Anda di halaman 1dari 23

BAB 5 : IJTIHADIK

( ISL 1012 )
( KONSEP IJTIHAD )
ijtihad dan jihad adalah dua perkataan yang memberi pengaruh
besar dalam islam. Keduanya mempunyai erti iaitu mencurahkan
kemampuan atau menanggung kesulitan.

Ijtihad : bergerak dalam pemikiran dan penelitian

Jihad : bergerak dalam perbuatan dan tingkah laku


( PENGERTIAN IJTIHAD )

Ijtihad dari segi bahasa : mencurahkan segala kemampuan atau


menanggung kesulitan.

Ijtihad dari segi istilah : mencurahkan kemampuan untuk


mendapatkan hukum syarat yang bersifat operasional dengan cara
instibat ( mengambil kesimpulan ) hukum.
( VIDEO )
Persamaan antara IJTIJIHAD DAN JIHAD ialah ;
berusaha dengan bersungguh-sungguh

Perbezaan antara IJTIJIHAD DAN JIHAD ialah ;

IJTIJIHAD JIHAD
Usaha yang bersungguh-sungguh Usaha yang bersungguh-sungguh
untuk perbetulkan sesuatu keadaan untuk menghindari kesulitan yang ada
dengan cara berfikir. melalui perbuatan.

Contoh ijtihad pada masa sekarang: Contoh jihad masa sekarang:


Penentuan 1 Syawal dan 1 Sebagai pelajar, tugasnya
Ramadhan oleh para ulama. perlu belajar.
Umat Islam yang menahan
hawa nafsu.
( HUKUM BERIJTIHAD )
Hukumnya HARUS dalam mengeluarkan hukum apabila cukup syarat.

Maksudnya: Bagaimanakah nanti engkau akan memutuskan hukum apabila


dibawa kepada engkau sesuatu permasalahan? Muaz menjawab : Saya akan
memutuskan hukum berdasarkan Kitab Allah S.W.T. Nabi bertanya lagi,
Sekiranya kamu tidak mendapati di dalam Kitab Allah? Jawab Muaz. Saya akan
memutuskan bedasarkan Sunnah. Tanya Nabi lagi, Sekiranya engkau tidak
menemui Sunnah? Muaz menjawab. Saya akan berijtihad dan saya tidak akan
mengabaikan perkara tersebut. Nabi pun menepuk dada sambil bersabda, Segala
puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada utusan Rasulullah ke arah sesuatu
yang diredhai oleh Rasulullah ( Riwayat Abu daud ).
( SYARAT SEORANG MUJTAHID)
Bersifat adil dan
Mengetahui dan memahami al-
taqwa.
Quran dan ilmunya secara
mendalam, terutama ayat-ayat
Mengenal manusia dan yang melibatkan hukum.
kehidupan sekitarnya.

Mengetahui dan memahami


SYARAT SEORANG as-Sunnah ( hadis-hadis Nabi
Mengetahui maqasid (
MUJTAHID ) dan ilmunya, terutamanya
objektif ) syariah.
Hadis Hukum.

Mengetahui ilmu Mengetahui Bahasa Arab.


usul fiqh.

Mengetahui ijamak ulamak atau


hukum yang disepakati para
ulamak.
5) Mujtahid Muqallid
- Sanggup memahami pendapat
pendaoat mujtahid yang lain,
tidak mampu melakukan tarjih.
4) Mujtahid Muhafidh 1) Mujtahid Mustaqill
- Mujtahid yang mengetahui - Mengeluarkan hukum hukum
hukum hukumyang telah dari Al Quran dan sunnah.
ditarjih oleh para ulama
sebelumnya. Peringkat 2) Mujtahid muntasib
Mujtahid - Memilih perkataan-perkatan
seorang imam pada hal hal
yang bersifat mendasar.

4) Mujtahid murajjih 3) Mujtahid fil Madzhab


- Mujtahid yang meng-isthinbat- - Mengikuti pendapat Imam
kan hukum hukum yang tidak Madzhab, baik dalam hal hal
diijtihadkan oleh para ulama ushul mahupun furu.
sebelumnya.
Suatu perkara yang
KEDUDUKAN
dibenarkan dan
IJTIHAD DALAM
digalakkan dalam ajaran
SYARIAT
Islam

Dua golongan yang terdapat pada


zaman Rasulullah:
1. Golongan ahli tafsir dengan
Sebagai sumber hukum menggunakan hujah hadis.
Islam selepas Al-Quran 2. Golongan yang menggunakan
dan Al-hadis cara berijtihad melalui akal
fikiran.
Kepentingan Ijtihad
Untuk megetahui jawapan atau kehendak Allah terhadap sesuatu hukum
yang timbul.
Merupakan alat utama yang menghubungkan antara sumber wahyu
dengan kepentingan akal serta perubahan masyarakat.

Antara kepentingan lain ijtihad dalam perkembangan fiqh islam;


i. Al-Quran dan Sunnah hanyalah sumber asas untuk fiqh Islam, manakala sumber
sebernanya adalah penggunaan akal.
ii. Teks kandungan Quran dan Sunnah yang berkaitan dengan soal perundangan
amat terbatas dari segi jumlahnya, tetapi masalah manusia tidak terbatas. Sebab
itu, ijtihad diperkenalkan dan dianggap sebagai mampu untuk bertindak untuk
menyelesaikan masalah.
iii. Dakwaan bahawa sistem fiqh Islam yang syumul dan sesuai tempat, keadaan
dan zaman. Bagi memperkukuhkan dakwaan ini, ijtihad wajib digunakan untuk
menyediakan jawapan hukum kepada masalah yang dipersoalkan.
( IJTIHAD DAN FATWA SEMASA)

PERUBATAN MODEN

PENGKLONAN MANUSIA,
PEMINDAHAN ORGAN
BINATANG DAN TUMBUHAN

PENGGUGURAN JANIN
DENGAN ALASAN KUKUH
Pemindahan Organ
Terdapat perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Ada yang
mengatakan harus ada yang mengatakan sebaliknya.
Memindahkan organ dari tubuh seseorang manusia kepada
HARUS manusia yang lain tetapi harus mendatangkan, manfaat yang
lebih besar berbanding kemudaratan.

Pemindahan organ dari tubuh badan kepada insan yang lain,


HARUS sekiranya organ yang dipindahkan itu boleh membina dengan
segera seperti darah dan kulit.
Perlu mengambil manfaat daripada orang yang dipotong
HARUS daripada tubuh badan seseorang dan diberikan kepada
pesakit lain.

Memindahkan organ daripada orang yang meninggal kepada


HARUS orang yang hidup walaupun orang tersebut organ yang
menjadi pergantungan hidup manusia dan melaksanakan
tugas tugas utama dengan syarat hendak mendapat
persetujuan terlebih dahulu daripada si mati sebelum
meninggal atau warisnya selepas meninggal atau persetujuan
daripada pihak berkuasa.
HARAM Memindahkan organ yang menjadi pergantungan hidup
manusia seperti pemindahan jantung.

HARAM Memindahkan organ daripada insan hidup yang mengganggu


tugas utama dalam kehidupannya, walaupun keselamatan
nyawanya tidak bergantung kepada organ itu seperti dua
kornea.
Pengguguran janin dengan alasan yang kukuh
Seseorang doktor dilarang menggugurkan kandungan seorang perempuan
setelah sempurna 120 hari sejak menjadi segumpal darah, kecuali untuk
selamatkan nyawa perempuan ( si ibu ) dari bahaya yang disebabkan oleh
kandungan itu.
Antara alasan kukuh;
Sekiranya kandungan itu membayakan kesihatan ibu

Janin yang akan dilahirkan akan cacar jasmani dan kurang waras
akalnya yang tidak boleh disembuh.
Pengklonan manusia, binatang dan tumbuhan
Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari
spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel sel
tertentu melalui kaedah tertentu. Pengklonan juga melibatkan ;

Manusia Binatang Tumbuhan


Berhubung pengklonan manusia, Akademi Fiqh Islam didalam muktamarnya kali
ke 10 yang berlangsung di jeddah memutuskan ;

Menggunakan teknik pengklonan dan kejuteraan genetik di


HARUS dalam lapangan penyelidikan tentang mikrob, kehidupan
halus, tumbuha- tumbuhan dan binatang, di dalam batasan
yang dibenarkan oleh syarak asalkan tidak memudarat.

Melakukan pengklonan manusia dengan apa apa cara


HARAM
sekalipun yang boleh memperbahayakan bilangan manusia.

HARAM Haram dalam semua keadaan, penglibatan pihak ketiga di


dalam hubungan suami isteri, dalam bentuk sewa rahim, telur,
sperma atau sel badan untuk tujuan pengklonan.
Kebolehan untuk Keupayaan berfikir
mengutarakan secara kreatif dan
pendapat dan inovatif
pandangan.

KESIMPULAN

Generasi ijtihadik adalah orang yang


boleh memberikan pandangan dan
Memaksimumkan
menyelesaikan masalah, mempunyai
potensi akal
keupayaan berfikir dan juga seorang
yang kreatif dan inovatif.

Anda mungkin juga menyukai