Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH

SEKOLAHJENIS
JENISKEBANGSAAN
KEBANGSAAN
(CINA)
(CINA) SIMPANGJALONG
SIMPANG JALONG
31100 SUNGAI SIPUT (U), PERAK
31100 SUNGAI SIPUT (U), PERAK

PERMOHONAN SUMBANGAN 1 UNIT PENGHAWA DINGIN (1 H/P) BAG


PERMOHONAN SUMBANGAN 1 UNIT PENGHAWA DINGIN (1 H/P) BAG
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SJKC SIMPANG JALONG
SJKC SIMPANG JALONG

DISEDIAKAN OLEH:
DISEDIAKAN OLEH:
PENDIDIKAN
PENDIDIKANKHAS
KHAS
PERMOHONAN SUMBANGAN 1 UNIT PENGHAWA DINGIN (1 H/P) BAGI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SJKC SIMPANG JALONG, SUNGAI SIPUT (U)
PERAK.

1.0 LATARBELAKANG

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKI BP) telah mula
diwujudkan di SJKC Simpang Jalong pada bulan Januari tahun 2010 dengan kemudahan
bangunan baru yang dibina sekitar pertengahan tahun 2009. Pada permulaan penubuhannya,
sebanyak lima orang murid berketurunan Cina dari PPKI BP yang berhampiran telah
dipindahkan ke sini.

Kewujudan PPKI BP di sekolah jenis kebangsaan adalah atas dasar memenuhi


keperluan dan permintaan komuniti setempat. Secara keseluruhannya masyarakat
berketurunan Cina adalah merangkumi hampir 40 peratus komuniti di sekitar Sungai Siput (U).
PPKI BP SJKC Simpang Jalong menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar
dan Bahasa Malaysia adalah bahasa kedua.

Guru-guru asal PPKI di sekolah ini adalah terdiri daripada seorang guru berbangsa Cina
dan seorang guru berbangsa Melayu serta 14 orang murid berbangsa Cina. Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) yang dibekalkan pihak JPN adalah seorang yang berbangsa Melayu
bagi tahun 2010 sehingga Jun 2011. Pada tahun 2017, guru-guru PPKI adalah sebanyak 3
orang dengan dua orang PPM yang semuanya berbangsa Melayu , manakala jumlah murid
pula adalah sebanyak 13 orang (10 murid Cina, 2 murid Melayu dan 1 murid India) yang
ditempatkan di dalam kelas Inovatif dan Wawasan.

Murid-murid PPKI ini adalah terdiri daripada kategori bermasalah pembelajaran, autism,
masalah pertuturan dan pendengaran. Murid dibahagikan mengikut keupayaan kehendak
pembelajaran selaras Falsafah Pendidikan Khas. Murid mengikuti pembelajaran KSSR PK
mengikut tahun dan tahap masing-masing.

Tahun Guru PPM Pelajar Kelas


2014 3 1 14 1
2015 3 2 14 2
2016 3 2 11 2
2017 3 2 13 2

Jadual 1.0 : Bilangan guru, PPM, Pelajar dan bilangan kelas Pendidikan Khas.

2.0 OBJEKTIF

2.1. Mengurangkan suhu panas (ruang dalam) blok Pendidikan Khas semasa proses
Pengajaran dan Pembelajaran.
2.2 . Mewujudkan keadaan yang kondusif dan selesa kepada guru, PPM dan pelajar.

3.0 RASIONAL

Sebagaimana yang kita ketahui, kesan daripada peningkatan suhu dunia telah
mengakibatkan fenomena pemanasan global. Negara kita juga tidak terkecuali daripada terkena
tempiasnya. Fenomena ini di jangka berterusan sekiranya tiada langkah konkrit diambil oleh
pihak yang berwajib. Setiap bangunan-bangunan, blok-blok pentadbiran kerajaan mahupun
swasta , ruang-ruang pejabat, bilik guru dan bilik-bilik darjah di sekolah khasnya menjadi lebih
panas dan tidak selesa, lebih-lebih lagi sewaktu menjelangnya tengah hari. Keadaan ini
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran murid terganggu. Jadi, dengan adanya
kemudahan penghawa dingin yang sesuai dengan ruang bilik, diharap masalah ketidakselesaan di
dalam bilik darjah Pendidikan Khas dapat dikurangkan sekaligus mewujudkan keadaaan yang
selesa serta kondusif kepada semua warga Blok Pendidikan Khas SJKC Simpang Jalong.

4.0 ANGGARAN KOS PENGHAWA DINGIN


Kos anggaran bagi 1 unit penghawa dingin setiap satunya berkuasa (1 H/P) dianggarkan bernilai
RM 1200.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Dua Ratus Sahaja) termasuk kos pemasangan oleh
kontraktor.

5.0. PELAN / SUSUNATUR DALAM BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Tandas Guru Kelas Sigma Kelas Alpha Stor PPKI Dapur 25 kaki

Stor Pra-Vokasional Meja Penyelaras

Kelas Delta Kelas Beta Meja Guru & PPM

50 kaki
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXX
Pintu Utama

Penunjuk: 1. Papan putih


2. Pintu
3. XXXXXXX Pagar utama
4. Cadangan lokasi Penghawa dingin.

6.0. GAMBAR-GAMBAR.
Gambar-gambar di bawah menggambarkan situasi dan keadaan fizikal sebenar di dalam
blok bangunan Pendidikan Khas SMK Dato Kamaruddin. Suasana yang padat dengan pelajar,
bahan bantu mengajar, meja, kerusi dan papan putih sekaligus menjadikan kelas-kelas di
dalamnya padat dan panas. Kipas sama sekali tidak membantu mewujudkan suasana yang
kondusif dan selesa di dalam blok.
7.0. PENUTUP
Bagi merealisasikan bangunan Pendidikan Khas SJKC Simpang Jalong yang berhawa
dingin dan mesra pelajar sumbangan pihak luar dan swasta amatlah di alu-alukan. Sumbangan ini
diharap menjadi pemangkin kepada pelajar untuk belajar dengan lebih gigih. Guru-guru dan
stafnya pula akan menjadi lebih aktif dan inovatif untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak
bangsa.
Sumbangan ini kelak diharap akan menjadikan kami warga Pendidikan Khas SJKC
Simpang Jalong lebih ceria, berdaya saing dan aktif bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ucapan ribuan terima kasih tidak terhingga buat
pihak yang sudi menyumbangkan wang ringgit untuk kemudahan kami. Semoga Allah SWT
memberkati setiap sumbangan yang dihulurkan kepada pelajar-pelajar istimewa ini.

Disediakan oleh:
.
(SURIANI MOHAMED ADENAN)
Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi,
SJKC Simpang Jalong,
31100 Sungai Siput (u), Perak

Disahkan oleh:

.........................................................
(YEOH KIM CHOON)
Guru Besar,
SJKC Simpang Jalong,
31100 Sungai Siput (u), Perak
.

Anda mungkin juga menyukai