Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA

MELAYU
LEMBAH PANTAI,
59990 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

PADA
1 MAC 2017 (KHAMIS)

ANJURAN
JABATAN PERHUBUNGAN AWAM
DAN JALINAN LUAR
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan
kelulusan daripada pihak IPG Kampus Bahasa Melayu untuk menjayakan satu
Sambutan Sambutan Tahun Baru Cina dalam kalangan guru pelatih.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengambil langkah
untuk mengadakan perayaan ini pada 1 Mac 2018 bersamaan Khamis yang
akan melibatkan seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu. Aktiviti
seumpama ini dapat memberikan pendedahan awal kepada para guru pelatih
mengenai perayaan ini.
2.0 LATAR BELAKANG

Tahun Baru Cina dikenali sebagai Xin (baru) Nian (tahun) yang juga merupakan
perayaan utama dalam masyarakat Cina. Perayaan ini disambut dengan budaya
masyarakat Cina seperti pemberian angpao, hidangan makanan tradisional, dan
tarian singa. Masyarakat Malaysia yang unik dengan pelbagai kaum turut merayakan
perayaan ini dengan semangat muhibah dan kekitaan.

Sebagai seorang bakal guru perlu mempunyai pengetahuan pelbagai budaya


Malaysia demi mewujudkan suasana harmoni dan bersatu padu dalam kalangan bakal
guru. Dengan pengetahuan dan pengalaman ini juga dapat menanam dan memupuk
semangat muhibah dan kekitaan dalam kalangan murid-murid pada masa akan
datang.

3.0 MATLAMAT
Sambutan Tahun Baru Cina ini diadakan adalah bertujuan untuk:
3.1 Memberikan pendedahan awal kepada para guru pelatih tentang asal
usul Sambutan Tahun Baru Cina.
3.2 Mewarisi tradisi kebudayaan yang terdapat di Malaysia.
3.3 Memperkenalkan makanan tradisi yang dimakan semasa sambutan
Tahun Baru Cina.
3.4 Mewujudkan suasana harmoni dan bersatu padu dalam kalangan guru
pelatih.

4.0 CADANGAN
4.1 Anjuran
Anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar

4.2 Sasaran
Semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

4.3 Tarikh dan Tempat


Tarikh : 1 Mac 2017 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGKBM

4.4 Cadangan Aktiviti


 Pameran Maklumat Makanan Tradisional semasa Sambutan Tahun
Baru Cina.
 Persembahan Kaligrafi
 Tarian tradisional masyarakat Cina
 Nyanyian (2 lagu dalam bahasa Cina beserta sari kata bahasa
Melayu ditayangkan dan 1 lagu dalam bahasa Melayu)
 Tayangan Video (12 Zodiak- urutan haiwan setiap tahun)
 Sketsa

5.0 TENTATIF PROGRAM


Masa Aktiviti

10.15 pagi Ketibaan para pelajar

Ketibaan Pengarah
10.30 pagi Nyanyian Negaraku
Bacaan Doa

11.00 pagi Ucapan Pengerusi Program

11.05 pagi Ucapan Pengarah

11.15 pagi Kaligrafi Cina (Perasmian)

Persembahan:
Orkestra Cina
Tarian
11.25 pagi
Nyanyian
Tayangan Video
Sketsa
12.15 tengah hari Pemberian Angpao
12.30 tengah hari Tamat
6.0 Jawatankuasa Pengelola
Penasihat : Puan Mahani binti Muhammad

Pengerusi : Wong Vui Shin (PISMP 4)

Setiausaha : Wee Kee Quan (PISMP 4)

Bendahari : Bryan Chew Ching Gee (PISMP 2)

Bacaan Doa : Muhammad Azim bin Azlan (PISMP 4)

Persiapan Tempat : Siet Chai Lee (PISMP 2)

Protokol : Low Jie Ying (PISMP 2)

Peralatan : Tay Seng Fa (PISMP 2)

Siaraya & Multimedia : Wong Xun En (PISMP 2)

Dokumentasi : Ho Mei Mun (PISMP 2)

Pengacara Majlis : Phoong You Hang (PISMP 1)

: Pavithra A/P Gunetharan (PISMP 6)

Persembahan : Lim Wan Shin (PISMP 4)

Penyediaan Sijil & Hadiah : Wong Wei Ning (PISMP 2)

Pameran : Lau Zheng Lian (PISMP 2)

Pendaftaram : Hoe Wei Qi (PISMP 4)


7.0 Perbelanjaan

Bil. Bahan Unit Harga Seunit Jumlah

1. Buah Mandarin Oren 25 RM 35.00 RM 875.00

8.0 SYOR
Adalah diharapkan bahawa pihak IPG Kampus Bahasa Melayu akan
meluluskan kertas cadangan ini dengan semangat muhibah dan kekitaan.
Semoga IPG Kampus Bahasa Melayu diwarnai dengan pelbagai budaya
selaras dengan Aspirasi Satu Malaysia.
Ulasan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar :

___________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Ulasan oleh Pegawai Unit Kewangan :

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Ulasan oleh Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu :

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
Disediakan oleh,

_____________
WONG VUI SHIN
Pengerusi Sambutan Tahun Baru Cina 2018

Disemak oleh,

____________________
MAHANI BINTI MUHAMMAD
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Bahasa Melayu

Diluluskan oleh,

___________________
Dr.MARIDAH BINTI HAJI ALIAS A.N.S.,P.M.C
Pengarah
IPG Kampus Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai