Anda di halaman 1dari 10

Abstrak

.Komunikasi

adalah asas dalam kehidupan seseorang manusia. Dalam sesebuah organisasi,

komunikasi ibarat nadi yang menggerakkan fungsi pengurusan sesebuah organisasi. Komunikasi menjadi medium penyebaran maklumat daripada seorang manusia kepada manusia yang lain. Justeru, sistem pengurusan organisasi atau masyarakat akan tergendala tanpa komunikasi. Semakin berkesan sistem komunikasi yang di amalkan, maka semakin cekaplah pengurusan dan pentadbiran yang dipraktikkan oleh sesebuah organisasi tersebut. Sama ada komunikasi itu melalui saluran rasmi atau tidak rasmi, sistem komunikasi perlu melalui kaedah yang betul dengan etika yang baik untuk memastikan keberkesanannya.

Jika diterjemahkan dari sudut perspektif agama Islam pula , telah jelas bahawa Islam telah menggariskan satu panduan dan cara hidup yang komprehensif di mana ia turut menyediakan pelbagai alternatif termasuklah dari aspek etika dalam berkomunikasi . Hal ini sememangnya memberi satu panduan dan pedoman kepada manusia kerana kehidupan manusia yang pastinya melibatkan proses komunikasi dengan pihak yang lain. Dalam sistem komunikasi biasa , konflik berkaitan cara penyampaian dan penerimaan individu terhadap sesuatu permasalahan atau maklumat telah sering menimbulkan masalah dan gangguan dalam berkomunikasi . Islam bukan sekadar menyediakan etika, bahkan Islam juga menyediakan teknik-teknik komunikasi yang berkesan untuk menjamin pelaksanan pengurusan dan pentadbiran yang efektif melalui teladan yang ditunjukkan oleh Sunah Nabi Muhammad. Itu pun jika kita melihat Sunah secara universal dan pandai mentafsirkannya mengikut kesesuaian realiti semasa. Dalam Islam, sistem komunikasi bermula dengan kepastian mengenai ketepatan maklumat, kejujuran dan ketelusan dalam komunikasi, keadah-kaedah komunikasi, serta amalan-aman dalam komunikasi yang menjamin keberkesanan komunikasi dan pengurusan, seterusnya meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja..

Proses komunikasi berlaku pada bila-bila masa dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana individu. Manusia akan sentiasa berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya, sama ada sesama manusia bahkan dengan Penciptanya.

Adab, prinsip dan etika berkomunikasi dalam Islam bukanlah untuk mengehadkan kebebasan manusia, tetapi menjamin keberkesanan organisasi. Sekali gus meningkatkan talian persaudaraan berdasarkan cara yang telah dianjurkan dalam Islam mengikut prinsip al-Quran dan al-Sunnah.

Justeru, adab berkomunikasi dalam Islam amat dititikberatkan dalam membangunkan generasi umat yang berilmu dan mempunyai nilai-nilai yang telah digariskan dalam Islam sebagai panduan hidup yang lebih cemerlang dan gemilang di masa akan datang.

Prinsip Pertama

Semakan Ketepatan Fakta

Kaedah yang pertama dalam sistem komunikasi Islam ialah prinsip ketepatan fakta dalam penyampaian sesuatu maklumat. Dalam Islam, fakta-fakta yang diterima hendaklah ditapis, disaring dan disahkan kebenarannya sebelum disampaikan kepada orang lain. Amalan menerima dan terus menyebarkan fakta kepada orang lain tanpa memeriksa dahulu ketepatan maklumat adalah jelas menyalahi ajaran Islam. Firman Allah di dalam al-Quran ini jelas menunjukkan betapa pentingnya pengesahan sesuatu maklumat: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan [al-Hujurat:6]

Fakta-fakta hendaklah disahkan daripada sumber berautoriti sebelum disebarkan kepada orang lain. Dengan cara ini, organisasi boleh mengawal komunikasi grapevine daripada menyebarkan spekulasi yang lebih banyak memberikan kesan buruk berbanding kesan yang baik. Dalam kes ini juga, maklumat-maklumat yang masih spekulatif atau semata-mata sangkaan wajar dielakkan daripada disebarkan. Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari maklumat berupa sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa [al-Hujurat: 12]. Dengan ini, hanya maklumat-maklumat yang benar sahaja yang tersebar dan keadaan ini akan memantapkan lagi operasi sesebuah organisasi.

Pilih Maklumat Yang Sesuai Dengan Penerima Yang Sesuai Kaedah kedua dalam komunikasi ialah pemilihan terhadap maklumat yang ada sebelum disebarkan kepada orang lain. Jika anda seorang pengurus, tidak semua maklumat yang anda terima perlu disebarkan, tetapi ketepatan memilih maklumat berasaskan fungsi yang boleh dilakukan oleh penerima maklumat. Maklumat yang tepat, jika diberikan kepada penerima yang tidak sepatutnya, boleh menyebabkan kesilapan berlaku. Jika dilihat dalam sejarah Rasulullah, bagaimana baginda berkomunikasi dengan pelbagai jenis dan darjat manusia, adakalanya baginda memperincikan perkara yang sama dengan maklumat yang berbeza-beza, sesuai dengan fungsi yang dapat diamalkan oleh penerima tersebut. Dalam suatu keadaan Rasulullah menyatakan sebaik-baik amalan ialah beriman kepada Allah [Sahih Bukhari, Kitab al-Iman, no 26] dan dalam situasi yang lain Rasulullah menyatakan sebaik-baik amalan ialah mengerjakan sembahyang dalam waktunya dan berbuat baik kepada ibu bapa [Sahih Bukhari, Kitab Mawaqit al-Solah, 396]. Menurut seorang penulis pengurusan, Stephen P. Robbin, kesilapan dalam memilih saluran dan maklumat yang tepat boleh menjadi antara

halangan dalam komunikasi efektif dan membantutkan perjalanan organisasi. Seseorang pengurus perlu memilih maklumat yang sesuai, atau memilih penerima yang sesuai untuk menerima sesuatu maklumat.

Kekuatan Bahasa dan Kepetahan Berbicara Penggunaan bahasa yang jelas dengan kepetahan berkata-kata juga penting dalam komunikasi yang berbesan. Ini merupakan salah satu daripada kaedah komunikasi yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunah. Dalam kisah dakwah Nabi Musa yang dijelaskan oleh al-Quran, Nabi Musa pernah meminta kepada Allah, Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkat aanku; dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku [Ta Ha: 27 -30] Daripada kisah ini, menurut Dr Iqbal Yunus, dapatlah difahami bahawa komunikasi efektif memerlukan kepada kemahiran berkata-kata untuk menyampaikan mesej dengan jelas kepada penerima. Justeru, jika anda ingin menjadi pengurus yang baik, anda wajar melatih diri supaya petah berkata-kata, atau melantik juru cakap yang petah berkata-kata, sebagaimana Nabi Musa meminta Harun membantu baginda berdakwah kepada Firaun.

Prinsip Hikmah Dalam Komunikasi Islam juga meletakkan prinsip hikmah dalam berkomunikasi. Firman Allah di dalam al-Quran: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan penuh hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik [al-Nahl: 125] Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kuliah Ramadan beliau tahun lalu menghuraikan bahawa ayat ini memberi panduan dalam berkomunikasi dengan mereka yang sealiran

dan yang tidak sealiran. Dalam mana-mana organisasi sering terjadi konflik dua pihak. Maka Allah menyeru agar kita berbicara dengan penuh hikmah dengan memberi pengajaran yang baik kepada mereka yang sealiran dengan kita, manakala berbincang dan berbahas dengan cara terbaik dengan mereka yang berkonflik dengan kita. Konflik tidak boleh dibiarkan berlalu tetapi perlu diselesaikan dengan cara komunikasi dengan cara-cara yang difikirkan terbaik.

Prinsip Taqwa Dalam organisasi, sistem komunikasi yang berjaya ialah dengan menggunakan pelbagai saluran, saluran rasmi dan saluran tidak rasmi. Krisis sering terjadi apabila saluran komunikasi tidak rasmi tidak dikawal dengan nilai dan etika. Sebab itu Islam meletakkan taqwa sebagai salah satu kaedah penting berkomunikasi. Hal ini kerana Dalam organisasi sudah tentu terdapat pelbagai bangsa, kaum, budaya dan ragam manusia. Dengan adanya taqwa, manusia akan menjaga batas-batas komunikasi mereka secara lebih berkesan. Firman Allah: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [al-Hujurat: 13] Takwa bererti sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam melalukan sesuatu perkara dengan mengelakkan diri daripada dosa dan sifat tercela. Islam mencela sifat memburuk-burukkan kaum dan puak lain [al-Hujurat: 11], juga mengumpat dan membuka aib orang lain kepada umum. [alHujurat: 12]. Saluran komunikasi tidak rasmi di dalam sesebuah organisasi sudah tentu beroperasi

dengan licin tanpa ada masa mengumpat dan memburuk-burukkan pekerja lain. Takwa juga menjadikan seseorang itu sentiasa manjauhi sifat buruk sangka terhadap orang lain. Stephen P. Robbin juga pernah menyeraikan sifat buruk sangka ini sering menimbulkan suasana tidak selesa dalam organisasi. Keadaan boleh terjadi andainya pengurus memuji seseorang pekerja di hadapan pekerja lain, maka orang yang buruk sangka akan menganggap pekerja yang dipuji itu suka membodek pengurus sedangkan alangkah baiknya jika dia bersangka baik dan mahu berusaha pula untuk menjadikan dirinya yang terbaik juga. Orang yang bertakwa dalam berkomunikasi sentiasa menjaga batas suara ketika berbicara, mengelakkan diri daripada menipu dan berdusta, menggunakan perkataan yang manis dan menjaga adab-adab dalam berkomunikasi sesama manusia. Rasulullah bersabda dalam memberikan adab-adab komunikasi: Tidak beriman seseorang itu sepenuhnya selagi dia berdusta ketika bergurau dan bertengkar dengan orang lain sekalipun ia benar [Musnad Ahmad, no 8276] Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah mengucapkan yang baik-baik atau pun dia hanya diam [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, no 67]. Firman Allah: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesanpesan dengan sabar. [al-Asr: 1-3] Ayat ini menjelaskan tentang adab-adab yang perlu diamalkan dalam komunikasi oleh seorang perkerja yang beriman dan produktif. Pekerja yang produktif tidak menghabiskan masanya dengan berbual-bual kosong di kafe atau gerai-gerai minum, tetapi sentiasa melakukan kerja yang produktif. Dia juga sentiasa menjaga komunikasinya daripada menyampaikan berita-berita yang tersasar daripada kebenaran juga mengingatkan tentang hari akhirat pada waktu senang. Pada waktu susah, pekerja ini sentiasa berpesan supaya bersabar menghadapi ujian dan kesukaran dalam pekerjaan. Etika, adab, dan prinsip dalam komunikasi Islam bukanlah untuk

mengehadkan kebebasan manusia, tetapi menjamin keberkesanan organisasi sekali gus meningkatkan produktiviti negara.

Etika Komunikasi Dalam Keluarga Dengan mengamalkan etika dalam berkomunikasi seseorang individu akan dapat memelihara

hubungan kekeluargaan mereka, amalan etika ini mampu memberi kesan yang positif terhadap diri seseorang individu untuk mengekalkan kesejahteraan hidup. Antara etika-etika yang harus diambil kira dalam berkomunikasi tersebut adalah: i. Pertamanya, seseorang individu dengan jujur seharusnya menceritakan perasaannya. Sekiranya tersinggung hendaklah mengatakan bahawa diri itu tersinggung. Seseorang yang tidak jujur akan perasaannya seumpama tidak bertanggungjawab atas perasaan sendiri. Ia akan menyebabkan hubungan menjadi tegang dan komunikasi menjadi negatif. ii. Kedua, perlunya komunikasi yang mementingkan kepentingan dan tujuan bersama dan tidak mementingkan tujuan peribadi. Dalam situasi ini tidak boleh bercakap kerana hendak memperjuangkan perasaan diri sendiri sahaja. iii. Ketiga, semasa berkomunikasi etika yang perlu dijaga ialah dengan memberi maklumat secara tepat. Tidak boleh memberi maklumat palsu. iv. Kempat tidak boleh sekali-kali mempunyai niat hendak menipu dan memperdaya orang lain sewaktu sedang berinteraksi. v. Kelima untuk menjaga keharmonian sebuah keluarga setiap individu perlu menggelakkan diri dari terus mengumpat dan bergosip. Keadaan ini akan meruntuhkan lagi keteguhan kekeluargaan. Sekiranya terdapat individu yang berbuat demikian, individu yang

mendengar tidak perlu masuk campur dan adalah lebih baik mendorong mereka yang bergosip berhenti dengan baik tanpa menyinggung perasaan. vi. Etika yang keenam ialah apa yang diperkatakan hendaklah selari dengan gerakgeri. Contohnya kalau mulut berkata Tidak maka kepala juga harus menggeleng tidak. vii. Ketujuh dalam etika berkomunikasi ialah tidak boleh menyampuk dan memotong cakap kepada individu yang sedang bercakap. Biarkan mereka bercakap

sehingga akhir sebelum diri mengambil giliran untuk bercakap. viii. Kelapan, perkara yang perlu diambil perhatian ialah apabila seseorang individu sedang bercakap berkenaan sesuatu perkara, tidak wajar bagi individu yang lain menyebut perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan apa yang disebutnya. ix. Kesembilan tidak dibenarkan berbuat apa-apa yang mengganggu individu lain daripada bercakap dan mendengar dengan tenang. Contohnya tidak dibenarkan mengacau kopi kuat-kuat dan mengetuk-ngetuk meja dengan pen. x. Kesepuluh tidak dibenarkan bercakap berkenaan perkara-perkara yang negatif. Perkara negatif yang diperkatakan hanya akan mengeruhkan atau membuat komunikasi yang sedang berlangsung itu menjadi hambar dan tidak ada keintiman yang boleh

berlaku dari seorang individu kepada individu yang lain. xi. Kesebelas etika yang perlu dilakukan oleh seseorang individu apabila sedang berkomunikasi atau berinteraksi dengan orang lain ialah dengan menggelakkan diri daripada suka merunggut dan mencari cacat cela. xii. Etika terakhir ialah apabila sedang berkomunikasi dengan orang lain, perkara yang paling penting untuk dilakukan ialah sentiasa memberi atau mengiktiraf dan

menghargai orang yang sedang kita bercakap. Perkara ini juga sangat penting apabila berkomunikasi dengan ahli keluarga tidak kiralah sama ada antara suami dan isteri dan ibu bapa dan anak-anak mereka. Hubungan yang sentiasa ada pengiktirafan ini mudah untuk bermesra dan berguna dalam mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Kerjasama juga akan lebih mudah dilakukan sekiranya etika ini dilaksanakan.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya dalam perhubungan yang sihat, individu mengkehendaki bahawa mereka dapat meramalkan tingkah laku seseorang. Bukan itu sahaja individu juga mahu dikenali siapa dirinya yang sebenar. Ini kerana mereka hendak mengetahui keperluan- keperluan mereka dengan tujuan supaya boleh melakukan perkara-perkara yang baik demi matlamat bersama. Orang yang suka bersaing dan gemar untuk menang sendiri biasanya mereka sanggup melakukan perkara atau perbuatan seperti memutar belit orang lain, berdusta, mengugut dan mengancam . Mereka mungkin boleh menang mengancam. Mereka mungkin boleh menang dengan menggunakan cara-cara seperti itu, tetapi individu yang telah mengetahui hal keadaan itu tidak akan menaruh kepercayaan lagi kepada mereka, kerana taktiktaktik negatif seperti itu menyebabkan individu yang terkena sebelum ini tidak dapat meramalkan perbuatan - perbuatan yang akan mereka lakukan pada masa depan. Keupayaan meramal tingkahlaku ahli keluarga tidak semestinya menjamin hubungan kerjasama yang erat di antara keluarga. Keupayaan melakukan sesuatu yang selaras dengan tingkah laku adalah penting untuk membina kepercayaan. Dalam sebarang bentuk perhubungan terutama dalam hubungan kekeluargaan, perbuatan tidak mahu mengambil tahu perasaan orang lain, atau tahu tetapi menganggap perasaan orang lain tidak penting merupakan perbuatan yang akan merosakkan

kepercayaan orang lain. Dalam perhubungan yang sangat rapat, seperti dalam perkahwinan, soal kepercayaan sentiasa melibatkan perasaan-perasaan yang positif seperti rasa suka dan seronok kepada seseorang, rasa gembira dan tertarik pada satu sama lain.

http://journal.tarumanagara.ac.id/index.php/FIKOM/article/viewFile/1128/1224

Anda mungkin juga menyukai