Garis Panduan Pemilihan Karya-karya Besar (Great Works) untuk Koleksi Pusat Sumber Sekolah.
Latar Belakang.
Masyarakat yang bertamadun tinggi mengamalkan budaya ilmu yang dibina melalui tabiat membaca.
Kajian tabiat dan minat membaca rakyat Malaysia (1984) menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya
membaca satu muka surat setahun berbanding dengan 200 muka surat dibaca oleh rakyat Jepun.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa remaja Malaysia lebih cenderung kepada majalah hiburan.
Kajian tabiat membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (1996) melalui Frank Small
& Assoc. menunjukkan : -
Kadar literasi rakyat Malaysia mencapai 93 peratus, tetapi kadar yang membaca hanya 87 peratus-
Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah untuk memupuk budaya membaca
melalui program NILAM yang sedang dilaksanakan di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh
negara. Dalam usaha memupuk budaya membaca kepada para pelajar, salah satu langkah untuk
melahirkan masyarakat pembaca kepada bahan-bahan bacaan yang berkualiti iaitu karya-karya besar
yang mempunyai unsur-unsur mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan.
Definisi
Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam
kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai
kemanusiaan di dalam karya tersebut.
Rasional Hasil daripada penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan mendapati majoriti calon lebih
mementingkan kuantiti buku yang dibaca daripada kualiti buku. Hanya segelintir calon terutamanya calon
sekolah menengah yang dikenal pasti membaca karya-karya bacaan bermutu daripada penulis-penulis
dan sasterawan berwibawa. Justeru, galakan membaca karya besar perlu ditekankan dalam
penghayataan pembacaan murid bagi menjurus mereka ke arah pemikiran kritis dan kreatif. Karya besar
amat penting kerana karya ini merupakan khazanah komprehensif tentang maklumat dan ilmu
pengetahuan dalam semua lapangan bidang ilmu yang berkembang dalam sejarah peradaban manusia.
Kefahaman kepada idea dan gagasan besar yang dilontarkan merupakan usaha manusia untuk
memahami dan menghayati kebijaksanaan yang merupakan santapan mental dan rohani yang diperlukan
oleh manusia.
Persoalan yang dibahaskan dalam karya besar ini masih relevan dengan isu semasa walaupun ada
antaranya telah ditulis berabad-abad yang lalu. Persoalan ini masih segar dan perlu diterokai daripada
pelbagai konteks dan perspektif.Atas kesedaran tersebut, maka koleksi karya-karya besar perlu
diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah.
Objektif
Mendedahkan murid-murid kepada karya-karya besar agar mereka dapat menilai dan menghargainya.
Kriteria
Meliputi karya kreatif dan non-kreatif daripada penulis dan pemikir berwibawa.
Ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau karya-karya terjemahan.
Karya yang mempunyai nilai yang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan telah memenangi
pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Karya-karya yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat, agama, bangsa, atau kaum.
Karya asli.
Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan kriteria pemilihan buku untuk pusat sumber sekolah
dan untuk program NILAM. Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Besar yang Sesuai disediakan
untuk Pusat Sumber Sekolah.
Bahan Bacaan Sekolah Menengah
Karya Klasik
Oedipus - Socrates
Black Beauty
Tuhfat An-Nafis
Srengenge (1973) -
Si Tenggang
Pak Pandir
Pak Belalang
Mahsuri
Mat Jenin
Sejarah Melayu
Tun Fatimah
Tun Mutahir
Hikayat Si Luncai
Rujukan
1. Yayasan Karyawan, (2000). Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan,
Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan.
2. Othman Kelantan, Abdullah Tahir (2003). Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden – Novel. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Smyth, David. (2000). The Canon in Southeast Asian Literature. Surrey, Great Britain : Curzon Press.
\
Tajuk-tajuk Karya-karya Agung (Besar)
Karya-karya Agung (Besar)
Definisi
Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang
kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu,
nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.
Rasional
Hasil daripada penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan mendapati majoriti calon lebih
mementingkan kuantiti buku yang dibaca daripada kualiti buku. Hanya segelintir calon
terutamanya calon sekolah menengah yang dikenal pasti membaca karya-karya bacaan
bermutu daripada penulis-penulis dan sasterawan berwibawa. Justeru, galakan membaca
karya besar perlu ditekankan dalam penghayatan pembacaan murid bagi menjurus mereka
ke arah pemikiran kritis dan kreatif.
Karya besar amat penting kerana karya ini merupakan khazanah komprehensif tentang
maklumat dan ilmu pengetahuan dalam semua lapangan bidang ilmu yang berkembang
dalam sejarah peradaban manusia. Kefahaman kepada idea dan gagasan besar yang
dilontarkan merupakan usaha manusia untuk memahami dan menghayati kebijaksanaan
yang merupakan santapan mental dan rohani yang diperlukan oleh manusia.
Persoalan yang dibahaskan dalam karya besar ini masih relevan dengan isu semasa
walaupun ada antaranya telah ditulis berabad-abad yang lalu. Persoalan ini masih segar dan
perlu diterokai daripada pelbagai konteks dan perspektif. Atas kesedaran tersebut, maka
koleksi karya-karya besar perlu diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah.
Objektif
Kriteria
1. Meliputi karya kreatif dan non-kreatif daripada penulis dan pemikir berwibawa.
2. Ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau karya-karya terjemahan.
3. Karya oleh penulis tempatan dan luar negara.
4. Karya yang mempunyai nilai yang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan telah
memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
5. Karya-karya yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat, agama, bangsa, atau kaum.
6. Sesuai dengan budaya masyarakat setempat.
7. Karya asli.
8. Karya-karya besar dalam bentuk edisi pelajar adalah diterima.
Bahasa Inggeris
Karya Klasik
1. Hamlet - William Shakespeare
2. Romeo and Juliet - William Shakespeare
3. The Merchant of Venice - William Shakespeare
4. Cleopatra - William Shakespeare
5. The Tempest - William Shakespeare
6. As You Like it - William Shakespeare
7. Much Ado About Nothing - William Shakespeare
8. The Taming of The Shrew - William Shakespeare
9. Twelfth Ninth - William Shakespeare
10. King Lear - William Shakespeare
11. King Arthur and Knights of the Round Table - William Shakespeare
12. Henry V - William Shakespeare
13. The Prince of Padua - William Shakespeare
14. Illiad & Odyssey - Homer
15. Oedipus - Socrates
16. Pride and Prejudice - Charlotte Bronte
17. To Kill A Mockingbird - Harper Lee
18. Roots - Alex Haley
19. Of Mice and Men - John Steinbeck.
20. Animal Farm - George Orwell.
21. The Scarlet Letter - Nathaniel Hawthrone.
22. Moll Flanders - Nathaniel Hawthrone.
23. Gone with the Wind
24. Wuthering Heights - Charlotte Bronte
25. The Tale of Two Cities - Charles Dicken
26. Jane Eyre - Charlotte Bronte
27. The Pearl - John Steinbeck
28. Sons and Lovers - D.H. Lawrence
29. The Pygmalion - George Bernard Shaw
30. The Importance of Being Ernest - Oscar Wilde
31. Noli me Tangare ( My Hand) - Jose Rizal
32. Centerbury Tales - Chaucer
33. Lord of The Rings - L. Tolkien
34. Collections of Khalil Gibran
1. Mein Kempf (My Struggle) - Adolf Hitler (terjemahan Bahasa Inggeris)
2. The Wealth of Nation - Adam Smith
3. The Republic - Plato
4. The Prince - Machiavelli
5. Utophia - Sir Thomas More
6. In Praise of Folly - Erasmus
7. Chicken Soup of The Soul
Bahasa Melayu
Sekolah Menengah
Karya Klasik
1. Tuhfat An-Nafis
2. Hikayat Merong Mahawangsa
3. Hikayat Malim Deman
4. Hikayat Laila Majnun
5. Hikayat Raja Donan
6. Hikayat Malim Deman
7. Hikayat Awang Sulung Merah Muda
8. Hikayat Amir Hamzah
9. Pelayaran Abdullah - Munsyi Abdullah
--------------------------------------------------------------------------------------------
2 . Srengenge (1973) -
3 . Seluang Menodak Baung (1978)
4 . Lingkaran - Arena Wati
5 . Bulan Merah di Tiga Kuala - Zahari Afandi
6 . Kunang-Kunang - Zahari Afandi
7 . Bila Lagi Kompang Berbunyi - Marwilis
8 . Ngayau - Amil Jaya
Karya ulung seperti Sejarah Melayu membentangkan alam yang cukup luas dalam penulisannya.
