Anda di halaman 1dari 42

5.

3 KARYA AGUNG
MELAYU
Asal bahasa Melayu
• Bahasa Melayu berasal daripada bahasa
Austronesia (bahasa Malay-polinesia) yang
terbahagi kepada kelompok besar; Nusantara
(Malaysia, Indonesia, Filipina dan Madagaskar),
Melanesia (Irian, Karolina dan Salmon), dan
Polinesia (Maori, Hawai) (Ismail Hamid, 1988).
• Bahasa Melayu berkembang semasa
kemunculan kerajaan Melayu Jambi dan
kerajaan Melayu Melaka.
Pengaruh Hindu dan bahasa Sanskrit

• Kedatangan orang India membawa bersama


agama dan budaya Hindu, memunculkan
kerajaan Hindu di alam Melayu; kerajaan
Langkasuka, dan Sriwijaya.
• Muncul bahasa Sanskrit (bahasa India Tua)
yang digunakan dalam kitab Veda.
• Bahasa Melayu kuno mengalami perubahan
apabila muncul bahasa Sanskrit.
Samb.
• Tulisan dalam bahasa Sanskrit pada batu bersurat mempunyai
nilai seni/ sastera. Contoh Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M);
• di asannakala di antara marga
lai temu muwah ya ahara
dgan air diminumnya
sawanyanya wuatnya huma
parlak mancak muwah ya
menghidupi pasu prakara
marhulun tuwi werddhi
samanyaknya yang upasarga
pidana swadpanwigna.
Samb.
• Terjemahannya:

Apabila mereka lapar


di tempat perhentian atau di tengah-tengah
perjalanan, haruslah mereka
mendapatkan makanan adan
air minuman
moga segala perhumaan dan kebun-kebun
yang mereka perbuat akan memberi
hasil yang banyak
Moga selamat
segala macam ternak dan
sekalian hamba sahaya mereka
ditimpa oleh sesuatu malapetaka
atau diseksa oleh
penyakit tak dapat tidur.

(Ismail Hamid, 1988, h. 19)


Konsep Karya Agung
• Rosnah Baharudin (1997) menyatakan bahawa istilah lain dalam
maksud yang sama bagi karya agung adalah magnum opus,
kanon, karya klasik atau mahakarya.
• Dalam bahasa Inggeris disebut great works
• Mahakarya adalah karya besar atau karya agung yang lahir pada
sesuatu zaman; karya seni yang unggul dan mengagumkan
negara penciptanya; karya terbaik yang tercipta daripada daya
intelek dan daya kreativiti dan intelek yang tinggi; karya terbaik
oleh sasterawan atau karyawan dan merupakan puncak
kreativitinya; karya yang menjadi contoh paling unggul dari segi
penciptaannya (Glosari Istilah Kesusasteraan, 1988, h. 184)
Samb.
• Hassan Ahmad (dalam Rosnah, 1997)
menyatakan bahawa karya agung adalah karya
yang membentuk warisan budaya bangsa,
ilmu, persuratan, falsafah dan nilai atau
pandangan sejagat bangsa.
• Pemikiran dan daya intelek pengarang
merentasi kerangka masa, dan bersifat
kontemporari/ semasa/ sezaman.
• Karya agung dianggap sebagai karya yang
dapat membentuk jati diri sesuatu bnagsa,
sehingga dapat memantulkan kembali
ketamadunan bangsa tersebut pada bila-bila
masa sebagaimana kita mengenal tamdun
Greek, Yunani, Cina, India dan Mesir.
• Menjadi landasan kemajuan sesuatu bangsa.
Samb.

• Secara harafiahnya diertikan sebagai:


Karya yang mempunyai cerita dan
penulisan yang hebat, meliputi segala
bentuk penataran peristiwa, bahasa,
keindahan, olahan, fikiran dan perasaan
yang terkandung dalamnya.
• Sering dikaitkan dengan cerita hikayat
daripada teks sastera tradisional atau klasik.
Jenis karya agung
Tiga jenis karya sastera Melayu yang layak diangkat
sebagai karya agung:
1. Sastera lisan yang boleh bertahan sampai kini;
pantun, syair, gurindam dan peribahasa Melayu.
2. Teks klasik yang telah diuji zaman, dan jadi bahan
kajian sarjana hingga kini; Sejarah Melayu, dan
Hikayat Hang Tuah.
3. Teks sastera moden, dan kontemporari yang avant-
garde; novel dan drama – Salina, Ranjau Sepanjang
Jalan, Tikus Rahmat.
Teks-teks yang boleh diangkat sebagai karya agung yang lain

• Hikayat Merong
• Syair Siti Zubaidah
Mahawangsa
• Hikayat Raja-Raja Pasai
• Syair Seribu Siti
• Hikayat Inderapura • Syair Bidasari
• Hkayat Muhammad • Syair Dandan Setia
Hanafiah • Syair Perahu Hamzah

• Hikayat Amir Hamzah • Syair Burung Pingai Fansuri

• Hikayat Iskandar
Zulkarnaian
• Tuhfat al-Nafis
Karya Agung Melayu

• Ditulis menggunakan bahasa Melayu, sama ada


berdialek Melayu Semenanjung atau daerah
Melayu di tempat lain seperti Sumatera,
Sulawesi, Kalimantan, Sumbawa dan Lombok
(daerah2 ini dikenali sebagai “Nusantara”-
Mohd Taib Osman, 1997)
• Ditulis menggunakan tulisan Jawi (aksara Arab
berbahasa Melayu) yang mencakupi pelbagai
bidang – pemikiran, falsafah dan pandangan
hidup yang diguna pakai turun temurun.
Sumber Karya Agung
• Bahasa Melayu kuat setelah kedatangan Islam.
• Timbul usaha memartabat bahasa Melayu oleh
beberapa institusi dan masyarakat dengan
menampilkan idea bernas mencakupi pelbagai
bidang.
• Karya agung muncul dari institusi beraja/istana
yang memaparkan sistem pemerintahan beraja.
• Muncul pengarang seperti Nuruddin al-Raniri,
Shamsuddin al-Sumaterani, Abd. Rauf Singkel
dan Raja Ali Haji.
Ciri-ciri Karya Agung
1. Lambang dan pesanan yang hendak
disampaikan.
2. Nilai budaya dan pandangan hidup.
3. Nilai ilmu.
4. Teknik kepengarangan.
5. Seni bahasa.
(Hassan Ahmad, 2000:20)
1. Lambang dan pesanan
• Mengungkap hasrat bangsa melalui pengarang
atau penyusun karya.
• Ungkapan ini dapat dilihat pada mukadimah
Sejarah Melayu/Sulalatus al Salatin:
“… diperbuatkan hikayat didengar oleh anak cucu
kita yang kemudian draipada kita dan
diketahuinyalah segala perkataan, syahadan
beroleh faedahlah mereka itu daripadanya..”
(Sulalatus al Salatin edisi karya agung, 1997-3-4)
• Teks Sejarah Melayu- selain kegemilangan
Melaka, diselitkan pelbagai cerita ibarat dan
ketinggian Melayu sehingga Melayu dapat berdiri
sama tinggi dengan bangsa besar lain di dunia.
• Perjanjian Sang Sapurba dengan Demang Lebar
Daun
• Peristiwa Singapura dilanggar Todak
• Peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang
• Dsbnya..(rujuk teks Sejarah Melayu)
2.Nilai budaya dan pandangan hidup
• Karya yang memuatkan amanat pembangunan negara.
Contoh wasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya:
“ Ketahui olehmu anakku, bahawa yang di dunia ini
tidak akan kekal adanya. Yg hidup itu sedia akan mati
juga sudahnya. Iman yang sempurna dan pekerti yang
baik itulah yang kekal, disebut orang selama2nya.
Adapun peninggalanku ini hendaklah engkau bersabar,
serta adil sangat2, dan jangan tamakkan harta, kerana
makan hak sama Islam terlalulah besar dosanya tiada
diampuni Allah melainkan dgn izin tuannya…”
(Sejarah Melayu, 1967:126)
3. Nilai ilmu

• Menampilkan mesej berat tentang


kepentingan ilmu pelbagai bidang dalam
kehidupan;
• Contoh teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang
Tuah..
• Hang Tuah mengusai 12 bahasa dunia (HHT)
• Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan ulama (SM)
• Nilai ilmu bersangkutan soal kehidupan berbudaya;
berpanggilan;mentadbir negara; hukum hakam; cukai
pendapatan dsbnya (rujuk SM)
• Akal budi Melayu turut ditekankan dalam peribahasa
Melayu seperti:
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama
biarlah seperti ular menyusur akar, tidak akan hilang
bisanya.
Jangan jadi gendang ksoong, berbunyi kuat, berisi tidak.
4.Teknik kepengarangan, Pengarang / Penyalin
• Penulis / penyusun / penyalin
• Bebas menokok tambah / mengarang isi teks
• Contoh versi SM ada pelbagai; Shellabear, Raffles dan
A.Samad Ahmad
• SM: Tun seri Lanang diberi tugas memikul tanggungjawab.
Memperkenalkan diri sebagai:
“Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas
anggota fakir allazi huwa murakkabun a’la’l-jahli Tun
Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timang-
timangannya, Paduka Raja gelarannya Bendahara anak
Orang Kaya Paduka Raja, cucu Bendahara Seri
Maharaja… Melayu bangsanya dari Bukit Siguntang
Mahamiru.” (SM, 1967:2)
• Menggambarkan kerendahan hati pengarang
• “fakir” –melambangkan kerendahan hati –
menjadi suatu gaya penulisan pada ketika itu.
• Dalam syair misalnya:
Dengarkan tuan segala madah
Dikarangkan fakir berhati gundah
Sungguh rencana tiada indah
Membaca mendengarnya banyak faedah.
• Memperlihatkan seolah-olah pengarang sebagai
pengantara antara raja dengan rakyat.
• Pengarang tidak bernama- karya dianggap milik
bersama.
5.Seni bahasa
• Karya agung dipersembahkan dalam wadah bahasa
yang berat, penuh dengan pemikiran kritis pengarang.
• Disampaikan secara halus dan bersahaja.
• Dalam karya terdapat pelbagai seni bahasa seperti
peribahasa, gurindam, syair, pantun,
seloka, bahasa berirama dsb.nya. Contoh:
“Minum air berbayang-bayang
Santap sirih berkaca-kaca
Jika bersandar ditiang, tiang terus oleh cahayanya
Tiadalah tolok bnadingnya kepada zaman ini”
(Hikayat Malim Deman:3)
Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
….
Itu alamat hari nak siang.
(Hikayat Malin Deman:4)

• Menceritakan suasana hari hampir siang.


• Berdasarkan gambaran alam semulajadi.
• Segala-galanya memaparkan keagungan,
kepintaran dalam menyulam kata sehingga
menonjolkan ikatan makna yang hanya
difahami oleh masyarakat yang mewarisinya.
• Pengarang bukan sahaja mahir dalam
penggunaan bahasa tetapi mahir dalam
kreativiti khayalan –eksploitasi imaginasi
untuk menarik khalayak.
Kesimpulan

• Karya agung ialah karya yang dapat


meninggalkan kesan positif kepada bangsanya
dalam pelbagai perspektif sama ada
pemikiran, faksafah kehidupan, kepintaran
dalam segala pembinaan dan sealur dengan
akal budi yang menjadi landasan mewujudkan
jati diri bangsa bermaruah.
KESUSASTERAAN EPIK

• Takrif epik ;
• Epik adalah sejenis karangan yg tumbuh
dalam suatu peringkat perkembangan
sesuatu bangsa. Ia merupakan cerita
pahlawan, cerita yg memuji/agungkan
pahlawan sesuatu bangsa.
• Ia mengemukakan watak yg agung dlm satu
rentetan peristiwa @ pengembaraan yg
berpusat pada watak tersebut.
• Cerita epik ini ‘hidup/ dan berkembang dlm
masyarakat. Nama wira/pahlawan sentiasa
harum, dikenang jasa dan diri/peribadinya
menjadi teladan kpd bangsanya secara
keseluruhan.
• Bentuk epik sebenarnya telah lama dikenali dlm
masyarakat Mel tradisional, contohnya zaman
Hindu;
– Ramayana, Mahabharata, Hikayat Pandawa Lima
• pengaruh Jawa;
– Saduran cerita2 panji spt Panji Semirang, dll
• zaman Islam:
– Hikayat Muhammad Hanafiah & Hikayat Amir
Hamzah
• Epik Melayu yg sebenar ialah Hikayat Hang Tuah
(HHT).
• Kajian2 oleh sarjana biasanya melihat HHT dari
pelbagai sudut pandangan, misalnya Winsteadt ,
Overbeck & Hooykaas melihat kepada aspek sejarah,
manakala Parnickle pula melihat ideologi politiknya.
• Hanya Kassim Ahmad yg akhirnya tegas meletakkan
HHT sebagai genre epik sama seperti Illiad dan
Odyssey
• Epik yg sebenarnya adalah dalam bentuk
puisi yg memperkenalkan watak wira/
manusia agung. Wira ini pula selalunya
melakukan aksi yg luar biasa, baik kerana
keberanian, keggahan mahupun kerana
kesaktiannya. Kesaktian mungkin terletak
pada diri ataupun pada senjata yang
dimilikinya. Latar sebuah epik itu biasanya
amat luas (mungkin seluruh dunia). Dari segi
waktu mungkin beratus-ratus tahun.
• HHT sungguhpun tidak ditulis dlm bentuk
puisi, masih memenuhi ciri-ciri lain sebuah
epik. Ini kerana HHT menceritakan seorang
pahlawan yang diagungkan oleh
masyarakatnya, mempunyai sifat yg luar biasa,
latar masanya panjang, latar tempat
mencakupi seluruh dunia, iaitu dunia yg
diketahui oleh orang Melayu pada waktu itu.
• Sebagai sebuah epik watak2 dalamnya
dibesar-besarkan, dan bukan lagi watak
manusia real sptmana dalam sejarah. Dalam
HHT, banyak sekali menggunakan lambang2
yang mempunyai fungsi yang tertentu;
• Hang Tuah misalnya dianggap sebagai
lambang kekuasaan dan kebesaran kerajaan
Melayu Melaka. Semasa Hang Tuah kecil,
Melaka baru didirikan, apabila Melaka ‘besar’,
Hang Tuah menjadi orang kanan. Apabila Hang
Tuah jatuh sakit Melaka diancam Portugis dan
seterusnya kalah/ runtuh apabila Hang Tuah
mengundurkan diri dari perkhidmatan negara
Ciri-ciri epik
• Wiranya mestilah mempunyai kedudukan
yg tinggi dlm sejarah bangsanya, contohnya
watak Achillles pahlawan Greek (panglima
perang kepada King Agamemnon, seorang
raja Greek) dalam epik Illiad. Sementara
watak Rama & Laxamana dlm teks
Ramayana merupakan watak/tokoh yang
terkenal/ sangat dihormati oleh masyarakat
beragama Hindu.
• Struktur Plot Epik (Noriah Taslim, 1986);
• Secara umumnya menyatakan bahawa
“pengaruh struktur plot cerita penglipur lara
jelas dpt dikesan dlm karya epik), iaitu;
• Situasi awal – memberi gambaran kpd satu
situasi alam yg tenang dan stabil
– Kelahiran wira, termasuk tanda, firasat nujum, dll
– Kelengkapan wira semasa kecil – pembantu, senjata
milik wira, menuntut ilmu, dll
• Penganiayaan/ kekurangan – muncul dan
mengubah kestabilan/ ketenangan
– Wira atau objek yg menjadi minat wira, teraniaya
– Wira atau objek yg menjadi minat wira, mengalami
kekurangan
• Keluar mengembara – ketidakseimbangan
mendorong wira keluar utk mengembara
– Wira menghadapi ujian2
– Wira diperkenalkan kpd pembantu/ pemberi alat2
magis, dll
• Kembali – bersama alat2 bantuan/ magis,
dan wira berjaya mengatasi kekurangan/
penganiayaan serta kembali ke tempat asal.
Hal ini akan memunculkan semula satu
situasi alam yg tenang dan stabil
• Latar dalam epik amat luas meliputi seluruh
dunia. Dalam Odyssey misalnya, watak utama
telah mengembara ke seluruh Teluk
Mediterranean (dunia yang diketahui oleh
pengarang pd waktu itu). Latar dlm Paradise
Lost pula meliputi seluruh kosmos ,iaitu alam
syurga, alam dunia, dan alam neraka.
Sementara dlm Ramayana & Mahabharata latar
luas menjangkaui alam dunia & alam kayangan
• Sifat kepahlawanan; wira terkenal dgn
kegagahan terutamanya dlm pertarungan,
misalnya Achilles dlm Odyssey yang
memperlihatkan kehebatan dlm peperangan
Trojan. Kegagahan Rama sewaktu berperang
dgn Maharaja Rawana, kehebatan Arjuna dlm
peperangan menentang saudaranya kaum
Kaurawa
• Unsur-unsur supernatural; merupakan unsur
penting bukan sahaja dlm sastera epik tetapi
juga dlm tradisi sastera Melayu yg lain. Dlm
epik Eropah misalnya Tuhan turut campur
tangan dlm sesuatu peperangan. Tuhan
Olympus misalnya turut membantu Achilles
melawan musuh2nya. Dlm epik Hindu, watak2
utama (Ramayana/Mahabharata) sering
dibantu oleh dewa
• Gambaran yang objektif; penggambaran oleh
pengarang dlm epik biasanya bersifat objektif.
Pengarang tidak menyebelahi mana-mana
pihak dgn penuh sentimen.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai