Anda di halaman 1dari 3

Berikan 5 perkara yang menunjukkan sifat bijaksana Rasulullah.

Berikan kesan
kebijaksanaan itu kepada pemimpin ummah.

“DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari
Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah
dan senang)” (al-Ahzab: 21)

Contoh-contoh kebijaksanaan Rasulullah;

1) Baginda Berjaya meyakinkan orang Mekah bahawa bagindalah orang yang


paling amanah. Abu Jahal dan Abu Lahab pun mengiktiraf keamanahan Nabi
walaupun mereka menentang nabi.
2) Baginda mempersaudarakan bani Aus dan Khazraj yang menjadi permulaan
kepada permuafakatan dan persefahaman dalam pentadbirannya.

Faktor kebijaksanaan ini jika diaplikasi dalam kepimpinan ummah masa kini mampu
mewujudkan kesepakatan yang baik dikalangan rakyat. Pemimpin yang bijaksana seperti
Rasulullah s.a.w mampu mendapatkan bai’ah dari orang-orang dibawah pimpinannya.
Sebagai ketua dalam pentadbiran pemimpin ummah masa kini perlu mendapatkan
kepercayaan penuh dan sokongan daripada orang-orang yang ditadbir bagi nmelicinkan
perlaksanaan dan pentadbiran dibawah kepemimpinannya.

3) Membina masjid apabila sampai di Madinah, kerana baginda membina pusat


Islam yang menjalankan pelbagai fungsi bermasyarakat.

Perkara pertama yang Rasulullah lakukan selepas hijrah, baginda terlebih dahulu
mewujudkan pusat di mana rakyat dapat berkumpul dan berkomunikasi. Masjid dijadikan
pusat perkembangan sosial pada zaman itu. Bukti kebijaksanaan Rasululullah ini jika
diaplikasi dalam kepemimpinan ummah masa kini mampu membina satu komuniti yang
sentiasa berinteraksi dan menjalankan aktiviti-aktiviti berpusat. Maka akan wujudlah
perancangan-perancangan aktiviti-aktiviti komuniti yang baik kerana perlaksanaannya
diadakan di masjid. Perpaduan dan kesatuan ummah dapat dilihat daripada pembinaan masjid
sebagai tempat perkembangan sosial masyarakat.
4) Baginda berjaya memperluaskan dakwah dan menambah bilangan orang
memeluk islam dengan dakwah bil hal. Sifat dan akhlak yang ditunjukkan oleh
baginda.

Watak Rasulullah dibentuk oleh Allah melalui al-Quran. Sifat-sifat Nabi terserlah
daripada peribadinya yang mulia, kebijaksanaan Baginda dalam memimpin negara,
berlemah-lembut dan berhikmah dalam berdakwah serta berwasatiah (bersederhana)
dalam soal kehidupan harian. Malah Rasulullah sentiasa mempamerkan budi pekerti
yang baik dan terpuji kepada umatnya.

Inilah contoh teladan terbaik yang harus dijadikan panduan dan ikutan kepada
pemimpin ummah masa kini. Sikap dan akhlak ini mampu menjadikan pemimpin
tersebut dihormati dan ditaati. Pemimpin dengan rekod yang bersih akan
mendatangkan rasa cinta dan kasih oleh orang yang ditadbirnya. Tidak akan timbul
persengketaan, rasa tidak puas hati mahupun niat jahat dikalangan rakyat, seterusnya
akan mewujudkan masyarakat harmoni berkasih sayang.

5) Pembinaan semula Kaabah dan isu tahkim antara kabilah

Semasa Baginda berusia 35 tahun telah berlaku banjir yang besar di Mekah, air deras
mengalir ke arah Kaabah dan hampir-hampir meruntuhkan seluruh struktur binaan
Kaabah. Pihak Quraisy bersetuju membina semula Kaabah dan mereka
membahagikan tugas binaan Kaabah mengikut kabilah. Setelah selesai pembinaan
semula Kaabah, timbul perbalahan yang hampir membawa kepada peperangan antara
kabilah tentang siapa yang sepatutnya meletakkan hajarul aswad pada tempatnya
sehinggalah Abu Umaiyah bin al Mughirah memberi cadangan untuk menerima
penyelesaian dari orang yang pertama masuk ke dalam masjid melalui pintu besar
dialah yang akan menjadi hakim.

Dengan izin Allah, Rasulullah lah orang yang pertama masuk ke dalam masjid
melalui pintunya, lalu mereka melaungkan itu pun al Amin, kami semua setuju
dengan penyelesaian Muhammad. Baginda membentang sehelai kain dan meletakkan
hajarul aswad di atas kain, lalu baginda memanggil ketua-ketua kabilah memegang
hujung kain seterusnya meminta mereka mengangkatnya sehingga sampai tempatnya,
seterusnya baginda sendiri mengangkat hajarul aswad dan meletaknya di tempat
kedudukan asal hajarul aswd. Semua kabilah redha dengan cara penyelesaiannya.

Dalam kepimpinan, Rasulullah saw lengkap dengan sifat siddiq (bercakap benar),
amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (kebijaksanaan). Jika setiap pemimpin
memiliki keempat-empat sifat ini, bermakna mereka memiliki ciri yang seharusnya
dipunyai seseorang pemimpin. Namun, ada masanya, seseorang yang diberi amanah
sebagai pemimpin terpedaya dengan godaan hawa nafsu hingga gagal melaksanakan
tanggungjawab sepatutnya sebagai pemimpin. Oleh sebab itu, seseorang yang
bergelar pemimpin perlu sentiasa merujuk kepada empat sifat mulia ini. Apakah
mereka sebagai pemimpin, memiliki dan melaksanakan keempat-empat sifat ini?

Anda mungkin juga menyukai