Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PELAKSANAAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI

BAHASA MALAYSIA
Anjuran

Panitia Bahasa Malaysia

1.0 Pengenalan

Panitia Bahasa Malaysia adalah merupakan panitia yang menjalankan aktiviti-


aktiviti berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia. Di dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia terdapat beberapa komponen yang penting seperti
pemahaman, penulisan, tatabahasa dan kesusateraan. Panitia Bahasa Malaysia
berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan mata
pelajaran Bahasa Malaysia dengan harapan untuk memupuk rasa kecintaan
terhadap Bahasa Malaysia dan secara tidak langsung menggalakkan
penglibatan pelajar-pelajar di dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengan bahasa.

2.0 Matlamat

Matlamat aktiviti ini adalah sebagai pengisian rancangan tahunan bagi Panitia
Bahasa Malaysia. Melalui aktiviti ini, guru-guru secara tidak langsung akan dapat
menguasai ilmu pengetahuan menerusi pengalaman kontekstual yang diperolehi.
Bukan itu saja, melalui aktiviti ini nanti guru juga dapat menghayati kemahiran
dan nilai keguruan dan mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Guru juga akan
dapat menghasilkan ilmu binaan yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu
profesional keguruan.
3.0 Objektif

Pelaksanaan aktiviti penulisan esei Bahasa Malaysia adalah untuk :


3.1 Memenuhi aktiviti tahunan panitia.
3.2 Mencungkil bakat murid dalam pengetahuan dan kemahiran mereka
berbahasa.
3.3 Mendedahkan murid-murid supaya mengembangkan idea mereka dan
memperkayakan kosa kata bahasa Malaysia.

4.0 Pelaksanaan

Kertas kerja projek disediakan

Mesyuarat ahli jawatankuasa menentukan


tugas dan pemilihan tajuk

Pelaksanaan projek dan pemantauan oleh


Guru Besar

Penilaian projek dan laporan pelaksanaan

Refleksi dan tindakan susulan

5.0 Tarikh dan Masa

Tarikh : 20 Julai 2012 (Jumaat)


Masa : 9.50 hingga 11.20 pagi.
6.0 Tempat / Lokasi
Perpustakaan

7.0 Syarat-syarat Pertandingan


1- Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahap II.
2- Para peserta akan bertanding mengikut kategori iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan
Tahun 6.
3- Setiap kelas diminta untuk menghantar tiga (2) orang wakil.
4- Penulisan esei tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif seperti agama dan politik.
5- Masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam 15 minit.
6- Peserta akan diadili dari segi:
i) Pendahuluan (10%)
ii) Isi (30%)
iii) Huraian (15%)
iv) Contoh (15%)
v) Tatabahasa (20%)
vi) Penutup (10%)
9- Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD dan markah peserta tidak akan
diumumkan.

8.0 Kumpulan sasaran


Kumpulan sasaran untuk pertandingan menulis esei adalah murid-murid Tahap 2.

9.0 Senarai Nama Jawatankuasa Pelaksanaan Projek


Sila rujuk Lampiran A
10.0 Peralatan

BIL PERALATAN KUANTITI


1 Peralatan Aktiviti
- Kertas kajang 6 set
- Jam randik 1
- Kerusi 20 buah
- Meja 20 buah

11.0 Anggaran Kos Perbelanjaan

BIL PERKARA JUMLAH

1 Hadiah Dan Cenderahati

Hadiah
- Alat tulis (3 set untuk setiap kategori 3 set (kuantiti sama)
pertandingan)
- Sijil penyertaan (untuk semua *tertakluk kepada jumlah
peserta) penyertaan.

JUMLAH KESELURUHAN ( ANGGARAN )


12.0 Penutup
Secara keseluruhannya, pelaksanaan aktiviti penulisan esei bahasa Malaysia ini
merupakan salah satu pengisian panitia Bahasa Malaysia di sekolah. Melalui
projek yang diadakan ini juga pelajar dapat mengembangkan idea mereka dalam
penulisan esei yang lebih kreatif. Di samping itu juga, aktiviti ini boleh melatih
pelajar untuk mempelbagaikan kosa kata dan pemilihan kata yang gramatis dan
indah.
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PELAKSANAAN UNTUK PERTANDINGAN MENULIS ESEI

SEKOLAH KEBANGSAAN LIMBANG

PENASIHAT
En. Umar bin Ali

PENGERUSI
Puan Siti Hasmah Suhaili

SETIAUSAHA
Cik Arynie Binti Johari

BENDAHARI
Cik Nur Syahidah Binti Abdullah

HADIAH / CENDERAMATA: PERALATAN DAN FOTOGRAFI:


Puan Hajijah Binti Sulaiman En. Mohamad Fairul Rizam Bin Harun
Cik Bibi Hismak Binti Ismail En. Adenan Bin Amit

PENDAFTARAN: HAKIM:
Puan Noriah Binti Mohamad Puan Dayang Ibun Binti Itam
Puan Norsiah Binti Tahir Cik Asmayati Binti Ghazali
Cik Azlina Hassan
Puan Hajjah Robiah binti Nayan
Disediakan oleh: .....................................
(ARYNIE BINTI JOHARI)
Setiausaha,
Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Menulis Esei
Sekolah Kebangsaan Limbang 2012

Disahkan oleh: .......................................


(PUAN SITI HASMAH BINTI SUHAILI)
Pengerusi,
Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Menulis Esei
Sekolah Kebangsaan Limbang 2012

Diluluskan oleh: ..................................


(EN. UMAR BIN ALI)

Penasihat,

Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Menulis Esei


Sekolah Kebangsaan Limbang 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN LIMBANG,
LIMBANG, SARAWAK

KERTAS KERJA
PELAKSANAAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI
2012

PANITIA BAHASA MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai