Anda di halaman 1dari 52

KRB3063

Penghayatan Karya Agung Melayu

Gaya bahasa dalam Karya Agung


Melayu
Pengurus : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub (Kota Kinabalu)
Pensyarah: Puan Arfah binti Ahamad (Pulau Pinang)
En. Rosnan Mahmud Zahidin (Kota Bharu)
En. Abdul Rahim Othman (Kuching)
1 November 2014

Pengenalan
Perkara penting yang perlu difikirkan apabila
membincangkan sastera Melayu tradisional
ialah:
Ciri-ciri masyarakat Melayu tradisional
Peranan sastera dalam masyarakat Melayu
tradisional.

1 November 2014

Ciri-ciri masyarakat Melayu tradisional


Masyarakat Melayu tradisional bersifat
kolektif dan sangat akrab.
Tiada sifat individualistik iaitu segala sesuatu
dianggap sebagai milik bersama.
Ikatan kemasyarakatan yang kuat dan saling
mengambil berat.
Merupakan masyarakat tertutup iaitu kurang
berhubung dengan masyarakat luar.
Bersifat statik dan lambat / sukar berubah.
1 November 2014

Ciri-ciri masyarakat Melayu tradisional


Sangat akrab dengan alam sekitar dan
pengikut kepercayaan animisme. Buktinya
terhasil mantera, jampi, serapah.
Mementingkan maruah dan kehormatan.
Buktinya terhasillah peribahasa, teka-teki,
seloka, pantun, syair, untuk memberi
nasihat/sindiran/kritik secara halus.
Berhadapan dengan pelbagai perjuangan
hidup. Buktinya terhasillah pelbagai cerita
aneh, luar biasa, penuh misteri, mitos.
1 November 2014

Ciri-ciri karya sastera Melayu


tradisional
Sesuai dengan ciri-ciri tersebut, maka hasil sastera
tradisional memiliki sifat-sifat:
Milik bersama
Oleh kerana itu, karya-karya Melayu tradisional tidak
dituliskan siapa penulis atau pengarangnya.
Mereka tidak mengambil berat siapakah penciptanya.
Mereka menganggap segala hasil sastera terutamanya
puisi yang tercipta itu milik bersama.
Ciri statik terpancar melalui karya sastera yang sangat
terikat dengan peraturan / sifatnya: pantun, syair,
teromba, dll.
1 November 2014

Sifat-sifat karya agung

Sastera bercorak sejarah (historiografi)


Mengagungkan golongan raja
Mengisahkan asal usul tempat
Menyampaikan ajaran moral/teladan
Sumber tentang adat-istiadat Melayu

1 November 2014

Gaya
Gaya pada umumnya bermaksud cara atau
ragam.
Pada manusia, gaya ialah cara seseorang
memperlakukan dirinya berpakaian,
bertingkah laku, bercakap, makan minum, dan
sebagainya.
Gaya lahir ini juga dianggap sebagai bayangan
daripada adab sopan dan akhlaknya.
1 November 2014

Gaya bahasa
Gaya bahasa bermaksud cara atau ragam
bahasa itu dipakai, khususnya dalam tulisan
atau karangan.
Penggunaannya mempunyai jenis-jenis yang
khusus: esei, berita, akademik, undangundang, dll.
Gaya bahasa juga merujuk stail penulisan:
gaya bahasa penulis A berbeza dengan gaya
bahasa penulis B.
1 November 2014

Gaya bahasa sastera


Gaya bahasa sastera bermaksud gaya bahasa
yang khusus digunakan untuk kesusasteraan.
Bahasa ialah alat seni yang mengandungi nilai
estetik: yang mengharukan dan
membangkitkan perasaan, dan merangsang
daya fikir dan akal.

1 November 2014

Penggunaan bahasa dalam


Karya Agung
Secara umumnya, penggunaan bahasa dalam
karya-karya agung mudah dibaca.
Penggunaan ayatnya panjang-panjang namun
tidak menyukarkan pembacaan.
Banyak menggunakan bahasa istana
memandangkan penulisannya bertujuan
meninggikan darjat raja, dan ditulis
berdasarkan perintah istana.
1 November 2014

Penggunaan bahasa dalam


Karya Agung
Beberapa aspek penggunaan bahasa yang akan
dibincangkan ialah:
1. Pemilihan kata dan ayat
2. Penggunaan pelbagai jenis puisi
3. Pengaruh bahasa asing

1 November 2014

1. Pemilihan kata dan ayat


Terdapat banyak penggunaan perkataan klasik
dan arkaik seperti arakian, hatta, maka contoh:
Arakian maka berkatalah Perdana Menteri itu
kepada Nabi Khidzir (SM : 4)
Hatta, berapa lamanya, setelah sudah Raja
Iskandar (SM : 6)
Maka kedengaran khabar (SM : 6)
Maka sembah Perdana Menteri China (SM:6)
Maka titah Raja China (SM :6)
1 November 2014

1. Pemilihan kata dan ayat


Penggunaan ayat yang panjang-panjang dan berbelit-belit.
Contoh:
Maka oleh Sultan Malikus Saleh tanahtinggi itu disuruh
oleh baginda tebas, maka diperbuatnya negeri kepada
tempat itu dan diperbuatnya istana; maka dinamai Pasai,
menurut nama anjing itu. Maka ananda baginda Sultan
Malikus Tahir dirajakan oleh baginda di Pasai itu; Sidi Ali
Ghuyatuddin dijadikan mangkubumi. Maka oleh Sultan
Malikus Saleh segala rakyat, gajah, kuda dan perkakas
kerajaan dibahagi dua, sebahagi akan ananda baginda
Sultan Malikut Tahir dan sebahagi diberikan ananda
baginda Sultan Malikul Mansur.
(SM : 43)
1 November 2014

1. Pemilihan kata dan ayat


Penggunaan ayat yang panjang. Contoh:
Maka Bendahara Paduka Raja menyuruhkan Tun Pikrama
dan Tun Bijaya Maha Menteri, dan Seri Bija Diraja, dan
Seri Bija Pikrama, dan Tun Sura Diraja, dan Tun Amar
Diraja, dan Tun Bija Diraja, dan Tun Bija Setia, dan Sang
Bija Rakna, dan Tun Rana, dan Seri Setia, dan Sang Naya,
dan Sang Guna, dan Sang Jaya Pikrama, dan Sang Aria,
dan Sang Rana Sura, dan Sang Sura, dan Sang Jaya, dan
Sang Sura Pahlawan, dan Tun Aria, dan Tun Bija Pikrama,
dan segala hulubalang sekalian pergi mengikut Maharaja
Dewa Sura; berdahulu-dahuluan, sekaliannya hendak
beroleh jasa pada Bendahara.
(SM : 74)
1 November 2014

2. Penggunaan pelbagai jenis puisi


Pantun
Syair
Nyanyian
Seloka
Gurindam
Bahasa berirama
Mentera
Perbilangan
Talibun
Peribahasa
1 November 2014

Pantun paling popular


Sana sini gigi menimang,
Hendak makan ikan dalam telaga;
Lagi lemak telur berlinang,
Sisiknya lekat kepada dada.
(SM : 160)
Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada;
Adakah gila bagipun tuan?
Burung terbang dipipiskan lada.
(SM : 160)

Telur itik di Singgora,


Pandan terletak dilangkahi:
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.
(SM : 51)
Murah kata derji,
Empat hasta sehelai baju,
Muda berusul Lela Manja,
Bagai mutiara dalam teraju.
(SM : 155)
1 November 2014

Syair

(http://www.youtube.com/watch?v=SvEGuNUOPcE)

1 November 2014

Nyanyian juga popular dan banyak


digunakan
Carik baju raja,
Dilompati todak;
Bukan disengaja,
Sebab akal budak.
(SM : 52)
Gendang raya dapat berbunyi,
Raja Rekan masuk mengadap;
Orang kaya apa bunyi,
Dendam sahaya berdapat-dapat,
Bagai cincin kena permata.
(SM : 63)

Lalai-lalai mana bubutan?


Bubutan lagi dikelati;
Kakak Tun Telanai mana pungutan?
Pungutan lagi di Tanjung Jati.
(SM : 78)
Raja Maluku meminjam kuda,
Kuda dipinjam kuda Maulana;
Tuanku nyawa orang muda,
Bertambah arif bijaksana.
(SM : 133)

*** Nyanyian ini dari segi struktur masih menunjukkan ciri-ciri

pantun.

1 November 2014

Seloka

Syair melarat yang tidak teratur


Berangkap
Tidak tetap sukatan sajak dan sukukatanya
Mengandungi unsur-unsur jenaka, sindiran,
ejekan, dan gurau senda.

1 November 2014

(http://www.youtube.com/watch?v=giMz4tElg5Y)

Aduhai malang Pak Kaduk


Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
1 November 2014

Gurindam
Sutan Takdir Alisjahbana memberi definisi
gurindam sebagai kalimat-kalimat majmuk
yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak
pada akhir pasangannya, tetapi sempurna
perkataannya dengan satu pasangan sahaja.
Sajak yang pertama itu syarat dan yang kedua
itu jawab .
Puisi yang padat bahasanya memberi nasihat
dan pengajaran.
1 November 2014

Contoh: Gurindam 12 (RAH)


Raja muafakat dengan menteri
Seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan olehmu orang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu.
1 November 2014

Bahasa berirama
Bahasa berirama merupakan puisi melarat
yang tiada skema perkataan atau baris
tertentu.
Pengarang menyelitkan bahasa berirama
supaya cerita menjadi lebih menarik kepada
pendengarnya.

1 November 2014

Contoh
Tengah malam sudah terlampau
dinihari belum lagi nampak
budak-budak dua kali jaga
orang muda pulang bertandang
orang tua berkalih tidur
embun jantan rintik-rintik
berbunyi kuang jauh ke tengah
sering lanting riang di rimba
melenguh lembu di padang
sambut menguak kerbau di kandang
berkokok mendung merak mengigal
fajar sidik menyinsing naik
kicak kicau bunyi murai
tap tibau melambung tinggi
berkuku balam di hujung bendul
terdenyut puyuh panjang bunyi
puntung sejengkal tinggal sejari
itulah alamat hari nak siang.

(http://www.youtube.com/watch?v=AhiGM8JAlGs)

Pelukisan tentang
suasana/keadaan
hari yang hampir
siang.

1 November 2014

Contoh
Sabung bertunda bulu ayam
sabung tak berhenti siang malam
air didih menganak sungai
kerak nasi membusut jantan
terung berbuah di gelegar
kunyit berhimpang di atas para
serai beranak di atas dapur
kepala kerbau dibuat tungku.
1 November 2014

Gambaran
jamuan atau
kenduri yang
dibuat secara
besarbesaran,
terutamanya
di
perkarangan
istana.

Jampi/mentera
Bentuk puisi magis, mempunyai hubungan
dengan makhluk halus dan alam ghaib.
Wujudnya berkait rapat dengan kepercayaan
masyarakat tradisional.
Jampi digunakan untuk tujuan perbomohan
iaitu untuk mengubati orang sakit.
Selain itu juga digunakan sebagai pakaian
diri iaitu sebagai jaminan keselamatan dalam
melakukan sebarang pekerjaan.
1 November 2014

Contoh: mentera menangkap buaya


Hai si Jambu Rakai, sambut
pekiriman
Puteri Runduk di Gunung
Ledang
Anbacang masak sebiji bulat
Penyikat tujuh penyikat
Pengarang tujuh pengarang
Diorak dikumbang kangan
Lulur lalu ditelan
Kalau tidak kausambut
Dua hari jangan ketiga
Mati mapek mati mawai

Mati tersadai pangkalan


tambang
Kalau kausambut
Ke darat kau dapat makan
Ke laut kau dapat minum
Aku tau asal kau jadi
Tulang buku tebu asal kau jadi
Darah kau gula, dada kau upih
Gigi kau tunjang berembang
Ridak kau cucuran atap.

1 November 2014

Contoh: Jampi Ilmu Pengasih


Si Irin namanya air
Si Putih namanya engkau
Aku tahu asal usulmu
Dari darah putih ibumu
Bukan kurenung anak matamu
Tapi kurenung jantung hatimu
Nah terpanah engkau dengan
panah asmara
Lalu kau tunduk kepadaku
Lalu kau sayang dan cinta berahi
kepadaku
Dengan berkat doa lailahaillallah
Muhammadur Rasulullah.
1 November 2014

Tergolong dalam
kategori jampi
kerana mempunyai
unsur-unsur agama
(menyebut nama
Allah, Nabi, dan
sebagainya)

Perbilangan
Merupakan peraturan
atau undang-undang
yang dibentuk oleh
masyarakat itu sendiri
bagi menimbulkan
suasana aman dan
tenteram.
Sangat jelas terutamanya
dalam masyarakat yang
mengamalkan Adat
Perpatih.
1 November 2014

Contoh:
Tanggungjawab pemimpin
Pohon rendang di tengah padang
Batangnya untuk bersandar
Dahannya untuk bergantung
Buahnya untuk dimakan
Daunnya untuk berlindung

1 November 2014

Hirarki masyarakat
Alam nan beraja
Luak nan berpenghulu
Suku nan berlembaga
Anak buah yang berbuapak

Talibun
Puisi berbentuk bebas dan tidak tentu jumlah
barisan, perkataan, dan suku kata dalam
setiap baris.
Wujud banyak unsur aliterasi dan asonansi
dengan rentak dan iramanya menjadikannya
ungkapan yang indah dan menarik.

1 November 2014

Contoh:
Santapnya beradat,
Dua suap ketiga sudah
Keempat basuh tangan
Kelima kumur-kumur
Keenam makan sirih
Kelat jatuh ke rongkongan
Seri naik ke muka.
1 November 2014

Perumpamaan
Perumpamaan ialah susunan kata yang indah,
ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud
yang tersirat.
Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata
bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
Contoh:

1 November 2014

Peribahasa
Susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,
mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak
perkataannya.
Kelompok kata atau kalimat ini tetap susunannya, biasanya
mengiaskan maksud tertentu (termasuk juga bidalan,
ungkapan, perumpamaan)
Ungkapan atau kalimat ringkas padat, berisi perbandingan,
perumpamaan, nasihat, prinsip hidup atau aturan tingkah
laku.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa
itu digunakan, yang membina minda.
Contoh:
Burung terbang dipipiskan lada (SM : 160)
Rosak bawang ditimpa jambak (HHT)
1 November 2014

3. Pengaruh bahasa asing

1 November 2014

Pengaruh bahasa asing Arab (Islam)


dan jangan engkau peringankan ibadatmu
akan Allah subhanahu wataala; dan jangan
engkau ambil hak segala manusia dengan
tiada sebenarnya.
(SM : 50)
Banyak penggunaan frasa, seperti:
Waladu l-maliku l-mukararam (SM : 7)
Subhana llahu l-maliku l-jabbar (SM : 13)
1 November 2014

Pengaruh bahasa asing Jawa


itulah dipantunkan Jawa, demikian bunyinya:
Onya suruh tanggapana penglipur; saben dina
katon perandene duka ugi
(SM : 88)
Maksudnya:
Ini sirih, buat olehmu penglipur rasa berahi;
sehari dilihat sungguh, demikian pun rindu juga.
1 November 2014

Retorik
Retorik merupakan the art of speaking or writing
effectively.
Dalam konteks penulisan, retorik boleh dirujuk sebagai
seni penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian
fakta-fakta dan idea dengan bahasa yang menarik dan
berkesan.
Retorik berasal daripada perkataan Greek rhetor yang
bermaksud pidato.
Penggunaan retorik sangat penting semasa zaman Greek
terutamanya dalam perdebatan mereka tentang politik.
Tokoh penting penggunaan retorik ialah Plato (427-347BC).
Tradisi ini diteruskan, malah diperluas oleh muridnya
Aristotle (384-322BC).
Tulisannya Rhetoric telah diterjemahkan (terkini dalam
tahun 1990) dan kini dirujuk sebagai rujukan utama dalam
bidang retorik.
1 November 2014

Retorik dalam karya agung


Secara umumnya terdapat beberapa unsur
retorik yang sangat dominan dalam karya Melayu
tradisional iaitu pengulangan dan perbandingan.
Hal ini bersesuaian dengan ciri sastera itu sendiri
yang bersifat oral dan diceritakan, maka
pengulangan dan perbandingan dapat
menimbulkan keindahan dan rasa seronok
kepada pendengar. Selain itu kedua-dua unsur ini
dapat memberi penegasan maksud.
1 November 2014

Unsur retorik yang biasa digunakan


1.Aliterasi
Pengulangan

2. Asonansi
3. Paralel

Retorik

1. Simile
2. Metafora
Perbandingan

3. Analogi
4.
Personifikasi
5. Hiperbola

1 November 2014

Contoh: Pengulangan frasa


Setelah sudah, Kapten Feringgi itu pun bermohonlah
pada raja dan Bendahara lalu turun ke kapalnya melarik
belulang, sebidang belulang itu dijadikan tali dan
menyuruh kelasinya berangkat batu segala perkakas
pegawai gedung itu. Maka kaptennya pun naik ke darat
membawa tali belulang itu, ditariknya empat persegi
tanah itu sehabis-habis tali belulang sebidang itu, maka
diperbuatnya sebuah gedung terlalu besar dan
tingginya, terlalu kukuh gedung itu, diperbuatnya
lubang meriam tujuh lapis.
(HHT, halaman 521)
1 November 2014

Contoh: Pengulangan kata (anafora)


Maka oleh Paduka Bubunya
Maka sembah Tun Telanai
Maka titah Paduka Bubunya
Sembah Tun Telanai
Maka titah Paduka Bubunya
Maka Tun Telanai diam.
Maka titah Raja Siam,
Maka Tun Telanai menyuruh
Maka sembah Tun Telanai kepada Paduka Bubunya

