Anda di halaman 1dari 77

1

NADI BESTARI
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN SATU
(SUKATAN BARU KSSM)

© HJH NIK ZULINA BT NIK TAIB


(Guru Cemerlang Pendidikan Islam)
Tel : 013-9861383
Email : nikzulina88@yahoo.com
Blog : PAI BEST. Blogspot.com

HARGA : RM10

© HAK CIPTA TERPELIHARA


Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada
secara elektronik, fotokopi, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada penulis

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


2

ISI KANDUNGAN NOTA TINGKATAN 1 KSSM

BIL TAJUK MS
Bidang Al Quran
1 Mukmin Yang Bertakwa
2 Memohon Kebahagiaan Hakiki
3 Maha Suci Allah SWT
4 Allah SWT Penguasa Mutlak
5 Indahnya Tajwid
6 Segala Puji Bagi Allah SWT
7 Iblis Dan Syaitan Yang Durjana
8 Sabar Menghadapi Dugaan Kehidupan
9 Makanan Halal Lagi Baik
Bidang Hadis
10 Hadis Sumber Hukum
11 Ikhlas Dalam Kehidupan
12 Jihad Dalam Islam
Bidang Aqidah
13 Islam Agama Fitrah
14 Aqidah Islam
15 Beriman Kepada Allah SWT
16 Al-Khaliqu Dan Al-Musawwiru
Bidang Feqah
17 Konsep Ibadah Dan Jenis Hukum
18 Bersuci Asas Kebersihan
19 Suci Daripada Najis
20 Istinjak Suatu Tuntutan
21 Wudhuk dan Syarat Kesempurnaannya
22 Mandi Wajib Penyuci Diri
23 Solat Mercu Kejayaan
Bidang Sirah
24 Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW
25 Era Masyarakat Jahiliyyah
26 Keunggulan Perjuangan Khulafa’ Ar-Rashidin
Bidang Akhlak Islamiyyah
27 Akhlak Terpuji Hiasan Diri
28 Amanah Tunggak Kesejahteraan
29 Ilmu Cahaya Kehidupan
30 Maruah Diri Cermin Peribadi

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


3

PELAJARAN 1 : BIDANG AL QURAN HAFAZ

TAJUK : MUKMIN YANG BERTAQWA


(Surah Al Baqarah : 1 – 5)

1. Baca dan hafaz dengan betul dan bertajwid

MAKSUD PETIKAN AYAT


Alif, lam, mim
 
Kita Al-Quran ini tidak ada sebarang
syak padanya (datangnya daripada        
Allah SWT dan tentang
kesempurnaannya), menjadi petunjuk  
kepada orang yang bertakwa
Yaitu orang yang beriman kepada
perkara ghaib dan mendirikan solat     
serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian daripada rezeki yang kami    
berikan kepada mereka
Dan juga orang yang beriman kepada
(Kitab Al-Quran) yang diturunkan        
kepadamu (Muhammad SAW), dan
kitab yang diturunkan sebelum     
daripadamu, serta mereka yakin
(dengan sepenuhnya) akan (adanya)
hari akhirat
Mereka itulah yang tetap mendapat
petunjuk daripada tuhan mereka, dan        
merekalah orang yang Berjaya
 

2. Intisari ayat:
- Al Quran tidak ada sebarang syak padanya
- Al Quran merupakan panduan bagi orang yang bertaqwa

3.Maksud Takwa :
Mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah dan mengerjakan
segala suruhanNya.
KUNCI ILMU :

Kitab yang diturunkan oleh Allah SWT selain Al


Quran ialah kitabTaurat ,Zabur dan Injil

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


4

4. Ciri-ciri orang yang bertaqwa:


- Beriman kepada perkara ghaib
- Mendirikan solat
- Menginfakkan harta
- Beriman kepada kitab
- Beriman kepada hari akhirat

5. Pengajaran ayat.
- Kita hendaklah sentiasa mendampingi dan membaca Al Quran supaya hidup
diberkati dan diredai Allah SWT.
- Kita hendaklah yakin bahawa Al Quran adalah wahyu Allah yang
membimbing manusia ke jalan yang benar.
- Umat Islam hendaklah beramal dengan isi kandungan Al Quran dan cuba
menghafaznya supaya selamat dunia dan akhirat.

SOALAN KBAT:

Berikan pandangan anda terhadap orang yang malas membaca Al Quran

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


5

PELAJARAN 2 : BIDANG AL QURAN HAFAZ

TAJUK : MEMOHON KEBAHAGIAAN HAKIKI


(Surah Al Baqarah : 201)

1. Baca dan hafaz dengan betul dan bertajwid


MAKSUD PETIKAN AYAT
Dan antara mereka ada yang (berdoa
dengan) berkata, “Wahai tuhan kami,        
beriklah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat, dan peliharalah       
kami daripada azab neraka”.

2. Intisari ayat :
- Allah menyeru hamba-Nya agar berdoa memohon kebahagiaan dalam urusan
dunia dan akhirat.
- Umat Islam diseru supaya memohon kebahagiaan di dunia seperti memohon
kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, rumah yang selesa, dan keluarga
yang bahagia.
- Umat Islam diseru supaya memohon kebaikan diri terhindar daripada seksaan
api neraka dan mendapat ganjaran syurga.

3. Perbezaan kebaikan semasa di dunia dan di akhirat.


Kebaikan di dunia Kebaikan di akhirat
 Belajar bersungguh-sungguh  Mendapat syafaat
 Berjaya dengan cemerlang  Mendapat keampunan Allah
 Masuk ke pusat pengajian tinggi  Mendapat balasan Syurga
 Taat kepada dua ibubapa  Terhindar daripada Api Neraka

4. Maksud DOA
Memohon kepada Allah SWT sesuatu yang diharuskan syarak.
KUNCI ILMU:
5. Adab berdoa Adab berdoa dimulai dan diakhiri pujian terhadap
- Menghadap ke arah kiblat Allah swt dan selawat kepada Rasulullah saw.
- Menutup aurat
- Memulakan dan mengakhri doa dengan memuji-muji Allah dan selawat ke
atas Nabi Muhammad SAW.
-
6. Pengajaran ayat
- Umat Islam hendaklah sentiasa berdoa supaya hidup diberkati Allah SWT
- Umat Islam hendaklah berdoa memohon kebaikan di dunia dan juga di akhirat
- Kita hendaklah bergantung harapan sepenuhnya kepada Allah SWT supaya
hidup kita selamat dunia dan akhirat

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


6

PELAJARAN 3 : BIDANG AL QURAN


HAFAZ
TAJUK : MAHA SUCI ALLAH SWT
(Surah Al Baqarah :255 - 257)

1. Baca dan hafaz dengan betul dan bertajwid


MAKSUD PETIKAN AYAT
Allah SWT, tiada tuhan (yang berhak disembah)
melaikan Dia, yang tetap hidup lagi kekal selama-
         
lamanya mentadbir (sekalian makhluk) yang tidak
mengantuk dan tidak tidur. Dia memiliki segala
yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa          
yang dapat memberikan syafaat (pertolongan) di
sisinya melainkan dengan izinnya. Yang        
mengetahui apa-apa yang ada di hadapan dan
belakang mereka, sedang mereka tidak        
mengetahui sesuatupun daripada (kandungan)
ilmu Allah SWT melainkan apa-apa yang Allah         
SWT kehendaki (memberitahu kepada mereka).
Luasnya karsi Allah SWT (ilmu dan
kekuasaannya) meliputi langit dan bumi. Dan       
tiadalah menjadi keberatan kepada Allah SWT
menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dan       
dialah yang maha tinggi (darjat kemuliaannya)
lagi maha besar (kekuasaannya)
Tidak ada paksaaan dalam agama (Islam),
          
kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran
(Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu,
sesiapa yang tidak mempercayai taghut, dan dia      
pula beriman kepada Allah SWT, maka
sesungguhnya dia telah berpegang pada       
simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan
putus. Dan (ingatlah), Allah SWT maha    
mendengar lagi maha mengetahui
Allah SWT pelindung (yang mengawal dan
     
menolong) orang yang beriman. Dia
mengeluarkan mereka daripada kegelapan
(kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang kafir,      
penolong mereka ialah taghut yang
mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman)     
kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli
neraka, mereka kekal di dalamnya.        

  

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


7

2. Intisari ayat :
- Allah SWT menguasai dan mentadbir alam mengikut kehendak dan
kebijaksanaannya.
- Maha suci Allah SWT daripada sifat kekurangan seperti mengantuk dan tidur.
- Ilmu Allah SWT meliputi segala makhluk ciptaan-Nya
- Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Agung ,tidak memerlukan bantuan
sesiapa untuk mentadbir alam yang luas.
- Islam agama yang mementingkan kefahaman dan keyakinan, bukan agama
paksaan.
- Allah SWT memimpin orang yang beriman daripada kekufuran dan kejahilan
kepada keimanan dan keilmuan.
- Syaitan memimpin orang kafir kepada kekufuran dan kejahilan.

3. Kelebihan Ayat Kursi :


- Selamat daripada bala dan bencana
- Melembutkan hati
- Selamat daripada gangguan syaitan
- Pahalanya sama dengan membaca satu perempat al-Quran

4. Sifat-sifat Allah yang terdapat dalam ayat Kursi:


- Tetap hidup (Al Hayyu)
- Kekal selamanya (Al Qayyum)

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


8

PELAJARAN 4 : BIDANG AL QURAN HAFAZ

TAJUK : ALLAH SWT PENGUASA MUTLAK


(Surah Al Baqarah : 284-286)

1. Baca dan hafaz dengan betul dan bertajwid

MAKSUD PETIKAN AYAT


Segala yang ada di langit dan di bumi adalah
kepunyaan Allah SWT. Jika kamu menzahirkan           
apa-apa yang ada dalam hatimu atau kamu
menyembunyikannya, nescaya Allah SWT          
akan menghitung dan menyatakannya kepada
kamu. Kemudian dia mengampunkan sesiapa
yang dikehendakinya dan menyeksa sesiapa           
yang dikehendakinya (menurut undang-undang
peraturannya). Dan (ingatlah), Allah SWT
maha berkuasa terhadap segala sesuatu
 

Rasulullah SAW telah beriman kepada apa-         
apa yang diturunkan daripada tuhannya, dan
juga orang yang beriman ; semuanya beriman        
kepada Allah SWT, para malaikat, kitab0kitab
dan para rasulnya. (Mereka berkata), “kami
tidak membezakan antara seorang rasul         
dengan rasul yang lain”. Mereka berkata lagi,
“kami dengar dan kami taat. (Kami memohon)
keampunanmu wahai tuhan kami, dan
    
kepadamu jualah tempat kembali”.
Allah SWT tidak membebani seseorang
melainkan apa-apa yang terdaya olehnya. Dia           
mendapat pahala kebaikan yang diusahakan,
dan dia juga menanggung dosa kejahatan           
yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan
berkata), “Wahai tuhan kami, janganlah engkau
mengambil kira kesalahan kami yang berat        
sebagaimana engkau bebani orang yang
terdahulu. Wahai tuhan kami, janganlah
pikulkan kepada kami apa-apa yang kami tidak
          
terdaya memikulnya. Dan maafkanlah
kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa          
kami, dan berikanlah rahmat kepada kami.
Engkaulah penolong kami. Oleh itu, tolonglah
kami untuk mencapai kemenangan terhadap     
kaum yang kafir.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


9

2. Intisari ayat :

(Ayat 284 Surah Al Baqarah)


- Segala yang ada di langit dan di bumi milik Allah SWT
- Allah SWT mengetahui segala amalan zahir dan batin
- Amalan zahir ialah amalan yang dilakukan oleh anggota badan seperti solat
dan puasa
- Amalan batin pula ialah amalan hati seperti ikhlas

(Ayat 285 Surah Al Baqarah)


- Semua Rasul memiliki aqidah tauhid yang sama
- Rasulullah SAW dan orang yang beriman yakin dengan risalah tauhid yang
diturunkan oleh Allah SWT

(Ayat 286 Surah Al Baqarah)


- Allah SWT tidak membebankan hamba-Nya dengan amalan yang tidak
mampu dilakukan
- Setiap perbuatan manusia akan dihisab
- Kebaikan yang dilaksanakan akan diberi pahala
- Kejahatan pula akan dibalas dengan dosa.

KUNCI ILMU:

Allah memberi keringanan dalam syariat mengikut kadar kemampuan hamba-Nya. Contohnya
solat wajib dilaksanakan dalam keadaan berdiri, namun boleh dilakukan dalam keadaan
duduk, baring mengiring dan menelentang bagi orang yang sakit.

3. Kelebihan membaca ayat 285 dan 286 Surah Al Baqarah:


- Menghindarkan diri daripada segala keburukan
- Menghindarkan diri daripada godaan syaitan
- Menghindarkan diri daripada gangguan jin dan manusia.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


10

PELAJARAN 5 : BIDANG AL QURAN

TAJUK : INDAHNYA TAJWID


(Surah Al Muzammil :4)

1. Terjemahan ayat:

MAKSUD PETIKAN AYAT

Dan bacalah AL-Quran dengan tertil


      

2. Hukum membaca Al Quran dengan bertajwid :


- Fardhu ain dan wajib kepada setiap umat Islam.

3. Tujuan mempelajari ilmu Tajwid:


- Membetulkan bacaan Al Quran
- Mengelakkan daripada kesilapan pada makhraj huruf dan sifat huruf kerana ia
boleh mengubah maksud ayat tersebut.
- Dapat membaca Al Quran dengan fasih dan lancar.
- Menjaga kemuliaan Al Quran.

4. Maksud Makhraj Huruf:


Ialah tempat keluar huruf Hija’iah yang membezakan antara satu huruf dengan huruf
yang lain.

5. Makhraj Huruf terbahagi kepada lima bahagian:


- Al Khaishum : Pangkal hidung
- As Syafatain : Dua bibir
- Al Lisan : Lidah
- Al Jauf : Rongga
- Al Halq : Kerongkong

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


11

6. Penerangan tentang Makhraj Huruf :


Makhraj Huruf Penerangan

Al Khaishum Dari makhraj ini keluar bunyi dengung (ghunnah)

‫ّن‬ ‫ّم‬
(Pangkal
hidung)

As Syafatain Terdapat 4 huruf yang keluar dari makhraj ini:

‫و‬
(Dua bibir)
: Membulatkan dua bibir

‫ب‬ :Merapatkan dua bibir (kuat)

‫م‬ : Merapatkan dua bibir (ringan)

‫ف‬ : Menekan bibir bawah ke gigi kacip atas.

