Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA,

PPR BATU MUDA, 51200 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN
PENGAWAS
2014

TARIKH : 8 FEBRUARI 2014


HARI : SABTU
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUANAN
SK BATU MUDA
MASA : 7.30 PAGI – 1.30 PETANG

Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SK BATU MUDA, KL

VISI

1
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu


Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT

 Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu


 Melahirkan insan yang beriman,berakhlak mulia,berilmu,berketrampilan, dan
sejahtera
 Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
 Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga SKBM dengan penuh kesedaran berikrar untuk mencapai kecemerlangan
ke tahap optima dalam kurikulum,kokurikulum dan sahsiah diri berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan .
Kami akan mencapai hasrat ini dengan :

 Menjalankan sistem pendidikan dengan berkesan dan berkualiti .

 Penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu di dalam aktiviti kokurikulum dan


kurikulum .

 Melahirkan pelajar yang berdisiplin , berakhlak mulia dan cintakan sekolah .

 Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif , harmoni , selamat dan selesa .

 Melayani ibu bapa / penjaga dengan penuh hormat dan tanggungjawab .

Tujuan

2
Kertas kerja ini bertujuan untuk mencadangkan pelaksanaan Kursus Kepimpinan
Pengawas yang disertai oleh Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber Sekolah
(PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas SPBT dan Ketua Kelas serta
Penolong Ketua Kelas

Latar Belakang dan Justifikasi Program

Kursus Kepimpinan Pengawas merupakan program tahunan yang dimuatkan di


dalam takwim sekolah. Secara umumnya skop modul yang akan diterapkan di dalam
Kursus Kepimpinan ini adalah persediaan diri bagi pemimpin pelajar untuk
memperkasakan diri ke arah kecemerlangan serta menanam nilai-nilai moral yang
tinggi membina keutuhan kepimpinan diri yang penuh kesopanan dan kesusilaan
selaras dengan keindahan ajaran agama dan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
Hari ini kita dapati ramai di antara kita lebih cenderung melahirkan pelajar yang
pandai dan bijak, tetapi kadangkala kita terlupa bahawa adakah cukup dan berbangga
dengan melahirkan pelajar yang bijak tetapi jahat, pandai tetapi lalai serta tidak peka
dan sensitif kepada norma-norma hidup bermasyarakat. Justeru itu program ini akan
cuba untuk menerapkan elemen-elemen seperti kepimpinan, kerohanian,hubungan
antara personal, dan motivasi yang mana kesemua ini adalah merupakan kelemahan
yang amat ketara di dalam diri pelajar-pelajar di samping memandu pelajar mengenali
Pencipta Agung mereka iaitu Allah Subhanahuwataala. Selain itu ia juga bertujuan
untuk memastikan barisan kepimpinan pelajar sentiasa diasah dengan ciri-ciri dan
elemen kepimpinan yang akan menggerakkan mereka menjadi pemimpin yang
bertanggungjawab dan berketerampilan.Kepimpinan merupakan kemahiran yang
seharusnya dimiliki oleh setiap pelajar.
Ciri-ciri ideal seorang pemimpin wajar diketahui dan dimiliki oleh setiap pelajar
untuk menyerlahkan potensi mereka.Bakat dan kepimpinan yang dimiliki mampu
mendorong pelajar untuk bertindak dan menjalankan tugasan mereka dengan lebih
cemerlang serta cerdas,efektif,serta berakhlak mulia selaras dengankehendak Falsafah
Pendidikan Negara yang berazam untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.Ini sekaligus mampu menyerlahkan
lagi potensi pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Muda sejajar dengan kehendak visi
sekolah itu sendiri.
Oleh itu, Kursus Kepimpinan Pelajar 2014 yang akan diadakan di mana
penyertaannya adalah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber
Sekolah (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas SPBT dan Ketua Kelas
dan Penolong Ketua Kelas diharapkan mampu mencipta satu impak positif di dalam
memantapkan lagi kemahiran kepimpinan barisan pemimpin pelajar Sekolah
Kebangsaan Batu Muda.Oleh itu pelbagai agenda dan slot telah diatur untuk
memastikan barisan pemimpin pelajar ini diberikan pendedahan yang mantap serta
mampu menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah dan berefisyen.

3
OBJEKTIF
 Memberi pendedahan tentang personaliti unggul seorang pemimpin.

 Melatih pelajar tentang kemahiran-kemahiran asas untuk menjadi seorang


pemimpin yang berdedikasi,amanah,jujur serta bertanggungjawab di
dalam setiap tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan

 Melatih kemahiran–kemahiran komunikasi efektif yang harus ada pada


seorang pemimpin pelajar.

 Menanam semangat kerjasama dan berpasukan di antara pemimpin-


pemimpin pelajar

Tarikh /Hari /Tempat


Tarikh : 8 Februari 2014
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 Pagi hingga 2.00 Petang
Tema : Pemimpin Berdedikasi Refleksi Keunggulan Jati Diri
Tempat : SK Batu Muda

Kumpulan Sasaran:
Pengawas Sekolah : 90 orang
Pembimbing Rakan Sebaya : 41 orang
Pengawas PSS : 45 orang
Pengawas SPBT : 32 orang
Ketua dan Penolong Kelas : 38 orang
Jumlah : 246 orang

Penyertaan
Penyertaan adalah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber
Sekolah (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT) dan Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas, Sekolah Kebangsaan Batu
Muda seramai 246 orang.

Perlaksanaan Kursus
Pengisian program dan kaedah perlaksanaan (Methodology) kursus ini akan dibuat
melalui;
1. Taklimat yang akan menyentuh aspek berkaitan dengan kepimpinan, disiplin diri,
moral dan sahsiah.

2. Latihan Kerja Berkumpulan atau ‘Team Building’ dan Persembahan


Perbincangan; setiap kumpulan akan diberikan tugasan praktikal dan dikehendaki
melaksanakannya

ANGGARAN PERBELANJAAN

4
Minum pagi
Murid :
Nasi Lemak Telur mata - RM 2.00 x 246 orang (RM492.00) – PCG B&K
Air Mineral - RM 1.00 x 246 orang (RM246.00) – PIBG

Guru :
Nasi Lemak Telur mata - RM 2.00 x 39 orang (RM78.00) – PIBG
Air Mineral - RM 1.00 x 39 orang (RM39.00) – PIBG

Makan Tengahari
Murid :
Nasi Berlauk dan Air Oren - RM 5.00 x 246 orang (RM1230.00) – PIBG
(Pakej)

Guru :
Nasi Berlauk dan Air Oren - RM 5.00 x 39 orang (RM195.00) – PIBG
(Pakej)

Lain-Lain
Hamper - RM 20.00 x 10 kumpulan(RM 200.00) – PCG KOKO

JUMLAH RM2480.00

SUMBER KEWANGAN
PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling = RM 492.00
PCG Unit Kokurikulum = RM 200.00
PIBG = RM 1788.00

JUMLAH RM2480.00

AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn Hjh Nor Aishah Bt Asadur Rahman (GURU BESAR)


Pengerusi : Pn Hashafa Bt Husin (GPK HEM)
Naib Pengerusi : Pn Niziani bt Jusoh (GPK KOKURIKULUM )
Penyelaras : En Mohd Saifulrizan Bin Said
Setiausaha : Pn Sharifah Maizatul Zuraida (GBKSM)
Naib Setiausaha : Pn Norheda Bt Ismail

AHLI JAWATANKUASA KERJA

5
Pendaftaran : Pn Majidah Bt Mohd Shukri (Pengawas)
: Cik Nik Zuria Salmi BtMat Husin (PRS)
: Pn Shalma Rhina Bt Pawi (SPBT )
: Pn Noraida Farah Sazuanee (PSS )

PA System : En Mohd Shamsol Bin Mohd Zahari

Pengacara Majlis : En Zakaria Bin Ahmad @ Harun

Bacaan Doa : En Muhd Zaimi Jamail Bin Ismail

Senamrobik : En Ahmad Alhadi Bin Azmi

Team Building Games


(Fasilitator) : En Abdul Nin B Hajim (Ketua) – Kumpulan 1
: En Azrul Zai B Zainul Abidin – Kumpulan 2
: En Mohd Shahril Bin Ramli – Kumpulan 3
: En Jusaimi Bin Mohamed Yusof – Kumpulan 4
: En Muhammad Zaimi Jamail Bin Ismail – Kumpulan 5
: En Mohd Aizat Bin Abu Hasan – Kumpulan 6
: Pn. Sharmini A/P Permalu – Kumpulan 7
: Cik Noor Hasdiana Bt Mohamed Zin – Kumpulan 8
: Cik Nur Khairunnisa Akmar Bin Nordin – Kumpulan 9
: Cik Nabilah Bt Razali – Kumpulan 10

Makanan : Pn Halimah Bt Majid (Ketua)


: Pn Siti Meriam Bt Mohamad
: Pn Wan Iryawati Bt Wan Mohamad
: Pn Masni Bt Nawi

Dokumentasi : Cik Norzahida Bt Zakaria

Juru gambar : Cik Rosyimah Bt Osman @ Ishak

Disiplin dan Kebersihan : Pn Norheda Bt Ismail


: Semua Guru

Hadiah : Pn Nuren Asmaliza Bt Ariffin (Ketua)


: Pn Kalawati A/P Mutaya

6
FASILITATOR

PENGAWAS PENGAWAS PEMBIMBING PENGAWAS KETUA KELAS /


SEKOLAH PUSAT RAKAN SEBAYA SPBT PENOLONG
SUMBER KETUA KELAS
SEKOLAH

En Mohd Pn Noraida Farah Pn Sharifah Pn Shalma En Mohd Faizul


Shamsol (K) Sazuanee(K) Maizatul Zuraida (K) Rhina (K) (Ketua)
Pn Norheda Pn Rozita Cik Nur Asma En Anwaruddin En Zakaria
Pn Majidah Pn Rohainih Pn Muna ’Izzah Pn Norlaila Pn Hasfatasha
Pn Siti Nurhafizah Cik Nik Zuria Salmi Pn Azilin
Pn Nurul Fadilah En Abdul Nin
En Ahmad Alhadi
En Mohd Aizat
Cik Norzahida

TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Pendaftaran


7.45 pagi : Semua peserta kursus berkumpul di Tapak Perhimpunan
: Ucapan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan daripada Guru Besar / GPK HEM
8.00 pagi : Taklimat Kepimpinan oleh Penyelaras Program
8.30 pagi : Senamrobik
9.00 pagi : Latihan Kerja Berpasukan (Team Building Games)
(di Tapak Perhimpunan)
10.30 pagi : Rehat dan Minum Pagi
11.00 pagi : Peserta kursus akan bergerak mengikut unit masing-masing
(Pengawas, PRS, PSS, SPBT dan Ketua/Pen Ketua Kelas)
: Bengkel ’On The Job Training’ bersama Guru Fasilitator
Pengawas Sekolah, PRS, PSS, SPBT dan Ketua/P.Ketua Kelas
1.00 T/hari : Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
1.30 T/hari : Makan Tengah dan Bersurai

7
PENUTUP

Diharapkan kursus ini dapat dijalankan dengan baik dan mendapat kerjasama
daripada semua pihak yang terlibat. Semoga pada masa yang akan datang kursus ini
dapat dimantapkan lagi untuk kebaikan semua pihak terutamanya bakal – bakal
pemimpin di sekolah ini.

Disediakan oleh: Di semak oleh: Disahkan oleh:

SHARIFAH MAIZATUL ZURAIDA PN HASHAFA BT HUSIN PN HJH NOR AISAHAH BT


SETIAUSAHA GURU PENOLONG KANAN ASADUR RAHMAN
KURSUS KEPIMPINAN HAL EHWAL MURID GURU BESAR
PENAGAWAS 2014 SK BATU MUDA SK BATU MUDA
SK BATU

Anda mungkin juga menyukai