Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PROGRAM CHAP GOH MEH

SJK(C) KAMPUNG BARU RAHANG

TEMA
“RIANG MERAIKAN CHAP GOH MEH”

TARIKH:
28 FEBRUARI 2018

TEMPAT:
GELANGGANG BOLA KERANJANG,
SJK(C) KAMPUNG BARU RAHANG

ANJURAN:
GURU PELATIH INTERNSHIP SEMESTER 8

DENGAN KERJASAMA
UNIT KOKURIKULUM SJK(C) KAMPUNG BARU RAHANG
1.0 TUJUAN
Untuk memohon pertimbangan dan kelulusan dari pihak sekolah SJK(C) Kampung Baru
Rahang bagi mengadakan program “Riang Meraikan Chap Goh Meh”.

2.0 PENGENALAN
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk
ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan
manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar unutk
menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan
melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api
siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian
‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina. Di Malaysia,
Chap Goh Meh disambut pada hari ke-15 bulan pertama Tahun Baru Cina iaitu semasa
bulan penuh. Sudah menjadi tradisi masyarakat Cina menggantung tanglung semasa
malam bulan penuh ini. Kadang-kadang mereka menulis puisi dan teka-teki pada
tanglung-tanglung dan cuba menyelesaikannya. Justeru, “Riang Meraikan Chap Goh
Meh” akan dijadikan sebagai tema sambutan Chap Goh Meh 2018 di SJK(C) Kampung
Baru Rahang.

3.0 OBJEKTIF:

 Mengeratkan hubungan antara pelajar yang berbezaan kaum dan agama

 Memberi peluang kepada murid SJK(C) Kampung Baru Rahang mengenali


budaya kaum dan tradisi masyarakat berbeza kaum
 Mewujudkan perpaduan dan keakraban sesama kawan-kawan yang berlainan
bangsa
 Menghargai dan mempertahankan parayaan tradisi masyarakat di Malaysia
dengan baik
 Menambahkan pengetahuan kita tentang adat resam masyarakat berbilang
bangsa di Malaysia

4.0 TEMA:
4.1 “RIANG MERAIKAN CHAP GOH MEH”
Ungkapan ini akan dijadikan sebagai tema program. Hal ini dikatakan demikian
kerana persefahaman budaya merupakan satu jalinan hubungan yang dapat
membimbing dan memupuk semangat kekitaan pelbagai kaum Malaysia. Melalui cara
ini, pihak kami dapat mengurangkan prasangka dan ketidaksefahaman antara kaum
sehingga mewujudkan suasana keharmonian di antara masyarakat terutamanya dalam
negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai kepercayaan. Kita akan
mengadakan permainan kecil yang menunjukkan suasana Tahun Baru Cina supaya
murid dapat merasai suasana Tahun Baru Cina dan bekerjasama sesama murid yang
berlainan kaum bagi memenangi permainan.

5.0 ANJURAN:
Guru pelatih Internship Semester 8 IPG Kampus Raja Melewar
Unit Kokurikulum SJK(C) Kampung Baru Rahang

6.0 PENERANGAN PROJEK:


a) Tarikh : 28 Februari 2018

b) Masa : 3.00pm – 4.00pm


Tempat : Gelanggang bola keranjang, SJK(C) Kampung Baru Rahang
Peserta : Murid tahun 4 dan tahun 5 SJK(C) Kampung Baru Rahang

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Rujuk lampiran 1

8.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran 2

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran 3

10.0 KESIMPULAN
Penghargaan diberikan kepada penganjur dan peserta yang terlibat bagi
menjayakan program ini. Adalah diharapkan supaya program ini dapat memberikan
manfaat dan pengalaman bermakna kepada semua pelajar yang terlibat. Selain itu,
kerjasama semua pihak adalah diharapkan supaya program ini dapat berjalan dengan
lancar. Semoga segala aktiviti yang dilaksanakan akan berjalan dengan lancar dan
mencapai matlamat dan objektif dengan berkesan.

Disediakan :

(LOW YING YIN)


Setiausaha
Program Chap Goh Meh
SJK(C) Kampung Baru Rahang

Disemak oleh :
.

(WONG WEI YAW)


Penasihat
Program Chap Goh Meh
SJK(C) Kampung Baru Rahang

Diluluskan oleh :

(CHEONG NYUK YIN)


Guru besar,
SJK(C) Kampung Baru Rahang

LAMPIRAN 1
JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Puan Cheong Nyuk Yin


Penasihat : Encik Wong Wei Yaw
Encik Low Choon Chee
Puan Tan Suh Woan
Pengarah Program : Cik Nicole Tuh Jia Lyn
Timb. Pen. Program : Cik Fong Jie Lei
Setiausaha : Cik Low Ying Yin
Bendahari : Cik Sieu Chin Yee

AJK Penyelaras Program dan Urusetia


Cik Ng Yee Yee

AJK Hebahan
Cik Low Ying Yin

AJK Persiapan Tempat Dan Peralatan


Cik Low Ying Yin
Cik Fong Jie Lei

AJK Fotografi
Cik Nicole Tuh Jia Lyn

AJK Pengacara Majlis


Cik Ng Yee Yee

AJK Tugas-Tugas Khas


Cik Sieu Chin Yee

Lampiran 2
TENTATIF PROGRAM

PROGRAM CHAP GOH MEH SJK(C) KAMPUNG BARU RAHANG


“RIANG MERAIKAN CHAP GOH MEH”

TARIKH : 28 FEBRUARI 2018


MASA : 3.00PM – 4.00PM
HARI : RABU

MASA PERKARA

2.50pm-3.00pm -Kumpul di gelanggang bola keranjang, SJK(C) Kampung Baru Rahang.

3.00pm-3.15pm -Pembahagian kumpulan


-Penjelasan permainan
3.15pm-3.45pm -Permainan Makan Limau
-Permainan Lukis Gambar Bergilir
-Permainan Kuplet Berkumpulan
3.45pm-3.55pm -Kemas tempat permainan

3.55pm-4.00pm -Pengumuman pemenang


-Penyampaian hadiah
4.00pm -Program tamat
-Bersurai
LAMPIRAN 3

PERBELANJAAN JANGKAAN

JUMLAH
BIL PERKARA HARGA KEWANGAN
(RM)
Bahan keperluan
 Limau Rm 15 x 1kotak Rm 15
 Kertas merah Rm 10 x 1 unit Rm 10
1.  Berus Rm 2 x 10 batang Rm 20
 Ink Rm 8 x 1 unit Rm 8

Hadiah Rm 30 x 3 Rm 90
2.
Jumlah keseluruhan Rm 143.00

Rm 143.00

Anda mungkin juga menyukai