Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR FASA 2


TAHUN 6 2016

1.0 PENDAHULUAN

Kecemerlangan pelajar dalam akademik adalah merupakan antara matlamat utama Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi mencapai hasrat tersebut
semua sekolah di seluruh negara disarankan agar mengadakan aktiviti yang dapat menjana
kecemerlangan pelajar untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam
mendukung amanah agama, bangsa dan negara.

Pada tahun 2016, seramai 216 orang calon UPSR Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota akan
menghadiri satu program bengkel teknik menjawab soalan UPSR untuk melengkapkan proses
pembelajaran dan mencapai kecemerlangan, melalui strategi dan teknik menjawab soalan yang
betul dan tepat sesuai dengan kehendak sistem pendidikan yang terkini.

Bagi menyahut cabaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan modal insan yang
berkualiti dan cemerlang, pihak sekolah dan barisan guru-guru dengan sepakat dan kolektif akan
melaksanakan Program Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2016 selama 1 hari khas untuk
semua murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Program ini adalah berfokus
kepada membina kendiri pelajar agar lebih bersemangat, berkeyakinan, berketerampilan, sentiasa
berusaha, tidak putus asa dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR serta memberi
pendedahan teknik menjawab soalan dengan cara yang betul serta menyuntik dan merangsang
semangat mereka agar dapat belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

1
2.0 MATLAMAT

a. Mencungkil dan merangsang semangat murid untuk menghadapi UPSR.


b. Mendedahkan murid tentang kemahiran belajar, teknik menjawab soalan dan motivasi diri.
c. Memantapkan kemahiran dan penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains.
d. Meningkatkan peratus pencapaian semua mata pelajaran dalam UPSR seperti yang disasarkan.

3.0 OBJEKTIF

Di akhir program kecemerlangan ini, diharapkan agar murid-murid dapat :

a. Menggunakan format dan teknik yang diajar oleh guru pakar yang berpengalaman untuk
menjawab soalan dengan tepat dan betul.
b. Mengetahui tajuk-tajuk/topik-topik penting yang perlu diberikan tumpuan.
c. Meningkatkan pemahaman dan memperkasakan keazaman untuk kecemerlangan diri.
d. Meningkatkan keyakinan diri, memberi dorongan dan menguatkan minat murid untuk
meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

4.0 KUMPULAN SASARAN :

Semua Calon UPSR 2016 seramai 216 orang.

5.0 TARIKH PERLAKSANAAN :

16 APRIL 2016 (1 Hari)

6.0 TEMPAT :

Dewan Kuliah Fakulti Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia

7.0 SUMBER KEWANGAN :


2
SUMBANGAN PIBG

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :

Bil Perkara Kos


1. Makanan Murid RM 2592.00
RM12.00 x 216 orang

2. Makanan Guru Pengiring RM 240.00


RM12.00 x 20 orang

3. Pengangkutan RM 1300.00
RM350.00 x 5 buah bas

4. Saguhati Penceramah RM 1600.00


RM400.00 x 4 orang

5. Saguhati MPP RM 300.00


6 Fail, Bahan dan Sijil RM 3240.00
RM15.00 x 216 orang

7. Sewa Dewan RM 500.00


JUMLAH RM 9772.00

9.0 PENCERAMAH JEMPUTAN :

Penceramah jemputan adalah terdiri daripada guru-guru cemerlang dan pakar dalam bidang
masing-masing. Mereka juga merupakan panel yang terlibat dalam menggubal soalan
peperiksaan UPSR dan pemeriksa kertas UPSR. Pihak sekolah berkeyakinan bahawa
penceramah ini berupaya memberikan pendedahan teknik menjawab soalan dan tips-tips yang
berguna kepada calon UPSR.

1. BAHASA MALAYSIA : EN. MOHD ASRI BIN AYOB


2. BAHASA INGGERIS : PN. NORAZWANA BT NASARUDIN
3. MATEMATIK : EN. RIDZUAN SHUKRI
4. SAINS : PN. NORHAFIZAH BT ABD GHANI

3
10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA & TENTATIF PROGRAM

Seperti lampiran

11.0 PENUTUP

Kesimpulannya, program ini akan dapat membantu meningkatkan motivasi, strategi dan
teknik dalam menjawab soalan-soalan UPSR selaras dengan potensi diri yang ada pada
murid-murid untuk menuju kecemerlangan serta melahirkan murid-murid yang berkualiti
seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_______________________ _____________________________
HASNORIZAM BT HASSAN PN. NORA BT HUSSEIN
Penyelaras Tahun 6 2016 Guru Penolong Kanan Kurikulum

Disahkan oleh :

___________________________
HJH. SITI ZAHARAH BT MOHD MUKHTAR
Guru Besar

4
TENTATIF PROGRAM
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TAHUN 6 2017
DEWAN KULIAH, KUIS BANDAR SERI PUTRA BANGI

29 JULAI 2017 - SABTU

7.30 pagi : Tiba di KUIS,

: Pendaftaran peserta,

: Sarapan pagi

7.45 pagi : Murid masuk ke dalam dewan

: Taklimat Penyelaras Tahun 6

8.00 10.00 pagi : Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains

10.00 10.30 pagi : Rehat

10.30 12.30 tengah hari : Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris

12.30 2.00 petang : Makan Tengahari / Pulang

30 JULAI 2017 - SABTU

7.30 pagi : Tiba di KUIS,

: Pendaftaran peserta,

: Sarapan pagi

7.45 pagi : Murid masuk ke dalam dewan

: Taklimat Penyelaras Tahun 6

8.00 10.00 pagi : Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu

10.00 10.30 pagi : Rehat

10.30 12.30 tengah hari : Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik

12.30 2.00 petang : Makan Tengahari / Pulang

PROGRAM SEKITA TERBILANG UPSR 2017


5
JAWATANKUASA PELAKSANA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR
2017

Pengerusi : En. Mohd Faizal bin Abd Aziz (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Pn. Suwaibatullaslamiah bt Jalaludin (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Amalina bt. Ismail (GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Hjh. Rusni Bt Hasbullah (GPK Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 : En. Hamizon b Hamid (GPK Petang)

Penyelaras Tahun 6 : Pn. Noor Bainun bt Endut

Penyelaras Program : Pn. Nurul Aini bt Ariffin

Persediaan Bahan : Pn. Zarina Mohd bt Yusof

Pengerusi Majlis : En. Muhammad Zaidi bin Md Nor (Sains)


: Pn. Wan Izyati bt Wan Yaakop (B.Inggeris)
:Pn. Hasnorizam bt Hassan (B.Melayu)
: Pn. Rozita bt Ikhsan (Matematik)

Pendaftaran Peserta di KUIS : Pn. Zalina bt Ghazali


: Pn. Mariah
: Pn. Solehah bt Omar

Jurugambar : En. Mohd Hafiz Ab Rahman


: Pn. Zuraiya bt Zakaria
:
Makanan Murid : Pn. Salwani Mahanum bt Karman
: Pn.Wan Azimah bt Wan Alias
: YM. Tengku Norianee bt Wan Alias
: Pn. Norhashimah

Disiplin & Kebersihan Tempat : En. Zulkifli b. Zainal Abidin


: En. Muhammad Farid b. Abdul Ghani

Dokumentasi/Laporan : Pn. Zuraiya Zakaria

Cenderahati / Saguhati : Pn. Eliza Azrina bt Mohamed Said


: Pn. Hasnorizam bt Hassan

Sijil : Pn. Nik Zulaikha bt Nik Mat Salleh


: Pn. Marziyana bt Mokhtarudin

6
JADUAL TUGASAN GURU

TARIKH: 16 APRIL 2016

HARI: SABTU

SESI 1

1.Pn. Zarina bt Mohd Yusof 1.Pn. Wan Izyati bt Wan Yaakop


2. En Muhammad Zaidi b.Md Nor 2.Pn. Salwani Mahanum bt Karman
3.En. Zakuan b. Jusoh 3..Pn. Eliza Azrina bt Mohamed Said
4. Pn. Solehah bt Omar 4.. Pn Marziela bt Muhamad Sabari
5. Ustaz Ridzuan b. Supardin

SES1 2

1.Pn. Mariah bt Sidoal 1.Pn. Rozita bt Ikhsan


2.En. Noor Izam b. Mohd Taib 2.En. Mohd. Firdaus b. Supian
3..Pn. Lelawati Sukarni 3. En. Muhammad Hafiz b. Abdul Rahman
4.Pn. Marziyana bt Mokhtarudin 4. En. Mohd Nasrol b Soludi
5. Pn. Hasnorizam bt Hassan 5. Nik Zulaikha bt Nik Mat Salleh

Anda mungkin juga menyukai