Anda di halaman 1dari 2

PUISI : Hamba Allah

Duhai hamba Allah sepertiku,


Daku ini bukanlah insan mulia di sisi-Nya,
Namun diri ini punya hasrat untuk di sayangi-Nya,
Lantas daku ingin dirimu jua di sayangi bersama,
Moga di izinkan oleh Nya.

Duhai hamba Allah sepertiku,


Pabila ku di dunia luar,
Mata ku menangkap pelbagai nikmat dimiliki manusia,
Mungkin di antara kita mensyukurinya,
Namun
Hamba yang tidak bersyukur itu, bagaimana?
Daku sedih hati dengan mereka,
Dirinya merangkak di bawah langit-Nya,
Dengan rasa angkuh dan mendabik dada,
Dengan rasa bakhil dan ingkar perintah-Nya.
Oh tuhan, ampuni dirinya.

Duhai hamba Allah sepertiku,


Terkadang menitis air mata ini,
Tidak upaya membawa mereka semua,
Mengenali-Nya dengan seceliknya,
Dan mensyukuri nikmat kurniaan-Nya.

Duhai hamba Allah sepertiku,


Diri mu lahir ke dunia kerana Dia,
Diri mu membesar atas kudrat dari-Nya,
Diri mu berjaya atas izin-Nya,
Diri mu punya segunung harta kerana Dia memberinya,
Diri mu masih berdiri teguh di bumi-Nya,
Kerana Dia beri mu tenaga untuk laksanakan amal,
Bukan berjalan dan berjalan tanpa hala,
Bukan berjalan dan berjalan mendabik dada.

Duhai hamba Allah sepertiku,


Ayuh bersama ku hulurkan tangan mu,
Bersama kita mencari redha-Nya,
Bersama kita belajar erti syukur pada-Nya,
Bersama kita terbang ke langit-Nya,
Meraih cinta dan kasih sayang-Nya semata,
Kerana ku yakin akan semua janji-Nya,
Syurga setia menanti kita di sana,
Cuma kita perlu berusaha sahaja,
Syurga-Nya menanti kepulangan kita

Anda mungkin juga menyukai