Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN YASSIN

JALAN ARA, KAMPONG DATO ABDUL RAHMAN YASSIN,


86000, KLUANG, JOHOR

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMATUHAN DISIPLIN


SK ABDUL RAHMAN YASSIN

ANJURAN :
UNIT DISIPLIN SESI PETANG
UNIT PENGAWAS SESI PETANG
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DISEDIAKAN OLEH:

ZAINAL AMRI BIN ZAINY


PENYELARAS UNIT DISIPLIN ( SESI PETANG

TAJUK KERTAS KERJA


PROGRAM PEMATUHAN DISIPLIN
TARIKH : Selasa dan Rabu minggu kedua setiap bulan.
TEMPAT : Dewan SK Abdul Rahman Yassin
MASA : 2.45 hingga 3.45 petang.

1.0 PENDAHULUAN
Dalam mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi, disiplin
dan motivasi merupakan aspek yang amat penting. Tanpa disiplin dan
motivasi yang tinggi, adalah sukar bagi seseorang individu untuk
berjaya. Oleh sebab itu, kedua-duanya haruslah diterapkan secara
konsisten dalam diri murid-murid sejak awal lagi iaitu di peringkat sekolah
rendah. Sebagai satu inisiatif ke arah ini, pihak Unit Disiplin SK Abdul
Rahman Yassin dan Unit Pengawas di bantu oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling bercadang untuk menganjurkan Program Pematuhan Disiplin
agar disiplin dan motivasi murid-murid di sekolah ini dapat dipertingkatkan.

2.0 RASIONAL
Tanpa disiplin dan motivasi diri yang tinggi, sukar untuk seseorang murid
mencapai kejayaan dalam bidang akademik ataupun kokurikulum. Oleh sebab itu,
kedua-dua aspek ini amat penting untuk diterapkan dalam diri murid-murid sejak
dari awal lagi supaya mereka dapat menjadi individu-individu yang cemerlang di
masa hadapan.

3.0 MATLAMAT
Untuk memastikan semua murid SK Abdul Rahman Yassin mempunyai
tahap disiplin dan motivasi diri yang tinggi serta memantapkan jati diri
mereka sebagai murid yang cemerlang dalam pelbagai aspek.

4.0 OBJEKTIF

5.1 Memberi peringatan kepada murid-murid tentang disiplin dan peraturan


sekolah.

5.2 Meningkatkan disiplin dan motivasi murid untuk belajar.

5.3 Memberi kesedaran tentang kepentingan disiplin dan motivasi kepada


murid-murid.

5.4 Memupuk rasa tanggungjawab dalam diri murid-murid serta sikap


saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.

6.0 JAWATANKUASA
Penasihat : Puan Mazlin Binti Idris
Pengerusi : Puan Maimunah Binti Hj Juraimi
Penyelaras : Encik Zainal Amri Bin Zainy
Setiausaha : Ecik Wizani Bin Othman
Ahli-ahli Jawatankuasa:
6.1 Persiapan tempat
Encik Abdul Rahman Bin Abdullah

6.2 Siaraya/PA System


Encik Wizani Bin Othman

6.6 Kawalan Murid dan Kebersihan


Semua guru matapelajaran mengikut jadual PdP.

7.0 BIDANG TUGAS

7.1 Penyelaras program


- Mengadakan perbincangan dengan GPK Petang dan Guru Besar.
- Mengadakan mesyuarat dan memastikan program berjalan lancar.

7.2 Persiapan Tempat


- Menyediakan dan menyusun tempat untuk program.

7.6 Siaraya/PA System


- Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi di dewan.
- Mencari alternatif dan back up sekiranya ada gangguan.
.

7.7 Kawalan Murid dan Kebersihan


- Memastikan disiplin murid terkawal sepanjang program
berlangsung.
- Memastikan kebersihan dewan semasa dan selepas program.

8.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid tahun 1 dan 2 SK Abdul Rahman Yassin.
9.0 JADUAL PERLAKSANAAN DAN TENTATIF PROGRAM

TARIKH HARI MURID TERLIBAT


BULAN FEBRUARI
7.2.2017 Selasa Tahun 2
8.2.2107 Rabu Tahun 1
BULAN MAC
7.3.2017 Selasa Tahun 2
8.3.2017 Rabu Tahun 1
BULAN APRIL
4.4.2017 Selasa Tahun 2
5.4.2017 Rabu Tahun 1
BULAN MEI
8.5.2017 Isnin Tahun 2
9.5.2017 Selasa Tahun 1
BULAN JUN
13.6.2107 Selasa Tahun 2
14.6.2107 Rabu Tahun 1
BULAN JULAI
4.7.2107 Selasa Tahun 2
5.7.2107 Rabu Tahun 1
BULAN OGOS
8.8.2017 Selasa Tahun 2
9.8.2017 Rabu Tahun 1
BULAN SEPTEMBER
5.9.2107 Selasa Tahun 2
6.9.2107 Rabu Tahun 1
BULAN OKTOBER
10.10.2107 Selasa Tahun 2
11.10.2017 Rabu Tahun 1
-Tarikh tertakluk pada
perubahan.

TENTATIF PROGRAM ( MENGIKUT TEMA )

MASA PROGRAM
2.45 3.15 ptg Slot Disiplin (Guru Disiplin)

3.15 3.45 Slot Kaunseling (Kaunselor)

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan di akhir program ini semua murid SK Abdul Rahman


Yassin akan dapat menyedari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai murid-
murid sekolah yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi. Program ini juga
diharapkan dapat melahirkan generasi masa depan yang berkebolehan,
berdaya maju serta berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.

Disediakan oleh,
.
( ZAINAL AMRI BIN ZAINY )
Penyelaras Unit Disiplin ( petang ) SK Abdul Rahman Yassin

Disemak oleh,
.
(PUAN MAIMUNAH BINTI HJ JURAIMI )
GPK PETANG SK Abdul Rahman Yassin.

Diluluskan oleh,

..
( PUAN MAZLIN BINTI IDRIS )
Guru Besar SK Abdul Rahman Yassin.

Anda mungkin juga menyukai