Al Lisan Terdapat 18 huruf yang keluar dari makhraj ini:


(Lidah)

‫ق‬ : Pangkal dalam

‫ك‬ : Pangkal

‫ج س ىض‬ : Tengah

‫لنرتطدصزسذصظث‬ : Hujung

Al Jauf Suara untuk memanjangkan bunyi huruf MAD

‫ا و ى‬
(Rongga)

Al Halq Terdapat 6 huruf yang keluar dari makhraj ini:


(Kerongkong)
‫ء غ ح خ ع ه‬
‫ غ خ‬: Menekan suara di permulaan halqum
‫ ح ع‬: Menekan suara hingga di tengah halqum
‫ه‬ ‫ ء‬: Menekan suara hingga pangkal halqum (peti suara)
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
12

GAMBAR MAKHRAJ HURUF

MAKHRAJ LISAN

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


13

7. ALIF LAM SHAMSIAH DAN ALIF LAM QAMARIAH

ALIF LAM SHAMSIAH ALIF LAM QAMARIAH

- Huruf Lam ditulis tapi tidak disebut - Huruf Lam ditulis dan disebut
- Huruf Lam tidak berbaris - Huruf Lam sentiasa berbaris sukun /
- Huruf yang terletak selepas huruf Lam mati
dibaca bersyaddah - Huruf yang terletak selepas huruf Lam
berbaris
Contoh :

‫النّجم الثّاقب‬ ‫الطّارق‬


Contoh:

‫القارعة ما القارعة‬

8. ISTI’AZAH DAN BASMALAH

ISTI’AZAH BASMALAH

MAKSUD: MAKSUD:
Ialah ungkapan ‫أعوذ بالله من الشيطان الرجيم‬ Ialah ungkapan ‫بسم الله الرحمن الرحيم‬
(A’uzubillah Minassyaitonirrajim) (Bismillahirrahmanirrahim)
Maksudnya “Aku memohon perlindungan Maksudnya “Dengan nama Allah yang
Allah swt daripada syaitan yang direjam” Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”

HUKUM: HUKUM:

SUNAT dibaca pada setiap kali membaca SUNAT dibaca pada setiap awal surah
al Quran kecuali Surah Al Taubah

KUNCI ILMU
9. MAKSUD FAWATIHU SUAR (‫) فواتح السور‬
Mengapa tidak diharuskan membaca
Huruf-huruf Hija’iah yang terletak di permulaan BASMALAH di awal surah Al Taubah?
sebahagian daripada surah-surah
Al Quran seperti :
Lafaz BASMALAH mencerminkan
keamanan dan kedamaian . Sedangkan

‫يس‬ ‫ن‬ ‫الم‬ surah At Taubah pula diturunkan ketika


berlaku peperangan dan juga dalam
keadaan kemurkaan Allah kepada orang
munafiq .

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


14

FAWATIHU SUAR juga dikenali sebagai Huruf Al Muqatta’ah ( ‫) حروف المقطعة‬


Maksudnya Potongan Huruf.
Fawatihu suar terdapat pada 29 surah yang menggunakan 14 huruf.

Tiga cara bacaan FAWATIHU SUAR:

CARA BACAAN HURUF SEBUTAN HARAKAH

Dibaca tanpa MAD atau


tidak dipanjangkan ‫ا‬ Alif Tiada harakah

Dibaca panjang 2
harakat
‫حيطهر‬ Ha Ya To Ho Ra Dua harakah

Dibaca panjang 6
harakat ‫نقص‬ Nun Qaf Sod Ain
Sin Lam Kaf Mim
Enam harakah

‫ع‬
‫سلكم‬

CONTOH BACAAN ‫الم‬


Alif : Tiada harakat

Laam : 6 harakat

(Dengung 2 Harakat di tengah-tengah sebutan huruf Lam dan Mim)

Miim : 6 harakat

10. WAJIBAL GHUNNAH ( ‫) ّم دان ّن‬


Ialah huruf MIM dan NUN yang bersabdu (bertasydid).

Cara bacaan : Wajib Ghunnah (dengung) dengan menekan suara pada huruf MIM
dan NUN di sertai dengan dengung sekadar dua harakat.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


15

PELAJARAN 6 : BIDANG AL QURAN HAFAZ

TAJUK : SEGALA PUJI BAGI ALLAH SWT


(Surah Al Fatihah : 1 - 7)

1. Baca dan hafaz dengan betul dan bertajwid


MAKSUD PETIKAN AYAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha     
Pengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah swt Tuhan yang     
memelihara dan mentadbirkan sekelian alam

Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani   

Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (Hari    
Akhirat)

Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami sembah dan     
hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus    

Iaitu jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada      
mereka ,bukan (jalan) orang yang Engkau murkai,
danbukan pula (jalan) orang yang sesat.     

2. Hukum bacaan Al Fatihah dalam solat : Wajib

3. Kepentingan ucapan BASMALAH:


Mengajar kita supaya melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah swt

4. Kepentingan ucapan ALHAMDULILLAH


Kata-kata pujian yang dikhususkan bagi Allah swt sebagai Tuhan yang mencipta dan
mentadbir alam.

KUNCI ILMU : Nama-nama lain bagi surah Al Fatihah:

Al Quranul Adzim Al Hamdu Al Wafiah As Syukru


Fatihatul Kitab Al Ruqyah Al Waqiah As Syifa
As Sab’ul Mathani Ummul Kitab Al Kanzu As Solah

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


16

5. Maksud petikan ayat daripada surah Al Fatihah:

MAKSUD PETIKAN AYAT

     


Pujian kepada Allah swt
    

  

Beriman kepada hari Akhirat    

Memohon pertolongan hanya     


kepada Allah swt

Jalan yang diredai Allah swt    

   

     

6. Pengajaran Ayat :-
- Kita hendaklah memulakan sesuatu pekerjaan dengan membaca ‘Basmalah’
untuk mendapat keberkatan.
- Kita hendaklah memuji Allah SWT dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ untuk
mensyukuri nikmat kurniaannya.
- Kita hendaklah meyakini ganjaran dan balasan Allah SWT pada hari kiamat
sebagai motivasi untuk beramal soleh dan menghindari kejahatan.
- Kita dituntut agar berdoa hanya kepada Allah SWT bagi menghindari
perbuatan syirik
- Setiap muslim hendaklah memohon hidayah Allah SWT agar istiqamah
beramal dengan ajaran Islam

SOALAN KBAT:

Surah Al Fatihah satu-satunya surah yang wajib dibaca oleh setiap muslim
dalam solat.
Huraikan pandangan anda tentang hikmah di sebalik pensyariatan ini kepada
kehidupan umat Islam.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


17

PELAJARAN 7 : BIDANG AL QURAN

TAJUK : IBLIS DAN SYAITAN YANG DURJANA


(Surah Al Baqarah :34 - 37)

1. Terjemahan ayat:
MAKSUD PETIKAN AYAT

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada       
Malaikat “tunduklah (berilah hormat) kepada Nabi
Adam AS”, lalu mereka sekelian tunduk memberi       
hormat melainkan iblis, dia enggan dan takbur, dan
dia tergolong dalam kalangan orang kafir.

Dan Kami berfirman“ Wahai Adam as ! Tinggallah       
engkau dan isterimu dalam syurga ,dan makanlah
daripada makanan syurga apa-apa sahaja yang       
kamu berdua sukai sepuas-puasnya dan janganlah
kamu menghampiri pokok ini, (jika kamu
menghampiri pokok ini) maka kamu akan tergolong     
dalam kalangan orang yang zalim.”.

Setelah itu lalu syaitan menggelincirkan mereka        
berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka
dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di         
dalamnya, dan Kami berfirman“ Turunlah kamu !
Dan sebahagian kamu menjadi musuh sebahagian
yang lain, dan bagi kamu semua disediakan tempat      
kediaman di bumi, serta manfaat kesenangan
hingga suatu masa (mati)”

Kemudian Nabi Adam AS menerima daripada         
tuhanmu beberapa kalimat (kata-kata pengakuan
taubat yang diamalkan), lalu Allah SWT menerima    
taubatnya. Sesungguhnya Allah SWT Dialah Yang
Maha Pengampun (penerima taubat) lagi Maha
Mengasihani.

1. Kenapa Nabi Adam as dan isterinya Hawa diturunkan ke bumi?


Kerana mereka diperdaya oleh Iblis supaya memakan buah larangan dalam syurga.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


18

2. Cara Syaitan Menyesatkan Manusia :


- Menimbulkan rasa was was dalam diri manusia
- Menghasut manusia supaya meninggalkan suruhan Allah SWT
- Menghasut manusia supaya melakukan larangan Allah SWT
- Menimbulkan perasaan riak apabila beramal
- Menggalakkan amalan sesat

3. Cara menghindari godaan syaitan meliputi aspek Aqidah, Ibadat dan Akhlak
yang boleh digambarkan melalui sebatang pokok yang berbuah :

POKOK PERBANDINGAN KETERANGAN

Akar Aqidah Memperkuatkan Aqidah kepada Allah swt


dengan menghayati Rukun-rukun Iman

Batang Ibadat Wajib Menunaikan ibadat wajib seperti Solat, Puasa,


Zakat dan Haji

Dahan Ibadat Sunat Memperbanyak ibadat sunat seperti Solat


sunat, puasa sunat, membaca Al-Quran,
sedekah dan zikir.

Buah Akhlak Menghias diri dengan akhlak mahmudah

Memulakan sesuatu perbuatan dengan


isti’azah, basmalah dan doa

4. Pengajaran ayat :
- Kita perlu mencontohi malaikat yang memberikan sepenuh ketaatan kepada Allah
SWT tanpa bantahan.
- Kita hendaklah menjauhi sifat sombong dan takbur kerana ianya merugikan diri
- Kita mesti segera bertaubat kepada Allah SWT apabila melakukan dosa kerana
pintu taubat sentiasa terbuka.

SOALAN KBAT:

Syaitan musuh manusia yang paling nyata tetapi manusia masih mengikut jejak
langkah syaitan. Bincangkan sebab berlakunya hal ini.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


19

PELAJARAN 8 : BIDANG AL QURAN

TAJUK : SABAR MENGHADAPI DUGAAN KEHIDUPAN


(Surah Al Baqarah : 155 - 156)

MAKSUD PETIKAN AYAT

Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit      
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,
kehilangan jiwa dan kekurangan hasil      
buah2an, serta berikanlah berita gembira
kepada orang yang sabar.
 

Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah


mereka mengucapkan         
“Inna lillahiwainnailaihiraajiuun”
(sesungguhnya kami kepunyaan Allah swt dan  
kepada Allah jua kami kembali)

2. Ujian Allah SWT Kepada Manusia :


- Perasaan takut KUNCI ILMU :
- Kelaparan dan kebuluran Ucapan bila ditimpa musibah
- Kehilangan harta benda  
- Kekurangan hasil tanaman
- Kematian orang yang disayangi Dikenali sebagai Istirja’. Ungkapan ini
diucapkan ketiaka seseorang ditimpa musibah
3. Cara Menghadapi Musibah : seperti kesusahan, kesakitan dan kematian.
- Yakin dengan sepenuh hati bahawa musibah yang dihadapi ialah ketentuan
dan takdir Allah SWT
- Berbaik sangka dengan Allah SWT bahawa setiap ujian pasti ada hikmah
disebaliknya
- Sentiasa tabah dan sabar serta mengharapkan pahala daripada Allah SWT
- Muhasabah diri dan berusaha meningkatkan ibadah seperti solat sunat,
membaca Al-Quran dan berzikir
- Banyakkan berdoa sebagaimana yang di ajar oleh Rasulullah SAW kepada
Ummu Salamah:

‫انا لله وانا اليه راجعون اللهم أجرنى فى مصي بتى وأخلف لى خي را من ها‬

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


20

4. Hikmah Disebalik Musibah dan Ujian yang Menimpa Manusia :


- Menguji tahap keimanan manusia
- Membezakan antara mukmin dengan kafir
- Mendapat kesejahteraan dan rahmat Allah SWT
- Mendapat petunjuk daripada Allah SWT
- Meningkatkan kekuatan dan mengangkat darjat manusia
- Mengapuskan dosa dan mendapat pahala

KUNCI ILMU :

Contohi kisah Ummu Salmah RA sewaktu berhadapan dengan perisitiwa kematian


suaminya, Abu Salamah RA. Atas nasihat Rasulullah saw beliau telah membaca doa :

‫انا لله وانا اليه راجعون اللهم أجرنى فى مصي بتى وأخلف لى خي را من ها‬
Berkat doanya itu Ummu Salamah RA telah dipinang oleh Rasulullah SAW selepas tempoh
iddahnya berakhir. Ummu Salamah RA pun bersetuju menerima pinangan Rasulullah SAW
itu.

Pengajaran Ayat :

- Umat Islam hendaklah yakin bahawa setiap ujian yang berlaku pasti ada
hikmah disebaliknya
- Orang yang beriman perlulah menghadapi musibah dengan sabar dan tabah
serta bertawakal kepada Allah SWT
- Kita seharusnya tidak mudah berputus asa apabila menerima sesuatu ujian
- Orang yang beriman mesti melazimi amalan berdoa ketika ditimpa musibah.
- Kita perlu meyakini balasan syurga dan pahala yang dijanjikan oleh Allah
SWT kepada hambanya yang sabar

KUNCI ILMU : Cara bersyukur kepada Allah SWT :-

- Dengan hati : Sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT dan yakin bahawa
segala nikmat adalah daripadanya
- Dengan lisan : Sentiasa memuji Allah SWT dengan berzikir, bertakbir, bertahmid
dan bertasbih.
- Dengan perbuatan : Sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah SWT serta
meninggalkan larangannya, berakhlak mulia serta suka melakukan kebaikan dalam
kehidupan

SOALAN KBAT: Huraikan pendapat anda tentang cara untuk memupuk


sifat sabar ketika menuntut ilmu.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


21

PELAJARAN 9 : BIDANG AL QURAN

TAJUK : MAKANAN HALAL LAGI BAIK


(Surah Al Baqarah :168)

1. Terjemahan ayat:
MAKSUD PETIKAN AYAT
Wahai manusia, makanlah daripada
apa-apa yang terdapat di bumi yang          
halal lagi baik, dan janganlah kamu
mengikuti jejak langkah syaitan        
.Sesungguhnya syaitan itu musuh
kamu yang nyata.

2. Ciri-ciri makanan yang baik :


- Bersih
- Berkhasiat
- Seimbang
- Mengikut keperluan

3. Maksud makanan halal dan makanan haram :


- Makanan halal : Makanan yang dibenarkan oleh syarak
- Makanan haram : Makanan yang dilarang oleh syarak

4. Akibat Pengambilan Makanan Yang Haram :-


- Tidak mendapat kemanisan beribadah
- Terdorong melakukan kejahatan
- Hati menjadi keras
- Kasar peribadi
- Kecerdasan minda terganggu
- Sentiasa berada dalam keluh kesah
- Mendapat kemurkaan dan azab Allah SWT
- Dibenci oleh masyarakat
- Mendapat penyakit
- Susah memahami ilmu yang dipelajari
- Doa tidak mustajab

KUNCI ILMU:
Keharusan sesuatu makanan bergantung kepada aspek berikut:
- Ramuan makanan daripada sumber halal
- Cara memproses dan meyediakan makanan
- Cara mendapatkan makanan

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


22

5. Perbezaan Ciri Makanan Halal Dengan Makanan Haram :

Makanan Halal Aspek Makanan Haram

Bahan yang halal dimakan Bahan


Bahan yang haram dimakan
Disembelih mengikut hukum Proses
Tidak disembelih mengikut
syarak hukum syarak
Bebas daripada najis dan Kandungan Bercampur dengan najis dan
kotoran kotoran
Disimpan di tempat yang suci Kebersihan Disimpan di tempat yang
bernajis
Bebas daripada racun dan Kesihatan Mengandungi racun dan
perkara yang menjejaskan sesuatu yang memudaratkan
kesihatan kesihatan
Diperoleh dengan cara yang sah Sumber Diperoleh dengan cara yang
haram

Kunci Ilmu :
Sesuatu makanan yang halal hendaklah diperoleh melalui cara yang diharuskan oleh syarak,
iaitu melalui jual beli yang sah atau menerimanya secara percuma tetapi bukan secara rasuah
atau perjudian. Kita hendaklah berhati-hati memilih makanan yang halal kerana terdapat
makanan yang berada di pasaran menggunakan logo “Halal” palsu yang tidak mendapat
pengesahan pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

6. Pengajaran Ayat :
- Kita wajib mengambil makanan yang halal kerana makanan halal
memberikan kesan yang baik terhadap kesihatan jasmani, kecerdasan minda
dan kejernihan hati.
- Umat Islam perlu menjadi usahawan dalam bidang industri makanan supaya
dapat menjamin kehalalan dan kualiti makanan
- Umat Islam hendaklah prihatin terhadap aspek pengeluaran makanan yang
menepati hukum syarak dan mematuhi piawaian kesihatan

SOALAN KBAT:

1. Anda sekeluarga akan melancong ke negara yang sukar untuk mendapatkan


makanan halal. Apakah persediaan anda bagi memenuhi keperluan makanan
sewaktu menetap di sana?

2. Ramalkan masalah yang akan timbul sekiranya umat Islam tidak menceburkan diri
dalam industri pengeluaran makanan halal.

3. Bagaimanakah langkah yang anda akan lakukan untuk mengelakkan masalah


obesiti di negara kita .

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


23

PELAJARAN 10 : BIDANG HADIS

TAJUK : HADIS SUMBER HUKUM

1. Empat sumber hukum dalam Islam:


- Al Quran - Ijmak
- Al Hadis - Qias

2. Kepentingan Hadis sebagai sumber hukum kedua:


Hadis ialah sumber rujukan kedua selepas Al-Quran. Al-Quran dan hadis saling
diperlukan oleh umat Islam. Sesiapa yang mengabaikan Al-Quran dan hadis atau
satu daripadanya akan sesat. Hadis dijadikan panduan oleh para ulama’ untuk
memahami dengan lebih jelas maksud is kandungan Al-Quran.

3. Kitab hadis yang menjadi rujukan utama, antaranya termasuklah :


- Sahih Al-Bukhari Sunan An Nasa’ie
- Sahih Muslim Musnad Ahmad
- Sunan Abi Dawud Sunan Ad-Darimi
- Jami’ At-Tarmizi Muwatta’ Malik
- Sunan Ibni Majah
KUNCI ILMU : Hadis turut dikenali
sebagai As-Sunnah atau Al-Khabaru
4. Maksud Hadis ialah :
Bahasa : Kata-kata atau baharu
Istilah : Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada berbentuk
percakapan, perbuatan , pengakuan atau persetujuan dan sifat.

5. Komponen penting dalam hadis ialah Sanad dan Matan.


Maksud Sanad :
Bahasa : Sandaran
Istilah : Rangkaian perawi yang menyampaikan sesuatu matan hadis

Maksud Matan :
Bahasa : Sesuatu yang jelas dan zahir
Istilah : Teks hadis yang terdapat selepas berakhirnya sanad

KUNCI ILMU :
Istilah “Muttafaqun ‘Alaih” merujuk hadis yang disepakati oleh dua ulama’ hadis yang
terkemuka, yaitu Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


24

6. Peranan Hadis Sebagai Sumber Hukum :

Peranan Hadis Maksud Firman Allah swt Maksud Hadis Rasul saw

Menguatkan hukum Firman Allah swt dalam Abu Hurairah ra berkata bahawa
yang terdapat dalam Surah Al Baqarah:185 Rasulullah saw bersabda:
Al_Quran seperti yang bermaksud: “ Berpuasalah kamu kerana
kewajipan berpuasa. melihat anak bulan Ramadan
“ Sesiapa di antara kamu dan berbukalah (berhari raya)
menyaksikan anak bulan kamu kerana melihat anak bulan
Ramadan, maka Syawal”
hendaklah dia berpuasa” (Hadis Muttafaqun Alaih)

Memperincikan isi Firman Allah swt dalam Malik ra berkata bahawa


kandungan Al-Quran Surah Al Baqarah : 43 Rasulullah saw bersabda :
seperti cara yang bermaksud:
melaksanakan solat “ Dan dirikanlah kamu “Solatlah kamu sebagaimana
akan solat…” kamu melihat aku solat.”

Menjelaskan hukum Al Quran tidak menyebut Al Barra’ bin ‘Azib ra berkata


yang tiada dalam Al- tentang pengharaman bahawa Rasulullah saw
Quran seperti emas dan sutera untuk memerintahkan kami tujuh
pengharaman emas Anas bin Malik ra Anas bin perkara dan melarang kami
dan sutera kepada Malik ra Anas bin Malik ra daripada tujuh perkara. Baginda
lelaki Anas bin Malik ra Anas bin melarang kami daripada
Malik ra Anas bin Malik ra memakai cincin emas dan
sutera.

7. Pengelasan Hadis. Aspek Hadis yang Penting ialah :

Percakapan Sesuatu yang diucapkan oleh Nabi SAW seperti :


“ Malu itu satu cabang daripada Iman”

Perbuatan Sesuatu yang dilakukan oleh Nabi SAW seperti Anas bin Malik ra
berkata bahawa Rasulullah saw berinstinja dengan air”

Pengakuan Diam Nabi SAW terhadap sesuatu perbuatan atau percakapan sahabat
atau tanpa melarangnya. Sebagaimana Aisyah berkata : “Aku bermain anak
persetujuan patung bersama rakan2ku. Apabila Rasulullah saw masuk ke rumah,
rakanku bersembunyi. Rasulullah saw mengeluarkan mereka sehingga
mereka dapat bermain denganku semula”

Sifat Perkhabaran tentang sifat kejadian dan sifat keperibadian Rasulullah.


Sebagaimana Abu Said Al Khudri ra berkata bahawa Rasulullah saw
lebih pemalu daripada anak gadis sunti di biliknya”

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


25

8. Perbezaan antara Al-Quran, Hadis Qudsi dengan Hadis Nabawi :

Perkara Al-Quran Hadis Qudsi Hadis Nabawi

Maksud Makna dan lafaz Makna daripada Allah Makna dan lafaz
daripada Allah SWT SWT dan lafaz daripada daripada Rasulullah
Rasulullah SAW SAW

Ganjaran Mendapat pahala bagi Mendapat pahala kerana mempelajari dan


pahala setiap huruf yang beramal dengannya
dibaca

Martabat Sahih tanpa keraguan Terbahagi kepada sahih, hasan, dhaif atau
maudhuk

Keperluan Wajib berwudhuk Tidak wajib berwudhuk apabila memegang dan


berwuduk apabila memegang membawanya
dan membawanya
Firman Allah swt Abu Hurairah berkata Abu Hurairah ra
dalam surah Al Maidah bahawa Rasulullah saw berkata bahawa
ayat 5 : bersabda, Allah swt Rasylullah saw
berfirman : bersabda :
 
‫كل عمل ابن ادم له اّل‬ ‫ان ال ّدين يسر‬
Contoh ......  
‫الصيام فانه لى‬
ّ Maksudnya:
Maksudnya : Maksudnya: “Sesungguhnya
“Orang lelaki atau “Setiap amalan Bani agama itu mudah”
perempuan yang Adam itu baginya
mencuri potonglah kecuali puasa kerana
tangan mereka” puasa itu untukKu”

SOALAN KBAT:

Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat yang menolak Hadis

Pada pandangan anda, apakah kesan sekiranya hal ini tidak dibendung?

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


26

PELAJARAN 11 : BIDANG HADIS

TAJUK : IKHLAS DALAM KEHIDUPAN

1. Hadis :

ٍ ‫عن أمير المؤمنين أبي حف‬


‫ سمعت رسول الله صلى الله عليه‬:‫ص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال‬
‫ فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله‬.‫ إنما األعمال بالنّيات وإنما لك ّل امر ٍئ ما ن وى‬:‫وسلم ي قول‬
‫ ومن كانت هجرته لدن يا يصي ب ها أو امرأةٍ ي نكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه‬،‫فهجرته إلى الله ورسوله‬.

2. Terjemahan Hadis:

MAKSUD PETIKAN HADIS


Sesungguhnya setiap amalan berasaskan niat ‫ال بِالنِيَّات‬ ْ ‫إِن ََّما اْأل‬
ُ ‫َع َم‬
dan sesungguhnya bagi seseorang itu ‫َوإِن ََّما لِ ُك ِل ْام ِر ٍئ َما نَ َوى‬
berdasarkan apa-apa yang diniatkannya.
Setiap yang berhijrah kerana Allah SWT dan ‫الله َوَر ُس ْولِِه‬
ِ ‫فَمن َكانَت ِهجرتُه إِلَى‬
ُ َْ ْ ْ َ
Rasulnya
maka hijrahnya itu kepada Allah SWT dan ‫الله َوَر ُس ْولِِه‬
ِ ‫فَ ِهجرتُه إِلَى‬
ُ َْ
Rasulnya (diterima dan diberi ganjaran)
dan sesiapa yang berhijrah kerana tujuan ِ ‫ومن َكانَت ِهجرتُه لِ ُدنْيا ي‬
‫صْي بُ َها َ َْو‬
keduniaan yang ingin diperolehinya, ia akan ُ َ ُ َْ ْ ْ ََ
mendapatnya atau sesiapa yang berhijrah kerana ‫ْامَرََةٍ يَْن ِك ُح َها‬
wanita yang ingin dinikahinya
maka hijrahnya akan mendapat apa yang ‫اجَر إِلَْي ِه‬ ِ
َ ‫فَ ِه ْجَرتُهُ إلَى َما َه‬.
diniatkannya

3. Maksud ikhlas :
Bahasa :
- Ikhlas berasal daripada perkataan “‫ ” اخلص‬yang bermaksud bersih dan suci
daripada kotoran yang mencemarkan.
Istilah :
- Ikhlas ialah semua amalan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata
mengharapkan keredhaan Allah SWT tanpa menyekutukannya dengan yang
lain.
KUNCI ILMU :
Kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai “Muhajiru Ummi Qais” yang ingin meminang
seorang wanita (Ummu Qais). Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali lelaki itu
berhijrah ke Madinah. Akhirnya lelaki itu berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


27

4. Ciri-ciri orang yang ikhlas :


- Istiqamah melakukan kebaikan GALERI KATA
Maksud Riak :
- Tidak mengharapkan pujian manusia
Melakukan amalan untuk
- Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah SWT dilihat dan dipuji oleh orang
- Tidak mengingati kebaikan yang dilakukannya lain
- Mengharapkan ganjaran pahala di akhirat
- Tidak menghiraukan kejian manusia Maksud Sum’ah :
Memberitahu manusia amalan
- Sentiasa bersabar dalam kesulitan
yang dilakukannya untuk
mendapat sesuatu ganjaran.
3. Kepentingan Ikhlas :
- Mendapat perlindungan Allah SWT Maksud Ujub:
- Terhindar daripada hasutan syaitan Bangga dengan amalan dan
kelebihan yang ada pada diri
- Diangkat darjat dan martabat oleh Allah SWT
sendiri.
- Amal ibadah diterima Allah SWT
- Doanya akan dimakbulkan oleh Allah SWT
- Hidup menjadi tenang dan tenteram

KUNCI ILMU : “Fudhail bin ‘Iyadh” pernah berkata, “Beramal kerana manusia adalah syirik,
meninggalkan amal kerana manusia adalah riak manakala ikhlas pula akan menyelamatkan kamu
daripada kedua-duanya”.

4. Pengajaran hadis
- Umat Islam hendaklah berniat kerana Allah SWT dalam setiap amalan agar
mendapat keredhaan Allah SWT
- Umat Islam hendaklah meyakini bahawa Allah SWT akan memberikan
ganjaran kepada hambanya yang ikhlas
- Kita hendaklah melakukan ibadat dengan niat yang ikhlas agar ibadat kita
diterima Allah SWT
- Kita hendaklah menjauhi sifat riak dan ingin menunjuk-nunjuk agar amalan
tidak sia-sia

SOALAN KBAT:

Ikhlas ibarat seekor semut hitam di atas batu yang hitam pada waktu malam yang gelap

Bincangkan pendapat anda berkaitan dengan pernyataan tersebut:

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


28

PELAJARAN 12 : BIDANG HADIS

TAJUK : JIHAD DALAM ISLAM

1. Hadis :

: ‫عن عبد الله ابن مسعود رضى الله عنه قال‬


‫ بر‬: ‫ي ؟ قال‬
ٌّ ‫ ثم أ‬: ‫ قال‬. ‫ الصالة على وقتها‬: ‫ أي العمل أحب إلى الله ؟ قال‬: ‫ سألت النبي‬: ‫قال‬
. ‫ الجهاد في سبيل الله‬: ‫ي ؟ قال‬
ٌّ ‫ ثم أ‬: ‫ قال‬. ‫الوالدين‬
) ‫( مت فق عليه‬

2. Terjemahan Hadis:

MAKSUD PETIKAN HADIS


“Saya bertanya kepada Rasulullah SAW amalan ‫أي العمل أحب إلى الله ؟‬
manakah yang paling disukai oleh Allah SWT?”
“Solat pada waktunya.” ‫ الصالة على وقتها‬: ‫قال‬
“Apakah pula selepas itu?” ‫ي؟‬
ٌّ ‫ ثم أ‬: ‫قال‬
“Berbakti kepada ibubapa”. ‫ بر الوالدين‬: ‫قال‬
“Apakah pula selepas itu?” ‫ي؟‬
ٌّ ‫ ثم أ‬: ‫قال‬
“Berjihad di jalan Allah SWT”. . ‫ الجهاد في سبيل الله‬: ‫قال‬

3. Maksud Jihad :
- Bahasa : Mengorbankan diri di jalan Allah SWT.
- Istilah :
Menggunakan seluruh kemampuan yang dimiliki untuk menegakkan agama
Islam dan mempertahankannya.

4. Kelebihan berjihad di jalan Allah SWT :


- Diampunkan dosa
- Mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT
- Mendapat ganjaran pahala berlipat ganda
- Dianugerahkan mati syahid
- Mendapat nikmat dalam barzakh
- Dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama para nabi.
- Mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah SWT

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


29

5. Jenis-jenis jihad :
- Jihad menentang musuh
- Jihad dalam bidang amar makruf nahi mungkar
- Jihad dalam bidang ilmu
- Jihad dalam bidang ekonomi
- Jihad dalam bidang teknologi

KUNCI ILMU :
Terjemahannya : Abu Sa’id RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Peniaga yang benar
dan amanah bersama-sama dengan para nabi, orang yang benar dan para syuhada”.

6. Pengajaran Hadis :
- Kita hendaklah melakukan amalan yang disukai oleh Allah SWT untuk
menjadi umat yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
- Umat Islam wajib menunaikan solat pada waktunya supaya menjadi umat
yang beradab, berdisiplin dan sentiasa menghargai masa.
- Setiap muslim wajib berbakti kepada ibubapa untuk mendapat keredhaan
Allah SWT dan kebahagiaan hidup
- Kita hendaklah mempertahankan Negara daripada musuh dan anasir
subversive agar negara aman damai
- Umat Islam dituntut agar beramal mengikut keutamaan supaya dapat
memberikan kesan yang maksimum.

SOALAN KBAT:

Sekiranya anda menjadi jutawan, bagaimanakah bentuk jihad yang dapat anda
lakukan?

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


30

PELAJARAN 13 : BIDANG AQIDAH

TAJUK : ISLAM AGAMA FITRAH

1. Maksud Islam Agama Fitrah :


- Ialah agama yang sesuai dengan naluri fitrah beragama manusia yang ingin
menyembah dan berdoa kepada Allah SWT Tuhan yang Esa dan yang Maha
Berkuasa serta menjadi pelindung kepada manusia.

2. Keperluan Beragama :
- Bila berada dalam kesusahan dan penderitaan, mereka pasti akan segera
mencari Tuhan untuk memohon perlindungan dan bantuan.
- Dapat membezakan antara perkara yang baik dan yang buruk.
- Kehidupan terpandu dan lebih berperaturan.

3. Orang yang menafikan bahawa mereka tidak memerlukan agama adalah :


- Orang yang menafikan fitrah diri sendiri.

4. Dalil NAQLI Islam agama fitrah:

                   

      

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah
yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada peubahan pada fitrah Allah.
(Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

5. Bukti Islam Agama yang benar dan diredai Allah swt ialah melalui firman
Allah swt dalam Surah Al Maidah : 3.

              

         


Pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan
Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa[398] Karena kelaparan tanpa
sengaja berbuat dosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


31

6. Bukti Islam agama yang benar dan sesuai dengan fitrah:


- Allah swt melarang berzina untuk menjaga nasab keturunan tetapi membenarkan
perkahwinan.
- Allah swt melarang riba untuk menghindarkan penindasan tetapi membenarkan
pinjaman, gadaian dan jual beli.
- Allah swt melarang minum arak untuk menjaga akal tetapi membenarkan minum
pelbagai minuman lain yang halal lagi berkhasiat seperti jus.
- Allah melarang judi, rasuah dan mencuri tetapi mewajibkan zakat serta
menggalakkan amalan sedekah , hadiah, wakaf dan infaq untuk membantu orang
yang memerlukan.

7. Akibat tidak berpegang dengan agama Allah swt:


- Segala amalan tidak akan diterima di akhirat kelak.
- Termasuk dalam golongan yang rugi.

8. Ciri Islam sebagai agama fitrah :


- Rabbaniyyah (Ketuhanan) :
Agama yang bersumberkan wahyu Allah SWT, iaitu daripada Al-Quran dan hadis
- Syumuliyyah (Lengkap) :
Agama yang lengkap dan memenuhi semua keperluan hidup manusia.
- Waqi’iyyah (Realistik) :
Agama yang sesuai diamalkan di semua tempat dan sepanjang zaman.
- Alamiyyah (Sejagat) :
Agama yang sesuai diamalkan oleh semua bangsa dan budaya.
- Ukhrawiyyah (Akhirat) :
Islam bukan sahaja mementingkan kesejahteraan jasmani, malah menjamin
kesejahteraan rohani untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

SOALAN KBAT:

1. Pada pendapat anda mengapakah hanya Islam agama yang benar dan
sesuai dengan fitrah manusia?

2. Huraikan dalil aqli yang membuktikan Islam adalah agama fitrah.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


32

PELAJARAN 14 : BIDANG AQIDAH

TAJUK : AQIDAH ISLAM

1. Maksud Aqidah:

BAHASA : Ikatan atau simpulan


ISTILAH : Keyakinan dan keimanan yang mantap terhadap rukun iman dan
perkara-perkara ghaib.

2. Sumber dan Tunjang Aqidah Islam :

SUMBER / ASAS AQIDAH TUNJANG AQIDAH

Al Quran dan Al Hadis Pengucapan Syahadah

3. Ciri Akidah Yang Benar Dan Salah :

AQIDAH YANG BENAR AQIDAH YANG SALAH

Kepercayaan Percaya terhadap kewujudan, Menafikan keesaan dan


keesaan dan kekuasaan Allah kekuasaan Allah SWT
SWT

Sumber Mengamalkan kepercayaan Mengamalkan kepercayaan


berlandaskan Al-Quran dan yang bertentangan dengan
As-Sunnah Al-Quran dan As-Sunnah

Batasan Mentauhidkan Allah SWT Mensyirikkan Allah SWT

Amalan Melakukan amalan, Melakukan amalan,


upacara dan adat istiadat yang upacara dan adat istiadat
selari dengan akidah Islam yang bertentangan dengan
akidah Islam

KUNCI ILMU : Terdapat banyak ajaran salah di negara yang telah diwartakan
sebagai ajaran sesat. Antaranya termasuklah ajaran Taslim, Qadyani, golongan
Anti-Hadis, ajaran Millah Ibrahim dan Syiah.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


33

4. Kepentingan Akidah dalam Kehidupan Muslim :


- Membentuk jati diri sebagai muslim sejati.
- Menjadi sebab dan tujuan manusia diciptakan.
- Benteng daripada perkara khurafat dan syirik.
- Syarat amalan diterima Allah SWT.
- Penentu kebahagiaan di dunia dan akhirat.
- Tunjang kekuatan umat dan negara Islam.

5. Islam Agama yang Benar :


- Islam Agama Fitrah. Kebenaran Islam terbukti menerusi sifatnya yang
bersesuaian dengan fitrah manusia.
- Sumber yang Sahih. Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT sebagai panduan
hidup. Kebenaran Islam terbukti dengan kebenaran Al-Quran yang tetap
terpelihara daripada penyelewengan sehingga hari kiamat.
- Martabat Islam yang tinggi. Islam agama yang tinggi kerana Islam datang
daripada zat yang maha tinggi. Kepentingan Islam terbukti apabila agama ini
mampu mengatasi ilmu dan kajian manusia. Islam juga merupakan
penyelesai semua permasalahan umat dan penunjuk jalan yang terang
kepada manusia yang berada dalam kegelapan.

SOALAN KBAT:

“Aqidah yang mantap akan membentuk sahsiah dan jati diri yang unggul”

Buktikan kebenaran pernyataan di atas.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


34

PELAJARAN 15 : BIDANG AQIDAH

TAJUK : BERIMAN KEPADA ALLAH SWT

1. Maksud Iman :
Bahasa : Membenarkan
Istilah : Membenarkan dengan hati, mengaku dengan lisan dan beramal
dengan anggota badan.

2. Rukun Iman :
- Beriman kepada Allah
- Beriman kepada malaikat
- Beriman kepada kitab
- Beriman kepada Rasul
- Beriman kepada hari kiamat
- Beriman kepada qada’ dan qadar

3. Maksud beriman kepada Allah SWT :


- Ialah membenarkan dengan hati bahawa Allah SWT Maha Pencipta, Pemilik
dan pentadbir alam ini dan hanya Allah SWT yang berhak disembah. Keyakinan
ini dikuatkan dengan pengakuan lisan dan disempurnakan dengan kepatuhan
kepada suruhan dan larangan Allah SWT.

4. Ciri dan Kesan Beriman kepada Allah SWT :


- Mengesakan Allah SWT dalam semua jenis ibadah
- Takut kepada Allah SWT
- Mengesakan Allah SWT dengan berdoa, bertawakal dan berharap
- Kecintaan yang mutlak kepada Allah SWT

KUNCI ILMU :

Terjemahannya : Anas RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang


terdapat padanya tiga perkara akan merasai kemanisan iman. (Pertama) Dia mencintai Allah SWT
dan Rasulullah SAW mengatasi segala-galanya, (Kedua) dia tidak menyayangi seseorang
melainkan kerana Allah SWT, (Ketiga) dia membenci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia
tidak suka dicampakkan ke dalam neraka”. (Al-Bukhari)

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


35

5. Ciri-ciri Orang yang beriman kepada Allah swt dan kesannya:

Ciri Orang Beriman Kesan Beriman

Mengesakan Allah SWT  Mengabdikan diri hanya kepada Allah


dalam ibadah SWT
 Ikhlas dalam melakukan ibadah kepada
Allah SWT

Takut kepada Allah SWT  Menjauhi perkara mungkar


 Bertaubat kepada Allah SWT atas dosa
yang dilakukan

Mengesakan Allah SWT  Yakin kepada kekuasaan Allah SWT


dalam berdoa  Berikhtiar dan bertawakal kepada Allah
SWT

Cinta yang mutlak  Taat dan patuh segala perintah Allah


kepada Allah SWT SWT
 Berkorban demi ketinggian agama Allah
SWT

SOALAN KBAT:

1. Seorang mukmin berasa tenang bila menghadapi musibah.


Berikan hujjah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
2. Keimanan kepada Allah swt memberikan kesan kepada kehidupan seorang
Muslim. Huraikan dengan mengemukakan contoh yang sesuai.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


36

PELAJARAN 16 : BIDANG AKIDAH

TAJUK : AL-KHALIQ DAN AL-MUSAWWIR

1. Maksud Al-Khaliq :
- Allah SWT Maha Mencipta makhluk daripada tiada kepada ada mengikut
kehendakNya seperti yang telah ditakdirkanNya dengan sempurna

2. Dalil Aqli Allah sebagai Al Khaliq :


- Proses kejadian manusia yang disebut dalam Al Quran dan diakui benar oleh
kajian Sains moden.
- Manusia tidak mampu mencipta sesuatu yang dapat menandingi ciptaan Allah
swt walaupun menggunakan teknologi moden seperti mencipta seekor lalat.

3. Dalil Naqli Allah sebagai Al Khaliq (Surah Al Faathir :3) :

                

       

Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah Pencipta selain Allah yang dapat memberikan
rezki kepada kamu dari langit dan bumi ? tidak ada Tuhan selain Dia; Maka mengapakah kamu berpaling (dari
ketauhidan)?

4. Maksud Al-Musawwir :
- Allah SWT Maha Mencipta makhluk dengan pelbagai rupa dan identiti yang
tersendiri tanpa berpandukan sebarang contoh sebelumnya

5. Dalil Aqli Allah sebagai Al Musawwir:


- Kepelbagaian rupa manusia seperti wajah, warna kulit, jantina dan bangsa
yang menjadikan setiap individu berbeza.
- Keistimewaan kejadian manusia melalui mata , cap jari , jenis darah dan DNA
pula membentuk identiti dalaman individu yang unik dan tak dapat dtiru.

6. Dalil Naqli Allah sebagai Al Musawwir (Surah Al Imran : 6) :

              

Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. tak ada Tuhan (yang berhak
6 disembah) melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


37

7. Peranan manusia untuk mengolah dan meneroka ciptaan Allah swt:

- Mereka cipta sesuatu perkara yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan


seperti mereka teknologi nano untuk diaplikasikan dalam pelbagai bidang
seperti perubatan, otomotif, kosmetik, komputer , tekstil dan lain-lain untuk
memberi manfaat kepada manusia dalam kehidupan sehari-hari.

- Menyelidik dan meneroka ciptaan Allah supaya dapat dimanfaatkan untuk


kemajuan agama , bangsa dan negara contohnya menggabungkan dua
bahan seperti besi dan plastik untuk menghasilkan kenderaan seperti kereta
dan kapal terbang.

- Mereka cipta sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti
karbohidrat, zink, selenium dan zat besi yang dapat dimanfaatkan untuk
kecerdasan minda dan emosi serta kecergasan tubuh badan yang dapat
memberi kemudahan kepada manusia untuk beribadah.

SOALAN KBAT :

1. Rakan anda menyatakan keraguannya tentang Allah swt sebagai pencipta


alam ini.
Berikan hujjah anda untuk meyakinkan rakan anda bahawa Allah adalah
pencipta alam ini.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


38

PELAJARAN 17 : BIDANG FEQAH

TAJUK : KONSEP IBADAH DAN JENIS HUKUM

1. Maksud Ibadah :
Bahasa : Tunduk dan patuh kepada Allah SWT
Istilah : Semua perkataan dan perbuatan zahir atau batin yang disukai
dan diredhai Allah SWT

2. Jenis Ibadah :
- Ibadah Khusus :
Ibadah yang telah ditetapkan oleh syariat Islam dari segi cara, rukun dan
syaratnya serta tidak boleh diubah. Contohnya : Solat, puasa, zakat dan haji

- Ibadah Umum :
Ibadah yang meliputi segala aspek kehidupan sama ada yang berkaitan
dengan hubungan manusia sesama manusia atau dengan makhluk lain dan
tidak bertentangan dengan syariat Islam. Contohnya : Makan, minum,
berniaga dan bekerja

3. Jenis-jenis Hukum :
HUKUM KETERANGAN
WAJIB Mendapat pahala jika dilakukan dan berdosa jika ditinggalkan
HARAM Mendapat pahala jika ditinggalkan dan berdosa jika dilakukan
MAKRUH Mendapat pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika dilakukan
HARUS Tidak berdosa jika dilakukan atau ditinggalkan
SUNAT Mendapat pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan

SOALAN KBAT :

1. Nyatakan hukum dan alasan bagi situasi ini:


- Fatimah berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis
- Azmi berwuduk sambil berbual-bual dengan rakannya
- Hafsah sering keluar rumah tanpa memakai tudung
- Maryam suka bermain bola jarring bersama-sama dengan rakannya
pada setiap petang.

2. Anda bercadang untuk menyertai larian 100 meter peringkat sekolah.


Bagaimanakah cara anda memastikan penyertaan anda dalam acara tersebut
tidak menyalahi hukum Islam?

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


39

PELAJARAN 18 : BIDANG FEQAH

TAJUK : BERSUCI ASAS KEBERSIHAN

1. Maksud Taharah dan hukumnya:


- Bahasa : Suci dan bersih.
- Istilah : Suci dan bersih daripada hadas dan najis.
- Hukum Taharah : Wajib

2. Kenapa disyaratkan bersuci:


- Memudahkan melaksanakan ibadah seperti solat dan tawaf yang disyaratkan
suci daripada hadas dan bersih daripada sebarang najis pada badan, pakaian
dan tempat ibadah.
- Membolehkan memegang, membawa atau menyentuh Al-Quran.

3. Dalil naqli tuntutan bersuci daripada Surah Al-Baqarah : 222

      

Terjemahannya : Sesungguhnya Allah SWT suka kepada orang yang banyak


bertaubat dan membersihkan diri.

4. Taharah terbahagi kepada dua :

Menyucikan Najis Mengangkat hadas

Besar Kecil
Mukhaffafah Mughallazah

Mutawassitah Wuduk
Mandi Tayammum

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


40

5. Alatanbersuci :
- Air : Air hujan, air mata air, air sungai, air laut, air perigi, air salji, airembun.
- Tanah : Debu tanah yang suci daripada najis digunakan untuk bertayammum
sebagai ganti kepada wudhuk dan mandi wajib.
- Batu atau benda kesat :
Batu yang suci boleh digunakan untuk beristinjak disamping
penggunaan air. Alat lain yang boleh digunakan untuk beristinjak ialah
benda-benda kesat seperti tisu, kertas dan daun.

6. Jenis-jenis Air :
NAMA ERTI SIFAT KEGUNAAN

AIR MUTLAK Air yang suci dan Air bersih yang belum Mandi wajib,
boleh digunakan digunakan untuk berwudhuk dan
untuk bersuci mengangkat hadas atau membasuh sesuatu
bersuci. yang terkena najis.

Air yang tidak berubah


sama ada bau, warna atau
rasanya dengan sebab
benda asing yang
dimasukkan kedalamnya
Air yang suci tetapi Air mutlak yang telah Boleh diminum dan
AIR tidak boleh digunakan untuk bersuci digunakan untuk
MUSTAKMAL digunakan untuk perkara yang tidak
bersuci berkaitan dengan
mengangkat hadas
atau bersuci.
Air yang disimpan Air yang terdedah kepada Makruh apabila
AIR di dalam bekas cahaya matahari di negeri digunakan ketika
MUSYAMMAS logam yang yang iklimnya terlalu masih panas.
terdedah kepada panas.
cahaya matahari
kecuali bekas
emas dan perak.
Air yang dimasuki najis Tidak sah bersuci
AIR Air yang dimasuki dan jumlahnya tidak dengannya dan tidak
MUTANAJJIS atau terkena najis sampai dua kolah boleh diminum.
walaupun tidak mengubah
warna, bau dan rasa.

Air tidak mengalir yang


berubah warna, bau atau
rasanya apabila dimasuki
najis walaupun melebihi 2
kolah

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


41

KUNCI ILMU : KUNCI ILMU :

Kadar dua kolah mengikut timbangan tradisional ialah 500 kati Baghdad
Air muqayyad
bersamaan dengan:
ialah air yang
bercampur Liter : Antara 192 hingga 270 liter
dengan sesuatu
bahan yang Hasta : 1 ¼ hasta padu
suci. Tin minyak tanah : 9 2/3 hingga 13 tin

Rasulullah SAW menjelaskan tentang kesucian air dua kolah walaupun


dimasuki najis tetapi tidak berubah warna, bau dan rasa :

7. Perbezaan antara Suci dengan Bersih :

BERSIH

- Pakaian yang terkena najis dan dibasuh dengan sabun tetapi tidak menggunakan
air mutlak.
- Bersih tetapi tidak suci
- Tidak boleh digunakan untuk solat

SUCI

- Kotoran bukan najjis dan boleh dibersihkan dengan hanya menggunakan sapu
tangan atau tisu sahaja.
- Tidak bersih tetapi suci
- Boleh digunakan untuk solat

8. Kepentingan Bersuci Terhadap Diri dan Persekitaran :-

- Sentiasa bersiap sedia untuk beribadah


- Memelihara kesihatan dan menghindari penyakit
- Mewujudkan persekitaran yang ceria dan kondusif
- Menjadikan suasana tempat ibadah sentiasa selesa
- Meningkatkan maruah diri dan lambing ketamadunan umat
- Mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah SWT

SOALAN KBAT:

Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda dapat memastikan diri sentiasa berada
dalam keadaan berwuduk?

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


42

PELAJARAN 19 : BIDANG FEQAH

TAJUK : SUCI DARIPADA NAJIS

1. Maksud Najis :
- Bahasa : Semua benda yang kotor
- Istilah : Benda kotor yang menyebabkan solat tidak sah

2. Tiga jenis najis :


- Najis Mukhaffafah :
Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berumur kurang dua tahun
yang hanya minum susu ibu.

- Najis Mutawassitah :
Najis pertengahan, seperti darah, muntah, nanah, tahi, air kencing dan
bangkai.

- Najis Mughallazah:
Najis berat iaitu anjing , khinzir atau kacukan kedua-duanya serta segala yang
ada kaitan dengannya seperti tahi, darah, kulit, daging, bulu dan lain-lain.

3. Cara Menyucikan Najis :

Najis Mughallazah :
- Buang najis
- Sediakan satu bekas air tanah dan satu bekas air mutlak
- Basuh tempat yang terkena najis dengan satu kali basuhan air tanah
- Basuh tempat yang terkena najis dengan enam kali basuhan air mutlak
- Pastikan hilang dan suci daripada bau, warna dan rasa

Najis Mutawassitah :
- Buang najis
- Basuh tempat yang terkena najis dengan mengalirkan air
- Pastikan hilang dan suci daripada bau, warna dan rasa

Najis Mukhaffafah :
KUNCI ILMU :
- Buang najis
- Renjis air pada tempat terkena najis Ubat-ubatan yang mengandungi
alkohol sebagai bahan pelarut bukan
najis dan diharuskan sekiranya alkohol
tersebut tidak diproses seperti arak.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


43

4. Cara Menyucikan Kulit Haiwan :

Samak :
Proses menghilangkan segala lendir, daging dan kelembapan yang melekat pada
kulit.

Caranya :
- Sediakan bahan yang bersihat menghakis untuk menyamak, seperti daun akasia,
manja kani, kulit delima, tawus, tahi merpati, bahan kimia.
- Buang lendir, lemak dan darah yang melekat pada kulit tersebut.
- Gosok kulit dengan bahan yang disediakan (samak).
- Bilas kulit dengan air mutlak.
- Jemur kulit hingga kering.
KUNCI ILMU :
KUNCI ILMU : Produk berasaskan kulit seperti beg tangan, kasut
Basuhan menggunakan mesen basuh kulit dan tali pinggang yang dibuat daripada kulit
hendaklah dicucikan terlebih dahulu pakaian khinzir boleh dikesan dengan melihat bintik
bernajis sebelum dicampurkan dengan berbentuk segi tiga yang ada pada produk tersebut.
pakaian yang tidak terkena najis.

SOALAN KBAT:

Anda telah terbeli sehelai baju yang diperbuat daripada kulit khinzir.
Apakah tindakan anda setelah menyedari hal itu?

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


44

PELAJARAN 20 : BIDANG FEQAH

TAJUK : ISTINJAK SUATU TUNTUTAN

1. Maksud istinjak :-
- Bahasa : Selamat daripada penyakit
- Istilah : Perbuatan menghilangkan najis yang keluar daripada qubul
ataupun dubur.
KUNCI ILMU :Penggunaan tisu basah
untuk beristinjak adalah tidak sah kecuali
2. Alat-alat Istinjak : didahului dengan tisu kering.
i) Air mutlak
ii) Batu atau benda-benda kesat seperti tisu, batu, kertas, kulit kayu, kain dan
daun kering

3. Bahan yang haram digunakan untuk beristinjak :


- Kertas atau bahan yang tertulis ayat Al-Quran atau Hadis, nama-nama Allah
SWT dan Rasul
- Benda yang dihormati seperti makanan dan tulang
- Benda yang berbahaya seperti kaca dan buluh
- Benda najis atau benda yang terkena najis seperti tahi binatang yang kering
- Benda yang bernilai seperti emas, perak dan sutera

4. Kepentingan Berisitinjak :
- Mendapat pahala
- Ibadah sah dan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna
- Dikasihi Allah SWT dan Rasulnya
- Terhindar daripada jangkitan penyakit
- Badan menjadi sihat dan cergas
- Memberikan keselesaan kepada diri dan orang lain

5. Terdapat beberapa syarat beristinjak dengan benda kesat, antaranya :-


- Alat mesti suci, bersih dan kering.
- Najis pada qubul atau dubur belum kering
- Najis tidak meleleh ke tempat lain seperti paha atau betis
- Tiada najis lain yang melekat di tempat keluar najis

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


45

6. Cara Beristinjak :

- Menggunakan batu dan air (Paling afdhal)


Bersihkan tempat keluar najis dengan tiga biji batu atau sebiji batu yang
mempunyai tiga permukaan, kemudian basuh dengan air mutlak sehingga
diyakini bersih.

- Menggunakan air
- Basuh tempat keluar najis dengan air mutlak sehingga diyakini bersih.
- Menggunakan batu atau benda kesat
- Bersihkan tempat keluar najis dengan tiga biji batu atau sebiji batu yang
mempunyai tiga permukaan atau benda-benda kesat sehingga diyakini bersih

7. Adab Qada’ Hajat :


- Tidak membawa masuk ke tandas sesuatu yang dimuliakan seperti ayat -Quran
atau nama-nama Allah SWT
- Membaca doa sebelum masuk ke tandas “” (Ya Allah sesungguhnya aku
memohon perlindunganmu daripada gangguan syaitan jantan dan syaitan betina)
- Memakai selipar dan menutup kepala
- Melangkah masuk ke dalam tandas dengan kaki kiri
- Menjaga aurat hingga sampai ke tempat membuang air, mencangkung dan
berhati-hati dengan percikan najis
- Tidak menghadap kiblat (Bagi tempat tidak berdinding)
- Tidak melakukan perkara yang dilarang ketika membuang air, seperti :
 Bercakap semasa membuang air
 Memegang qubul atau dubur dengan tangan kanan
- Tidak membuang air di tempat yang dilarang seperti :
 Tempat berteduh
 Laluan orang ramai
 Dalam lubang tanah
 Dalam air tenang seperti tasik atau kolam renang
- Beristinjak sekurang-kurangnya sekali dan sunat ditambah menjadi dua atau tiga
kali
- Membersihkan tandas agar dapat digunakan oleh orang lain
- Melangkah keluar dengan kaki kanan dan membaca doa : “”
(Dengan mengharapkan keampunanmu, segala puji bagi Allah SWT yang telah
menghilangkan penyakit daripada badan dan menyihatkanku)

SOALAN KBAT:
Anas membawa telefon bimbit yang mengandungi perisian Al Quran semasa
qadha hajat.
Jelaskan pandangan anda.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


46

PELAJARAN 21 : BIDANG FEQAH

TAJUK : WUDHUK DAN SYARAT KESEMPURNAANNYA

1. Maksud wuduk :
- Bahasa : Bersih, elok dan berseri
- Istilah : Membasuh anggota tertentu berserta niat

2. Hukum wudhuk :
- Wajib : Ketika menunaikan solat dan tawaf
: Ketika memegang atau membaca mashaf Al-Quran
- Sunat : Ketika berhadas kecil
: Ketika membaca Al-Quran
: Ketika melaungkan azan dan iqamat

3. Cara dan Hukum Berkaitan dengan Wuduk :


BIL CARA HUKUM
1 Membaca Basmalah Sunat
2 Membasuh dua tangan hingga pergelangan tangan Sunat
3 Berkumur-kumur Sunat
4 Memasukkan air dan menyedutnya ke dalam hidung (Istinshak) Sunat
5 Mengeluarkan air dari hidung (Istinsar) Sunat
6 Niat berwuduk ketika membasuh muka Rukun
7 Membasuh muka Rukun
(Wajib membasuh semua bulu yang berada dalam had muka)
8 Membasuh dua tangan hingga siku Rukun
9 Menyapu kepala (Sekurang-kurangnya tiga helai rambut) Rukun
10 Menyapu kedua-dua telinga Sunat
11 Membasuh kaki hingga ke buku lali Rukun
12 Tertib yaitu mengikut urutan Rukun
13 Membaca doa Sunat

KUNCI ILMU : KUNCI ILMU :

Rasulullah SAW mengambil wuduk dengan Kayu siwak yang berasa, daripada pokok
satu cupak (mud) air, bersamaan dengan 565 arak ialah sejenis alat yang paling baik
mililiter digunakan untuk bersugi.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


47

4. Amalan sunat sebelum dan ketika berwuduk :


- Menggosok gigi sebelum berwuduk dan yang terbaik menggunakan kayu
sugi.
- Membasuh dan menyapu anggota wuduk tiga kali
- Menggosok ketika membasuh anggota wuduk KUNCI ILMU :
- Melebihkan kawasan basuhan muka, tangan dan Masa berniat :
kaki - Ketika air terkena
sebahagian muka.
- Menyelat janggut dan jambang yang tebal bagi lelaki.- Niat wuduk :
- Mendahulukan anggota kanan daripada anggota kiri
- Menyelati jari tangan dan kaki
- ‫نويت الوضوء لله تعالى‬
- Menyapu seluruh kepala

5. Perkara-perkara Makruh ketika Berwuduk :


- Menggunakan air secara berlebih-lebihan
- Membasuh atau menyapu melebihi tiga kali
- Berkumur-kumur dan beristinshak secara berlebih-lebihan
- Mendahulukan anggota kiri ketika membasuh tangan dan kaki
- Menampar air ke muka ketika membasuh muka
- Mengelap anggota wuduk selepas berwudhuk

7. Perkara-perkara yang membatalkan wuduk :


- Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur.
- Tidur dengan cara tidak tatap punggung ke lantai
- Hilang akal dengan sebab pitam, mabuk, gila atau sakit
- Bersentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan mukan mahram
- Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan atau perut jari.
- Menyentuh lingkaran dubur dengan tapak tangan atau perut jari

KUNCI ILMU :
Abdullah bin Amru RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah lalu berdekatan dengan
Saad yang sedang berwuduk lalu baginda bersabda, “Mengapa membazir?” lantas Saad
bertanya kembali, “Adakah ketika berwuduk pun ada pembaziran?” Rasulullah SAW
menjawab, “Ya,sekalipun kamu berwuduk di sungai yang mengalir”.
(Ibnu Majah)

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


48

8. Penemuan Saintifik Dalam Amalan Berwuduk :


- Penemuan saintifik menunjukkan bahawa amalan berwuduk memberikan
kesan positif terhadap kesihatan tubuh badan.
- Ketika berwuduk seseorang akan membasuh mulut, hidung dan muka yang
sering terdedah kepada ancaman kuman.
- Antaranya termasuklah kuman Staphylococcus epidermis, Streptococcus
pyogenes yang sering menyerang kulit, Streptococcus pneumonia yang
menyerang paru-paru melalui rongga pernafasan.
- Apabila seseorang berwuduk, anggota badannya bersih dan selamat
daripada serangan kuman dan jangkitan penyakit berbahaya.
- Dalam masa yang sama kulitnya menjadi lembut dan mampu mengawal
kestabilan suhu badan.
- Terdapat kajian yang mendapati, pusat saraf manusia yang paling peka
berada pada bahagian tangan, kaki dan dahi.
- Pusat saraf tersebut akan segar apabila dibasuh dengan air.

Hikmah Berwuduk :
- Membersihkan anggota badan dan menjernihkan rohani.
- Memberikan ketenangan, kesegaran dan mengawal perasaan marah dan
tekanan.
- Mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid menambah kesempurnaan
solat.
- Menambah keimanan dan keyakinan kepada hari akhirat.
- Mendapat keampunan Allah SWT dan keluar dosa daripada basuhan wuduk.
- Kawasan basuhan wuduk akan bercahaya pada hari akhirat.

KUNCI ILMU :

Bilal bin Rabah RA mendapat keistimewaan kerana sentiasa berwudhuk dan


menunaikan solat sunat selepas wudhuk sehingga Rasulullah SAW mendengar
bunyi tapak kasut beliau di dalam syurga ketika peristiwa Israk dan Mikraj.

SOALAN KBAT:

Kini masyarakat Islam telah diperkenalkan kepada penggunaan penyembur untuk


berwuduk.
Terangkan pandangan anda tentang hal ini.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


49

PELAJARAN 22 : BIDANG FEQAH

TAJUK : MANDI WAJIB PENYUCI DIRI

1. Maksud mandi :
- Bahasa : Mengalirkan air ke atas sesuatu
- Istilah : Mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu

2. Maksud Mandi Wajib:


- Mandi yang wajib dilakukan apabila terdapat sebab yang mewajibkan mandi

3. Perkara yang Mewajibkan Mandi bagi Lelaki dan Perempuan :


- Keluar mani
- Jimak
- Mati selain mati syahid

4. Perkara yang mewajibkan mandi bagi perempuan :


- Haid
- Nifas
- Wiladah

KUNCI ILMU :
Darah istihadah ialah darah penyakit yang keluar dari pangkal rahim wanita.Darah ini keluar pada
waktu selain waktu haid dan nifas.Darah ini berbeza warna dan kepekatannya dengan
haid.Darah ini bukan perkara yang mewajibkan mandi.

5. Larangan ketika Berhadas Besar bagi Lelaki dan Perempuan :


- Solat fardhu dan sunat
- Berhenti atau duduk dalam masjid
- Tawaf
- Membaca, menyentuh dan membawa mashaf Al-Quran

6. Larangan tambahan ketika haid dan nifas bagi wanita :


- Puasa fardhu atau puasa sunat
- Jimak

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


50

7. Cara, Rukun dan Perkara Sunat Ketika Mandi Wajib :


1) Niat mesti ketika air sampa kemana-mana anggota badan (Rukun)
2) Meratakan air ke seluruh anggota badan, kulit dan rambut (Rukun)
3) Basuh pergelangan tangan(Sunat)
4) Bersihkan qubul dan dubur dengan tangan kiri sambil mencangkung(Sunat)
5) Bersihkan tangan dengan air(Sunat)
6) Berwudhuk(Sunat)
7) Dahulukan menjirus air ke anggota badan sebelah kanan (Sunat)
8) Basuh kepala (tiga kali) dan selat rambut(Sunat)
9) Gosok badan berturut-turut antara basuhan anggotanya(Sunat)
9) Sempurnakan basuhan pada lipatan badan(Sunat)

8. Anggota badan yang perlu diberikan perhatian


ketika mandi wajib : KUNCI ILMU :
Rambut, telinga, ketiak, kulit perut, lubang pusat, Lafaz niat mandi wajib :
tangan, celah kelangkang, kaki.
‫نويت رفع الحدث اّلكبر لله تعالى‬
9. Hikmah Mandi Wajib :
- Diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT
- Segala ibadah lain yang diharamkan ketika berhadas besar boleh dilaksanakan
semula
- Kesegaran badan yang lesu dan penat dapat dikembalikan
- Menghilangkan bau peluh dan darah
- Membersihkan badan daripada kotoran dan kuman yang membawa penyakit
- Membersihkan dan menjaga aib jenazah dengan menghilangkan bau, najis serta
sebarang kotoran terakhir yang ada pada badannya sebelum dikembumikan

10. Mandi Sunat :


- Hari jumaat
- Hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha)
- Sebelum solat minta hujan
- Sebelum solat gerhana (Bulan dan matahari)
- Selepas mandi jenazah
- Selepas masuk Islam
- Sembuh daripada gila atau pitam
- Berkaitan dengan ibadah haji : Sebelum ihram, sebelum berwuquf, sebelum
melontar jamrah, sebelum masuk Mekah atau Madinah

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


51

PELAJARAN 23 : BIDANG FEQAH

TAJUK : SOLAT MERCU KEJAYAAN

1. Maksud solat :

- Bahasa : Doa
- Istilah : Perbuatan dan perkataan tertentu yang dimulai dengan
takbiratul
ihram dan diakhiri dengan salam

2. Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat :

SYARAT WAJIB SOLAT SYARAT SAH SOLAT


- Baligh - Menutup aurat
- Islam - Yakin masuk waktu
- Berakal - Suci daripada najis pada badan,
- Suci daripada haid dan nifas pakaian dan tempat
bagi perempuan - Suci daripada hadas kecil dan
besar
- Menghadap kiblat

3. Perkara yang Membatalkan Solat


- Berhadas sebelum salam yang pertama.
- Bercakap dengan sengaja walaupun sedikit
- Meninggalkan satu daripada rukun solat
- Hilang ingatan kerana gila, pitam atau mabuk
- Terkena najis pada pakaian, badan atau tempat solat
- Pergerakan anggota besar seperti kepala, badan, tangan dan kaki sebanyak tiga
kali berturut-turut
- Berdehem, ketawa, menangis kuat, mengerang kesakitan atau menghembus
dengan mulut atau hidung jika zahir dua huruf atau satu huruf yang dapat
difahami
- Makan atau minum
- Murtad
- Berpaling dada daripada arah kiblat
- Terbuka aurat dengan sengaja
- Berniat untuk memberhentikan solat atau berubah niat

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


52

4. Rukun Solat :

4.1. Rukun Qalbi : Wajib berniat dalam hati


4.2. Rukun Qauli : Wajib dilafazkan dengan suara, sekadar didengar telinga
sendiri,bukan dalam hati
4.3. Rukun Fe’li : Semua perbuatan dalam solat yang wajib dilakukan
- Niat (Qalbi)
- Berdiri bagi yang mampu (Fe’li)
- Takbiratul ihram (Qauli)
- Membaca surah Al-Fatihah (Qauli)
- Rukuk serta tamakninah (Fe’li)
- Iktidal serta tamakninah (Fe’li)
- Sujud serta tamakninah (Fe’li)
- Duduk antara dua sujud serta tamakninah (Fe’li)
- Duduk ketika membaca tahiyyat akhir (Fe’li)
- Membaca tahiyyat akhir (Qauli)
- Berselawat kepada nabi SAW dalam tahiyyat akhir (Qauli)
- Memberi salam yang pertama (Qauli)
- Tertib (Fe’li)

5. Sunat Hai’ah :
Maksud :Perbuatan sunat yang jika ditinggalkan tidak perlu sujud sahwi
Contoh :
- Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, rukuk, iktidal dan bangun dari
tahiyyat awal
- Meletakkan tangan kanan di atas belakang tangan kiri ketika berdiri
- Melihat tempat sujud
- Membaca doa iftitah
- Membaca Isti’azah sebelum membaca surah Al-Fatihah
- Menyebut “Amin” selepas membaca surah Al-Fatihah
- Membaca secara kuat (jahar) dan secara perlahan (sirr) pada tempat-tempat
tertentu
- Melafazkan takbir ketika berpindah dari satu rukun ke satu rukun yang lain
- Membaca mana-mana ayat Al-Quran
- Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud
- Meletakkan kedua-dua tangan di atas paha ketika duduk tahiyyat awal dan akhir
- Duduk tawarruk ketika tahiyyat akhir dan duduk iftirash pada tempat selainnya
- Membaca selawat Ibrahimiyah
- Berpaling ke kanan ketika memberi salam pertama
- Memberi salam kedua

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


53

6. Sunat Ab’ad :
Maksud : Perbuatan sunat yang jika ditinggalkan tidak membatalkan
solat,tetapi sunat diganti dengan sujud sahwi sebelum memberi salam.
Contoh:
- Duduk tahiyyat awal
- Membaca tahiyyat awal
- Selawat kepada Nabi Muhammad SAW selepas tahiyyat awal
- Selawat kepada keluarga Nabi Muhammad SAW selepas tahiyyat akhir
- Membaca doa qunut pada waktu subuh
- Berdiri ketika membaca doa qunut
- Selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda ketika membaca
doa qunut
KUNCI ILMU : Sujud sahwi dilakukan untuk
menampung kekurangan dalam solat yang
berlaku sama ada secara sengaja atau terlupa.
7. Akibat Meninggalkan Solat :
- Menjadi penghuni neraka
- Boleh menjadi kafir jika menolak kefardhuan solat

8. Hikmah Solat :
- Penawar stres dan tekanan perasaan
- Memperoleh pahala dan meninggikan darjat
- Mencegah perbuatan keji dan mungkar
- Membentuk disiplin diri dan akhlak mulia
- Menyembuhkan penyakit dengan izin Allah SWT
- Memberikan kebahagiaan hidup dan ketenangan jiwa
- Hidup selamat, diberkati, dan dikasihi Allah SWT
- Melahirkan masyarakat yang harmoni

9. Tujuh angggota sujud :


- Dua hujung jari kedua-dua kaki
- Dua lutut
- Dua tapak tangan
- Dahi

KUNCI ILMU :
Muaz bin Jabal RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud:
Asas segala urusan ialah Islam, tiangnya solat dan puncaknya
jihad.
(At-Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


54

10. Kelebihan Solat dari sudut Sains :


GERAKAN
SOLAT KELEBIHAN

Ketika berdiri, - Boleh meluruskan tulang belakang


takbiratul ihram - Membesarkan rongga dada dan menjadi satu latihan
dan qiam pernafasan
- Melancarkan pergerakan sendi serta dapat mengelakkan
penyakit arthritis

Ketika rukuk, - Mengelakkan risiko penyakit tulang belakang


iktidal dan - Terapi untuk merawat dan mengurangkan sakit pinggang
tamakninah - Memberikan ketenangan dan meningkatkan kewasapadaan

Ketika sujud - Meningkatkan pengaliran darah dan oksigen ke otak


(sesuai dengan - Kadar denyutan jantung dan tekanan darah lebih rendah dan
tarikan graviti) baik
- Paru-paru dapat berkembang dengan baik dan dapat
mengelakkan tuberculosis
- Meningkatkan penumpuan dan daya ingatan sehingga otak
menjadi lebih cerdas
- Proses peredaran darah menjadi lancer dan sempurna

Membengkokkan - Meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan


jari kaki ketika - Melancarkan pengaliran darah ke jantung
sujud, duduk - Merendahkan risiko penyakit jantung
iftirashi dan
duduk tawarruk

11. Maksud khusyuk ialah :

- Bahasa : Senyap, tunduk dan merendah diri


- Istilah : Menumpukan hati di hadapan Allah SWT dengan mantapkan
anggota, memahami serta menghayati setiap perkataan dan
perbuatan yang dilakukan dari awal hingga akhir solat.

12. Kepentingan Khusyuk dalam Solat :


- Dapat mencapai kejayaan dan kebahagiaan
- Jaminan solat diterima Allah SWT
- Mendapat pengampunan Allah SWT
- Memberikan kekuatan rohani
- Dapat merasai kemanisan iman
- Dapat merasai nikmat menunaikan solat
- Penghalang daripada melakukan kemungkaran
- Membentuk daya fokus terhadap tujuan hidup

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


55

13. Penghalang Khusyuk dalam Solat :


- Tidak memahami maksud bacaan dalam solat
- Tidak menjaga adab ketika berwudhuk
- Makanan, minuman dan pakaian daripada sumber yang haram
- Banyak memikirkan perkara keduniaan
- Solat pada waktu makanan terhidang, ketika lapar atau mengantuk
- Solat dalam keadaan tergesa-gesa
- Banyak melakukan dosa dan maksiat

14. Cara Mendapatkan Khusyuk dalam Solat :

Sebelum - Menunaikan solat pada awal waktu


menunaikan solat - Menyempurnakn wudhuk dengan menjaga sunat dan
adab-adabnya.
- Mendahulukan solat sunat rawatib
- Menjauhkan tempat solat daripada segala gangguan

Peranan anggota - Mata melihat tempat sujud ketika berdiri


ketika solat - Tidak berpaling, menjeling atau melakukan
pergerakan yang bukan daripada perbuatan solat

Peranan akal - Memahami dan menghayati maksud bacaan dalam


fikiran ketika solat solat
- Tidak memikirkan hal-hal keduniaan

Peranan hati ketika - Yakin bahawa Allah SWT mengetahui perlakuan kita
solat - Merasakan seolah-olah kita melihat Allah SWT atau
Allah SWT melihat kita
- Menghadirkan rasa gerun terhadap kehebatan Allah
SWT
- Menganggap solat yang ditunaikan sebagai solat
yang terakhir

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


56

PELAJARAN 24 : BIDANG SIRAH

TAJUK : RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW

1. Biodata :

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim


Nama lain : Ahmad, Al-Mahi, Al-Hashir, Al-‘Aqib
Gelaran : Al-Amin
Tarikh lahir : 12 Rabiulawal, tahun gajah
Tempat lahir : Mekah
Kuniyah : Abu Al-Qasim
Ibu : Aminah binti Wahab
Ibu susuan : Suwaibah Al-Aslamiyyah, Halimatun Sa’diah
Pengasuh : As-Syaimak, Ummu Aiman
Isteri : Khadijah binti Khuwailid, Saudah binti Zam’ah, Aisyah bt Abu Bakar,
Hafsah binti Umar, Zainab binti Khuzaimah, Juwairiyyah binti Al-Haris,
Zainab binti Jahshin, Ummu Salamah binti Abu Umayyah, Safiyyah
binti Huya, Ummu Habibah binti Abu Sufyan, Maimunah binti Al-Haris,
Mariyah Al-Qibtiyyah RA
Anak : Al-Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan
Fatimah
Tarikh dan tempat wafat : 12 Rabiulawal tahun 11 hijrah di Madinah

2. Sifat Fizikal Nabi Muhammad SAW :


- Rasulullah SAW memiliki rupa paras yang amat tampan, sederhana tinggi
dan berbadan tegap.
- Rambut baginda ikal mayang dan sentiasa kelihatan berminyak.
- Sentiasa kelihatan ceria dan segak.
- Mata hitam baginda hitam pekat dan bulu mata baginda lentik.
- Para sahabat yang menceritakan rupa paras baginda pasti berkata,
“Aku tidak pernah melihat orang lain yang standing dengan ketampanan Nabi
Muhammad SAW”.

Galeri Kata :

“Kuniyah” ialah panggilan kepada seseorang di samping nama atau gelaran, dengan
meletakkan “Abu” bagi lelaki dan “Ummu” bagi perempuan di awal sesuatu nama

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


57

3. Peristiwa Penting Dalam Kehidupan Nabi Muhammad SAW :

SEBELUM KERASULAN

Umur Tempoh Peristiwa

Selepas 2 tahun Baginda dipelihara oleh Halimatun Saadiah di


kelahiran perkampungan Bani Sa’ad yang jauh daripada unsur
negative

2-4 Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibril


tahun

4-6 2 tahun Nabi Muhammad SAW tinggal bersama-sama dengan ibu


tahun baginda. Ketika berumur 6 tahun, baginda dibawa
melawat kubur bapa baginda di Madinah. Ibu baginda
meninggal di Abwa’ dalam perjalanan pulang ke Mekah

6-8 2 tahun Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuk baginda,


tahun Abdul Mutalib, hingga datuk baginda meninggal dunia.
Selepas itu, Nabi Muhammad SAW tinggal pula dengan
bapa saudara baginda, Abu Talib

12 tahun Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Talib, ke Syam. Di


pertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat daripada
Buhaira Ar-Rahib ketika di bandar Busra, sempadan
Syam supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW
ke Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang yahudi

20 tahun Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara


baginda menyaksikan Hilfu Al-Fudhul, yaitu perjanjian
untuk membela orang yang teraniaya dalam perniagaan
Baginda menggembala kambing bersama-sama dengan
saudara susuan di perkampungan Bani Sa’ad kemudian
di Mekah

Iktibar :

Nabi Muhammad SAW dididik oleh Allah SWT dengan kehidupan yang mencabar
sebagai persediaan untuk dilantik menjadi Rasul yang agung.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


58

Umur Peristiwa

25 Berdagang ke Syam :
tahun
Baginda berurus niaga dengan Saidatina Khadijah RA seorang wanita
Quraisy yang sangat berharta dan berhati mulia.

Rasulullah SAW membawa barang dagangan Saidatina Khadijah RA


ke Syam dengan dibantu oleh Maisarah, seorang pekerja lelaki
Saidatina Khadijah RA.

Semasa berada di Syam, Nabi Muhammad SAW menjalankan


perniagaan dengan penuh jujur dan amanah sehingga membawa
pulang keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran
baginda.

Iktibar :
Sifat mulia yang perlu dicontohi daripada peristiwa ini ialah Nabi Muhammad saw :
- Menunaikan amanah
- Mempunyai kerjaya
- Mendapat kepercayaan masyarakat
- Menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana

Umur Peristiwa

25 Berkahwin dengan Saidatina Khadijah RA :


tahun
Saidatina Khadija ra tertarik dengan kemuliaan akhlak Rasulullah
semasa menguruskan perniagaannya dan juga sebagaimana yang
diceritakan oleh Maisarah.

Beliau menghantar kawan rapatnya, Nafisah binti Munabbih untuk


menyatakan hasrat tersebut kepada Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW menerima hasrat mulia tersebut dan meminang


Saidatina Khadijah melalui bapa saudaranya Amru bin Asad. Hasil
perkahwinan tersebut , Nabi Muhammad SAW dikurniakan enam orang
anak iaitu:
Al Qasim, Abdullah, Ruqayyah, Ummi Kalthum , Fatimah dan Zainab

Iktibar : KUNCI ILMU : Seorang lagi anak


Antara akhlak mulia Nabi Muhammad SAW Nabi Muhammad SAW yang bernama
yang menarik perhatian Saidatina Khadijah RA Ibrahim RA ialah hasil perkongsian
termasuklah jujur, menghormati keluarga dan hidup baginda SAW dengan Mariah Al-
Qibtiyyah
menjaga adab dan batas pergaulan.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


59

Umur Peristiwa

35 Peristiwa perletakan Hajar Al-Aswad :


Tahun
Mekah dilanda banjir sehingga meruntuhkan dinding kaabah. Apabila
tiba masa untuk meletakkan semula Hajar Al-Aswad di penjuru kaabah,
berlaku perebutan antara ketua kabilah sehingga hampir berlaku
pertumpahan darah.

Akhirnya Abu Umayyah Al-Mukhzumi, seorang yang dihormati dalam


kalangan kabilah arab mengajukan cadangan yang diterima sebulat
suara. Mereka bersedia menerima keputusan orang pertama yang
masuk ke pintu Bani Syaibah ketika itu. Dengan takdir Allah SWT orang
pertama yang memasukinya ialah Nabi Muhammad SAW. Semua yang
melihat Nabi Muhammad SAW masuk ke masjid berkata “Dialah As-
Sadiq Al-Amin (Orang yang benar lagi amanah)”.

