Anda di halaman 1dari 9

AKHLAK ISLAMIYYAH

PELAJARAN 23: KONSEP KHAUF


DAN RAJA’

Muka
Surat
193
6.16.1 Maksud Khauf dan Raja’

Maksud

Khauf Takut kepada kemurkaan


dan azb Allah dengan
menjauhi segala
larangannya
Raja’ Mengharapkan keredhaan
Allah dengan melaksanakan
segala perintahnya
6.16.2 Dalil Naqli Khauf

Maksud:
Maka janganlah kamu takut kepada mereka
tetapi takutlah kepadaku, jika kamu memang
orang beriman
6.16.2 Dalil Naqli Raja’

Maksud:
Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur dan sentiasa
berdoa kepada tuhan mereka dengan perasaan takut
serta penuh harap dan mereka mendermakan
sebahagian daripada apa yang kami rezekikan
kepada mereka.
6.16.3 Contoh Khauf dan Raja yang
diamalkan oleh Rasulullah

CONTOH 1

Rasulullah mendirikan solat sunat gerhana matahari


dengan khusyuk. Pada sujud terakhirnya, baginda
menangis kerana berasa takut Allah menurunkan
azab. Lalu Rasulullah merintih dengan bersabda: “
Wahai tuhanku bukankah engkau telah berjanji
kepadaku untuk tidak mengazab mereka pada ketika
aku ada bersama-sama mereka? Tuhanku bukankah
engkau telah berjanji kepadaku untuk tidak mengazab
mereka apabila mereka memohon ampun? Sekarang
kami sedang memohon ampun kepadaMu.”

(Sunan Abu Daud-Kitab Assolah)


6.16.3 Contoh Khauf dan Raja yang
diamalkan oleh Rasulullah

CONTOH 2

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah menziarahi seorang


lelaki yang sedang terlantar. Rasulullah bertanya tentang
perasaannnya pada ketika itu. Lelaki itu memberitahu baginda
bahawa dia sangat mengharapkan rahmat Allah dan berasa
sangat takut akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Lalu
Rasulullah bersabda:

Maksudnya: Tidak berhimpun kedua-duanya dalam hati


seseorang hamba Allah pada ketika itu melainkan Allah
memberikan apa yang diharapkan dan menyelamatkannya
daripada apa-apa yang ditakutinya.
6.16.4 Konsep Khauf dan Raja’ Yang
Seimbang

Rasa takut kepada Allah hendaklah diringi dengan tindakan yang


selari dengan syarak.

Seseorang yang mengharapkan keredhaan Allah hendaklah


melakukan amal ibadat dan menjauhi perbuatan maksiat.

Ganjaran syurga dapat menjadi motivasi untuk seseorang itu


mendekatkan diri kepada Allah

Perasaan khauf terhadap balasan neraka akan menjadi benteng


daripada keinginan melakukan maksiat

Perasaan raja’ akan mendorong seseorang untuk berlumba-


lumba melakukan ibadat tanpa putus asa terhadap rahmat Allah

Khauf dan raja’ hendaklah berpaksikan husnu zon kepada Allah


6.16.5 Hikmah Khauf dan Raja’

Melahirkan insan yang


bersungguh-sungguh
Melahirkan insan yang dalam setiap pekerjaan
sentiasa mengingati Allah kerana yakin Allah
dalam setiap keadaaan. melihat dan menilai
setiap perbuatannya.
Mendidik jiwa insan agar
sentiasa menjauhi larangan
Allah kerana takut akan
kemurkaannya.
Melahirkan insan yang
Melahirkan insan yang
sentiasa bertawakkal
sentiasa berasa gembira
kepada Allah setelah
melakukan kebaikan
berusaha bersungguh-
supaya mendapat
sungguh.
kemanisan iman.
PENILAIAN

1. Nyatakan maksud khauf dan raja’

2. Nyatakan dalil naqli khauf dan raja’

3.Jelaskan contoh khauf dan raja’ yang


diamalkan oleh Rasulullah

4. Terangkan konsep keseimbangan


antara khauf dan raja’
5. Bagaimanakah sifat khauf dan raja’
melahirkan muslim sejati?Huraikan-KBAT

Anda mungkin juga menyukai