Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PELAKSANAAN PERTANDINGAN EJAAN

BAHASA MALAYSIA
Anjuran

Panitia Bahasa Malaysia

1.0 Pengenalan

Panitia Bahasa Malaysia adalah merupakan panitia yang menjalankan aktiviti-


aktiviti berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia. Di dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia terdapat beberapa komponen yang penting seperti
pemahaman, penulisan, tatabahasa dan kesusateraan. Panitia Bahasa Malaysia
berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan mata
pelajaran Bahasa Malaysia dengan harapan untuk memupuk rasa kecintaan
terhadap Bahasa Malaysia dan secara tidak langsung menggalakkan
penglibatan pelajar-pelajar di dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengan bahasa.

2.0 Matlamat

Matlamat aktiviti ini adalah sebagai pengisian rancangan tahunan bagi Panitia
Bahasa Malaysia. Melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar dapat melihat kepentingan
tulisan ejaan dalam penulisan perkataan kerana perkataan yang disalah eja
mungkin membawa kepada makna yang berlainan. Disamping itu, pelajar akan
menjadi lebih peka terhadap ejaan perkataan yang selari dengan sebutannya.
Bukan itu saja, melalui aktiviti ini nanti guru juga dapat menghayati kemahiran
dan nilai keguruan dan mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Guru juga akan
dapat menghasilkan ilmu binaan yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu
profesional keguruan.
3.0 Objektif

Pelaksanaan aktiviti tulisan cantik Bahasa Malaysia adalah untuk :


3.1 Memenuhi aktiviti tahunan panitia.
3.2 Mencungkil bakat pelajar dalam kemahiran mengeja
3.3 Meningkatkan kemahiran mengeja di kalangan pelajar.
3.4 Menguji kepekaan pelajar terhadap perkataan yang disebut.

4.0 Pelaksanaan
Pertandingan ini akan dilaksanakan seperti pertandingan ‘Spell It Right’.
Penguji akan menyediakan bahan ejaan yang sesuai dengan kategori pelajar.
Setiap pelajar akan diuji dengan perkataan yang berlainan secara spontan dan
bergilir-gilir.
Bagi pelajar yang gagal untuk mengeja perkataan yang dikehendaki,
mereka akan diberi talian hayat sebanyak tiga kali. Jika pelajar salah mengeja
untuk kali yang ketiga, pelajar tersebut akan disingkirkan. Pelajar yang berjaya
bertahan hingga ke akhir pertandingan dianggap sebagai pemenang.

5.0 Tarikh dan Masa

Tarikh : 23 Jun 2011 (Khamis)


Masa : 2.30 – 4.30 petang

6.0 Tempat / Lokasi


Tahap I : Bilik Multimedia
Tahap II : Dewan
7.0 Syarat-syarat Pertandingan
1- Pertandingan ini terbuka kepada murid Tahap I dan II.
2- Para peserta akan bertanding mengikut darjah.
3- Setiap kelas diminta untuk menghantar tiga (3) orang wakil.
4- Pelajar diminta untuk mengeja perkataan yang disebut oleh penguji.
5- Masa yang diperuntukkan adalah selama 10 saat bagi satu perkataan.
6- Peserta akan disoal secara bergilir-gilir.
7- Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD dan markah peserta tidak akan
diumumkan.

8.0 Kumpulan sasaran


Kumpulan sasaran untuk pertandingan tulisan cantik adalah murid-murid Tahap I
dan II.

9.0 Senarai Nama Jawatankuasa Pelaksanaan Projek


Sila rujuk Lampiran A

10.0 Peralatan

BIL PERALATAN KUANTITI


1 Peralatan Aktiviti
- Pembesar suara 2
- Mikrofon 4
- Jam randik 2
- Kerusi 40 buah
- Meja 40 buah
11.0 Anggaran Kos Perbelanjaan

BIL PERKARA JUMLAH

1 Hadiah Dan Cenderahati

Hadiah
- Alat tulis (3 set untuk setiap kategori 6 set (kuantiti sama)
pertandingan)
- Sijil penyertaan (untuk semua *tertakluk kepada jumlah
peserta) penyertaan.

JUMLAH KESELURUHAN ( ANGGARAN )

12.0 Penutup
Secara keseluruhannya, pelaksanaan pertandingan ejaan ini merupakan salah
satu pengisian panitia Bahasa Malaysia di sekolah. Melalui pertandingan yang
diadakan, diharapkan pelajar dapat menyedari kepentingan ejaan terhadap
penulisan mereka. Di samping itu, menajdi harapan kami agar pelajar semakin
cenderung untuk merujuk kamus untuk mengetahui ejaan sebenar bagi sesuatu
perkataan. Pertandingan ini juga mampu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran murid khususnya dalam ejaan perkataan.
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PELAKSANAAN UNTUK PERTANDINGAN EJAAN

SEKOLAH KEBANGSAAN LIMBANG

PENASIHAT
En. Umar bin Ali

PENGERUSI
Puan Noriah Binti Mohamad

SETIAUSAHA
Cik Arynie Binti Johari

BENDAHARI
Cik Nur Syahidah Binti Abdullah

HADIAH / CENDERAMATA: PERALATAN DAN FOTOGRAFI:


Cik Nur Syahidah Binti Abdullah En. Mohamad Fairul Rizam Bin Harun
Puan Hajijah Sulaiman En. Adenan Bin Amit

PENDAFTARAN: HAKIM:
Cik Asmayati Ghazali Puan Siti Hasmah Binti Suhaili
Puan Norsiah Binti Tahir Cik Bibi Hismak Binti Ismail
En Jeff Bin Spri
Puan Hajjah Supatri Binti Ili
Cik Azlina Hassan
Puan Dayang Ibun Binti Itam
Disediakan oleh: .....................................
(ARYNIE BINTI JOHARI)
Setiausaha,
Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Ejaan
Sekolah Kebangsaan Limbang 2011

Disahkan oleh: .......................................


(PUAN NORIAH BINTI MOHAMAD)
Pengerusi,
Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Ejaan
Sekolah Kebangsaan Limbang 2011

Diluluskan oleh: ..................................


(EN. UMAR BIN ALI)

Penasihat,

Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Ejaan


Sekolah Kebangsaan Limbang 2011
SEKOLAH KEBANGSAAN LIMBANG,
LIMBANG, SARAWAK

KERTAS KERJA
PELAKSANAAN PERTANDINGAN EJAAN
2011

PANITIA BAHASA MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai