Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU BADAN


BERUNIFORM
TAHUN 2022

“ TRASFORMASI SEKOLAH MEMBINA KECEMERLANGAN MURID DALAM


BIDANG KOKURIKULUM ”

PADA :

11, 12, DAN 13 NOVEMBER 2022

BERTEMPAT DI :

PUSAT KOKURIKULUM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

ANJURAN:

PENGAKAP KANAK-KANAK
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

KELOLAAN:

UNIT KOKURIKULUM SK LEPAR


DENGAN KERJASAMA

PUSAT KOKURIKULUM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG


TAJUK : PERKHEMAHAN BERSEPADU PASUKAN BADAN BERUNIFORM SK LEPAR TAHUN 2022

1. LATAR BELAKANG
Perkhemahan adalah penting untuk memupuk sikap disiplin dan jati diri dikalangan murid. Program
seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping
dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum
pernah mereka kenali sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi
memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi
perhatian ialah potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu
menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka, program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya
menjadi asas dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.

2. TUJUAN
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan
kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.

3. OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan murid kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
3.2 Melatih kemahiran berkomunikasi di antara satu sama lain.
3.3 Melatih murid melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.
3.4 Mendedahkan murid dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
3.5 Memberi peluang kepada murid menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
3.6 Memberi peluang kepada murid mengembangkan kreativiti masing-masing.
4. STRATEGI PELAKSANAAN
i. Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
ii. Tarikh : 11, 12 dan 13 November 2022
iii. Tempat : Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Pahang,
iv. Kumpulan Sasaran : 120 orang murid
v. Pengelola : Unit Badan Beruniform SK Lepar
vi. Penginapan : Tapak perkhemahan
vii. Keperluan : i ) Alat tulis
ii ) Pakaian dan keperluan peribadi
iii ) Uniform badan beruniform / Pakaian sukan
iv ) Kelengkapan pakaian solat bagi beragama Islam
viii. Kewangan : i ) Sumbangan Murid
ii ) Bantuan kokurikulum Sekolah ( SPK 1/ 2021 )
iii) Sumbangan Guru
iv) Sumbangan PIBG
v ) Komuniti sekolah
5. ANGGARAN PESERTA
5.1 Pengakap : 40 Orang ( 10 orang murid Pendidikan Khas )
5.2 BSMM : 40 Orang
5.3 TKRS : 40 Orang
Jumlah Anggaran Peserta : 120 Orang
6. JADUAL PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2022
Hari Jumaat ( 11 November 2022)
MASA AKTIVTI JAWATAN KUASA
3.00 ptg  Pendaftaran peserta di kantin sekolah SETIAUSAHA / P. SETIAUSAHA
 Taklimat JKUASA PENDAFTARAN
3.30 ptg  Bertolak ke pusat Ko-kurikulum

4.30 -6.00  Membersihkan kawasan penginapan dan KEM KOMANDAN / P. KEM KOMANDAN
ptg mendirikan khemah KETUA PEMIMPIN PENGAKAP/PBSM/TKRS
 Minum petang JKUASA MAKANAN & MINUMAN
 Solat Asar JKUASA BINA INSAN

6.00 ptg  Taklimat perjalanan program, keselamatan SETIAUSAHA / P. SETIAUSAHA


dan peraturan KEM KOMANDAN / P. KEM KOMANDAN
7.00 malam  Makan malam / pengurusan diri dan bersedia JKUASA MAKANAN & MINUMAN
untuk solat Maghrib berjemaah JKUASA BINA INSAN

7.30 – 9.00  Solat Maghrib dan isyak berjemaah JKUASA BINA INSAN
malam  Tazkirah

9.10 malam  Aktiviti 1: Ice breaking JKUASA ICE BREAKING


-Murid menjalankan aktiviti bersama Kelana

10.00 malam  Aktiviti 2 : Berjalan Malam JKUASA BERJALAN MALAM


 Minum malam

12.00 malam  Tidur KEM KOMANDAN / P. KEM KOMANDAN


JKUASA KESELAMATAN
Hari Sabtu ( 12 November 2022 )
MASA AKTIVITI JAWATAN KUASA
5.30 pagi  Pengurusan diri KEM KOMANDAN / P. KEM KOMANDAN
 Solat Subuh JKUASA BINA INSAN
7.00 pagi  Senaman pagi JKUASA SENAMAN PAGI
7.30 pagi  Sarapan pagi JKUASA MAKANAN DAN MINUMAN

8.00 pagi  Istiadat menaikan bendera KEM KOMANDAN / P. KEM KOMANDAN


10.00 pagi  Aktiviti 3 : flying fox, orientering, wall climbing, JKUASA FLYING FOX, ORIENTERING,
masakan kuih tradisional WALL CLIMBING DAN MASAKAN KUIH
TRADISIONAL
10.00-10.30 pagi  Minum pagi JKUASA MAKANAN DAN MINUMAN

10.30 pagi –
12.30 tghari  Sambungan Aktiviti 3 JKUASA FLYING FOX, ORIENTERING,
WALL CLIMBING DAN MASAKAN KUIH
TRADISIONAL

12.30 tghari –  Pengurusan diri KEM KOMANDAN / P. KEM KOMANDAN


2.00 petang  Makan tengahari JKUASA MAKANAN DAN MINUMAN
 Solat Zohor JKUASA BINA INSAN

2.00 – 4.00  Sambungan Aktivti 3 JKUASA FLYING FOX, ORIENTERING,


petang WALL CLIMBING DAN MASAKAN KUIH
TRADISIONAL
4.00 – 4.30  Minum petang JKUASA MAKANAN DAN MINUMAN
petang
 Bersiap untuk solat asar JKUASA BINA INSAN

4.30 – 6.30  Sambungan Aktiviti 3 JKUASA FLYING FOX, ORIENTERING,


petang WALL CLIMBING DAN MASAKAN KUIH
TRADISIONAL

7.00 – 9.00  Pengurusan diri KEM KOMANDAN / P. KEM KOMANDAN


malam  Makan malam JKUASA MAKANAN DAN MINUMAN
 Solat Maghrib dan isyak berjemaah JKUASA BINA INSAN
 Tazkirah

9.00 – 12.00  Aktivti 4 : Pertandingan malam kebudayaan dan JKUASA MALAM KEBUDAYAAN
malam unggun api
 BBQ JKUASA MAKANAN DAN MINUMAN

Hari Ahad ( 13 November 2022)


MASA AKTIVITI JAWATANKUASA
5.30 pg  Pengurusan diri KEM KOMANDAN / P. KEM KOMANDAN
 Solat Subuh JKUASA BINA INSAN
7.00 pg  Senaman pagi JKUASA SENAMAN PAGI
7.30 pg  Sarapan pagi JKUASA MAKANAN DAN MINUMAN

8.00 pg  Pemeriksaan 6Kawasan penginapan KEM KOMANDAN / P. KEM KOMANDAN


8.45 pg  Kemas tapak perkhemahan JKUASA KEBERSIHAN
9.00 pg  Istiadat menurunkan bendera SETIAUSAHA / P. SETIAUSAHA
10.00pg  Majlis Penutupan & penyampaian hadiah JKUASA HADIAH
12.00 tgh  Bersurai

7. AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN BERSEPADU BADAN BERUNIFORM 2022


Penasihat : En Arman bin Mohamad Husin
Guru Besar SK Lepar

Pengerusi : En Jamaluddin bin Ayob


GPK Kokurikulum

N Pengerusi 1 : Pn Salina Binti Abd Ghafar


GPK Pentadbiran

N Pengerusi 2 : En Md Yassin Bin Abdullah


GPK HEM

Setiausaha : Pn Nur Azura bt Mohamad Yusop


Naib setiausaha : En Ruslan b Md Yasin
Bendahari : Pn Noziana bt Abd Satar

BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS CATATAN


1. KEM KOMANDAN  Memastikan kawasan
EN MOHD HAZWAN BIN MOHD perkhemahan berada dalam
P. KEM KOMANDAN 1: keadaan selamat
EN WAN NORJAZLAN B DATO HJ WAN  Memantau disiplin pelajar
JASMIN sepanjang program berlangsung
P. KEM KOMANDAN 2 :  Memastikan perjalanan
PN NURUL AMALINA BT CHE AZMI program berjalan lancar
mengikut tentatif
Lantik penghulu &
 Sentiasa berada di tapak penghulu wati
perkhemahan untuk
memastikan murid mengikut
aktiviti sepanjang program
 Memastikan murid mengikuti
program mengikut ketetapan
masa
 Menyelia perhimpunan pagi
 Menerima laporan murid
sepanjang program berlangsung
 Memantau dan mendapatkan
maklumat setiap jawatankuasa
bahagian dari masa ke masa
 Borang keluar masuk guru
bertugas

2 MAKANAN DAN MINUMAN  Memantau dan mengagihkan


PN HABSAH BT TAHIR( K) makanan
PN NUR AZURA BINTI MOHAMAD YUSOP  Memastikan dewan makan dan Basuh bekas buffet
PN NOR SUFIANA BT AB SAKRI peralatan makan minum berada selepas makan.
NORFADZILAH BT OMAR dalam keadaan bersih
PN KHAMILAH BINTI MUSTAP  Menyediakan makanan kepada
PN NURUL HUSNA BINTI MOHD KENALI jurulatih.

3 PENDAFTARAN UNIT  Pendaftaran dan pembahagian Bahagi murid kepada


EN MOHD FAIZUL BIN RAMLI -Pengakap kumpulan kumpulan.
PN SALASIAH BINTI AHMAD – BBSM  Mengumpul bayaran
EN MOHAMMAD ROZI B HASHIM -TKRS 1 kumpulan 10 murid

4 URUS SETIA  Menyelaras perjalanan aktivti


PN NOZIANA BT ABD SATAR  Sentiasa menghebahkan segala
PN NORFAZILAH BT OMAR maklumat mengikut jadual
PN NURUL KAMILAH BT BAHARI program
PN ASIAHNA BT SURIP  Membantu pergerakan murid
mengikut aktiviti ke station
 Kawal setia setiap aktiviti
supaya tidak lebih masa
 Memberitahu murid jadual
pergerakan murid untuk setiap
aktiviti.
 Perlu ada 1set senarai nama
murid
 Melaporkan kepada kem
komanden jika terdapat
masalah, kecemasan dan hal
berbangkit kepada kem
komanden
 Borang keluar masuk guru
 Borang keluar masuk murid

5 SIJIL, BUKU PROGRAM DAN JEMPUTAN  Menyediakan sijil siap bertaip -Sijil Pusat KO
PN NURUL AMALINA BINTI CHE AZMI nama murid -Sijil jurulatih
PN NUR HAMIZAH BINTI MAMAT  Menyediakan buku program -Syarikat pembersihan
PN NURUL KAMILAH BT BAHARI  Mengeluarkan surat jemputan -Syarikat keselamatan
kepada pihak terlibat -Kedai buku
6 PERALATAN  Cek peralatan yang dperlukan
EN HUSIN BIN IBRAHIM ( K ) sepanjang perkhemahan
EN MOHD FAIZ BIN MOHD KHALID  Peralatan khemah
EN MOHD FAIZUL BIN RAMLI  Peralatan keperluan
khemah
 Menyediakan list
keperluan murid
semasa perkhemahan

7 JURUGAMBAR DAN DOKUMENTASI  Ambil gambar sepanjang


EN MOHD NUR AIMAN BIN SHU’AIBON program
 Sediakan laporan program
8 KESELAMATAMN DAN KAWALAN  Memastikan tahap keselamatan
MURID peserta dalam keadaan baik
EN MOHD FARID BIN TAJUL ARIFFIN (K)  Menyediakan bekalan ubatan
PN ROHAZLINA BINTI KASIM mencukupi
PN NOOR FATINAH BT MUHD ROSLI  Menyediakan jadual
PN NURKHAIRUS BT ABU SAMAH pengawasan dan keselamatan
kasan perkhemahan
 Menyediakan guru bertugas
kawalan malam dan pagi
 Memastikan ubatan peti
kecemasan lengkap

9 SENAMAN PAGI  Kendalikan senaman pagi.


PN WAN KHAIRIYAH BT WAN DAUD(K)  Sediakan lagu yang sesuai
EN MOHD REDHUAN BIN IBRAHIM

10 KEBERSIHAN  Pastikan kawasan dewan makan


PN TUAN NUR SHUHADA BT TUAN bersih selepas perkhemahan
MOHAMAD  Pastikan murid mengemas
PN NORSHIHA BINTI AHMAD tapak perkhemahan selepas
PN HABSAH BT TAHIR tamat perkhemahan
 Pastikan setiap kawasan ada
tong atau plastik sampah

11 BINA INSAN  Menyediakan jadual tugas Tajuk ceramah


PN SALASIAH BINTI AHMAD imam Lantik pencermah
EN HUSIN BIN IBRAHIM  Menyediakan jadual dan tajuk Jadual imam bertugas
slot tazkirah Jadual bilal bertugas
Jadual tugas menyusun
dan melipat sejadah
12 HADIAH  Menyediakan hadiah kepada
PN NORSHIHA BINTI AHMAD ( K ) semua murid 120pcs
PN NURAISYAH BT MOHD NOR  Plak (Pusat Ko)
PN SITI AZIRA BINTI JUSOH  Menguruskan majlis
penyampaian hadiah

13 PERSIAPAN TEMPAT  Persiapan sebelum


EN RUSLAN BIN MD YASIN (K) perkhemahan berlangsung
EN MOHD HAZWAN BIN MOHD SALLEH  Pembersihan tapak
EN WAN NOR JAZLAN B DATO’ HJ WAN perkhemahan
JASMIN A.M.N

14 SIARAYA  Memastikan siaraya berfungsi


EN WAN NOR JAZLAN B DATO’ HJ WAN sepenuhnya dikhemah urusetia,
JASMIN A.M.N surau, malis penutup
EN RUSLAN BIN MD YASIN

15 AKTIVITI PERTANDINGAN  Melantik hakim pertandingan


untuk slot masing-masing
PERTANDINGAN KAWAD STATIK  Menyediakan borang
MOHD HAZWAN B MOHD SALLEH pertandingan
NURUL AMALINA BT CHE AZMI  Menyediakan borang
pemarkahan
MALAM KEBUDAYAAN  Menguruskan perjalanan setiap
PN NUR HAMIZAH BINTI MAMAT (K) program
EN MOHD FARID BIN TAJUL ARIFFIN  Mengendalikan majlis mengikut
slot
 Memantau program
 Sediakan peralatan dan bahan
yang diperlukan

16 ORIENTERING  Menguruskan setiap aktivti


PN WAN KHAIRIYAH BT WAN DAUD mengikut kumpulan yang
EN MOHD FIKRI B MAHMUD diagihkan.
TUAN NURSYUHADA BT TUAN MOHAMAD  Membantu jurulatih pusat
JURULATIH PUSAT KO-KURIKULUM kokurikulum mengendalikan
aktiviti supaya berjalan dengan
FLYING FOX lancar.
PN ROHAZLINA BINTI KASIM  Menyediakan bahan dan
EN MOHAMMAD ROZI B HASHIM peralatan yang diperlukan
PN NURAISYAH BT MOHD NOR
untuk menjalankan aktiviti.
JURULATIH PUSAT KO-KURIKULUM

WALL CLIMBING
PN NOOR FATINAH BT MUHD ROSLI
EN MOHD REDHUAN B IBRAHIM
EN MOHD FAIZ B MOHD KHALID
JURULATIH PUSAT KO-KURIKULUM

MASAKAN KUIH TRADISIONAL


NORSHIHA BINTI AHMAD
PN SITI AZIRA BT JUSOH
PN NOR SUFIANA BT AB SAKRI

17. ICE BREAKING  Merancang aktivti ice breaking


EN MOHD NUR AIMAN BIN SHU’AIBON  Penyediaan peralatan / bahan
PN NURKHAIRUS BT ABU SAMAH aktiviti ice breaking
EN SHAFARUDIN B ISHAK  Pengagihan fasilitator yang
terlibat
18. BERJALAN MALAM  Merancang aktivti berjalan
EN MOHD REDHUAN B IBRAHIM malam dan jawatan kuasa yang
EN MOHD FIKRI BIN MAHMUD terlibat

19. PENGACARA MAJLIS  Menyediakan teks dan murid


PN NOZIANA BT ABD SATAR bagi majlis penutupan
perkhemahan.
20. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS  Pengurusan murid pendidikan
PN NUR AZLIN BT ISHAK khas
PN PUTERI NURUL SHUHAIDAH BT JAMIL
8. SUMBER KEWANGAN
Bil. Perkara Kos
1. Sumbangan murid RM 7200.00
2. Bantuan kokurikulum RM 1000.00
3. Sumbangan PIBG RM 1000.00
4. Sumbangan guru dan kakitangan RM 400.00
5. Sumbangan komuniti RM 300.00
JUMLAH RM 9900.00

9. ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN

Bil. Perkara Anggaran Kasar


1. Makan dan minum murid RM 3600.00
2. Makan dan minum jawatankuasa dan jurulatih RM 1800.00
3. Pengangkutan Bas RM 2100.00
4. Bahan Barbeque RM 500.00
5. Hadiah RM 300.00
6. Bahan dan peralatan aktiviti RM 200.00
7. Peralatan Khemah RM 850.00
8. Sijil RM 200.00
9. Pengurusan RM 200.00
10. Sumbangan Kelana RM 150.00
JUMLAH RM 9900.00

10. PENUTUP

Diharapkan dengan perlaksanaan Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform Sekolah ini, murid dapat menimba
pengalaman sebenar untuk berdikari tanpa perlu bantuan orang lain dan memberi kesedaran tentang pentingnya hidup
dalam satu masyarakat. Selain itu, dengan penglibatan murid-murid pada setiap aktiviti yang dijalankan, diharapkan dapat
memberi kesedaran kepada murid untuk memahami kebolehan diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk
perkembangan positif serta berpotensi menjadi individu yang cemerlang dan berdisiplin.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………..................................... ………………......................
NUR AZURA BT MOHAMAD YUSOP JAMALUDDIN BIN AYOB
Setiausaha Perkhemahan Bersepadu Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Badan Beruniform Tahun 2022 SK Lepar, Pekan
SK Lepar, Pekan 26300 GAMBANG
26300 GAMBANG

Disahkan Oleh,

.................................................
ARMAN BIN MOHMAD HUSIN
Guru Besar
SK Lepar, Pekan
26300 GAMBANG

Anda mungkin juga menyukai