Anda di halaman 1dari 6

Kumpulan 6 Teks Forum bagi Tokoh Kepimpinan : Kuasa Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh ( Pembukaan Konstantinopel )

Intro : Pengacara (Jumaini) : Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua penonton. Hari ini kita dapat bersama-sama bagi membincangkan forum kita yang bertajuk Kuasa Kepimpinan Sultan Muhammad AlFateh semasa menakluki Kota Konstantinopel yakni sekarang Kota tersebut ditukar namanya kepada Istanbul di Turki. Dalam Forum ini juga, saya ada menjemput 3orang ahli panel bagi membincangkan tentang kekuasaan kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam menakluki Kota Konstantinopel. Tanpa membuang masa, kita terus kepada wartawan di luar sana, bagi mendapatkan reaksi masyarakat sekarang tentang ciri-ciri kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Reaksi Masyarakat Wartawan (Nisa) : Assalamualaikum & Salam sejahtera, sayanama.. berada di lokasi..Tujuan saya pada hari ini adalah bagi mendapatkan maklumat serta reaksi masyarakat tentang ciri-ciri kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Haaa.. disana terdapat seorang nenek bersama cucunya, apa kata kita mendapatkan pendapat dia. Nenek .. maaf menganggu. Saya daripada .. ingin bertanya, adakah nenek tahu tentang tokoh kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh ? Dan kalau boleh saya tahu, adakah ciri-ciri kepimpinan baginda boleh dicontohi ? Nenek (mija) : haaaya.. saya amat tahu mengenai baginda. Ciri-ciri kepimpinan baginda boleh dicontohi bagi anak-anak muda zaman sekarang. Yela, mana taknya, anak-anak muda sekarang ramai bergantung pada ibubapa dan ada segelintir itu terlalu dimanjakan oleh keluarga sampai nak berdikari pun tidak boleh. Bagi saya, anak-anak muda sekarang lagi-lagi mahasiswa perlu mencontohi kepimpinan baginda sebagai contoh baginda boleh memimpin seramai-ramai tentera dengan begitu baik sekali pada usia muda kerana apa, kerana baginda telah dilatih dengan disiplin yang kuat oleh ayahanda serta gurunya. Itu sahaja yang saya boleh katakan, nak bercerita banyak tapi saya ada hal. Saya minta maaf. Wartawan (Nisa) : Terima Kasih di atas luangan masa nenek tadi. Begitu bersemangat nenek itu bercerita. Suka saya melihatnya kerana walaupun usianya tua, tetapi dia masih ingat akan kekuasaan kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Seterusnya, haaa disana terdapat dua orang pelajar, apa kata kita Tanya perkara yang sama kepada mereka. Dik nak pergi kemana tu? Boleh akak mengambil masa adik2 sekejap boleh? Pelajar 1 &2 (Aifa & Nina) : Ya Boleh akak.. Wartawan (Nisa) : Begini akak daripada .. ingin bertanya, adakah adik2 tahu tentang tokoh kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh ? Dan kalau boleh akak tahu, adakah ciri-ciri kepimpinan baginda boleh dicontohi ?

Pelajar 1 (Aifa) : Haa.. akak.. saya tahu tentang tokoh kepimpinan tu, baginda dapat memimpin serta menakluki Kota Konstantinopel pada usia muda kan kak. Dan saya rasa ciri-ciri kepimpinan baginda boleh di contohi kak. Wartawan (Nisa) : dan adik lagi seorang bagaimana ? Pelajar 2 (Nina) : Emmm.. maaf kak, saya tidak tahu sangat mengenai tokoh tu. Tapi ada la juga saya mendengar. Wartawan (Nisa) : Em.. Takpela, akak paham. Tapi akak ucapkan terima kasih banyak kerana sanggup meluangkan masa sekejap bersama akak. (Pelajar2 tersebut pun berlalu pergi). Sekarang kita sudah dengar pandangan serta reaksi masyarakat tentang tentang tokoh kepimpinan Sultan Muhammad AlFateh. Ada yang reaksi positif dan ada juga yang tidak tahu mengenainya. Dengan itu, mari kita ramairamai dengar apa yang akan dibincangkan oleh pengacara majlis bersama ahli2 panel yang lain tentang kekuasaan kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh semasa menakluki Kota Konstantinopel. Kembali ke sana. Dalam Forum Pengacara (Jumaini) : Yaa.. terima kasih kepada nisa yang sudi menemuramah masyarakat di luar sana. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan ahli2 panel kita, iaitu panel 1 cik miza dari ., panel 2 cik iqa dari ., dan yang ke-3 cik tira dari . Ok, kembali kepada topic kita, Kuasa kepimpinan baginda sangat dikagumi oleh sejarah barat suatu ketika dahulu, dan baginda seorang yang sangat berpengetahuan luas antaranya baginda dapat menguasai 7 jenis bahasa antaranya Arab, Latin,Greek,Serbia,Turki,Parsi dan Hebrew. Bolehkah cik miza dari jelaskan siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh sebenarnya ? Panel 1 (miza) : Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis kerana sudi menjemput saya dalam forum ini. Seperti yang kita tahu, baginda merupakan seorang tokoh yang dikagumi oleh sejarah barat atas kepimpinannya dalam menjadi pemimpin pada usia yang muda iaitu 19 tahun. Dan baginda dilahirkan pada 27 rejab 835 hijrah bersamaan 29 Mac 1432m. Dan sejak di dalam buaian lagi, Sultan Muhammad al-Fateh sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad alFateh): Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu, sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian. Dan Sejak itu baginda dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Baginda membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung. Baginda juga menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian baginda menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Baginda menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Baginda memerintah 25 buah negeri. Kemudian semasa baginda membuat persiapan menakluk Rhodesia, baginda meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa dan telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.

(Telefon berbunyi) Pengacara (Jumaini) : Ya..kita ada pemanggil. Assalamualaikum. Siapa di sana ?

Pemanggil 1 (Qis) : wasalam.Saya qis dari saya ingin memberi pandangan tentang kepimpinan baginda Sultan Muhammad Al-Fateh ni. Pengacara (Jumaini) : Ya.. silakan.. Pemanggil 1 (Qis) : Saya berasa sangat kagum dengan cara kepimpinan baginda pada usia yang begitu muda. Antaranya yang menarik minat saya terhadap kepimpinannya, baginda merupakan seorang yang sangat berpemikiran luas kerana sebelum baginda serta tenteranya cuba menakluk Kota Konstantinopel, baginda telah mengkaji pelan Kota Konstantinopel pada setiap malam bagi mengenalpasti dimana kelemahan yang terdapat di Kota tersebut. Bagi saya, sifat2 kepimpinan baginda boleh dicontohi oleh generasi zaman sekarang serta akan datang untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Sekian dari saya, terima kasih. Pengacara (Jumaini) : semakin lama, semakin menarik perbincangan kita pada hari ini. Terima kasih yang sudah menghubungi serta memberi pendapat tadi. Ada betulnya seperti qis cakap tadi.Kerana generasi sekarang tidak mempunyai sifat2 pemimpin dalam diri seperti baginda. Mungkin lain orang, lain caranya, tetapi tidak salah untuk kita mencontohi cara kepimpinan baginda kan. (Telefon berbunyi) Pengacara (Jumaini) : ya.. kita ada pemanggil lagi.. Assalamualaikum.. siapa di sana? Pemanggil 2 (Nabila) : wasalam. Saya nabila. Dari begini, saya merupakan seorang mahasiswa di sebuah university. Sifat2 kepimpinan memang tiada dalam diri saya dari dulu sehingga sekarang. Kerana saya berasa malu dan tidak mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan semua orang. Dan saya juga tiada keyakinan untuk memimpin. Bolehkan puan membantu saya untuk saya buang segala sikap negative ? kerana saya juga ingin menjadi pemimpin yang berkaliber satu hari nanti. Sekian dari saya, terima kasih.

Pengacara (Jumaini) : wah.. Nampaknya seorang mahasiswa mempunyai masalah yang dikatakan amat berat juga. Mungkin jawapan yang adik nabila inginkan akan dibincangkan dengan panel ke-3 iaitu bersama cik tira.Terima kasih kerana sudah menghubungi kami. begitu menarik dan rancak perbincangan kita pada hari ini, dan saya semakin tertarik akan kepimpinan baginda. Cuba anda semua bayangkan dalam usia yang begitu muda, baginda mampu menakluk Kota Konstantinopel sedangkan ayahandanya serta bangsa2 lain sudah berkali-kali cuba menakluk kota tersebut tetapi tidak berhasil. Dan dalam hadis sudah mengatakan, sebaik-baik raja adalah raja yang mampu membuka kota ini, dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang bersama pasukan ini . Jadi, sudah terbukti hadis yang diucapkan oleh Rasulullah S.A.W. bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan orang yang terpilih untuk membuka kota Konstantinopel ini. Menurut cik iqa, bagaimana baginda mampu memimpin dalam usia yang begitu muda dengan begitu baik sekali ? Panel 2 (iqa) : baiklah. Terima kasih kepada pengacara kerana sudi menjemput saya ke forum ini dan tidak lupa kepada panel 1 cik miza kerana sudah banyak bercerita tentang peribadi baginda Sultan Muhammad Al-Fateh. Serba sikit kita sudah tahu, baginda merupakan seorang yang sangat berpemikiran luas. Bagi saya, seperti yang kita lihat, baginda merupakan pemimpin yang boleh memimpin dalam usia yang muda, ini adalah kerana baginda telah diasuh oleh ayahanda(Sultan Murad) sejak kecil dengan asuhan yang berasaskan syariat islam & disiplin yang kuat. Selain itu, baginda juga diberi pendidikan bersepadu iaitu baginda diajar tentang ilmu peperangan. Dan baginda seorang yang tidak pernah tinggal solat termasuk solat2 sunat. Baginda juga bijak, dengan mengarahkan batuan pakar untuk membina meriam besar bagi membolehkan tembok yang dibina pecah. Baginda juga senang untuk dibawa beerbincang dengan tenteranya serta bangsa2nya. Cara kepimpinan baginda dalam menguruskan sesuatu sangat strategic & tertatur, buktinya, selepas menakluk Kota Konstantinopel (Istanbul), baginda dapat memerintah 25 buah negeri seperti yang dikatakan cik miza tadi. Pengacara (Jumaini) : Sangat menakjubkan dengan cara kepimpinan baginda dalam memimpin, walaupun berusia muda, baginda mampu memikul tanggungjawab besar yang diberikan oleh ayahandanya dengan begitu tenang sekali. Nampaknya masa sudah mencemburui kita, apa kita, kita langsung kepada soalan terakhir, bagi cik tira, apakah ciri2 kepimpinan baginda yang boleh dicontohi bagi anak2 muda zaman sekarang, ? silaka cik tira.

Panel 3 (tira) : nampaknya kita sudah diakhir forum ini, dan seperti yang kita maklum, pemanggil (nabila) telah bertanyakan bagaimana dia hendak menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dengan mempedulikan sikap malu dan segalanya, terima kasih kepada pengacara kerana sudah sudi menjemput saya, dan terima kasih juga cik miza & cik iqa di atas pengkongsian maklumat tentang baginda. Disini, saya ingin terangkan, kepimpinan yang sebagaimana boleh dicontohi oleh anak2 muda zaman sekarang adalah pertama seperti yang kita tahu, baginda diasuh dengan disiplin yang kuat oleh ayahandanya dan gurunya sejak kecil . dan disini peranan ibubapa dan guru dalam mendidik anak2 amat penting kerana apa, seperti contoh, sekiranya ayahnya menghisap rokok dan dia menyuruh anaknya berhenti isap rokok, tidak mungkin bagi anak nya untuk berhenti kerana ayahnya belum berhenti menghisap rokok. Disini kita dapat lihat, sikap ibubapa yang sambil lewa dalam mendidik anak2 menyebabkan ank2 itu tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang besar sebagai pemimpin. Dan yang kedua, untuk menjadi pemimpin yang berwibawa, kita mesti terapkan kepada anak2 muda visi n misi yang kuat serta matlamat dalam diri mereka untuk mereka boleh maju ke hadapan seperti baginda, baginda mempunyai visi n misi yang kuat dalam memimpin serta mempunyai matlamat yang betul semasa penaklukan kota Konstantinopel. Dan terakhir, anak2 muda sekarang perlu mempunyai sikap toleransi serta kuat menyimpan rahsia, melakukan ibadah tanpa melupakan siapa pencipta seperti yang dilakukan baginda, solatnya tidak tinggal, dan senang dibawa berbincang. Banyak lagi yang boleh dicontohi daripada baginda, tetapi hanya ini sahaja yang mampu saya terangkan..sekian terima kasih.

Pengacara (Jumaini) : Nampaknya kita sudah dipenghujung forum ini, serba sikit kita sudah tahu siapa Sultan Muhammad Al-Fateh sebenarnya dan bagaimana baginda memimpin dengan begitu baik sekali. Dengan sedikit info yang kami telah berikan, diharap anda semua diluar sana dapat mempraktikan ciri2 kepimpinan baginda, dan bukan sahaja sikap baginda yang anda boleh contohi tetapi dengan tokoh2 yang lain juga anda boleh contohi. Akhir kata dari saya, untuk menjadi seorang pemimpin yang baik serta maju ke hadapan, amalkan sikap yang positif serta bijak memikir di luar kotak pemikiran. Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai