Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA & PENJAGA SERTA MENENTUKAN TARGET UPSR SKSHD 2017

KERTAS KERJA
PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA & PENJAGA SERTA
MENENTUKAN TARGET UPSR SKSHD

1.0 PENGENALAN
Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Penjaga Serta Menentukan Target UPSR 2017 adalah aktiviti yang
dirancang oleh Jawatankuasa Program Kecermelangan UPSR. Program ini adalah merupakan hari yang
menemukan para ibu bapa atau penjaga bersama para pendidik bagi tujuan membincangkan hal-hal yang
berkaitan dengan anak-anak mereka.Di sini murid, ibu bapa atau penjaga dan guru berpeluang untuk
bersemuka dan berbincang mengenai peranan, tindakan, idea-idea serta cadangan-cadangan
penambahbaikan yang boleh digunapakai dalam mencapai matlamat sekolah dalam meningkatkan
keputusan peperiksaan UPSR 2017.

2.0 MATLAMAT
2.1 Membentangkan strategi Kecemerlangan UPSR 2017 yang telah dirancang oleh Jawatankuasa
Kecemerlangan UPSR 2017.
2.2 Membina permuafakatan di antara ibu bapa atau penjaga demi merealisasikan kecemerlangan anak
dalam UPSR 2017.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif program ini dirangka adalah untuk:
3.1 Membuka ruang kepada ibu bapa atau penjaga mengetahui dan berbincang mengenai kekuatan
dan kelemahan anak-anak.
3.2 Membolehkan ibu bapa atau penjaga mengetahui dan berbincang mengenai perkembangan prestasi
akademik, adab, serta sahsiah anak-anak di sekolah mahupun di rumah.
3.3 Membincangkan peranan keibubapaan dalam memberi sokongan dan menyediakan persekitaran
yang sesuai demi kejayaan anak-anak pada akan datang meliputi keseluruhan aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelektual.
3.4 Perkongsian ilmu dan maklumat mengenai setiap mata pelajaran dan keperluan terkini setiap mata
pelajaran dapat disalurkan kepada ibu bapa.

4.0 SASARAN

Ibu bapa atau penjaga dan semua murid tahun 6 SKSHD 2017.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

10 Februari 2017 (Jumaat 8:00 – 11:20 pagi)

1
PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA & PENJAGA SERTA MENENTUKAN TARGET UPSR SKSHD 2017

6.0 TEMPAT PELAKSANAAN

Dewan Az-Zahra, SK Sungai Haji Dorani.

7.0 ANJURAN

Jawatankuasa Program Kecemerlangan UPSR 2017.

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Encik Zainal Abidin bin Zainon (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Encik Mohamad bin Asmara (GPK Pentadbiran)
Puan Norliza binti Akhbar (GPK Kokorikulum)
Encik Rohzali bin Paduli (GPK HEM)
Penyelaras : Puan Fasihah binti Che Wil
Pen.Penyelaras : Puan Marsita binti Abdullah
Setiausaha : Puan Zubaiyah binti Kadir
Pen. Setiausaha : Puan Maria Ulfa binti Mohd Zajuli
Bendahari : Puan Mulian Sulaila binti Abdul Halim

Ahli Jawatankuasa Kecil :

Pengacara Majlis : En. Fathul Mu’in bin Md Ali


Bacaan Doa : En. Nor Azizi bin Daaim
Pendaftaran : Pn. Kamsiah binti Tumin
Persiapan Tempat & Dewan : En. Mohamad Idris bin Bahaudin
Jamuan : Pn. Masamah binti Toha
Buku Program : Pn. Fasihah binti Che Wil
PA Sistem & Siaraya : En. Saipullah bin Kasim
Dokumentasi : Pn. Zubaiyah & Pn. Maria Ulfa
Disiplin : Pn. Marsita & Pn. Jaharah

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA Kuantiti ANGGARAN Kos ( RM )


1. Jamuan Makan dan Minum 88 orang RM 2 X 88
2. Bahan fotostat RM 30
RM 206
JUMLAH

2
PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA & PENJAGA SERTA MENENTUKAN TARGET UPSR SKSHD 2017

10.0 SUMBER KOS

- Peruntukan Program Kecemerlangan UPSR SKSHD

11.0 TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM PERMUAFATAN IBU BAPA DAN PENJAGA


SERTA MENENTUKAN TARGET UPSR
10 FEBRUARI 2017

7.50 pagi : Ibu bapa dan murid mengambil tempat di dewan


8.00 pagi : Bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Nor Azizi bin Daaim
: Ucapan Alu-aluan pengerusi majlis
: Ucapan Alu-aluan Guru Besar SKSHD
: Ucapan pembentangan Program Kecemerlangan UPSR 2017
Oleh En. Mohamad bin Asmara ( GPK Pentadbiran )
: Penerangan pendaftaran UPSR 2017 oleh setiausaha
peperiksaan UPSR Pn. Izuana binti Mahmad Sani
: Penerangan Penilaian Amali Jasmani Sukan Kokurikulum
( PAJSK ) oleh Pn. Norliza bt Akhbar
: Pembentangan Format UPSR :
 Bahasa Melayu kertas 1 & 2
oleh Pn. Kamsiah bt Tumin & En. Fathul Mu’in b Md Ali
 Sains Kertas 1 & 2
oleh Pn. Jaharah bt Awang & Pn. Masamah bt Toha
 Matematik Kertas 1 & 2
oleh En. Saipullah b Kasim & Pn. Izuana bt Mahmad Sani
 Bahasa Inggeris Kertas 1 & 2
oleh En. Mohamad Idris b Bahaudin & En Shamsi Insani
b Osman Wahid