Nabi Muhammad SAW menghamparkan ridak (selendang), meletakkan


Hajar Al-Aswad ditengah-tengahnya kemudian meminta ketua-ketua
kabilah memegang hujung ridak tersebut dan membawanya beramai-
ramai ke penjuru kaabah. Lalu baginda mengambil Hajar Al-Aswad dan
meletakkannya di tempat asal. Majlis tersebut berjalan dengan lancar
dan semua yang hadir berpuas hati.

Iktibar : Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad
saw:
- Bersifat tawaduk
- Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan
- Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab
- Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana
- Mendamaikan kehidupan masyarakat

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


60

SELEPAS KERASULAN:

Umur Peristiwa

40 Menerima wahyu pertama :


tahun
Era kerasulan Nabi Muhammad SAW bermula ketika baginda berumur
40 tahun. Ketika itu baginda suka bersendirian di gua Hira’ untuk
beribadah dan memikirkan cara menyelamatkan umat daripada
kesesatan jahiliah.

Pada suatu hari dalam bulan Ramadhan, baginda didatangi malaikat


Jibril AS. Jibril AS memeluk erat Nabi Muhammad SAW tiga kali dan
menyuruh baginda membaca.

Setiap kali Jibril menyuruh baginda membaca, baginda menjawab,


“Saya tidak tahu membaca”. Akhirnya Jibril AS mengajar Nabi
Muhammad SAW

Setelah Nabi Muhammad SAW menerima perintah Allah SWT untuk


menyampaikan dakwah, baginda menjalankan tugas dakwah dengan
gigih dan sabar.

Dakwah yang disampaikan oleh baginda mendapat sambutan daripada


masyarakat Arab terutama hamba abdi dan golongan yang lemah.
Namun begitu, ada juga yang menentang dakwah Nabi Muhammad
SAW.

Iktibar :

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad SAW :
- Tidak suka dengan kesesatan masyarakat
- Beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT untuk memohon petunjuk
- Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah
- Bersabar dan istiqamah menyampaikan dakwah

KUNCI ILMU :

Orang pertama yang beriman dan menyokong dakwah baginda ialah :


- Isteri baginda, Saidatina Khadijah RA
- Sahabat karib baginda, Saidina Abu Bakar RA,
- Sepupu baginda yang masih kecil, Saidina Ali bin Abu Talib RA

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


61

Umur Peristiwa

51 Israk dan Mikraj :


tahun
Nabi Muhammad SAW dibawa pada waktu malam dari Masjid Al-Haram
di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin

Dalam perjalanan, baginda ditunjukkan dengan pelbagai gambaran


yang akan berlaku kepada umat baginda.

Baginda menjadi imam solat kepada para nabi di Masjid Al-Aqsa


Baginda dibawa Mikraj merentas tujuh lapisan langit sehingga ke
Sidratul Muntaha

Baginda menghadap Allah SWT dan menerima kefardhuan solat lima


waktu

Baginda turun ke Mekah sebelum subuh dan menceritakan pengalaman


baginda kepada penduduk Mekah

Iktibar :
Peristiwa Israk dan Mikraj memberikan iktibar bahawa Nabi Muhammad SAW :
- Menjalani Israk Mikraj dengan roh dan jasad
- Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti ajaran para Rasul
sebelum baginda
- Menerima kefardhuan solat secara terus daripada Allah SWT sebagai ibadah
yang paling utama dalam Islam
- Mendapat pertolongan Allah SWT ketika menyampaikan kebenaran

Umur Peristiwa
53
Tahun Hijrah ke Madinah dan pembentukan negara Islam.

Iktibar :
Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa hijrah dan kepimpinan Nabi
Muhammad SAW termasuklah :
- Nabi Muhammad SAW sanggup berkorban demi menegakkan agama Allah
SWT
- Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan penuh amanah
- Baginda membentuk pemerintahan yang adil berteraskan wahyu
- Negara Islam Madinah menjadi model negara Islam terbaik

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


62

KUNCI ILMU : Peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW :-


- Ghazwah : Pasukan tentera Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad
SAW (28 peperangan)
- Sariyyah : Pasukan tentera Islam yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad SAW
dan baginda melantik seorang ketua (amir) untuk memimpin peperangan (54
peperangan)
- Jumlah semua peperangan ialah 82

4. Jasa dan sumbangan Muhammad SAW kepada tamadun Islam :


- Membina masyarakat bersatu padu mempertahankan negara
- Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pusat kemasyarakatan
disamping tempat ibadah
- Membentuk umat yang patuh dan sanggup berkorban demi kesucian Islam
- Menjadikan Madinah sebagai negara terunggul dan menjadi contoh tamadun
yang gemilang sehingga dikenali sebagai “Al-Madinah Al-Munawwarah” yang
bererti Kota Bercahaya

KUNCI ILMU :
Setiap muslim wajib mencintai Nabi Muhammad SAW. Antara tanda cinta kepada baginda saw :
- Mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, mematuhi perintah dan menjauhi larangan
baginda
- Sentiasa merindui baginda Nabi Muhammad SAW
- Memuliakan dan bertawaduk apabila mendengar Nabi Muhammad SAW dengan
berselawat ke atas baginda
- Mencintai “Ahlul bait” (orang yang ada pertalian keluarga dengan baginda) dan para
sahabat (orang beriman yang sempat bertemu Nabi Muhammad SAW)

Umur Peristiwa

63 Kewafatan Rasulullah SAW :


Tahun
Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai Rasul, pada waktu dhuha
hari isnin 12 Rabiulawal, tahun 11 hijrah, di rumah Saidatina Aisyah RA,
Nabi Muhammad SAW dijemput kembali menemui penciptanya.

Berita duka kewafatan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT ini
menggemparkan penduduk Madinah. Jasad Nabi Muhammad SAW
yang mulia dimakamkan di rumah Saidatina Aisyah RA

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


63

Iktibar :

- Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin manusia
ke jalan yang benar.
- Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan demi
ketinggian agama Islam
- Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan sempurna yang menjadi
asas kecemerlangan tamadun hari ini.
- Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa Nabi Muhammad SAW yang
tidak ada tolok banding

SOALAN KBAT:

Bagaimanakah anda membuktikan kecintaan anda kepada Nabi Muhammad saw


dalam kehidupan anda selain ucapan selawat.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


64

PELAJARAN 25 : BIDANG SIRAH

TAJUK : ERA MASYARAKAT JAHILIYYAH

1. Maksud Jahiliyyah :
- Bahasa : Tidak tahu, bodoh atau jahil.
- Istilah : Masyarakat sebelum kerasulan Nabi Muhamad saw yang tiada
pegangan agama dan jahil dari segi aqidah dan akhlak.

Jahil akidah :
Mereka menganut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS tetapi
mencampuradukkannya dengan penyembahan berhala, amalan sihir dan khurafat

Jahil akhlak :
Mereka banyak melakukan perilaku buruk seperti suka menindas perempuan dan
hamba, berjudi serta minum arak.

2. Masyarakat Arab Jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhamad saw dari segi
Aqidah terdapat berbagai-bagai agama yang dianuti. Antaranya:

AGAMA KETERANGAN

AGAMA Agama yahudi ialah agama samawi yang diubah suai daripada ajaran
YAHUDI Nabi Musa AS mengikut keinginan para penganutnya.

Mereka banyak memfitnah para Nabi dan menolak ajaran Nabi


Muhammad SAW. Mereka datang dari Palestin ke negara arab.

AGAMA Agama samawi yang diubah suai dariapda ajaran Nabi Isa AS
NASRANI mengikut keinginan penganutnya. Mereka mempercayai Nabi Isa AS
sebagai anak Tuhan.

Mereka datang dari Habsyah dan Rom. Abrahah, Raja Nasrani


membina tempat ibadat baharu di Yaman untuk menyaingi populariti
kaabah di Mekah, namun gagal dengan pertolongan Allah SWT. Kisah
ini terdapat dalam Surah Al-Fil.

KEPERCAYAAN Majusi ialah kepercayaan yang dianuti oleh golongan penyembah api.
MAJUSI Pada malam kelahiran Rasulullah SAW, api yang disembah oleh
penganut majusi di Parsi telah padam.

Api tersebut tidak pernah padam selama 1000 tahun sebelum


kelahiran Rasulullah SAW.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


65

AGAMA KETERANGAN

KEPERCAYAAN Animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh


ANIMISME dan semangat.
Oleh itu, penganut kepercayaan ini menyembah alam seperti
matahari, bintang dan pokok.

AGAMA HANIF Pada mulanya, majoriti masyarakat arab beragama dengan agama
hanif. agama hanif ialah agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan
Nabi Ismail AS.
Agama ini agama samawi, sama seperti agama Islam. Buktinya dapat
dilihat pada ciri-ciri kepercayaan agama hanif yang sama dengan
Islam seperti :
- Percaya kepada Allah SWT, Tuhan yang satu
- Percaya kepada hari kebangkitan dan hidup sesudah mati
- Percaya kepada dosa dan pahala.

Ajaran agama hanif yang diteruskan amalannya dalam syariat Islam


seperti Ibadat korban, ibadat haji dan umrah.

AGAMA Agama ini mula diperkenalkan oleh Amru bin Amir bin Luhai,
PENYEMBAH pemimpin Khuzaah. Dia menemukan ajaran tersebut dari negeri Syam
BERHALA lalu membawa berhala bernama “Hubal” ke Mekah dan
meletakkannya di dalam kaabah.

Kemudian, dia memerintahkan seluruh penduduk Mekah supaya


menyembah berhala tersebut. Agama ini dicampur adukkan dengan
agama hanif sehingga muncul sebagai agama yang mensyirikkan
Allah SWT.

Agama penyembahan berhala ini disebarkan kepada seluruh orang


Arab ketika musim haji.

Ketika Mekah berjaya dibuka oleh Nabi Muhammad SAW, ada


sebanyak 360 berhala di sekitar kaabah. Kesemuanya dimusnahkan
oleh baginda dan para sahabat.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


66

3. Masyarakat arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW dari segi akhlak :

Akhlak buruk :
- Berjudi dan minum arak
- Penzinaan dan pelacuran berleluasa
- Mengamalkan bigami
- Pewarisan harta hanya pada lelaki
- Membunuh anak perempuan
- Mengamalkan tenung nasib
- Berperang kerana perkara yang kecil
Akhlak baik :
- Menepati janji
- Berani, kuat dan pantang menyerah kalah
- Menjaga kebersihan mulut dan kuku
- Tidak mengahwini mereka yang ada pertalian darah
- Menghormati tetamu
- Taat kepada pemimpin
Kunci Ilmu : Sebab lain Rasulullah SAW
- Menghormati bulan haram diutuskan kepada masyarakat Arab ialah :-
- Adanya kaabah yang dikunjungi untuk
tujuan ibadah
- Keistimewaan bahasa dan budaya arab

4. Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat jahiliyyah kerana:


- Masyarakat jahiliyyah mempunyai nilai negatif seperti suka berjudi, berzina,
minum arak serta merendahkan martabat wanita. Selain itu, mereka juga suka
mengamalkan khurafat dalam kehidupan.
- Semenanjung arab terletak di antara empat kuasa besar dunia pada waktu itu,
yaitu Rom, Parsi, Gerik dan India. Kedudukan yang strategik ini menjadikan
Islam mudah tersebar keseluruh tamadun dunia dan pelbagai bangsa ketika itu.

Kunci Ilmu :
Tamadun Islam berkembang kerana :-
- Iman yang tinggi
- Budaya amal soleh
- Ketinggian ilmu dan hikmah
- Perubahan (Islah) yang sesuai dengan zaman
- Jihad mempertahankan ketamadunan daripada serangan musuh

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


67

PELAJARAN 26 : BIDANG SIRAH

TAJUK : KEUNGGULAN PERJUANGAN KHULAFA’


AR-RASHIDIN

1. Maksud Khulafa’ Ar Rasyidin :


- Khulafa’ Ar-Rashidin merupakan gelaran yang diberikan kepada empat orang
sahabat Rasulullah SAW yang memegang jawatan pemerintah kerajaan Islam
selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW.

2. Nama-nama Khulafa’ Ar Rasyidin yang terkenal dan lama memerintah:

Nama Tempoh Bil tahun


Khalifah Abu Bakar As Siddiq ra 11-13H/632-634M 2 tahun
Khalifah Umar bin Al Khattab ra 13-23H/634-644M 10 tahun
Khalifah Uthman bin Affan ra 23-35H/644-656M 12 tahun
Khalifah Ali bin Abi Talib ra 35-40H/656-661M 5 tahun

2. Biodata dan riwayat hidup Khulafa’ Ar-Rashidin :

KHALIFAH PERTAMA SAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ RA (11-13H/632-634M)


Nama Penuh Abdullah bin Uthman bin Amir bin Amru bin Ka’ab bin Saadi bin
Taim bin Murrah bin Ka’ab
Tempat Lahir Mekah
Tahun Lahir 572 M , dua tahun setelah kelahiran Rasulullah saw
Keturunan Bani Taim, Quraisy
Nama Ibu Ummu Al-Khair Salma binti Sakhr
Gelaran Atiq (bebas daripada api neraka) dan “As-Siddiq” (orang yang
paling benar dalam kata-katanya)
Meninggal Tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun. Beliau dimakamkan di
Dunia sisi Rasulullah SAW
KHALIFAH KEDUA SAIDINA UMAR BIN AL KHATTAB RA (13-23H/634-644M)
Nama Penuh Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul ‘Uzza
Tempat Lahir Mekah
Tahun Lahir Tahun 584 M, 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW
Keturunan Bani Adiy, Quraisy
Nama Ibu Hantamah binti Hashim
Gelaran Al Faruq (Pemisah antara Haq dan Batil)
Meninggal Tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun akibat ditikam oleh Abu Lu’luah
Dunia Fairuz Al Farisi (Hamba kepada Al Mughirah bin Syu’bah. Beliau
dimakamkan di sisi Saidina Abu Bakar As Siddiq

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


68

KHALIFAH KETIGA SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RA (23-35H/644-656M)


Nama Penuh Uthman bin Affan bin Abu Al-‘As bin Umayyah bin Abdu Syams bin
Abdu Manaf bin Qusay bin Kalab bin Murrah bin Ka’ab
Tempat Lahir Mekah
Tahun Lahir Tahun 576 M
Keturunan Bani Umaiyyah, Quraisy
Nama Ibu Arwa bt Kuraiz
Gelaran Zunnurain (yang memiliki dua cahaya) kerana beliau berkahwin dengan
dua puteri Rasulullah SAW, yaitu Ruqayyah dan Ummu Kalthum.
Meninggal Tahun 35 hijrah pada usia 80 tahun kerana dibunuh oleh pemberontak
Dunia dan dimakamkan di perkuburan Al-Baqi’
KHALIFAH KEEMPAT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB RA (35-40H/656-661M)
Nama Penuh Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdu Manaf
Tempat Lahir Mekah
Tahun Lahir Tahun 599 M
Keturunan Bani Hashim, Quraisy
Nama Ibu Fatimah binti As’ad
Gelaran Abu Turab (bapa si tanah)
Meninggal Pada malam 17 Ramadhan tahun 40 hijrah. Syahid kerana ditikam oleh
Dunia Abdurrahman bin Muljam

3. Sifat-sifat peribadi Khulafa’ Ar-Rashidin :

3.1. Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA :


- Seorang sahabat yang sangat pemurah. Contohnya beliau membeli dan
memerdekakan setiap hamba yang diseksa seperti Bilal bin Rabah dan Amar
bin Yasir. Sifat beliau yang pemurah ini telah mendapat pujian Rasulullah
SAW dengan sabda baginda : “Saya tidak tahu, adakah masih ada orang
yang melebihi Abu Bakar dari segi kemurahan hati”.
- Seorang yang berani. Keberanian beliau dapat dilihat ketika beliau selalu
membela Rasulullah SAW yang cuba dibunuh oleh kaum baginda semasa di
Mekah
- Seorang hartawan dermawan dan membelanjakan hartanya ke jalan Allah
SWT
- Seorang yang cintakan kebenaran dan semangat setia kawan yang tinggi
- Seorang yang lembut hatinya dan mudah menangis terutama ketika
membaca Al-Quran

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


69

3.2. Saidina Umar bin Al-Khattab RA :


- Seorang yang beperwatakan keras, suka beradu kekuatan dan sangat cekap
menunggang kuda.
- Seorang sahabat yang sangat berani. Contohnya beliau berhijrah pada waktu
siang dan secara terang-terangan.
- Memiliki kecerdasan yang luar biasa, sehingga banyak pendapat beliau yang
bertepatan dengan firman Allah SWT
- Seorang yang berpengetahuan tinggi serta cukup agamanya

3.3. Saidina Uthman bin Affan RA :


- Terkenal sebagai seorang yang sangat pemalu dan lemah lembut sehingga
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada para sahabat : “Tidakkak engaku
malu kepada lelaki yang malaikat sendiri malu kepadanya?”
- Terkenal dengan sifat dermawan dan pemurah. Buktinya beliau banyak
menderma untuk perang Tabuk, membeli perigi Raumah untuk kegunaan
umat Islam, menderma 1000 ekor unta dengan muatan kepada umat Islam
yang susah.
- Suka membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan khususnya
kepada kaum keluarga dan sanak saudara terdekat

3.4. Saidina Ali bin Abu Talib KW :


- Merupakan panglima perang yang berani dan gagah perkasa. Contohnya
dalam perang Khandak beliau telah berlawan satu lawan satu dengan
pahlawan Quraisy, iaitu Amru bin Wid Al-‘Amiri dan berjaya menewaskannya.
- Pandai berpidato, handal bermain pedang, memanah dan menunggang kuda.
- Pandai menulis dan membaca sehingga beliau dilantik menjadi salah seorang
penulis wahyu.
- Sangat pintar dan mahir dalam bidang faraid, Al-Quran, hukum-hukum
syarak, bahasa dan sastera serta kuat daya ingatan sehingga mampu
menghafaz seluruh Al-Quran

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


70

4. Sumbangan Khulafa’ Ar-Rashidin :

4.1. Saidina Abu Bakar As-Siddiq :

Politik :
- Meneruskan cita-cita Rasulullah SAW menghantar pasukan Usamah bin Zaid
ke sempadan negeri Syam untuk memerangi kerajaan Rom Timur (Byzantine)

Agama :
- Memerangi golongan yang enggan membayar zakat, golongan yang murtad
dan nabi palsu. Khalifah Abu Bakar RA telah membentuk 11 pasukan
angkatan perang untuk menghadapi kaum murtad yang memberontak di
serata pelusuk tanah Arab.
- Setelah tamat perang Yamamah, banyak tentera Islam mati syahid
termasuklah para penghafaz Al-Quran. Atas nasihat Saidina Umar bin Al-
Khattab RA, Khalifah Abu Bakar RA telah mengarahkan Zaid bin Thabit
supaya mengetuai usaha menghimpunkan Al-Quran yang tertulis pada batu,
kulit haiwan, daun dan hafazan para hafiz. Salinan ayat Al-Quran yang
dihimpunkan itu kemudian disimpan oleh Khalifah Abu Bakar RA, Saidina
Umar bin Al-Khattab RA, Saidina Uthman bin Affan RA dan Hafsah (isteri
Nabi Muhammad SAW).

4.2. Saidina Umar bin Al-Khattab RA :

Politik :
- Menubuhkan majlis syura
- Membahagikan jajahan Islam kepada beberapa wilayah dan ditadbir oleh
gabenor
- Menubuhkan jabatan tentera, jabatan polis, jabatan percukaian dan jabatan
perbendaharaan negara

Sosial :
- Menetapkan wang sara hidup kepada rakyat berdasarkan keutamaan dan
perjuangan mereka
- Mengasaskan takwim Islam
- Memperkenalkan undang-undang pentadbiran tanah
Ekonomi :
- Menubuhkan Baitulmal
- Memperkenalkan pelbagai jenis cukai seperti jizyah dan kharaj
- Membina terusan dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


71

Ketenteraan :
- Mengemaskini angkatan tentera
- Memberi gaji kepada gabenor dan tentera yang berjuang

4.3. Saidina Uthman bin Affan RA :

Sosial :
- Berusaha meningkatkan pendapatan rakyat dengan memberi peluang
pekerjaan

Politik :
- Memperkenalkan sistem protokol dalam pentadbiran
- Mengukuhkan peranan Baitulmal untuk membiayai pembangunan negara

Ketenteraan :
- Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut
bagi membasmi pemberontakan dan penaklukan

Agama :
- Membentuk jawatankuasa untuk menyalin semula ayat Al-Quran yang
dikenali sebagai “Mushaf Uthmani”
- Memperkenalkan azan keuda pada hari Jumaat dan mengambil zakat
berdasarkan nilai mata wang
- Membeli tanah untuk membesarkan masjid Nabawi

4.4. Saidina Ali bin Abu Talib KW:

Sosial :
- Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian Negara

Ketenteraan :
- Membina markaz tentera di Parsi dan di sempadan Syiria

Ekonomi :
- Meneruskan kutipan jizyah

SOALAN KBAT:
Para Khulafa’ Ar Rasyidin mempunyai sifat keberanian dan kesabaran yang amat
tinggi.
Bagaimanakah anda dapat mencontohi sifat tersebut untuk menjadi murid yang
cemerlang di dunia dan di akhirat.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


72

PELAJARAN 27 : BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH

TAJUK : AKHLAK TERPUJI HIASAN DIRI

1. Maksud Akhlak :
- Bahasa : Berasal daripada perkataan “Khuluqun” yang bermaksud budi
pekerti, watak, kelakuan dan tabiat.
- Istilah : Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong lahirnya
sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa pertimbangan dan
pemikiran yang mendalam.

2. Akhlak terbahagi kepada dua bahagian :

CONTOH AKHLAK CONTOH AKHLAK


MAKSUD KEPADA ALLAH SWT DENGAN MANUSIA

AKHLAK MAHMUDAH
Sifat dan tingkah laku terpuji Syukur, sabar, redha, Tawadhu’,
yang terdapat pada diri tawakal, zikir dan menghormati orang
seseorang yang bertepatan qanaah. lain, pengasih dan
dengan nilai dan perakuan pemurah.
syara’.

AKHLAK MAZMUMAH
Sifat dan tingkah laku keji yang Riak, putus asa, sangka Sombong,
terdapat pada diri seseorang buruk dan lalai. memandang hina
yang berlawanan dengan nilai terhadap orang lain,
dan perakuan syarak. kasar, memfitnah,
khianat dan bakhil.

Tujuan Memelihara Akhlak :


- Mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni
- Mendapat kasih sayang Allah SWT dan sentiasa diberkati
- Membentuk hubungan yang baik antara hamba dengan Allah SWT
- Sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah SWT
- Mendapat syafaat dan rahmat Allah SWT pada hari akhirat
- Mewujudkan kestabilan politik dan keamanan Negara
- Meningkatkan kualiti modal insan yang amat diperlukan dalam membina
kemajuan dan ketamadunan yang tinggi

KUNCI ILMU:
Orang yang berakhlak mahmudah mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah SWT.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


73

PELAJARAN 28 : BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH


TAJUK : AMANAH TUNGGAK KESEJAHTERAAN

1. Maksud Amanah :

- Bahasa : Tunai janji


- Istilah : Setiap sesuatu yang dipertanggungjawabkan dalam urusan
harta benda, kehormatan dan kerahsiaan

2. Kepentingan Sifat Amanah :


- Pengurusan baik dan lancar serta bersih daripada rasuah dan penipuan dan
menjimatkan kos pentadbiran.
- Dipercayai dan disenangi oleh masyarakat.
- Tanda orang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
- Memudahkan melintasi titian As-Sirat di akhirat nanti.

3. Cara Mengamalkan Sifat Amanah dan Implikasi Tidak Amanah

Cara Mengamalkan Sifat Amanah Impilikasi Tidak Amanah


Amanah Terhadap Diri
- Mematuhi suruhan dan larangan - Menjejaskan iman
Allah SWT
- Memelihara penampilan diri - Tidak diredhai Allah SWT
- Berdisiplin dan mematuhi peraturan - Hilang kepercayaan orang ramai
- Bersungguh-sungguh dan rajin
Amanah Terhadap Keluarga
- Taat kepada ibubapa - Menjadi anak derhaka

- Bertanggungjawab terhadap amanah - Mencemarkan nama baik keluarga


keluarga
- Menyayangi adik-beradik - Hubungan kekeluargaan menjadi
renggang
- Memastikan adik-beradik - Melahirkan anak yang tidak
melaksanakan segala perintah Allah mengenang budi ibubapa
SWT dengan sempurna
- Dibenci oleh adik-beradik
Amanah Terhadap Masyarakat
- Menghormati jiran, guru, rakan dan - Masyarakat tidak harmoni
masyarakat sekeliling
- Menyertai program kemasyarakatan - Keselesaan awam terganggu

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


74

PELAJARAN 29 : BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH

TAJUK : ILMU CAHAYA KEHIDUPAN

1. Kewajipan Menuntut Ilmu :


- Matlamat utama kehidupan manusia ialah keimanan kepada Allah SWT
disamping melakukan amalan-amalan soleh. Amalan yang didasari dengan
ilmu merupakan syarat diterima Allah SWT. Umat Islam dilarang melakukan
atau mengatakan sesuatu tanpa ilmu.

2. Adab Menuntut Ilmu :


- Memuliakan dan menghormati guru
- Menjauhi maksiat dan kemungkaran
- Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
- Beramal dengan ilmu yang dipelajari
- Tidak malu bertanya
- Rajin berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT
- Memohon doa dan keredhaan daripada ibubapa
- Niat menuntut ilmu ikhlas kerana Allah SWT

3. Kepentingan Beradab Ketika Menuntut Ilmu :


- Mendapat ganjaran pahala
- Ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan
- Mencapai kejayaan dalam hidup serta mudah melakukan kebaikan dan
ketaatan.
- Hidup menjadi tenang dan masyarakat akan memandang tinggi

Kunci Ilmu :
Imam As-Syafiee pernah berpesan, ilmu tidak akan dapat diperoleh kecuali dengan enam perkara :
1. Az-Zaka’u (Cerdas) 4. Al-Bulghah (Kewangan yang cukup)
2. Al-Hirs (Keinginan yang tinggi) 5. Suhbatul Ustaz (Berdamping dgn guru)
3. Al-Ijtihad (Bersungguh-sungguh) 6. Thuluz Zaman (Tempoh yang panjang)

4. Akibat Tidak Beradab Ketika Menuntut Ilmu :


- Susah mengingati dan mengikuti ajaran guru
- Berdosa dan mendapat kemurkaan Allah SWT
- Ilmu yang dipelajari tidak membawa kebaikan kepada diri
- Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif
- Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah SWT
- Dipandang hina oleh guru dan rakan

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


75

5. Kelebihan Orang yang Berilmu :

- Allah SWT meningkatkan darjat orang yang berilmu mengatasi kedudukan orang
yang berharta. Hal ini dapat dilihat dalam kisah Thalut yang dilantik menjadi raja
(pemimpin Nabi Israil) kerana kekuatan tubuh dan ketinggian ilmunya walaupun
dia seorang yang miskin.
- Orang yang berilmu (ulamak) menjadi pewaris para nabi dan pemimpin ke jalan
kebaikan. Orang yang beramal dengan ilmunya akan menjadi contoh teladan
dalam masyarakat. Orang yang berilmu yang menyampaikan ilmunya untuk
kebaikan akan didoakan oleh semua makhluk di langit dan di bumi dan
dipermudah baginya jalan ke syurga. Orang yang keluar dari rumah dengan niat
mencari ilmu ibarat berjihad di jalan Allah SWT

Kunci Ilmu :
Islam telah melahirkan banyak tokoh ilmuwan yang terkenal. Antaranya termasuklah :
i) Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad – Feqah
ii) Ibnu Sina – Perubatan
iii) Al-Khawarizmi – Matematik
iv) Al-Farabi – Falsafah
v) Jabir bin Hayyan – Kimia

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


76

PELAJARAN 30 : BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH

TAJUK : MARUAH DIRI CERMIN PERIBADI

1. Maksud Menjaga Maruan Diri:


- Bahasa : Berasal daripada perkataan “Muruatun” yang bermaksud
keelokan peribadi.
- Istilah : Usaha memelihara diri daripada melakukan larang Allah SWT
dan perkara yang boleh mencemarkan kehormatan diri, keluarga
dan masyarakat.

2. Cara Menjaga Maruah Diri :


- Menjaga penampilan diri dalam berpakaian.
- Menjaga kesopanan dalam percakapan
- Menjaga keelokan tingkah laku.

3. Panduan pakaian yang bermaruah :


- Menutup aurat
- Kemas dan bersih
- Tidak menjolok mata
- Tidak mengandungi lambing, gambar dan tulisan yang dilarang dalam Islam
- Sesuai dengan tatasusila masyarakat setempat
- Tidak menyerupai pakaian agama lain
- Tidak menyerupai pakaian jantina yang berbeza

4. Panduan percakapan yang bermaruah :


- Percakapan yang sopan dan tidak keterlaluan
- Intonasi dan nada suara yang sesuai dengan suasana dan orang yang
mendengar
- Bermanis muka ketika bercakap
- Bercakap perkara yang berfaedah
- Memanggil orang lain dengan panggilan yang disukai
- Menghindari perbuatan bercakap bohong, mengumpat, mengadu domba,
memfitnah dan berkata-kata lucah
- Tidak memungkiri janji
- Mengucapkan salam ketika bertemu dan berpisah
- Membudayakan ucapan terima kasih

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


77

5. Panduan tingkah laku yang bermaruah :-


- Mengamalkan budaya berjabat tangan dengan mahram
- Menzahirkan perasaan belas kasihan kepada orang yang lebih muda
- Mematuhi adab dan undang-undang di jalan raya
- Menggunakan harta awam dengan bertanggungjawab
- Menjaga kebersihan alam sekitar
- Menggunakan media sosial dengan berhemah
- Menjaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan

Kunci Ilmu :
Ibnu Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai
wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (Al Bukhari)

6. Contoh tingkah laku bermaruah:

Bila kita berada di jalan Bila orang berbuat kebaikan


(jaga hak jalan) kepada kita

-Menundukkan pandangan Ucapkan Jazaakallahu khairan


-Menahan diri daripada menyakiti orang lain kathiiraa tanda terima kasih.
-Menjawab salam
-Menyuruh membuat kebaikan dan mencegah
Kemungkaran

7. Akibat tidak menjaga maruah :


- Hidup dalam kesusahan
- Dikeji oleh masyarakat sekeliling
- Masyarakat menjadi mundur dan dipandang serong

8. Hikmah menjaga maruah :


- Disayangi Allah swt
- Kehidupan lebih berkat
- Jiwa lebih tenang dan bahagia

SOALAN KBAT:

Mazlan meminta hadiah daripadanya atas kejayaannya dalam peperiksaan.


Huraikan pandangan anda berdasarkan permintaan Mazlan kepada datoknya dalam
konteks menjaga maruah diri.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM

Anda mungkin juga menyukai