Anda di halaman 1dari 6

SMK KEMUMIN 16100 KOTA BHARU KELANTAN

KERTAS CADANGAN

PROGRAM
GOTONG ROYONG 2015
(KHIDMAT MASYARAKAT)

Tarikh
5 SEPTEMBER 2015(SABTU)

Anjuran
PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
(TINGKATAN 1)
Tema
“Sekolah Ceria, Warga Bahagia”
1.0 Nama Program:
Program Gotong Royong 2015

2.0 Pendahuluan

Kawasan sekolah memerlukan pengubahsuaian dari semasa ke semasa. Selaras dengan komuniti
penyayang, prinsip yang diamalkan oleh pihak sekolah adalah sentiasa bersedia melakukan
perubahan. Dengan perubahan ini, akan sedikt sebanyak dapat mengembangkan sosial dan emosi
murid-murid (Lind-Glenn, 2009). Kajian lepas berkaitan dengan program dan langkah-langkah
intervensi untuk membantu pelajar yang tidak mencapai tahap dan bermasalah akademik
mencadangkan bahawa apabila pelajar mula melihat pembelajaran di luar bilik darjah sebagai
tempat di mana keperluan kasih sayang dan rasa dimiliki mampu memberikan mereka harapan,
menyeronokkan, dan kebebasan , mereka menjadi lebih berminat untuk melibatkan diri,
mencapai tahap yang ditetapkan, dan bertingkahlaku yang lebih berkesan serta
bertanggungjawab (Parish, 1991). Oleh itu, pihak Sekolah akan mengadakan program gotong
royong dengan kerjasama murid-murid Tingkatan Satu sebagai memenuhi kerja projek PSK.
Murid dan guru akan membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman dan
mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan SMK Kemumin dengan tema “Sekolah
Ceria, Warga Bahagia”

3.0 Objektif
3.1 Merapatkan silaturrahim di antara guru dan murid SMK Kemumin
3.2 Memberi peluang kepada murid–murid bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih
optimum.
3.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih
terjamin keselamatan murid-murid sewaktu belajar.

4.0 Kumpulan Sasaran

Semua murid Tingkatan 1 dan guru yang terlibat masa PdP Tingkatan 1
5.0 Rasional Menjayakan Program

3.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah.


3.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan
harmoni untuk anak-anak belajar.

6.0 Justifikasi
Guru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid dan pekerja menyediakan suasana yang lebih
ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba
ilmu baik di waktu pagi dan petang.

7.0 Lokasi Cadangan / Pembahagian Tugas


Kawasan sekolah (Rujuk Lampiran)

8.0 Tarikh Perlaksanaan


5 September 2015 (Sabtu)

9.0 Ahli Jawatankuasa:

9.1 AJK INDUK

Pengerusi : Pn Aloha Khana bt Ahmad @ Mohammed ( Pengetua SMK Kemumin)

Timbalan Pengerusi : Pn. Mahiran bt Roni (PKP SMK Kemumin)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Zalehasemah b Ahmad (PK HEM SMK Kemumin)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Norizan b Idris (PK Ko Kurikulum SMK Kemumin)

Penyelaras : En Ahmad Fitri b Abd Kadir (Guru Kanan Sains Sosial)

Setiausaha : Pn. Wan Nor Sabirah bt Wan Ali ( KP PSK)


Bendahari : Pn. Hjh Salmah bt Abdullah

AJK : Semua guru-guru kanan

9.2 AJK Kerja:

Persegaran : Pn Rohani bt Hassan

Pengurus Peserta : Pn Nur Faridah bt Dunglah

Pelan Lokasi : Pn. Hasnah Mustafa

Peralatan Gotong Royong: Pn Che Ainon bt Kassim

Kawalan Pelajar : Semua guru PdP Tingkatan 1

10.0 Pelaksanaan/Tentatif

7.20 pagi Semua guru, murid tingkatan 1 berkumpul di Dataran Perhimpunan


7.50 pagi Ucapan penyelaras Program : Guru Kanan Sains Sosial
8.15 pagi Taklimat Gotong Royong oleh Ketua Panitia PSK-Pn Wan Nor Sabirah
a. Pengagihan Kumpulan mengikut kawasan
KUMP 1- Kelas 1A
KUMP 2-Kelas 1B
KUMP 3- Kelas 1C
KUMP 4-Kelas 1D
KUMP 5-Kelas 1G
8.30 pagi Gotong Royong bermula
12.30 tgh Jamuan makan tengahari
2.10 tgh Bersurai
11.0 Belanjawan
11.1 Sumber:
PCG MP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan RM 1068.00

11.2 Perbelanjaan:

Bil Bahan Kuantiti x RM Jumlah


1. Makanan dan minuman 110 x RM 3 RM 330.00
2. Alat-alat gotong royong:
a. Nippon Roadline (5L) Hitam 2x RM95.00 RM 190.00
b. Nippon Roadline (5L) Kuning 2x RM95.00 RM 190.00
c. Nippon Roadline (5L) Putih 2x RM95.00 RM 190.00
d. Nippon Q-shield(1L) 471 1XRM34.00 RM 34.00
e. Nippon Q-shield(1L) NPAC2070A 1XRM 50.00 RM 50.00
f. Roller 6” 2XRM7.00 RM 14.00
g. Berus 4” 2X RM 4.00 RM 8.00
h. Tray Cat 4XRM 3.00 RM 12.00

3. Banner RM 50.00
Jumlah Besar RM 1068.00

12.0 Penutup:

Adalah diharapkan aktiviti gotong royong PSK T1 ini akan dapat menghasilkan satu kawasan
persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan selamat serta dapat menarik minat murid untuk hadir
ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menjadikan sekolah sebagai Pusat Pengembangan Ilmu kepada seluruh masyarakat serta
tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga khasnya masyarakat setempat.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

………………………… …………………… ……………………


Wan Nor Sabirah Bt W. Ali Ahmad Fitri b Abd Kadir Aloha Khana bt Ahmad@Mohammed
Ketua Panitia PSK Guru Kanan Sains Sosial Pengetua
SMK Kemumin SMK Kemumin SMK Kemumin
LAMPIRAN

PENGAGIHAN TUGAS MENGIKUT LOKASI SEMPENA

PROGRAM GOTONG ROYONG TINGKATAN 1 - 5 OGOS 2015

(SABTU-Jadual Selasa)

KELAS KAWASAN TUGAS


1A (L) CAT MODEL KUALITI(Q) MENGECAT SEMULA LAMBANG “Q”
1A (P) CAT MODEL-MODEL DI MENGECAT SEMULA MODEL KAABAH
DATARAN KAABAH DAN MODEL SEKITARNYA
1B (L) DATARAN D(PONDOK MERUMPUT DAN MENANAM POKOK
HALIMAH) DALAM DATARAN D
1B (P) DATARAN D(PONDOK MERUMPUT DAN MENANAM POKOK
HALIMAH) DALAM DATARAN D
1C (L) SEKITAR MAKMAL ICT MEMBERSIH TAMAN DEPAN MAKMAL
1C (P) OPERASI MAKMAL SAINS MEMBERSIH SINKI, TINGKAP DAN
(4 MAKMAL) MENGELAP MEJA MAKMAL
1D (L) SEKITAR BENGKEL KH MENGECAT PASU BUNGA KERTAS
1D (P) OPERASI BENGKEL MENGELAP MEJA DAN TINGKAP,
ELEKTRIK (KH) MENYAPU DAN MENGEMOP LANTAI
1G (L) SEKITAR MUSALLA MENGECAT PASU BUNGA KERTAS
SEKITAR MUSALLA
1G (P) MUSALLA LIPAT KAIN /SUSUN BUKU/SAPU
LANTAI/MOP DALAM DAN SEKITAR
MUSALLA

**PERHATIAN: Semua guru masa PdP kelas-kelas terlibat diminta berada bersama sepanjang
program berlangsung(7.50pg- 1.30 tgh)

Anda mungkin juga menyukai