Hasil tulisan pengarang telah berjaya membawa khalayak pembaca merentas kawasan setempat
dan kawasan Nusantara sehingga mereka mampu menerokai dunia-dunia lain, alam maya dan
tidak ketinggalan juga dunia kayangan. Manusia yang memenuhi ruang hikayat ini tidak hanya
datang dari kawasan Nusantara dan dari dunia manusia biasa lain seperti Rom, India, China dan
Dunia Arab, bahkan juga turut melangkau sempadan para dewa dan dewi ataupun makhluk
super-manusia. Isi yang terkandung dalam karya ini sarat dengan kepelbagaian episod, peristiwa
dan kejadian. Melaluinya, kita dapat melihat kisah untung nasib dan gelagat para raja, putera-
puteri yang elok rupa parasnya, tiada tolok banding dengan manusia lain, para hulubalang yang
gagah perkasa serta para dewa dan dewi dari kayangan yang membawa tuah dan kuasa ajaib
kepada manusia biasa.
Selain itu, kita juga dapat menonton kisah peperangan, persengketaan istana, kekejaman,
peristiwa fitnah, hasad dengki dan akibatnya, malapetaka. Melalui pengamatan dan pengalaman
yang dilalui oleh pengarang semasa hayatnya, panorama ceritera yang sangat besar dan luas itu
menjadi landasan kepada pengarang untuk diketengahkan ke dalam penulisan. Dalam erti kata
lain, pengarang mengangkat hal-hal yang berlegar di sekitar kehidupannya untuk dijadikan tema
atau fokus utama penulisan.
Pengarang Sejarah Melayu telah mengangkat kisah kebesaran dan kekuasaan raja atau
kerajaan Melayu. Bagi memastikan pemerintah digeruni oleh raja-raja lain di dunia ini, raja
Melayu itu mesti diberikan kuasa yang luar biasa. Untuk tujuan ini, mitologi digunakan sebagai
sumber kuasa raja. Tidak dapat dinafikan bahawa teks-teks sejarah Melayu pada kurun ke-14
hingga ke-19 mempunyai unsur-unsur mitologi. Karya sejarah dalam bentuk babad atau susur
galur biasanya ditulis atas titah sultan, bertujuan untuk memuji pemerintah atau mempromosikan
kepentingan dan pandangan keluarga penaung. Apabila seorang pengarang babad memasukkan
suatu cerita ajaib atau mitos dalam karyanya, sudah tentu ada sesuatu maksud atau mesej yang
cuba disampaikan. Oleh hal yang demikian, kita sebagai pembaca perlu memahami makna
maklumat tersebut dan mesej yang hendak dikemukakan.
Dalam Sejarah Melayu, terdapat juga beberapa cerita mengenai asal usul raja-raja Melayu.
Raja Melayu dikatakan berasal daripada Iskandar Zulkarnain, raja besar bangsa Yunani,
beragama Islam, iaitu yang beriman dengan agama tauhid Nabi Ibrahim.
“A’lam ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu, kata yang
empunya ceritera, bahawa Raja Iskandar, anak Raja Durab, Rom bangsanya, Makaduniah
nama negerinya, Zul-Karnain gelarannya...”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 4)
Selain asal usulnya yang luar biasa, tema keagungan kerajaan Melayu-Islam ini dikembangkan
lagi dengan memaparkan kepintaran orang Melayu yang menandingi kepintaran rakyat China
sehingga raja China memilih raja Melaka sebagai menantunya. Selain itu, turut dimuatkan kisah
raja China yang gering dan tidak dapat diubati oleh tabib China. Hanya setelah meminum air
basuhan kaki raja Melaka, iaitu menantu raja China, penyakit baginda sembuh. Hal ini tidak lain
tidak bukan bertujuan untuk menggambarkan kekuasaan, kebesaran dan keagungan raja beserta
kerajaan yang dinaunginya.
Menerusi Sejarah Melayu, kebudayaan masyarakat Melayu turut diselitkan oleh pengarangnya
untuk tatapan khalayak pembaca. Gambaran tentang adat istiadat istana dan masyarakat Melayu
purba di Melaka seperti pantang larang di istana, adat memakai pakaian kuning, adat menyambut
bulan Ramadhan dan pelbagai lagi.
“Setelah genaplah empat puluh hari empat puluh malam berjaga-jaga itu, kepada keesokan
harinya, maka Raja Omar dan Raja Fatimah pun dihiasi oranglah dengan pakaian kerajaan
yang bertatahkan ratna mutu intan baiduri. Setelah itu maka Raja Omar pun dinaikkan orang ke
atas gajah, Tun Nara Wangsa di kepala, dan Tun Mat Ali, anak Laksamana Hang Nadim di
buntut, maka diaraklah dengan selengkap alat kerajaan dan dengan segala bunyi-bunyian,
gendang, serunai, nafiri...”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 300)
Selain itu, pengarang turut menggambarkan hubungan individu sesama masyarakat dalam
penulisannya. Sebagai contoh, sikap hormat menghormati. Umpamanya, seorang rakyat tetap
mematuhi perintah ketua atau pembesar. Contohnya apabila mengetahui yang Bendahara Tun
Mutahir akan dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, pengikut-pengikut beliau cuba menentang
pembunuhan ini. Walau bagaimanapun, penentangan tersebut dihalang oleh Tun Mutahir kerana
tindakan tersebut dianggap menderhaka. Akhirnya, pengikut-pengikut beliau tidak jadi
menentang.
Sultan Melaka pada waktu itu juga sangat menghormati golongan ulama. Hal ini dapat dilihat
semasa Sultan Mahmud Syah ingin berguru dengan Maulana Yusoff. Ulama tersebut tidak
membenarkan Sultan Mahmud Syah datang menemuinya dengan menunggang gajah. Dengan
perasaan hormat, baginda akur dengan permintaan gurunya.
Pandangan dan falsafah hidup bangsa Melayu banyak sekali diungkapkan oleh masyarakat ketika
itu. Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu begitu kaya dengan keindahan bahasa yang
diperturunkan dalam bentuk puisi. Bentuk puisi yang dikarang adalah seperti pantun, syair dan
seloka serta nyanyian. Puisi-puisi yang terdapat di dalam Sejarah Melayu mempunyai unsur-
unsur tersirat yang bertujuan memuji atau sebaliknya menyindir. Misalnya, kota sepenampang di
Pahang yang terbakar belum dibersihkan sisa kebakarannya. Lalu, diciptakan nyanyian oleh
penduduk setempat.
Kebanyakan puisi yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku.
Contohnya seperti pantun di bawah,
Pantun ini terhasil ekoran daripada peristiwa hukuman bunuh terhadap Tun Jana Khatib. Hal ini
berpunca daripada perasaan iri hati Paduka Seri Maharaja terhadap beliau yang dituduh cuba
menggoda Raja Perempuan dengan memperlihatkan kemahirannya menilik pohon pinang
sehingga terbelah dua. Semasa beliau dibunuh, satu kejadian aneh telah berlaku iaitu darahnya
menitik setitik manakala badannya ghaib.
Selain itu, turut terselit puisi berbentuk seloka. Seloka ini dihasilkan ekoran peristiwa
Singapura dilanggar todak.
Carek baju dilompati todak,
Baharu menurut kata budak.
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 68)
Terdapat juga puisi yang dibuat oleh masyarakat ketika itu untuk memuji golongan pembesar
dan raja. Tetapi ianya disampaikan dalam bentuk nyanyian. Contohnya:
Pada suatu hari raja Maluku meminjam kuda pada Maulana Yusuf, itulah dibuat orang nyanyian:
Di sebalik pujian, terdapat juga sindiran yang ditujukan kepada golongan pemerintah. Contohnya
pantun dan seloka ini:
Seloka dan pantun ini sebenarnya bertujuan untuk menyindir Sultan Mahmud yang ingin
berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang. Oleh hal yang demikian, terbuktilah bahawa puisi-
puisi yang dihasilkan ini sebenarnya menggambarkan pujian atau sindiran kepada golongan
pemerintah selain menggambarkan peristiwa yang berlaku.
Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budaya dan budi pekertinya. Hal ini telah berjaya
digambarkan oleh Tun Seri Lanang dalam karyanya, Sejarah Melayu. Adat istiadat Diraja turut
dimuatkan dalam karangan beliau bagi memperlihatkan kedaulatan Raja-raja Melayu.
3. Nilai ilmu.
Ilmu merupakan salah satu unsur kehidupan intelektual terpenting. Kadar perkembangan dan
penyebaran ilmu pada pandangan umum menunjukkan darjah kemajuan kesedaran sosial dan
perkembangan masyarakat. Apabila ilmu kuat dan penting dalam masyarakat Melayu dan
mempengaruhi kehidupan manusia, hal ini pasti tercermin di dalam penulisan pengarang. Kajian
yang dilakukan ke atas sumber sejarah Melayu, khususnya sejarah Melayu Islam menjelaskan
bahawa di dalamnya terdapat banyak maklumat yang berkaitan dengan ilmu. Semua bahan yang
dirakamkan di dalamnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:
Dalam kategori “istilah umum”, pelbagai kata dan definisi berkaitan ilmu, pelajaran, pengajaran,
karangan, daya cipta dan lain-lain dimasukkan ke dalam penulisan karya. Misalnya, ilmu, kitab,
karangan, cerita, buku, membaca, mengajar, guru, mursyid, murid, intiha, konon, kabar (khabar),
kaul dan sebagainya. Istilah-istilah tersebut mempunyai makna yang sangat luas dan digunakan
dalam pelbagai bidang kehidupan intelektual. Jika diteliti dalam karya agung Sejarah Melayu,
antara kosa kata yang ditemukan ialah ilmu, alkisah, kitab, cerita (ceritera), kabar (khabar), kaul,
membaca, mengajar (ajar), mengarang (karang, karangan), mengaji, alim, murid dan guru.
Kebanyakan istilah umum yang terdapat dalam teks kebanyakannya berasal daripada
bahasa Arab. Akan tetapi, kata-kata Arab ini sudah terserap ke dalam bahasa Melayu dan
dianggap sebagai kosa kata bahasa Melayu. Melalui penggunaan kata-kata ilmiah yang pelbagai
bentuk dan banyak bilangannya, hal ini dapat mencerminkan dan membuktikan bahawa
pengarang dan pembaca pada masa itu mahir dalam definisi ilmiah dan juga bahasa Arab.
Bagi kategori bidang ilmu pula, dalam teks-teks karya agung ada disebutkan beberapa
bidang ilmu. Dalam Sejarah Melayu, terkandung beberapa tulisan tentang ilmu falsafah
(didaktik, tasawuf, akhlak), ilmu agama (fardhu ain, ilmu tafsir, ilmu tilawah, ilmu usuludin),
ilmu sejarah, ilmu fiqah (syariah, ilmu hukum), ilmu bahasa (etimologi, saraf, nahu), ilmu
perubatan tradisional dan pelbagai lagi.
Kategori para ilmuwan juga turut tercatat dalam karangan Sejarah Melayu. Antara orang
atau pelaku yang disebut berkaitan dengan ilmu ialah khatib, haji, sayyid (syed dari tanah
Mekah), syeikh, mursyid, makhdum, kadi dan maulana.
“Maka makhdum pun dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa ke istana baginda. Maka
bendahara dan segala orang besar-besar pun masuk agama Islamlah. Maka segala orang
Melaka kecil besar semuanya disuruh raja masuk Islam sekalian. Maka raja pun berguru pada
makhdum Sidi ‘Abdul Aziz.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 51)
“Sebermula pada masa itu kadi di Melaka Kadi Yusuf namanya, cicit pada Makhdum Sayid
‘Abdul Aziz yang mengislamkan segala orang Melaka. Maka Kadi Yusuf tiada berguru pada
Maulana Abu Bakar kerana ia terlalu ‘alim. Sekali persetua Kadi Yusuf hendak pergi
sembahyang Jumaat maka lalu betul pintu Maulana Abu Bakar. Tatkala itu Maulana Abu Bakar
ada berdiri di pintunya. Maka dilihat oleh Kadi Yusuf akan Maulana Abu Bakar dikeliling oleh
cahaya seperti sumbu dian yang dikelilingi apinya. Demikian rupanya. Maka Kadi Yusuf pun
segera berlari datang menyembah pada Maulana Abu Bakar. ... Maka Kadi Yusuf pun berguru
pada Maulana Abu Bakar. Maka Kadi Yusuf pun jununlah. Maka ia lalu memecat dirinya
daripada kadi.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 100)
“... Maulana Abu Bakar turun dari atas kapal membawa kitab Durr Manzum...Maka Sultan
Mansur pun berguru pada Maulana Abu Bakar...banyak ilmu diperolehlah baginda. Maka
Sultan Mansur Syah Durr Manzum itu disuruh baginda ertikan ke Pasai.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 98)
“... bertanyakan suatu masalah Segala isi syurga itu kekallah ia dalam syurga dan bagi isi
neraka itu kekallah ia dalam neraka? ... Maka kata Tun Makhdum Muda “Isi syurga kekallah ia
dalam syurga, isi neraka kekal dalam neraka”... kerana sabit dengan dalil Qur’an “mereka itu
kekal dalam syurga selama-selamanya.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 98-99)
Semua nama yang disebutkan dalam petikan di atas merupakan tokoh Islam. Para ilmuwan
tersebut adalah sangat berwibawa dan pangkatnya tinggi dalam masyarakat Melayu Islam
khususnya. Golongan ini juga turut memberi pelbagai nasihat kepada raja dan anak-anaknya,
mengajar sultan dan orang besar-besar, mengepalai musyawarah, membantu mencapai muafakat
dalam perdebatan dan konflik dan lain-lain lagi.
Dalam teks Sejarah Melayu, terdapat banyak maklumat tentang karya ilmiah dan agama
yang diajarkan dan dibaca dalam masyarakat Melayu. Buku-buku tersebut berkaitan dengan ilmu
agama, falsafah, fiqah, sejarah, bahasa dan sebagainya. Kitab yang sering disebutkan ialah al-
Quran al-Azim dan pelbagai Surahnya. Contohnya,
... Maka belayar pula nakhoda Ismail. Berapa lamanya maka sampai kepada sebuah negeri pula
Thobri (Lamri) namanya. Maka orang Thobri itu pun masuk Islam. Maka kafir pun naik ke
darat membawa al-Qur’an. Maka disuruhnya baca pada orang Thobri itu surat itu. Seorang pun
tiada dapat membaca dia.
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 56)
Alkisah maka tersebutlah perkataan seorang pendita, Maulana Abu Ishak namanya, terlalu
faham pada ilmu tasauf... Maka dikarangnya sebuah kitab dengan dua bahasa, suatu bahasa
zat, kedua bahasa sifat; dinamainya Duri’l-mazlum.
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 156-157)
Berdasarkan kepada beberapa pecahan nilai ilmu yang telah dipaparkan dalam Sejarah Melayu,
hal ini dengan jelas menunjukkan ciri penting keagungan karya agung Melayu terletak pada
ketamadunan ilmu yang dipancarkan oleh karya itu. Melaluinya, pengarang telah berjaya
memperlihatkan keupayaan dan keterbukaan mindanya untuk menyerap ilmu dan nilai baru,
yang dipelajari daripada Islam, untuk menilai dan memperkukuh tradisi bangsanya. Mantera
mula diganti dengan doa, berguru kepada orang pertapa diganti dengan berguru kepada syeikh
atau makhdum, adat dan tradisi keadilan Melayu digandingkan dengan keadilan menurut hukum
Allah dan pelbagai lagi. Inilah proses perkembangan ilmu yang dipaparkan dalam Sulalatus
Salatin atau Sejarah Melayu.
“Maka dikeluari oleh orang Singapura terlalu sabur berperang; tetak menetak, parang-
memarang, tikam-menikam, serta dengan tempik soraknya, gegak-gempita, tiada sangka bunyi
lagi. Maka darah di tengah peperangan itu seperti air sebak, merah rupanya pasir itu, datang
sekarang ada lagi. Maka patahlah perang orang Singapura, lalu sekaliannya undur masuk ke
dalam kota; pintu kota pun ditutup, dan dilawan berperang dari dalam kota kira-kira sebulan
lamanya.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 70)
Pengarang juga berupaya melukis watak dengan lebih hidup, istimewa dan bercampur
dengan unsur lucu. Contohnya ketika menggambarkan watak Tun Mai Ulat Bulu, Seri Bija
Diraja, Seri Wak Raja, MiaRuzul dengan kambing randuk dan lain-lain. Selain itu, pengarang
berjaya menerapkan gaya bahasa yang indah, menarik dan bermutu tinggi. Di samping itu,
pengarang juga turut menggunakan pelbagai teknik penceritaan. Antara teknik tersebut ialah
dialog, monolog dalaman, menyelitkan puisi seperti pantun, syair dan bidalan Arab yang secara
tidak langsung menimbulkan kesan keindahan semasa membaca karya tersebut.
Bangsa Melayu meletakkan keutamaan yang tinggi kepada ketajaman akal, kecerdasan
berfikir, kebijaksanaan berbahasa dan mengungkapkan bahasa. Bentuk-bentuk lisan seperti teka-
teki dan pantun ialah manifestasi kepada keutamaan yang diletakkan kepada kecerdasan berfikir.
Menurut Noriah Taslim (2000), masyarakat silam/lisan wujud dalam satu bentuk budaya yang
disebut budaya “rhetorical”, manusianya wujud dalam situasi persaingan kata-kata (verbal
combat) atau pertikaman lidah: pantun perlu dibalas, teka-teki perlu dijawab, sindiran dijawab
dengan sindiran. Hal ini menuntut kecerdasan berfikir dan kelancaran mengungkapkan bahasa
yang amat tinggi. Bentuk-bentuk peribahasa menjadi cerminan kepada keintelektualan minda
Melayu yang tiada tandingan. Bermula daripada alam kepada manusia, abstrak kepada konkrit,
peribahasa memanfaatkan keindahan untuk menajamkan keintelektualan.
Jika ditinjau dalam Sejarah Melayu, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan seni
bahasa pengarang dalam sisi yang berbeza. Sebagai contoh, dalam peristiwa pemeritahan di
Temasik/Singapura. Dalam peristiwa ini, Temasik digambarkan oleh pengarang sebagai sebuah
negeri yang tidak pernah aman. Kita juga tidak pernah didedahkan dengan usaha pemerintahnya,
Parameswara, untuk memajukan Singapura. Hal ini demikian kerana, di Temasik/Singapura
terdapat nilai yang tidak baik. Istilah “Singapura” dikatakan berasal daripada binatang yang
bernama singa dan sikap singa itu pula suka berpura-pura. Sikap berpura-pura merupakan nilai
yang tidak baik. Singapura dikatakan tidak aman kerana diperintah oleh raja yang berhati pura-
pura. Bukan tidak ada pembesar yang membantu raja, namun pembesarnya juga berhati pura-
pura. Ketaatan kepada raja bukan kerana mahu mendaulatkan raja, tetapi kerana mahu merebut
nikmat material. Dalam Sejarah Melayu, ada generasi yang cuba membawa pembaharuan,
memajukan Singapura, malangnya mereka pula yang dilenyapkan.
Terdapat ulama, Tun Jana Khatib, yang boleh membantu, tetapi disebabkan salah sangka,
ulama itu dibunuh. Selain itu, digambarkan juga bagaimana akal seorang budak yang telah
menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia dan menjadi aset negara, telah dikhianati oleh pihak
pemerintah pada masa itu. Hal ini dibuktikan dalam petikan di bawah,
Maka sembah orang besar-besar, “Tuanku, budak ini terlalu besar sekali akalnya. Sedang ia
budak lagi demikian, jikalau ia besar berapa lagi banyak akalnya? Baiklah ia kita bunuh.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 69)
Membunuh akal bererti membunuh intelektual. Membunuh budak bererti membunuh generasi
warisan. Lebih-lebih lagi membunuh budak berakal besar, yang bermaksud membunuh kemajuan
yang bakal berlaku. Kezaliman pemerintah yang sedemikian telah melenyapkan riwayat
Singapura dalam Sejarah Melayu. Secara halus, pengarang menyampaikan mesej bahawa
Singapura tidak akan maju kerana gejala negatif menjadi pegangan pemerintahnya. Mesej
tersebut dsampaikan secara amat berseni. Pengarang tidak menyatakan kekejaman pemerintah,
sebaliknya pengarang menggambarkan perlakuan kejam pemerintah. Perlakuan-perlakuan itu
pula disertakan dengan alasan yang mungkin dapat diterima oleh masyarakat pada zaman itu. Di
sinilah seni kebijaksanaan pengarang mengkritik golongan pemerintah. Seorang budak yang
berakal besar semasa kecilnya tentunya akan lebih besar apabila ia mnginjak
Disebabkan oleh sistem nilai yang dipegang oleh masyarakat dahulu berpaksikan “siapa
kuat dia berkuasa”, maka kebimbangan raja dan pembesar itu adalah wajar. Pembunuhan
terhadap akal dan budak itu menjadi halal pada mereka. Namun demikian, dalam prinsip “halal”
mereka itu, pengarang sebenarnya ingin menggambarkan kekejaman pemerintah kerana
pengarang turut menggambarkan pembunuhan terhadap ulama dan gundik raja. Penyusunan siri
pembunuhan ini dapat memberi kefahaman kepada kita tentang kebijaksanaan berbahasa yang
terdapat pada pengarang.
Terdapat tiga pembunuhan yang disebabkan oleh tiga faktor yang masing-masing
menggambarkan keburukan golongan pemerintah. Pertama, pembunuhan terhadap ulama
bernama Tun Jana Khatib yang disebabkan rasa cemburu dan syak wasangka. Ulama merupakan
lambang yang membawa cahaya kebenaran dan keimanan. Apabila ulama sudah tiada, ini bererti
kerajaan itu berada dalam kegelapan. Kedua, pembunuhan terhadap budak berakal besar
disebabkan kebimbangan terhadap akal budak itu yang dikatakan akan menggugat kuasa
pemerintahan. Budak berakal besar melambangkan keintelektualan, kesarjanaan dan kemajuan.
Oleh sebab digambarkan masih budak, mungkin pengarang bermaksud Singapura akan
menerima kemajuan atau kemajuan masih dalam proses pembinaan, dan mungkin Singapura
maju dari segi pentadbiran keduniaan, bukan kerohanian. Ketiga, pembunuhan terhadap anak
perempuan Sang Rajuna Tapa yang menjadi gundik bongsu raja disebabkan fitnah oleh para
gundik. Gundik bongsu dapat difahami sebagai lambang kelahiran. Yang dimaksudkan di sini,
mungkin anak-anak yang bakal dilahirkan lebih berkualiti berbanding anak-anak gundik yang
lain ataupun permaisuri. Dalam ketiga-tiga peristiwa pembunuhan itu, terlihat kebijaksanaan
pengarang mengolah bahasa untuk mengkritik raja. Seni bahasanya terletak pada cara pengarang
menggambarkan kekejaman dan kesan baik yang dapat diteladani daripada tindakan raja.
Karya agung banyak memperlihatkan tahap keunggulan kreativiti, seni persuratan dan nilai
budaya tinggi