11:20 pagi : Bersurai

3
PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA & PENJAGA SERTA MENENTUKAN TARGET UPSR SKSHD 2017

12.0 CADANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2017

BIL PROGRAM TARIKH TEMPAT CATATAN TINDAKAN


Mesyuarat JKPK UPSR
1 17/1/2017 Bilik Mesyuarat Merancang program JKPK UPSR
2017
GBK &
Surau An
2 Zikir Fajar Jan – Nov Semua murid tahun 6 Penyelaras Tahun
Nawawi
6
Pengelasan murid mengikut Guru Mata
3 Ujian Diagnostik Feb Dewan Az Zahra
kumpulan untuk kelas tambahan pelajaran tahun 6
Hari Permuafakatan ibu
4 bapa / penjaga murid Feb Dewan Az Zahra Menentukan target UPSR 2017 JKPK UPSR
tahun 6
Amalan makanan
5 Feb – Sept Kelas Tahun 6 Semua murid tahun 6 Guru kelas tahun
sunnah
6
1. Hari sabtu 8.00 – 12.30 tghari Penyelaras tahun
6 Kelas Tambahan Feb - Sept Kelas tahun 6
2. Cuti penggal 6
The Champion “
7 Feb – Sept Sekolah / rumah 5 orang murid yang terpilih GBK
Imtiyaz”
1. Surau An 1. Setiap pagi Jumaat
Solat Hajat / bacaan Nabawi 2. Ogos – Solat hajat perdana 1 Penyelaras tahun
8 Feb – Nov 3. Sept – Solat hajat perdana 2
Yasin 2. Surau An 6
Nur
Pemulihan / Klinik
Fokus murid yang lemah dalam Guru Mata
9 UPSR Feb – Sept Kelas Tahun 6
mata pelajaran teras Pelajaran tahun 6
( Mentor Mentee )
Motivasi ibubapa dan Mengadakan dialog bersama
10 Mac Dewan Az Zahra GBK
murid tahun 6 penceramah jemputan
Menjawab soalan dalam aplikasi
11 Zoom A Mac- Sept Sekolah / rumah Guru Bestari
Zoom A
Fasilitator jemputan dan Ketua Panitia BM,
12 Bengkel Mata Pelajaran Mei – Jun Dewan Az Zahra pemeriksa kertas UPSR BI, Mate dan
Sains
Perbincangan ibubapa dengan Penyelaras tahun
13 Dialog Prestasi Mei & Julai Bilik Mesyuarat guru tahun 6 6 dan guru mata
pelajaran tahun 6
Guru Mata
14 Gerak gempur Julai – Sept Dewan Az Zahra Orentasi UPSR
Pelajaran tahun 6
Penyelaras tahun
15 Program “Stayback” 4 – 8 Sept Kelas tahun 6 Semua murid tahun 6 6 dan guru mata
pelajaran
GBK &
16 Restu Ilmu Sept Dewan Az Zahra Semua murid tahun 6 Penyelaras Tahun
6
31/7, 1/8, Guru Mata
17 Kelas malam Kelas tahun 6 Semua murid tahun 6
7/8, 8/8, Pelajaran tahun 6

4
PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA & PENJAGA SERTA MENENTUKAN TARGET UPSR SKSHD 2017

18 Pasca UPSR Sept – Nov Dewan Az Zahra Semua murid tahun 6 GBK

Guru kelas tahun


19 Jamuan Akhir Tahun Nov Dewan Az Zahra Semua murid tahun 6 6

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN
BAYARAN JUMLAH BAYARAN
BIL PROGRAM BAGI SEMUA MURID CATATAN
SEORANG ( 44 ORANG )
MURID
Motivasi & permuafakatan
1 RM 7.00 RM 308.00
ibubapa dan murid tahun 6
2 Bengkel Mata Pelajaran RM 54.00 RM 2376.00
3 Program “Stayback” RM 10.00 RM 440.00
4 Kelas malam RM 5.00 RM 220.00
5 Pasca UPSR RM 20.00 RM 880.00
6 Jamuan Akhir Tahun RM 10.00 RM 440.00
7 Kelas Tambahan RM 40.00 RM 1760.00
8 Solat Hajat Perdana 1 & 2 RM 10.00 RM 440.00
Amalan makanan sunnah
9 RM 5.00 RM 220.00
( kismis & air zam-zam )
Fotostat Bahan Gerak
10 RM 10.00 RM 440.00
Gempur
11 Sarapan UPSR RM 5.00 RM 220.00
12 Pendaftaran UPSR RM 2.00 RM 88.00
13 Pengurusan RM 2.00 RM 88.00
**Bagi yang berminat
14 Zoom A ** RM 20.00
sahaja
JUMLAH BESAR RM 180.00 RM 7920.00

5
PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA & PENJAGA SERTA MENENTUKAN TARGET UPSR SKSHD 2017

14.0 PENUTUP

Diharapkan program seperti ini dapat memberi impak yang berkesan kepada pencapaian murid Tahun 6 SK
Sungai Haji Dorani dalam mencapai target yang diingini dan mencapai sasaran Gred Peratus Sekolah (GPS)
pada tahun 2017.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

……………………………………………. ……………………………………
( ZUBAIYAH BINTI KADIR ) (MOHAMAD BIN ASMARA)
Setiausaha, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Penjaga, SK Sungai Haji Dorani,
Serta Menentukan Target UPSR 2017, 45300 Sungai Besar,
SK Sungai Haji Dorani, Selangor.,
45300 Sungai Besar,
Selangor.

Disahkan oleh ,

……………………………………………..
( ZAINAL ABIDIN BIN ZAINON )
Guru Besar ,
SK Sungai Haji Dorani,
45300 Sungai Besar,
Selangor.
.

6
PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA & PENJAGA SERTA MENENTUKAN TARGET UPSR SKSHD 2017

Anda mungkin juga menyukai