Bahjatul Wasail }

Yang dimaksudkan dengan tutup pakaian itu dengan keadaan


segera adalah dalam tempoh menyebut Subhanallah, maka sah
solatnya.
{ Kitab Mishbahud Duja }

175
Banyak atau sedikit jika melakukannya dengan sengaja. Jika melakukannya kerana
terlupa tidak membatalkan dengan syarat sedikit.
176
Maksudnya jika auratnya terbuka disebabkan angin, maka solat akan sah jika ia tutup
dengan segera. Sebaliknya jika selain dari angin [ manusia ] maka hal ini membatalkan
solatnya sekalipun tutup dengan keadaan segera.
44
.‫ إن لم تُلق حاالً من غير حمل‬177‫ووقوع النجاسة‬

5) Terjatuh najis jika tidak segera dibuang hal keadaan tidak berlapik.

Syarahan Ringkas :

Iaitu najis yang dimaafkan dalam syariat. Tempoh segera membuang


najis itu adalah kurang dari kadar thomaninah. Jika melebihinya maka
batal solat itu. Jika najis itu basuh, maka hendaklah ditanggalkan
pakaian tersebutdalam tempoh itu juga.

Membuang najis itu dari pakaian adalah dengan cara jangan


menanggung najis tersebut denan syarat najis itu kering.

{ Kitab Mishbahud Duja }

177
Iaitu najis yang tidak dimaafkan dalam syarak.
45
.180‫ بغير عذر‬179‫ وكذا التخلف بهما‬،178‫ویبطلها سبق اإلمام بركنين فعليين‬

6) Mendahului iman dua rukun perbuatan. Dan demikian juga tertinggal dari
imam dua rukun perbuatan dengan tanpa uzur.

178
Iaitu secara berturutan dua kali gerakan rukun yang panjang atau gerakan rukun
panjang dan pendek. Kecuali jika makmum mendahuluinya kerana lupa atau jahil tentang
hukumnya.
Gambaran mendahului imam adalah [ batal ] : makmum rukuk lalu berdiri melakukan
i’tidal dan beregrak hendak sujud, padahal pada masa itu imam masih dalam keadaan
berdiri ( belum rukuk ) pendapat Syaikh Islam, al-Khatib, Imam Ramli dan lain-lain. Di
sebut dalam kitab tuhfah : makmum rukuk sebelum imam, lalu ketika imam hendak rukuk,
makmum mengangkat kepalanya menuju i’tidal. Kemudian ketika imam mengangkat
kepalanya hendak menuju i’tidal makmum melakukan sujud. Maka pada saat itumakmum
tidak bersama imam ketika rukuk dan i’tidal, [ dikutip dari kitab Busyra Karim ].
179
Gambaran makmum yang tertinggal : imam telah bergerak meninggalkan I’tidal
menuju sujud, sedangkan makmum masih dalam keadaan berdiri ( belum rukuk ).
180
Seperti imam yang bacaannya terlalu cepat, makmum yang lambat bacaannya atau
makmum lupa membaca satu rukun bacaan hingga imam telah rukuk. Dalam hal ini,
halangan itu diterima hingga imam melakukan tiga rukun yang panjang secara sempurna.
Akhir rukun yang panjang adalah imam mengangkat kepalanya dari sujud yang kedua.
Jikalau makmum belum bergerak lagi dari rukun yang tertinggal itu, maka batal solat itu.
46
.181‫وال تصح الصالة خلف كافر وامرأة وخنثى‬

Tidak sah solat seseorang yang solat dibelakang imamnya yang kafir,
wanita ( bagi lelaki ) dan khunsa.

181
Gambaran urutan imam dengan makmum berjemaah yang sah ;
i. Lelaki menjadi makmum lelaki
ii. Wanita menjadi makmum wanita
iii. Pondan menjadi makmum lelaki
iv. Wanita menjadi makmum pondan

Gambaran urutan imam dengan makmum berjemaah yang tidak sah ;


i. Lelaki manjadi makmum wanita
ii. Lelaki menjadi makmum pondan
iii. Pondan menjadi makmum wanita
iv. Pondan menjadi makmum pondan
47

Anda mungkin juga menyukai