Maka pada hati Paduka bubunya


(SM : 79)
1 November 2014

Contoh: Perbandingan (simile)


giginya seperti bunga seri gading, bibirnya
seperti daun ketirah.
(SM : 83)
rupa sinar senjata seperti kilat sabung
menyabung. Maka rakyat Pasai pun keluarlah,
terlalu azmat tempik sorak rakyat Pasai, seperti
laut pasang penuh rupanya, tunggul panji-panji
seperti pohon kayu.
(SM : 122)

1 November 2014

Contoh: Perbandingan (hiperbola)


Telah datang had buluh perindu, maka segala
orang yang naik itu seperti akan terbang rasanya,
daripada sangat amat keras angin bertiup. Maka
awan pun dapat dicapai lakunya. Syahdan, bunyi
buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung
terbang pun berhenti menengar bunyinya, segala
margasatwa pun hairan menengar dia.
(SM : 160)
1 November 2014

Contoh: Perbandingan (analogi)


Adapun Laksamana Hang Tuah, barang tempat ia
pergi, gegak gempita bunyi orang daripada hebat
melihat sikap lakunya. Jika ia di peseban, peseban
gempar, jika ia dipanggungan, panggungan gaduh, dan
segala perempuan Jawa anak dara-dara, jikalau ia
berjalan ke pasar atau barang ke mana, banyaklah
yang gila akan Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah
lalu, perempuan di dalam pangkuan lakinya itupun
bangun hendak melihat Hang Tuah.
(SM : 88)
1 November 2014

Contoh: Perbandingan (personifikasi)


Memberi sifat manusia kepada objek bukan
manusia.
Contoh:
Limau mengkar pun bersorak, anggerik pun
mengilai, delima tersenyum, bunga air mawar
berpantun.
(SM : 160)

1 November 2014

Estetik
Emmanuel Kant memberi definisi estetik sebagai:
the analysis of taste and the analysis of sensible
cognition or intuition.
Dalam bahasa Greek, estetik bermakna sensation.
Dalam penulisan, estetik merupakan kajian
terhadap tindakbalas umum atau spesifik terhadap
hasil seni tulisan.
Penggunaan unsur estetik dapat menimbulkan
tindak balas emosi pembaca (suka, sedih, marah,
dsb)
1 November 2014

Falsafah estetik
Secara mudahnya estetik berkait rapat dengan
perbuatan menghargai keindahan
Indah atau keindahan itu pula secara
mudahnya dapat dikatakan sebagai apa saja
yang captures your heart pada masa
tersebut.
Kita sering mendengar ungkapan beauty is in
the eye of the beholder. Oleh itu
* estetik bersifat interpretif dan relatif.
* berbeza mengikut individu.
1 November 2014

Walau bagaimanapun, terdapat persetujuan


umum tentang nilai estetik sesebuah hasil
penulisan, iaitu:

Estetik merupakan kajian falsafah tentang keindahan


dan persepsi.

Oleh itu dalam penulisan, estetik merujuk


persepsi pembaca terhadap keindahan
penceritaan sesuatu bahan bacaan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan estetik
merupakan aspek paling penting dalam kerjakerja penulisan sama ada fiksyen atau nonfiksyen.
Estetik yang menentukan sama ada hasil
penulisan yang dibaca menarik minat atau
sebaliknya.
1 November 2014

Retorik & estetik


Perlu diingat bahawa penulisan estetik
berbeza daripada penulisan retorik.
Walau bagaimanapun, kedua-duanya boleh
digunakan serentak bagi menimbulkan impak
yang optimum.
Penulisan retorik berkaitan penyampaian idea
tetapi penulisan estetik menyentuh emosi.

1 November 2014

Rumusan
Sastera Melayu tradisional mencerminkan realiti
sosiobudaya dan alam fizikal masyarakat itu sendiri.
Ia merakam pelbagai bencana yang menimpa
masyarakat waktu itu.
Selain itu ia juga menyatakan secara tersurat dan
tersirat usaha-usaha menghindar bencana sosial dan
agama.
Secara ringkas, sastera Melayu tradisional merupakan
cerminan masyarakat Melayu tradisional.
Penggunaan gaya bahasa dalam karya Melayu
tradisional bertepatan dengan fungsi sastera itu sendiri
dan juga ciri masyarakat Melayu tradisional.
1 November 2014

Terima kasih.
Disediakan oleh
: Professor Madya Dr. Rohizani Yaakub
Disampaikan oleh : Dr. Fadzilah Amzah
Dr. Shahabudin Hashim
Encik Rosnan

Disediakan oleh
Disampaikan oleh

: Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub - Kota Kinabalu


: Pn. Arfah Ahamad Pulau Pinang
Encik Abdul Rahim Othman Kuching
Encik Rosnan Mahmood Kota Bharu

Anda mungkin juga menyukai