Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH CEMERLANG 2020

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA INGGERIS
(STORY TELLING)

1
1.0 PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA INGGERIS ( STORY TELLING )
Hari : 4 NOVEMBER 2020
Masa : 7.30 – 9.30 ( TAHUN 5 ) DAN 1.30 – 3.45 ( TAHUN 2 )
Tempat : DEWAN TERBUKA SKARY

2.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tahun 5 dan Tahun 2

3.0 PENDAHULUAN
Persatuan Bahasa Inggeris bercadang mengadakan pertandingan bercerita atau
’Storytelling’. Program yang dirancang melibatkan murid tahap satu dan tahap
dua.Malahan diharapkan pertandingan ini mampu melahirkan para pelajar yang
berkeyakinan tinggi dan berilmu.

4.0 RASIONAL
Pertandingan ’Storytelling’ diadakan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat-
bakat baruyang belum terserlah di kalangan para pelajar SK Abdul Rahman
Yassin. Malahan aktiviti ini juga adalah untuk melahirkankan pelapis baru bagi
persiapan pertandingan ’Storytelling’ yang bakal diadakan di peringkat lebih
tinggi pada masa akan datang. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memupuk
minat bertutur Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar dan memberi
keyakinan kepada para pelajar agar tidak malu menuturkan Bahasa Inggeris

5.0 MATLAMAT
Untuk memastikan semua murid berpeluang untuk mengetengahkan bakat yang
terpendam dan mengasah kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan
lebih yakin, sekaligus meningkatkan markah penyertaan aktiviti kokurikulum.

2
6.0 OBJEKTIF
1. Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
menyakinkan.
2. Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif
3. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalamkalangan murid.
4. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur dan
membaca dalambahasa Inggeris.
5. Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan
meyakinkan.

7.0 JAWATANKUASA
Pengerusi : En Mohd Joehadi bin Haji Parcho
Timbalan Pengerusi : En Mahadzir bin Ibrahim
Naib Pengerusi : Pn Hjh Suhanah binti Ramlan
Pn Rafidah binti Md Yunos
Pn Norintan binti Mori
Penyelaras : Pn. Hajjah Zalzulaina binti Sulaiman
Ketua Penasihat : Pn Madzlina binti Muhammad
Guru Penasihat : Pn. Nur Hifzan binti Muhamad Zanini
Pn Mazita binti Paat
Pn Nor Azleen binti Shamshuddin
En. Zainal Amri bin Zainy
En. Saidin bin Saperi

3
8.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN

Perkara Jumlah

HADIAH
Pertama Rm 20.00 X 2 Rm 40.00
Kedua Rm 15.00 X 2 Rm 30.00
Ketiga Rm 10.00 X 2 Rm 20.00
Saguhati Rm 5.00 X 12 Rm 60.00
Runcit Rm 50.00

JUMLAH Rm 200.00

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan
Berjaya mencapai objektifnya. Marilah kita berdoa agar semua murid-murid SK
Abdul Rahman Yassin akan beroleh kejayaan yang gemilang dalam semua
aspek pada masa-masa yang akan datang

4
Disediakan oleh,

…………………………………….
( MADZLINA BT MUHAMMAD )
Ketua Guru Persatuan Bahasa Inggeris SKARY

Disemak oleh,

…………………………………….
(MAHADZIR BIN IBRAHIM)
GPK Kokurikulum SKARY

Diluluskan oleh,

………………………………………..
(MOHD JOEHADI BIN HAJI PARCHO)
Guru Besar SKARY

Anda mungkin juga menyukai