Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

SENAM SENI 2019


KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH

ANJURAN
KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH


1. PENGENALAN

Masyarakat Malaysia amat meminati senamrobik. Sebagai bukti,


sekiranya sebarang aktiviti yang dianjurkan dari mana-mana pihak yang
berunsurkan senaman pasti rakyat Malaysia bersama-sama melibatkan diri
dalam aktiviti tersebut yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Aktiviti kecergasan senaman berirama yang mengandungi elemen seni
budaya pelbagai rentak tarian kaum-kaum utama di Malaysia iaitu inang,
joget zapin, cina, india, sabah, sarawak dan rentak silat dengan diiringi
muzik Melayu Asli dan irama Malaysia. Kebanyakan pergerakan kecergasan
dengan menggunakan muzik rancak atau sebaliknya untuk menjadikan
kecergasan lebih bersemangat dan kreatif. Program ini merupakan agenda
sebagai titik Mula nya pengenalan senam seni Malaysia kepada pelajar-
pelajar IPDA mengenai inisiatif baru menggunakan tarian-tarian di Malaysia,
seni-seni mempertahankan diri sebagai gerak asas senamrobik dengan
menggunakan lagu-lagu Melayu Asli atau muzik irama Malaysia. Disamping
senaman yang baik untuk penjagaan kesihatan dan kecergasan diri.
Program menyemarakkan senam seni ini dapat dihayati oleh pelbagai
lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan peringkat umur.

2. TUJUAN

1.01 Para pelajar dapat mengetahui secara mendalam berkaitan Senam


Seni Malaysia dan gerak langkahnya.
1.02 Memperolehi pengetahuan dan teknik-teknik tarian di Malaysia dan
seni mempertahankan diri sebagai gerak asas senam aerobik.
1.03 Mengetahui dan mempraktikkan gerak tari senam seni untuk
sebarang aktiviti yang memerlukan langkah-langkah tarian.
1.04 Memupuk sikap bekerjasama dalam ahli kumpulan dan bersatu padu
menyelesaikan tugasan sebaik mungkin.

3. OBJEKTIF

1.01 Dapat memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajar dalam menjana
modal insan yang berkualiti dan berketrampilan mulia.
1.02 Hubungan sillaturahim antara peserta dapat dieratkan.
1.03 Melahirkan guru yang mampu merancang dan mempersembahkan
pergerakan melalui kreativiti dan pengetahuan asas sedia ada
1.04 Mengamalkan gaya hidup sihat melalui pelbagai kaedah seperti
Senam Seni Malaysia.
1.05 Menghayati kebudayaan masyarakat Malaysia secara mendalam dan
bersama-sama dalam meningkatkan penghayatan tersebut melalui
program senam seni dan mengaplikasikan senaman ini sebagai
budaya hidup.
4. RASIONAL

1.01 Harapan kami agar program ini dapat memberikan pendedahan dan
pengetahuan tentang Senam Seni Malaysia kepada pelajar Kolej
Vokasional Juasseh.
1.02 Program ini dianjurkan oleh Kelab Kesenian dan Kebudayaan Kolej
Voaksional Juasseh dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan.

6.0 TARIKH

Program ini diadakan pada :

Tarikh :
Hari : Rabu
Masa :‘
Tempat :

5. PESERTA

Semua warga Kolej Vokasional Juasseh

6. TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
3.00 Petang Pelajar dan pensyarah berkumpul di Dewan Gemilang
3.15 Petang Ketibaan Pengarah dan Jemputan
3.30 Petang Senaman seni
4.30 Petang Bersurai

7. ANGGARAN BELANJAWAN

Perbelanjaan daripada Ahli kelab dan tajaan dari Jabatan Kebudayaan,


Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan.
DISEDIAKAN OLEH,

......................................................
(NURUL AFZAN BINTI AHMAD)

SETIAUSAHA,
KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH.

DISEMAK OLEH

……………………………………………

(EN.SHAHRIZAL BIN MOHAMAD SHARIF)

PENYELARAS,
KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH.

DILULUSKAN OLEH

……………………………….……………

(PN. HAJAH FATIMAH BINTI MD AKHIR )

PENGARAH
KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH

Anda mungkin juga menyukai